Thursday 27 December 2012

Encik Driver Hati! 5





Usai bersalaman dengan Puan Arissa, aku memboloskan diri ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Jam di dashboard kutenung. Dah pukul 6.45 petang ! Kalau nak balik Ampang waktu-waktu begini, confirm jalan tengah sesak. Tiba-tiba aku teringat pesanan Puan Arissa mengenai Se Na. Aku tersenyum seorang diri sambil mencari telefon bimbit dari dalam beg.

Sebaik sahaja tiba di kawasan Desa Sri Hartamas, aku mencari kedai Se Na. Tertera papan tanda Seoul Cuisine dan aku terus mencari kawasan parkir yang tidak terlalu jauh dari kawasan restoran tersebut.

            ‘’ Dini, annyeong ! How are you?” Sapa Se Na dengan ceria sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam restoran miliknya. Kami berdua bersalaman.

            “Alhamdulillah, so far so good. How are you?”

            “Alhamdulillah, great!”

            “How’s business?”

            “Doing well, alhamdulillah. Most of the customers love the interior deco. Thanks to you.”

Se Na menggenggam kedua-dua belah tanganku sambil tersenyum mesra.

            “The interior is only a minor thing. They actually love the food here.” Balasku dan Se Na ketawa kecil.

            “So, how’s the progress in my auntie’s house?”

            “Will be done soon, insya-Allah.”

            “Everything will go smoothly. After all, you are the ID.”

Aku sudah tertawa kecil mendengar usikan Se Na. Tidak lama kemudian, azan Maghrib berkumandang dan kami berdua terus mengatur langkah ke surau kecil yang tersedia di bahagian belakang restoran. Selepas menunaikan solat, Se Na membawaku ke ruang makan restoran. Disebabkan kebanyakan meja dan kerusi sudah penuh, aku mengambil tempat di sudut yang menempatkan meja makan kecil, sama seperti meja makan Jepun. Aku melabuhkan duduk di atas bantal kusyen yang disediakan.

            “Okay, may I get your oder, miss?” Soal Se Na sambil menghulurkan menu kepadaku.

Aku sudah ketawa melihat telatah Se Na. Mana tidaknya, sepatutnya para pekerjanya yang lain yang mengambil pesanan makanan daripada pelanggan. Untuk aku pula, cik bos sendiri yang turun padang untuk mengambil pesanan makanan.

            “I think I wanna try the Korean BBQ.” Jawabku sambil membuang pandang ke arah sekumpulan pelanggan yang sedang memanggang daging di atas pembakar yang ditempatkan di atas meja khas. Corong asap khas juga dipasang pada setiap meja yang berfungsi untuk menyedut asap yang dikeluarkan ketika proses pembakaran berlaku.

            “Yes, sure, but we need to move to a suitable table.” Balas Se Na dan membawaku ke sebuah meja kosong yang terletak di satu sudut.

            “Okay, miss. I will get the food ready for your barbeque and your drink will be served in a shortwhile.” Tutur Se Na dan mengambil kembali menu.

            “Okay, kamsahamnida.” Aku tersenyum.

Se Na terus berlalu ke bahagian dapur. Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran datang membawa ice lemon tea yang kupesan. Kemudian, pekerja yang lain pula datang membawa bahan-bahan untuk barbeque seperti ayam, daging, ikan, makanan laut, sayur, kimchi dan pelbagai jenis makanan.

Biar betul barbeque set untuk seorang banyak gila macam ni? Ni memang gerenti kalau aku habiskan seorang diri, tak boleh nak bangun daripada kerusi. Aku mengambil chopstick yang diletakkan di tepi pinggan dan mengoyakkan kertas pembalutnya. Daging black pepper mentah itu kuambil dan diletakkan di atas tempat pembakar. Berdesir kuat bunyinya apabila daging terkena tempat pembakar yang sudah panas. Aku menyepit pula ayam teriyaki, ikan berperisa tom yam dan sosej untuk diletakkan di atas tempat pembakar.

Sambil menunggu makanan yang sedang dibakar masak, aku menjamah sedikit kimchi yang dihidangkan sejuk dan juga carrot kimchi.

            “Amboi, makan tak ajak orang!”

Sapaan suara tersebut membuatkan aku yang sedang makan, tersedak! Terasa rongga hidungku panas kerana tersedak kimchi yang sememangnya pedas itu. Cepat-cepat aku mencapai air yang dihulurkan oleh hamba Allah yang menegurku tadi. Mataku sudah berair menahan sakit.

            “Sorry. Didn’t mean to do that. Okay tak ni?” Soal suara itu lagi.

Aku masih senyap. Air di dalam gelas kuteguk lagi. Isy, dia ni kan! Tak reti-retilah pulak nak tegur orang elok-elok.

            “Dini, are you okay?” Soalnya lagi. Riak wajahnya sudah kelihatan risau.

            “Kalau apa-apa jadi dekat digestion system saya, saya saman awak !’’ Jawabku geram.

Ayman yang kini mengambil tempat di hadapanku, sudah tersengih-sengih. Dia dengar tak perkataan ‘saman’ tadi?

            “Bila sampai sini?” Soalku dan merenung wajah yang kelihatan penat itu.

            “Kenapa? Rindu saya eh?” Usik Ayman sambil tersenyum nakal.

            “Isy, tolonglah! Tak kuasa!” Balasku dan Ayman ketawa.

            “Saya baru sampai tadi. Balik rumah dulu and then received call dari kak Se Na. Beria-ria dia suruh saya datang sini. She said, for sure I won’t regret if I come here. Patutlah pun.” Tutur Ayman.

Aku berpaling ke belakang mencari Se Na dan kelihatan Se Na sedang tersengih memandang ke arahku. Bertuah betul diorang ni buat pakatan bersekutu! Patutlah makanan kat depan mata ni banyak semacam!

            “Kan awak penat, baru sampai. Pergilah balik rumah, rehat.” Balasku sambil memasukkan daging yang sudah masak ke dalam mulut.

            “Mana ada penatlah. Bukan senang nak jumpa awak macam ni.”

            “Lah, esokkan saya datang rumah awak lagi. Kerja kat rumah awak tu mana siap lagi.”

            “Ha’ah kan! Tak pelah, bukan senang nak makan dengan awak ni.”

            “Macam-macam hal. Kalau awak tertidur atas meja ni, saya tinggalkan je awak tau.”

Ugutanku hanya mengundang tawa Ayman.

            “Since saya dah datang sini, biar saya yang handle kerja panggang-memanggang ni.” Ujar Ayman.

Aku memandang wajahnya, tidak faham.

           “Yalah, kalau ikut Korean culture, it is more gentleman if the guy yang buat kerja panggang-memanggang ni.” Terang Ayman.

            “Great! Then, awak panggang benda-benda ni semua and saya tukang makan. I like the work delegation.”

            “Amboi, banyak cantik! Makan sama-samalah. Saya pun lapar jugak.”

Aku hanya ketawa melihat memek muka Ayman.

            “Kimchi ni kan, kalau dibuat barbeque pun sedap. Nanti awak try.’’ Tambah Ayman sambil meletakkan kimchi di atas tempat pembakar.

            “Oh, ya ke. Lagi apa yang boleh dibakar?” Soalku.

            “Nak try lidah lembu?” Soal Ayman dengan kening yang diangkat-angkat.

            “Euww!”

Ayman terus ketawa seronok melihat responsku.

            “Eh, koreans makan internal organs tau. Diorang buat barbeque macam ni. Guna lidah, perut, intestines dan macam-macam lagi. Sebab dekat sana, daging mahal and depends on gred daging jugak.” Tambah Ayman lagi.

            “Dah,dah. Jangan cakap lagi. Nanti saya terbayang-bayang semua tu.” Pintaku. Aku cepat-cepat meneguk air minuman. Isy, dia ni pun ! Spoil selera aku betullah.

Makanan yang sudah siap dipanggang, diletakkan di dalam pinggang kosong dan kami mula makan sambil Ayman bercerita mengenai Vietnam.

            ‘’Dini, saya nak tanya something boleh ?’’ Soal Ayman tiba-tiba.

            “Nak tanya apa?” Soalku.

            “Kenapa awak tak suka dengan pilot?”

Soalan Ayman itu membuatkan aku terus terdiam. Wajah Ayman yang masih menunggu jawapan, kupandang. Satu keluhan kulepaskan perlahan-lahan sebelum aku mula bercerita.

Arwah kak Long meninggalkan kami semua selepas selamat melahirkan Afrina dan Affan. Aku ingat lagi betapa arwah kak Long sangat menantikan kehadiran abang Faiz di saat dia sedang sakit untuk melahirkan si kembar tetapi abang Faiz tiada. Ketika itu abang Faiz yang bekerja sebagai juruterbang tidak dapat dihubungi. Menurut papa, dia terpaksa terbang ke Perth. Kasihan kak Long, sehingga dia menutup mata, abang Faiz tiada di sisi. Aku tahu kak Long sangat terkilan dan juga sedih kerana abang Faiz memungkiri janjinya untuk menemankan arwah kak Long apabila tiba saat melahirkan anak kembar mereka. Disebabkan itu, aku sangat fobia dengan mana-mana pilot!

Mungkin bagi orang lain, benda-benda sebegini tidak begitu logik untuk menjadi sesuatu yang aku takuti ataupun menjadi satu trauma. Namun, perkara inilah yang menjadi satu trauma dalam hidupku. Ayman yang sedari tadi tekun mendengar, hanya senyap.

            “Sorry, saya tak tahu.” Tutur Ayman perlahan.

            “It’s okay.” Balasku sambil tersenyum paksa.

            “Tapi kan, Dini, awak pernah dengar tak pasal satu fakta ni.” Tambah Ayman sambil menyumbatkan salad yang sudah diisi dengan ayam dan juga sos ke dalam mulut.

            “Fakta apa?”

            “Kalau kita nak overcome fobia ataupun trauma kita, kita kenalah berdepan dengan benda yang kita takut tu.”

            “Maksudnya?”

Ayman terus tersenyum sambil wajahku direnung lama.

            “Maksudnya, kalau awak takut sangat nak kahwin dengan pilot, awak kenalah kahwin dengan pilot jugak in order to overcome your phobia.”

            “Nonsense!”

            “Ya Allah, mana ada nonsense. Saya cakap benda betul ni.”

            “Yalah tu. Dahtu, mana saya nak cekau encik pilot ni? Awak ingat senang macam nak beli tiket kapal terbang ? Boleh je beli online bila-bila masa.”

Ayman menunding ke arah dirinya sendiri. Aku terus tergelak sehingga hampir tersedak.

            “Gelak pulak dia. Saya serius ni, tak main-main. Awak gelaklah sekarang. Jangan nanti one fine day, awak cari saya and terus ajak saya kahwin.”

Ketawaku menjadi semakin kuat. Tak kisahlah mamat depan ni nak kata aku sudah tak bersopan tetapi benda ni sangatlah lawak!

            “Saya pun serius rasa malam ni awak sangat lawak!”

Ayman hanya mencebikkan bibir dan terus menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya. Namun begitu, gurauan Ayman terkesan juga di dalam hatiku.



**************************************************


Aku turut tersenyum melihat Puan Arissa yang kelihatan tersenyum gembira. Wajahnya kelihatan puas melihat ruang tamu dan kawasan dapur yang sudah siap dihias sepenuhnya. Sedari tadi tidak jemu-jemu wanita anggun separuh abad itu berulang-alik dari ruang tamu ke dapur dan dari dapur ke ruang tamu semula.

            “Kalau mummy saya dah buat tawaf dalam rumah sendiri banyak kali macam ni, that means she really, really love your work.” Bisik Ayman yang sedari tadi turut sama memerhatikan telatah ibunya.

            “Bukan kerja saya sorang je. In fact, kudos to the whole team.” Balasku.

Puan Arissa kembali mendapatkan kami berdua yang sedang duduk di ruang tamu.

            “Alhamdulillah. Auntie pun macam tak percaya ruang tamu dengan dapur nampak berseri-seri dengan new look. Thanks a lot Dini and of course, to the rest of your team.” Ujar Puan Arissa sambil tersenyum.

            “Kitorang semua, as a team pun gembira sangat yang auntie berpuas hati dengan hasil kerja kami yang tak seberapa ni.” Balasku.

            “Eh, these are great work! Really!” Balas Puan Arissa sambil menepuk perlahan bahuku.

            “Ala, mummy. Tengoklah wife-to-be siapa.” Sampuk Ayman tiba-tiba.

            “Wife-to-be siapa?” Soal Puan Arissa sambil tersenyum meleret.

Ayman menunding ke arah dirinya sendiri. Ah, sudah! Angin meroyan dia dah datang balik. Agaknya waktu dia ke Vietnam dulu, dia terlanggar mana-mana tiang. Tak pun, terlanggar gajah sampaikan otak dia dah tak betul dan bercakap benda-benda yang merapu.

            “Auntie janganlah percaya cakap Ayman ni. Lately dia memang suka merapu yang bukan-bukan.” Balasku dan memandang ke arah Ayman dengan geram. Aku dah tengah tahap mendidih dekat sini, dia boleh tersenyum-senyum macam baru lepas dapat cabutan bertuah.

            “Ala, Dini. Kalau betul-betul jadi pun, apa salahnya. Ayman pun memang dah patut sangat kahwin.’’ Tambah Puan Arissa. Ayman kelihatan tersenyum simpul.

Ah, sudah ! Si ibu pula dah buat pakatan bersepadu dengan anak. Sebelum benda ni terus meleret dan melalut entah ke mana-mana, baik aku angkat kaki cepat-cepat.

            “Saya rasa tugas saya dekat sini dah tamat dan kami semua as a team, nak ucapkan ribuan terima kasih sebab auntie dah berikan layanan yang sangat first class sepanjang kami bekerja di sini. Saya mohon maaf kalau sepanjang kami bekerja, ada salah dan silap yang dah kami lakukan.” Ucapku panjang lebar dan bangun dari sofa yang kududuk.

            “Auntie pun nak ucapkan ribuan terima kasih pada Dini and the rest of your team members. Auntie pun minta maaf juga kalau ada salah dan silap. Oh, ya! Nanti Sabtu depan, jemput datang rumah auntie ya. Auntie nak buat kenduri doa selamat sikit.”

            “Insya-Allah. Pukul berapa tu, auntie?’’

            ‘’Lepas Isya’.’’

            ‘’Insya-Allah, saya datang nanti.’’

            “Datang tau, Dini. Auntie ajak bersungguh ni. Nanti biar Ayman yang jemput Dini di rumah.’’

            ‘’ Eh, susahkan Ayman pulak. Saya boleh drive sendiri.”

            “Bahayalah drive sorang-sorang waktu malam. Awak tu perempuan. Nanti saya datang fetch awak dekat rumah. Ajak si kembar sekali. Kalau nak ajak parents awak pun, lagi best!” Tambah Ayman sambil tersengih.

 Isy, dia ni ! Pandai-pandai je nak menambah benda lain. Puan Arissa yang menjadi pemerhati, hanya tersenyum.

            ‘’Saya minta diri dulu, auntie. Nak kena balik office terus ni. Kalau lambat gerak, nanti jalan jam pulak.’’

            ‘’Yalah. Datang tau kenduri auntie minggu depan.’’

            “Insya-Allah, auntie. Saya pun free next Saturday tu.”

Puan Arissa tersenyum puas hati. Aku bersalaman dengan Puan Arissa dan terus mengatur langkah ke pintu utama sambil diekori oleh Ayman.

            ‘’Tak payahlah hantar saya sampai ke pintu pagar. Tak ada orang nak culik pun.’’ Balasku sambil menyarung kasut.

            “Ala, bukannya jauh pun. Lagipun, buatnya kena culik betul-betul nanti. Awak tu dahlah senang nak kena cempung, bawak masuk van.” Jawab Ayman.

            “Hah, doalah benda bukan-bukan!”

            “Isy, awak ni! Bukannya doa, tapi sebagai peringatan.”

Ayman mengiringi langkahku sehingga ke kereta Honda City kelabu metallik yang kuparkir di hadapan pagar rumah.

            “Lama ke awak cuti ni?” Soalku sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.

            “Tak lama. Esok dah nak fly balik.” Jawab Ayman sambil wajahku ditenung lama.

            “Fly pergi mana?” Soalku lagi.

            “Incheon. Sambil menyelam minum air, balik kampung mummy yang dekat Seoul tu sekejap. Dah lama tak jenguk halmeoni (nenek) saya.” Jawab Ayman.

            “Wah, seronoknya! Saya tak pernah lagi sampai sana. Teringin sangat nak pergi holiday dekat sana. I love travelling, but lately dah lama tak travel. Busy sangat, kerja banyak.” Balasku, sambil mengeluh.

           “Kahwin dengan saya nak? Awak nak travel pergi mana-mana, senang. saya boleh bawak. You just name it!” Balas Ayman sambil tersengih.

            “Pergi bulan?” Usikku.

            “Oh, yang tu saya kena mintak kerja dengan NASA pulak la.” Balas Ayman.

            “Awak jugak yang kata, just name it.”

            “So, awak nak kahwin dengan sayalah ni ya?”

Aku yang tadinya sedang ketawa, terus terdiam. Erk, isu kahwin ni tak habis lagi ke?

            “Awak, ni. Suka sangat bergurau pasal benda-benda kahwin ni. Okaylah, saya nak kena gerak ni. Lagi lambat gerak, lagi lambat saya sampai office.” Pintu kereta terus kubuka.

            “Yalah, awak ajalah yang betul cik, Dini.”

            “Eh, merajuk ke, encik Ayman?”

            “Tak kuasalah!”

Aku sudah ketawa melihat reaksi Ayman. Haih, encik pilot yang seorang ni! Macam-macam telatahnya.

            “Saya gerak dulu. Awak tu, jaga diri. Bawak kapal terbang elok-elok. Burung-burung dekat atas langit jangan langgar. Diorang pun nak hidup jugak.’’

Ayman yang tadinya berwajah masam, sudah ketawa kecil.

            ‘’Awak tu pun, bawak kereta elok-elok. Jangan berangan time drive.’’

            ‘’Nak berangan apa pulaknya !’’

            “Yalah, berangan travel around the world dengan saya.”

            “Isy, tak kuasa!”

Ayman hanya ketawa seronok. Isy, dia ni! Macam mana dia tahu yang aku tengah fikirkan benda yang sama? Gila, gila. Kerja gila betul!

Sunday 23 December 2012

Encik Suami Mat Salih Celup? 13







Bab 13


Ian memakirkan kereta tidak jauh dari butik pengantin yang terletak di Damansara. Laki aku yang bertuah ni pulak bawak kereta sampai sesat larat. Dah ada cik GPS pun, dia boleh sesat lagi. Bila aku nak tolong, tak nak dengar cakap pulak. Dia ingat jalan raya dekat KL ni macam dekat London ke ?

            ‘’Ian, Iman ! Lambatnya sampai. Jalan jam ke ?’’ Sapa kak Zara dengan mesra sambil bersalaman denganku.

            ‘’Jalan tak jam pun,kak.’’ Jawabku sambil menjeling ke arah Ian yang mempamerkan riak wajah bersahaja.

            “Dah tu? Sesat?”

            “Lebih kuranglah,kak.”

            “Tak apa, tak apa. Yang penting, korang dah selamat sampai kat sini. Baju kahwin dah siap. Try dululah untuk final inspection. Kot-kot ada benda lain nak kena alter before the big day.”

Kak Zara berlalu ke bahagian belakang untuk mengambil baju aku dan Ian. Ian sudah mengambil tempat di atas sofa.

            “Iman, boleh try baju dekat fitting room ni. Ajak darling awak tu sekali.” Laung kak Zara dari jauh.

           
Aku mencuit bahu Ian dan Ian memandangku dengan kening yang terangkat. Eh, eh, main angkat-angkat kening pulak! Memang aku faham sangat bahasa isyarat kening dia tu.

           “Tak payah nak main angkat-angkat kening. Saya tak faham, tak boleh nak baca apa yang awak nak cakap. Jom, kak Zara panggil. Suruh kita try baju.” Ujarku sambil menarik kedua-dua belah tangan Ian supaya lelaki tinggi lampai ini berdiri.

            “Now?” Soal Ian.

            “Tak adalah, next year! Kita datang sini sebab sengaja nak habiskan masa dan minyak kereta.” Jawapan kurang cerdik yang paling sesuai diberikan untuk soalan kurang cerdik Ian.

Ian tiba-tiba ketawa.  Aku mencebik. Sudahnya, tangan kananku memegang beg tanganku dan tangan kiri menarik encik suami terchenta yang liat sangat nak berjalan. Sekali pandang dah macam tengah mengheret anak patung bersaiz gergasi!

            “Nah, ni Iman punya, and yang ini Ian punya. Iman, try to put on the gown dululah sebab tudung sepatutnya tak ada masalah nak kena alter kan? Lepas ni kita try pakaikan tudung pulak.” Beritahu kak Zara sambil menghulurkan pakaianku dan juga pakaian Ian.

Aku berlalu ke sebuah bilik kecil yang tersedia di bahagian belakang untuk mencuba gaun labuh berwarna putih susu itu. Tidak lama kemudian, kak Zara datang dengan membawa kain tudung yang berwarna serupa.

            “Besar sikit ya dekat bahagian pinggang? Iman dah kuruslah ni.” Balas kak Zara sambil membelek ukuran gaun di bahagian pinggangku.

            “Tak adalah besar sangat, kak. Okay je ni. Kalau fit sangat pun, seksa pulak jadinya.” Balasku dalam tawa. Takkanlah aku nak pakai baju macam balut nangka pulak kan ?

            ‘’Betul ni tak nak kecikkan sikit bahagian pinggang ni ?’’

            ‘’Betul, kak Zara. Dah okay ni.’’

            ‘’Okay. So, sekarang kita try tudung pulak. Yang tudung ni akak bagi yang tak ada awninglah sebab hari tu Iman mintak yang tak ada awning kan?”

Aku angguk sambil mengambil kain tudung daripada pegangan kak Zara. Aku sangat berpuas hati dengan jahitan manik dan labuci yang tidak terlalu sarat pada bahagian hadapan kain tudung. Tak adalah bila pakai nanti, aku nampak macam pokok hiasan bergerak pula.

            “On that day, mak andam yang akan tolong pakaikan tudung ni. Sekarang ni akak nak tunjukkan tudungnya dekat Iman dulu. Takut nanti tak berkenan pulak.” Tambah kak Zara.

            “Saya okay je, kak. Dah suka sangat dengan tudung ni. Simple je, just nice.” Kak Zara kelihatan tersenyum puas hati.



Dari butik kak Zara, aku mengajak Ian ke One Utama untuk mencari kasut yang sesuai untuk dipakai pada Sabtu nanti. Sebenarnya ada kasut pengantin yang sudah disediakan mengikut pakej, tetapi aku yang memilih untuk membeli kasutku sendiri. Lebih selesa rasanya dan boleh jugak dipakai lagi selepas ini. Bolehlah aku melawa dengan kasut tumit tinggi berinci-inci datang ke butik nanti.

Usai sahaja memakirkan kereta, kami mengatur langkah masuk ke dalam pusat beli belah ini. Para pengunjung tidak terlalu ramai kerana hari ini merupakan hari orang bekerja walaupun masih dalam musim cuti sekolah. Aku mengajak Ian masuk ke dalam sebuah kedai kasut.

            “Give me one solid reason on why you need to find your shoes today? Can’t you do it on other day?” Soal Ian dengan riak wajah yang berkerut.

            “You need to be the ruler. Kan malam esok awak dah nak balik London. So, by hook or by crook, memang kena settlekan hal kasut saya ni hari ni jugak.” Jawabku sambil mataku meliar mencari calon-calon kasut yang sesuai untuk dijadikan sebagai kasut pengantin. Oh, yang warna putih tu nampak macam okay.

            “Ruler? What ruler?” Soal Ian lagi.

            “Lah, ruler la. Ruler kan function dia sebagai alat pengukur. Takkanlah untuk dimakan pulak.”

Ian masih memandang tepat ke arahku dengan riak wajah yang masih kelihatan bingung.

            “Ruler as in kasut yang saya pilih tu buat saya nampak a bit taller bila berdiri sebelah awak nanti. Puas hati?”

Ian terus ketawa. Aku tak tahulah mamat ni ketawa sebab dia faham, ataupun dia buat-buat faham. Eh, kalau dia ketawa, mestilah dia faham kan? Menyesal pulak aku terangkan dekat encik mat salih celup ni. Boleh pulak dia gelakkan aku!

            “Tak payahlah nak gelak sangat. There’s nothing to be laughed at.” Balasku dengan rasa sebal.

            “There is.” Balas Ian selamba membuatkan aku rasa nak ketuk kepala dia dengan kasut tumit tinggi yang sedang kupegang. Sedang aku berkira-kira untuk mengetuk kepala encik suami ini dengan kasut tumit tinggi, dua figura manusia yang tiba-tiba berdiri terpacak di hadapanku membuatkan jantungku seakan-akan berhenti berdegup seketika.

            “Hi, Iman! What a great surprise to meet you here.” Sapa satu suara garau.

            “Assalamualaikum! What an awful surprise to see you again.” Jawabku, sarkastik sambil tersenyum sinis. Aku sempat menjeling ke arah Dora yang elok memaut lengan kanan Naim dengan erat. Minah ni memang spesies gam gajah kot. Tak habis-habis melekat.

            “So, ni husband instant you? Kahwin jugak you ya. Terbaiklah, you dapat cari pengganti I dengan cepat.” Sindir Naim sambil memandang ke arah Ian yang kini sudah berdiri di sebelahku.

Amboi, mamat ni! Dah pandai guna I-you lah pulak.

Aku sempat memandang wajah Ian. Wajahnya kelihatan tenang. Ketika ini, aku sangat berharap encik mat salih celup dekat sebelah ni tidak memahami perbualan kami.

            ‘’Oh, I lupa pulak nak invite you all. Datanglah to our wedding this Saturday kalau...” Pasangan kekasih di hadapanku ini kupandang dengan tajam.

            ‘’You all tak malu.’’ Tambahku sinis membuatkan riak wajah Naim dan Dora berubah.

            “Darling, tengok minah ni. Celupar betul mulut dia.” Adu Dora dengan manja sambil menarik-narik lengan Naim.

Aku yang melihat hanya tersenyum sinis. Aku bukanlah golongan yang sangat menyukai ‘cat fight’ walaupun berdasarkan ilmu taekwando yang aku ada, aku lebih daripada mampu untuk berbuat demikian. Cepat-cepat aku beristighfar di dalam hati untuk membuang rasa riak dengan ilmuku yang tidak seberapa.

            “Dik, dekat sini, kedai mana ada jual tiang gol?” Soalku kepada seorang pekerja di dalam kedai tersebut.

            “Tiang gol apa, kak?” Soalnya.

            “Futsal punya tiang gol ada jual tak?” Soalku kembali.

            “Rasanya kalau akak try dekat sports centre yang dekat corner hujung tu, maybe diorang ada jual.” Jawabnya.

Aku pantas bangun dan menarik tangan Ian untuk keluar dari kedai kasut.

            “Where are we going?” Soal Ian.

            “Nak beli tiang gol untuk hamba Allah depan ni. Lepas beli, kita main futsal tau. Bolanya dah ada kat depan mata.” Jawabku sambil memandang ke arah Naim. Naim sudah terkebil-kebil memandangku.

Aku terus menonong keluar dari kedai kasut tersebut dan Ian yang aku agak sangat bingung bercampur pelik dengan apa yang berlaku, hanya mengikut langkahku. Aku turun ke tingkat bawah untuk mencari mesin autopay dan terus membayar tiket parking.

            “Jom balik rumah.”

            “I thought we have to find your shoes.”

            “Tak nak. Tak ada mood. Jom balik rumah.”

Ian masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri.

            “Then, what shoes are you going to wear during the wedding?”

            “Selipar Jepun. Jom balik.”

            “Selipar what?”

Haih, ni lagi sorang! Dahla mamat yang tadi tu dah mengacau mood aku. Yang encik dekat sebelah ni pulak, asyik blur memanjang dari tadi.

            ‘’ Japanese’s slippers.’’

Amek kau ! Direct translation aku bagi.

            “Oh, the one that they wear with their kimono?”

Aku yang pada mulanya memang tengah geram dan marah dengan Naim sebentar tadi, tidak dapat menahan tawaku mendengar ulasan lurus bendul Ian. Haila, suami aku ni!



****************************
           

            “Kak Iman ni, tak pernah dibuat orang tau.” Komen Maya sambil tangannya ligat menggubah hantaran yang menggunakan tema warna merah dan putih.

            “Tak pernah dibuat apa?” Soalku sambil tangan ligat menyiapkan set hantaran yang menggunakan tema warna hijau epal dan putih.

            “Yalah, bos yang nak kahwin pun busy uruskan hal butik. Kalau orang lain, dah tak amik kisah dah. Diri sendiri pun sibuk dengan preparations sendiri.”

Aku tersenyum mendengar jawapan Maya.

            ‘’Sebab orang tak buatlah, akak kena buat. Ala, lagipun wedding Sabtu ni dah settle pun persiapannya, insya-Allah semua dah okay. So, akak kenalah turun padang siapkan tempahan orang lain pulak. Orang lain pun nak kahwin jugak. Bila kita dah janji dengan customer untuk siapkan on certain date, kita kena fulfill the promise. Barulah bisnes boleh maju.Tak bolehlah janji kosong je. Maya pun ada bagitahu akak yang kedai kita kekurangan tenaga pekerja buat masa ni kan? Akak kenalah tolong korang, takkan nak biarkan korang macam tu je.”

Maya kelihatan tersenyum lebar mendengar ulasanku.

            “Tak sangka pulak, musim cuti sekolah ni, lagi banyak rezeki yang masuk datang kedai kan, kak.”

            “Alhamdulillah, rezeki kita murah. Dalam masa yang sama, kita kena bersyukur pada Dia Yang Maha Pemurah.”

            “Alhamdulillah.” Ucap Maya pendek.

Perbualan kami terhenti apabila dua orang lelaki yang sangat kukenali melangkah masuk ke dalam butik. Aku sudah tersenyum lebar.

            “Hah, dah sampai our boutique’s savior!” Balasku gembira.

Aku mengatur langkah ke arah Ian dan Angah yang baru sahaja sampai. Pantas aku menarik kedua-dua lelaki ini ke meja kerja kami.

            “Eh, kenapa ada hubby akak dengan abang akak pulak ni?” Soal Maya.

            “Kita kan kekurangan man power. So akak bawaklah man power yang available dekat rumah akak.”

            “Wah, terbaiklah akak! Ni sangat rare ni.” Sampuk Nini yang menghampiri kami dengan membawa bunga-bunga plastik.

            “Memang rare sangat, Nini. Mana ada lawyer bergabung tenaga dengan arkitek nak buat kerja-kerja butik pengantin.” Balasku dan Nini tersenyum.

            “Iman ni, suka kan buat kerja-kerja gila macam ni.” Balas Angah sambil mengeluh. Ian yang berdiri di sebelahnya, hanya mendiamkan diri.

Semalam, sebaik sahaja kami sampai di rumah selepas pulang dari One Utama, Ian lebih banyak mendiamkan diri. Mungkin tidak berani mengusikku yang sangat geram dengan kejadian di One Utama.

            “Mana ada kerja gila, Angah. Ni namanya kerja nak menambahkan pahala. Ala, Angah kan free hari ni. Ian pun still available before nak balik London malam ni. So, kenalah berbakti untuk masyarakat sikit.” Balasku sambil tersengih.

            “Banyaklah Iman punya berbakti untuk masyarakat.” Sindir Angah.

            “So dear, what do we have to do?” Soal Ian dan mengambil tempat di sebelahku.

            “Good question, darl. Hari ni kita ada operasi menyiapkan set-set hantaran.” Jawabku
.
            “Banyak ke?” Soal Angah.

            “Banyak jugaklah.” Jawabku.

            “Err, sorry. What is hantaran?” Soal encik suami di sebelah. Semua yang ada terus senyap sebelum seperti biasa, aku menjadi cikgu yang sangat baik hati.


Masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Suasana di dalam kedai diceriakan dengan suara radio Fly fm. Agak meriah juga keadaan di dalam kedai dengan adanya Joey and the gang yang sememangnya sangat periang. Ada sahaja telatah mereka yang mencuit hati.

            “Awak, bunga tu kena letak dekat sebelah tepi. Tengok macam contoh yang dah siap ni.” Tuturku pada Ian yang sedang menggunakan hot glue gun untuk melekatkan bunga hiasan bakul hantaran yang diperbuat daripada rotan.

            “Oh, you’re right.”

Aku sudah ketawa kecil melihat tingkah Ian yang terkial-kial menghias bakul hantaran tersebut.

            “I can include this experience in my resume soon.” Balas Ian sambil melekatkan bunga hiasan tadi.

            “What experience?” Soalku.

            “Doing these kind of stuffs.”

Aku ketawa lagi.        

            “Bila dah siap resume awak tu, bagi kat saya tau.”

            “For what?”

            “Nak employ awak kerja dekat sini. Nak tak?” Usikku dan Ian hanya ketawa.

            “Iman, seriously Angah tak ada bakatlah nak hias-menghias ni.” Sampuk Angah.

            “Tahu.” Jawabku selamba.

            “Angah surrender la. Angah lagi rela baca case law yang berlambak-lambak. Takpun, revise balik constitution.”

            “Dah tu, ingat Iman ni berbakat sangat ke? Dah bertahun-tahun tengok nombor keluar masuk, tiba-tiba tengok pasangan pengantin pulak yang keluar masuk.’’

Angah terus ketawa seronok.

            “Angah lupalah yang ada accountant in the house. Tapi, you did well in this business, frankly speaking.”

            “Random kot.”

            “Ala Iman, random things happened for a reason. Kan Allah tu Maha Mengetahui.” Balas Angah penuh makna.


Menjelang Asar, aku, Ian dan Angah meminta diri untuk pulang. Aku perlu menghantar Ian ke airport pada malam ini. Yang lagi bertuahnya laki aku ni, dia tak kemaskan barang-barang dia lagi. Bila aku tanya kenapa, selamba sahaja dia menjawab yang itu menjadi tugas aku. Amboi, amboi dia ni ! Nak balas dendam ke apa dia ni?



p/s : Sorry teramat-amat sangat sebab lambat gila update bab baru cerita ni. Sekarang ni tengah sibuk nak siapkan cerita tentang Palestin. Jadi, memang lambat sangat update minggu ni. Anyway, yang pasti, insya-Allah paling kurang pun akan ada 1 bab baru masuk dalam blog each week. Happy reading :)

Wednesday 19 December 2012

Encik Driver Hati! 4





“Dini, pagi ni jadi ke nak jumpa customer tu?” Sapa Farhana ketika aku menyiapkan sketch yang terakhir.

            “Jadi. Pukul 10 nanti kot. Eh, yang customer hari tu siapa yang handle?” Balasku.

            “Amir. Sepatutnya bos nak pass projek tu dekat kau tapi since Amir free, and customer tu pulak lelaki, lagi senang Amir yang handle.” Jawab Farhana.

            “Kau tak ada appointment pulak hari ni?” Soalku melihatkan Farhana yang kelihatan relaks.

            “Tak ada. Tapi kena start research untuk rumah Mak Datin dekat Bukit Antarabangsa tu. Kalau kau tengok rumah dia, besar gila weh! Macam istana!” Jawab Farhana.

Aku sudah ketawa kecil.

            “Dia nak guna ID untuk apa?”

            “Datin tu baru lepas renovate rumah. So, dia nak new look untuk rumah dia.’’

Aku mengangguk-angguk.

            “Sama jugaklah macam customer aku ni. Auntie ni baru lepas renovate rumah jugak. Family dia peramah gila. Memang senangla bekerja dengan family auntie ni.” Balasku.

            “Yalah, orang ni kan pelbagai rentak dan ragam. Eh, auntie ni tak ada anak lelaki ke?” Balas Farhana sambil tersengih.

            “I know that sort of question will come from you.” Usikku dan Farhana hanya tersenyum-senyum.

            “Aku rasa tak ada yang single. Anak lelaki auntie tu dah kahwin pun.”

            ‘’Ala, sayangnya !’’

Aku hanya ketawa melihat telatah Farhana.

            “Dini, kau sambunglah kerja kau. Aku pun nak start research untuk buat sketches. Kalau sempat nanti, kita lunch sekali.” Balas Farhana sambil tersenyum.

            “Alright.”

Aku menyambung kerjaku sehinggalah jam menunjukkan pukul 9.15 pagi. Aku mengemas barang-barangku yang berselerak di atas meja. Skecth book berwarna hitam merah itu aku masukkan ke dalam beg. Kamera Nikon Coolpix L810 berwarna merah yang terletak elok di atas meja, aku ambil dan kumasukkan ke dalam beg.

Aku terus turun ke tingkat bawah, mencari keretaku dan memandu ke rumah Puan Arissa yang terletak di Taman Tun Dr Ismail. Kedatanganku disambut oleh Puan Arissa yang sedang menyiram pokok bunga.

            “Puan sihat?” Sapaku sambil bersalaman dengan Puan Arissa yang merupakan seorang pensyarah di UiTM Shah Alam.

            “Alhamdulillah. Dini, janganlah panggil puan. Panggil je auntie. Lagi selesa kan? Auntie pun tak nak formal sangat.’’ Balas Puan Arissa dengan ramah.

Aku hanya tersenyum.

            ‘’ Sunyi je rumah auntie hari ni ?’’ Soalku dan mengambil tempat di atas pangkin kayu yang berukir cantik di laman rumah.

            ‘’ Uncle tak ada kat sini. Dia pergi Vietnam, ada business trip. Anak auntie yang dua orang tu memang tak tinggal dengan auntie. Yang bongsu, ada dekat rumah. Tidur lagi agaknya.”

            “Ohh… Auntie tak ada kelas hari ni?”

            “Ada, tapi petang nanti. Tu yang auntie ajak Dini datang jumpa pagi ni.”

Aku mengangguk-angguk sambil tersenyum. Aku mengeluarkan sketch book dari dalam beg.

            “Dini, jom kita masuk dalam dulu lah. Kat luar ni panas. Boleh kita bincang dekat dalam rumah. 
Tapi, ruang tamu berselerak sikitlah. Sebab baru siap renovate.’’ Balas Puan Arissa.

            ‘’Tak pe, auntie. Biasalah, rumah baru lepas renovate kan.’’ Balasku dan mengekori langkah Puan Arissa untuk masuk ke dalam rumah.

            ‘’Dini duduk dulu ya. Auntie nak buat air kejap.’’

            ‘’Eh, tak payah susah-susahla,auntie.’’

            “Tak ada susahnya. Dini duduk sekejap ya.” Puan Arissa tersenyum memandangku sebelum berlalu ke dapur yang terletak di bahagian belakang.

Suasana senyap seketika. Anak mataku menerewang ke seluruh bahagian rumah sambil membayangkan kesesuaian lakaranku nanti.

            “Mummy!”

Suara yang tiba-tiba menjerit itu membuatkan aku tersentak dan berpaling ke arah tangga. Mataku terus membulat merenung figura yang tidak berbaju di hadapanku ini. Nasib baik pakai seluar panjang!
Aku terus berlari ke dapur, mencari Puan Arissa.

            ‘’Auntie, auntie.’’ Panggilku cemas.

            ‘’Kenapa ni, Dini ?’’

            ‘’Ada orang tak betul dekat ruang tamu auntie. He’s half-naked.”

            “Hah?”

Kelam-kabut Puan Arissa mengatur langkah ke ruang tamu. Situasi cemas dan kelam-kabut itu tidak lama kerana kemudiannya Puan Arissa sudah ketawa.

            ‘’Dini, ni anak auntie lah,the youngest. Meet Ayman Zayyan.’’ Puan Arissa sudah tersenyum-senyum memandangku yang masih terkejut.

            “Kitorang dah kenal la, mummy. Kan Dini?” Balas Ayman sambil tersengih.

Aku senyap, mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Terkejut yang amat sangat sejak tadi!

            “Ayman, go wear your t-shirt now.” Arah Puan Arissa.

            “Nope. I’m taking my shower now.” Ayman sedang bercakap dengan mummy dia, tapi sepasang anak mata kecil itu sedang memandang aku yang masih tunduk, merenung lantai. Ayman terus menghilangkan diri ke tingkat atas semula.

            “Sorry ya, Dini. Buat Dini terkejut pulak. Ayman tu memang macam tu.” Ucap Puan Arissa sambil tersenyum.

Aku hanya tersenyum tawar. Di dalam kepalaku, pelbagai persoalan mula terlakar. Patutlah muka Puan Arissa bukan macam muka Melayu. Sebelum ni, aku ingatkan Puan Arissa mungkin ada kacukan Cina. Rupa-rupanya memang anak kelahiran negara yang popular dengan drama Winter Sonata itu.

            ‘’Macam mana Dini boleh kenal dengan Ayman ?’’

            “Kenal dekat airport. Lepas tu, time saya uruskan interior designing restoran Se Na dulu, Ayman pun kadang-kadang ada sekali.”

Puan Arissa kelihatan mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

            “Auntie, ni saya ada buat a few sketches yang saya dah janji nak tunjuk. Since auntie memang request nak guna theme yang moden untuk ruang tamu dan dapur, jadi saya try came out dengan a few sketches.” Sketch book yang kubawa tadi, kutunjukkan kepada Puan Arissa.

Suasan hening seketika sementara Puan Arissa membelek-belek lakaran yang aku siapkan. Sama seperti Puan Arissa, sebenarnya aku sendiri lebih suka membuat lakaran untuk modern design. Satu, kerana aku sangat suka bermain dengan warna. Kedua, modern design tidak meletakkan batas yang terlalu ketat berbanding tema-tema yang lain.

            “Auntie lagi suka dengan design yang mula-mula sekali tu. Nampak simple and cozy.” Jawab Puan Arissa sambil tersenyum.

            “Kalau macam tu, if auntie ada dekat rumah esok, team saya dah boleh start bekerja. Insya- Allah esok boleh start dengan ukuran semula sebelum nak mulakan proses mengecat dinding dan lain-lain.” Balasku.

            “Auntie free je esok. Kalau auntie terlewat balik rumah pun, Ayman memang ada dekat rumah.”

            “Mummy, this means that I don’t have to attend another blind date, right?” Sampuk Ayman yang tiba-tiba muncul.

            “Mana ada blind date, Ayman.” Balas Puan Arissa.

            “Yalah, since mummy dah kenal Dini ni, memanglah dah tak ada blind date lagi.”

Ayman memandang ke arahku yang hanya menjadi pendengar.

            “Awak tahu, mummy saya ni memang tak habis-habis nak kenalkan saya dengan anak-anak kawan dia. Dah banyak sangat blind dates sampai saya pun dah nak jadi blind. Rasanya, bila mummy saya dah berkenan dekat awak ni, selamatlah saya. Tak payah jumpa macam-macam orang lagi.”

Aku sudah terkebil-kebil. Mulut mamat ni, memang tak ada insurans langsung!

            ‘’Ayman, tak habis-habis suka mengusik orang.’’ Puan Arissa mencubit lengan Ayman. Aku yang melihat terus ketawa.

            ‘’Auntie, saya minta diri dululah. Nak kena balik office balik. Insya-Allah esok pagi saya datang dengan pekerja-pekerja yang lain. Before datang nanti, saya call auntie.” Aku sudah berdiri, ingin meminta diri sebelum macam-macam cerita lain yang keluar daripada mulut pilot pot-pet ini.

            “Dini save number Ayman sekali lah. In case auntie tak boleh jawab call Dini esok, Dini call Ayman. Sebab kalau auntie in the middle of class, memang phone in silent mode.” Balas Puan Arissa.

Erk, nak kena mintak nombor Ayman pulak ke? Aku lihat Ayman sudah tersengih-sengih.

            “Meh sini phone awak tu.” Tutur Ayman sambil menghulurkan tangan kanannya.

Lambat-lambat aku menyerahkan telefon bimbit berwarna merah itu kepada Ayman. Ayman memasukkan nombornya dan kemudiannya membuat ‘miss call’ kepada nombornya pula.

            “Thank you.” Balasku.

Seperti biasa, Ayman hanya tersengih. Entah apa yang dia seronok sangat sedari tadi.

            ‘’Auntie, saya gerak dululah ya. Terima kasih.” Aku bersalaman dengan Puan Arissa.

            “Terima kasih jugak. Drive carefully, okay.” Balas Puan Arissa.

Ayman mengekori langkahku sehingga ke kereta sementara ibunya masih ada di dalam rumah.

            “Sejak bila pulak awak duduk dekat sini? Bukan time awak tumpang saya tu, awak duduk dekat rumah lain ke?” Soalku.

            “Memang rumah ni lah. Mana ada rumah lain. Macam mana awak nak ingat, time tu kan malam. And awak pun tidur time saya drive sampai sini. Memanglah tak perasan rumah ni.” Jawab Ayman.

            “Iya ke saya tidur?”

            “Isy, awak ni! Bahaya tau dengan perangai ingat-ingat lupa awak tu. Nasib baik awak dengan saya, kalau dengan orang yang jahat, mesti dia dah larikan awak sampai Siam.”

Aku mencebik, tetapi dalam masa yang sama,cuba mengingat kembali.

            “Ada satu lagi benda yang saya geram dengan awak ni.” Wajah Ayman yang kelihatan penat itu kupandang tepat.

            “Apa lagi yang awak geram ni? Saya punyalah excited tiba-tiba nampak awak ada kat rumah saya pagi ni. Rasa macam mimpi tau. Penat dari malam tadi pun terus hilang.”

            ‘’Awak memang sengaja kan tak bagitahu saya yang mak awak request saya untuk handle interior designing rumah awak ni ?’’

           “Eh, saya pun tak tahu. Betul saya tak tipu. Saya rasa kak Se Na yang introduce pasal awak dekat mummy.”

Aku memandang wajah Ayman yang kelihatan serius itu.

            “Lagipun, kalau betul pun saya tahu, macam mana saya nak contact awak before this? Phone number awak pun saya tak tahu. Dulu saya mintak, awak bagi macam-macam alasan. Saya tak guna handphone lah, saya pinjam handphone nenek sayalah, itulah, inilah.” Bebel Ayman dengan riak wajah yang dibuat-buat.

Aku sudah ketawa geli hati melihat wajah Ayman yang kelihatan sangat kelakar.

            “Kenapa awak gelak?” Soal Ayman sambil mengerutkan dahi.

            “Awak tu.” Jawabku dengan tawa yang masih bersisa.

            “Kenapa dengan saya?”

            “Yalah, buat muka macam tadi tu, awak nampak…”

Pertuturanku terhenti. Sepatutnya aku nak cakap dia nampak comel, tapi aku malu. Erk, cik Dini Nazihah ni dah pandai malu depan encik pilot ni pulak? Ini penyakit baru !

            ‘’Saya nampak apa ?’’ Soal Ayman.

            “Macam muka Ronaldo.” Jawabku.

            “Ronaldo?”

            “Ronaldo, hamster saya dekat rumah.”

Terus wajah Ayman berubah masam. Aku terus ketawa. Haih, sejak bila pulak aku dah tak alah dengan pilot yang bernama Ayman Zayyan ini?


********************************************


Hari ini sudah genap seminggu aku menguruskan kerja-kerja rekaan dalaman dan pengubah suaian rumah Puan Arissa. Kerjaku di sini juga sudah hampir siap. Dinding sudah siap bercat, wallpaper sudah dipasang, hiasan siling sudah siap, lampu-lampu juga sudah dipasang.

            ‘’Alhamdulillah, so far so good. Tak lama lagi siaplah ni ya, Dini?” soal Puan Arissa yang baru muncul dari dapur sambil menatang sedulang jag berisi air oren dan gelas-gelas.

            “Insya-Allah, in few days, rumah auntie akan nampak meletop!” Jawabku sambil tersenyum.

            “Lepas ni kalau ada kawan-kawan auntie yang nak guna khidmat ID, bolehlah auntie rekomenkan Dini dekat diorang.” Balas Puan Arissa sambil tersenyum.

            “Insya-Allah, boleh je, auntie.”

            ‘’Patutlah Se Na puji kerja Dini sebelum ni. Sekarang auntie dah faham kenapa. Ayman pun kata yang kerja Dini memang tip-top.’’

            ‘’Tak adalah tip-top sangat, auntie. Biasa-biasa je. Ada orang lain yang lagi tip-top daripada saya.” Balasku merendah diri.

Bercakap mengenai Ayman, sudah beberapa hari aku tidak nampak kelibatnya di rumah ini. Kalau dia ada, memang kerjanya mengacau aku yang memang banyak kerja.

            “Ayman mungkin malam nanti baru sampai rumah. Sorrylah, Dini. Ayman selalu kacau Dini kan ? Anak auntie tu memang nakal sikit.’’

Aku terkebil-kebil. Macam tahu-tahu aje Puan Arissa ni yang aku tengah fikirkan pasal Ayman.

            ‘’ Tak apa, auntie. Saya tak ambil hati pun. Ayman fly ke mana pulak kali ini ?”

            “Vietnam. Daddy dia baru balik dari Vietnam, anaknya pulak yang pergi.”

Aku mengangguk-angguk. Aku jarang-jarang berjumpa dengan Dato’ Eddy di rumah ini kecuali ketika hari pertama aku memulakan kerja di sini. Seperti Puan Arissa, Dato’ Eddy juga tersangatlah ramah. Berdasarkan pengamatanku, Ayman lebih banyak mengikut mirip wajah Puan Arissa berbanding abang dan kakaknya yang lebih banyak mengikut raut wajah ayah mereka.

            “Oh, ya! Sebelum auntie terlupa. Se Na mintak auntie pesankan pada Dini yang dia ajak Dini datang restoran dia malam ni or any day yang Dini free. Dia nak belanja makan. Se Na ada try call Dini semalam tapi asyik masuk voice mail.”

            “Oh, ya ke? Sebab semalam saya off handphone time charging. Tak pe, nanti saya call kak Se Na balik. Yalah, lepas siap kerja saya dekat kedai kak Se Na tu, saya tak sempat lagi pergi kedai dia. Time opening ceremony tu pun, saya tak dapat attend.”

            “Patutlah, auntie tak nampak Dini malam tu. Tak apa, nanti bila Dini free, datanglah kedai dia.”

            “Sebenarnya kan, saya kagum sangat dengan auntie.” Pujiku tiba-tiba.

            “Kagum? Kagum kenapa, Dini?”

            “Yalah,auntie fasih gila cakap bahasa Melayu. Tak ada pelat langsung! Sebelum saya tahu Ayman tu anak auntie, saya tak sangka langsung yang auntie ni Korean. Dah macam orang Melayu sejati, auntie.”

Puan Arissa hanya tersenyum mendengar ulasanku.

            “Dini, auntie dah lama berhijrah ke Malaysia ni. Yalah, sejak berkahwin dengan Uncle Eddy tu. Dah nak masuk 32 tahun auntie duduk dekat sini. Mestilah dah boleh jadi orang Melayu sejati.”

            “Auntie sebenarnya asal dari mana?”

            ‘’ Auntie lahir dekat area Gangnam, tapi membesar dekat Seoul.’’

            “Oh, ada Gangnam style la ni?”

Puan Arissa terus ketawa.

            ‘’ Saya dengar yang orang selalu cakap, anak-anak gadis dekat area Gangnam tu, selalunya cantik-cantik belaka. Bila tengok auntie, memang saya percayalah.’’

            ‘’Ada-ada je Dini ni nak mengusik auntie.’’

Aku hanya ketawa senang. Disebabkan waktu kerjaku sudah tamat, Puan Arissa bercerita pula bagaimana dia boleh bertemu dengan Dato’ Eddy. Perbualan kami berlanjutan hingga ke lewat petang dan kemudiannya aku meminta diri untuk pulang.

Thursday 13 December 2012

Encik Driver Hati! 3





Minggu ini sudah masuk minggu kedua aku dan rakan-rakan sekerja yang lain menguruskan proses dekorasi restoran milik Se Na. Minggu lepas, proses mengecat sudah selesai. Minggu ini, kami tumpukan pada hiasan dinding dan juga siling.

Disebabkan Se Na mahukan konsep tradisional Korea, konsep perabot kayu menjadi pilihan utama. Ruang bahagian makan juga dipisahkan kepada dua bahagian, satu bahagian menggunakan kerusi dan meja makan dan satu bahagian lagi hanya menggunakan meja makan Jepun, tikar dan kusyen-kusyen.

            “Assalamualaikum, Dini.” Tegur ibu Se Na yang baru sampai. Sepanjang proses dekorasi, ibu Se Na rajin juga berkunjung ke sini untuk melihat kami bekerja.

            ‘’Waalaikumussalam, omoni.’’ Balasku dan kami bersalaman. Ibu Se Na yang sangat peramah itu memintaku memanggilnya ‘omoni’.

            "I brought kimbap with me. You guys can eat them during your break. They’re homemade.” Balas ibu Se Na.

            “Wow, it’s been such a long time that I haven’t taste a homemade kimbap. Kamsahamnida, omoni.” Balasku. Ibu Se Na hanya tersenyum.

Kemudian Se Na datang menghampiri kami dan mereka berbual. Aku sendiri tidak dapat memahami isi perbualan mereka. Tetapi, telingaku ini menangkap nama Ayman. Ayman yang aku kenal itu atau Aiman lain ? Sah, aku ni dah sewel agaknya ! Tiba-tiba nak angau teringat dekat lelaki tu pulak.

            ‘’Noona !’’ Sapa satu suara yang agak sinonim di pendengaranku.

Aku pantas berpaling dan aku lihat Ayman sememangnya sedang berada di dalam kedai ini, sedang bercakap dengan Se Na. Kejap, dia panggil Se Na apa tadi ? Noona ? Noona tu maksudnya kakak kan ?

            ‘’Eh, Dini ? Awak buat apa kat sini ?’’ Soal Ayman terkejut.

            “Main masak-masak.” Jawabku selamba dan Ayman ketawa.

            “Awak ni comellah. Eh, dah lama tak jumpa awak. Kita rindu tau.” Balas Ayman sambil tersengih.

            “Sengal!”

Ayman hanya ketawa lagi. Gila ke apa dia ni?

            “Ayman, Dini, you guys know each other?”

            “Yes!”

            “No!”

Se Na sudah mengerutkan dahi mendengar dua jawapan yang berbeza.

            “We know each other very well.” Balas Ayman sambil tersenyum ke arahku.

Kemudian, Ayman berkata sesuatu kepada Se Na dalam bahasa Korea atau dipanggil Hangul. Aku terkebil-kebil memandang kedua-duanya.

            “Ohh… I see.” Komen Se Na sambil tersenyum meleret ke arahku.

Aku sudah mengeluh. Apa bendalah yang si Ayman ni kelentong dekat Se Na tadi.

            ‘’By the way, Dini, Ayman is my cousin. My mother and his mother are siblings.” Tambah Se Na sebelum berlalu untuk melihat kumpulan pekerja yang sedang menampal hiasan dinding.

            “Patutlah muka macam bukan muka Melayu. Mata kecik pulak tu.” Gumamku sendiri.

            ‘’I heard you said something about me. Apa dia?” Soal Ayman.

            “Mana ada. Jangan nak perasan sangat okay!”

Ayman masih tersengih. Dia ni, dari tadi asyik sengih,senyum banyak-banyak, rahang dia tak cramp ke?

            “Awak ni terlebih makan gula eh?” Sindirku.

            “Kenapa? Sebab saya ni sweet sangat eh?” Balas Ayman sambil tersenyum.

            “ Susah cakap dengan orang suka perasan ni.” Aku terus berlalu menyambung kerjaku yang tergendala sebentar tadi.


Selesai solat Zohor dan makan tengah hari, kami semua menyambung kerja yang terhenti sebentar tadi. Aku agak, jika kerja hari ini selesai, esok mungkin barang-barang hiasan lain dan perabot sudah boleh dipindah masuk.

Dalam aku sibuk memerhatikan lampu-lampu hiasan dipasang, aku sempat lagi mencari-cari kelibat Ayman yang tidak kelihatan.

            “Dini.” Panggil Ayman.

Aku tersentak. Mamat ni memang pantang diseru, mesti terus muncul.

            ‘’Awak cari siapa ? Cari saya eh ?’’

            ‘’Mana ada ! Sila jangan perasan ya, Encik Ayman.’’

Aymann ketawa senang.

            ‘’Saya tak tahu pulak yang awak ni ID. Mesti pandai melukis kan ? Patutlah saya tengok jari-jari tangan awak cantik. Orang kata, siapa yang jari cantik ni, pandai melukis and kreatif.’’

Aku senyap dan pantas menyembunyikan jari-jemariku sendiri. Anak mataku masih memerhatikan Mamat dan Halim yang sedang memasang lampu hiasan.

            ‘’Hari tu saya nampak abang awak tu dekat KLIA, tapi saya tak nampak awak pun.’’ Ujar Ayman membuatkan ingatanku melayang kepada Daniel dan perbualan kami sebelum ini.

            ‘’Saya sibuk.’’

            ‘’Sibuk atau awak memang larikan diri daripada saya.’’

            ‘’Nak lari kenapa pulak ? Kita bukannya main kejar-kejar.’’

            “Awak memang tak suka sangat dekat saya ya?”

            “Saya memang tak suka semua pilot.”

            “Kenapa?”

            “It’s a long story and you don’t have to know that.”

Ayman terus terdiam.

            “Kalau saya bukan pilot, maksudnya awak memang suka dekat saya lah kan?” Soal Ayman tiba-tiba.

Aku tersentak dan kami saling berpandangan.



***********************************************


Sepanjang aku menguruskan dekorasi kedai Se Na, memang selalu sangat aku berjumpa dengan Ayman. Mulut dia yang macam bertih jagung tu, memang asyik berbunyi tanpa kenal erti penat.

            “Awak tak penat ke asyik membebel dari tadi?” Sindirku selamba.

            “Tak, sebab saya bukan membebel tapi bercerita dengan awak.” Jawab Ayman selamba.

            “Saya rasa awak lagi sesuai jadi lawyer dari jadi pilot.” Balasku.

            ‘’Saya pun rasa macam tu. Sebab kalau saya jadi lawyer, mesti awak dah suka dekat saya.’’

Aku sudah mengetap bibir. Dia ni kan, loyar buruk betul!

            “Geramlah cakap dengan awak.”

            “Saya suka cakap dengan awak.”

Aku terasa kulit wajahku panas membahang sementara Ayman masih boleh bergelak ketawa dengan seronoknya. Dia ni kan!



Setelah selesai projek di kedai Se Na, aku tidak lagi bertembung dengan Ayman. Sewaktu hari pembukaan restoran Se Na, aku tidak dapat hadir kerana menjaga si kembar Afrina dan Affan yang demam panas di rumah.

Malam minggu ini pula, aku terpaksa membawa si kembar ke KLIA untuk menghantar abang Faiz yang akan ‘terbang’ ke London selama beberapa hari.

            “Thanks a lot, ya Dini. Susahkan Dini pulak kena bawak Afrina dengan Affan ke sini.” Tutur abang Faiz lembut.

            “Tak ada susahnya. Lagipun kesian dengan diorang ni.” Balasku tenang.

            “Dah lama tak ada orang hantar bila abang nak ‘terbang’. Dulu masa arwah kak Long masih ada, setiap kali abang nak ‘terbang’ mesti dia yang hantarkan abang.” Tambah abang Faiz sambil menatap wajahku dengan lama.

Aku hanya senyap.

            “Okay, papa nak kena pergi dah ni.” Ucap abang Faiz sambil memeluk Affan.

Afrina dan Affan berebut-rebut untuk bersalam dan memeluk papa mereka.

            “Jangan nakal-nakal,okay. Dengar cakap mummy tau.” Pesan abang Faiz.

            “Ya, papa. Papa jangan lupa beli hadiah kakak dengan adik tau.” Pesan Afrina dengan petah.

            “Ya, sayang.” Abang Faiz mengusap lembut kepala Afrina.

            “Abang gerak dulu, Dini.”

Aku hanya mengangguk. Afrina dan Affan melambai-lambai papa mereka sehingga abang Faiz hilang dari pandangan. Aku memimpin Afrina dan Affan berjalan keluar dari airport.

            “Dini!”

Langkahku terhenti dan aku berpaling ke arah suara tersebut. Kelihatan Ayman yang kemas beruniform, sedang tersenyum manis.

            “Awak nak balik ke?”

            “Ha’ah.”

            “Saya nak tumpang awak boleh tak?”

            “Hah?”

Ayman ketawa melihat reaksiku.

            “Saya nak tumpang awak balik. Janganlah terkejut sangat.”

            “Tak boleh!”

            “Kenapa pulak tak boleh?”

            “Saya datang naik basikal lah!”

            “Mummy, kita kan datang naik kereta.” Ujar Afrina tiba-tiba.

Haih, dah namanya budak, memanglah tak pandai nak tipu sunat.

            “Tak baik tipu, cik Dini. Awak kenalah tunjukkan contoh yang baik dekat budak-budak ni.” Ayman mengusap rambut Afrina yang ikal. Afrina hanya tersenyum.

            “Kereta awak mana?” Soalku, geram.

            “Saya tak bawak kereta. Selalunya kakak saya yang fetch saya, tapi malam ni dia ada hal. Tak ada siapa boleh fetch saya malam ni.” Ayman mula membuat muka sedih.

            “Naiklah cab.”

            “Saya takut.”

Aku sudah menjegilkan biji mata.

            “Awak takut apa?”

            “Nanti driver cab tu buat apa-apa yang tak elok dengan saya. Saya dahla tak kahwin lagi.”

            “Ayman! Awak jangan nak mengada sangatlah!”

            “Mana ada. Betullah apa yang saya cakap. Zaman sekarang ni, bukan perempuan je kena berhati-hati. Lelaki pun kena berhati-hati jugak.’’

Aku mula menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.

            ‘’Mummy, jomlah kita tumpangkan uncle ni. Kesian dia.” Balas Affan pula.

            “Ala, baiknya dia.” Balas Ayman sambil mencuit pipi Affan.

Kini tiga pasang mata tertumpu ke arahku. Ayman ni kan, memang suka menaikkan darah aku.

            ‘’Baiklah encik Ayman Zayyan, saya tumpangkan awak. tapi nanti saya nak claim duit minyak dengan tol.” Balasku.

            “Yes, sure. I will pay double.” Balas Ayman sambil tersenyum.

Aku mendengus dan mula mengatur langkah. Ayman mengekoriku ke tempat parkir kereta.

            “Dini.” Panggil Ayman.

            “Awak nak apa lagi?” Soalku geram.

            “Kunci kereta.” Jawab Ayman sambil menghulurkan tangan kanannya.

Aku memandangya dengan dahi berkerut.

            “Saya drive. Kalau awak yang drive, tak gentleman lah saya.” Terang Ayman.

            “It’s okay. Awak pun dah penat drive kapal terbang kan?” Balasku.

            “Saya tak kisah. Ala, setakat drive kereta je. Kalau boleh, hati awak tu pun saya nak drive supaya datang dekat saya.”

Sepasang anak mata kecil itu menikam wajahku.

            “Nah, ni kunci kereta. Daripada awak terus merapu benda-benda pelik kat sini, baik kita gerak sekarang. Budak-budak ni pun dah mengantuk.” Kunci kereta Honda City itu kuhulurkan kepada Ayman.

Ayman berlalu ke pintu belakang, membukakan pintu kereta untuk Afrina dan Affan dan juga membukakan pintu kereta hadapan untukku.

            “Doing things like these, I feel like I have a complete family. A lovely wife and cute children.” 

Tambah Ayman menyebabkan wajahku terasa panas membahang.

            “Cepatlah start enjin kereta tu. Jangan nak sambung drama Korea lagi kat sini.” Balasku tegas dan Ayman hanya ketawa.