Tuesday 29 January 2013

Encik Suami Mat Salih Celup? 20






Bab 20

Ian menarikku masuk ke dalam kedai G2000, sebuah lot kedai yang menyediakan pelbagai gaya rekaan pakaian formal. Ian mengatur langkah ke bahagian lelaki dan membelek-belek pelbagai jenis baju kemeja yang tergantung di situ. Aku menarik nafas lega kerana barulah tangan kananku dilepaskan. Aku mengira jari-jemari sendiri. Selamat, cukup lima jari! Mak aih, sampai merah pergelangan tangan aku mamat ni kerjakan. Aku mengintai telatah Ian yang masih asyik memilih baju-baju kemeja berlengan panjang sambil dibantu oleh seorang staf perempuan.

            “Amani, sini lah.” Ian sudah menggamitku supaya menghampirinya. Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke tempat Ian sedang berdiri.

            Dark purple atau dark blue ? Yang mana lagi okey?” Soal Ian sambil menunjukkan dua helai kemeja berlengan panjang kepadaku.

 Aku memandang kedua-dua helai baju kemeja yang sedang ditayangkan oleh Ian sambil berfikir.

            “Dark purple matches you very well, sir.” Ujar staf perempuan yang sedari tadi memerhatikan kami berdua. Macam mana aku boleh lupa ada seorang penonton tidak rasmi di sini.

            “Ha’ah, dark purple tu lagi okey.’’ Aku menyokong cadangan pekerja perempuan yang berambut panjang yang diikat satu.

            “Then, dark purple lah.’’ Balas Ian.

            “Nak saiz apa ya?” Soal pekerja perempuan yang bernama Rin itu.

            “I nak try L size dulu lah.” Jawab Ian. Rin ke rak yang tersususun pelbagai jenis baju kemeja. Sehelai baju kemeja terlipat kemas diserahkan pada Ian.

            “Fitting room sebelah sana.” Beritahu Rin sambil tersenyum ke arah Ian.

            “Thank you.” Balas Ian sambil tersenyum dan berlalu ke arah fitting room.

Aku mengerutkan dahi memandang telatah Rin yang aku agak umurnya masih muda, mungkin masih menuntut di universiti. Amboi, dia punya senyum dekat encik mat salih celup tu, bukan main lagi. Macam semut jumpa kilang gula. Aku perasan yang anak mata dia yang bulat tu pun tak lepas-lepas dok tenung laki aku tu sampai tak berkelip. Aku tahu lah mat salih celup tu memang ahli kumpulan ‘hot British lads’, tapi, control-control la sikit biji mata tu. Aku yang isteri dia pun kena curi-curi pandang suami sendiri. Eh !

Erk, yang aku nak membebel sorang-sorang dalam hati ni kenapa pulak ? Cemburu ke? Heh, cemburu? Tunggulah cik Mini dekat rumah tu boleh bergerak sendiri. Erk, takutnya kalau cik Mini tu boleh bergerak sendiri!

Aku lihat Rin bergerak semula ke rak tadi dan mengambil sehelai lagi baju kemeja yang berwarna sama seperti yang diberikan kepada Ian sebentar tadi. Rin sudah mengatur langkah ke arah fitting room.

            “Kenapa dik?” Soalku.

            “Err… abang tadi tu dia minta saiz M.” Jawab Rin. Dia kelihatan terkejut dengan soalanku.

            “Ni baju yang saiz M tu ke?” Soalku sambil memandang baju kemeja yang berada dalam pegangannya. Rin mengangguk.

            “Tak apa, biar akak pass kan dekat husband akak. Thanks ya, dik!” Balasku, tersenyum sebelum berlalu ke fitting room dengan membawa baju kemeja tersebut. Aku buat-buat tidak faham dengan wajah kelat Rin. Sorrylah, dik!

            “Ian!” Aku memanggil nama Ian, ingin tahu dia berada di dalam bilik yang mana satu.

            “Here, dekat hujung sekali.” Jawab Ian.

Aku menghampiri pintu yang terkunci rapat itu dan mengetuk pintu.

            “Thanks. Eh, tunggu sini sekejap. Nak minta tolong awak tengokkan, okey ke tak.” Pesan Ian dan mengambil baju kemeja yang kuhulurkan kepadanya.

Pintu ditutup semula dan tidak lama kemudian dibuka. Mak aih, patutlah budak tadi tu dok tenung laki aku macam tak cukup biji mata.

            “Okey tak? Saiz L tadi macam besar sangat la.” Ujar Ian.

            “Okey dah ni.”Balasku sambil membuat ‘thumbs up’. Ian tersenyum puas hati.

            “Dah cukup handsome ke?” Tambah Ian sambil tersengih-sengih.

            “Amboi, masuk mesin basuh tekan sendiri nampak.” Balasku bersahaja.

            “Apa tu? Janganlah cakap benda-benda yang saya susah nak faham.” Balas Ian dan aku sudah ketawa.

Ketika aku dan Ian kembali ke bahagian lelaki semula, Rin masih ada di situ, tersenyum-senyum memandang Ian. Aku yang melihat hanya mampu menggeleng. Padahal memang sudah terang-terangan jari manis Ian itu sudah tersarung cincin kahwin kami.

 Ian kembali ralit memilih beberapa helai baju kemeja yang lain pula dan juga beberapa helai seluar slack. Hampir sejam di dalam kedai itu, barulah Ian yang agak cerewet itu selesai memilih dan juga membayar.

            “Pergi bookstore jom!” Ujarku.

            “Kenapa?” Soal Ian.

            “Cari buku lah. Takkan nak beli ikan dengan sayur pulak.” Jawabku.

            “Awak nak beli buku?” Soal Ian. Aku menggeleng.

            “Kita cari buku untuk awak. Buku cerita bahasa Melayu untuk awak baca supaya bahasa Melayu awak semakin bagus. Membaca kan jambatan ilmu.” Balasku.

            “Zaman baca buku cerita dah habis lah.” Protes Ian.

            “Untuk awak, tak habis lagi. Baru nak mula.” Balasku dan terus menarik lengan Ian. Tadi aku dah kena heret dengan dia. Sekarang ni, biar dia merasa kena heret pulak. Kami terus ke kedai buku Kinokuniya yang terletak di tingkat atas.

            “Ni bahagian novels la. Saya tak baca adik-beradik chick-flicks ni.” Komen Ian sambil melihat barisan novel-novel Melayu yang tersusun rapi.

            “Kalau nak ilmu berkat, mana boleh melawan cakap cikgu.” Usikku. Aku mencari-cari novel bahasa Melayu yang sesuai dengan mamat cerewet lagi banyak songeh yang dekat sebelah ni. Rasanya kalau cerita meleleh sangat, mesti tak sesuai. Aku menarik keluar novel bertajuk Contengan Jalanan hasil karya Hlovate.

            “Contengan Jalanan? Tajuk dia sangat catchy.” Komen Ian sambil membelek-belek novel berwarna merah perang itu.

            “Yang ni bukan chick-flick, jangan risau. Saya pernah baca review novel ni, sangat bagus. Jalan cerita dia lebih kepada ketuhanan. Banyak pengajaran yang awak boleh dapat bila baca cerita ni. Hah, novel Versus tu pun bagus jugak.’’ Aku menarik keluar sebuah lagi novel karya Hlovate dan menyerahkan buku tersebut kepada Ian.

            “Cari lagi satu. Cukuplah tiga buah. Awak pilihlah lagi satu buku yang awak nak. Tapi kena dalam bahasa Melayu lah.’’ Tambahku sambil melirik ke arah Ian yang sedang meneliti deretan novel yang tersusun kemas. Tiba-tiba dia ketawa.

             “Kenapa ? Apa yang lawak ?’’ Soalku pelik.

            “Tengok tajuk novel ni.” Jawab Ian dan menayangkan sebuah novel kepadaku. Aku sudah membulatkan biji mata.

            “Isteriku Gangster.” Ian membaca tajuk novel tersebut sambil tersengih-sengih ke arahku.
Haih, sabar je lah dengan dia ni!

            “Tajuk novel ni sesuai untuk awaklah. Kita beli nak ?’’ Usik Ian sambil ketawa lagi.

            “Saya jadi gangster betul-betul baru tau. Takut awaklah yang patah riuk, lebam-lebam muka tu.” Balasku geram dan aku ingin terus keluar dari bahagian novel Melayu itu. Langkahku terhenti apabila lenganku ditarik dari belakang.

            “Ala, gurau je lah. Itu pun nak sensitip. Jom, jom, pergi bahagian motivasi. Saya nak cari satu buku genre motivasi, yang dalam bahasa Melayu.’’ Ian masih tersenyum dan menarik lenganku untuk ke bahagian buku-buku motivasi pula.

Keluar dari kedai buku Kinokuniya, Ian sudah terlebih dahulu menarikku masuk ke dalam Jusco. Katanya nak mencari minyak wangi. Ian terus menarik tanganku ke bahagian minyak wangi dan terus ke kaunter minyak wangi berjenama Calvin Klein.

            “Saya tengok perfume awak ada dua botol dekat rumah. Yang hadiah hantaran hari tu pun baru guna kan?” Bisikku pada Ian.

            “Saya suka pakai different scents la.’’ Jawab Ian.

            “Membazir lah. Dahla beli perfume branded yang mahal.” Komenku lagi sambil meneliti harga minyak wangi yang berada dalam pegangan Ian. Pertama kali aku jumpa lelaki kaki shopping macam encik mat salih celup ni. Selalunya perempuan, ni dah terbalik pula. Bahaya kalau dibiarkan tabiat suka membazir macam ni.

            “Guna satu bau je tak boleh ke? Saya guna satu jenis perfume, elok je.’’ Balasku pula. Yalah, aku memang setia dengan minyak wangi White Musk keluaran The Body Shop. Kira berbaloi jugaklah harga dengan kualiti. Tak adalah mahal macam dekat depan aku ni.

           “Tipu! Hadiah hantaran awak tu kan perfume brand lain. That makes two, bukannya single brand.” Jawab Ian, tidak mahu kalah.

Oh, lupa pulak minyak wangi Lancome Midnight Rose yang baru dibuka. Dengar nama minyak wangi dah macam nama lagu.

            “Bila bercakap tu kan, awak aje yang nak menang.” Balasku dan Ian buat-buat tidak dengar.

Akhirnya Ian membeli juga minyak wangi tersebut dan aku sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Keluar dari Jusco, Ian sudah menarikku ke kedai Swatch pula. Nak beli jam tangan pulak ke mamat ni? Aku pantas menahan tangannya daripada menarikku masuk ke dalam kedai jam tersebut.

            “Tangan awak ada dua je kan? Itupun boleh pakai jam dekat satu tangan je. Jam awak dekat rumah tu ada macam-macam tau. Dah, dah, jangan membazir. Membazir tu kesukaan syaitan tau. Baik kita pergi beli hadiah untuk baby kak Nisa. Kan awak dah janji nak share beli hadiah dengan saya. Jom, jom. Dah nak dekat pukul 2 ni. Solat Zohor belum lagi.” Tuturku lembut tetapi tegas dan menarik tangan Ian. 

Nampaknya hari ini memang kami berdua merupakan peserta acara tarik-menarik tangan. Selesai membeli set hadiah bayi untuk baby Aliya Nadia, kami berdua menunaikan solat Zohor di surau dahulu sebelum ke rumah keluargaku untuk melawat kak Nisa dan baby Aliya yang sudah pulang ke rumah pagi tadi.


**********************************


Usai pulang dari rumah mama dan papa, aku sempat menegur umi dan walid yang sedang menonton televisyen bersama Jazmin sebelum berlalu ke tingkat atas. Tanpa menukar pakaian dan hanya membuka tudung, aku terus berbaring di atas katil. Kedua-dua belah kaki sudah terasa mahu tercabut, tanganku juga sudah terasa mahu tertanggal dek kerana pak cik mat salih celup yang masih seronok bersembang dengan Jazmin di tingkat bawah. Aku terus tertidur sementara menunggu waktu Asar.

Aku membuka mata perlahan-lahan dan sempat menggeliat. Baru aku perasan yang pinggangku terasa berat. Eh, berat ? Anak mataku sudah terhenti pada tangan yang sedang memeluk erat pinggangku. Apa benda ni ? Bukan benda, tangan siapa ni ?

            “Mama !’’ Spontan aku terjerit apabila baru menyedari Ian sedang tidur di sebelahku dan dialah tuan punya tangan yang sedang sedap memeluk pinggangku. Muka dia dahlah dekat gila ! Automatik aku 
menolak Ian yang baru sahaja terjaga dek kerana jeritanku itu.

            “Amani !’’ Keras suara Ian yang sudah mahu jatuh tergolek ke bawah katil. Aku sempat menangkap tangannya supaya Ian tidak terjatuh ke bawah katil dan kepala kami pula yang berlaga.

            “Aduh !’’ Masing-masing sudah mengaduh serentak sambil memegang kepala masing-masing.

            “Apa…” Soal kami berdua serentak. Masing-masing terdiam.

            “Awak…” Sekali lagi serentak kami bersuara.

            “Kenapa awak tidur atas katil ni pulak? Tak nampak ke saya yang tidur atas katil ni ? Setiap malam awak tidur atas katil. Bila petang, bagilah saya pulak yang merasa tidur atas katil ni.’’ Terus aku mengomel laju mengalahkan machine gun. Ian sudah terkebil-kebil. Mungkin terkejut, mungkin juga tidak memahami butir bicaraku yang laju dan dihabiskan dalam satu nafas.

            “Cakap satu-satu, perlahan-lahan tak boleh ke ?’’ Soal Ian dengan raut wajah yang kelihatan mamai.

            “Tak boleh ! Saya geram tau dengan awak ni.” Jawabku yang kini sudah duduk bersila menghadap Ian.

            “Sekarang ni cuba explain apa yang awak geram sangat sampai menjerit-jerit tadi? Lepas tu nak tolak saya jatuh katil pulak.” Soal Ian lagi. Wajahku dipandang tepat membuatkan darahku berderau.

Alamak, aku nak jawab apa? Nak cakap aku geram sebab dia suka-suka je peluk aku? Takkanlah nak cakap macam tu. Memang free-free kena sakat.

            “Awak ni lah. Kedekut betul. Waktu petang bagilah saya tidur atas katil. Awak gunalah sofa tu. Itu pun nak berkira ke?” Aku memberikan jawapan yang paling selamat.

            “Share tak boleh ke?” Soal Ian sambil mengangkat-angkat keningnya.

Erk, share? Share yang maksudnya kongsi atau share yang maksudnya saham? Heh, otak Iman Amani pun dah ting-tong.

            “Tak boleh!” Jawabku.

            “Kedekut!” Usik Ian. Dia menyengih macamlah aku tengah buat lawak.

            “Awak pun kedekut!” Balasku pula.

            “Ala, sharing is caring kan.” Tambah Ian selamba.

            “Apa caring-caring? Awak ingat sini farmasi Caring ke?” Balasku kembali.

Tiba-tiba Ian ketawa sehingga merah kulit wajahnya yang putih itu.

            “Iman, serius lawak!” Balas Ian dan ketawa lagi.

            “Isy, malaslah nak layan! Baik amik wudhu’ lagi bagus. Gelak banyak-banyak nanti ilmu keluar tahu.” Balasku dan bangun dari katil untuk ke tandas. Ian yang masih terbaring di atas katil, masih seronok ketawa.

Sampaikan ke dalam tandas pun aku rasa jantung aku masih sedang berlari pantas. Kalau setiap hari macam ni, empat tahun lagi cik jantung dalam badan aku ni dah layak nak masuk acara Olimpik. Haih, kuatlah iman !


Saturday 26 January 2013

Encik Driver Hati! 7






Usai melakukan solat sunat tahajud dan solat sunat istikharah, aku kembali menyambung tidurku sehingga waktu Subuh. Semasa tidur, aku bermimpi. Mimpi yang sama lagi seperti sebelum-sebelum ini. Di dalam mimpiku itu, aku menaiki kapal terbang dengan suami yang wajahnya tidak begitu jelas. Aku terjaga sebaik sahaja azan Subuh berkumandang dari surau yang berdekatan.



Hari ini sudah genap seminggu aku tidak mendengar khabar berita daripada Ayman. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi. Ada sekali aku berkunjung ke restoran kak Se Na, dia juga tiada. Senyap terus dan bayang tuannya pun tidak kelihatan. Hendak bertanya pada kak Se Na, aku segan pula. Tambahan pula sebelum ini kak Se Na memang suka memadankan kami berdua.

            “Yayang!” Panggil mama dari dapur.

            “Ya, mama ?’’ Jawabku dan pantas bangun dari sofa yang menjadi tempat dudukku sejak tadi.

            “Ada orang datang tu. Yayang mengelamun ya ? Sampai orang tekan loceng pun tak dengar.’’ 

Sempat mama mengusikku sambil tersenyum.

            “Mana ada mengelamun, mama. Berfikir lah.’’ Jawabku pula.

            “Tu lah kan. Bila dah tak nampak orang tu depan mata, tercari-cari pula. Selalunya bila orang tu ada, asyik nak lari je.’’ Usik mama lagi.

            “Yayang pergi bukak pintu lah.’’ Aku terus ke ruang tamu semula sebelum mama meneruskan lagi ceramahnya yang sentiasa sarat dengan bahasa-bahasa kiasan.

            “Assalamualaikum !’’ Sapa satu suara lelaki.

            “Eh, Athif, Hana. Korang rupa-rupanya. Jemputlah masuk.’’ Jawabku sambil tersenyum ke arah pasangan suami isteri ini.

            “Sihat ke, Dini ?’’ Sapa Hana yang sedang sarat berbadan dua. Kami bersalaman dan berpelukan.

            “Sihat, alhamdulillah. Hana sihat?” Balasku pula.

            “Sihat sangat ni. Tengoklah perut, dah macam bola. Menunggu masa nak keluar je.’’ Gurau Hana sambil ketawa kecil. Dia mengusap-usap perutnya yang membulat itu.

            “Eh, jom lah masuk. Bersembang kat luar pulak kita ni.” Balasku.

            “Siapa datang, Yayang?” Soal mama yang baru muncul dari dapur.

             “Athif dengan Hana, mama.’’ Jawabku. Athif dan Hana bersalaman dengan mama.

            “Mak ngah sihat ?’’ Soal Athif.

            “Sihat, alhamdulillah. Sihat macam ni lah, Athif. Dah sarat benar mak ngah tengok Hana ni. Due nya bila ?’’ Soal mama pula.

             “Awal bulan depan, mak ngah. Itulah, bila sarat mengandung ni, Hana rasa lagi cepat penat.” Jawab Hana pula.

            “Biasalah tu, Hana. Mengandung sulung pulak tu kan. Duduk dulu lah, ya. Mak ngah buat air kejap.’’ Balas mama.

            “Yayang tolong mama lah.’’ Balasku.

            “Tak payahlah, Yang. Duduklah bersembang dengan diorang ni.’’ Balas mama sambil tersenyum.

            “Biar Hana lah yang tolong mak ngah.’’ Balas Hana pula.

            “Hana lagilah tak dibenarkan. Tak apa, korang duduk je bersembang. Mak ngah buat air sekejap je.” Balas mama dan berlalu ke dapur.

            “Pak ngah mana?” Soal Athif yang baru menyedari keadaan sumah yang sunyi.

            “Bawak Nana dengan adik pergi Sunway Lagoon. Lama betul kan kita tak jumpa.” Jawabku.

            “Yalah, last jumpa time kumpul ramai-ramai waktu raya tahun lepas. Daniel bagitahu kitorang yang kau nak kahwin tak lama lagi.” Ujar Athif.

            “Isy, abang aku tu betullah mulut tempayan. Kaki gossip sungguh lah.’’ Balasku geram.

Athif dan Hana sudah tergelak-gelak.

            “So, betullah kau nak kahwin ni?” Soal Athif sekali lagi.

            “Entah. Iya kot.” Jawabku.

            “Kenapa pulak ‘iya kot’. Apa yang ‘kot’ nya?” Soal Athif dengan dahi yang berkerut.

            “Aku ada satu soalan untuk kau. Dulu kau ada gynofobia kan? Fobia dengan perempuan?” Soalku kepada Athif.

Athif sempat berpandangan dengan Hana sebelum mengangguk.

            “Bila kahwin dengan Hana, macam mana fobia kau boleh hilang pulak?” Soalku lagi.

Soalanku itu membuatkan Athif gelak terbahak-bahak. Siap pegang perut lagi! Hana yang menjadi pendengar sejak tadi, sudah tersenyum-senyum.

            “Gelak pulak.” Balasku sambil memandang wajah sepupuku yang sudah merah kerana bersungguh-sungguh gelak sebentar tadi.

            “Hah, ni mesti pilot yang ajak kau kahwin kan?” Soal Athif pula.

Lambat-lambat aku menganggukkan kepala.

            “Macam doktor aku pernah cakap, fobia ni berkaitan dengan minda kita. Berkait dengan psikologi kita jugaklah. Untuk kes aku yang fobia dengan perempuan ni, memang Hana 24 jam mengendeng dengan aku. Dah macam gam gajah tahu.” Cerita Athif sambil tersengih ke arah Hana. Pantas Hana memukul lembut lengan Athif. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua.

            “Mula-mula memanglah rasa nak pitam, pening and nak muntah. Tapi dah lama-lama, jadi biasa. Aku pulak yang nak melekat dengan dia sepanjang masa. Aku pun ada jumpa doktor. Kita kenalah usaha dan tawakkal dalam masa yang sama. Isteri terchenta aku ni sampai sanggup panjat pokoklah. Dah panjat, jatuh pulak tu. Semata-mata nak pulihkan aku punya pasal.’’ Cerita Athif lagi sambil tersenyum.

Aku yang mendengar sudah membulatkan mata dan memandang ke arah Hana yang wajahnya sudah memerah.

            “Fobia sepupu awak ni memang kritikal, Dini. Ingat lagi time kitorang baru kahwin, Athif pernah pengsan kot sebab fobia dengan saya punya pasal.’’ Ujar Hana sambil memandang dengan geram ke arah suaminya yang hanya tersengih.

            “Ha’ah, fobia Athif memang sangat kritikal dulu. Dengan saya pun mana dia nak bercakap. Sombong gila.” Tambahku.

            “Tu dulu lah. Yang korang suka bukak cerita kuno zaman Aladin ni kenapa?” Balas Athif pula dengan riak tidak puas hati.

            “Dini, kalau awak yakin yang dia tu jodoh awak, jangan jadikan fobia awak tu sebagai penghalang. Nanti fobia awak tu akan hilang dengan sendirinya, insya-Allah. Jangan putus asa dengan DIA. Kalau dah jodoh, awak lari macam mana pun, akan jumpa dia jugak.” Ujar Hana sambil menepuk-nepuk bahuku.

            “Dulu saya yang lari tapi sekarang ni, dia pulak yang lari.” Ujarku.

            “Kenapa dia lari?” Soal Hana.

            “Saya rasa dia merajuk dengan saya lah.” Jawabku dan wajah Hana yang kelihatan berseri-seri kerana berbadan dua itu kupandang.

            “Kalau sebelum ni, bila awak lari, dia sentiasa kejar awak kan? Sampai awak dah tak larat nak lari lagi kan ?” Soal Hana.

Aku angguk dan Hana tersenyum.

            “So, this time, dia yang lari and giliran awak pula yang kejar.” Tambah Hana sambil tersenyum penuh makna.

Pada mulanya, aku agak keliru tetapi lambat-lambat aku tersenyum.

            “Isy, korang cakap apa ni? Apa benda yang lari ? Apa yang kejar ?’’ Soal Athif. Wajah bingungnya kelihatan sangat lucu.

Aku dan Hana serentak ketawa.

            “Orang lelaki jangan sibuk!” Usik Hana sambil menepuk-nepuk pipi Athif.



*******************************


Aku tiba di Lapangan Terbang Miri menjelang tengah hari. Aku terus ke tempat menunggu yang terletak berhampiran dengan pintu keluar. Aku melabuhkan duduk di salah sebuah kerusi selepas menelefon Mimi yang sedang dalam perjalanan untuk menjemputku. Sambil menunggu Mimi tiba, fikiranku melayang ke Kuala Lumpur. Masih terbayang-bayang wajah hampa abang Faiz yang kelihatan mendung apabila aku menolak lamarannya dengan penuh berbudi bahasa. Aku sempat berjanji bahawa aku sentiasa menganggap Nana dan adik seperti anak-anakku sendiri.

Ipod touch yang tadinya tersimpan di dalam poket beg galas, kukeluarkan. Earphone berwarna putih itu kusumbat ke dalam telinga yang terlindung di sebalik tudung yang kupakai. Jari telunjuk menyentuh skrin iPod untuk mencari lagu I’m In Love, nyanyian Narsha daripada kumpulan Brown Eyed Girls. Rupa-rupanya, Ayman menulis lirik lagu tersebut menggunakan tulisan hangul di atas sekeping paperback yang di hujung lirik itu tertulis namaku. Kertas tersebut ditinggalkan kepada kak Se Na sebelum dia menyepikan diri. Dua hari yang lepas, kak Se Na datang ke pejabatku untuk menyerahkan kertas tersebut. Aku yang sememangnya tidak memahami lirik lagu tersebut, terus mencari maksudnya dalam bahasa Inggeris dan seterusnya memuat turun lagu tersebut ke dalam iPod ku. Aku sudah tersenyum sendiri apabila mengenangkan telatah Ayman.

            “Nini!”

Aku berpaling ke arah suara yang menegur itu.

            “Mimi!”

Aku dan Mimi saling berpelukan sebelum kami masing-masing tersengih.

            “Sorry, lambat sikit. Jam dekat imegression tu. Friday memang orang Brunei suka turun Miri. Shopping.” Ujar Mimi.

Mimi ini merupakan orang Brunei. Aku mengenalinya ketika berkunjung ke Brunei tahun lepas. Dia memanggilku ‘Nini’ supaya seragam dengan namanya ‘Mimi’.

            “It’s okay, Mimi. Sihat?” Balasku sambil tersenyum.

            “Sihat. Kamu sihat?” Balas Mimi pula. Bahasa Melayunya agak pelat sedikit. Kalau dia cakap slang Brunei, aku pulak yang menganga.

            “Sihat, alhamdulillah. Sorry, susahkan Mimi pulak.” Balasku.

            “Isy, tak susahlah. Kamu tu sudahlah jarang datang ke sini. Jom, jom. Kita pergi rumah Mimi dulu. Makan-makan. Mami nak jumpa. Lepas tu baru kita pergi cari boyfriend Nini.” Jawab Mimi sambil tersengih-sengih. Rumah Mimi terletak di Kuala Belait, hanya 30 minit dari kawasan Senadin, Miri. Disebabkan itulah aku tidak turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei yang memakan masa hampir dua jam dari rumah Mimi.

            “Bukan cari boyfriendlah, Mimi.” Ujarku.

Mimi memandangku sambil mengerutkan dahi.

            “Cari bakal suami.” Ujarku lagi dan Mimi terus ketawa kecil.


Di dalam kereta, aku dan Mimi berbual-bual lagi. Sudah hampir setahun tidak berhubung, banyak cerita yang kami kongsi bersama. Kadang-kadang, Mimi keliru juga dengan bahasa Melayu yang aku gunakan. Sebaik sahaja tiba di rumah keluarga Mimi di Kuala Belait, kedatanganku disambut dengan gembira oleh ibu bapa Mimi. Mami Mimi masih seperti dulu, sentiasa ramah dan ceria melayan telatahku yang sangat suka mengusiknya.

            “Nak cari husband-to-be Nini tu dekat mana ?’’ Soal Mimi sambil melabuhkan duduk di sebelahku.

            “Mummy dia cakap, dia ada dekat Empire Hotel.” Jawabku, mengingat semula butir maklumat yang diberikan oleh Puan Arissa secara tidak sengaja sewaktu aku terserempak dengannya di IKEA beberapa hari yang lepas.

            “Oh, Empire Hotel dekat Jerudong. Hotel rate dekat situ very expensive.” Komen Mimi. Aku hanya mengangkat bahu.

Menurut Mimi, The Empire Hotel and Country Club, Brunei diiktiraf sebagai hotel enam bintang. Namun, aku ada juga mendengar khabar angin bahawa status bintang hotel tersebut sudah diturunkan. Aku sendiri tidak begitu pasti.

            “Kita gerak after Asar la.” Tambah Mimi.

            “Alright, thanks.” Balasku dan Mimi tersenyum.




Usai solat Asar di rumah Mimi, kami berdua bergerak ke Hotel Empire yang terletak di Jerudong. Agak jauh juga, kira-kira satu jam dari rumah Mimi. Ketika kami tiba di kawasan parkir hotel, kelihatan orang ramai memenuhi kawasan hotel yang dibuka sejak 16 Oktober 2000. Orang ramai boleh berkunjung ke hotel yang berkawasan besar ini. Kawasan hotel ini terletak berhampiran dengan kawasan pantai dan sangat cantik untuk melihat matahari terbenam. Aku sangat kagum dengan dekorasi dalaman hotel ini yang sangat mengetengahkan ciri-ciri diraja Brunei dan tradisional. Tiang-tiang seri di dalam bangunan hotel disalut dengan cat berwarna emas menyerlahkan lagi ciri ‘majestic’ hotel ini.

            “Yeah, I know. This place is an absolute eye-candy for an interior designer like you.” Ujar Mimi. Mungkin sedari tadi dia memerhatikan telatahku.

            “I wish I bring my Nikon along with me. Never mind, phone’s camera will do.” Balasku sambil sempat menangkap beberapa keping gambar. Dekorasi dalaman hotel ini memang the boom!

            “Nini, Nini. You forget your mission eh? Kata nak cari Mr. husband-to-be.” Usik Mimi sambil ketawa kecil.

            “Jom, let’s start the mission.” Aku menarik lengan Mimi. Kami menggunakan escalator untuk turun ke bawah dan seterusnya berjalan keluar dari kawasan lobi hotel. Di luar bangunan hotel pula kelihatan vila-vila yang tersedia untuk disewa oleh para pengunjung. Kami berjalan melewati kawasan kolam renang dan seterusnya ke kawasan pantai.

            “There.” Ujarku pada Mimi dan menunding ke arah seorang lelaki memakai t-shirt lengan pendek berbelang hitam dan kelabu yang sedang duduk di sebuah kerusi sambil membaca buku.

            “That guy?” Soal Mimi. Aku pantas angguk sambil menyengih.

            “He looks like a Chinese.” Komen Mimi sambil anak matanya masih melekat pada wajah Ayman yang sedang menunduk memandang bukunya. Kami berdua ini sudah tidak ubah seperti tukang kepoh atau tukang hendap.

            “He’s a Malay-Korean.” Jawabku juga memandang ke arah Ayman yang masih khusyuk dengan bukunya.

            “No wonder he’s super cute!” Mimi sudah menunjukkan ‘double thumbs up’ sambil tersengih.

            “Nak ikut jumpa dia tak?” Soalku.

            “Nope. Nini jumpa dia dulu. Settle your things with him first. Then, baru kenalkan dengan Mimi. Okay? Mimi tunggu dekat tepi pool sana.” Jawab Mimi.

            “Sure ni?” Soalku lagi.

            “Sure. Good luck!” Mimi sempat menepuk-nepuk bahuku sebelum dia berlalu. Tinggallah aku seorang yang masih menghendap Ayman di sebalik pokok. Macam mana nak tegur ni? Aku sudah menggaru-garu pipi sendiri. Redah je lah, Dini !

Sambil menarik nafas dan membaca bismillah, aku menghampiri Ayman yang masih khusyuk dengan bukunya. Tak nampak macam orang tengah merajuk pun. Macam orang tengah bercuti.

            “Annyeonghaseyo, nim.” Tuturku sambil berdiri di hadapan Ayman.

            “Ne, annyeonghaseyo. Nugu…” Dia tersenyum sebelum anak matanya membulat memandangku yang sedang tersengih. Terkebil-kebil seolah-olah kepala aku ada lebih daripada satu. Aku sudah mahu tersenyum melihat telatah Ayman yang sangat comel seperti budak-budak itu.

            “Dini. Buat apa kat sini?” Soal Ayman dan menutup buku yang dibacanya tadi.

            “Datang nak jumpa awaklah. Nak bagi kad kahwin saya.” Jawabku sambil sempat mengusik Ayman yang berwajah keruh. Wajahnya semakin kelat sebaik sahaja mendengar jawapanku.

            “Kalau setakat nak bagi kad, awak boleh pass dekat mummy saya. Tak payahlah bazir duit sampai datang sini.”Jawab Ayman, dingin.

            “Tak apa, Airasia kan murah je.’’ Balasku selamba sambil sempat mencuri pandang wajah Ayman yang masih masam mengalahkan mangga yang belum masak.

            “Mana kad nya ?’’ Soal Ayman.

            “Ni.”

Cincin belah rotan yang diperbuat daripada silver itu, kutarik keluar dari jari manisku. Cincin pemberian arwah kak Long dahulu. Cincin tersebut kuserahkan kepada Ayman tetapi dia tidak mahu menyambutnya.
            “Yang awak nak bagi cincin tanda awak dekat saya ni kenapa? Dah buang tabiat?” Soal Ayman dengan dahi yang berkerut. Aku angguk sambil tersenyum.

            “Angguk kenapa? Sebab awak buang tabiat?” Soal Ayman, semakin tidak faham.

            “Yalah, memang betullah saya buang tabiat.” Jawabku.

            “Memang, memang buang tabiat sangat awak ni. Sanggup datang sini semata-mata nak bagi kad kahwin awak. Awak ni sengaja nak sakitkan hati saya ke ?’’ Soal Ayman. Aku menggeleng.

            “Tadi angguk, ni geleng pula.” Komen Ayman. Aku sudah mahu ketawa melihat reaksi Ayman yang kelihatan bingung dan tidak tentu arah itu.

            “Benda yang betul, saya angguklah. Yang salah, mestilah saya geleng.” Jawabku sambil mengangkat kening.

            “Okey. Sekarang ni, mana kad kahwin tu?” Soal Ayman lagi. Dia kini berpeluk tubuh menghadapku.

            “Kad kahwin tak ada. Lepas ni baru buat.” Jawabku. Dahi Ayman semakin berkerut, semakin tidak faham.

            “Sekarang ni, amik cincin ni dulu. Pakai kat mana-mana jari awak yang muat. Don’t worry, awak boleh pakai sebab cincin ni silver material.” Tambahku.

            “Pakai?”

            “Tak nak pakai tak apa. pegang je dulu. Dengar saya cakap sampai habis, jangan potong. Boleh?”
Lambat-lambat Ayman mengangguk dan cincin silver milikku itu diambilnya.

            “Saya bagi awak cincin saya sebab nak ajak awak kahwinlah, encik driver hati! Macam yang awak pernah cakap sebelum ni, entah-entah saya yang datang ajak awak kahwin. So, saya datanglah ni. Mulut awak masin betullah.” Terangku membuatkan riak wajah Ayman terus berubah.

            “Bukan ke awak nak kahwin dengan Faiz, abang ipar awak tu?” Soal Ayman.

            “Siapa yang kata?” Soalku dan wajah Ayman kupandang.

            “Err, I assume.” Jawab Ayman.

            “Assume, assume. Banyak cantik muka awak nak assume, assume. Ingat benda ni macam weather forecasting ke? Weather forecasting pun tak semestinya betul tau. Tak dengar saya cakap habis lepas tu merajuk beria. Nasib baik setakat Brunei je, tak pergi jauh-jauh. Geram saya dengan awak ni tau tak. Nasib baik mummy awak bagitahu awak ada kat sini.” Balasku geram. Wajah Ayman kini sudah bertukar menjadi merah padam.

            “Dah tu, awak nak kahwin dengan saya ke?” Soal Ayman lurus.

Aku sudah menepuk dahi. Isy, mamat ni kan! Apasal la slow sangat ?

            “Awak tak nak kahwin dengan saya ke ? Tak nak sudah. Meh balik cincin saya tu.’’ Jawabku.

            “Eh, nak, nak! Janganlah marah.” Balas Ayman dan cincin silver milikku itu dipakai pada jari kelingkingnya. Dia sempat tersengih memandang ke arahku.

            “Sorrylah. Janganlah marah. Sorry, okay.” Tambah Ayman yang kini sedang tersenyum-senyum ke arahku.

            “Awak ni memang sesuai kena panggil ‘Ayman babo’.” Balasku bersahaja.

            “Babo awak panggil saya ? Siapa yang ajar awak perkataan tu ?’’ Soal Ayman.

            “Ayman babo !’’ Aku sudah menjelirkan lidah.

            “Dini!”



********************************


8 bulan kemudian…
Seoul, Korea


Aku hanya mampu tersengih mendengar celoteh halmeoni yang sangat gembira menerima kedatangan aku dan Ayman sejak sejam yang lalu. Disebabkan halmeoni tidak datang ke majlis perkahwinan aku dan Ayman enam bulan yang lepas di Malaysia, kami berdua datang ke sini untuk berjumpa dengan nenek Ayman yang berusia hampir 76 tahun itu. Puas mummy memujuk halmeoni untuk datang tetapi kata halmeoni, dia takut menaiki kapal terbang. Takut kapal terbang itu jatuh terhempas. Hanya adik lelaki mummy, Uncle Jeong Seok dan keluarga yang datang dari Seoul.

Aku dan Ayman pula sangat sibuk selepas majlis perkahwinan kami. Hendak mengambil cuti panjang, aku perlu siapkan beberapa projek rekaan dalaman terlebih dahulu. Disebabkan itu lah kami agak lambat datang menjenguk halmeoni di sini. Telatah halmeoni sangat comel walaupun aku tidak faham butir bicaranya. Sebaik sahaja kami sampai di rumah halmeoni tadi, dia tidak henti-henti menyebut ‘aigoo’ kepadaku sambil tangan kananku diusap-usapnya dengan lembut. Aku tidak tahu menjawap apa, hanya tersenyum. Ayman lah yang menjadi jurubahasa tidak rasmi kami. Terasa kelakar pun ada.

            “Halmeoni kata awak cantik. Dia tak pernah jumpa perempuan Melayu.” Bisik Ayman sambil tersenyum.

            “Kamsahamnida, halmeoni. Halmeoni, dangsineun jeongmal areumdapseupnida.” Ujarku pada halmeoni sambil tersenyum. Halmeoni sudah tergelak-gelak kecil.

            “Good job!” Balas Ayman sambil menepuk-nepuk bahuku.

            “Ni tak boleh jadi. Nampaknya saya kena berguru bahasa dengan awak lah. Kalau tak saya dengan halmeoni dah jadi macam itik cakap dengan angsa.” Ujarku perlahan pada Ayman. Ayman terus ketawa sambil pipiku dicuit.



Malam itu, Ayman membawaku ke Hello Kitty café yang terletak di Hongdae. Pertama kali memasuki café ini, aku terasa sangat kagum. Comel sungguh! Terasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak dahulu.

            “Sakit mata sebab satu cafe penuh dengan benda-benda warna pink. Ni sebab saya bawak budak kecik macam awak. Kalau saya seorang, saya takkan masuk cafe macam ni.’’ Ujar Ayman.

            “Tak nak masuk? Tak nak masuk sudah. Awak tunggu kat luar ya.” Ujarku bersahaja, mengusik Ayman.

            “Eh, masuk sama-samalah.” Balas Ayman dan menarik tanganku supaya mengikut langkahnya.
Selepas membuat pesanan dan mengambil minuman masing-masing, kami berdua melabuhkan duduk di atas sofa comel berwarna merah jambu.

            “Wah, dekat sini memang café heaven sungguh. Banyak gila café comel-comel.” Komeku, teruja.

            “Ha’ah. Café dekat sini tak macam dekat Malaysia. Kalau dekat Malaysia, orang selalu pilih nak minum coffee dari Coffee Beans atau Starbucks. Tapi dekat sini, macam-macam ada. Setiap cafe ada keistimewaan tersendiri.’’ Balas Ayman.

            Interior design memang superb and unique la. Macam ada story behind it.” Balasku. Anak mata masih menerawang ke kawasan sekitar café.

            “Itulah, dulu lagi saya ajak awak kahwin dengan saya. Boleh travel around the world. Awak tu yang jual mahal.” Usik Ayman sambil tersengih.

            “Eleh! Ada orang tu merajuk lagilah teruk.” Usikku pula dan terus Ayman menarik pipiku.

            “Esok kita nak pergi rumah Uncle Jeong Seok kan?” Soalku tiba-tiba.

            “Yup, kenapa?” Soal Ayman pula.

            “The day after tomorrow kita pergi Busan nak?” Soalku pula.

            “Pergi Busan? Nak cari apa dekat Busan?” Soal Ayman lagi.

            “Nak cari kekasih gelap sayalah.” Jawabku. Ayman sudah mengerutkan dahi.

            “Kekasih gelap?” Soal Ayman, tidak puas hati. Aku sudah ketawa seronok.

            “Jonghyun oppa, ala guitarist CNBlue tu. Dia kan orang Busan. Eh, rupa-rupanya kan, dia pun ada buat cover lagu I’m In Love tu. Sweet gila suara dia.” Jawabku. Riak wajah Ayman sudah berubah kelat.

            “Pergilah sorang-sorang.”

Aku sudah ketawa.

            “Saya usik je lah. Eee… kuat merajuk betullah awak ni!” Aku menepuk-nepuk lembut tangan Ayman yang berada di atas meja.

            “Saya nak bagi awak ni.” Tambahku lagi dan mengeluarkan sekeping kertas paperback dari dalam beg sandang. Kertas tersebut digulung supaya tidak koyak dan berkerenyuk.

            “Apa ni?” Soal Ayman sambil merenung kertas tersebut.

            “Bacalah dulu.” Jawabku.

            “Eh, ini kan…”

            “Yup, translation lagu I’m In Love yang awak tuliskan lirik dia tu. Saya tulis balik dalam bahasa Inggeris.”

Aku mengambil air minuman dan pantas keluar dari café tersebut.

            “Dini ! Awak panggil saya babo lagi ?’’ Jerit Ayman.

Aku sudah tergelak-gelak sambil terus ke pintu keluar café. Kelihatan wajah Ayman masam mencuka.

            “Mianhapnida. Sarangheyo.” Ucapku sambil memaut lengan Ayman.

Perlahan-lahan kulihat raut wajah Ayman tersenyum. Aku sudah ketawa kecil.

            “Ayman babo!” Aku menjelirkan lidah sebelum melarikan diri sekali lagi.

            “Dini!” Ayman sudah menjerit.

Malam itu, kami berpegangan tangan sambil menikmati suasana malam di Bandar Seoul. Aku yang sebelum ni alergik dengan pilot, kahwin jugak dengan pilot. Yalah, kalau dah jodoh, lari macam mana pun akan bertemu jugak kan? Macam orang tua-tua kata, ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk, bertemu juga. Eh, sama ke? Aku tersenyum seorang diri sambil memaut erat lengan Ayman.



Lirik lagu I’m In Love (Narsha Brown Eyed Girls) – Maksud dalam bahasa Inggeris

to be honest from the
first time we met
saying i like you
was not easy for me to do

if i don't approach you first
i was afraid of losing you

i wrote letters and prepare
small gifts for you

if my love for you
goes any deeper
it would only hurt me more
its true my mind is full of fear

i pray with all my heart
the person that i'm hoping for
i believe that person is you

i'm in love
i fall in love

there's no way around it
i can't hide my heart
you're so beautiful

i thought i never
gonna fall in love
but i'm in love
cause i wanna love you baby

thruthfully from the first time
i met you
somewhere inside my heart
you crashed like a strong wave

you're the only thing
i think about all day
i can be a good lover
wanna be your four-leafed clover
i will make you feel like
the happiest woman in the world

you gotta believe me
make you never gonna leave me
i won't make you promises
i will just show it to you

i'm in love
with you baby

i fall in love
there's no way around it



Nota kaki :

Annyeonghaseyo, nim : Hello, sir

Ne, annyeonghaseyo. Nugu… : Yes, hello. Who?...

Babo : Stupid

Kamsahamnida, halmeoni. Halmeoni, dangsineun jeongmal areumdapseupnida : Thank you, granny. Granny, you are so beautiful.

Mianhapnida. Sarangheyo : Sorry. I love you


p/s: Ini last part untuk cerita ni. Tamat sudah. Have fun reading! :) :)