Tuesday 11 July 2017

Pre-Order dibuka untuk Mini Novel Raya: Raya = Aidil + Fitri :)





Mak Milah pergi holiday ke Melaka,
Pre-order mini novel Raya=Aidil+Fitri sudah dibuka :)


Salam dan salam Syawal semua.

Saya ada satu berita gembira yang nak dikongsikan di sini. Alhamdulillah, projek mini novel saya bersama-sama dengan seorang lagi rakan penulis; AQ akan diterbitkan di bawah Penerbitan Novel Mania. Insya-ALLAH hujung bulan ini akan menemui para pembaca :)

Jadi, saya akan bukak pre-order di sini bagi yang berminat. Insya-ALLAH akan ada gift dan kad raya sekali untuk yang membeli direct daripada saya.

Seperti biasa, ada 2 CARA pembelian:

1) Boleh pm mcm biasa di Facebook Yumi Hyra ATAU

2) Boleh whats app 011-14613271-Nanti type 'Hi saya nak order 'mini novel Raya=Aidil+Fitri' Ini diuruskan oleh PA Yumi bukan Yumi ye. Strictly Whatsapp sahaja ye ;)

P/S: Harga kombo special kalau masih ada yang nak beli dengan kombo novel2 'Encik' tu ;)


Pengeposan akan dibuat awal Ogos memandangkan novel akan dapat hujung bulan Julai. Oleh itu, pembayaran haruslah dibuat selewat-lewatnya pada 31 Julai 2017 supaya mudah untuk saya anggarkan stok yang perlu saya order nanti.


Terima kasih <3

Raya=Aidil + Fitri (Bab 1- Bab 7)




Bab 1

‘Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian untuk berpuasa sebagaimana telah diwajbikan kepada orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa.’
~Al-Baqarah:183~

Kruk, krak, kruk, krak...
Berdetap-detup bunyi tulang jari-jemari yang dipatahkan. Mami selalu bising tak elok buat begitu tapi dia memang suka. Yang selalu mami bisinglah yang dia suka buat. Bukannya nak jadi anak derhaka tapi telinga dia macam suka dengar mami membebel. Nak cakap irama merdu; tak adalah merdu mana pun. Cuma dia rasa boleh merapatkan hubungan anak beranak. Pelik tapi benar! Hahaha...
Kepala digoyangkan ke kiri dan ke kanan umpama senaman memanaskan badan di sekolah. Kemudian diikuti pula dengan regangan di bahu sebelum jari-jemari diregangkan semula. Terasa otot-otot di badan longgar umpama mahu bersedia dengan acara lumba lari sukan tahunan.
Jam di dinding jelas menunjukkan pukul 3.30 pagi dan dia masih berjaga di hadapan tiga buah komputer riba.   
Ting!
Sepantas kilat notifikasi Instagram daripada akaun jenama tudung yang sangat popular di Malaysia sudah jelas tertera di hadapan iPhonenya. Pantas skrin telefon pintar disentuh. Senyuman segarit ditarik. It's battle time, everybodeh!
Jari-jemari ligat melarikan dan menekan-nekan tetikus. Jika untuk sebuah komputer masih dikira normal tetapi Fitri Syafia melakukannya untuk ketiga-tiga buah komputer! Jika dilihat dari arah belakang dia kelihatan seperti game addict.
·         Tips 1 daripada Personal Shopper Fitri a.k.a PS Fitri; kena bijak dalam time management
Bak kata lecturer subjek finance dia dulu; time is money
Dua ulas bibir kecil itu menarik senyum lebar. Gambar-gambar shawl limited edition jenama yang tersangat popular di Malaysia ini sudah jelas terpampang di skrin laptop. Pelbagai warna yang pastinya memukau pandangan mata. Cumanya mata akan membulat melihat harga yang tertera. Yalah, dah nama pun limited edition! Sewaktu kelas basic accounting dahulu; dia diajar bahawa hanya hartanah tidak akan mempunyai susut nilai. Rasa-rasanya selepas ini dia boleh berkongsi dengan Madam Kwan yang produk jenama dUck ini boleh menjadi exception noted untuk accounting theory. Yalah, jika dijual sebagai pre-loved pun harganya boleh melebihi harga asal. Unik kan?
Sambil jari menggerakkan tetikus, sambil itu juga anak mata menjeling list order daripada para pelanggan setianya. Dengan kredibiliti PS Fitri; insya-ALLAH para pelanggan akan berpuas hati. 'Market share' dia sebagai personal shopper serba boleh juga meningkat naik kerana dia sangat dikenali ramai di laman sosial. Sebab itulah tagline dia; ‘always at your service’. Disebabkan tagline dia jugaklah si adik lelaki tergelak-gelak sampai terjatuh daripada katil. Over!
"Alhamdulillah.... Rezeki!" Tersenyum-senyum dia di tengah malam melihatkan pengesahan order yang berjaya dibuat. Terus jari menekan butang screen shot dan dikongsikan kepada para pelanggan di dalam group WhatsApp PS Fitri yang tentunya sedang diulit mimpi.
"Fitri Syafia!" Suara nyaring yang menyebut namanya membuatkan darahnya terasa kering seketika.
Nasib baiklah bulan Ramadan. Kalau bulan lain; mesti dia ingat langsuir mengilaikan nama dia.
"Anak dara bertuah! Orang pukul 4 pagi ni bangun untuk qiam. Ini tidak; tak habis-habis menghadap benda alah tu." Puan Lina sudah mula membebel. Siap dengan pakej bercekak pinggang di hadapan muka pintu bilik lagi.
"Mami; benda alah ni namanya laptop." Fitri tarik sengih lawa. Telinga dia ni dah macam alah bisa tegal biasa dengan bebelan mami. Rasanya memang betul membebel itu tanda sayang.
"Fitri; kalaulah kebolehan hang untuk pastikan customer ramai-ramai tu dapat barang yang depa nak beli tu digunakan betul-betul untuk diri hang. Kan baguih!"
"Mami; Fit ni personal shopper tau. Bukannya kaki shopping. Lain sangat tu." Balas Fitri sambil mematikan ketiga-tiga komputer riba.
"Yalah tu."
"Fashion Valet pun ada kata; membeli-belah ni membantu ekonomi negara."
Puan Lina menggelengkan kepala.
"Sudah-sudahlah berfalsafah pasal ekonomi semua. Mami taulah Fitri belajaq ekonomi dulu sampai nak muntah. Jom kita sahuq cepat. Ayah dengan Fikri dah tunggu tu."
Fitri mengintai jam dinding; baru pukul 4.30 pagi.
"Fit turun lepas buat solat sunat sat."
"Pulak dah!"
"Kalau membeli-belah tu membantu ekonomi negara tapi buat solat sunat ni membantu ekonomi akhirat nanti."
"Bab menjawab memang bagi kat hanglah; Fitri Syafia oiii..."

***
Jika tengah malam tadi 'battle' di laman maya; hari ini 'battle' di kedai pula. Dah nama pun always at your service. Bagi para pelanggan yang mahukan barang-barang dibeli dihantar hari ini ataupun 'COD'; memang Fitri akan terus beli di butik fizikal. 
Sekali lagi; battle ini memerlukan strategi.
Yang pertama; baca doa kerana kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH yang berkuasa untuk memudahkan perancangan kita.
Kedua; kena rancang masa perjalanan. Cepat sampai di kedai; tak perlulah beratur panjang. 'Battle' pun tak adalah sengit sangat.
Ketiga; kena tahan fizikal sebab ada kemungkinan kena rempuh dengan 'PS' lain. Dia dah selalu kena tapi sebab fizikal dia ni comel; selalunya dia senang nak menyelit-nyelit antara orang ramai. Sedar-sedar je dah berjaya sampai ke kaunter pembayaran! Easy peasy lemon squeezy kan?
Sambil memandu Myvi kuningnya ke Pavillion; pendrive yang terisi bacaan suci Al-Quran dicucukkan pada skrin canggih radio. Bulan mulia lagi penuh barakah ni; sebaiknya dimanfaatkan semaksimum mungkin. 
Ting!
Telefon pintarnya berbunyi lagi. Elok pula lampu isyarat bertukar merah dan Fitri mengambil kesempatan untuk mencuri-curi baca. Memang amalan yang tidak sihat!
'Salam sis. Service charge untuk shawl limited edition tu berapa ya?'
Jari-jemari mula menaip tetapi anak mata sekali-sekala mengintai lampu isyarat yang masih merah.
'RM20 sehelai.'
Itu memang harga upah penat dia. Yalah; nak bayar minyak petrol dan parking kereta lagi. Lagipun untuk barang-barang limited edition ni memang upahnya dua kali ganda.
'Mahalnya, sis! Setakat nak tolong belikan je.'
Fitri mengetap bibir. Geram! Inilah salah satu cabaran sebagai personal shopper. Cabarannya kena berdepan dengan orang sebegini yang selalunya membuatkan rasa sabar dia menipis. Kadang-kadang mereka tidak faham yang full time personal shopper seperti dia ni; hanya inilah sumber rezeki dia.
'Sis; itu memang standard harga service untuk barang-barang LE. Kalau sis rasa mahal; boleh try PS lain. Ataupun boleh turun sendiri beli :)'
Dengan emoticon smiley lagi dia bagi. Mami pesan; kena sentiasa jaga budi bahasa kerana budi bahasa itu budaya kita. Bukan setakat budaya sahaja tetapi mencerminkan akhlak juga. 
Takkanlah sis tu tak tahu barang-barang limited edition ni memang tak ikut konsep biasa graf ekonomi. Kalau konsep biasa; semakin mahal sesuatu barang tersebut alamatnya berkuranglah permintaan ataupun demand. Tetapi untuk barang-barang ekslusif lagi limited edition ni; tak kisahlah mahal macam mana pun memang permintaan takkan jatuh. Selalunya supply sedikit dan demand terlebih banyak. Kesannya; semakin tinggilah harga barang tersebut. 
Dia tiba di Pavillion satu jam awal. Keadaan di tempat parkir kereta lengang dan sunyi. Cepat-cepat dia keluar dari dalam kereta dan mengatur langkah masuk ke dalam bangunan pusat beli-belah. Memanglah bulan Ramadan syaitan and the gang diikat tetapi dia risau juga.
Sampai sahaja di hadapan butik yang masih belum dibuka; beberapa orang yang tentunya personal shopper sudah duduk menunggu. Pemandangan yang sangat biasa bagi dia. Sambil menunggu selalunya mereka akan berbual. Cuma disebabkan bulan puasa; masing-masing lebih sibuk dengan telefon masing-masing.
Tepat jam 10 pagi; pintu dibuka dan sekali lagi; it's battle time everybodeh!


Dengan tangan kanan dan kiri yang dipenuhi paper bag berwarna putih, dia melangkah ke Myvi kuning miliknya. Mata melingas memandang ke kiri dan ke kanan sebelum bonet dibuka. Yalah, takut juga memandangkan harga-harga tudung 'itik' yang mahu disimpan di dalam bonet kereta mencecah ribuan ringgit.
Bonet kereta ditutup rapat dan sekali lagi kereta diperiksa dengan cermat sama ada sudah berkunci rapi. Memandangkan Plaza Low Yat terletak tidak jauh dari Pavillion, dia bercadang untuk berjalan kaki ke sana. Rezeki hari pertama Ramadan dia kerana tiba-tiba ada pelanggan setianya meminta dia tolong membelikan beberapa barangan elektronik. Elok pula dia masih ada di sini.
Angka jam di tangan sudah menginjak ke waktu tengah hari dan bahang panas matahari semakin terasa terik. Ketika Fitri mahu menyeberangi jalan, anak matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang menunggang motorsikal tidak jauh dari tempatnya berdiri. Lelaki tersebut sedang mengekori rapat seorang wanita.
"Nak meragut ke?" Bisik dia perlahan sambil anak mata masih digamkan pada lelaki tersebut. Isyarat lampu pejalan kaki yang sudah bertukar hijau tidak dipedulikan.
"Tolong!!!!!"
Kan dah kata! 1 Ramadan pun nak buat kerja meragut jugak ke? Tak boleh nak salahkan syaiton and the gang sebab dah kena ikat. Kena salahkan perangai yang dah macam syaiton!
Handbag yang disilangkan di bahu pantas ditanggalkan dan dilemparkan ke arah si mamat durjana yang elok membonceng motorsikal di hadapannya. Tepat balingan Fitri kerana handbag hitam miliknya mendarat di muka si mamat durjana dan dia terus terjatuh daripada motorsikal. Sangat teruk mengalahkan nangka busuk!
"Hoyeah!" Fitri bersorak puas. Padan muka! Memang wrong timinglah bro sebab ini Fitri Syafia; pemain sukan rounders universiti.
Orang ramai mula mengerumuni si mamat durjana. Keadaan mula kecoh dan tidak lama kemudian polis bantuan sampai. Handbag mewah berjenama Hermes yang terdampar di atas jalan raya diambil dan dia mendapatkan wanita anggun yang masih terduduk di atas jalan tar. Berani sungguh wanita ini berjalan seorang diri dengan beg tangan mewah sebegitu.
"Ni handbag akak. Akak okey tak ni?" Fitri sudah duduk mencangkung di tepi wanita yang sangat pucat wajahnya.
Senyap.
"Ada luka dekat mana-mana tak?"
Senyap lagi. Kali ini anak mata Fitri sudah merayap pada tangan milik 'kakak' yang menekup hujung siku dan kepala lutut. 
"Saya tolong bawa akak pergi balai polis dulu. Kita buat report polis. Lepas tu kita pergi klinik. Okey?" Anak mata bulat Fitri memandang wajah pucat lesi Datin Mariam.
"Thank you." Terketar-ketar bibir Datin Mariam mengucapkan terima kasih kepada gadis yang membantunya sebentar tadi.
"My pleasure. Ingatkan bulan puasa macam ni semua syaiton dah kena ikat. Tapi lupa yang manusia berperangai syaiton tak kena ikat." Fitri senyum manis dan membantu Datin Mariam untuk berdiri. 



Bab 2

"Yam, kenapa dengan tangan you tu?"
Suara Datin Hawa yang menegur membuatkan anak mata Datin Maryam singgah pada pergelangan tangannya sendiri yang berbalut.
"Semalam I hampir kena ragut."
"OMG! Serious? Dekat mana?"
"Tepi jalan; depan area Pavillion." Jawab Datin Mariam. Automatik, ingatannya menerawang kepada Fitri yang telah banyak membantunya semalam. Punyalah bersungguh-sungguh si kecil molek dengan mulutnya yang umpama bertih jagung itu menolongnya tengah hari semalam. Apabila dia menghulurkan beberapa keping not lima puluh ringgit, pantas ditolak lembut oleh gadis tersebut. Hati siapa yang tak tersentuh kan?
"Habis tu, you okey tak ni, Yam?"
Suara Datin Hawa mengembalikan semula Datin Mariam ke alam nyata. Yam, yam! Ingat keladi ke? Dah berulang kali dipesan supaya memanggil dia dengan nama Mariam. Sebelum dia memeluk agama Islam tiga puluh tahun yang lepas; dia sangat sukakan surah Mariam. Dia kagum dengan semangat Mariam; ibu kepada nabi Isa A.S.  Disebabkan itulah dengan gembiranya dia memilih nama Mariam; Naomi Mariam Harumi Abdullah.
"I okey, alhamdulillah. Syukur ada orang tolong I semalam." Tanpa disedari; Datin Mariam tersenyum apabila mengenangkan Fitri.
"Siapa?"
Datin Mariam tidak terus menjawab sebaliknya sekeping kad berwarna pink dan putih diletakkan di hadapan Datin Hawa. Pantas Datin Hawa mencapai kad tersebut.
"Fitri Syafia? Personal shopper?" Berkerut-kerut dahi Datin Hawa memandang Datin Mariam yang sedang duduk bersilang kaki di hadapannya.
"Sejak bila you pandai nak guna servis PS macam budak-budak muda ni?" Balas Datin Hawa bersahaja. Walaupun dia sudah masuk golongan lima series; tetapi dia sangat up to date dengan apa yang berlaku di sekeliling. Yalah, nak pastikan yang dia boleh tahu apa yang dilakukan oleh Puteri Alisa; anak dara tunggalnya itu.
"I ingat nak minta tolong Fitri." Soalan mengusik Datin Hawa dibiar sepi oleh Datin Mariam.
"Maksud you personal shopper ni ke?" Soal Datin Hawa sambil kad di tangan di angkat tinggi.
Datin Mariam mengangguk. Kali ini dia sudah nekad. Kalau tak cuba, manakan boleh dapat hasilnya.
"You nak minta tolong apa?"
"Pasal Aidil."
Terus Datin Hawa senyap.
"Kenapa dengan Aidil?"
Sekali lagi soalan Datin Hawa dibawa oleh angin lalu.

***
"Nak keluar lagi ke, Fitri? Kata petang ni nak ikut mami pergi kelas buat biskut raya?" Tegur Puan Lina apabila Fitri kelihatan sedang bersiap-siap untuk keluar.
"Nak jumpa customer, mami." Jawab Fitri sambil berdiri di hadapan cermin besar.
"Kata hari ni schedule Fitri kosong?"
"Baru tadi datin tu call; nak jumpa pukul 3.30 petang hari ni."
"Datin mana pulak?"
"Yang Fitri cerita dekat mami semalam tu."
Puan Lina terdiam sebentar.
"Datin pun nak guna personal shopper jugak ke?"
Soalan mami membuatkan Fitri tergelak kecil.
"Kalau mami nak tahu, datin-datin sekarang pun dah rajin guna PS. Tak payah mereka bersusah payah nak shopping. Order dan buat payment je. Kalau jenis yang nak service first class, kita terus deliver barang dekat tangan diorang sendiri."
"Sampai macam tu sekali?"
Fitri angguk dengan sengihan di hujung bibir.
"Fitri keluar sekejap. Mami ada nak kirim apa-apa dari bazar tak? Kalau sempat Fitri ingat nak singgah kejap." Kunci kereta di dalam laci diambil dan tangan kanan Puan Lina disalam hormat.
"Tolong belikan mami kuih tepung pelita."
"Mami tu ada kencing manis; tak elok makan kuih manis-manis sangat."
"Tadi sibuk tanya mami nak apa." Puan Lina mula membebel dan Fitri ketawa senang.
"Fitri keluar dulu ya."
"Hati-hati bawak kereta tu."
"Ya mami!"

***
Harumi Spa & Beauty Centre

Fitri terasa mahu ketawakan diri sendiri apabila mengenangkan yang dengan yakinnya dia memanggil Datin Mariam dengan panggilan 'kakak' semalam. Yalah; walaupun sudah hampir berumur separuh abad tetapi Datin Mariam masih kelihatan muda. Agaknya memang wanita Jepun ini cantik-cantik belaka. Kulit wajah putih seperti porcelain. Kulit cantik pulak tu. Memang sesuai sangat dengan peranan Datin Mariam sebagai pemilik rangkain spa di Malaysia yang mengetengahkan konsep dan rahsia kecantikan dari Jepun.
"Service charge you kira macam mana?"
Fitri Syafia tidak terus menjawab sebaliknya wajah anggun Datin Mariam dipandang lembut.
"Barang apa yang datin nak saya pastikan boleh dapat tu?" Soal Fitri sambil tersenyum. Yalah, zaman milennium ni memang ramai betul personal shopper a.k.a 'PS'. Jadi, kenalah pandai maintain 'market share'. Gituuuu...
Rule number 1 sebagai personal shopper; kena mesra pelanggan. Sebab itulah dari tadi bibir dia tak kenal erti penat untuk mengorak senyuman. Melihatkan gaya Datin Mariam; dia yakin yang datin vogue ini golongan elit.
"The one and only yang ada dekat dunia ni." Jawab Datin Mariam.
Fitri mengerut dahi. Kalau the one and only; memang dia kena bersiap siaga untuk 'berperang' membelikan barang tersebut untuk datin vogue yang sedang duduk di hadapannya ini.
"Brand mana tu, datin? Jam ke? Barang kemas?"
Datin Mariam berjeda seketika.
"Anak lelaki I; Aidil Harith."
"Hah?"
Fitri sudah ternganga dan pen di tangan sudah tergolek-golek jatuh ke bawah.
"Datin; bulan puasa macam ni tak baik bergurau serius sangat." Fitri buat-buat ketawa.
"Ada nampak macam I bergurau ke?"
Fitri terus menelan liur. Tak batal puasa kan?
"I dengar reputation you sebagai PS memang thumbs up. Jarang-jarang customer you tak dapat apa yang diorang nak. So; make sure I dapat balik anak I."
Semakin berpusing-pusing kepala Fitri. Sah datin vogue ni tersalah jumpa orang. Setakat ini, Fitri belum berhasrat mahu membuka cawangan jejak kasih pula.
"Datin; saya ni personal shopper. Saya bukan agen jejak kasih." Sedaya-upaya senyuman cuba diukir.
"Tahu."
Haila, memang dia terasa nak tampar muka sendiri!
"Jadi datin nak saya buat apa? Tugas personal shopper ialah untuk membelikan barang. Saya tak buat transaksi jual beli anak, datin." Jawab Fitri dengan lembut.
Terus Datin Mariam ketawa. Berdasarkan pengamatan dia, dia yakin yang Fitri masih muda. Mungkin dalam lingkungan umur 24 tahun?
"Cara you bercakap tu macam I nak minta you buat benda tak elok pulak."
Terkebil-kebil Fitri sekali lagi. Dia salah faham ke?
"Macam nilah young lady. Since your tagline as a personal shopper is 'always at your service', kalau I minta you tolong belikan groceries untuk my son bolehkan? Doable?" Soal Datin Mariam.
"Groceries?" Soal Fitri. Yang tak menahan, sempat lagi Datin Mariam quote tagline dia.
Memanglah tidak pelik jika diminta untuk membelikan barangan rumah kerana dia pernah melakukannya sebelum ini. Cuma dia mahu memastikan apa yang diminta oleh datin vogue ini betul. 
"Aidil is super busy. He travels everywhere dan keadaan rumah dia memang tak macam rumah."
Automatik; Fitri terus membayangkan yang 'the one and only' anak Datin Mariam seorang yang tidak terurus. Pengotor pun ya kut? Yalah, typical spoil brat anak orang kaya. Haha, sempat lagi kau bermonolog jahat bulan puasa ni, Fitri!
"I minta dia duduk dengan I and my husband; dia tak nak. Dia nak jugak duduk seorang diri. Jadi bulan Ramadan ni, I risau dia tak ada groceries dekat rumah dia. Fridge dia tu memang confirm kosong macam biasa." Jelas Datin Mariam dan wajah berkerut Fitri dipandang.
Pemalas rupanya! 
Tidak habis-habis poin negatif Fitri untuk 'the one and only' anak lelaki Datin Mariam.
"I akan bagi you list barang-barang yang you kena belikan. Then you hantar ke rumah Aidil petang esok."
"Datin..."
Bulat mata kecil Datin Mariam memandang wajah Fitri yang sudah kelihatan cuak.
"Jangan risau, Aidil tak ada dekat rumah sampai lusa. He will be coming back home the day after tomorrow. Jadi rumah tu memang tak ada orang. Takkanlah I sebagai ibu nak perangkap anak I dengan budak muda macam you. Waktu bulan penuh barakah lagi ni." Tambah Datin Mariam sedikit tegas. Dia tidak mahu Fitri berfikiran yang bukan-bukan pula.
Fitri menarik nafas lega. Dia memang takkan bersubahat dengan perkara yang tidak elok. Mami dan ayah tak pernah mengajar dia sebegitu.
Sekali lagi Datin Mariam menarik senyum.
"I akan bagi alamat dengan password rumah Aidil. Let me know how much your service charge nanti. Kalau you nak claim duit minyak atau tol ke, bagitahu jugak."
Fitri menarik sengih.
"Service charge saya dah termasuk claim tu semua, datin."
"Great! Insya-ALLAH lepas terawikh I WhatsApp you on the list."

***
Satu troli yang sudah penuh dengan barang-barang yang dipesan oleh Datin Mariam untuk 'the one and only' anak lelakinya; ditolak dengan penuh berhati-hati ke kawasan parkir kereta.
'Aidil makan telur organik je'
'Aidil makan beras brand Taj Mahal sahaja.'
'Pastikan apple juice tak ada banyak gula.'
Aidil ini dan Aidil itu. Pening kepala Fitri. Memang spoil brat sungguh! Disebabkan list barang Datin Mariam, dia perlu ke Cold Storage. Cold Storage ialah tempat yang paling sesuai untuk mencari barang-barang seperti di dalam list Datin Mariam.

Selepas lima belas minit perjalanan, Fitri tiba di kawasan studio apartment mewah yang terletak di Sri Hartamas. Sekali lagi nombor blok dan nombor unit apartment anak Datin Mariam diperiksa. Password pintu cuba dihafal sekali lagi memandangkan selepas ini tangannya akan penuh dengan beg plastik. Tentu susah untuk mencapai telefon dari dalam handbag.
Dengan kedua-dua belah tangan yang penuh dengan beg plastik Cold Storage, Fitri mengatur langkah laju ke lif. Terkial-kial dia menyentuh kad akses pada lif sebelum menekan nombor 7. Punyalah ketat kawalan sekuriti sehingga nak tekan lif pun perlukan kad.
Keluar sahaja dari lif, dia terserempak dengan seorang guard berbangsa Myanmar. Tersenyum guard itu memandang dia dan menawarkan pertolongan untuk mengangkat barang-barang tetapi ditolak dengan sopan.
Anak mata laju mencari unit apartment bernombor A-7-7. 
Jumpa!
Beg-beg plastik di tangan kanan diletakkan sebentar di atas lantai di hadapan pintu rumah. Penutup password pintu dibuka dan password yang sejak tadi dihafal ditekan dengan pantas. Pintu berbunyi dan lampu hijau menyala. Tangan kanan yang kosong menarik pemegang pintu dan pintu ditolak.
"Wahhhhh..."
Bulat mata Fitri memandang keadaan studio apartment berkeluasan luas yang tampak mewah dan ekslusif. Terus dia lupa dengan poin-poin negatif mengenai lelaki bernama Aidil Harith petang semalam kerana keadaan rumah tersangatlah kemas dan bersih! Nampak eksklusif pulak tu.
"Guna maid kut." Gumam Fitri sambil tergelak seorang diri. Poin negatif datang semula.
Beg-beg plastik berwarna putih diletakkan di atas meja kaca dan dia mula menyimpan dan menyusun barang-barang yang baru dibeli. Takkanlah dia nak biarkan jus, makanan sejuk beku di atas meja tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk kan?
Sambil menyusung barang-barang; Fitri bernyanyi kecil. Siapa yang tak nak kalau datin vogue dengan bermurah hati mahu membayarnya RM300 setiap kali Fitri menolong membelikan barang-barang harian anak lelakinya. Pesan Datin Mariam; seminggu sekali Fitri perlu datang untuk membelikan groceries yang dipesan sewaktu Aidil tiada di rumah.
Tangan lincah Fitri yang sibuk menyusung telur-telur organik di dalam peti ais terhenti apabila telinganya menangkap bunyi pintu bilik air di sudut hujung ditutup dengan kuat.
Siapa? Bulu romanya sudah terasa meremang. Mustahil hantu kerana sekarang ini bulan Ramadan.
Orang jahat? Perompak? 
Anak mata Fitri jatuh pada pisau di tepi pengering pinggan. Pantas tangannya mencapai pisau bertangkai hitam itu.
"Who the hell are you?"
Terus pisau yang dipegang jatuh menikam lantai sebelum Fitri menjerit kuat kerana ada seorang lelaki yang hanya bertuala putih dari paras pinggang ke bahagian bawah lutut sudah berdiri di hadapannya!




Bab 3

Terasa mahu tersembul keluar kedua-dua belah biji mata Aidil Harith memandang si kecil molek yang sedang menyembunyikan tubuh di belakang Datin Mariam. Tahu pun takut! Sewaktu 'budak kecik' itu mengurung dia sebagai tuan rumah di luar rumah sebentar tadi, tak tahu takut pulak? Terus fikirannya melayang ke kejadian sejam yang lepas...

"Keluar! Keluar! Keluar!" Fitri sudah menjerit nyaring sambil pisau yang tadinya jatuh menikam lantai diambil semula. Pisau tersebut kini diacukan ke arah Aidil. Automatik Aidil mengundurkan langkah ke belakang.
"Eh, this is my house. Kenapa I pulak yang kena keluar?" Soal Aidil tidak berpuas hati. Dalam berani, dia takut juga jika perempuan di hadapannya bertindak gila. Yalah, dengan pisau di tangan lagi.
"Keluar! Keluar! Keluar!" Jeritan Fitri semakin nyaring. Pandang banyak kali dah serupa gaya orang tak siuman. Pandang lagi sekali sudah layak menjadi penduduk di hospital mental. Biarlah lelaki di hadapannya ingat dia tidak siuman daripada tak pasal-pasal kena tangkap basah pulak. Itu memang boleh jadi mental betul-betul!
Pintu utama dibuka kasar oleh Fitri dan dengan menggunakan isyarat mata dan pisau di tangan, Aidil disuruh keluar.
Bulat mata Aidil memandang Fitri. Takkanlah nak keluar dengan keadaan half-naked macam ni? Nanti orang luar ingat dia yang gila. Bukannya minah di hadapan dia ni!
"Keluar!"
Terpaksalah Aidil redha dan keluar. Ini baru betul tinggal sehelai sepinggang je.Tinggal sehelai tuala sahaja!
Dum!
 Pintu dihempas kuat, betul-betul di hadapan wajah kacak Aidil.
"Seriously?" Aidil memandang pintu rumah sendiri yang sudah tertutup rapat. Biar betul dia kena halau daripada rumah sendiri? Password rumah cuba ditekan tetapi Fitri sudah menyelak dan mengunci pintu rumahnya. Macam mana pintu rumah nak terbuka? Tangan meraba-raba ke sisi, kononnya mahu mencari telefon bimbit.
"Allah!" Dahi sendiri ditepuk. Kan dia kena halau keluar sehelai sepinggang je? Mana datangnya telefon bimbit pulak? Mulut sudah terkumat kamit memarahi minah yang menghalaunya keluar dari rumah sendiri. Tiga bahasa; bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Jepun bergabung menjadi satu. Geram punya pasal!
Anak mata sudah melingas ke kiri dan ke kanan dengan peluh dingin yang menuruni belakang tubuh. Nasib baiklah hari ini hari Isnin. Jadi, keadaan di hallway ini sunyi. Lagipun kawasan sini memang tak ada semangat kejiranan sangat. Dia cuma pernah berjumpa beberapa kali dengan family dari negara Korea Selatan yang merupakan jiran di sebelah rumah dan lelaki warganegara Britain yang merupakan jiran di hadapan rumahnya.
Mana dia nak sorokkan wajah dia sendiri kalau tiba-tiba ada guard ataupun jiran-jiran yang lalu lalang dan nampak keadaan dia sekarang? Confirm setahun tak keluar rumah agaknya!
"Sir?"
Suara yang menegur dengan slanga asing itu membuatkan darahnya kering.
"Please go away, just go away!" Aidil menggumam sendirian. Kulit wajah yang sedang menghadap pintu rumah sudah terasa berbahang.
"Sir?" Suara guard berbangsa Myanmar itu menegur kembali.
Terpaksalah Aidil memusingkan tubuh dengan kulit wajah yang sudah terasa tebal berinci-inci.
Terus memerah wajah guard bernama Babu itu. Mak aihh!
"Mr Aidil?" Soal Babu; terkejut. Sejak bila Mr Aidil ini bertukar karier menjadi model tuala mandi?
"Errr... I was locked outside. Yeah, it just happen that way." Balas Aidil. Segan pulak yang si Babu ni asyik menilik badannya. Buatnya kalau si Babu ni tak 'straight', naya dia!
"Do you need any help?" Soal Babu dengan anak mata yang tidak lepas-lepas memandang susuk tubuh Aidil.
"Yes, please!"
Babu mengangguk berulang kali.
"Sir,"
Suara Babu yang kembali memanggil itu menyebabkan Aidil tidak jadi untuk memusingkan tubuh menghadap pintu rumahnya semula.
"Yes?"
"Nice body!" Babu mengangkat kedua-dua belah ibu jarinya ke arah Aidil.
Jika tadi minah yang sedang mengurungnya menjerit nyaring, kini dia pula yang terasa mahu menjerit. Confirm lepas ni kena elakkan daripada terserempak dengan si Babu lagi!
"Aidil?"
Suara wanita yang tiba-tiba menegur membuatkan darah Aidil terasa kering kembali. Siapa pulaklah ni? Kenapa waktu inilah ada yang nak lalu lalang di hallway ini? Terpaksalah sekali lagi Aidil memusingkan tubuh. 
"Mom!" Aidil menarik nafas lega apabila Datin Mariam yang sedang berdiri di belakangnya. Punyalah cuak sehinggakan suara ibu sendiri dah tak boleh nak cam!
"What are you doing here? Half-naked?" Soal Datin Mariam.
"Budak gila dekat dalam tu..."
Belum sempat Aidil menghabiskan ayatnya, Datin Mariam sudah ketawa. Berkerut-kerut dahi Aidil memandang Datin Mariam.
"Do you find it funny? Seeing your only son being locked outside of his own house; half-naked?" Soal Aidil pelik.
"I find it interesting, my dear." Datin Mariam menarik senyum. Sekali lagi dia tergelak memandang Aidil. iPhone dari dalam Louis Vuitton Neverfull GM Monogram dikeluarkan dan nombor Fitri dicari. Patutlah suara gadis itu seakan-akan mahu menangis sewaktu menelefonnya sebentar tadi. Rupa-rupanya Aidil balik awal sehari daripada tarikh yang sepatutnya.
***
"I minta maaf, Fitri. I betul-betul tak tahu yang Aidil tiba-tiba dah balik rumah hari ini." Tutur Datin Mariam dengan rasa bersalah. Tangan halus milik Fitri digenggam erat. Dia tahu gadis itu takut dengan pandangan mata tajam Aidil. Jika tidak, takkanlah Fitri asyik bersembunyi di belakang tubuhnya sejak tadi.
"Mom! Dia yang sepatutnya minta maaf. She locked me outside of my own house; half-naked!" Ujar Aidil, bengang. 
"Aidil Harith!"
Aidil senyap.
"Encik Aidil; kalau saya tak kunci encik dekat luar rumah, saya takut saya kena tangkap basah dengan encik. Dahlah encik tu dalam keadaan yang mencurigakan. Eeee...tak nak saya! Daripada saya tak mental, saya boleh jadi mental betul-betul!" Balas Fitri berani. Nasib baiklah lelaki ini sudah lengkap berpakaian. Kalau tak, dia boleh mimpi ngeri malam ni!
Apabila Aidil menjegilkan biji matanya, terus Fitri kembali bersembunyi di belakang tubuh Datin Mariam. Datin Mariam yang sedari tadi memerhati, sudah tersenyum-senyum. Rasa-rasanya, kalau perempuan yang jenis terhegeh-hegeh mengejar Aidil, mereka lebih rela kena kunci sama-sama di dalam rumah dengan Aidil. Cuma Fitri Syafia ini lain. Dia boleh pula mengunci Aidil di luar rumah!
"Aidil kata esok baru balik?" Soal Datin Mariam sambil wajah anak tunggal dipandang lembut.
"Tukar schedule dengan Ayman. Sebab tu pagi tadi dah touchdown KLIA." Jawab Aidil. Dia masih mengantuk sebenarnya. Sampai sahaja di rumah pagi tadi, dia terus tidur dengan uniform yang masih tersarung di tubuh. Apabila tersedar, jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Cepat-cepat dia menunaikan solat Zohor dan kemudiannya mandi. Keluar sahaja dari bilik mandi, memang dia terkejut beruk apabila ada tetamu tidak diundang di kawasan dapur studio apartment dia.
"Balik awal tak inform mom. Sebab tu mom minta Fitri hantar groceries hari ni." Balas Datin Mariam dan dia menarik perlahan tangan Fitri supaya tidak terus bersembunyi di belakang tubuhnya.
"Groceries? Siapa? Budak kecik ni?" Anak mata Aidil kembali tajam memandang Fitri. Kelam-kabut Fitri kembali ke belakang tubuh Datin Mariam.
"Tak eloklah panggil Fitri macam tu, Aidil." Tegur Datin Mariam. Sejak kecil dia mendidik anak tunggalnya dengan bekalan budi bahasa. Tambahan pula budaya Jepun juga sangat menitik beratkan budi bahasa. 
"Lupa pulak nak kenalkan. Fitri; inilah my one and only son, Aidil Harith. Aidil, ni Fitri Syafia. Fitri ni personal shopper yang akan tolong belikan groceries Aidil mulai hari ni." Tambah Datin Mariam.
"Personal shopper?" Soal Aidil terkejut.
Datin Mariam mengangguk.
"Mom, setakat nak settlekan groceries je pun. I can do it myself." Balas Aidil tidak puas hati. Agaknya Datin Mariam lupa yang dia sudah berumur 29 tahun dan bukannya 19 tahun.
"Do it myself konon. Ingat mom tak tahu yang rumah Aidil ni tak cukup barang-barang makan? Fridge tu harapkan besar tapi kosong!"
Fitri yang hanya mendengar tanpa sedar mengiakan. Seumur hidup dia, dia tak pernah jumpa peti ais orang kaya yang kosong. Memang sangat kosong seolah-olah peti ais itu umpama hiasan rumah.
"Mom ajak tinggal sekali dekat Ampang, Aidil tak nak. Degil jugak nak tinggal sendiri. Kalau dah kahwin dan ada wife, mom faham." Datin Mariam jeda dan dia menoleh ke arah Fitri.
Fitri menelan liur. Ni dah kenapa nak main cak cak pandang dia? Tolonglah jangan buat permintaan pelik selepas ini. Contohnya; minta dia carikan calon isteri untuk 'the one and only' anak lelaki datin vogue ini.
"Sampai bila ni, mom? Takkanlah nak bagi orang yang tak dikenali keluar masuk rumah Aidil ni sesuka hati? Aidil tak ada dekat rumah pulak tu." Ujar Aidil sambil wajah Fitri yang sudah berubah dicuri pandang.
Fitri mengetap bibir. Dia dengar kut! Agak-agaklah kalau nak bercakap pun.
"At least untuk sepanjang Ramadan ni, Aidil. Lagipun mom kenal dengan Fitri. I trust her." Balas Datin Mariam dan tersenyum manis ke arah Fitri.
Berkerut-kerut dahi Fitri memandang Datin Mariam. Biar betul? Sejak bila pula dia dan datin vogue saling mengenali? Mereka berdua baru sahaja mengenali satu sama lain beberapa hari yang lepas.
Sekali lagi Aidil memandang lama wajah Fitri membuatkan jantung Fitri terasa mengecut. Sepatutnya mata lelaki ini kena 'disekolahkan'. 
"Okeylah. Nanti bagi I tengok you punya IC." Ujar Aidil tanpa riak.
"Hah?" 
"Mykad you. Atau nama lainnya kad pengenalan." Balas Aidil dengan senyuman mengejek. Memang macam budak-budak kecik!
"Eh, kenapa pulak?" Soal Fitri tidak berpuas hati.
"Kenapa tak boleh pulak?" Soal Aidil kembali.
Fitri mengetap bibir. Memang sesuailah dengan panggilan 'the one and only' itu dengan lelaki ini. 'The one and only' mamat kerek! Sesuai sangat! Tak pasal-pasal susut pahala puasa dia hari ini.
"I nak verify you punya identiti dan buat background check. Sekarang ni banyak sangat kes PATI."
"PATI?" Darah Fitri sudah terasa mendidih. Dia yang cun-melecun ni boleh Aidil samakan dengan PATI?
"Encik Aidil yang tak adil!" Tutur Fitri berani.
"Pardon?"
"Encik Aidil yang tak adil!" Fitri menguatkan volume suaranya.
Datin Mariam sudah tergelak-gelak.
Dah macam pantun pulak!






Bab 4

Puan Lina mengintai daripada ekor mata telatah si anak dara yang sedang duduk di atas sofa tanpa menanggalkan telekung yang dipakai sewaktu solat terawikh tadi. Selalunya apabila balik dari solat terawikh, pasti Fitri akan menghadap telefon pintarnya. Sibuk melayan karenah para pelanggan.
Malam ini pelik pula. Fitri hanya duduk diam di hadapan televisyen. Telefon pintar juga tidak kelihatan di tangan.
"Fitri,"
"Ya, mami?"
"Hang buat apa senyap je tu? Nak kata baca Quran, tv depan mata terpasang. Nak kata tengah tengok tv, telekung tak tanggai pun. Peninglah kepala mami tengok Fitri ni."
Fitri meraba kepala sendiri. Barulah tersedar yang telekung Siti Khadijah berwarna putih itu masih belum ditanggalkan. Cepat-cepat telekung ditarik keluar.
"Orang buat salah memang lagu tu, mami." Sampuk Fikri dan duduk menghimpit di sebelah Fitri.
“Buat salah apa pulak ni?” Semakin berkerut dahi Puan Lina memandang kedua-dua beradik itu.
“Kak Fitri pergi kunci…”
Belum sempat Fikri menghabiskan ayat, tangan Fitri lebih pantas menekup rapat mulut si adik.
Puihhh! Dahlah tangan tu bau sambal belacan. Tak senonohlah akak ni!” Beria-ia Fikri menggosok mulutnya yang baru sahaja ditekup oleh Fitri sebentar tadi.
“Padan muka. Mulut pot pet mengalahkan jubuq ayam!” Balas Fitri selamba. Menyesal betul dia bercerita dengan Fikri. Dia terlupa yang Fikri dan mami takkan boleh berahsia. Umpama guni beras yang padat; sekali dicucuk dengan pisau tajam akan berterabur keluar. Fitri menggaru kepala yang tidak gatal. Haru-biru betullah peribahasa dia malam ni!
“Macam mana petang tadi?” Soal Puan Lina apabila teringatkan yang petang tadi Fitri pergi menghantar barang-barang rumah anak Datin Mariam a.k.a datin vogue menurut gelaran yang diberi oleh Fitri.
“Hah?”
Tanpa sedar Fitri menelan liur sendiri. Tanpa ditahan juga; kotak fikirannya kembali memainkan kesemua memori yang telah berlaku pada petang tadi. Terus dia teringat betapa menjengkelkan ‘the one and only’ anak lelaki Datin Mariam yang bernama Aidil Harith itu.
“IC.” Aidil menghulurkan tangannya ke arah Fitri.
“Apa?” Soal Fitri. Dia ingatkan isu berkaitan dengan Mykad dia sudah tamat tadi.
“Selagi I tak tengok IC you, I takkan percaya. Zaman sekarang ni orang berniat jahat ramai daripada yang berniat baik.” Tutur Aidil tanpa senyuman.
“Kalau saya tak nak bagi?”
I report you kepada sekuriti sebab pecah masuk rumah I. Dahlah pecah masuk rumah I, you kunci pulak I dekat luar rumah. Apa yang jadi dekat luar rumah tadi, semuanya dirakam oleh CCTV.” Balas Aidil. Dia cuba menyembunyikan senyuman apabila menyedari riak wajah selamba Fitri mulai berubah. Tahu takut!
Fitri pandang lama wajah sombong Aidil. Tiada tanda-tanda yang lelaki ini bergurau. Dia memandang Datin Mariam di sisi. Eh, mana perginya datin vogue ni? Anak mata Fitri mula meliar mencari kelibat Datin Mariam dan rupa-rupanya Datin Mariam sedang menyusun barang-barang dapur ke dalam kabinet sambil bernyanyi kecil.
Memang membantu sangat!
“Cepat!” Aidil mengeraskan nada suara.
Fitri mendengus kasar dan dompet dari dalam handbag dikeluarkan dan menarik keluar Mykad sebelum diserahkan kepada Aidil. Sebaik sahaja kad pengenalan dirinya bertukar tangan, Aidil merenung lama Mykad miliknya sebelum mengerutkan dahi memandang dia.
Tiba-tiba Aidil mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket seluar dan menangkap gambar kad pengenalan milik Fitri; bahagian depan dan belakang.
“Encik Aidil buat apa ni?” Soal Fitri; hampir menjerit.
“Simpan salinan IC you. In case you buat benda yang tak elok lepas-lepas ni, I ada back up.” Jawab Aidil sambil tersenyum sinis. Setelah berpuas hati dengan gambar yang ditangkap, barulah kad pengenalan Fitri dipulangkan.
‘Sabar, Fitri. Sabar! Mamat kerek ni ingat dia je yang tau tangkap gambar?’ Fitri bermonolog dalaman sambil mengetap bibir memandang riak wajah Aidil yang sangat menyakitkan hatinya.
iPhone dari dalam handbag dikeluarkan. Telefon pintar tersebut dihalakan di hadapan wajah Aidil sebelum simbol kamera ditekan lama untuk menghasilkan kesan gambar ‘burst’. Maka terhasillah gambar Aidil sebanyak lebih daripada 20 keping!
You buat apa?” Soal Aidil.
“Simpan gambar Encik Aidil. In case Encik Aidil nak aniaya saya, saya terus bawak gambar Encik Aidil ni pergi balai polis!” Jawab Fitri selamba. Ini PS Piya kut! Nak cari pasal dengan dia yang memang dah setahun lebih menjadi personal shopper dan menguruskan pelbagai ragam manusia.
Tiba-tiba kedengaran suara tawa Datin Mariam dari arah dapur. Terus Fitri dan Aidil memandang Datin Mariam.
Nothing! I nampak gambar kartun dekat kotak cereal ni comel sangat!” Datin Mariam koyak senyum sambil mengangkat kotak cereal yang jelas tidak ada sebarang gambar kartun!
“Fitri!”
Suara mami yang kuat memanggil namanya membuatkan dia tersentak. Hilang terus bayangan Encik Aidil yang tak adil dengan ibunya itu.
“Menung apa dengan mulut ternganga tu?” Usik Puan Lina. Dari tadi dia memerhatikan telatah Fitri yang macam-macam itu.
“Tak ada apa-apalah, mami.” Fitri sengih. Yalah, sixth sense mami dia ni kuatnya lain macam. Nak ‘tipu sunat’ pun susah.
“Esok nak ikut mami pergi kelas memasak tak? Esok nak belajar masak rendang daging kerutuk.” Ajak mami.
Fitri terus tergelak kecil. Puan Lina merupakan presiden kelas memasak di kawasan perumahan tanah lot itu. Kelas memasak ini merupakan inisiatif KEMAS dengan menghantar seorang tenaga pengajar untuk mengajar memasak. Selalunya mami memang aktif dengan ahli-ahli kelas memasaknya.
“Fitri nak kena pergi Jalan TAR esok, mami.”
“Lah, nak buat apa pulak?”
“Nak kena shopping tudung dengan telekung. Ada seorang datin daripada persatuan ibu-ibu tunggal nak hadiahkan dekat surau dengan masjid sempena bulan Ramadan ni.”
“Ingatkan bulan puasa ni Fitri tak adalah aktif macam selalu.”
Fitri bangun daripada duduk dan mendapatkan Puan Lina. Bahu mami tersayang dipeluk erat.
“Bulan Ramadan ni lagi aktif, mami. Dah nama pun nak menyahut seruan productive Ramadan.” Fitri sengih.
“Ada je kan jawabnya?” Balas Puan Lina dan hidung kecil Fitri ditarik.
***
‘Aidil, hari ni kita bukak puasa sama-sama.’
Sebaris pesanan Datin Mariam membuatkan Aidil terus membatalkan rancangan berbuka puasa dengan keluarga kecil Ayman. Lagipun dia rindu juga dengan air tangan mom dia. Kadang-kadang dia kasihan juga dengan mom yang selalunya bersendirian kerana dia dan daddy selalu sibuk. Dia sibuk ‘terbang’ ke sana dan ke sini manakala daddy pula sibuk dengan bisnes telekomunikasi yang semakin berkembang.
Jika mom menghabiskan masa dengan kawan-kawan ‘datin’ dia, tidaklah dia risaukan mom berasa sunyi. Tiba-tiba dia teringatkan Fitri Syafia a.k.a ‘si budak kecik’ yang nampaknya memang mula mendapat tempat di hati Datin Mariam dengan mudah. Semua perbualan dengan Datin Mariam petang semalam selepas Fitri balik seperti terngiang-ngiang di dalam kepalanya.
Mom ni senang sangat percaya dengan orang yang baru kenal.” Tegur Aidil perlahan dan mengambil tempat di atas sofa. Televisyen berskrin leper dipasang.
She is loveable, Aidil.”
Komen ibunya membuatkan Aidil terus tersedak. Loveable? Loveablelah sangat sehinggakan begitu berani mengunci dia di luar rimah dia sendiri petang tadi.
“Yang loveable ni boleh buat benda-benda yang unsangkarable, mom.” Ulas Aidil selamba.
Unsangkarable? Merosakkan bahasa betullah!” Bahu si anak teruna dipukul perlahan dan Aidil tergelak.
“Aidil nak tahu, mom hampir kena ragut beberapa hari lepas.” Datin Mariam melabuhkan duduk di sebelah Aidil sambil mula membuka cerita.
“Kena ragut? Macam mana? Dekat mana?” Soal Aidil bertalu-talu sambil terus duduk menegak.
“Dekat depan Pavillion. Alhamdulillah, mom tak ada apa-apa. Thanks to Fitri jugak sebab dia banyak tolong mom hari tu.”
Aidil senyap.
Just happen dia ada dekat situ, mom. Takkanlah dia tak nak tolong kan?”
Datin Mariam hanya menggelengkan kepala memandang Aidil yang tidak henti-henti mahu bersangka buruk dengan Fitri.
“Dia tolong mom the whole day; bawak pergi balai polis dan klinik. Bila mom nak bagi a few hunderds dekat dia, cepat-cepat dia tolak. I feel so touched, Aidil. Mom baru tahu yang dia personal shopper and sebab dia nak tolong mom, she lost her customers for the whole day.”
Aidil senyap lagi.
Mom…” Suara Aidil sudah meleret memanggil Datin Mariam. Janganlah mom dia ni terikut-ikut watak ibu hero kahwin paksa seperti dalam drama-drama Melayu. Dia tak pasti jika ibu watak hero drama Jepun suka menyuruh anak lelaki kahwin paksa atau tidak.
“Apa? Mom nak Fitri jadi kawan mom, bukannya kawan Aidil.” Datin Mariam menarik senyum.
“Yalah tu.”
“Apa? Betullah. Mom yang suka dia, biar dia jadi kawan mom. Aidil tak suka; tak apa. Bukannya dia nak kawan dengan Aidil pun.”
Mom!” Kuat suara Aidil mendengar komen bersahaja Datin Mariam.



Bab 5
Mr Aidil!”
Aidil yang baru sahaja mahu menutup pintu rumah terus berpaling. Bulat matanya memandang Babu yang sedang berdiri tegak. Kenapalah ramai-ramai guard yang bertugas, dia kena terserempak dengan si Babu lagi?
Yes?” Aidl tayang wajah setenang mungkin.
Everything settled yesterday?” Soal Babu.
Yes, thanks!” Jawab Aidil; cepat-cepat mahu berlalu dari situ. Dia mula rasa tidak selesa dengan pandangan mata Babu.
Babu senyum sambil menganggukkan kepalanya. Dia masih ralit merenung Aidil ke atas dan ke bawah.
Aidil menelan liur. Walaupun dia sudah lengkap berpakaian; dia terasa seperti sedang memakai tuala sahaja. Rasa nak cungkil keluar biji mata Babu pun ada! Cepat-cepat Aidil mengatur langkah ke arah lif.
Bye, Mr Aidil!” Babu tersenyum sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Aidil.
Aidil tersedak-sedak. Seram! Ini semua budak kecik tu punya pasal! Kalau si budak kecik tu tak pandai-pandai mengunci dia di luar rumah petang semalam, dia takkan buat ‘tayangan percuma’ di hallway tingkat tujuh.

***
            Fitri menggaru kepala yang dibaluti tudung bawal bercorak Aidijuma. Walaupun dia tahu Datin Mariam di hujung talian itu tidak dapat melihatnya; tangan dia automatik naik menggaru kepala sendiri.
            “I insist, Fitri. Kalau I nak hulurkan duit hari tu you tolak, takkanlah I nak ajak berbuka di rumah pun you tolak? Tak baik tolak niat orang nak memberi makan orang berpuasa ni tau. I tahu ALLAH akan sentiasa balas kebaikan yang you dah buat tapi I nak return back the good favour. You dah banyak tolong waktu I hampir kena ragut hari tu dan I nak minta maaf bagi pihak Aidil if he offended you in any ways.” Pujuk Datin Mariam lembut.
            Tangan Fitri naik menggaru kepala sekali lagi. Ini yang dia lemah kalau bab-bab kena pujuk. Ditambah pula dengan Datin Mariam yang bukan seperti kebanyakan datin di dalam drama-drama Melayu. Datin Mariam itu datin vogue yang baik.
            “Jadi, please berbuka puasa dengan I petang ni?” Pelawa Datin Mariam sekali lagi.
            “Saya seganlah, datin.” Jawab Fitri, jujur. Dia segan sebenarnya. Selalunya hubungan personal shopper-client yang dia selalu amalkan; tidak lebih daripada hubungan bisnes. Noktah. Titik!
            “You nak segan buat apa? Bukannya you tak pakai baju!”
            Fitri terus tergelak-gelak. Pandai datin vogue buat lawak!
            “Jadi ya petang nanti? You jangan bawak apa-apa datang sini. Bawak perut kosong je.”
            Fitri sudah serba salah. Mami pesan; rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari.
            “Yalah, datin. Insya-ALLAH petang ni saya ke rumah datin ya. Nanti datin hantar location rumah datin dekat saya.”
            “Great! Macam tulah.” Datin Mariam menarik senyum simpul. Dia mahu mengajak suaminya ke pasar besar selepas ini. Elok pula Dato’ Ilyas ada di rumah hari ini.
            Panggilan telefon dimatikan dan iPhone berwarna rose gold di pegangan dipandang lama. Fitri mengerut dahi. Kenapa dia rasa macam ada benda yang tertinggal? Mami kata rezeki jangan ditolak; musuh jangan dicari. Tapi kalau dia ke rumah Datin Mariam, mesti ‘the one and only’ anak lelaki dia ada sekali. Bukankah mahu mencari musuh namanya tu? Redah ajelah, Fitri Syafia.

            “Mami ada buat pudding caramel tadi. Fitri bawaklah sekali ke rumah Datin Mariam.” Pesan Puan Lina apabila kelibat Fitri muncul di dapur. Tersenyum-senyum dia melihat Fitri yang nampak manis mengenakan baju kurung kain kapas berbunga-bunga kecil berwarna ungu dan dipadankan dengan shawl berwarna senada.
            “Okey, mami.”
            “Kirim salam sekali dekat Datin Mariam.”
            “Okey, mami.”
            “Bawak kereta elok-elok.”
            “Okey, mami.”
            “Kirim salam sekali dekat anak lelaki Datin Mariam.”
            “Okey, mami.”
            Fitri terdiam. Dia baru tersedar sesuatu.
            “Mami!” Fitri sudah terjerit dan Puan Lina tergelak kecil. Di dalam hati, Fitri mengomel memarahi Fikri yang pastinya sudah membuka cerita kepada mami mereka. Mak jemah sungguhlah Fikri Imtiyaz ni!

***
            Aidil memakirkan kereta BMW X6 M Sport miliknya yang berwarna hitam di sebelah kereta Audi A7 silver metallic milik Dato’ Ilyas. Sewaktu memandu masuk ke kawasan parkir kereta, dia perasan ada sebuah kereta Myvi berwarna kuning yang terparkir di luar rumah. Mungkin anak mak ngah membeli kereta baru lagi kerana kereta Mercedez mak ngah terparkir di belakang kereta tersebut.
            “Assalamualaikum.” Salam diberi sambil kedua-dua belah kasut ditanggalkan dan disusun rapi. Mom sangat pantang jika kasut dibiarkan bersepah-sepah.
            “Waalaikumussalam. Hah, sampai pun! Ingatkan tak ingat jalan nak balik rumah sendiri.” Usik Dato’ Ilyas dan bersalaman dengan Aidil.
            “Hiperbola sangat tu, daddy! Lambat tadi sebab ada hal sikit.” Aidil tayang sengih dan terus ingatannya melayang kepada kejadian sebentar tadi.
            Punyalah nak melarikan diri daripada Babu, barulah dia tersedar yang kunci keretanya tertinggal di rumah! Alamatnya terpaksalah lalu sekali lagi di hadapan Babu yang mungkin hobi barunya tersengih-sengih memandang dia dan masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil kunci rumah. Setiap kali Babu tersengih-sengih memandang dia, setiap kali itu jugalah dia geram dengan Fitri Syafia! Isy, memang boleh buat pahala puasa dia susut!
            “Mak ngah beli kereta baru lagi ke, daddy?” Soal Aidil, teringatkan perihal kereta Myvi kuning yang terparkir di luar rumah.
            “Eh, bukanlah.” Jawab Dato’ Ilyas.
            “Then, kereta siapa tu?”
            “Kereta kawan mom.”
            “Kawan mom?” Entah kenapa dia mula tidak sedap hati dengan perkataan ‘kawan mom’ itu. Tiba-tiba telinganya mendengar suara riuh-rendah dari arah dapur. Terus dia mengatur langkah ke situ dan tepat sekali jangkaan dia. Datin Mariam, mak ngah dan ‘kawan’ mom dia sedang seronok memasak di dapur.
            “Eh, Aidil dah sampai?” Tegur Datin Mariam bersahaja. Dia buat-buat tidak nampak dahi berkerut-kerut si anak teruna.
            “Kenapa mom ajak budak kecik tu?” Soal Aidil perlahan, sambil anak mata tunak kepada Fitri yang sedang membancuh air di tepi singki.
            “Eh, kan mom dah bagitahu Aidil yang mom jemput kawan mom sekali.” Jawab Datin Mariam sambil tersenyum.
            Aidil menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membuang pandang ke arah Fitri. Pandang Fitri teringat Babu. Pandang Babu teringat Fitri. Kenapa kombinasi ini terasa macam ngeri sangat?
            Fitri yang sedang membancuh air anggur tiba-tiba terasa seram sejuk. Nak cakap hantu yang lalu, sekarang ini bulan puasa. Apabila dia mengangkat wajah, barulah ternampak pandangan mata tajam Aidil Harith. Mungkin manusia berperangai ‘hantu’ ni boleh buat orang rasa seram sejuk jugak? Fitri hanya berlagak selamba sambil meneruskan kerja membancuh air. Jag berisi air anggur itu disimpan ke dalam peti ais seperti yang diberitahu oleh Datin Mariam sebentar tadi.
            “Fitri! Saya dah follow Fitri dekat Instagram. Nanti bolehlah inform further macam mana nak order kasut limited edition Adidas tu.”
            Suara yang tiba-tiba mencelah itu memecahkan kebisuan di kawasan dapur yang hanya dihuni oleh Aidil dan Fitri.
            “Eh, Aidil! Tak nampak kau tengah berdiri macam pak guard kat situ.” Tegur Amar sambil tersenyum memandang Aidil.
            Aidil mengukir senyuman tawar. Sejak kecil, dia dan Amar mana pernah sebulu. Mereka sering bersaing dalam apa jua perkara. Jika Aidil berjaya mengejar cita-citanya sebagai juruterbang; Amar pula merupakan peguam yang sangat terkenal.
            Fitri menarik kerusi meja makan dan melabuhkan duduk. iPhone dari dalam poket baju kurung dikeluarkan dan jari-jemari mula menaip sesuatu. Berkerut-kerut dahi Aidil memandang Amar yang turut sama menarik kerusi di sebelah Fitri. Apa kes pulak ni?
            “Sekarang ni Adidas baru buat general announcement. Once saya dapat tahu yang pre-order dah dibuka, saya akan rebutkan slot untuk booking. Waktu tu saya akan contact Encik Amar.” Fitri senyum memandang Amar. Aura personal shopper berkaliber sudah datang.
            “Amar, please. Tak payahlah berencik pulak.” Balas Amar mesra.
            Aidil yang hanya memerhati membuat muka. Amar dan kebolehan bermulut manis memang tak boleh dipisahkan.
            “Selain daripada limited edition items, kalau saya minta Fitri tolong belikan normal items pun boleh?” Soal Amar dan raut wajah Fitri dipandang lama.
            “Boleh.”
            Amar menarik senyum.
            Aidil yang sedang nampak Ninja; kucing gemuk berbulu putih kembang milik Datin Mariam yang sedang cat walk di kawasan dapur turut sama tersenyum.
            “Berapa service charge kalau saya…. Mummy!!!” Amar sudah terjerit dan terus melompat bangun daripada kerusi yang menjadi tempat duduknya apabila Aidil meletakkan Ninja di atas ribanya. Amar dan kucing tak pernah dan tak akan menjadi kawan baik. Sampai bila-bila!
            Merah padam wajah Amar memandang Aidil yang nampak selamba. Sepupu dia ni memang sengaja betul!
            “Ninja mengiau tadi. Dia kata dia rindu dekat kau.” Ujar Aidil selamba sambil menjungkitkan kening.
            Apabila Amar berlalu daripada kawasan dapur untuk ke tandas disebabkan geli dengan Ninja, tinggallah Aidil dan Fitri di kawasan dapur itu.
            Fitri memandang wajah Aidil, geram! Sengaja nak kacau sewaktu dia mula ‘menjual’ khidmat servis personal shopper dia sebentar tadi. Tak adil betul! Nama tak sesuai dengan tuan punya nama.
            "Encik Aidil tahu apa maksud nama 'Aidil' tu?" Soal Fitri sambil duduk menongkat wajah di kerusi meja makan rumah banglo mewah Datin Mariam.
Aidil buat-buat pekak. Tahu yang Fitri memang suka bagi pahala puasa dia susut.
"Diam tu maknanya tak tahu kan? Maksud nama Aidil tu ialah adil. Tapi..." Fitri menarik sengih nakal sambil mengetuk-ngetuk hujung dagu sendiri.
"Encik Aidil tak adil pun. Saya rasa kena panggil Encik Tak Adil lah lepas ni. Baru sesuai!" Fitri tayang thumbs up sambil sengih.
Aidil menarik nafas dalam. Kalau tak difikirkan dosa pahala, mahu dihumban keluar budak kecik yang sedang duduk di meja makan itu.
You tahu maksud nama Fitri?” Balas Aidil pula.
“Tahu, maksud nama Fitri tu semula jadi. Semula jadi comellah kan?” Balas Fitri bersahaja, siap dengan jari tunjuk dan jari tengah yang dirapatakan membentuk simbol peace. Dia terus bangun meninggalkan Aidil terkebil-kebil di ruang dapur itu.

           
           

           



Bab 6
“Sebelum ni dengar Nurul sebut nama PS Fitri. Hari ni dapat jumpa dengan tuan punya badan terus.” Tutur Dato’ Ilyas ramah sewaktu berbuka puasa.
“Kecil je rupanya dunia ni kan? Saya pun tak sangka boleh jumpa dengan dato’ hari ni.” Balas Fitri sopan. Manalah dia tahu yang Nurul itu merupakan PA Dato’ Ilyas; CEO Cloud Tower. Cloud Tower merupakan syarikat rangkaian telekomunikasi yang semakin meningkat naik di Malaysia dan juga di luar Malaysia.
Thanks Fitri, sebab berjaya dapatkan limited watch Van Cleef & Arpels waktu birthday Mariam bulan lepas. Bak kata Nurul, you memang personal shopper yang terbaik!” Puji Dato’ Ilyas lagi.
“Oh, jam tu Nurul minta Fitri yang belikan? Patutlah berjaya beli. Rupa-rupanya dengan kebolehan Cik Fitri kita ni.” Balas Datin Mariam pula.
Fitri hanya tersenyum. Dia segan sebenarnya. Janganlah ditanya harga jam limited edition jenama mewah itu kerana dia juga takut untuk menyebutnya. Mahal sangat!
“Fitri ni personal shopper ke?” Soal Hajah Aminah; mak ngah Aidil yang sejak tadi hanya mendengar.
Fitri angguk dan senyum.
“Zaman sekarang ni zaman millennium. Orang dah makin maju ke depan sebab personal shopper pun boleh jadi karier jugak. Nanti bagitahu auntie latest collection Ariani ya.” Hajah Aminah kenyit mata.
“Umi, tudung umi dalam almari dah banyak sangat.” Sampuk Amar yang duduk di sebelah Hajah Aminah.
“Orang perempuan ni, tudung banyak macam mana pun takkan pernah cukup. Betul tak, Mariam, Fitri?” Balas Hajah Aminah sambil tersenyum.
“Sokong!” Suara Fitri yang sedikit kuat itu membuatkan Aidil dan Amar serentak memandang dia.
Terus Fitri menundukkan kepala. Betullah kan? Pandangan mata kedua-dua lelaki itu seperti memberi amaran supaya jangan mengajar ibu mereka membeli-belah barang yang tidak perlu.
“Jemputlah makan. Lepas ni kita nak ke masjid untuk solat pulak.” Kedengaran suara Dato’ Ilyas memecahkan suasana.

            Usai berbuka puasa, Fitri melabuhkan duduk di sofa sementara menunggu Datin Mariam dan Hajah Aminah bersiap untuk sama-sama ke masjid. Tiba-tiba anak matanya menangkap kelibat Aidil yang sudah berbaju Melayu berwarna ungu mengatur langkah ke ruang tamu dan seterusnya melabuhkan duduk di sofa bertentangan dengan dia.
            Fitri perhatikan sahaja telatah Aidil yang langsung tidak menoleh ke arah dia sebaliknya ralit menghadap telefon pintar di tangan. Nak tegur ke tak? Nak tegur ke tak? Nak tegur ke tak?
            “Fitri!” Suara Amar yang muncul di ruang tamu tiba-tiba memecahkan kesunyian. Terus Aidil mengangkat wajah memandang Amar yang sudah melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan sofa single-seater yang menjadi tempat duduk Fitri.
            “Saya lupa nak minta phone number Fitri tadi.” Amar menghulurkan Samsung Note kepada Fitri.
            Aidil mengerutkan dahi melihat huluran telefon pintar itu bersambut. Senangnya budak kecik ni bagi nombor telefon dekat orang yang baru dikenali!
            “Saya memang interested dengan limited edition kasut Adidas tu tau. Let me know when you hear any good news about it.” Pesan Amar dan menyimpan telefon pintar ke dalam poket baju Melayu yang dipakai.
            “Oh, ya! Saya kena minta nombor telefon Encik Amar sekalilah.” Fitri mengeluarkan iPhone dari dalam handbag dan dihulurkan kepada Amar.
            Semakin bulat mata Aidil yang menjadi pemerhati setia. Biar betul budak kecik ni! Eh, kejap! Yang aku nak kisah kenapa pulak? iPhone 7 Plus yang disimpan di dalam poket baju Melayu dikeluarkan semula.
            “Saya save nama saya as Amar je ya. Tak payah nak letak encik.” Amar ketawa kecil.
            Aidil mengangkat wajahnya semula. Kononnya tak nak kisah, tapi dia masih ambil kisah!
            “Amar, jom! Kita gerak dulu. Tunggu orang perempuan ni lambat!” Aidil bangun daripada duduknya dan terus menarik Amar supaya mengikut langkahnya.
            “Eh, kau kata kau tak nak pergi terawikh sekali dengan aku?” Soal Amar, pelik.
            “Banyak bunyilah, kau ni! Jomlah cepat, nanti saf depan penuh.” Jawab Aidil sambil menolak bahu Amar keluar dari rumah.
            Fitri yang hanya memerhatikan telatah kedua-dua orang lelaki itu hanya tersengih. Comel macam Tom and Jerry pun ada!
***
“Dik…”
Hmmm…” Pandangan mata Fikri masih digamkan pada skrin leper televisyen. Dia asyik dengan siaran ulang tayang perlawanan NBA.
“Fikri…”
Fitri sudah geram. Susahnya bercakap dengan adik lelaki ni! Bantal kusyen yang berada di riba diambil dan dibaling ke arah Fikri. Tepat landing di kepala Fikri!
Golllll!!!” Jerit Fitri selamba.
“Akak ni kenapa?” Kali ini barulah Fikri berpaling memandang Fitri yang sedang duduk di atas sofa. Di dalam hati dia sedang mengumpul rasa sabar. Sabarlah!
“Akak nak minta pendapat.” Tutur Fitri dan Fikri terus tergelak-gelak.
“Akak pasti ke nak tanya pendapat Fikri?” Provok Fikri sambil menjungkitkan keningnya. Sengaja!
“Tak kiralah. Fikri kena dengar jugak luahan hati akak ni.” Fitri tarik tangan Fikri yang sudah memusingkan tubuh menghadap televisyen semula.
“Yalah, yalah. Nasib baik ada seorang je kakak.” Gumam Fikri perlahan.
“Apa dia?” Soal Fitri dengan mata yang dibulatkan. Macamlah dia tak dengar.
“Tak ada apa-apalah.” Fikri tayang sengih.
“Fikri rasa akak patut minta maaf ke dengan the one and only anak datin vogue?” Soal Fitri; serius. Dia bukannya apa. Semakin dia fikir apa yang dia dah buat; semakin dia rasa bersalah pulak. Yalah, rasa bersalah sebab dah kurung Aidil Harith dengan keadaan bertuala sahaja di luar rumah sendiri!
“Akak rasa bersalah sebab akak kurung dia half-naked dekat luar rumah dia sendiri ke?” Soal Fikri. Dia terasa mahu ketawa tetapi memandangkan wajah kakak ‘kembar tahunnya’ itu nampak serius, dia tahan tawanya.
“Akak bukannya sengaja. Dah datin vogue kata anak dia balik the next day. Memanglah akak terkejut beruk bila nampak ada lelaki dekat dalam rumah tu. Dahlah half-naked. Memang tindakan refleks akak terus halau dia keluar. Nasib baik tak baling pisau sekali.”
Fikri telan liur. Nasib baik pisau tak dibaling. Sudahlah kakaknya ini pandai membaling dengan tepat.
“Akak ada minta maaf tak?”
Fitri menggeleng perlahan. Nak minta maaf macam mana jika pandangan mata Aidil itu tajamnya umpama bilah mata pedang. Memang rasa tersekat di kerongkong. Betullah orang kata ‘sorry seems the hardest word’. Dah macam tajuk lagu kumpulan Blue pula.
See, itu masalahnya. Minta maaf jelah, kak. Akak tayang muka comel sikit, kerdip-kerdipkan mata, nanti sejuklah hati dia.” Cadang Fikri selamba.
Terus Fitri meluku kepala Fikri.
“Betul apa yang Fikri cakap.” Bebel Fikri sambil menggosok-gosok kepala yang terasa pedih.
“Nak kena minta maaf ke? Kalau pasang lagu Blue tajuk ‘sorry seems the hardest word’ tak boleh ke?” Fitri tayang sengih.
“Minta maaf. Lepas tu masakkanlah apa-apa untuk anak datin vogue tu. Bila perut gembira, hati pun gembira.”
“Kenapa kena masak pulak?”
“Kenapa tak boleh pulak?”
Fitri membuat muka. Pandai menjawab, memang sesuai sangat dengan profession dia sebagai peguam.
“Lagipun bulan Ramadan ni eloklah bagi orang berpuasa makan. Besar ganjarannya. Cuba tengok macam surau dekat kawasan rumah kita ni. Hari-hari ada orang yang bermurah hati nak bagi sumbangan untuk buka puasa dan moreh. Besar pahalanya, kak.”
Fitri tahan senyum. Aura encik peguam sudah datang. Mula-mula cakap merapu, lama-lama cakap merapu dia boleh jadi ‘berisi’ pula.
“Tapi tak tahu nak masak apa.” Fitri sudah mula dengan tabiat menggaru kepalanya semula. Pening!
“Tanyalah mami. Mami kan pengerusi kelas memasak.”
“Mami dengar tu, Fikri!” Laung Puan Lina dari arah dapur. Terus Fitri dan Fikri ketawa serentak.


Bab 7
            “Thanks, bro. Tolong hantarkan aku sampai ke rumah. Jimat duit aku daripada bayar Grab Car.” Tutur Aidil sebaik sahaja kereta Ayman semakin menghampiri kawasan studio apartment.
            “Tak ada apalah. Aku pun tak ada buat apa kat rumah. Lagipun macamlah kau tak pernah tolong hantar aku balik rumah bila aku balik dari fly. Macam tak biasa pulak.” Ayman Zayyan senyum segarit. Dia dengan Aidil bukannya baru berkawan. Mereka sudah lama kenal sejak dari zaman belajar di Malaysia Flying Academy (MFA) di Melaka lagi. Sama-sama berhempas pulas untuk melalui exam PPL, CPL dan ATPL. Elok pula selepas itu sama-sama diterima bekerja dengan Malaysia Airlines dan melalui latihan dengan MAS bersama-sama juga.
            “Wife kau tak ada dekat rumah?” Soal Aidil.
            “Tak ada. Dini ke Sarawak, ada interior designing seminar. Esok baru balik.” Jawab Ayman.
            “Dini bawak Amna jugak ke?” Soal Aidil lagi.
            “Taklah. Amna ada dekat rumah mummy aku. Lepas ni aku nak pergi rumah mummy. Mummy ada boleh tolong tengokkan Amna. Tambah-tambah pulak bulan puasa ni, siapa nak tolong uruskan makan minum aku bila Dini tak ada”
            “Manja!”
            Ayman hanya ketawa senang.
            “Kau tak kahwin lagi, bolehlah kau nak cakap macam tu. Cuba kau kahwin nanti. Barulah kau tahu macam mana.”
            “Tak apalah, aku tak nak tahu.”
            Ayman ketawa lagi. Jawapan yang dia sudah biasa terima daripada Aidil.
            “Eh, pes Kimchi kau ada dekat dalam fridge. Baru aku teringat pasal tu. Padahal dah janji dengan nenek kau supaya passkan dekat kau. Jomlah naik sekejap.” Ujar Aidil. Minggu lepas dia ‘terbang’ ke Seoul dan sempat singgah untuk berjumpa dengan helmeoni Ayman sebelum ‘terbang’ balik ke Malaysia.  Jika dia berdarah campuran Melayu-Jepun; Ayman itu pula berdarah campuran Melayu-Korea. Disebabkan itu jugalah ramai yang ingat mereka berdua adik-beradik!
            Ayman memandu keretanya ke tempat parkir di tingkat B1, tidak jauh dari lif ke bangunan blok apartment Aidil. Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari lif, kelihatan Babu sedang menunggu di luar. Tersenyum-senyum Babu memandang Aidil. Terus Aidil berasa cuak. Kenapalah timing shift si Babu ini kena sahaja dengan timing dia?
            “Kenapa dengan guard tadi tu? Tersengih-sengih pandang kau?” Soal Ayman apabila mereka sudah berjalan meninggalkan Babu yang masih menunggu lif.
            Serentak itu bayangan wajah Fitri seperti menari-nari di hadapan mata. Penutup password pintu rumah dibuka dan password ditekan.
            “Masuklah dulu. Nanti aku cerita.”


            Suara tawa tanpa henti Ayman sangatlah tidak membantu menenangkan hati dia. Anak mata singgah ke atas meja seramik berbentuk bulat. Kosong! Kata mom, Fitri sepatutnya menghantar barang-barang dapur untuk minggu ini semalam tetapi meja yang menjadi tempat letak barang itu kelihatan kosong.
            “Serius ke dia kunci kau dekat luar rumah? Half-naked?” Soal Ayman dengan perut yang terasa senak dek kerana asyik ketawa sejak tadi.
            “Kau rasa aku ada masa ke nak buat kelakar pasal benda ni?” Soal Aidil kembali, serius.
            “Kau pulak redha jelah keluar dari rumah sendiri? Wrong timing sebab bila kau kena halau dari rumah sendiri, Babu pulak lalu? Free show bro! Patutlah dia tersengih-sengih tengok kau.”
            “Ayman, budak kecik tu pegang pisau kut! Buatnya kalau dia minah mental, aku boleh jadi arwah kut. Tak sempat nak tunggu raya!”
            Ayman ketawa lagi.
            “Kau cakap nama budak kecik tu apa?”
            Aidil memandang lama wajah Ayman. Penting sangat ke untuk dia tahu nama si budak kecik itu?
            “Fitri Syafia.”
            “Nice!” Ayman tarik senyum dan Aidil mula mengerutkan dahi.
            “Nama kau Aidil.” Tutur Ayman.
            “So?” Aidil semakin mengerutkan dahi.
            “Nama dia Fitri.” Tambah Ayman lagi.
            “So?” Aidil semakin berserabut. Sudahlah badan penat dengan penerbangan jarak jauh. Berbuka puasa pula kelam-kabut di dalam kokpit. Memanglah dia terasa penat sangat sekarang.
            “Aidil Fitri. Macam hari raya Aidilfitri. Tak ada korang, tak rayalah.” Ayman sambung gelak.
            Aidil bangun daripada sofa yang menjadi tempat duduknya dan mengatur langkah ke arah peti ais. Paket berisi kimchi itu dikeluarkan sebelum diserahkan kepada Ayman.
            “Kau pergi balik sekarang!”
            Tawa Ayman menjadi semakin kuat!

***
            “Saya takutlah, datin.” Fitri menayang wajah kasihan memandang Datin Mariam yang sedari tadi asyik tersenyum-senyum. Susahnya nak fahamkan datin vogue dihadapannya yang segala organ dalaman dia terasa seperti mahu kecut!
            “Jangan risaulah, Fitri. Aidil will never say no to food.” Pujuk Datin Mariam sambil bahu Fitri ditepuk-tepuk.
            Di dalam hati, Datin Mariam tersangatlah gembira. Fitri menelefon dia dua hari yang lepas; bertanyakan jika Aidil ada di rumah hari ini. Kata Fitri, dia mahu mengajak Datin Mariam bersama-sama ke rumah Aidil untuk menghantar barang-barang dapur dan terus berjumpa Aidil untuk meminta maaf. Sebentar tadi, Datin Mariam semakin melebarkan senyuman apabila Fitri memberitahu yang dia ada membawa sekali puding roti.
            “Saya takutlah, datin.” Tutur Fitri untuk entah kali yang ke berapa.
            “Kita dah sampai dekat depan rumah Aidil dah pun ni.” Balas Datin Mariam dan membuka penutup password pintu rumah. Password ditekan dan pintu dibuka dan sebelah tangan Datin Mariam menarik Fitri yang kedua-dua belah tangannya penuh dengan barang masuk ke dalam rumah Aidil.
            “Mom?” Aidil yang sedang menonton televisyen di kawasan ruang tamu terus berpaling ke pintu masuk.
            “Assalamualaikum.” Tutur Datin Mariam. Dia sudah tersenyum-senyum apabila Fitri terus menyembunyikan diri di belakangnya.
            “Waalaikumussalam. Tak bagitahu pun mom nak datang?” Aidil sudah mengatur langkah ke arah Datin Mariam. Tangan Datin Mariam dikucup hormat.
            “Datang hantar groceries dengan Fitri.” Jawab Datin Mariam dan menarik Fitri yang sedang menyorok di belakang tubuh supaya berdiri di sisi.
            Terus wajah Aidil berubah.
            “Errr…Hai, Encik Aidil?” Fitri tayang sengih dan tayang barisan giginya yang tersusun rapi juga.
            Berkerut-kerut dahi Aidil memandang Fitri yang kedua-dua belah tangannya dipenuh dengan beg plastik. Patutlah meja bulat itu kosong sewaktu dia sampai di rumah malam tadi. Rupa-rupanya hari ini baru Fitri datang menghantar barang.
            Kasihan melihat wajah Fitri yang nampak berpeluh-peluh itu, Aidil mengambil beg-beg plastik yang masih dipegang oleh Fitri sebelum membawa barang-barang tersebut ke meja bulat.
            Fitri sudah tercengang-cengang sementara Datin Mariam tersenyum simpul.
            “What? I senyum sebab cuaca petang ni baik sangat.” Datin Mariam buat-buat memandang ke balkoni rumah apabila Aidil dan Fitri serentak memandang dia.
            “Kata nak minta maaf.” Bisik Datin Mariam kepada Fitri.
            “Sekarang ke?” Soal Fitri.
            “Sekaranglah. Unless esok you nak datang jumpa Aidil lagi.” Jawab Datin Mariam selamba. Siap dengan pakej senyum mengusik lagi.
            Pantas Fitri menggelengkan kepala. Dia mengintai dari jauh telatah Aidil yang sedang mengeluarkan barang-barang dari dalam beg plastik. Di dalam kepala sudah terngiang-ngiang lagu ‘Sorry Seems The Hardest Word’ nyanyian kumpulan Blue.
            Pandangan Fitri kembali ke arah Datin Mariam. Dia menayang wajah kasihan sekali lagi dan Datin Mariam pantas membuat isyarat mata supaya Fitri bergerak ke arah Aidil. Dengan langkah yang berat, Fitri mengatur juga langkah ke bahagian dapur.
            “Encik Aidil.” Panggil Fitri.
            Pantas Aidil mengangkat wajah dengan kerutan di dahi. Dah kenapa pulak yang memek muka budak kecik ni lain macam?
            “Saya…” Fitri telan air liur. Nasib baiklah telan air liur ni tak membatalkan puasa.
            Semakin tajam renungan Aidil.
            “Saya nak minta maaf!”
            Fuhhhh… Fitri tarik nafas lega. Tak adalah susah sangat rupanya. Tak perlu nak nyanyi lagu Blue lagi di dalam kepala.
            “For what?” Aidil jungkit kening.
            Fitri telan liur semula. Mamat ni buat-buat tanyalah pulak!
            “Sebab saya tak sengaja kunci Encik Aidil half-naked dekat luar rumah minggu lepas.”
            Terus memerah wajah Aidil. Perlu ke nak sebut perkataan ‘half-naked’ tu jugak?
            Tiba-tiba terdengar suara Datin Mariam yang sedang menonton televisyen itu ketawa.
            “Apa? This tv show is super funny!”
            Aidil dan Fitri masing-masing mengerutkan dahi. Takkanlah rancangan memasak pun kelakar?
            “Anyway, saya betul-betul minta maaf.” Tutur Fitri. Kali ini nada suaranya lebih tenang.
            “Kalau I tak nak terima maaf you?” Duga Aidil sambil berpeluk tubuh. Fitri yang hanya paras atas bahunya dipandang lama.
            “Terpulanglah. Yang penting saya dah minta maaf dengan Encik Aidil. Hutang saya dengan Encik Aidil dah selesai.” Jawab Fitri tenang.
            Aidil berjeda dan kelihatan Fitri mengeluarkan bekas Tupperware daripada dalam shopping bag berwarna merah.
            “Saya ada buatkan puding roti untuk Encik Aidil.” Fitri meletakkan Tupperware berbentuk empat segi itu di atas meja bulat.
            “Macam mana I nak tahu yang makanan ni selamat untuk dimakan?” Soal Aidil dengan riak wajah yang sangat menjengkelkan hati Fitri.
            Fitri tersenyum sinis.
            “Mami saya pesan, jangan sesekali main dengan makanan. Sebab makanan ni rezeki yang ALLAH bagi.”
            Dush! Padan muka kau Aidil! Sekali lagi kedengaran suara Datin Mariam ketawa.
            “Apa? Kan dah cakap tadi yang tv show ni kelakar!” Jawab Datin Mariam bersahaja. Yang peliknya memang sesuai sangat timing Datin Mariam itu ketawa!
            “Jadi, saya minta maaf. Tau, tau!” Tutur Fitri sekali lagi. Siap dengan pakej kerdip-kerdipkan mata dan tayang muka comel. Ni dah kenapa macam ikut ajaran si Fikri je?

            Terkebil-kebil Aidil melihat telatah Fitri yang tiba-tiba. Comelnya ya ampun! Tiba-tiba juga telinganya terdengar bunyi ‘meow’ apabila melihat telatah Fitri yang tiba-tiba itu. Takkanlah mom bawak Ninja datang sekali?