Tuesday 29 January 2013

Encik Suami Mat Salih Celup? 20






Bab 20

Ian menarikku masuk ke dalam kedai G2000, sebuah lot kedai yang menyediakan pelbagai gaya rekaan pakaian formal. Ian mengatur langkah ke bahagian lelaki dan membelek-belek pelbagai jenis baju kemeja yang tergantung di situ. Aku menarik nafas lega kerana barulah tangan kananku dilepaskan. Aku mengira jari-jemari sendiri. Selamat, cukup lima jari! Mak aih, sampai merah pergelangan tangan aku mamat ni kerjakan. Aku mengintai telatah Ian yang masih asyik memilih baju-baju kemeja berlengan panjang sambil dibantu oleh seorang staf perempuan.

            “Amani, sini lah.” Ian sudah menggamitku supaya menghampirinya. Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke tempat Ian sedang berdiri.

            Dark purple atau dark blue ? Yang mana lagi okey?” Soal Ian sambil menunjukkan dua helai kemeja berlengan panjang kepadaku.

 Aku memandang kedua-dua helai baju kemeja yang sedang ditayangkan oleh Ian sambil berfikir.

            “Dark purple matches you very well, sir.” Ujar staf perempuan yang sedari tadi memerhatikan kami berdua. Macam mana aku boleh lupa ada seorang penonton tidak rasmi di sini.

            “Ha’ah, dark purple tu lagi okey.’’ Aku menyokong cadangan pekerja perempuan yang berambut panjang yang diikat satu.

            “Then, dark purple lah.’’ Balas Ian.

            “Nak saiz apa ya?” Soal pekerja perempuan yang bernama Rin itu.

            “I nak try L size dulu lah.” Jawab Ian. Rin ke rak yang tersususun pelbagai jenis baju kemeja. Sehelai baju kemeja terlipat kemas diserahkan pada Ian.

            “Fitting room sebelah sana.” Beritahu Rin sambil tersenyum ke arah Ian.

            “Thank you.” Balas Ian sambil tersenyum dan berlalu ke arah fitting room.

Aku mengerutkan dahi memandang telatah Rin yang aku agak umurnya masih muda, mungkin masih menuntut di universiti. Amboi, dia punya senyum dekat encik mat salih celup tu, bukan main lagi. Macam semut jumpa kilang gula. Aku perasan yang anak mata dia yang bulat tu pun tak lepas-lepas dok tenung laki aku tu sampai tak berkelip. Aku tahu lah mat salih celup tu memang ahli kumpulan ‘hot British lads’, tapi, control-control la sikit biji mata tu. Aku yang isteri dia pun kena curi-curi pandang suami sendiri. Eh !

Erk, yang aku nak membebel sorang-sorang dalam hati ni kenapa pulak ? Cemburu ke? Heh, cemburu? Tunggulah cik Mini dekat rumah tu boleh bergerak sendiri. Erk, takutnya kalau cik Mini tu boleh bergerak sendiri!

Aku lihat Rin bergerak semula ke rak tadi dan mengambil sehelai lagi baju kemeja yang berwarna sama seperti yang diberikan kepada Ian sebentar tadi. Rin sudah mengatur langkah ke arah fitting room.

            “Kenapa dik?” Soalku.

            “Err… abang tadi tu dia minta saiz M.” Jawab Rin. Dia kelihatan terkejut dengan soalanku.

            “Ni baju yang saiz M tu ke?” Soalku sambil memandang baju kemeja yang berada dalam pegangannya. Rin mengangguk.

            “Tak apa, biar akak pass kan dekat husband akak. Thanks ya, dik!” Balasku, tersenyum sebelum berlalu ke fitting room dengan membawa baju kemeja tersebut. Aku buat-buat tidak faham dengan wajah kelat Rin. Sorrylah, dik!

            “Ian!” Aku memanggil nama Ian, ingin tahu dia berada di dalam bilik yang mana satu.

            “Here, dekat hujung sekali.” Jawab Ian.

Aku menghampiri pintu yang terkunci rapat itu dan mengetuk pintu.

            “Thanks. Eh, tunggu sini sekejap. Nak minta tolong awak tengokkan, okey ke tak.” Pesan Ian dan mengambil baju kemeja yang kuhulurkan kepadanya.

Pintu ditutup semula dan tidak lama kemudian dibuka. Mak aih, patutlah budak tadi tu dok tenung laki aku macam tak cukup biji mata.

            “Okey tak? Saiz L tadi macam besar sangat la.” Ujar Ian.

            “Okey dah ni.”Balasku sambil membuat ‘thumbs up’. Ian tersenyum puas hati.

            “Dah cukup handsome ke?” Tambah Ian sambil tersengih-sengih.

            “Amboi, masuk mesin basuh tekan sendiri nampak.” Balasku bersahaja.

            “Apa tu? Janganlah cakap benda-benda yang saya susah nak faham.” Balas Ian dan aku sudah ketawa.

Ketika aku dan Ian kembali ke bahagian lelaki semula, Rin masih ada di situ, tersenyum-senyum memandang Ian. Aku yang melihat hanya mampu menggeleng. Padahal memang sudah terang-terangan jari manis Ian itu sudah tersarung cincin kahwin kami.

 Ian kembali ralit memilih beberapa helai baju kemeja yang lain pula dan juga beberapa helai seluar slack. Hampir sejam di dalam kedai itu, barulah Ian yang agak cerewet itu selesai memilih dan juga membayar.

            “Pergi bookstore jom!” Ujarku.

            “Kenapa?” Soal Ian.

            “Cari buku lah. Takkan nak beli ikan dengan sayur pulak.” Jawabku.

            “Awak nak beli buku?” Soal Ian. Aku menggeleng.

            “Kita cari buku untuk awak. Buku cerita bahasa Melayu untuk awak baca supaya bahasa Melayu awak semakin bagus. Membaca kan jambatan ilmu.” Balasku.

            “Zaman baca buku cerita dah habis lah.” Protes Ian.

            “Untuk awak, tak habis lagi. Baru nak mula.” Balasku dan terus menarik lengan Ian. Tadi aku dah kena heret dengan dia. Sekarang ni, biar dia merasa kena heret pulak. Kami terus ke kedai buku Kinokuniya yang terletak di tingkat atas.

            “Ni bahagian novels la. Saya tak baca adik-beradik chick-flicks ni.” Komen Ian sambil melihat barisan novel-novel Melayu yang tersusun rapi.

            “Kalau nak ilmu berkat, mana boleh melawan cakap cikgu.” Usikku. Aku mencari-cari novel bahasa Melayu yang sesuai dengan mamat cerewet lagi banyak songeh yang dekat sebelah ni. Rasanya kalau cerita meleleh sangat, mesti tak sesuai. Aku menarik keluar novel bertajuk Contengan Jalanan hasil karya Hlovate.

            “Contengan Jalanan? Tajuk dia sangat catchy.” Komen Ian sambil membelek-belek novel berwarna merah perang itu.

            “Yang ni bukan chick-flick, jangan risau. Saya pernah baca review novel ni, sangat bagus. Jalan cerita dia lebih kepada ketuhanan. Banyak pengajaran yang awak boleh dapat bila baca cerita ni. Hah, novel Versus tu pun bagus jugak.’’ Aku menarik keluar sebuah lagi novel karya Hlovate dan menyerahkan buku tersebut kepada Ian.

            “Cari lagi satu. Cukuplah tiga buah. Awak pilihlah lagi satu buku yang awak nak. Tapi kena dalam bahasa Melayu lah.’’ Tambahku sambil melirik ke arah Ian yang sedang meneliti deretan novel yang tersusun kemas. Tiba-tiba dia ketawa.

             “Kenapa ? Apa yang lawak ?’’ Soalku pelik.

            “Tengok tajuk novel ni.” Jawab Ian dan menayangkan sebuah novel kepadaku. Aku sudah membulatkan biji mata.

            “Isteriku Gangster.” Ian membaca tajuk novel tersebut sambil tersengih-sengih ke arahku.
Haih, sabar je lah dengan dia ni!

            “Tajuk novel ni sesuai untuk awaklah. Kita beli nak ?’’ Usik Ian sambil ketawa lagi.

            “Saya jadi gangster betul-betul baru tau. Takut awaklah yang patah riuk, lebam-lebam muka tu.” Balasku geram dan aku ingin terus keluar dari bahagian novel Melayu itu. Langkahku terhenti apabila lenganku ditarik dari belakang.

            “Ala, gurau je lah. Itu pun nak sensitip. Jom, jom, pergi bahagian motivasi. Saya nak cari satu buku genre motivasi, yang dalam bahasa Melayu.’’ Ian masih tersenyum dan menarik lenganku untuk ke bahagian buku-buku motivasi pula.

Keluar dari kedai buku Kinokuniya, Ian sudah terlebih dahulu menarikku masuk ke dalam Jusco. Katanya nak mencari minyak wangi. Ian terus menarik tanganku ke bahagian minyak wangi dan terus ke kaunter minyak wangi berjenama Calvin Klein.

            “Saya tengok perfume awak ada dua botol dekat rumah. Yang hadiah hantaran hari tu pun baru guna kan?” Bisikku pada Ian.

            “Saya suka pakai different scents la.’’ Jawab Ian.

            “Membazir lah. Dahla beli perfume branded yang mahal.” Komenku lagi sambil meneliti harga minyak wangi yang berada dalam pegangan Ian. Pertama kali aku jumpa lelaki kaki shopping macam encik mat salih celup ni. Selalunya perempuan, ni dah terbalik pula. Bahaya kalau dibiarkan tabiat suka membazir macam ni.

            “Guna satu bau je tak boleh ke? Saya guna satu jenis perfume, elok je.’’ Balasku pula. Yalah, aku memang setia dengan minyak wangi White Musk keluaran The Body Shop. Kira berbaloi jugaklah harga dengan kualiti. Tak adalah mahal macam dekat depan aku ni.

           “Tipu! Hadiah hantaran awak tu kan perfume brand lain. That makes two, bukannya single brand.” Jawab Ian, tidak mahu kalah.

Oh, lupa pulak minyak wangi Lancome Midnight Rose yang baru dibuka. Dengar nama minyak wangi dah macam nama lagu.

            “Bila bercakap tu kan, awak aje yang nak menang.” Balasku dan Ian buat-buat tidak dengar.

Akhirnya Ian membeli juga minyak wangi tersebut dan aku sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Keluar dari Jusco, Ian sudah menarikku ke kedai Swatch pula. Nak beli jam tangan pulak ke mamat ni? Aku pantas menahan tangannya daripada menarikku masuk ke dalam kedai jam tersebut.

            “Tangan awak ada dua je kan? Itupun boleh pakai jam dekat satu tangan je. Jam awak dekat rumah tu ada macam-macam tau. Dah, dah, jangan membazir. Membazir tu kesukaan syaitan tau. Baik kita pergi beli hadiah untuk baby kak Nisa. Kan awak dah janji nak share beli hadiah dengan saya. Jom, jom. Dah nak dekat pukul 2 ni. Solat Zohor belum lagi.” Tuturku lembut tetapi tegas dan menarik tangan Ian. 

Nampaknya hari ini memang kami berdua merupakan peserta acara tarik-menarik tangan. Selesai membeli set hadiah bayi untuk baby Aliya Nadia, kami berdua menunaikan solat Zohor di surau dahulu sebelum ke rumah keluargaku untuk melawat kak Nisa dan baby Aliya yang sudah pulang ke rumah pagi tadi.


**********************************


Usai pulang dari rumah mama dan papa, aku sempat menegur umi dan walid yang sedang menonton televisyen bersama Jazmin sebelum berlalu ke tingkat atas. Tanpa menukar pakaian dan hanya membuka tudung, aku terus berbaring di atas katil. Kedua-dua belah kaki sudah terasa mahu tercabut, tanganku juga sudah terasa mahu tertanggal dek kerana pak cik mat salih celup yang masih seronok bersembang dengan Jazmin di tingkat bawah. Aku terus tertidur sementara menunggu waktu Asar.

Aku membuka mata perlahan-lahan dan sempat menggeliat. Baru aku perasan yang pinggangku terasa berat. Eh, berat ? Anak mataku sudah terhenti pada tangan yang sedang memeluk erat pinggangku. Apa benda ni ? Bukan benda, tangan siapa ni ?

            “Mama !’’ Spontan aku terjerit apabila baru menyedari Ian sedang tidur di sebelahku dan dialah tuan punya tangan yang sedang sedap memeluk pinggangku. Muka dia dahlah dekat gila ! Automatik aku 
menolak Ian yang baru sahaja terjaga dek kerana jeritanku itu.

            “Amani !’’ Keras suara Ian yang sudah mahu jatuh tergolek ke bawah katil. Aku sempat menangkap tangannya supaya Ian tidak terjatuh ke bawah katil dan kepala kami pula yang berlaga.

            “Aduh !’’ Masing-masing sudah mengaduh serentak sambil memegang kepala masing-masing.

            “Apa…” Soal kami berdua serentak. Masing-masing terdiam.

            “Awak…” Sekali lagi serentak kami bersuara.

            “Kenapa awak tidur atas katil ni pulak? Tak nampak ke saya yang tidur atas katil ni ? Setiap malam awak tidur atas katil. Bila petang, bagilah saya pulak yang merasa tidur atas katil ni.’’ Terus aku mengomel laju mengalahkan machine gun. Ian sudah terkebil-kebil. Mungkin terkejut, mungkin juga tidak memahami butir bicaraku yang laju dan dihabiskan dalam satu nafas.

            “Cakap satu-satu, perlahan-lahan tak boleh ke ?’’ Soal Ian dengan raut wajah yang kelihatan mamai.

            “Tak boleh ! Saya geram tau dengan awak ni.” Jawabku yang kini sudah duduk bersila menghadap Ian.

            “Sekarang ni cuba explain apa yang awak geram sangat sampai menjerit-jerit tadi? Lepas tu nak tolak saya jatuh katil pulak.” Soal Ian lagi. Wajahku dipandang tepat membuatkan darahku berderau.

Alamak, aku nak jawab apa? Nak cakap aku geram sebab dia suka-suka je peluk aku? Takkanlah nak cakap macam tu. Memang free-free kena sakat.

            “Awak ni lah. Kedekut betul. Waktu petang bagilah saya tidur atas katil. Awak gunalah sofa tu. Itu pun nak berkira ke?” Aku memberikan jawapan yang paling selamat.

            “Share tak boleh ke?” Soal Ian sambil mengangkat-angkat keningnya.

Erk, share? Share yang maksudnya kongsi atau share yang maksudnya saham? Heh, otak Iman Amani pun dah ting-tong.

            “Tak boleh!” Jawabku.

            “Kedekut!” Usik Ian. Dia menyengih macamlah aku tengah buat lawak.

            “Awak pun kedekut!” Balasku pula.

            “Ala, sharing is caring kan.” Tambah Ian selamba.

            “Apa caring-caring? Awak ingat sini farmasi Caring ke?” Balasku kembali.

Tiba-tiba Ian ketawa sehingga merah kulit wajahnya yang putih itu.

            “Iman, serius lawak!” Balas Ian dan ketawa lagi.

            “Isy, malaslah nak layan! Baik amik wudhu’ lagi bagus. Gelak banyak-banyak nanti ilmu keluar tahu.” Balasku dan bangun dari katil untuk ke tandas. Ian yang masih terbaring di atas katil, masih seronok ketawa.

Sampaikan ke dalam tandas pun aku rasa jantung aku masih sedang berlari pantas. Kalau setiap hari macam ni, empat tahun lagi cik jantung dalam badan aku ni dah layak nak masuk acara Olimpik. Haih, kuatlah iman !


24 comments:

  1. your n 3 comel...sy da lama cari blog awak..asyik baca kat p2u je
    keep up your good work

    ReplyDelete
  2. best...nak lagi...
    hai dah mula nak bermanja la pasangan ni..

    sweet la...

    ReplyDelete
  3. nk lg...rse xpuas bce sikit2...tp xpe asalkn penulis update sy sggup tunggu..:-)

    ReplyDelete
  4. terima ksih yumi!!! :).....mmg tak sabar untuk episod seterusnya

    ReplyDelete
  5. best...tp nak tgu next n3 tu yg siksa....

    ReplyDelete
  6. 2 thumbs up... klu boleh msk ibu jari kaki skl tapi tak bleh plak... hehehe

    ReplyDelete
  7. entry kali nie macam ada yang kurang sikit kot......x taulah apa. tapi macam ada something yang kuranglah......but keep it up

    ReplyDelete
  8. best..just keep up the good work..heeheh..x tau nk komen ap sebenornya ni..sori..

    ReplyDelete
  9. hehehehe....bestlah cerita nie...tak sabar nak baca bab seterusnya......cepat2lah update hehheehee.....

    ReplyDelete
  10. cik writer, u mean dia orang lum 'apa2' lagi...tanya sipembaca gatal ni LOL

    ReplyDelete
  11. Alahai Iman & Ian....bila nak berdamai ni?

    ReplyDelete
  12. best2.. tapi bila lepa nak brbaik nih.. dan heroin blh trima hero.. bila?

    ReplyDelete
  13. best......mmg comel ian ngn iman...ian sorang jer pggl iman as amani...mmg specal...

    ReplyDelete
  14. Yumi hyra...best laa jalan cerita awak..saya suka sangat...teruskan usaha awak dlm bidang penulisan ya ...awk sgt berbakat..saya menanti kesinambungan cerita awak...Fighting!!!

    ReplyDelete
  15. mmg best giler cerita ni...sambung lagi please...

    ReplyDelete
  16. Bile nak sambung bab 21 ? Tak sabar ni

    ReplyDelete
  17. best nice n sweet story...sweet couple 2....xcited to read more...smoga novel ne cepat siap..x sbr nak beli bukunya.... :-)

    ReplyDelete
  18. alamakk bila nak ada sambungan ne...hari2 dok check pg ptg siang mlm...dah x sbr dah ne... :-)

    ReplyDelete
  19. x sbr sgt2 dah... hehe :-)

    ReplyDelete