Wednesday 28 November 2012

Encik Suami Mat Salih Celup? 10




Bab 10



Aku baru sahaja menerima panggilan daripada Jazmin bahawa Ian tidak ada di hotel Pan Facific. Dia dan Noah cuba mencari Ian di sekitar kawasan Sepang pula.

            “Iman, aku rasa better kita separate. KLIA ni dahla besar. Jimat masa sikit kalau berpecah. Kau start cari area ni and aku try area belakang sana. If salah seorang daripada kita jumpa Ian, kita bagitahu each other okay.”Cadang Auni.

Aku hanya mampu menangguk sedangkan sedari tadi aku tidak habis-habis memarahi Ian di dalam hati. Kalau aku jumpa mamat tu, siaplah!

            “Aku tahu kau nak hempuk encik Ian yang tersayang tu, tapi for now, kita kena cari dia dulu before kau boleh hempuk dia sepuas-puas hati.” Tambah Auni lagi. 

Eh, macam mana Auni boleh tahu aku nak hempuk mamat tu?

            “Sempat lagi kau buat lawak ya.”Komenku dan Auni tersengih.

            “Aku dah boleh baca apa yang kau fikir time ni. Jangan lupa baca bismillah, insya-Allah kita akan jumpa dengan Ian.’’Pesan Auni.

            “Ya, mak cik.”

Aku dan Auni berpecah dan aku mula mencari Ian dari satu kedai ke satu kedai. Benda gila seperti tunggu di luar tandas lelaki selama 10 minit pun aku dah buat tetapi bayang Ian masih tidak kelihatan. Aku duduk di deretan kerusi yang disediakan oleh pihak airport sambil memerhatikan orang yang lalu-lalang. Di dalam kepala, aku sudah memikirkan perkara-perkara negatif yang bakal berlaku. Salah satunya, mungkin aku tak jadi kahwin minggu ni. Haih!

Tiba-tiba anak mataku menangkap satu susuk tubuh tinggi lampai. Eh, tu bukan Ian ke? Aku terus bangun dan mengejar lelaki tersebut.

            “Yes, miss?” soal lelaki yang bertopi Nike hitam.

            “Sorry, sir. I thought you are my friend.”Jawabku dan lelaki mat salih itu berlalu pergi. 

Aku mengeluh kembali. Kat ceruk mana aku nak cari Ian ni? Ataupun dia memang dah betul-betul melarikan diri ?

Aku melangkah masuk ke dalam lot kedai Coffee Bean and Tea Leaf, kedai pertama yang aku masuk tadi untuk mencari Ian. Aku ke kaunter untuk memesan minuman dan mencari tempat duduk untuk menunggu minumanku siap. Anak mataku meliar memandang sekeliling kedai yang sememangnya sesak dengan orang yang mempunyai pelbagai ragam. Aku sudah berkira-kira untuk mengajak Auni balik selepas minumanku siap.

Aku mencuri pandang ke arah seorang lelaki yang mejanya terletak berhadapan denganku. Wajahnya kelihatan terlindung di sebalik hoodies yang ditarik sehingga menutup kepala.

            “Teringin nak pakai tudung ke?” Gumamku sendirian sambil memerhatikan telatah lelaki itu yang masih setia membaca sebuah buku.

Aku tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana dia sedang menundukan wajah ketika membaca. Seolah-olah mendengar monologku, lelaki tersebut mengangkat wajah dan anak mata kami bertembung. Aku terus berdiri.

            “Awak ni kan, memang!” Ucapku keras dengan nada suara yang cuba dikawal supaya tidak mengganggu para pelanggan yang lain.

Hoodies yang tadinya menutup kepala ditarik ke bawah. Sepasang anak mata kelabu cair itu menikam wajahku.

            “Awak tahu tak semua orang cari awak since last 5 hours? What’s your problem actually? Everyone is worried for you!” Tambahku lagi. Terasa darahku mendidih dan aku nampak Ian kelihatan semakin mengecil di hadapanku. Ada jugak yang lebam bijik mata lepas ni!

            “I don’t understand.”Jawab Ian tanpa nada.

Aku sudah beristighfar di dalam hati. Kenapalah mamat ni tak ada perasaan bersalah langsung? Dia ni memang spesies sejuk macam kutub utara ke?

            “Awak tahu tak Jazmin dengan abang Noah cari awak kat sini? Sampai 3 jam?”

Ian menggeleng. Riak wajahnya masih sama. Boleh tak aku nak cubit mamat ni sampai lebam?

            "I waited for them but I can’t see them around. That’s why I stayed here.” Ian beralasan.

            “Why don’t you call them?” soalku geram.

            “My phone’s battery was dead.”

            “Do you even know what is the function of a handphone?” sindirku.

            “To make a call, texting, and other functions.”

Ya Allah, kenapalah hamba Allah yang seorang ni macam ni? Aku sudah terasa mahu menangis. Mataku mula terasa berair.

            ‘’ Why don’t you use a public phone ? Or just take a cab and go home?”

            “I don’t have any Ringgit Malaysia with me. I just have my credit cards and cash in pounds.”

Aku pantas menyeluk telefon bimbit dari dalam poket seluar dan mendail nombor Auni.

            ‘’Weyh, kau tolong datang Coffe Bean sekarang sebelum lumat mat salih celup ni aku kerjakan.’’

Tidak lama kemudian, Auni sampai. Mataku makin lama terasa makin panas. Janganlah paip air mata ni pecah dekat sini pulak. Aku hanya mampu duduk dan aku lihat Auni sedang bercakap dengan Ian. Wajah Auni kelihatan sangat serius. Telefon bimbitku yang masih kupegang, diambil oleh Auni dan telingaku menangkap Auni bercakap dengan Jazmin, memberitahu bahawa kami sudah berjumpa dengan abangnya yang sangat bertuah ini.

            ‘’Jazmin dengan Angah dia on the way nak datang sini untuk fetch Ian. Kau okay tak ni? Apasal muka kau merah?” Tegur Auni ketika kami bertiga duduk menunggu di satu sudut.

           “Aku rasa jantung aku macam nak pecah. Kalau aku ada darah tinggi, memang dah terlantar dekat hospital.” Jawabku dan wajah Ian yang masih kelihatan tenang kupandang dengan geram.

            “Sabar, Iman. Aku tak rasa real intention dia nak buat macam tu. Ni semua salah faham. Kau tarik nafas slow-slow. Selawat banyak-banyak.’’Balas Auni dan sebelah tangannya memaut bahuku dengan erat.

            “Lagipun aku dah marah dia kaw-kaw tadi. Kau jangan sesakkan lagi kepala kau. Yang penting sekarang, kita dah jumpa Ian. Alhamdulillah.” Tambah Auni.

Aku hanya menangguk sambil mengucap syukur di dalam hati. Jazmin dan Noah yang baru sampai, pantas mendapatkan kami. Jazmin terus memelukku dan aku dapat lihat Noah bercakap sesuatu dengan Ian. Riak wajah Noah yang sebelum ini kelihatan tenang, berubah menjadi serius.

            “Thanks a lot, kak Iman, kak Auni. We’re really sorry to trouble kakak-kakak.” Ucap Jazmin.

            “No worries, dik. Yang penting kita dah jumpa Ian.” Balas Auni.

            “Alhamdulillah. I think, we better make our move now. Lagipun dah nak Maghrib ni. Again, thanks a lot ladies.’’ Tambah Noah sambil tersenyum.

Ian bangun dan menggalas beg galas hitamnya.

            “I’m truly sorry. I didn’t mean to make things happened like this.” Tutur Ian perlahan.

Aku hanya mendiamkan diri. Aku ingat mamat ni tak reti langsung nak mintak maaf. Wajah Ian kupandang dan baru aku perasan yang riak wajahnya kelihatan serba salah.


Malam esoknya, apabila Angah baru sampai di rumah, sempat lagi aku menangis dan mengadu.

            ‘’Iman tak nak kahwin dengan mamat sengal macam tu.’’ Aduku dan lengan Angah kutarik-tarik.

            ‘’Mulut tu, jangan merepek boleh tak ? Tengah hari esok awak dah nak bernikah tau. Nak kena gulai dengan mama?” Balas Angah sambil berbisik.

            “Iman rela kena gulai. Iman tak nak kahwin dengan mamat ais ketul batu tu.”

            ‘’Iman, jangan main-mainlah,dik. Jangan dilayan sangat perasaan tu. Kan Ian dah explain yang apa dah jadi semalam tu salah faham je.’’

            ‘’Fine. Angah pun dah tak sayang Iman.’’

            “Sebab sayanglah Angah buat macam ni.”

Wajah Angah yang sedang tersengih kupandang. Geram betul bercakap dengan abang yang suka sangat loyar buruk.

            “Trust me, Ian is a good guy.” Tambah Angah.

            “Based on what basis? Malaysian Law? British Law? Act of Parliament? Or common law?”
Angah sudah tergelak-gelak.

            “Based on Isyraf Adam’s Law.”

Aku sudah mencebik.

            “Iman, pergi tidur. Dah pukul 11 lebih ni. Bakal pengantin mana boleh tidur lewat. Nanti mama tolong pakaikan beg plastik dekat tangan dengan kaki supaya inai tu tak kena bantal dengan cadar bila tidur nanti.’’ Ucap opah.

            ‘’Iman, pergi tidur, opah dah bising tu. And, enjoy your last moment being called a ‘cik’.’’ Usik Angah.

Pantas aku memukul lengannya.

            “Iman, habis lengan Angah kena inai Iman!”

Aku ketawa puas hati tetapi tidak lama kerana kemudiannya mama pula membebel memarahi aku.


******************************

Awal-awal pagi lagi, sanak saudara daripada kedua-dua belah mama dan papa sudah datang berkumpul.  Banglo dua tingkat milik keluargaku ini sangat meriah. Tambahan pula kami tidak selalu berkumpul ramai-ramai begini kecuali ketika hari raya.
            “Mak andam datang pukul berapa, Iman?” soal mak su.

            “Dalam pukul 10 macam tu.”Jawabku sambil anak mataku membaca kiriman pesanan ringkas Jazmin.

Menurut Jazmin, Ian memang kena kurung di rumah. Agaknya takut mamat tu lari lagi. Malam tadi, sebelum tidur, aku sempat menghantar pesanan ringkas kepada Ian, mengingatkan bahawa dia perlu berlatih menyebut lafaz akad dalam bahasa Melayu.

Tiba-tiba handphoneku berbunyi dan tertera nama ‘Mat salih celup’.

            “Assalamualaikum. Iman, are you sure you want me to say out the akad in Malay?”

Aku sudah menepuk dahi. Dia ni kan, pagi-pagi indah ni dia dah nak buat drama kahwin paksa.

            ‘’Yes, sure. Very sure. Mr. Ian, awak tu orang Melayu tau. Jangan nak mengada sangat.”

            “But…”

            “No. That’s why you need to practice. Practice makes perfect.”

Hah, kan watak ibu tiri Cinderella dah keluar. Ian senyap.

            “Okay.”

Aku meletakkan Nokia merah itu di atas meja.

            “Kenapa, Iman? Cik abang awak nak apa?” Soal kak Zira, anak sulung mak su.

            “Dia tak nak lafaz akad dalam bahasa Melayu.” Jawabku.

            “Dah tu, dia nak guna bahasa apa?”

            ‘’French kot !’’

Kak Zira ketawa geli hati.

            “Habis tu, macam mana?”

            “Beranila dia nak guna bahasa lain selain bahasa Melayu.”

            “Iman, awak ni dah macam bunyi ibu tiri Snow White tau.”

            “Iman tak ada mirror, mirror on the wall la, kak Zira. Wah, kalau ada, memang seronoklah!”

            ‘’Hah, dah start la tu nak merepek yang bukan-bukan. Cik adik, pergi mandi. Dah pukul berapa ni? Nanti bising mama tengok anak dara dia still pakai baju tidur lagi.’’

            “Baik, puan besar.”

Aku berlalu ke dalam bilik dan meninggalkan kak Zira yang hanya mampu menggeleng melihat telatahku.


p/s : sorry lmbt post new entry. Selamat membaca! :)

Saturday 17 November 2012

Encik Suami Mat Salih Celup? 9







Bab 9


Suasana di dalam kedai Popular agak sunyi. Mungkin juga kerana kedai buku ini agak tersorok di satu sudut.

            “Kau nak cari buku apa sebenarnya ni?” soal Auni yang sedari tadi setia menemankan aku bertawaf di dalam kedai buku ini.

            “Weyh, kalau nak ajar budak cakap bahasa Melayu kan, buku apa yang sesuai ya?” soalannya kubalas dengan soalan juga.

Anak mataku terpaku pada barisan buku-buku ABC berbahasa Melayu. Rasanya, melampau sangat kot kalau aku guna buku tahap budak-budak tadika ni untuk Mr. Ian Hadif. Sempat lagi aku ketawa jahat di dalam hati. Mesti lawak kalau mat salih celup tu kena belajar mengeja.

            “Depends on age group. Budak tu umur berapa?” suara Auni mematikan rancangan nakalku yang sedang berlegar-legar di dalam kepala.

            “26 years old.”Jawabku selamba.

            “Pardon?”

Aku sudah tergelak-gelak.

            “You heard me. 26 years old.”

Dahi Auni sudah berlapis-lapis mendengar jawapanku.

            ‘’Kau ni biar betul. Tu bukan budak, tu bapak budak. Cuba cerita apa yang dah jadi sebenarnya.’’Pinta Auni dengan dahi yang masih berkerut.

Aku sempat tersengih sebelum menceritakan permintaan Auntie Julia ketika aku berkunjung ke rumahnya semalam.

            ‘’Seriously ?’’ soal Auni dengan riak wajah yang terkejut.

Aku angguk.

            “So, kau memang kena jadi cikgu tadika lah ni?” soal Auni lagi.

Aku angguk lagi.

            ‘’Aku rasa ada betulnya apa yang Auntie Julia cakap tu. Takkan bila dah kahwin pun Ian nak guna English lagi ? Padahal dia half Malay. Kenalah tahu bahasa ibunda kita jugak. Kalau aku nak merasa kahwin dengan mat salih yang memang tak reti cakap bahasa Melayu langsung, baik aku cari time dekat Cardiff dulu. Senior Alex kita dulu pun kinda hot jugak.’’Tambahku sambil tersengih.

            “Kau jangan nak buat drama lain pulak ya. Kalau mama kau dengar, memang nak kena sekeh kalau cakap macam tu. So, sekarang ni kau nak buat apa?” soal Auni.

            “Nak cari buku yang sesuailah, cik kak oi. Aku nak kena buat rancangan Oh My Malay nanti. Kau rasa kalau start dengan buku budak-budak tadika tu, kejam tak?” balasku.

            “Isy, kau ni! Agak-agaklah. Aku rasa better start dengan kamus bergambar. Ajar dia vocabs dulu. Aku rasa dia taklah buta kayu terus kan? Sure dia tahu certain Malay vocabs. Maybe susah untuk dia bila dia nak construct ayat.” Balas Auni.

            “Mungkin jugak kot sebab dia boleh faham bila kita cakap dalam bahasa Melayu yang biasa. Mungkin bukan semua perkataanlah.”

Auni menarikku ke bahagian kamus dan menunjukkan sebuah kamus bergambar kepadaku.

            “Aku rasa yang ini okay kot. And kita boleh cari jugak buku-buku lain yang sesuai.’’
Aku membelek-belek kamus bergambar tersebut.

            “Kalau ada buku Learning Malay for dummies, memang dah lama aku beli.”Tuturku dan pantas Auni memukul bahuku.

            “Kau ni, kejamnya!” Komen Auni dan aku hanya mampu tersengih.



*************************

Usai solat zohor dan makan tengah hari di One Utama, Auni mengikutku pulang ke rumah untuk membantuku menyiapkan hantaran yang masih belum siap sepenuhnya. Nasib baik juga Maya and the gang di butik ada membantuku mengenai hal-hal berkaitan hantaran.

            “Hari tu kau shopping hantaran dengan Ian lah?” soal Auni sambil melekatkan kuntuman bunga di tepi kotak hantaran yang berwarna putih.

            “Ha’ah. Tapi shopping barang-barang Ian je. Untuk barang-barang hantaran aku, Ian kata dia nak beli dekat sana.”Jawabku.

            “Untunglah, ada bakal suami mat salih.”Usik Auni.

            “Eh, apa cakap macam tu. Mana tahu entah apa-apa yang dia beli untuk kenakan aku. Kau jangan terpedaya dengan appearance luaran dia yang nampak innocent tu. Mulut mamat tu boleh tahan tak ada insurans kot.” Beritahuku.

            “Kau ni, tak baik cakap macam tu! Aku tengok Ian tu okay sangat kot. Nampak decent je. ‘’
Aku sudah tergelak-gelak sambil menekan perut.

            ‘’Kan aku dah kata jangan terpedaya dengan appearance luaran dia.”

            “Tak baik pessimis dengan bakal husband sendiri tau. Encik Ian Hadif Wickham awak tu nampak hot luar dan dalam kot. Ingat senang nak cari British-Malay guy macam tu?”

            “Yalah cik Auni. Nanti saya bagitahu encik Ian saya tu supaya belanja awak makan sebab awak selalu sangat puji dia.”

Auni terus ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

            “Sekejap je masa berlalu. Dah nak kahwin dah kawan aku yang sorang ni. ‘’

            ‘’Insya Allah tak lama lagi giliran cik Auni Humaira kita dengan encik Hazim Raiyan.’’

            ‘’Eh, lambat lagi lah. By the way, si mangkuk maggi tu ada cari kau lagi ke ?’’ soal Auni yang kini sudah bertukar topik berkenaan Naim pula.

            “Tak inginnya dia nak cari aku lagi. Kan dia dah ada Dorayaki dia yang selalu melekat dengan dia macam gam gajah tu. Kalau mamat tu cari aku, memang aku nak tendang dia sampai masuk dalam tiang gol.” Jawabku. Auni sudah tergelak-gelak sambil anak matanya meliar memandang ke sekeliling kawasan rumah.

            ‘’Iman, sunyi je rumah kau. Abang-abang kau tak ada kat rumah ke ?’’ soal Auni.

            ‘’Along balik rumah dia. Lagipun kak Nisa tengah sarat mengandung. Dia datang sini bila nak tolong-tolong untuk wedding preparations aku. Angan ada conference dekat Hong Kong. Malam esok dia baliklah. Parents aku balik kampung jap, nak jemput opah aku yang dekat Perak tu datang sini.” Jawabku.

            “Yalah kan. Lusa dah majlis akad nikah kau. Eh, Ian punya flight hari ni kan?”

Aku angguk sambil melihat jam di dinding. Sepatutnya dia sudah sampai di KLIA sekitar waktu ini.

            “Rasanya dia dah sampai ni.”

            ‘’Kau tak pergi jemput dia pulak ?’’

            ‘’Tak naklah. Lagipun family dia kan ada untuk jemput dia. And tak elok pun kalau aku jumpa dia since wedding kitorang dah dekat sangat ni.”

            “Selalu ke Ian contact kau since dia balik sana?”

            “Tak adalah selalu sangat. Bila ada benda yang perlu dibincangkan dengan aku, baru dia contact aku. Lagipun aku rasa dia busy sangat kat sana sebab banyak benda yang dia nak kena settlekan since dia nak menetap kat sini.”

            “Lama gila kot Ian duduk kat sana. Kau kata dah dekat 20 tahun kan?”

            “Ha’ah, itu apa yang umi dia cerita dekat aku. Kenapa dia duduk kat sana lama sangat, itu aku tak pasti sebabnya.”

Kami masing-masing mendiamkan diri sambil tangan ligat menyiapkan hantaran yang sudah hampir siap. Tiba-tiba handphoneku berbunyi dan tertera nama Jazmin di skrin telefon. Hatiku mula berasa tidak sedap. Kelam-kabut jariku menyentuh skrin dan kedengaran suara halus Jazmin memberi salam.

            “Kak Iman, kitorang dah dekat 3 jam cari Achik dekat KLIA ni. Sepatutnya flight dia dari Heathrow dah sampai tapi sampai sekarang kitorang tak jumpa dia.” Nada suara Jazmin kedengaran kelam-kabut.

            “Mungkin flight Ian delay kot.” Balasku, cuba menyedapkan hati yang mua berdegup kencang. Janganlah mamat ni buat drama lain pulak nak dekat-dekat kahwin ni.

            ‘’Tak delay sebab tadi Angah dah check dengan staff kat sini. Kitorang try call dia pun tak dapat. Asyik masuk voicemail je.”

            “Dah check dekat semua tempat? Dekat semua kedai yang ada kat airport tu?”

            “Dah, dah 3 jam Min dengan Angah tawaf satu KLIA ni tapi tak nampak bayang Achik. Min risaulah Achik buat benda yang unexpected pulak.”

            “Parents Min dah tahu ke pasal ni?”

            ‘’ Min tak call umi lagi tapi tadi umi ada call tanya kenapa kitorang tak sampai rumah lagi. Min terpaksa tipu kata yang kitorang stuck in jam. Min tak nak umi dengan walid risau pulak.”

            “Macam ni lah, Min. Min dengan Angah try cari dekat Pan Pacific hotel takut Ian ada dekat sana pulak. Akak akan datang dengan kak Auni straight after this. Biar akak try cari dekat KLIA lagi sekali. If any one of us jumpa Ian, we will update each other okay?”

            “Alright, kak. Kalau macam tu, Min ajak Angah pergi Pan Pacific dulu. If tak ada kat hotel tu, kitorang try cari dekat area dekat situ.”

            “Alright.”

            “Sorry sangat-sangat, kak Iman. Kitorang buatkan akak susah hati pulak tapi Min rasa akak kena tahu pasal ni.”

            “It’s okay, Min. Thanks sebab bagitahu akak.”

Aku memutuskan talian dan berbalas pandangan dengan Auni yang aku sangat pasti penuh dengan rasa ingin tahu.

            “Jom, teman aku pergi KLIA. Kalau aku tahu mat salih celup ini nak cabut lari, memang aku nak cincang dia buat chicken chop!’’ Tuturku geram dan dalam masa yang sama, aku sangat takut jika Ian betul-betul melarikan diri. Tak cukup-cukup ke dengan drama yang dah sedia ada?

            “Sabar, sabar. Aku tak rasa Ian lari sebab kalau dia nak lari, dari awal lagi dia boleh larikan diri. Kau pergi pakai tudung. Kunci kereta kau tu bagi dekat aku. Biar aku yang drive sebab aku rasa kalau kau yang drive, takut nanti kita sampai ke bintang dan bukannya KLIA.’’ Balas Auni lembut dan bahuku dipaut erat.

Kunci kereta kuambil dari dalam mangkuk kaca dan kuserahkan kepada Auni. Dengan langkah yang longlai, aku naik ke bilik di tingkat atas untuk memakai tudung. Di dalam hati, aku tidak putus-putus berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan kami pada hari ini.

Friday 16 November 2012

Encik Suami Mat Salih Celup? 8




Bab 8 



Usai solat Asar, aku terus bersiap untuk ke rumah Auntie Julia.

            “Iman, jangan lupa muffin atas meja tu. Bagi dekat Auntie Julia.’’ Pesan mama yang tangannya ligat menyiapkan goodies bag untuk para tetamu semasa kenduri hari Sabtu nanti.

            ‘’Ya,mama. Betul ni mama tak nak ikut ?’’ soalku.

            ‘’Takpelah, Iman. Mama nak siapkan goodies bag ni.’’Jawab mama.

            “Kalau macam tu, Iman gerak dululah ya.”

            “Yalah. Drive elok-elok. Awak tu tengah darah manis. Nanti kirim salam dekat Auntie Julia.”
            “Insya-Allah.”



Lebih kurang pukul 5.30 petang, aku sudah sampai di hadapan banglo dua tingkat milik keluarga Ian yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail. Aku memberi salam dan seorang gadis bertudung keluar menyambutku sambil tersenyum.

            “Kak Iman. Masuklah, umi ada dekat dalam.”Ucapnya sambil tersenyum manis. Kami bersalaman. Cantiknya dia!

Aku agak, ini mungkin adik perempuan tunggal Ian.

            “Iman,lambat Iman sampai. Jalan jam ke?” Sapa Auntie Julia mesra dan kami bersalaman. Aku hanya mampu tersengih sambil menyerahkan sekotak muffin hasil air tangan mama. Bukannya jalan jam tapi aku yang masih muda ni yang terlupa!

            “Mama Iman tak ikut sekali?”Soal Auntie Julia.

            “Tak, auntie. Mama kirim salam. Auntie sihat?” Balasku.

            “Waalaikumussalam. Auntie sihat, alhamdulillah. Iman duduk dulu ya, auntie nak ke dapur kejap. Nak buat air.” Jawab Auntie Julia.

            “Eh, tak payah susah-susah, auntie.”Balasku berbahasa.

            “Tak ada susahnya, bancuh air tu kejap je. Jom, Min.’’

Sudahnya, tinggallah aku seorang diri di ruang tamu besar itu. Anak mataku meliar memandang frame-frame gambar yang tersusun kemas di atas meja sudut.

            “Iman! Bila sampai?” Sapa Uncle Mikhail yang aku yakin baru pulang dari berjogging.

            “Baru lagi, uncle. Uncle sihat?” Balasku.

            “Alhamdulillah, macam ni lah. Have a sit, ya. Uncle nak naik atas, mandi kejap.’’

Aku hanya tersenyum sambil mengangguk. Rasa pelik pula mendengar Uncle Mikhail yang sangat fasih berbahasa Melayu tetapi berwajah Inggeris. Terus aku teringat dekat mat salih celup yang akan pulang ke Malaysia esok. Erk, apasal tiba-tiba teringat dekat dia pulak ni?

            “Kak Iman, jemput minum.”Pelawa adik perempuan Ian dengan lembut.

            “Jazmin, panggil ahli-ahli dekat atas tu. Ajak minum sama-sama.”Pinta Auntie Julia.

Jazmin terus berlalu ke tingkat atas untuk memangggil abang-abangnya. Tidak lama kemudian, Jazmin turun bersama dua orang lelaki dan dua orang kanak-kanak kecil.

            “Iman, yang ni Along, Seth Haiman. Iman ada jumpa dekat airport hari tu kan? Si kembar comel ni pulak Amanda Afia and nama adik apa?” soal Auntie Julia pada si kecil yang comel bergaun biru lembut.

            “Aina Athirah.”Jawabnya malu-malu.

Aku hanya tersenyum dan pipi gebu itu kucuit.

            ‘’ Wife Along, kak Alma tak ada kat sini. Dia ada medical conference dekat Kuching.”

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

            “Yang ni, Angah, Noah Harith. Tak habis-habis nak further study je kerjanya. Entah bila nak kahwin.” Usik Auntie Julia.

            “Isy, umi ni. Apa cakap macam tu dekat Iman. Insya- Allah, when the time comes, Angah kahwinlah. Don’t worry.” Balas Noah sambil tersengih.

            “Yalah tu. Janganlah nak kelentong umi. Yang bongsu ni, Jazmin Hanan. Sekarang tengah cuti summer.’’ Tambah Auntie Julia.

            ‘’Jazmin belajar dekat mana ?’’ Soalku.

            “Perth, buat pharmacist.” Jawab Jazmin sambil tersenyum.

Buat seketika, aku terpegun melihat anak-anak Auntie Julia yang sangat err, cantik? Agaknya, darah campur memang begini. Ada peluanglah untuk aku mendapatkan anak-anak yang comel macam si kembar Amanda dan Aina. Erk, apa aku melalut ni?

            “Jom kita minum dulu.” Sampuk Uncle Mikhail yang tiba-tiba muncul dari tingkat atas.

            “Haa, Min tahu. Walid yang lapar sebenarnya kan?”Usik Jazmin.

            “Clever girl! Jemput minum. Jangan segan-segan ya, Iman.”Balas Uncle Mikhail.

Sambil minum petang, kami berbual-bual. Sejujurnya aku sangat selesa dengan keluarga Ian yang sangat mesra dan peramah. Tak macam yang lagi sorang tu. Haih, monolog dalaman aku ni memang suka mengutuk dia. Selesai minum petang, aku membantu Auntie Julia mengemaskan meja.

            “Macam mana wedding preparations Iman?” Soal Auntie Julia sambil membilas pinggan dan cawan di sinki.

            “Alhamdulillah, berjalan lancar. Tapi, still ada yang belum siap lagi. Tu pun nasib baik mama, papa, Along dengan Angah rajin sangat tolong Iman. Staf-staf dekat butik pun banyak membantu.” Jawabku.

            “Senang ada bridal boutique ni kan. Ada barang-barang, boleh prepare sendiri.’’Komen Auntie Julia. Aku hanya tersenyum.

            “Iman, sebenarnya ada benda penting yang Auntie nak mintak tolong nanti.”Ucap Auntie Julia satu-persatu.

            “Mintak tolong? Mintak tolong apa tu, auntie?” soalku. Di dalam fikiran, aku terfikir mungkin hal-hal berkaitan persiapan perkahwinan di sebelah pengantin lelaki.

            “Benda ni mungkin bunyi dia macam lawak sikit.”Jawab Auntie Julia dan wajahku dipandang. Aku senyap, menanti butir bicara Auntie Julia yang selanjutnya.

            “Iman tolong Melayukan balik Ian Hadif.”

Aku tersentak! Wajah lembut Auntie Julia kupandang dengan penuh tanda tanya.

            “Melayukan Ian? Iman tak berapa faham, auntie.” Balasku. Nak melayukan mamat tu? Eh, mamat tu memang half-Malay kan? Kira ada darah Melayulah tu.

            “Iman tahu kan Ian dah lama sangat duduk dekat England, nearly 20 years. Auntie mintak tolong Iman ajarkan bahasa ibunda kita dekat dia supaya dia tak terus lupa. Ian kan memang tak berapa fasih berbahasa Melayu. Lepas tu, adat-adat Melayu kita pun Ian tak familiar.” Terang Auntie Julia.

            “Jadi, auntie mintak tolong Iman. Bila korang dah kahwin nanti, mungkin Iman yang boleh bantu Ian. Insya-Allah, ada perubahan dalam diri dia.”

Aku terus terdiam. Ah, sudah! Macam mana nak ajar anak mat salih yang dah biasa makan roti dengan susu untuk biasakan diri makan sambal belacan? Aku hanya mampu tersenyum paksa.

Tuesday 13 November 2012

Cerpen : Encik Driver Hati!

Teaser 






"Cik Dini Nazihah, kalau semua benda saya boleh drive, saya nak drive hati awak tu supaya datang dekat saya tau!"

             - Ayman Zayyan-


"Tak kisahla awak ni driver bas ke, Airbus ke, saya memang tak nak kahwin dengan pilot. Noktah!"

              -Dini Nazihah-



Insya-Allah, coming soon! :D

Encik Suami Mat Salih Celup? 7





Bab 7



            “Ada orang tu, rindu dekat cik abang dia, hari-hari dia tengok cerita Merlin. Yalah, Merlin kan British drama,” Tudia, lawyer pot-pet dalam rumah dah berbunyi. Aku yang sedang menonton Running Man, malas mahu melayan karenah Angah yang tidak pernah penat mengusik.

            “Dik.” Panggil Angah. Hujung rambutku yang ditocang tua, ditarik-tarik.

            “Apa?”

            “Dik.”

            “Eee, Angah ni kenapa?”

Wajah Angah yang sedang tersengih itu kupandang dengan geram.

            “Hari ni tak tengok Merlin lagi ke?”

            “Angah jangan nak buat cerita bukan-bukan ya. Mana ada Iman tengok Merlin hari-hari.” Dengusku geram.

            “Eleh, seganlah tu nak mengaku. Eh, cik abang awak tak ada call ke? Skype ke?”

            “Angah ni busy body la. Macam polis pencen.”

Angah ketawa seronok. Haih, abang aku ni ! Kalau marah pun, dia bukannya makan saman langsung.

            ‘’Dah seminggu kan ?’’ balas Angah.

            “Hmm..”

            “Hmm, aje? Ala, Angah tahulah Iman tengah menghitung hari nak kahwin. Ada lagi seminggu je.”

            “Ha’ah.”

Pipiku ditarik kuat. Earphone yang tadinya disumbat elok ke dalam telinga, kutarik keluar.

            “Angah ni kenapa?” soalku, geram.

            “Tak ada apa-apa, saja. Angah peliklah Iman ni. Orang lain, kalau tengah dalam tempoh menghitung hari, mesti dah nervous segala bagai. Ni Iman boleh bersuka ria tengok Running Man.”

            “Habis, Angah nak Iman buat apa? Nangis melalak ? Tak pun lari pusing keliling rumah ?’’
Angah sudah tergelak-gelak. Pantas aku mencubit lengan Angah.

            “Jom, kita main kejar-kejar macam zaman kecik-kecik dulu nak?” soal Angah.

            “Dah, jangan nak merapu, merepek kat sini ya.” Jawabku.

            “Iman, Angah doakan Iman bahagia dengan Ian, dunia dan akhirat. Hari-hari Angah tak pernah lupa doakan untuk adik Angah yang garang ni. Rasa tak percaya pulak budak kecik ni dah nak kahwin.” Tutur Angah lembut sambil mengusap kepalaku dengan lembut.

Aku memandang Angah yang kini tersenyum manis menyerlahkan barisan giginya yang tersusun rapi.

            “Lepas ni, sunyilah Angah. Tak ada kawan nak bergaduh, tak ada budak kecik yang boleh diusik sampai merah muka, sampai keluar asap dari telinga.”

Tiba-tiba aku terasa kedua-dua mataku berair. Eee, Angah ni kan ! Pagi-pagi dia dah nak berdrama air mata dengan aku.

            ‘’ Mama suruh Angah kahwin, Angah tak nak. Tak ready lah, perempuan zaman sekarang scary lah, macam-macam alasan keluar.’’ Usikku, cuba menahan perasaanku yang sudah bercampur baur.

            ‘’Tapi, kalau Ian pulak yang buli Iman lepas ni, report je dekat Angah. Tahulah Angah nak ajar dia.’’

            ‘’Amboi, amboi. Garangya !’’

            ‘’Yalah, Iman sorang je adik Angah. Mestilah Angah sayang.’’ Bahuku dipaut erat.

Haih, abang aku ni. Sukalah buat aku terharu tiba-tiba. Seingat aku, walaupun kami selalu bergaduh dari kecil lagi, Angah yang selalu menjaga aku. Dialah kawan baik pertama aku. Aku ingat lagi, ketika Angah memasuki MRSM, beria-ria aku menangis. Sampaikan demam panas selepas itu !Mungkin juga kerana jarak umur kami yang agak rapat membuatkan aku lebih rapat dengan Angah, berbanding dengan Along yang tua enam tahun daripadaku.

            ‘’Ni dua beradik ni, kenapa pagi-pagi dah riuh ni ?’’ tegur Mama yang baru selesai berkebun di luar rumah.

Aku dan Angah saling berpandangan dan kami masing-masing tersenyum memandang Mama.

******************

Janggal! Itulah perkataan pertama yang kusebut pada Angah. Aku mencuri pandang raut wajah Along yang sedang memandu menerusi cermin pandang belakang. Angah yang duduk di sebelah kerusi pemandu rancak berbual dengan Along.

            “Appointment pukul berapa actually?” soal Along.

            “Pukul 10.30 pagi. Sorry susahkan Along pulak kena temankan Iman.” Jawabku.

Sepatutnya Mama yang akan menemankan aku untuk ke salun kecantikan di Sri Hartamas pagi ini tetapi Mama perlu berjumpa dengan Nana berkaitan baju akad nikah nanti. Aku ingin pergi sendiri tetapi Mama tak benarkan.

            “Kenapa cakap macam tu? Iman kan adik Along, mana ada susahnya.” Balas Along.
Aku diam, mencerna bait-bait perkataan yang keluar dari mulut Along. Seingat aku, hubungan aku dengan Along tidak begitu baik sejak Naim memutuskan pertunangan kami. Segala kesalahan diletakkan di atas bahuku seorang.

            ‘’ Along dengan Angah tunggu Iman dekat kedai mamak hujung sana tu. Buat spa segala bagai ni mesti makan masa berjam-jam kan?” ujar Along sebaik sahaja kami bertiga keluar dari perut kereta.

           “Sebab tu Iman nak pergi sorang-sorang. Sebab buat benda-benda ni memang lama. Maybe around 4 hours. Ni tak pasal-pasal Along dengan Angah kena tunggu Iman pulak.’’ Balasku.

            “Jangan nak mengada, cik adik! Awak tu dahla tengah darah manis.”Sampuk Angah. Aku mencebik dan Angah menarik kuat pipiku.

            “Nanti bila dah habis call Along ya. Lepas ni kita nak pergi ambil barang-barang hantaran dekat butik pulak.” Tambah Along dan aku hanya mengangguk.



*************

            “Angah.”Bisikku sambil menyiku pinggangnya.

            “Apa main siku-siku ni? Tak nampak ke Angah tengah sibuk dengan bunga telur ni ?”jawab Angah sambil tangannya cekap memasukkan telur ke dalam kain net bunga telur.

            ‘’Along tu.’’ Tuturku perlahan sambil anak mataku tidak lepas memandang Along yang sedang menyiapkan guest book hasil tangannya sendiri. Along sememangnya seorang yang sangat kreatif.

            “Kenapa dengan Along?” soal Angah tanpa perasaan.

            “Along tu pelik sangatlah.”

            “Apa yang peliknya?”

            “Peliklah.”

Angah turut sama mencuri pandang ke arah Along yang kini sedang ralit menyiapkan hiasan bunga yang diperbuat daripada gulungan kertas yang berwarna-warni.

            “Normallah tu. Kan Along memang suka benda-benda berseni ni.”Komen Angah bersahaja.
            “Isy, Angah ni! Geramlah cakap dengan Angah.”

            “Geram-geram pun, Iman still cakap dengan Angah jugak kan.”

Paha kanan Angah kucubit. Lawyer yang seorang ni memang sangatlah loyar buruk!

            “Iman pelik tengok Along yang tiba-tiba berubah. Dulu dia bukan main marah lagi dengan Iman. Bercakap pun tak nak. Tapi sekarang ni tiba-tiba pulak angin dia dah berubah.”Jelasku.

            “Hah, boleh pun cakap terang-terang. Kalau Iman masuk court, statement Iman yang tak jelas tu tak valid tau.”

            “Jangan nak mengada sangat dengan lawyer syndrome Angah tu.”

Angah sudah tergelak kecil.

            “Iman, patutnya Iman bersyukur tau. Along sekarang dah tak macam dulu. Iman nak ke Along yang suka marah-marah Iman? Tayang muka macam nak makan orang?”

Pantas aku menggeleng.

            “Abang mana yang tak sayang adik. Macam tu jugak dengan Along. Dia marah, bukan tak bersebab, Iman. Dia marah sebab dia sayangkan adik bongsu dia ni. Along ingat bila Iman nak kahwin dengan Naim dulu, dia rasa dia dah jumpa lelaki yang terbaik untuk Iman. Rupa-rupanya, salah. Yalah, sebagai manusia, kita hanya mampu merancang sedangkan Allah is the best planner for us.” Angah berjeda seketika. Wajahku dipandang dengan lembut.

            “Bila Naim nak batalkan wedding korang, Along terkejut sangat. Mungkin dia marah sangat dekat Naim sampaikan kemarahan dia tu terlepas jugak dekat Iman. Mula-mula dia ingat Iman pun bersalah jugak dalam hal ni. Iman tau tak Along ada jumpa Naim ?’’

            ‘’Hah ? Seriously ? Iman tak tahu pun.’’ Jawabku membuatkan Angah tersenyum lagi.

            “Along bagi sebijik kot dekat mamat tu. Mesti lebam bijik mata model yang konon-kononnya hot tu. Dia siap warning Naim supaya jangan kacau Iman lagi.”

Aku sudah terdiam. Terkejut dengan apa yang Angah ceritakan sebentar tadi.

            “Along pun ada jumpa Ian. Mesti Iman tak tahu kan?”

Aku hanya senyap. Manalah aku tahu. Aku ingat Along memang dah tak ambil peduli langsung.

            “Along lega bila tengok Ian tu macam mana. Mungkin dia lebih yakin dengan Ian berbanding Naim. Macam yang Angah cakap, Along memang sayangkan adik bongsu dia ni.”

            “Angah jangan buat cerita pulak eh.”

            “Ya Allah! Nak buat cerita apa pulak? Tak ada maknanya Angah nak kelentong Iman pasal benda-benda macam ni walaupun Angah ni kaki kelentong.”

            “Mengaku pun yang awak tu kaki kelentong.” Angah hanya ketawa.

            ‘’Waktu sekolah dulu, Iman ingat tak yang Along selalu kerjakan mamat-mamat nakal yang suka mengacau Iman ?’’

Aku terdiam seketika dan mengangguk. Yalah aku selalu kena buli waktu sekolah rendah dulu. Memang padan muka dengan budak-budak nakal yang kena warning kaw-kaw dengan Along. Nak harapkan Angah, dia dulu dah cabut lari sebab takut. Tapi, bila Along dah masuk RMC selepas PMR, aku rasa bodyguard aku dah hilang.

            “Nasib baik Along ada. Nak harapkan Angah, dia dulu lari macam tak cukup tanah.”

            “Bukan lari, tapi tak nak timbulkan masalah.”

            “Yalah tu.” Anak mataku ralit memerhati telatah Along yang masuh khusyuk menyiapkan guest book sedari tadi. Tiba-tiba hatiku berasa sebak.

Aku bingkas bangun dan duduk bersila di hadapan Along. Wajah tenang Along kupandang dengan perasaan yang bercampur baur.

            “Kenapa Iman?” soal Along.

Aku hanya menggelengkan kepala. Terus aku memeluk Along dan mataku mula berair.

            “Terima kasih banyak-banyak, Along. Iman mintak maaf sangat-sangat.”Tubuh Along kupeluk erat dan terasa sepasang tangan Along menggosok-gosok belakang tubuhku.

            “Lah, ni kenapa bakal pengantin buat drama air mata ni? Rindu sangat dengan cik abang awak yang jauh di mata tu ke ?’’ Usik Along.

            ‘’Along ni ! Orang tengah sedih, dia boleh buat lawak sengal pulak.’’

Along hanya ketawa dan kepalaku diusap lembut.

            “Alamak, Along!” Tanpa sedar aku sudah terjerit.

            “Kenapa pulak ni?”

            “Petang ni Iman kena jumpa dengan Auntie Julia. Ya Allah, macam mana boleh lupa ni? Ni semua Angah punya pasal!”

            “Angah pulak. Awak tu yang dah nyanyuk macam nenek-nenek, salahkan Angah pulak!”Jerit Angah.

            “Dah, dah. Iman naik dulu, lepas Asar ni nak kena pergi rumah Auntie Julia.”Kelam-kabut aku bangun dan berlari ke tingkat atas.

            “Iman, jangan lari!”

Hah, kan dah kena marah dengan mama pulak!


p/s : sorry new entry lambat sebab sy baru je kebah dr demam :( Anyway, happy reading :D

Wednesday 7 November 2012




TEASER


"Isy, mat salih celup ni! Dia sedar tak yang Malaysia ni iklim khatulistiwa? Sini bukannya macam dekat UK! Gila apa nak pasang heater dalam rumah! Eloknya mat salih celup ni kena celupkan dalam sambal belacan satu besen. Biar jadi orang Melayu sejati."
                     
                                                           - Iman Amani-


"What's wrong with her? Do I look like a kindergarten kiddo to her? Why do I have to learn Malay language from scratch? I don't need this kindergarten book!"

                                                            - Ian Hadif-


Monday 5 November 2012

Mr Gynophobia (Encik Takut Perempuan)




Suasana di dalam kedai buku Kinokuniya agak sesak dengan orang ramai, tambahan pula malam ini malam Sabtu. Tetapi, waktu sesak beginilah yang aku suka sangat datang ke sini.

            ‘’ Weyh, aku pergi area belakang tu kejap. Nak tengok if ada latest collection untuk Chicken Soup books” ujarku pada Aliyya Madihah yang sedang ralit membelek novel Nicholas Sparks yang bertajuk The Lucky One.

            “Alright, alright,” jawab Aliyya sambil matanya masih digamkan pada sinopsis cerita di belakang buku tersebut.

Aku mengatur langkah ke bahagian motivational and self-improvement. Anak mataku mencari-cari koleksi buku Chicken Soup . Sambil anak mataku masih terpaku pada barisan novel yang tersusun rapi, aku bergerak perlahan-lahan ke kanan sehinggalah…

            “Aduh!”

Alamak! Aku dah menyebabkan kemalangan anak orang pulak. Seorang lelaki dengan riak wajah yang berkerut sedang memandangku. Buku-buku miliknya jatuh bertaburan di atas lantai. Aku menunduk, mengutip satu persatu buku tersebut dengan rasa bersalah bercampur malu.

            “Encik, minta maaf sangat-sangat. Memang salah saya sebab saya buat lorong ni saya yang punya. Minta maaf ya, encik,” tuturku sopan dan menghulurkan buku-buku yang terjatuh tadi kepada lelaki yang kini sudah berdiri di hadapanku dengan jarak yang begitu jauh.

            “Encik, buku-buku encik,”

Lelaki bermata bulat ini hanya membisu dan wajahnya kelihatan pucat lesi.

            “Encik okey?” Kali ini aku lihat lelaki di hadapanku ini sudah berpeluh-peluh.

            “Buku-buku encik ni,” buku-buku yang masih berada dalam peganganku, kuhulurkan kembali dan aku datang menghampiri.

            “Jangan!” sedikit kuat suaranya dan dia terus pantas berlalu meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. Aku termangu-mangu melihat kelibat lelaki tadi yang terus keluar dari Kinokuniya. Pelik!
            “Liya,Liya!” panggilku.

            “Kau ni kenapa?” soal Aliyya pelik.

            ‘’Kau tengok aku ni ada macam rupa pontianak ke ?’’

            ‘’Adalah sikit,’’

            ‘’Kau ni, tak membantu langsunglah. Weyh, seriuslah. Ada macam muka hantu tak ?’’

Aliyya ketawa dan terus merenungku dari atas ke bawah.

            “One percent, you looked like a vampire. Baju putih and pashmina putih. Yang kau ni buang tabiat tanya pasal vampire kenapa pulak? Dah rindu nak tengok Twilight Saga pulak ke?”

            “Tadi aku bumped into this one guy and buku-buku dia terjatuh. Aku nak pulangkan buku dia tapi muka dia pucat gila and dia berpeluh-peluh macam terserempak dengan hantu. Bila aku datang dekat, dia terus menjerit and lari keluar dari sini,”

            ‘’Pelik ! Patutnya if nak lari pun, kau yang patut lari sebab kau yang langgar dia kan,’’

Aku hanya mengangguk dan hanya mampu mengangkat bahu.

**************************************
            Selepas menerima panggilan telefon daripada ibu tadi, aku membawa langkah ke pantry. Selepas membancuh segelas hot chocolate, aku menarik kerusi dan melabuhkan duduk.

            ‘’ Hana, tak pergi lunch ke ?’’ soal Faiq sambil menarik kerusi dan duduk di hadapanku.

            “Terbantut selera aku bila ibu aku call tadi,” jawabku dan meneguk hot chocolate yang masih berasap.

            “Terbantut kenapa pulak?” soal Faiq pelik.

            “Maunya tak terbantut, mesti ibu cik Hana Dhamirah kita ni bising pasal bab suruh kahwin,” sampuk Aliyya yang tiba-tiba muncul.

            “This time is even worst,” ujarku perlahan-lahan.
Dua pasang mata kini terarah kepadaku.

            ‘’Ibu aku dah ada calon dia sendiri. Kalau aku tak nak, ibu aku nak kahwinkan aku dengan anak kawan dia yang Indonesian tu,’’ terangku membuatkan tawa Faiq meletus.

            ‘’This is not funny, Faiq,’’ aku sudah membuat muka.

            “Nanti kau dapat husband foreigner la kan? Bolehla aku kirim kain batik Jawa banyak-banyak kat kau,’’ usik Faiq.

            “Banyakla kau punya kain batik Jawa. Aku dah banyak kali cakap kat mak aku yang nanti aku cari sendiri bakal suami aku. Lagipun aku baru 25 tahun kot,” balasku.

            “Nanti kau tu bila? Mesti ibu kau dah tak nak tertipu dengan janji manis kau tu. Tu yang dia carikan sendiri,’’ ujar Aliyya pula.

            ‘’Eleh, mentang-mentanglah kau dah bertunang, kau nak discriminate aku yang single mingle ni ya,’’ Aliyya hanya ketawa senang.

            ‘’Siapa bakal menantu pilihan ibu kau tu ?’’ soal Faiq.

            ‘’Aku tak pay attention sangat kat nama dia. Tapi mamat tu orang KL jugak,” jawabku.

            ‘’Aku bukan nak tahu pasal candidate number 1, aku nak tahu pasal yang Indonesian tu,’’

           “Kau ni kan, tak habis-habis pasal isu mamat Indon tu. Aku suruh ibu aku carikan kau minah Indon baru tau,’’

            ‘’Ala kau ni, gurau sikit pun nak tersentap,’’ Aku hanya memekakkan telinga kerana Faiq Arshad yang aku kenal sejak lima tahun lepas tidak pernah penat mengusik.

            ‘’Habis kau nak buat apa sekarang ni ?’’ soal Aliyya.

            ‘’Entahla. Aku kena balik Ipoh jugakla weekend ni. Tengoklah apa yang jadi nanti,” jawabku lemah.

            “Aku nak tolong pun, abang aku dah kahwin. Kalau tak, boleh kau jadi kakak ipar aku,”tambah Faiq sambil tersengih.

            “Kalau abang kau tak kahwin lagi pun, tak nak aku beradik iparkan kau. Maunya aku sakit jiwa dan raga hari-hari bila ada adik ipar macam kau,” tuturku selamba. Seperti biasa, Faiq hanya ketawa senang.

*********************
            “Kak,” sapa satu-satunya adik lelaki tunggalku, Adam Danish. Dia bersalaman denganku.

            “Adam. Duduklah,”balasku dan Adam melabuhkan duduk di sebelahku.

            “Bila akak sampai?”

            “Baru jugaklah. Adam dari mana ni?”

            ‘’Tadi teman abah pergi rumah Pak Usop. Ada tahlil sikit,’’

Aku hanya mengangguk dan membuang pandang ke arah langit malam yang hitam pekat. Terngiang-ngiang perbualanku dengan ibu sebentar tadi. Ibu tetap dengan keputusannya supaya aku berkahwin pada tahun ini juga. Katanya, cucu perempuan nenek semuanya akan berkahwin sebelum menginjak usia 26 tahun. Aku mengeluh. Undang-undang mana pulak yang ibu pakai ni ?

            ‘’Akak okey ? Asyik mengeluh je dari tadi,’’ soal Adam.

            “Entahla, dik. Berserabut kepala akak ni. Akak pun tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan ibu. Takkan akak nak bergaduh dengan ibu pulak kan? Tak pasal-pasal jadi si Tanggang versi perempuan pulak nanti,” jawabku dan Adam ketawa.

            “Ala, kak. Calon-calonnya dah ada kan. Akak just pick and choose. Eh tak, pick and get married,” usik Adam.

            “Amboi, senangnya cakap! Kena kat batang hidung sendiri baru tau,”pipi Adam kutarik kuat.

            “Anyway, Adam pernah jumpa ke dua-dua mamat tu?” soalku lagi.

            “Tak pernah, sepanjang Adam cuti summer ni la. Dengar dari ibu je. Tapi kan kak, ibu kata, dua-dua pun handsome ! ‘’

            ‘’Adam, Pak Mat jual roti naik motor tu pun ibu kata handsome jugak,’’

            ‘’Mungkin muka diorang macam muka Pak Mat kot,’’

Adam ketawa dan bahunya segera kutampar lembut.



Usai solat Subuh berjemaah dengan ahli keluargaku, aku mendapatkan ibu yang sedang melipat telekung. Ibu hanya tersenyum memandangku. Alahai ibu ni, senyum-senyum ayu macam ni lah yang aku lemah sikit.

            “Ibu,”

            “Kenapa Hana?”

            “Errr…Hana rasa Hana okey je dengan pilihan ibu tu. Tapi, bukan dengan anak kawan ibu yang Indonesian tu tau,” Terus aku teringat pada Faiq. Tak rela rasanya jadi bahan Faiq pasal calon ibu yang Indonesian tu sepanjang hidup. Ngeri!

            Aku lihat senyuman ibu makin melebar.

            “Oh, dengan anak Haji Shukri ye?”

Aku hanya senyap, manalah aku tahu ayah budak tu nama apa. Kemudian aku hanya tersengih paksa.

            “Nanti ibu bincang dengan abah ye,”

Aku hanya mengangguk dan ingin berlalu ke bilik untuk membaca al-Quran seperti selalu.

            “Hana,” panggil ibu,lembut. Langkahku terhenti dan aku kembali mendapatkan ibu.

            ‘’Thanks, sayang,’’ dan tubuhku dipeluk erat.

Haih, ni yang rasa nak buat drama air mata pulak. Sepanjang malam tadi aku tidak boleh tidur kerana memikirkan hal kahwin ini semasak-masaknya. Rasanya dah sampai hangus pun. Kasihan pula dengan ibu yang sangat berharap. Dan aku pasti setiap kali pulang ke kampung, pasti ada mulut-mulut yang ringan bertanya tentang isu kahwin-mahwin aku ni. Siapa yang cakap nak kahwin tu senang? 


***************
            ‘’Kak, handsome kot bakal husband akak tu,’’ bisik Adam yang turut sama mengintai di sebalik daun pintu. Aku menggeleng melihat telatah adikku yang tidak ubah seperti budak perempuan.

            “Adam, you should be with abah in the living room. Bukannya duduk menyorok kat dalam bilik dengan akak,macam orang perempuan”tuturku perlahan.

            “Siapa kata budak orang perempuan je boleh stay dalam bilik and lelaki tak boleh

“Menjawab je kerjanya!”pipinya kujentik.

            “Eh, Adam kan ada mulut. Mestilah boleh menjawab,”Adam sudah menayang giginya yang tersusun rapi. Aku sudah mengetap bibir, geram!

            “So, what say you?” soal Adam tiba-tiba. Aku memandangnya pelik.

            “Apa pendapat akak on your husband-to-be?”

Aku terdiam sebentar dan menyambung pandang ke arah lelaki yang sedari tadi tidak banyak bercakap.

            “Alhamdulillah, he has a complete set of five senses. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang,” jawabku bersahaja.

            “And yang penting, dia lagi handsome dari Pak Mat jual roti kan?”

            “Budak ni kan! Akak suruh ibu kahwinkan Adam dengan Pak Mat. Hari-hari boleh makan roti free,”
            “Astaghfirullahalazim! Tu haram, kak. Homoseksual namanya!”

            “Drama king betul budak sekor ni!”bantal kecil di atas katil kucapai dan terus dibaling ke arah Adam yang sedang seronok ketawa.


*******************
Aku yang sedang tekun meneliti laporan kewangan, terkejut apabila telefon bimbit yang berada di sebelah bergetar. Suara garau yang sudah kuhafal sejak tiga minggu lepas kedengaran lagi pada hari ini. Seperti biasa, perbualan yang sangat ringkas, pendek dan kurang mesra alam.

            “Liya, hari ni aku tak lunch dengan korang tau,” beritahuku sambil melihat jam di pergelangan tangan kiri.

            “Kenapa? Ada lunch date dengan dia-yang-terchenta ke?” balas Aliyya sambil tersengih.

            “Memang bertuahlah aku nak ada lunch date dengan mamat kutub utara tu. Ni lunch date dengan ayah dia sekali,”

            “Kau ni, tak baik mengata tunang sendiri. Aku takut lama-lama nanti mamat kutub utara tu yang cairkan kau,’’

            ‘’Kau ingat aku ni ais ke, nak cair-cair ?’’ Aliyya hanya ketawa dan aku menepuk perlahan bahunya sebelum berlalu.



            Selepas memakirkan kereta, aku melangkah masuk ke dalam Restoran Cili Hijau. Dari jauh, aku sudah dapat melihat Athif bersama ayahnya yang duduk di satu sudut.

            “Assalamualaikum. Sorry terlambat sikit, jalan jam,”tuturku sebelum melabuhkan duduk di hadapan Athif dan Haji Shukri.

            “Eh, tak apa. Kitorang pun baru je sampai ni. Hana order makanan dulu sebab kitorang dah order tadi. Hana apa khabar ?’’ balas Haji Shukri, mesra. Kadang-kadang aku pelik dengan perangai Athif yang sangat berbeza dengan ayahnya yang sangat peramah dan mesra. Entah-entah Athif anak angkat tak? Haha, celupar betul monolog aku!

            “Alhamdulillah, sihat. Uncle apa khabar?” balasku sopan sambil tersenyum. Aku sempat mencuri pandang ke arah Athif yang sedang leka memandang ke arah luar restoran.

            ‘’Sihat, alhamdulillah. Berapa kali walid pesan, jangan panggil uncle lagi. Kita kan nak jadi one family tak lama lagi, insya Allah,”

Aku hanya tersenyum dan tiba-tiba pandangan aku dan Athif bertemu. Wajahnya hanya tenang, tidak beriak.
Sambil menikmati hidangan makan tengah hari, kami berbual-bual. Lebih tepat lagi, hanya aku dan Haji Shukri yang rancak berbual. Hanya sesekali sahaja Athif bersuara, itu pun setelah disoal berkali-kali oleh walidnya. Kadang-kadang aku terlupa yang Athif masih wujud di situ. Setelah selesai makan, Athif bangun dan beratur untuk membuat pembayaran. Agak panjang juga barisan yang beratur di hadapan kaunter.

            “Hana, walid ada benda nak bagitahu ni. Walid tak nak Hana terkejut pulak nanti,” tutur Haji Shukri perlahan.

            “Walid nak bagitahu pasal apa?” soalku.

            “Hana perasan tak yang Athif tak pernah keluar dengan Hana tanpa bawa salah seorang abang dia?” soal walid.

            Aku angguk. Bagi aku, perkara tersebut tidak terlalu pelik dan sangat bagus kerana ada orang ketiga yang boleh menjadi pemerhati.

            “Hana perasan tak yang Athif akan berdiri sebatu jauhnya bila bercakap dengan Hana?”

Aku angguk lagi. Memang Athif akan berdiri jauh dariku dan dia tidak akan memandang wajahku ketika bercakap. Atau dia lebih rela abangnya yang menjadi jurucakap. Kadang-kadang aku rasa, aku bakal berkahwin dengan abangnya, bukannya dengan mamat kutub utara tu.

            “Hana perasan tak muka Athif akan pucat bila Hana ada dekat dengan dia? Atau dia akan jadi tak tentu arah?”

Sekali lagi aku mengangguk. Secara jujur, Athif Rifqi Haji Shukri sangat pelik sejak pertama kali aku bertentang mata dengannya.

            “Hana, Athif tu sakit sebenarnya,”

            ‘’Hah ! Sakit ? Sakit apa, walid ?”

Aku lihat walid menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.

            “Athif tu ada gynophobia. Senang cerita, Athif fobia dengan perempuan,’’

Aku terus terdiam, terkejut bercampur bingung. Patutlah perangai Athif tersangatlah macam ais dekat kutub utara yang tak akan cair sampai bila-bila!

            “Arwah umi Athif dah lama meninggal and lepas tu walid kahwin lagi. Ibu tiri Athif, selalu dera dia bila walid tak ada di rumah. Lepas tu walid bercerai. Since then, dia mula fobia, takut dengan mana-mana perempuan. Nasib baik adik-beradik Athif semuanya lelaki. Macam-macam walid buat untuk pulihkan dia. Slowly, he’s recovering sampai dia bertunang. Tapi bekas tunang dia pulak buat hal dan fobia dia makin menjadi-jadi sampai sekarang,” terang Haji Shukri panjang lebar.  

Aku masih mendiamkan diri, cuba mencerna satu-persatu info yang baru kuterima. Perasaanku bercampur baur.
            “Hana,” panggil Haji Shukri, lembut. Aku memandang wajah tenang Haji Shukri.

            “Walid mintak tolong sangat-sangat. Hana tolonglah pulihkan Athif, ya. Sampai bila dia nak hidup dengan fobia dia tu. Tolong ya, Hana. Walid yakin Hana mampu bantu Athif,’’

Aku sudah menggigit bibir. Kalau walid yakin dengan aku sekalipun, aku tak yakin dengan diri sendiri. Parah ni ! Maunya tak parah, aku cuma seorang akauntan yang setiap hari menghadap pelbagai rupa angka dan bukannya seorang doktor yang mempunyai ilmu perubatan. Lagipun nak cairkan ais mamat kutub utara tu ? Rasanya aku pulak yang bakal jadi igloo ataupun orang salji.


********************************
Majlis perkahwinan aku dengan Athif berjalan lancar untuk kedua-dua belah pihak perempuan dan lelaki dan diakhiri dengan majlis di pihak lelaki. Ibu, abah dan Adam baru sahaja pulang sebentar tadi dengan ibu yang sudah mengalirkan air mata. Selepas itu, aku berbual pula dengan Mak Ngah Athif dan Athif sudah menghilangkan diri entah ke mana. Aku menoleh ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 10 malam. Aku meminta diri untuk berlalu ke tingkat atas.

Sebaik sahaja tiba di hadapan bilik Athif, aku kaku. Tidak tahu sama ada aku patut masuk atau tidak. Perlu atau tidak untuk aku mengetuk pintu. Seingatku, sepanjang hari, Athif hanya bercakap beberapa patah. Aku rasa, anak saudara Athif yang berumur tiga tahun dan baru pandai bercakap itu, lebih banyak bercakap denganku berbanding Athif. Akhirnya, aku memberanikan diri untuk masuk.

            “Assalamualaikum,” ucapku sambil memulas tombol pintu. Aku melangkah masuk dan anak mataku terpaku pada satu figura manusia yang sedang berdiri di hadapan cermin.

            “Awak dah lama naik ke?” soalku, memecahkan kesunyian di antara kami.

            “Hmm,” jawab Athif perlahan sambil jari-jemarinya terkial-kial untuk membuka butang baju melayunya yang berwarna krim itu. Sesekali dia mendengus apabila butang tersebut masih kekal di tempatnya.

            “Awak nak saya tolong tak?” soalku walaupun aku tahu mamat kutub utara ini pasti akan menolak. Aku sudah bergerak menghampiri Athif.

            “No, thanks,” Anak matanya membulat melihat aku yang sudah datang menghampiri.

            “Jangan datang dekat and stay there,” suara Athif sudah kedengaran menggigil. Wajahnya sudah bertukar pucat.

            “Lah, kenapa pulak. Kita kan dah jadi husband and wife?” usikku bersahaja sambil berjalan mendekati Athif. Aku cuba menahan ketawa apabila Athif sudah bergerak menjauhiku. Gayanya seperti mahu menyertai acara lompat jauh. Lawaknya mamat kutub utara ni! Aku mengambil tuala dari dalam beg dan terus bergerak ke bilik air meninggalkan Athif yang kelihatan sangat pucat dan terkejut.

Selesai mandi dan solat Isya’, aku sudah bersiap untuk tidur. Aku memandang Athif yang sudah merebahkan badan di atas katil yang bersaiz king.

            “Saya nak tidur dekat mana ni?” soalku sambil anak mataku meliar ke sekitar kawasan bilik yang bersaiz luas itu.

            “Anywhere, as long as you are 1 metre radius away from me,” jawab Athif dingin.

            “Macamlah aku nak dekat sangat dengan kau,”omelku seorang diri.

            “Apa yang awak terkumat-kamit sorang-sorang tu? Mengutuk sayalah tu,” Athif yang tadinya dalam posisi baring, sudah duduk menegak.

            “Memang saya mengutuk awak,” jawabku selamba dan mengambil tempat di atas sofa panjang. Huh, mamat ni memang hati dia sejuk beku betul! Patutnya kalau dalam drama atau novel, lelaki yang kena tidur atas sofa. Ni tidak, aku yang kena jadi gentleman pulak, eh tak! Gentlewoman!

            “Hana Dhamirah,”panggil Athif.

            “Ya, Athif Rifqi. Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya? Saya dah lebih 1 metre radius away dari awak ni,”

            “Walid ada bagitahu awak pasal saya kan?”

            “Bagitahu pasal apa?”

            “Pasal fobia saya,”

Aku senyap, malas mahu menjawab.

            “I assume you know about it. And, awak tak payah semakkan kepala otak awak nak cure saya. Stay away from it,” tambah Athif.

Aku hanya memekakkan telinga, sementara di dalam kepala sudah merangka plan awal untuk mamat kutub utara yang memang tak mesra pelanggan langsung tu!


***********************
Aku terbangun sebaik sahaja terdengar azan Subuh yang berkumandang dari surau berdekatan. Aku mencapai tuala di penyangkut kayu dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Sewaktu aku keluar dari bilik air, Athif sudah terjaga dengan memegang tualanya.

            “Saya tunggu awak. Kita solat Subuh berjemaah sama-sama ya?”tuturku apabila Athif sudah keluar dari bilik air. Dia hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Usai solat, aku menadah tangan dan turut mengaminkan doa yang dibaca oleh Athif. Selesai berdoa, aku menghulurkan tanganku untuk bersalam. Athif menghadiakan satu pandangan pelik berserta kerutan di dahi.

            “Nak salam,”beritahuku sambil tersenyum.

“Err..kan saya dah bagitahu awak semalam,” jawab Athif dengan wajah yang kembali pucat. Tutur katanya kedengaran menggigil.

            “Saya ingat, ingat sampai bila-bila. Tapi, saya nak bagi awak pahala free setiap pagi Subuh dengan buat macam ni. Awak tak nak pahala free ke? Ala, rugilah awak kalau macam ni,” provokku. Athif sudah tidak senang duduk dan dia kelihatan resah.

            “Yalah,yalah,” tangan kanannya dihulur ke arahku dan aku pantas menyambut. Aku cuba menahan tawa apabila Athif cepat-cepat menarik tangannya dari peganganku.

            ‘Plan 1, succeed!’ bisikku di dalam hati berserta senyuman. Dalam masa yang sama, aku turut mengagumi kebolehan Athif untuk mengimamkan solat Subuh kami tadi. Bacaannya lancar dan tenang. Aku turut berdoa di dalam hati agar lelaki di hadapanku ini kembali sembuh seperti sepatutnya.

Sewaktu menyidai telekung di penyidai kayu, aku sempat menjeling telatah Athif yang sedang duduk bersila di atas karpet sambil membaca sebuah buku. Aku menyarung tudung dan bersiap-siap untuk turun ke tingkat bawah, membantu menyiapkan sarapan. Entah bagaimana, sewaktu aku melangkah, kakiku tersadung pada hujung karpet dan aku terjatuh ke hadapan. Bukan jatuh tepat di atas karpet, tetapi terjatuh di atas badan mamat kutub utara. Erk!

            “Sorry! Seriously sorry!” tuturku kalut. Ketika itu, wajahku kami berdua tersangat dekat sehingga aku boleh melihat dengan jelas warna anak mata Athif yang hitam pekat. Athif sudah kaku, diam membisu. Wajahnya teramatlah pucat dan dia kelihatan seperti susah untuk bernafas.

            “Athif! Awak okey tak ni?” soalku. Kedua-dua belah mata Athif sudah tertutup. Alamak, mamat ni pengsan sebab terkejut sangat ke? Aku sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Apa aku nak buat ni?

            “Athif, bangun. Awak dengar suara saya tak?” soalku lagi sambil menepuk lembut pipi kanannya.

Senyap, tiada sebarang balasan. Aku ambil sebiji bantal dan meletakkan bantal tersebut di bawah kepala Athif yang masih tidak sedarkan diri. Aku berlari ke bilik air dan membasahkan kedua-dua belah tanganku. Sambil membaca selawat, aku menyapu kedua-dua belah tanganku yang basah ke seluruh wajah Athif yang masih pucat.  

            “Jangan!”jerit Athif sedikit kuat dan menolak tubuhku menjauhinya. Aku menarik nafas lega sebaik sahaja melihat Athif sudah sedarkan diri.

           “Sorry! Next time I’ll make sure that I’ll have a ruler with me. Senang nak measure 1 metre radius dari awak,” usikku sebelum keluar dari bilik.

Aku terus mengatur langkah ke dapur. Kelihatan Mak Leha yang merupakan pembantu rumah keluarga ini dan Mak Su sedang menyiapkan sarapan pagi. Aku memberi salam sebelum melangkah masuk.

            ‘’Haa, dah bangun pengantin baru ?’’ sapa Mak Su mesra. Aku hanya tersengih sambil mencari sebilah pisau untuk membantu Mak Leha menyiang sayur sawi untuk dimasak bersama bihun goreng.

            ‘’Hana nak buat apa dengan pisau tu ?’’ soal Mak Leha.

            ‘’Nak potong sayurlah, Mak leha. Takkan nak sembelih ayam pulak,” jawabku separuh bergurau.

            “Tak payahlah, Hana. Duduk je diam-diam. Biar Mak Leha yang buat,” pisau ditanganku sudah berpindah tangan.

            “Athif mana? Tak turun lagi?” soal Mak Su sambil memotong isi ayam dalam bentuk dadu.

            “Ada kat atas. Sekejap lagi turunlah tu,”jawabku tenang. Kalaulah Mak Su tahu Athif pengsan tadi, mahu terkejut orang tua ni. Aku cuba menyimpan senyuman bila memikirkan hal tadi.

            ‘’Sebenarnya, kitorang semua terkejut sangat bila Athif setuju dengan idea walid dia untuk berkahwin dengan Hana. Mula-mula tu memang mati-mati dia tak nak. Dia cakap, orang macam dia tak sesuai nak kahwin dengan siapa-siapa. Nanti kesian bakal isteri dia nanti,” cerita Mak Su. Aku hanya mendengar, menanti cerita yang seterusnya.

            “Tapi, Alhamdulillah lepas banyak kali kitorang pujuk, barulah Athif setuju. Abang Long Athif sampai ingat Athif tu gay,” Aku yang sedang meneguk air masak terus tersedak. Mak Su hanya tersenyum melihat telatahku.

            “Sampai macam tu sekali?” soalku. Mak Su angguk.

            ‘’Kesian sangat kalau tengok Athif. Dari kecil lagi dia fobia dengan perempuan. Yalah, sejak walid dia kahwin dengan perempuan buruk perangai tu. Setiap kali walid pergi outstation, memang teruk Athif kena dera. Dera secara mental dan fizikal. Time tu, umur Athif baru sepuluh tahun. Dahla dia sedih sebab umi dia baru meninggal, lepas tu dapat pulak ibu tiri yang macam tu,”

            “Kesiannya. Kiranya trauma dia dari kecil sampai ke besar la?” soalku.

            “Ha’ah. Dia tak nak pergi sekolah campur. Bila masuk sekolah menengah, dia dapat offer pergi MCKK. Memang lima tahun Athif kat situ. Dengan makcik-makcik saudara dia pun dia tak bercakap sangat. Jarang nak datang mendekat. Kalau Hana perasan, ada parut dekat belakang badan dia. Parut tu kesan kena siram dengan air panas. Tu ibu tiri dia punya kerja,”

Aku senyap. Manalah aku tahu mamat tu ada parut kat belakang badan dia. Setiap kali dia keluar dari bilik air selepas mandi, memang dia dah siap berpakaian.

            “Dekat hujung dahi belah kanan pun ada parut jugak. Kesan jahitan bila dia jatuh tangga. Banyak sangat kesan dera ibu tiri dia tinggalkan. Mak Su kesian sangat tengok Athif tu. Dahla bekas tunang Athif dulu pun perangai tak berapa nak cantik walaupun mukanya cantik. Elok-elok bertunang dengan Athif, dia simpan lelaki lain pulak,”

            “Tak apalah, Mak Su. Benda-benda tu semua dah berlalu kan? Kita pandang ke depan, insya Allah Athif akan pulih seperti sepatutnya. Allah itu Maha Adil,” tuturku lembut dan Mak Su tersenyum sambil memaut bahuku mesra.



******************
Seminggu kemudian, aku mengikut Athif untuk berpindah masuk ke rumahnya di Taman Tun Dr Ismail. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku sudah menepuk dahi.

            ‘’Awak, ni rumah ke hutan ?’’ soalku apabila aku melihat ruang tamu yang berselerak.

            ‘’Ke awak selalu main perang-perang kat living room ni ?’’ soalku lagi.

            “Saya tak sempat nak kemas. Busy sangat before wedding, banyak kerja nak kena settle. Since awak dah pindah masuk ni, awaklah yang kemaskan. Awakkan pandai bab kemas mengemas ni,” jawab Athif sambil menyindirku. Eee, dia ni kan!

            “Barang-barang saya nak letak kat mana?”soalku walaupun aku sudah boleh meneka jawapannya.

            “Kat second room, next to masterbedroom. Actually saya nak bagi masterbedroom kat awak sebab bilik tu lagi besar but bilik tu tak kemas lagi. In the mean time, awak duduk kat second room dulu la,”

            “Eh, tak pelah saya pindah masuk masterbedroom. Nanti saya boleh kemaskan sekali. Takkan saya nak duduk asing-asing bilik dengan awak kan?” usikku. Athif sudah membulatkan matanya yang sememangnya sudah sedia bulat. Aku ketawa dan terus naik ke tingkat atas.

Selepas Asar, aku hendak mengambil barang-barangku di rumah sewa sebelum membeli barang-barang keperluan rumah yang lain.

            “Awak drive kereta awak, saya drive kereta saya,” ucap Athif. Aku sudah mengerutkan dahi. Mamat ni suka buat benda pelik-pelik dan kurang cerdik.

            ‘’Kenapa pulak ? Tadi dari rumah walid kan saya naik satu kereta dengan awak. Naik satu kereta je lah. Yang nak membazir petrol tu kenapa?” balasku.

            ‘’Awak nak kita accident ke ? Tadi dari rumah walid kan awak duduk kat bahagian belakang kereta. Ni kereta awak dah ada, better you drive your own car,”

            “Ya Allah, bukannya saya nak terkam awak dalam kereta tu nanti. Saya duduk diam-diam je, takkan kacau awak. Kalau awak takut sangat saya duduk sebelah awak, saya duduk kat bahagian belakang macam tadi,”

            “Tapi,”

            “Tapi apanya? Membazir tu kesukaan syaitan tau. Awak nak jadi kawan diorang ke ? Saya tak nak,” Aku lihat Athif sudah serba salah.

            “Yalah,yalah. Let’s go,” suara Athif yang tadinya tegang menjadi kendur. Aku tersenyum menang di dalam hati. Aku segera menyarung sneakers dan membuka pintu belakang Toyota Harrier milik Athif yang berwarna beige.

            “Hana,”

Aku memandang Athif yang sudah kelat wajahnya.

            “Duduk kat depan. Kalau nak merasa pakai driver, nanti employ proper driver,”
Aku ingin ketawa tetapi kutahan sedaya mungkin. Plan 2 berjaya, kita tengok plan 3 pulak nanti. Aku tersenyum sendiri sebelum membuka pintu kereta.



************************
Rutin harianku masih seperti biasa, cuma rutin malamku sedikit berubah. Sesekali, aku akan mencari maklumat dan membaca tentang gynophobia melalui internet atau buku. Setiap malam, aku pasti akan menyediakan makan malam untuk Athif. Pada mulanya mamat kutub utara itu tidak mahu makan, tetapi lama-kelamaan, dia mengalah juga! Wah, Hana Dhamirah sepatutnya jadi pakar kaunseling bukannya akauntan! Cuma, aku ingin mengubah tabiatnya yang suka sangat menyampaikan pesanan melalui memo yang ditampal pada peti ais. Aku tahu, tentu niatnya untuk mengelak dari bercakap denganku.

            “Hana,” panggil Athif. Aku hanya membisu, anak mataku masih terpaku pada timbunan balance sheets dan resit.

            “Hana Dhamirah, I’m talking to you,” kali ini nada suara Athif berubah menjadi keras.

            “Oh, I thought you’re talking to the fridge,” jawabku bersahaja. Wajah Athif yang sudah merah padam kupandang.

            “Fridge ni nama dia Hana Dhamirah ke?” sindir Athif tidak puas hati.

            “I guess so sebab awak selalu bercakap dengan saya through memo yang ada kat fridge tu,”

            “Oh, sekarang ni nak sindir saya pulaklah?”

            “Tak sindir pun, saya cakap je. Tak percaya, cuba try tanya fridge tu,’’
Athif mendengus, cuba menahan sabar agaknya.

            “Fine, sekarang ni apa yang awak tak puas hati dengan saya?” soal Athif.

            “Yang awak nak mengelak dari bercakap dengan saya sangat kenapa? Saya ada je dalam rumah tapi semua benda yang awak nak sampaikan pada saya, awak tulis atas memo and tampal pada fridge,”

Athif terdiam.

            “Awak tak faham, Hana,” ucap Athif berserta keluhan.

            “Part mana yang saya tak faham tu? Cuba awak tolong bagi saya faham,” balasku sedangkan aku tahu apa yang Athif maksudkan.

            “Dahlah. Cakap pasal benda ni takkan habis and at the end we end up arguing with each other. Saya penatlah hari-hari asyik berdebat dengan awak,”

            “Bila masa pulak saya berdebat dengan awak hari-hari? Saya tak pandai langsung debating,” Aku tersengih.

            “Tengok tu, menjawab je kerjanya. Berdosa tau tak kalau suka menjawab cakap suami,” bebel Athif tetapi aku masih tersenyum.

            ‘Rupa-rupanya mamat kutub utara ni sedarlah yang dia tu husband aku. Aku ingatkan dia ingat kitorang ni housemate’ hati kecilku berdetik.

            ‘’Kita tengah marah, dia boleh senyum-senyum pulak,’’ bebel Athif lagi. Aku sudah tertawa kecil, terasa wajah Athif yang keanak-anakan itu kelihatan semakin comel bila dia marah-marah begitu.



*******************************
Sekejap sahaja sudah lima bulan berlalu. Sedikit sebanyak, karakter Athif berubah perlahan-lahan. Sekarang, aku tidak lagi perlu bercakap dengannya dalam jarak 1 meter seolah-olah kami berdiri sebatu jauhnya. Wajahnya tidak lagi sepucat dahulu apabila aku menghulurkan tangan untuk bersalam setiap hari.

            Malam itu, aku dan Athif masing-masing menyiapkan kerja kami di ruang tamu sambil ditemani oleh suara pembaca berita TV3. Athif ralit dengan kertas plan yang terbentang luas di atas meja kopi. Sesekali pensel di tangan kirinya diputar-putarkan. Sementara aku mengambil tempat di atas karpet, bersila di hadapan komputer riba berserta timbunan dokumen dan fail-fail yang perlu kuteliti.

            “Athif!” aku sudah menjerit namanya sambil menggerakkan tetikus berulang-ulang kali.

            “Isy, Hana! Jangan menjerit macam tu lah. Terkejut tau tak,” tegur Athif dengan penselnya yang sudah jatuh bergolek di atas lantai.

            “Athif, ni kenapa jadi macam ni. Laptop hang, tak boleh buat apa-apa langsung,’’ aduku. Terasa ingin menangis bila mengenangkan laporan kewangan ini perlu dibentang dalam mesyuarat pagi esok.

            ‘’Saya try tengok jap. Duduk sana sikit,’’ Athif datang ke tempatku sementara aku mengambil tempat di atas sofa. Berulang kali tetikus digerak-gerakkan dan entah apa yang ditekan oleh Athif. Sesekali dahinya berkerut-kerut.

            ‘’Hana, dah okey dah. You can use it now,’’ balas Athif.

            “Tadi kenapa hang teruk sangat?” soalku.

            “Macam mana menatang ni tak hang? Dekat Local Disk C dah penuh sangat. Patutnya kalau nak kurangkan hang prob kena pindah masuk Local Disk D. Macam mana akauntan boleh jadi IT blind ni?” usik Athif.

            “Tak kisahla IT blind pun as long as bukan accounting blind. Janji tahu guna computer,” jawabku bersahaja.

            ‘’Suka sangat menjawab kan ? Upah saya mana ?’’ soal Athif, serius.

            “Upah apa pulak?”

            “Upah tolong repair laptopla, Puan Hana. Service charge,”

            “Eee..berkiranya!”

            “Memanglah kena kira. Masuk public toilet pun kena bayar 20 sen tau,”

Aku mengetap bibir. Sekarang ni siapa yang suka menjawab sebenarnya?

            “Sure awak nak upah dari saya?” soalku yang kini beralih tempat duduk di hadapan Athif.
Athif hanya mengangguk dengan riak wajah yang serius. Mamat ni memang nak kena tau!

            ‘’Awak jangan pengsan pulak nanti, ‘’

            ‘’Eh, orang nak bagi upah. Takkanlah saya nak pengsan pulak,”

Aku tersenyum mendengar jawapan Athif. Aku mendekatkan wajahku ke arah Athif dan bibirku singgah di pipi kanannya.

            “Tadi tu upah awak,” tuturku bersahaja. Wajah Athif kembali pucat seperti  dulu. Dia terdiam, mungkin terlalu terkejut.

            ‘’As you promised, jangan pengsan pulak. Tak larat saya nak angkat awak nanti,” Aku terus bangun dan menuju ke dapur, meninggalkan Athif yang masih kaku di tempat duduknya. Haih, hari-hari aku rasa laki aku yang takut perempuan tu nampak makin comellah pulak!



************************
Selepas kejadian ‘upah’ tersebut, Athif sudah kembali ke karakter asalnya. Perangai ais bekunya datang kembali. Perbualan kami kembali kepada jarak 1 meter. Aku sendiri tidak faham dengan perubahan Athif. Yang aku pasti, hampir setiap hari dia pulang lewat. Bila aku bertanya, dia beralasan yang dia sibuk dengan projek perumahan di kawasan Sri Hartamas.  Jika hari minggu pula, Athif pasti akan menghilangkan diri pada waktu pagi dan hanya akan berada di rumah menjelang tengah hari.

Aku sendiri sudah mati idea mengenai apa yang harus aku lakukan untuk memulihkan Athif. Tiba-tiba aku teringat perbualanku dengan adikku, Adam minggu lepas.


            “Fobia ni kan kak, actually lebih banyak dikawal oleh minda kita. Apa-apa jenis fobia pun, semuanya related to our psychology,” begitulah mukadimah bakal doktor muda itu.

            “Tak ada treatment ke, Adam? Maybe ada specific medicine ke,” soalku.

            “Bolehla prescribe medicine, tapi tak membantu sangat nak cure fobia tu. It’s more to nak calm the patient down. Better jumpa doctor yang in charge for psychology matters for treatment and counseling. It’ll help the patient to contol the phobia or may be able to cure it. Only Allah knows. Tapi, kita kena cuba dan usaha,” jawab Adam panjang lebar.

            “ Akak tak berani nak suruh Athif pergi hospital for treatment and counseling. Dahlah sekarang ni dia tengah mode perang dunia ketiga,” balasku tetapi disambut oleh tawa besar daripada Adam. Cuma Adam yang mengetahui tentang fobia Athif. Ibu dan abah di Ipoh, langsung tidak tahu-menahu tentang hal ini.

            “Kak, akak buat je balik apa yang Adam pernah buat dekat akak dulu,” balas Adam, riang.

            “Buat balik apa?” soalku bingung.

            “Akak dah lupa ke yang dulu akak tu fobia tempat tinggi? Each time ada kat tempat yang tinggi, akak akan rasa pening, rasa nak muntah and pitam?” soalanku tadi berbalas dengan soalan juga.
Aku terdiam, cuba mengingat kembali.

            “Lepas tu Adam selalu paksa akak bukak mata bila ada kat tempat tinggi. Bila ada roller coaster, Adam paksa akak naik. Sampai akak menangis-nangis tak nak. Ingat tak?”

            “Hah, ingat! Adam memang kejam betullah time tu,”

Adam ketawa senang.

            “Bukan kejam, kak. Tapi Adam nak buang rasa fobia tinggi dalam minda akak tu. Sebab ada case yang bila orang tu ditemukan dengan fobia dia and that person is used to it, slowly perasaan fobia and takut tu akan hilang. At first memanglah susah but it works. Sekarang akak memang gila naik roller coaster yang akak takut sangat nak naik dulu tu kan? Pantang nampak aje,”

Aku ketawa mendengar penjelasan Adam. Aku teringat kembali betapa teruknya fobiaku terhadap tempat-tempat tinggi satu masa dahulu. Sampaikan ferris wheel yang bergerak lambat tu pun aku tak boleh nak naik. Kalau naik, pasti lututku akan menggeletar dan kemudiannya aku akan muntah-muntah.

            “So, untuk case abang ipar Adam ni, apa yang akak patut buat?” soalku.

            “Pandai-pandailah akak buat something so that dia kena stick dengan akak. Dia mesti ada dekat dengan akak,” jawab Adam.

            “Yes, doc!”



*******************
Ibu menelefon malam semalam, meminta aku dan Athif pulang ke Ipoh kerana opah di Gopeng akan mengadakan kenduri doa selamat sempena keberangkatan opah ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Athif bercadang untuk bertolak dari rumah pada hari Jumaat selepas solat Isya’ memandangkan kenduri diadakan pada waktu tengah hari keesokan harinya.

            “Dah check semua suis dah ditutup?” soal Athif apabila aku menghulurkan bag pack milikku padanya untuk disimpan di dalam bonet kereta.

            “Dah. Saya tutup main fius terus. Pintu belakang and tingkap-tingkap semua dah dikunci,” jawabku sambil menyarung flats dan bersedia untuk mengunci pintu utama.

            “Alright,”

Aku masuk ke dalam kereta dan Athif membaca doa sebelum memulakan perjalanan.

            “Kalau awak rasa mengantuk, bagitahu tau. Kita take turn,’’ tuturku.

            “Okay, will do. Saya okay je ni, tak mengantuk pun. Lagipun, if awak yang drive, rasanya petang esok baru kita sampai Ipoh,” usik Athif bersahaja.

            “Amboi, exaggerate je lebih!” balasku geram. Dalam masa yang sama, aku agak terkejut dengan karakter Athif yang kini lebih ‘mesra alam’.

Suasana di dalam kereta kembali sunyi dan hanya ditemani oleh suara dj radio Fly fm. Aku yang sememangnya agak penat pada minggu ini, akhirnya terlelap juga di dalam kereta.

            “Hana,” suara itu sayup-sayup kedengaran di tepi telingaku. Aku masih belum mahu membuka mata.

            “Hana Dhamirah, bangunlah tuan puteri. Kita dah sampai ni,” suara itu kedengaran lagi. Terasa pipiku disentuh. Aku membuka mata dan Athif sedang memandangku sambil tersengih. Agaknya tadi tu aku masih mamai sampai terasa Athif yang memegang pipiku. Memang mamat ni buang tabiat kalau buat macam tu. Mungkin terus demam panas agaknya !

Ibu menyambut kami di muka pintu dengan senyuman yang sangat manis walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Aku bersalam dengan ibu dan kami berpelukan. Apabila tiba giliran Athif, dia bersalaman dengan ibu dengan riak wajah yang tenang. Tiada lagi riak wajah takutnya. Aku agak mungkin kerana dia sudah biasa menerima huluran tanganku setiap pagi.

            ‘’Abah mana, ibu ?’’ soalku memandangkan rumah banglo dua tingkat milik keluargaku ini sunyi sepi. Adam yang masih menuntut di Ireland tidak dapat pulang kerana dia sedang menduduki peperiksaan semester sekarang.

            “Dah tidur dah. Tadi dia tunggu dengan ibu sambil tengok tv. Last-last tv yang tengok abah. Tu yang ibu suruh abah tidur dulu,” jawab ibu lembut.

            ‘’Sorry, ibu. Kitorang lewat sampai. Kesian ibu kena tunggu,” balas Athif. Ibu hanya tersenyum.

            “Tak apa, Athif. Lagipun esok kan cuti. Korang pergilah naik atas, berehat. Ibu dah kemaskan bilik Hana. Nanti esok kita sembang panjang-panjang lagi ya,” balas ibu.

Aku dan Athif berlalu ke tingkat atas, menuju ke arah bilik tidur milikku.

            “Malam ni saya amik katil awak yang sedap lagi empuk ni eh. Saya kan penat driving tadi,’’ balas Athif bersahaja sambil merebahkan badannya di atas katil.

            “Yalah,” balasku. Sebenarnya, aku memang bercadang untuk menyuruh Athif tidur di atas katil sementara aku tidur di bawah beralaskan gebar tebal.

            “Yalah? Aik, selalunya awak argue nak berebut katil dengan saya. Malam ni jadi budak baik pulak,”
            “Saya ni ada sifat perikemanusiaan jugak. Macam awak cakap, kan awak dah penat driving tadi. Dahla, tidur cepat. Nanti tak memasal kita argue pasal benda lain pulak,”

Kedengaran suara Athif ketawa senang. macam-macamla mamat ni! Sekejap macam dekat kutub utara dan kadang-kadang macam dekat garisan khatulistiwa pulak.



Rumah batu milik opah meriah dengan anak,cucu dan cicit yang pulang ke kampung. Ditambah pula dengan orang kampung yang sejak tadi sudah datang, suasana bertambah ceria dan meriah. Beginilah suasana kenduri di kampung-kampung. Walid dan abang-abang Athif seramai tiga orang itu turut datang bersama keluarga masing-masing.

            “Kak Hana,” panggil satu suara halus. Aku berpaling dan kelihatan Sakinah tersenyum manis. Dia bersalaman denganku.

            “Bila akak sampai?” soal anak dara tunggal Mak Ngah ini dengan mesra.

            “Tengah malam tadi. Ina sampai bila?” soalku.

            ‘’Malam tadi jugak,’’ balasnya. Kami berbual-bual sambil mengelap pinggan, mangkuk dan gelas.

            “ Abang Athif tu sebaya akak ke?” soal Sakinah tiba-tiba.

            “Taklah, dia tua dua tahun dari akak. Kenapa ?’’ soalku pelik.

            ‘’Tak ada apa-apa. Muka abang Athif tu nampak macam bukan orang umur 27 tahun. Macam muka budak-budak je,’’ komen Sakinah sambil tersengih.

            “Haa, nanti akak report dekat dia Ina kata muka dia macam budak-budak,” usikku separuh mengugut.

            “Eh, janganlah kak! Ini compliment la sebab abang Athif nampak sentiasa muda, comel je,” komen Sakinah lagi. Anak mataku mencari kelibat Athif yang sedari tadi sibuk membantu abah membuat itu dan ini. Dari tempat dudukku, aku dapat melihat wajah Athif yang sudah kemerah-merahan terkena terik matahari. Memanglah comel macam budak-budak tadika ! Aku tersenyum sendiri.

            ‘’Bila Ina kahwin nanti, Ina nak husband yang muka baby face jugaklah. Sedap je mata memandang,” Aku terus ketawa mendengar angan-angan Sakinah. Janganlah bakal husband Sakinah yang baby face tu pun fobia dengan perempuan jugak!

            “Amboi, menggatal ye dia. Akak report dekat Mak Ngah baru tahu. SPM pun tak lepas lagi, dah simpan angan-angan nak kahwin ye,” usikku dan pinggangnya kucuit.

            “Kita kena buat early planning, kak Hana,” balas Sakinah bersahaja.

            “Yalah tu,” balasku dan kami sama-sama ketawa.



Angin puting beliung Athif melanda kembali. Sepanjang hari berada di rumah opah, dia seolah-olah melarikan diri daripadaku. Bercakap pun hendak tak hendak sahaja. Adik-beradik ibu beransur-ansur pulang ke tempat masing-masing menjelang petang. Hanya tinggal keluarga kami sahaja memandangkan yang lain menetap di luar Perak.

Aku mengambil angin di luar rumah setelah selesai membantu ibu dan opah mengemas rumah yang agak berselerak. Anak mataku terpaku pada pokok rambutan yang sedang merimbun. Pokok inilah yang selalu aku panjat bersama Adam sewaktu kecil dahulu. Tiba-tiba aku teringat perbualanku dengan Adam mengenai Athif. Terbit satu idea dalam kepalaku.

 Aku menanggalkan selipar dan mula memanjat pokok rambutan tersebut. Pada mulanya aku memanjat hingga ke dahan yang ketiga, agak tinggi juga dari tanah. Kalau aku buat-buat jatuh pun, boleh patah kaki kalau macam ni. Aku ingin turun, mahu bertukar tempat ke dahan yang kedua dan tidak terlalu tinggi. Sekurang-kurangnya, kalau aku buat-buat jatuh bila Athif lalu nanti, tak adalah sakit sangat. Memang idea gila betul!

            “Hana! What are you doing up there?” jerit Athif, terkejut.

Aku jugak terkejut, tidak menyangka dia sudah berada di bawah pokok. Dek kerana terkejut disergah sedemikian rupa, kakiku tersilap pijak dan aku sudah tergelincir jatuh dari pokok. Tak sempat nak tukar tempat ke dahan kedua!

            “Hey, hey! Watch out!” suara Athif bertambah kuat. Athif sempat menyambut tubuhku tetapi aku tetap terjatuh dengan cara yang tidak begitu comel sekali. Kedua-dua belah kaki terasa begitu sakit sekali terutama di pergelangan kaki. Eee, laki aku ni, memang spoil plan betullah!

            “Ya Allah! Kenapa ni?” nyaring suara opah yang tiba-tiba muncul.

            “Ni haa cucu opah yang nak tunjuk terror panjat pokok ni terjatuh,” jawab Athif sambil menjelingku.
Mendengar suara opah yang agak kuat, ibu dan abah turut datang bersama. Panjang bebelan ibu yang sesekali ditambah oleh opah.

            “Hana Dhamirah, how old are you? Dah patut jadi mak budak tau, bukannya budak umur 5 tahun lagi. Banyak benda lain yang boleh dibuat, kenapa pokok rambutan jugak yang dipanjat?” leter ibu sejak 5 minit yang lalu.

            “Ala, ibu. Hana nak amik buah rambutan atas pokok tu. Nampak sedaplah pulak,’’ jawabku sambil tersengih. Cuba menahan rasa sakit dan pedih di kaki.

            “Budak ni kan! Macamlah opah tak ada galah nak kait buah tu?” tambah opah pula.

            “Tak bestlah guna galah, opah. Panjat pokok la lagi best,” jawabku selamba. Ibu memandangku geram.

            “Sudahla tu, Ros. Marah banyak-banyak pun tak guna. Benda dah jadi. Macamlah Ros tak tahu anak perempuan kita yang sorang ni memang hero dari kecik ?’’ kedengaran suara abah pula.

            ‘’Athif, abah rasa elok dibawak Hana ni ke klinik. Muka dia dah berkerut-kerut menahan sakit tu. Takut ada tulang retak kat mana-mana pulak,” tambah abah sambil berpaling ke arah Athif yang hanya membisu sejak tadi.

            “Tulang retak? Eee, abah ni! Janganlah nak takutkan Hana pulak,” balasku.

            “Baru sekarang nak takut tulang tu retak ke tak? Time panjat tadi tak ingat dunia,” sindir abah. Aku hanya mampu menayang gigi.

Aku memandang Athif yang kelihatan teragak-agak untuk mendukungku. Mamat ni lagi satu hal. Janganlah dia pengsan kat sini pulak!

            ‘’Saya nak kena dukung awak ke ?’’ bisik Athif. Anak matanya masih melekat pada kedua-dua belah kakiku yang terasa sakit untuk digerakkan. Aku sudah mengetap bibir.

            “Dah tu, awak nak abah saya yang dukung ke? Tak pun opah? Tak pasal-pasal nanti dari sorang je yang kena jumpa doktor, terus jadi dua orang,” sindirku geram. Time-time darurat ni pun fobia dia masih berfungsi seperti biasa.

            ‘’Yalah,yalah,’’ lemah suara Athif menjawab. Wajahnya kupandang, risau pulak kalau mamat ni pengsan macam dulu. Tubuhku dicempung dengan mudah. Kali pertama kami berdua berada dalam kedudukan yang sangat dekat seperti ini. Wajahku terasa panas dan jantungku mula berdegup dengan tunggang langgang. Rasa sakit di kaki terasa hilang sebentar. Haih, kenapalah laki aku ni comel sangat ?
Sewaktu meletakkan aku di dalam kereta, Athif memusingkan wajahnya ke arahku, menyebabkan hidung kami bergesel. Masing-masing terkejut dan dia terus melepaskan aku dari dukungannya. Nasib baik kusyen kereta yang menyambut tubuhku. Kalau tanah, rasanya pinggang aku pulak yang retak seribu .

            “Sorry,” ucapnya pendek dan terus berlalu ke tempat pemandu. Ibu dan abah turut sama menemaniku ke klinik yang berdekatan.

Kurang asam boi betullah doktor tadi tu! Dia boleh gelakkan aku bila aku cerita yang aku terjatuh dari pokok rambutan. Lepas tu dia gelak lagi bila dia dapat tahu umur aku sebenarnya 25 tahun dan bukannya 15 tahun. Haih, nasib baik kedua-dua belah kaki dah terseliuh. Kalau tak, ada jugak yang makan kaki tadi! Pembantu doktor itu membantuku untuk menyapu sejenis krim yang berfungsi untuk menyurutkan kesan bengkak dan kemudiannya membalut kedua-dua belah kakiku. Nasib baik terseliuh je, kalau tulang retak atau patah, mau jugak aku menangis tak berlagu kat situ.

            “And sir, make sure your wife tak dekat dengan mana-mana pokok lagi ya. Takut dia buat aksi payung terjun pulak lepas ni. Malam ni tidur tinggikan kaki ya. Letaklah atas bantal ke apa ke. Kalau after one week bengkak still tak surut, please go to hospital. Takut ada side effect lain pulak,” pesan doktor muda ini bersahaja.

            “Alright. Thanks, doc,’’ balas Athif dan memapahku untuk berjalan keluar dari bilik Dr. Aaaron.

            “Mulut doktor tu kena amik insurans Takaful la,” omelku geram.

            “Memang patut pun doktor tu bebel macam tadi supaya budak degil macam awak ni tak buat benda bukan-bukan lagi lepas ni,” jawab Athif selamba. Aku mendengus, geram!



***********************
Hari Isnin dan Selasa aku tidak ke pejabat kerana aku menggunakan sebaiknya MC yang diberi oleh Dr. Aaron. Disebabkan kedua-dua belah kakiku terseliuh, pergerakanku sangat terbatas dan lambat. Kebanyakan kerja-kerja rumah dilakukan oleh Athif. Athif selalu mengusikku yang Gary, siput belaan Spongebob lebih pantas bergerak berbanding aku. Mamat sorang tu memang suka sangat aplikasikan elemen hiperbola.

Plan gilaku kali ini sangat berkesan. Athif kelihatan sangat tenang setiap kali aku ada bersama. Kami boleh berbual dan bergurau dengan selesa. Seperti sekarang ini, dia boleh melakukan kerjanya dengan tenang walaupun aku duduk betul-betul di hadapannya. Sedari tadi aku ralit memerhatikan dirinya yang sedang khusyuk melakar sesuatu di atas kertas bersaiz A3. Aku suka melihat raut wajahnya setiap kali dia khusyuk melukis. Comel betul! Jari-jemarinya yang runcing itu turut menarik perhatianku. Agaknya betullah orang kata kalau sesiapa yang mempunyai jari-jemari yang runcing ini pandai melukis.

            “Athif, tolong amikkan air. Hauslah,” pintaku. Sebenarnya sengaja mengusik dia yang sedang khusyuk menyiapkan kerja.

Tanpa sebarang bantahan, Athif bangun dan menuju ke dapur. Dia kembali ke ruang tamu dengan sebiji gelas dan satu jag air masak. Aku terkebil-kebil memandang jag air tersebut.

            “Amboi, marah nampak! Sampai bawak jag sekali,” usikku.

           “Mana ada marah. Suka lagi adalah. Saya bawak satu jag terus supaya nanti kalau awak nak minum air lagi, senang,” jawabnya bersahaja.

            “Yalah tu,” Athif hanya ketawa kecil.

Aku terus teringat pada malam selepas aku pulang dari klinik Dr Aaron. Ketika itu Athif sudah bersiap sedia untuk merebahkan badan di atas gebar tebal yang terbentang di bawah katil. Sudah sampai masanya aku mengubah cara tidur kami.

            “Athif, awak tidurla dekat atas katil. Esok dahla nak drive,” ucapku.

            “It’s okay. Lagipun takkan awak pulak nak tidur dekat bawah ni. Kaki tu dahla dah bengkak macam kuih bom,” jawab Athif.

            “Maksud saya, awak tidur dekat atas katil sekali dengan saya. Katil ni kan besar,” tuturku satu persatu. Agaknya dek terlalu terkejut, Athif yang sedang berbaring terus duduk. Anak matanya tajam menikam wajahku.

            “Lagipun both my kaki kan sprained. Nanti kalau saya nak mintak tolong apa-apa time tidur, susah pulak saya nak bergerak turun dari katil untuk kejutkan awak. Tak pasal-pasal nanti saya buat program Hana’s Got Talent dengan gaya payung terjun dari atas katil pulak. Kalau ada kat sebelah, senang je,” terangku, cuba mencari alasan yang paling logik.

Athif masih diam membisu tetapi perlahan-lahan dia memanjat katil dan merebahkan badan di sebelahku. Sedaya upaya dia cuba menjarakkan diri sedangkan aku pula sedaya upaya cuba menahan ketawa. Perubahan tempat tidur ini berterusan hingga pulang ke rumah kami.




**************************
Aku duduk di atas katil sambil membuka penutup krim untuk menyurutkan bengkak kaki.

            “Still rasa sakit lagi?” soal Athif dan mengambil tempat di hadapanku.

            “Still, but tak seteruk time first day tu,” jawabku.

Athif duduk bersila dan kaki kananku diletakkan di atas ribanya. Tangannya mencalit sedikit krim tersebut dan disapu pada pergelangan kaki kananku. Dia mula mengurut pergelangan kakiku perlahan-lahan. Inilah rutin Athif setiap malam sebelum tidur. Dia akan mengurut kedua-dua pergelangan kakiku yang terseliuh sebelum membalutnya dengan bandage.

            “Selagi kaki awak tak sembuh, biar saya hantar awak pergi office. Awak bukannya boleh drive dalam state macam ni,” tambah Athif sambil jari-jemarinya mengurut pergelangan kaki kiriku pula.

            “Yes, doctor!” balasku dan Athif tersenyum. Selesai mengurut, dia mula membalut kedua-dua belah pergelangan kakiku dengan cermat.

            “Alright. done!’’ tutur Athif setelah selesai mengenakan safety pin pada bandage di kaki kiriku.

            “Before this, Mak Su awak ada cerita dengan saya,” tuturku satu-persatu. Suasana hening seketika.

            “Mak Su cerita? Cerita apa?” soalnya bingung.

            ‘’Pasal bekas mak tiri awak,’’ jawabku. Athif terus senyap.

            “Sorry,” tuturku apabila menyedari raut wajah Athif berubah menjadi keruh.

            “Awak ni! Buat apa cakap sorry? You are not the one who abused me before,’’ balasnya dalam tawa.

            “Mak Su cakap dekat dahi kanan awak ada kesan parut ya?” soalku lagi kerana aku tidak pernah melihat kesan parut yang dikatakan oleh Mak Su. Tambahan pula rambut Athif sentiasa menutupi dahinya.
Athif menyelak rambut hadapan yang menutup dahinya, menyerlahkan kesan parut sepanjang satu inci setengah.

            “Saya pun tak ingat sangat the exact details on what happened. Tapi time tu umur saya sepuluh tahun. Mama marah sebab saya nak bagitahu walid yang dia ada boyfriend lain. Saya tahu pasal tu pun sebab saya terangkat handphone dia. Time tu saya nak turun tangga. Sebab marah sangat, Mama tolak saya dari tangga. Nasib baik kepala tak pecah,’’ cerita Athif. Nada suaranya bertukar lirih.

            ‘’Kesiannya awak,’’ balasku perlahan dan jari-jemariku menyelak rambut Athif yang menutup dahinya. Jari-jemariku terhenti pada kesan parut. Tentunya sangat sakit jika kesan parut panjang begini. Aku tidak sanggup untuk membayangkannya. Bibirku singgah di kesan parut itu.

            “Saya dah bagi jampi dekat awak. Lepas ni, awak takkan ingat lagi pasal bad memory tu,” balasku dan memandang Athif. Athif hanya senyap dan anak matanya yang hitam pekat itu merenungku. Alamak,apa aku dah buat ni!

Perlahan-lahan, jari-jemarinya meramas-ramas jari-jemariku dengan lembut. Erk, apa dah jadi ni? Kemudian jari-jemari runcing itu menyentuh kedua-dua belah pipiku pula.

            “Actually, I have a little confession to make,” ucap Athif. Anak matanya tajam menikam wajahku yang kurasakan sangat panas saat ini.

            “Saya dah recover,”tutur Athif.

            “Recover?”

            “Yeap, recovered from gynophobia,”

Aku tersentak, terkejut!

            “Hah? Bila? Macam mana? Kenapa” bertalu-talu soalanku keluar. Athif tersenyum meleret.

            “Slowly recovered before kita balik Ipoh last week and now fully recovered. Macam mana boleh recover, thanks to you and I did went to see doc for counseling and treatment. Sebab tu time weekend before this saya jarang ada kat rumah,” jawab Athif sambil jari-jemarinya menyelak anak rambutku yang menutup dahi.

            “Thanks to me? Kenapa pulak? Thanks to your doctor la,” balasku. Takkanlah mamat ni tahu plan-plan aku sebelum ni! Athif hanya tersenyum. Isy, laki aku ni ! Bila dia asyik senyum-senyum dari tadi, aku rasa muka dia yang comel tu dah bertukar jadi muka budak tadika yang nakal.

            ‘’Your plans in order to cure me. Seriously, they worked! Awak boleh jadi psychologist lepas ni and resign from being an accountant,”

Mencerlung anak mataku memandangnya.

            “Plans apa pulak ni? Mana ada plan apa-apa,” jawabku.

            “Eleh, segan nak mengakulah tu. Adam dah cerita semua bendalah. Jangan nak pura-pura ada amnesia pulak,” balas Athif dan hidungku ditarik.

            “Adam ni kan! Tengoklah, bila dia balik nanti, budak ni memang nak kena gulai. Mulut macam tempayan betul !’’ omelku tidak puas hati. Athif hanya ketawa sambil menjongketkan bahu.

            ‘’So, sekarang ni awak memang dah tak takut dengan perempuan ? Dah tak fobia?” soalku sekali lagi. Athif angguk, masih tersenyum.

            “Tak ada rasa trauma? Rasa nak pengsan and menggigil?” soalku lagi.

            “Tak ada, sayang oii! Tapi sekarang ni saya tengok macam awak aje yang tengah ada fobia. Muka macam nak pucat je,” jawab Athif selamba. Aku sudah tidak senang duduk. Kalau sebelum ni tak rasa takut dengan mamat muka kiut miut ni, tiba-tiba sekarang aku rasa seram.

            ‘’Eee..kenapalah awak tak cakap awal-awal yang awak dah recover ?Buat penat aje,”keluhku sambil merenung kedua-dua belah pergelangan kaki yang berbalut. Buat penat je aku terjun dari pokok hari tu ! Athif mengerutkan dahi, masih tertanya-tanya.

            ‘’Hari tu saya memang plan nak jatuh dari pokok pun. Kiranya final plan nak cure awak and if plan tu fail, memang saya nak surrender je. Target dahan yang rendah sikit tapi tak sempat nak pergi kat dahan yang rendah, awak datang menyergah and saya pun betul-betul terterjun dari dahan yang tinggi sikit,” terangku panjang lebar. Athif sudah membulatkan mata.

            “Ya Allah! Hana Dhamirah, awak ni memanglah! Bahaya buat macam tu,’’ bebel Athif, sedikit terjerit suaranya. Pipi kananku dicubit kuat. Aku hanya mampu menayang gigi untuk mengawal rasa segan dan malu.

            “Budak degil lagi nakal macam awak ni patut kena denda supaya lepas ni tak buat lagi benda-benda pelik macam tu,” balas Athif. Kali ini pandangan matanya sudah kelihatan lain macam. Dia mendekatkan wajahnya ke arahku sehingga hidung kami bergesel. Bibirnya mendarat pada hidungku dan beralih pada pipi kanan.

            “Kaki saya tengah terseliuh la,” bisikku dan wajahnya kutolak perlahan agar menjauhiku.

            “Ala, yang sprained kaki je. Anggota yang lain sihat walafiat kan?” bisiknya nakal. Adui, mamat yang takut perempuan ni dah bertukar jadi power rangers pulak ke?




*******************************
Setahun kemudian…

            ‘’Walid, cuba tengok anak walid yang sorang tu. Tak habis-habis berkepit dengan wife dia. Macamlah Hana tu nak buat larian marathon,” usik abang Long Athif.


            “Yalah, sebelum ni kalau ada perempuan je dekat dengan dia, dia dulu buat acara lompat jauh. Sekarang ni dah lain pulak ya,’’ tambah walid sambil tersenyum.

            ‘’Sebelum ni siap pesan suruh stay 1 metre radius away lagi,’’ usikku separuh berbisik kepada Athif yang hanya tersengih menerima usikan abang Long dan walid.

            ‘’Tu dulu. Sekarang ni, mesti 0 metre radius,’’ jawab Athif bersahaja. Tapak tangannya dilekapkan pada perutku yang sudah membulat memandangkan kandunganku sudah berusia enam bulan.

            ‘’Kalau baby ni lelaki, janganlah dia takut perempuan macam papa dia,’’ tuturku dengan tujuan untuk mengusik Athif.

            ‘’Dulu belajar Bio tak habis eh ? Phobia is not in genetics la,’’ balas Athif sambil pipiku dicubit lembut. Aku ketawa kecil.

            “Kalau saya tahu dari our first meeting yang you are the one, memang nak propose time dekat Kinokuniya dulu,” tambah Athif.

            “Dekat Kinokuniya?” soalku.
            “Eh, tak ingat ke our first meeting dekat Kinokuniya? Awak terlanggar saya and sebab saya takut sangat, saya terus lari dari situ. Ingat?” jawab Athif. 

Aku terdiam sebentar sambil memoriku cuba memproses maklumat yang baru diterima. Ohhh..dia ni!

            “Nak terus proposelah sangat. Nak propose macam mana kalau time tu pun awak dah tunggang langgang cabut lari?” usikku dan Athif hanya tersengih dan terus dia mengucup dahiku.

            “Thank you for everything and I love you,” bisik Athif perlahan.

Aku tersenyum bahagia. Terima kasih, Allah! Rasanya memang patut aku bersara dari profession akauntan dan bertukar menjadi ahli psikologi terutamanya dalam aspek gynofobia!