Friday, 7 December 2012

Encik Driver Hati! 1





Pengumuman yang baru sahaja bergema menyebabkan aku mengerling ke arah jam tangan. Lambatnya abang ni!

 Entah-entah flight dia delay pulak malam ni. Anak mataku meliar memandang ke sekeliling kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang masih lagi sibuk. Headphone kecil yang kubawa tadi kulekapkan ke telinga dan aku mula membaca buku bertajuk Di Hamparan Shamerock Ku Seru NamaMu tulisan Ustaz Hasrizal.

            “Awak, saya pinjam newspaper ni ya?” tiba-tiba satu suara, lembut menyapa.

‘Eh, sejak bila mamat ni ada dekat sebelah aku pulak?’

 Aku tidak sempat menjawab dan lelaki ini sudah mengambil surat khabar News Straits Times yang kubawa bersama. Telatahnya yang agak kelam-kabut itu kuperhatikan melalui hujung mata. Kenapa dengan dia ni ? Aku terkejut melihat uniform yang tersarung di badan lelaki ini. Pilot ke mamat ni?

“Isy, takkan sampai ke sini dia cari?” gumam lelaki ini perlahan sambil anak matanya meliar memerhatikan sesuatu.

Aku lihat surat khabar News Straits Times itu dibuka luas dan dia menyembunyikan wajahnya di sebalik surat khabar tersebut. Pelik! Macam lelaki ini sedang dikejar oleh seseorang. Akalku yang kreatif ini mula membayangkan benda-benda yang tidak elok.

            “Bila perempuan rambut panjang tu lalu depan kita, awak jangan pandang dia, jangan pandang saya. Pretend macam saya ni tak wujud. Tolong ya.”pinta lelaki disebelahku.

Aku memanjangkan leher mencari perempuan yang dimaksudkan oleh lelaki ini. Entah-entah mamat ni lari daripada bini dia. Isy, aku tak nak masuk campur drama-drama rumah tangga ni. Sweater hitam yang kubawa bersama tadi kuserahkan pada lelaki ini.

            ‘’Uniform awak tu obvious sangat. Rasanya orang senang nak notice.’’ beritahuku dan sweater bertukar tangan.

Isy, Dini Nazihah! Tadi kata tak nak masuk campur drama-drama rumah tangga, tapi menyibuk jugak nak tolong.

            “Thank you.”

Perempuan berambut panjang tadi betul-betul lalu dihadapan kami. Aku menumpukan perhatian pada bukuku dan lelaki di sebelah ini pula khusyuk menatap surat khabar sambil surat khabar itu diangkat tinggi sehingga menutup wajahnya.

            “Alhamdulillah, selamat daripada satu bala.” ucap lelaki berkulit putih bersih ini berserta keluhan.

            “Thanks a lot ya, awak. Kalau awak tak tolong tadi, rasanya saya dah selamat kena buat steak.” balas lelaki ini sambil tersenyum mesra. Sweater dan surat khabar dipulangkan semula kepadaku.

            “Awak ni lari daripada wife awak eh?” soalku ingin tahu.

Lelaki ini tidak menjawab soalanku tetapi terus ketawa sehingga anak matanya yang kecil itu menjadi bertambah kecil. Erk, aku ada buat lawak ke?

            “Bukan isteri, tapi calon isteri yang entah nombor berapa.”jawab lelaki ini berserta sengihan.
Aku sudah mengerutkan dahi.

            “Calon isteri yang entah nombor berapa?”soalku kembali.

            “Ops, sorry! Saya ni jadi busy body pulak.”balasku pantas apabila anak mata lelaki ini sudah melekat pada wajahku.

            “Sebenarnya…”

            “Yayang!” Laung satu suara dari jauh. Terus kami berdua berpaling ke arah suara tersebut.

            ‘’Abang !’’ Aku menghulurkan tangan kanan untuk bersalam dan terus satu ciuman berlabuh di atas dahiku. Encik pilot yang sedari tadi menjadi pemerhati setia sudah berkerut-kerut memandangku.

            ‘’ Sorry, saya ni macam menganggu korang suami isteri pulak. So, I’m gonna make my move now.” Encik pilot yang tidak kuketahui namanya ini sudah beredar meninggalkan aku dan Daniel.

            “Suami isteri?” soal Daniel dengan riak wajah yang sangat kelakar.

            “Eee, mulut abang tu gatal betul tau tak! Dahla bukan main kuat jerit ‘Yayang’ tadi. Tak reti-reti nak panggil nama ke? Lepas tu nak jugak buat scene cium-cium dahi kat depan mamat tadi. Memanglah dia ingat kita ni suami isteri.”Bebelku dan Daniel hanya tersengih.

            “Alah, biar je lah. Bukannya mamat tadi tu boyfriend Yayang kan?’’

            ‘’Memanglah bukan. Tapi memang menjatuhkan saham Dini je lah.’’ Aku sudah memasamkan muka.

            ‘’Yalah, yalah. Next time dah tak buat. Insya- Allah.”

            “Yalah sangat tu.” Daniel hanya mampu tersengih lagi.

Daniel Hilman, abang saudara merangkap saudara sesusuanku yang kukenali sejak kecil lagi. Dia hanya tua setahun dariku. Jarak umur yang rapat dan disebabkan otak kami memang penuh dengan sel-sel gila yang sama, aku sememangnya sangat rapat dengan Daniel.

            “Lambatnya sampai.”Komenku.

            “Flight delay. Tadi weather tak berapa baik. Lama ke Yayang tunggu?” soal Daniel yang kini sudah mula menguap.

            “Boleh tahan jugaklah. Sempat tengok drama lagi.” Ingatanku terus terbang pada encik pilot tadi. Entah apalah yang mamat tadi fikirkan. Ah, lantaklah! Macamlah lepas ni aku akan berjumpa lagi dengan dia.

            “Drama? Siapa pelakonnya? Mamat tadi tu ke?” soal Daniel.

            ‘’Ha’ah. Main actor. Orang sekarang ni pelik-pelik.’’Jawabku membuatkan dahi Daniel berkerut.

            ‘’Dini cakap pasal mamat tadi tu. Dia tu pelik sikit.’’ Terangku.

            ‘’Cik Dini, awak dah berkenan dengan encik pilot tadi tu ke ? Haih, sebelum ni bukan main lagi tak nak kahwin dengan pilot. Siap berikrar, tak kisahla pilot tu handsome macam Chace Crawford, sebelah mata pun Dini takkan pandang.” Usik Daniel dengan senyuman mengejek.

            “Tak payahla nak main sindir-sindir pulak kat sini. Dini ingatlah pasal tu.”Balasku tanpa perasaan. Tangan kananku menyeluk poket seluar jeans dan menghulurkan kunci kereta kepada Daniel.

            ‘’Abang penat ni. Yayang drive ya. Sorry.’’

            ‘’Haih, tak puas-puas lagi tidur dalam kapal terbang tadi ke ?’’ soalku.

            ‘’Tak boleh nak tidur. Minah sebelah abang tadi tu cantik sangat.’’Daniel sudah tersengih. Pantas lengannya kucubit kuat.

            ‘’Gatal ! Jomlah gerak, nanti bising pulak Mama yang dekat rumah tu.’’



***************
           
            Aku menguap lagi sambil anak mataku melirik jam di pergelangan tangan. Sepatutnya Daniel sudah sampai di airport untuk menungguku. Terngiang-ngiang lagi bebelan Mama minggu lepas sebelum aku berangkat ke Vietnam selama 4 hari.

            “Haih, abang Yayang baru je balik, ni adiknya pulak nak pegi . Sunyilah Mama macam ni.’’Bebel Mama.

            ‘’Ala, Mama. Bukannya lama, 4 hari je. Papa pun ada dekat rumah. Lagipun Afrina dengan Affan kan ada. Abang pun mesti datang rumah jenguk Mama.” Pujukku lembut sambil tanganku ligat memasukkan baju dan barang-barang keperluan lain ke dalam bagasi.

            “Papa tu? Ingatkan dah pencen ni senang melekat kat rumah. Rupa-rupanya melekat dengan kawan-kawan dia pulak. Ala, Daniel pun kena jenguk parents dia jugak. Nasib baik ada Nana dengan adik kan?” Balas Mama sambil mengusap rambut Afrina, anak arwah kak Long yang sudah menginjak usia 4 tahun.

Bunyi siren yang menandakan bagasi-bagasi akan dikeluarkan oleh pihak airport, mematikan lamunanku. Aku berdiri di tepi laluan bergerak sambil memerhatikan bagasiku yang berwarna merah. Usai mengambil bagasiku, aku menelefon Daniel, bertanyakan dia ada di mana. Rupa-rupanya. Daniel masih dalam perjalanan.

Aku terus mengatur langkah ke ruang menunggu sambil menyimpan semula passport dan iPod di dalam beg galas kecil. Entah bagaimana, aku tidak membutangkan beg tersebut dengan betul dan apabila aku berjalan laju, segala isi beg sudah termuntah keluar dan berterabur di atas lantai. Kelam-kabut aku mengutip barang-barangku.

            “Adui, mana pulak perginya pantyliner yang aku letakkan dalam beg tadi?”gumamku sendirian kerana aku sangat pasti yang aku ada memasukkan pantyliner yang pembungkusnya berwarna hijau.

Buntang anak mataku apabila bungkusan berwarna hijau yang kucari itu berada betul-betul di hadapan sepasang kasut hitam berkilat. Alamak!

            “Jangan pandang bawah!”Tuturku separuh menjerit kepada tuan punya kasut.

Wajahku terasa membahang dan semakin terasa panas apabila tuan punya kasut sudah ketawa.

            “Sorry! Tapi apa yang lawak sebenarnya?” soalku dan mendongak memandang wajah tuan punya kasut hitam berkilat ini. 

Jantungku terasa berhenti berdegup sebentar. Aduhai, ni kan mamat pilot yang dulu tu!

            ‘’Kenapa kelam-kabut sangat ni ? Barang apa yang banyak berterabur sampai kena kaki saya ?’’ soal encik pilot. Entah apa nama mamat ni.

            “Tisu lah!”Jawabku sedaya upaya menahan malu. Di dalam hati, aku mengutuk kecuaian diri sendiri.

            “Oh, ada eh tisu yang packaging dia macam tu?” soal encik pilot berserta sengihan.

            “Ada. Saya buat sendiri.” Jari-jemariku pantas membutangkan beg galasku dengan ketat.

            “We meet again Miss, opss sorry! Madam…”

Sepasang anak mata kecil itu memandang wajahku.

            “Dini Nazihah.”

            “Comelnya nama.”

Encik pilot ini tersenyum lagi. Eh, kejap! Dia panggil aku puan ke tadi?

            “Actually saya bukan…”

            “Yalah, saya percaya yang benda warna hijau tu sebenarnya tisu kan? Don’t worry.”

            “Eh, bukan pasal tu. Sebenarnya saya…’’

            ‘’Puan Dini, hubby awak dah sampai.’’

Aky berpaling ke belakang dan kelihatan Daniel sedang tersengih sambil melambai. Afrina dan Affan juga turut ada bersama.

            “Comel anak-anak awak. Macam mummy diorang jugak.”

Aku sudah mengeluh. Encik pilot ni memang mulut dia pot pet pot pet macam bertih jagung dari tadi.

            “Encik sebenarnya saya…”

            “Saya gerak dululah Puan Dini. Kirim salam hubby awak ya.”

Aku sudah terpinga-pinga dan encik pilot itu pun terus berlalu meninggalkan aku. Eee… mamat ni kan! Nak aja aku plaster tebal-tebal bibir dia yang nipis tu supaya berhenti bercakap dan dengar apa yang aku nak terangkan.

            “Dah lama ke sampai, Yayang? Sorrylah, abang terlewat sikit.”Ucap Daniel dan kami bersalaman. Si kembar Afrina dan Affan turut bersalam denganku dan aku memeluk erat si kembar.

            “Baru je sampai. Eh, Nana dengan adik pun ada sama?”jawabku dan pipi montel Afrina kucuit. 

Afrina hanya tersengih dan memaut jari-jemariku dengan erat.

            “Yang tadi tu bukan encik pilot yang kita jumpa last week tu ke ?’’ soal Daniel.

Aku hanya mengangguk.

            “Yang handsome tu kan?” tambah Daniel. Aku sudah menjegilkan biji mata.

            “Abang jangan takutkan Dini lah. Abang ni normal ke tak?” soalku walaupun aku tahu Daniel hanya mengusik.

            “Eh, I’m straight okay! Abang puji dia untuk pihak Yayang lah.”

            “Tak ada maknanya!”

            “Mestilah ada meaning. Jumpa lagi di tempat yang sama, maksudnya korang ada jodoh.” Usik Daniel sambil tersenyum mengusik.

            “Jangan buat fakta merapu merepek ya. Hari-hari Dini jumpa Pak Tam kat kedai runcit dekat dengan rumah tu. Maksudnya Pak Tam pun ada jodoh dengan Dini la?” jawabku bersahaja.

            “Sengal! Kedai runcit tu kan memang kedai Pak Tam. Mestilah dia ada kat kedai tu hari-hari. Atau Dini memang syok dekat Pak Tam yang dah bercucu tu ? Boleh abang bagitau Mama.’’

            ‘’Abang jangan nak mengada ya !’’ Tanganku pantas mencubit lengan Daniel.

Anak mataku sempat lagi mencari kelibat encik pilot yang masih belum kuketahui namanya. Tiada !

 Agaknya, dia memang sudah beredar pulang. 


p/s : Ingatkan cerita ni nak dijadikan cerpen. Tup-tup full story jadi panjang pulak. Jadi, saya buat jadi mini novel. Ini 1st part. Next part'll come up. Sorry lambat lagi post new entry. Anyway, happy reading :D

5 comments:

  1. kelakar la best sangat-2 cepatlah sambung ya tq.

    ReplyDelete
  2. Eh, ni Dini ngan mamat pilot yang nak tempah set pelamin dalam Encik Suami Mat Saleh Celup tu kann? Haha

    ReplyDelete