Saturday 27 July 2013

Encik Kutub Utara 5




Bahagian 5

            Pagi-pagi lagi mummy dah sibuk memasak. Saudara-mara dari sebelah mummy yang tinggal di Perlis dan Kedah, sudah sampai pagi tadi. Mereka masing-masing mengambil feri yang paling awal. Riuh jugaklah rumah keluarga aku ini bila mak-mak sedara aku dah bagi mula dengan sesi meng‘interview’ aku. Yalah, tiba-tiba sahaja hendak bertunang. Ringan sahaja mulut aku mahu menyalahkan Benyamin. Aku bukannya tahu apa-apa. Mamat sewel tu yang buat keputusan ikut kepala otak dia yang senget tu.

Aku membantu mummy apa yang patut walaupun malam tadi aku tak dapat tidur langsung. Banyak sangat berfikir sampai otak dah rasa penat. Nak telefon Benyamin pun, aku bukannya ada nombor telefon mamat tu. Lepas aku sindir-sindir dia dekat hospital dulu, aku terus cabut macam tu je. Tak sempat pun nak minta nombor telefon. Yang aku ada, nombor telefon pejabat dia. Tak pun, encik setiausaha dia tu. Kalau aku ada nombor telefon dia, malam tadi lagi aku dah sound dia cukup-cukup. Biar dia rasa telinga dia macam nak tercabut.

            “Adik membebel-bebel dalam telefon tadi. Dia kata dia nak balik jugak. Nak tengok ayong bertunang.” Cerita Aqwa yang masuk menjenguk ke kawasan dapur. Ingatanku terus melayang pada Afif yang masih di Perancis, menyambung pelajaran di sana.

            “Ala, mummy dah cakap dengan dia. Time ayong kahwin nanti, dia tengoklah ayong puas-puas. Angah, angah tolong mummy bentangkan karpet dekat depan tu.” Balas mummy. Mendengarkan mummy bercerita mengenai isu perkahwinan, aku sudah mula terasa kecut perut. Periuk belanga tak terbang ke kalau aku betul-betul kahwin dengan Benyamin?

            “Najah, Ben baru aje telefon abang. Dorang baru je naik kapal terbang.” Beritahu abah pula.

            “Ya ke? Tak apalah, rumah dah berkemas, memasak pun dah sudah. Tinggal anak dara abang ni je yang tak siap-siap lagi. Tak mandi lagi pulak tu.” Balas mummy sambil memandang ke arahku.

            “Nak pi mandilah ni, mummy.” Balasku pula dan ingin berlalu ke tingkat atas.

            “Nanti ayong pakai baju yang mummy dah sangkut dekat dalam almari tu.” Pesan mummy.

            “Ayong ingat nak pakai baju kurung kain kapas yang mummy jahit tu je. Tak boleh ke?” Usikku tetapi mummy sudah menjegilkan biji matanya. Aku berlalu ke tingkat atas sambil ketawa. Tetapi tawaku tidak lama sebaik sahaja aku membuka almari dan kelihatan sepasang baju kurung dari kain lace berwarna ungu lembut di dalam almari. Bila masa pulak mummy sediakan baju ni?


            Ketika aku sudah selesai mandi dan menukar pakaian, mummy masuk dengan  mak ngah, kakak mummy. Mak ngah ini merupakan mak andam ketika zaman mudanya dahulu.

            “Awat, mummy? Ayong dah nak pakai tudung dah ni.” Tuturku.

          “Ni, mummy nak mintak tolong mak ngah hang make-up kan ayong sikit. Barulah lawa anak dara mummy ni.” Balas mummy,sambil bertukar senyuman dengan mak ngah.

            “Ala, mummy. Tak payahlah. Bertunang je pun. Bukannya ada orang nak tengok pun.” Balasku sambil mencari-cari pin tudung dari dalam bekas kaca.

            “Sikit aje. Biar nampak naik seri.” Balas mummy pula. Wajahnya sudah kelihatan mengharap. Akhirnya aku mengalah.

            “Ayong nak mak ngah make-up kan ayong macam make-up zombie boleh?” Soalku pada mak ngah. Biar bila mamat tu jumpa aku lepas ni, dia pengsan. Baru padan dengan muka dia.

“Isy, hang ni. Ada ke nak make-up macam zombie.” Komen mak ngah sambil mengerutkan dahi.

“Ayong gurau je lah, mak ngah.” Balasku, tersengih.

Hang ni, tengah nervous nih.” Balas mak ngah dan menarik kerusi untuk duduk di hadapanku.

Aku hanya tersengih. Nervous? Nervous apanya? Aku rasa tak sabar nak jumpa Benyamin adalah. Aku nak hempuk dia sekali biar skru-skru dalam kepala otak dia tu ketat balik.


            Sepanjang proses merisik dan selepas itu bertunang dan juga perbincangan mengenai majlis perkahwinan, aku hanya duduk di dalam bilik tidurku. Aku sudah panas punggung, hendak sangat mengetahui apa yang sedang mereka bincangkan di luar sana. Risau aku kalau Benyamin mengambil keputusan sendiri tanpa berbincang denganku.

            “Ayong, pening kepala Ina tengok ayong ni. Seminit tak boleh duduk diam.” Ujar adik sepupuku, Hardina.

            “Ayong tengah risau ni.” Balasku.

            “Ayong nak risau apa? Bakal tunang ayong tu ada je dekat luar rumah dengan abang Aqwa. Handsome kot Ina tengok.” Balas Hardina, tersengih.

            “Isy, Ina ni. Handsome pulak yang Ina tengok dulu.” Balasku.

            “Yalah, Ina bukannya buta.” Balas Ina dan tersengih lagi.

            “Ina, Ina tolong jadi spy ayong boleh tak?” Pintaku.

            “Spy? Spy apa pulak ni, ayong?” Soal Hardina, pelik.

            “Ina keluar jap, tolong curi dengar apa yang abah ayong tengah bincang dengan wakil Ben tu.” Jawabku. Aku pandang Hardina dengan wajah mengharap.

            “Eh, tak nak lah Ina. Kalau ibu nampak nanti, tak pasal-pasal Ina kena piat telinga.” Hardina terus menggelengkan kepalanya.

            “Ala, bolehlah Ina.” Pintaku lagi.

            “Ayong ni kenapa sebenarnya?” Soal Hardina pula.

            “Kalau ayong cerita pun, Ina bukannya faham. Ni hal orang dewasa.” Jawabku dan Hardina mencebik.

            “Eh, Ina dah besar dah. Dah 17 tahun. Kalau zaman ibu dulu, dah kahwin dah.” Balas Hardina.

            “Amboi, amboi. Hang tu, SPM pun tak lepaih lagi tau dak. Gatai dah nak pikiaq pasai kahwin na.” Usikku dan Hardina ketawa.

            Sedang kami seronok berbual, mummy masuk ke dalam bilik sambil ditemani oleh mak long dan mak ngah.

            “Amboi, hangpa dua orang ni syok bersembang. Ayong, get ready. Sat lagi mak angkat Benyamin nak masuk, nak sarungkan cincin.” Tutur mummy.

            Mak angkat? Siapa pulak mak angkat mamat tu?

            “Ayong dari tadi dah get ready, mak su. Dia dah tak sabar dah tu.” Usik Hardina.

            “Sibuklah, hang. Budak kecik, duduk senyap-senyap.” Balasku pula.

            “Assalamualaikum.” Suara lembut yang memberi salam itu membuatkan semua kepala terarah pada muka pintu. Seorang wanita berusia lewat 50-an melangkah masuk ke dalam bilik.

            “Oh, inilah Nuha ya? Cantik, manis orangnya. Pandai Ben pilih.” Puji wanita itu sambil duduk di sebelahku. Dia tersenyum manis. Aku? Hanya mampu tersenyum semenjak tadi, seolah-olah sedang shooting iklan ubat gigi Darlie.

            “Mak Engku ni kawan baik arwah mak Benyamin. Dah macam mak kandung Ben sendiri.” Beritahu Mak Engku. Aku tersenyum lagi sedangkan di dalam hati sudah ber’wow-wow. Mak Engku? Kerabat diraja mana pulak yang Benyamin kenal ni? Sukalah buat cik jantung aku ni kerja lebih masa sampai penat.

            Mak Engku mengeluarkan kotak berwarna biru lembut yang sangat sinonim dengan Tiffany & Co. Sebentuk cincin ditarik keluar daripada kotaknya dan disarungkan pada jari manisku. Tangan Mak Engku aku salam dan satu ciuman singgah pada pipi kananku. Amir yang masuk dengan kamera DSLR miliknya sempat lagi menangkap gambar.

            Mummy menjemput Mak Engku dan rombongan kecil Benyamin untuk makan. Benyamin hanya datang bersama-sama keluarga Mak Engku yang terdiri daripada suami Mak Engku dan dua orang lelaki yang merupakan anak Mak Engku. Ketika aku keluar ke ruang tamu, aku tidak melihat pula keluarga Dato’ Zamir. Mungkin mereka sibuk dan tambahan pula majlis pertunangan ini sangat tiba-tiba.


**********************

            Selesai makan tengah hari, abah meminta aku membawa Benyamin dan keluarga Mak Engku ke resort milik abah yang terletak tidak jauh dari Pantai Chenang. Nasib baiklah keluarga Mak Engku ada sekali. Kalau setakat si Benyamin tu, pandai-pandailah dia nak hidup. Aku sempat menarik Aqwa sekali sebagai peneman.

            “Mak Engku, ni kunci bilik. Yang ini untuk bilik Mak Engku dan Pak Engku. Yang ini untuk bilik anak-anak Mak Engku. Yang kunci lagi satu ni untuk bilik Benyamin.” Tuturku sopan sambil menyerahkan kunci bilik kepada Mak Engku, satu lagi kunci bilik kepada anak sulung Mak Engku, Tengku Iqmal dan satu lagi kunci kepada Benyamin.

            “Terima kasih, Nuha. Nanti kita jumpa lagi sebelum Nuha balik KL. Mummy Nuha kata flight malam ni ye?” Balas Mak Engku. Benyamin yang berdiri di sebelah Mak Engku, hanya diam. Sejak dia sampai, aku belum sempat lagi nak berleter.

            “Ha’ah, Mak Engku.” Balasku.

            “Awalnya balik KL. Ingatkan balik sekali dengan kitorang.” Balas Pak Engku pula.

            “Esok ada appointment dengan client, Pak Engku. Tu yang kena balik jugak, tak boleh amik cuti.” Jawabku sambil tersenyum.

            “Lah, kesiannya.” Balas Pak Engku.

            “Yalah. Dah orang tu ikut suka kepala otak dia je buat decision.” Gumamku perlahan sambil menjeling ke arah Benyamin. Benyamin seperti biasa, menayang muka tidak berperasaan.

            “Apa dia, Nuha?” Soal Pak Engku.

            Alamak! Diorang dengar ke luahan hati kecil aku tadi?

            “Eh, tak ada apa-apa, Pak Engku. Pak Engku and family, berehatlah. Petang nanti kita jumpa lagi.” Jawabku, tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.

            “Kami naik dululah ya.” Balas Mak Engku dan mereka sekeluarga berlalu.

            “Eh, eh! Awak nak pergi mana?” Soalku, pantas menahan Benyamin yang turut ingin berlalu.

            “Pergi biliklah.” Jawab Benyamin tanpa sebarang rasa bersalah.

            “Awak naik atas, letak barang awak. Lepas tu, awak turun balik.” Ujarku tegas.

            “Dah kenapa pulak nak kena turun balik?” Soal Benyamin tidak puas hati.

            “Saya tunggu awak dekat pantai belakang tu dengan Aqwa.” Pesanku, tidak mahu menjawab soalan Benyamin. Biar mamat tu rasa panas hati macam yang aku selalu rasa.


            “Kalau awak tak datang, saya pancitkan tayar kereta awak yang dekat KL tu.” Selepas selesai mengugut Benyamin seperti budak-budak sekolah, aku tarik tangan Aqwa dan terus cepat-cepat angkat kaki dari situ.

Monday 22 July 2013

Encik Kutub Utara 4



Bahagian 4


Rasa macam nak masuk sembunyi dalam luggage supaya orang sebelah menyebelah dalam kapal terbang ni tak saling memandang aku. Aku ni dah macam baru turun dari planet Alien Workshop ke? Seperti yang kuduga, mummy menelefon keesokan harinya, sehari selepas aku berjumpa Benyamin di hospital. Bingit juga telinga menahan bicara mummy yang panjang. Mummy tersangat terkejut. Tambah-tambah pula cerita itu keluar di surat khabar. Mummy meminta aku pulang ke Langkawi pada hari ini. Ingin berbincang katanya. Benyamin yang baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah hari ini, akan datang bertemu dengan keluargaku pada esok hari.

            “Kakak ni bakal isteri Mr. Benyamin Ziqri kan?” Tegur seorang budak perempuan yang duduk di sebelahku.

Aku yang baru sahaja ingin melelapkan mata sebaik sahaja kapal terbang selamat berada di atas awan, terkejut. Alamak! Tolonglah jangan minta sign. Akak ni bukannya artis, dik. Aku hanya tersenyum kepada budak perempuan itu. Takkanlah aku nak buat announcement yang sebenarnya aku tak nak kahwin dengan si Ben tu? Mahunya bergegar Airbus ini.

            “Tahniah, kak! Ramai gila orang cemburu dengan akak sebab dapat kahwin dengan designer yang famous lagi handsome. Saya pun jealous dengan akak. Tapi, akak memang padan dengan Mr. Benyamin.” Balas budak perempuan ini mesra. Aku tersenyum lagi. Ini sahajalah yang mampu aku lakukan.

            “Adik pun minat dengan design Ben ke?” Soalku.

            “Minat sangat. Saya ni budak fashion design jugak, kak. So, memang dapat banyak inspirasi bila tengok design Mr. Benyamin.”

            “Oh…patutlah! Belajar dekat mana?”

            “Lim Kok Wing University.”

Masaku di dalam pesawat terisi dengan melayan celoteh budak perempuan di sebelahku yang memperkenalkan namanya sebagai Mimi.


Aku tiba di lapangan terbang Langkawi menjelang lewat petang. Keadaan di lapangan terbang agak sesak juga, memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah. Mat-mat salih dan juga pak-pak Arab kelihatan di mana-mana. Dari jauh, aku sudah nampak Aqwa dan Amir sedang menungguku di balai ketibaan. Kedua-dua adikku itu melambai ke arahku. Mereka berdua bersalaman denganku dan kami berpelukan erat kerana sudah lama tidak berjumpa.

“Kita dok peluk-peluk tengah ramai macam ni, tak keluaq paper ka, Ayong? Kot-kot la ada paparazzi ikut ayong la ni. Nanti depa ingat ayong ada skandal dengan orang lain pulak.” Usik Aqwa. Mulalah dengan ayat loyar buruk dia tu. Aku cubit geram lengan kirinya.

Mummy dengan abah macam mana? Ada puting beliung kat rumah dak?” Soalku pada Amir.

“Puting beliung tu tak dak lah. Tapi adalah sikit macam tsunami. Mummylah, hingaq sikit bila dapat tau. Angah dengan Achik dah tau malam yang depa letak kat internet. Abah pulak, macam biasalah. Cool je. Abah cakap, apa-apapun tunggu ayong balik rumah. Kita bincang dengan tuan punya badan.” Jawab Amir.

Aku, Aqwa dan Amir berjalan beriringan ke tempat meletak kereta. Tak sabarnya nak balik rumah. Tak sabar nak tengok pantai petang nanti. Tapi, rasanya dekat rumah mungkin arus tengah ‘pasang’.

“Ayong dengan Ben tu, betul ke?” Soal Aqwa yang sedang memandu.

“Tak betul.” Jawabku tenang. Berpusing kepala Aqwa memandang ke arahku.

“Dah tu? Mummy kata ayong nak kahwin dengan Ben tu.” Sampuk Amir.

“Betullah tu.” Jawabku.

“Apa ayong cakap belit-belit ni. Tak fahamlah.” Komen Aqwa. Dahinya sudah berkerut.

“Kalau ayong cerita dekat korang, korang boleh simpan rahsia tak?” Soalku pada adik-adik lelakiku itu. Dalam adik-beradikku, hanya aku seorang yang perempuan. Aku ada tiga adik lelaki; Aqwa anak kedua, Amir selepas Aqwa dan Afif yang bongsu.

Of course lah, boleh. Kitorang ni the best secret keeper kot.” Balas Amir, sempat lagi masuk ke dalam mesin basuh dan tekan punat ‘start’ sendiri.

Best secret keeper konon. Sekarang ni, pandailah gebang dengan ayong. Depan mummy nanti, masing-masing kecut jadi tikus mondok.” Sindirku. Aqwa dan Amir sudah ketawa terkekek-kekek.

“Kali ni kitorang janji tak bagitahu. Betul ni! Kalau mummy tanya pun kitorang tak bagitahu.” Janji Amir. Siap mengangkat kelima-kelima jari kanannya ke atas. Seperti orang yang mahu membaca ikrar.

“Ya ke ni. Korang ni bukannya boleh percaya sangat.”

“Iya, ayong. Kali ini serius.” Tambah Aqwa pula.

“Serius? Walaupun mummy nak baling hangpa masuk dalam laut Pantai Chenang.”

“Kitorang berenanglah, ayong.” Balas Amir.

“Hah, loyar buruk, loyar buruk. Ayong tengah serius nih.”

“Achik pun tengah serius ni.” Balas Amir, tidak mahu kalah.

Aku pandang Aqwa dan Amir silih berganti. Masih teragak-agak untuk menceritakan hal yang sebenar.

“Tapi, korang janji dulu.” Ujarku.

“Ya, janji!” Balas Aqwa dan Amir serentak.

Aku menarik nafas sebelum membuka cerita kepada Aqwa dan Amir. Mereka berdua tekun mendengar. Aku ceritakan semuanya, bermula dengan bagaimana aku boleh mengenali Benyamin sehinggalah peristiwa pengumuman kahwin di depan paparazzi.

“Ben tu sewel ke apa?” Soal Aqwa dengan nada geram.

Sewel bin senget bin mereng. Cakap dengan dia buat rasa sakit hati, sakit jiwa, naik darah.” Jawabku, terbayang-bayang raut wajah yang kurang berperasaan itu di hadapan mata. Isy, apasal teringat kat mamat tu pulak?

“Dah tu, take legal action je lah dekat dia, ayong. Saman malu ke.” Saran Amir pula.

“Ayong memang ingat nak buat macam tu. Tapi, ayong fikir balik. Ben tu bukan orang biasa-biasa. Kalau ayong file up saman dekat dia, lagi kecohlah benda yang dah sedia kecoh ni. Nanti geng-geng kepoh paparazzi tu mesti kejar ayong, nak dapatkan cerita sensasi. Ayong tak naklah hidup macam artis.” Balasku.

Aqwa dan Amir terus terdiam. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

“Tadi pun ayong dah penat nak sorokkan muka ayong yang cantik ni dekat dalam flight. Orang asyik pandang aje.” Tambahku lagi. Aqwa dan Amir ketawa.

“Kitorang terkejut beruk, orang utan tau dak. Ayong dah lah tak dak sapa yang nak sebab garang macam tentera Jepun. Tiba-tiba ada young, famous designer nak kahwin dengan ayong. Keluaq paper pulak tu.” Balas Aqwa.

“Amboi, mengata ayong tak laku eh!” Lengan Aqwa kutampar lagi. Aqwa hanya ketawa.

“Tapi kan, ayong. Mummy kat rumah tu macam dah tak ada angin tsunami since malam tadi.” Beritahu Amir.

“Dah surut kot. Tengok nanti bila ayaq pasang jadi lagu mana.” Balasku pula.

Mummy semangat gila kemas rumah hari ni. Satu hari bersihkan rumah. Tanya angah kalau ayong tak percaya.” Tambah Amir lagi. Aqwa mengangguk, mengiakan kata-kata Amir.

“Tu sebab Ben nak datang rumah kita esok. Sebab tu mummy berkemas bagai nak rak tu.” Balasku pula.

Aku mula berasa tidak sedap hati. Tolonglah jangan ada kejutan yang entah apa-apa. Jantung aku ni dah penat, asyik menyerap kejutan sahaja semenjak dua, tiga hari yang lepas.


**********************

            “Mummy dok tengok ayong dari tadi. Awat? Ayong dah jadi makin cantik ka?” Usikku pada mummy yang sedang duduk berhadapan denganku. Wajahku dipandang lama.

            “Macam mana boleh jadi lagu ni, ayong? Nasib baik mummy tak dak sakit jantung. Kalau dak, mungkin dah jalan dah.” Balas mummy.

            “Janganlah cakap lagu tu, mummy. Sedih ayong dengaq. Ayong minta maaf, mummy. Ayong pun tak tahu macam mana boleh jadi lagu ni.” Aku mengadu pada mummy.

            “Mummy marah ayong ka?” Soalku pula.

            “Marah dak lah. Terkejut ada. Kenapa tak habaq dengan mummy dengan abah dulu. Tiba-tiba terus keluaq kat surat khabar.” Jawab mummy. Nada suara mummy dilembutkan sedikit.

            “Mana ayong kenal Benyamin tu? Abah dengar dia muda setahun dari ayong.” Tutur abah tenang.

          “Dia anak guam ayong. Kitorang kenal dari situ. Ha’ah, abah. Dia muda setahun dari ayong.” Balasku. Sampai sudah aku takkan cerita versi original seperti yang diketahui oleh Aqwa dan Amir. Mahunya melompat keluar jantung mummy dengan abah. Benyamin datang esok, pandai-pandailah dia uruskan. Pandai-pandai menghuru-harakan hidup aku, pandai-pandailah dia bertanggungjawab.

          “Kenapa ayong tak ada bagitahu kami pasal nak kahwin ni? Ayong dah tak sayang mummy dengan abah ke?” Soal abah lagi.

            “Bukan macam tu, abah, mummy. Ayong memang nak bagitahu. Cuma bila Ben masuk hospital sebab accident, paparazzi asyik asak dia macam-macam. Sebab tu dia terpaksa bagitahu terus.  Plannya memang Ben nak datang sini jumpa mummy dengan abah. Ayong minta maaf. Ayong tak terfikir langsung nak belakangkan mummy dengan abah dalam hal ni.” Jawabku sambil memandang ke bawah. Terpaksa aku mereka-reka cerita sedikit.

            “Tak apalah, ayong. Benda dah jadi. Sekarang kita pandang ke depan aje. Ayong pergilah masuk tidur, berehat. Esok kan ayong dah nak bertunang.” Balas abah.

            Aku yang sudah bangun dari dudukku, terus terduduk semula di atas sofa. Bertunang? Rasanya telinga aku ni masih dapat berfungsi dengan baik lagi.

            “Bertunang? Ayong tak tau pun.” Soalku dengan nada suara yang cuba dikawal di hadapan mummy dan abah.

            “Ben telefon kami pagi semalam. Dia kenalkan diri dia, minta maaf dengan kami atas apa yang berlaku. Ben cakap dia datang dengan wakil dia esok. Merisik dulu sebab nak ikut adat and terus bertunang.” Jawab mummy.

            “Ben tak bagitahu ayong sebab dia kata dia kena bagitahu wali ayong dulu, minta izin. Lagipun, dia nak buat kejutan untuk ayong.” Tambah abah pula.


            Kejutan? Banyaklah mamat tu punya kejutan! Aku dah nak pitam dah ni. Dah nampak bintang berpusing-pusing di hadapan mata. Rasa nak pergi Pantai Chenang la ni jugak. Lepas tu nak menjerit dekat laut, nak maki hamun si Benyamin tu berbakul-bakul. Argh!


Salam semua.

Yumi Hyra is now on Facebook :

https://www.facebook.com/TheWorldOfWritingYumiHyra

 Hehe, finally. Sebenarnya dah lama plan nak buat fan page, tapi x sempat-sempat. Sorry semua.

Apa-apa pun, rajin2kanlah jari-jemari anda untuk 'meng'like page saya. Insya-Allah, further updates saya akan letakkan dekat fb page juga. Lagi senang kan berbanding dekat blog :)

Till then, take care semua. Terima kasih banyak2. Ramadhan Kareem semua :)

Tuesday 16 July 2013

Encik Kutub Utara 3



Bahagian 3



Aku merebahkan tubuh di atas sofa panjang sambil menukar siaran televisyen ke Buletin Utama. Afiqah yang pulang ke rumah lebih awal daripadaku, sedang khusyuk membaca surat khabar. Aku sangat arif dengan rutin Afiqah. Setiap hari dia pasti akan membaca dua naskah surat khabar; Utusan Malaysia dan juga The News Straits Times.

            “Weyh, anak guam kau keluar paper kot!” Terjerit kecil suara Afiqah sambil tubuhku digoncang kuat.

            “Anak guam yang mana pulak?” Soalku sambil anak mata masih terpaku pada skrin leper televisyen. Makin bertambah pula kes jualan dadah oleh warga asing yang menyalahgunakan permit belajar mereka.

            “Benyamin Ziqri tu lah.” Jawab Afiqah.

            “Biasalah tu. Dia tu kan designer yang famous dekat Malaysia ni. Tak hairan sangatlah.” Komenku malas. Aku ingatkan pasal siapa tadi.

            “Bukan keluar pasal tu.”

            “Dah tu?”

            “Ada gossip pasal dia lah. Gossip dengan this one model nama Bella. Kau tahu ke?”

Aku pandang wajah Afiqah yang bersih itu sambil menggelengkan kepalaku.

            “Kau tanya salah oranglah. Manalah aku tahu siapa minah model nama Bella tu. Kau tak ingat ke aku struggle jugak cari info fasal budak Ben tu?”

Afiqah sudah tersengih mendengarkan jawapanku. Baru teringatlah tu.

            “Anyway, this paparazzi snapped a few pictures of them and komen yang diorang sangat rapat. Kau kan selalu pergi Prince Court visit Ben. Takkan kau tak pernah jumpa dengan model ni?” Soal Afiqah.

Dari posisi berbaring, aku sudah duduk menegak dan wajah Afiqah yang sedang menagih jawapan itu kupandang lama.

            “Selalu sangatlah kan aku pergi Prince Court tu jenguk si Ben. Aku baru pergi dua kali kot. Mana ada selalu. And aku tak pernah terserempak dengan model tu. Menjawab tak soalan kau tu?” Jawabku sambil kusyen kecil kubaling ke arah Afiqah tetapi disambut oleh Afiqah.

            “Frankly speaking, that kid looks hot in person.” Afiqah sudah tersengih-sengih nakal.

            “Hot pulak dah. Hari tu kau kata comel.” Sindirku.

            “Comel in gambar and hot in person.” Selamba Afiqah menjawab sambil kusyen kecil tadi dilontarkan semula ke arahku, tepat mengenai muka.

            “Sakitlah, mak cik!” Aku sudah terjerit kecil tetapi Afiqah hanya ketawa seronok.


***************************

Sewaktu aku melangkah masuk ke ruang lobi Prince Court Medical Centre, kelihatan setiausaha Benyamin, Muiz sudah menungguku. Awal betul encik setiausaha ini tiba. Sebaik sahaja aku berjalan menghampiri Muiz, dia tersenyum hormat.

            “Sorry, saya terlambat ke? Saya dari court actually.” Sapaku sambil anak mata melirik ke arah jam tangan. Aku masih ada 10 minit sebelum waktu yang telah dijanjikan. Atau jam aku ni terlewat?

            “No worries, cik Nuha. Cik Nuha awal sebenarnya. Saya pun kebetulan sampai awal ke sini.” Jawab Muiz sopan. Aku menarik nafas lega. Menepati masa adalah salah satu prinsip kerja yang aku cuba amalkan dan pertahankan selama ini.

            “Kita nak terus berjumpa Encik Benyamin ke?” Soalku.

            “Boleh juga. Kita terus ke bilik Encik Benyamin lah.” Jawab Muiz dan kami beriringan berjalan ke lif.

            “A To Z memang ada it’s own lawyer ke atau based on contract?” Aku bertanya pada Muiz sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam lif.

            “Kitorang tak ada lawyer sendiri tapi ada a few lawyers or associates yang selalu A To Z berurusan.” Balas Muiz.

            “Oh, macam tu rupanya. Tapi kali ini Encik Benyamin nak saya uruskan pasal patent dan copyright design baru kasut-kasut A To Z pulak? Saya rasa ini first time berurusan dengan A To Z.” Balasku pula.

Ingin tahu juga mengapa tiba-tiba A To Z mahu menggunakan khidmatku sedangkan syarikat ini sudah mempunyai senarai nama beberapa orang peguam yang selalu berurusan dengan mereka. Aku tiba-tiba teringat ekspresi wajah Benyamin ketika kali pertama aku datang bertemu dengannya di pejabat. Riak wajah kurang yakin dan kurang percaya dengan aku masih terpahat kuat di dalam ingatan.

            “Mungkin Encik Benyamin nak bertukar angin. Atau Encik Benyamin percayakan kebolehan cik.” Jawab Muiz tenang.

Pulak dah! Aku tidak menyoal lebih lanjut dan hanya mengikut langkah kaki Muiz menuju ke bilik VVIP suite yang menempatkan Benyamin yang sudah lebih seminggu ditahan di hospital. Pintu bilik diketuk oleh Muiz sebelum kami berdua melangkah masuk.

            “Encik…” Bicara Muiz terhenti sebaik sahaja kelihatan seorang wanita cantik sedang mengenggam erat tangan kanan Benyamin.

Sekali lagi, aku datang berjumpa dengan Benyamin pada masa yang salah walaupun di tempat yang betul. Aku terus memandang ke bawah, tidak tahu ke mana lagi patut kupandang.

            “Minta maaf, Encik Ben, Cik Bella. Kami tunggu di luar dulu.” Ujar Muiz dan menghantar isyarat mata ke arahku supaya aku turut beredar dari situ.

Oh, itulah Bella! Benyamin yang jelas terkejut, hanya terdiam seribu bahasa. Hanya si model cantik jelita yang bereaksi dengan terjerit kecil.

Aku dan Muiz duduk di bangku yang disediakan di luar. Keadaan hening di antara kami. Agaknya, memang betullah seperti apa yang diberitahu oleh Afiqah berdasarkan surat khabar yang dibacanya tempoh hari.
            “Saya minta maaf ya, cik Nuha. Kita tunggu sekejap.” Ujar Muiz.

            “Eh, bukan salah awak. Jangan risau, saya faham.” Balasku, tersenyum ke arah encik setiausaha yang sangat professional dalam kerjanya.

Tidak lama kemudian, kelihatan Bella keluar dari bilik yang menempatkan Benyamin. Langkah kakinya kelihatan laju walaupun memakai kasut bertumit setinggi tiga inci! Muiz mengajakku supaya bertemu dengan Benyamin.

            “Yang ini dokumen-dokumen penting yang encik perlu tandatangan.”Ujarku dan meletakkan fail jernih yang mengandungi dokumen-dokumen penting di atas meja beroda. Meja beroda tersebut ditarik rapat ke arah Benyamin yang sedang duduk di atas katil.

            “So, saya just tandatangan dekat bawah ni?” Soal Benyamin dan wajahku dipandang.

            “Ya, betul.” Jawabku.

Anak mataku memerhatikan Benyamin yang sedang menandatangani kesemua dokumen penting tersebut.

            “Ada apa-apa lagi?” Soal Benyamin sambil memerhatikan aku yang sedang menyemak semula dokumen-dokumen yang sudah ditandatangani oleh Benyamin sebentar tadi.

            “Tak ada.” Jawabku dan dokumen-dokumen tadi kusimpan semula ke dalam fail jernih.

Pintu bilik yang tadinya ditutup rapat, tiba-tiba ditolak kuat dari luar. Takkanlah ada angin taufan dalam kawasan hospital pulak?

            “Ben! You dah janji dengan I. I don’t care.” Bella muncul tiba-tiba dengan wajah yang masam mencuka.

Aku dan Muiz sudah saling berpandangan sesama sendiri. Drama apa pulak ni? Aku bertambah terkejut apabila menyedari Bella masuk ke dalam bilik dengan membawa beberapa orang paparazzi. Ah, sudah! Baik aku angkat kaki cepat-cepat sebelum drama swasta percuma bermula.

            “Bella. Behave yourself. Jangan buat hal dekat sini boleh tak? Kan I dah explain everything to you just now. You tak faham-faham lagi ke?” Tegas kedengaran suara Benyamin.

Geng paparazzi seronok mengambil gambar mereka berdua. Akalku sedang berfikir bagaimana aku mahu memboloskan diri memandangkan Bella berdiri betul-betul di hadapan pintu.

            “I tak faham, I tak nak faham. I nak kahwin dengan you jugak. Sekarang ni, depan reporters ni semua, I nak you bagitahu perkara yang sebenar dekat diorang. Macam apa yang you dah janji dengan I sebelum ni.” Bentak Bella.

Benyamin tiba-tiba memandang ke arahku yang masih berusaha mencari jalan untuk keluar dari situ secepat mungkin. Dia menghantar isyarat mata yang sukar aku fahami. Mamat ni dah kenapa pulak? Aku ingin cabut lari secepat mungkin daripada menjadi penonton drama Sinetron Indonesia di sini.

            “Fine. If you nak I tell the truth, I will. I will do that depan diorang ni semua if itu yang dapat puaskan hati you.” Balas Benyamin. Bella kelihatan tersenyum puas hati. Lensa kamera geng paparazzi kini difokuskan pada Benyamin.

           “I want to confess that I already have a woman that I want to marry after I got discharged. The woman is here, in this room.” Benyamin berjeda seketika. Senyuman Bella semakin melebar dan cahaya flash kamera menyerbu merakamkan wajah Benyamin dan Bella.

            “The woman is…

Bella semakin seronok, dia sempat melibaskan rambut perangnya yang panjang mengurai ke belakang. Aku dan Muiz sudah saling bertukar pandangan pelik.

            “Nuha Damia.”

Siapa pulak orang dalam bilik ni yang nama dia Nuha Damia? Aku bermonolog sendirian di dalam hati. Eh, kejap! Tu kan nama aku! Aku sudah melopong.

Anak mata bundar milik Benyamin digamkan padaku dan dia tersenyum manis. Bella sudah menghentakkan kakinya dengan wajah yang tersangat masam. Dia menjeling tajam ke arahku. Geng paparazzi sudah berlumba-lumba ke arahku dengan cahaya flash yang menyimbah-nyimbah ke arah wajahku. Hari ni bukan 1 April kan? Tolonglah seseorang kejutkan aku daripada mimpi yang tiba-tiba bertukar ngeri ini.


*************************************

            “Gelak, gelaklah puas-puas, mak cik. Serius, kau memang tak membantu langsung.” Sindirku geram melihat Afiqah yang sedang galak ketawa sambil menekan-nekan perutnya.

            “Kelakar gila, weyh. Patutlah aku sampai-sampai rumah nampak kau tengah rolling badan kau dari hujung sana sampai hujung situ. Lepas tu, siap buat lompat bintang lagi. Mula-mula aku ingat kau tengah buang tabiat.” Balas Afiqah selamba.

            “Tak ada benda yang kelakarlah.” Balasku sebal.

Afiqah masih ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Dia sempat menepuk-nepuk bahuku.
Sure this will be out in the newspaper tomorrow. Dekat internet pun the paparazzi dah put up the announcement. Habislah kau esok dekat office. Kau akan diserbu oleh geng Kiah Propa.” Usik Afiqah seolah-olah apa yang berlaku kepadaku petang tadi hanyalah satu sitkom yang selalu terjadi.

“Aku tak kiralah mamat tu designer terkenal ke, anak guam aku ke, aku nak saman dia jugak. Nak saman malu!” Suhu badanku mula mendidih naik. Kalaulah tadi aku dapat membelasah mamat itu secukup-cukupnya. Namun kutahan memandangkan geng paparazzi masih setia di situ. Aku tidak sanggup memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. Sekurang-kurangnya aku akan selamat pada malam ini. Tetapi esok? Ngeri!

“Saman malu is not the right choice la dear. Aku takut kau yang lagi malu nanti.” Balas Afiqah, serius.

Aku terdiam sebentar, memikirkan kata-kata Afiqah. Betul juga. Sudahlah keadaan huru-hara dengan berita Benyamin Ziqri, seorang pereka terkenal mahu mengahwini aku, seorang peguam biasa yang sangatlah tidak popular. Keadaan mungkin akan bertambah huru-hara nanti.

“Habis tu, aku nak buat apa ni?” Aku sudah mula terasa mahu menangis. Fikiranku sudah buntu. Aku sudah tidak nampak jalan keluar.

“Kahwin je lah dengan dia. No harm done. Lagipun, kau bukannya ada siapa-siapa yang dah cop pun.” Cadang Afiqah, bersahaja.

“Gila kau! Banyaklah kau punya no harm done.” Aku sudah terjerit kecil. Hendak berkahwin dengan Benyamin Ziqri yang aku sangatlah tidak mengenali personaliti lelaki itu? Sudahlah dia lagi muda daripada aku. Dingin, beku macam ais dekat kutub utara pulak tu. Isy, tak nak aku!

“Dah tu? Kau nak buat apa? Buat press conference? Lari?”

Aku terus terdiam dan melepaskan keluhan yang terasa sangat berat. Aku terus teringatkan keluargaku di Langkawi. Mungkin paling awal, esok hari mummy akan menelefonku. Ataupun malam ini, memandangkan adikku, Aqwa sangat rajin melayari internet. Agak-agaknya mummy pengsan tak? Abah? Abah akan membebel tak?

“Perempuan lain, beratur nakkan dia. Dia nakkan kau. Sebab tu aku kata no harm done. Kau tengok Bella tu. Siap usung reporters bagai tapi at the end kau pulak yang dapat Ben. Mau tak hangat minah tu.”

“Aku tak rasa Ben tu betul-betul nak kahwin dengan aku.”

“Kenapa pulak? Eh, dia siap confess depan reporters tu la. That means he takes it seriously. Kalau dia tak buat apa yang dia dah confess tu, memang geng paparazzi tu akan kejar dia sampai diorang dapat the real story.”

“Aku rasa Ben tu nak selamatkan diri dia sendiri sebab Bella terlalu mendesak. Disebabkan aku kebetulan ada dalam bilik tu, jadi dia bluntly je sebut nama aku. Semata-mata sebab nak selamatkan diri dia daripada terus diasak oleh Bella. Aku perasan dia ada hantar isyarat mata yang aku tak faham.”

Afiqah terdiam, mungkin kehilangan kata. Atau mungkin memikirkan sesuatu.

“Patutnya awal-awal aku dah angkat kaki dari situ. Sekarang ni, tak pasal-pasal aku kena heret sekali.”

“Ada satu lagi solution.”

Aku pandang Afiqah dengan wajah mengharap, mengharapkan kali ini betul-betul ada jalan keluar untukku.

“Kau jumpa Ben. Discuss dengan dia betul-betul. Tu yang terbaik buat masa ni.”

“Pergi hospital tu balik? Kalau geng paparazzi tu ada? Macam mana aku nak discuss?” Soalku lemah.

“Pandai-pandailah kau slips in macam kau pernah buat time kat uni dulu.” Afiqah sempat mengenyit mata ke arahku.


*********************************

            Suasana di dalam pejabat sudah riuh-rendah dengan suara Rina dan Laila yang bertanyakan itu dan ini. Surat khabar hari ini juga ditunjukkan kepadaku walaupun malam tadi Afiqah sudah menunjukkan benda yang sama yang telah dipaparkan di internet. Haru-biru sungguh!

            “Amboi, senyap-senyap ye, Nuha! Tup-tup, dah kena lamar dengan designer yang hot lagi famous di seantero Malaya.” Ujar Laila, seronok sambil bahuku dipeluk erat.

            Aku hanya tersenyum tawar. Kena lamar? Kena lamar apanya dengan cara macam tu. Itu namanya nak menyelamatkan diri sendiri.

            “Benyamin Ziqri ni dah macam artis tau, Nuha. Bukan dulu Nuha bagitahu kitorang yang Nuha tak nak kahwin dengan artis ke?” Soal Rina pula. Aku sudah mula pening kepala.

            “Sebab saya rasa designer tu bukan artis.” Jawabku. Takkan aku nak canang satu office yang Ben tu anak guam aku? Ataupun Ben buat macam tu sebab nak selamatkan diri daripada Bella? Mahunya lagi kecoh duo Laila dan Rina ini.

            “Isy, korang ni! Cukup-cukuplah bersoal-jawab dengan Nuha. Pening kepala dia. Let’s go back to our work now.” Tegur kak Aina.

            Aku memandang ke arah kak Aina, tersenyum sebagai isyarat terima kasih. Jam di dinding kupandang, berselang-seli dengan skrin telefon bimbit. Mungkin berita mengenai apa yang terjadi semalam agak lambat sampai di Langkawi memandangkan aku tidak menerima sebarang panggilan dari rumah melainkan pesanan ringkas daripada Aqwa malam tadi. Aku meminta adikku itu mendiamkan diri terlebih dahulu sebelum aku menyelesaikan semuanya dengan Benyamin hari ini.

            “Nak pergi mana, Nuha?” Soal Laila memandangkan aku sudah mencapai beg tangan di tepi meja dan menutup suis computer.

            “Ada appointment dengan client at 11 a.m. Sebelum tu nak jumpa bakal suami.” Jawabku bersahaja. Bakal suami? Huh! Mintak jauh! Namun, aku ikutkan juga rentak Laila. Laila sudah tersengih-sengih sambil sempat melambai-lambai ke arahku.

            Aku terserempak dengan Adam di dalam lif. Dia kelihatan kemas dengan kemeja berlengan panjang berwarna putih dan berseluar slack hitam.

            “Pergi court ke?” Sapaku, melihatkan pakaiannya.

            “Ha’ah. Ada hearing.” Balas Adam dan pintu lif tertutup secara automatik.

            “Nuha.”

            “Yup.”

            “Betul ke apa yang reporter tulis dalam surat khabar tu? Pasal awak dengan that famous designer?

Aku terdiam lama sehinggalah pintu lif terbuka. Soalan Adam kubiar tidak berjawab. Kami mengambil haluan masing-masing di tempat parkir kereta.


Aku tiba di perkarangan Prince Court Medical Centre. Mataku melingas ke kiri dan kanan. Risau juga jika ada geng-geng paparazzi lagi. Aku menarik nafas lega. Selamat! Aku terus masuk ke dalam kawasan hotel, mencari lif dan menekan butang nombor aras yang menempatkan VVIP suites.

            Jika kali pertama sewaktu aku datang berjumpa Benyamin di sini, aku berdebar-debar takut sewaktu hendak masuk ke dalam bilik ini. Sekarang? Aku rasa macam nak terus rempuh masuk ke dalam. Memikirkan idea itu kurang logik, aku mengetuk juga pintu sebelum melangkah masuk.

            Kelihatan Benyamin baru selesai diperiksa oleh seorang doktor lelaki dan jururawat. Mereka berdua sempat tersenyum penuh makna ke arahku sebelum berlalu keluar. Haih! Darah panas terasa menyerbu naik ke wajah.

            “Nuha.” Kedengaran suara Benyamin menegurku. Tiada lagi panggilan ‘Cik Nuha’ seperti selalu. Sah, mamat ni dah buang tabiat.

            “Or nak panggil kak Nuha?” Benyamin mengangkat keningnya.

            Aku sudahlah seperti termometer yang cecair merkurinya sedang mendidih naik, budak ni boleh pulak buat lawak antarabangsa dia yang tak lawak langsung itu.

            “Saya ada benda nak discuss dengan awak. This is a serious matter.” Balasku tegas dan terus duduk tanpa dipelawa.

            “Okay, sure.” Benyamin membetulkan sandar kepalanya pada kepala katil. Dia seolah-olah dapat menjangka kedatangan aku pada pagi ini.

            “Awak buang tabiat ke apa semalam? Orang tua-tua cakap, kalau orang yang tiba-tiba buang tabiat, maksudnya dah tak lama tu.” Sindirku geram. Tak kisahlah mamat ni nak terasa hati memandangkan aku sedang panas hati. Tanpa kuduga, Benyamin terus ketawa.

            “I don’t expect that to come out from a lawyer like you.” Balas Benyamin sebaik sahaja tawanya reda.

            “But, I do really mean what I said yesterday. I am a man of my words. Saya serius pasal semua benda yang saya cakap pada paparazzi tu semalam.” Raut wajah Benyamin bertukar serius seperti yang selalu ditunjukkan.

            “Saya peduli apa dengan apa yang awak cakap semalam. Who are you to mess with my life? Saya tak nak kahwin dengan awaklah.” Balasku geram.

            “Nope. Awak kena kahwin jugak dengan saya.” Balas Benyamin, bersahaja dengan raut wajahnya yang sangat menyakitkan hatiku.

            “Awak ingat saya tak tahu ke yang awak nak selamatkan diri awak sendiri daripada Bella? And you drag me along with it. Saya boleh saman awak tahu tak.”

            “Sure, go on with the legal action. I don’t bloddy care.”

Huh! Serius mamat ni hati keras, hati batu.

            “And yup, saya nak selamatkan diri daripada Bella. Puas hati?”

Sekarang aku betul-betul rasa nak cekik anak guam aku ni sendiri. Aku menahan diri dengan mengenggam kuat kedua-dua buku limaku.

            “Saya tak nak kahwin dengan awak. Noktah!” Suaraku sudah naik satu oktaf.

            “Kan saya dah cakap, you have to.”

            “Kenapa awak pasti sangat yang saya ni bukan orang lain yang punya?”

Benyamin tersenyum menyenget. Mungkin kalau perkara ini semua tidak terjadi antara kami, aku mungkin akan berasa berdebar-debar memandang wajah itu sekarang.

            “Firstly, there is no ring on your ring finger. That means you are not someone’s fiancĂ©e or wife. Girlfriend orang? I don’t think so.”

            “What make you to think so?” Aku sudah mengetap gigi.

Benyamin tidak menjawab dan mengangkat keningnya kembali. Mengundang kesabaran sungguh dia ni!

            “Look, there will be many negative implications to you if you don’t want to get married with me.” Anak mata bundar itu menikam wajahku.

            “Lelaki lain takkan nak masuk line dengan awak. In other words, awak takkan laku dah. Secondly, the paparazzi won’t stop chasing after you. Their camera’s flash will chase after you. Thirdly, the public already know about it. You will no longer live in peace. These are the implications, to name a few of them.

            Argh! Aku benci! Marah dan geram sudah bercampur. Kenapa lelaki ini begini? Aku teringat arwah ibu bapa Benyamin yang aku kenal sebagai orang kaya yang sangat berbudi pekerti. Anaknya? Huh! Budi bahasanya sudah ke laut.

            Aku memegang kepalaku yang sudah terasa berpusing-pusing. Janganlah aku pengsan di sini pula.

            “Fine. Let’s get married. But, with one condition.” Ujarku sambil merenung tajam ke arah wajah yang putih bersih itu.

            “Sure. Nak buat kontrak kahwin macam trend novel Melayu sekarang?” Sindir Benyamin.

            Aku terlalu penat untuk melayan sindiran Benyamin.

            “Bukan, kahwin kontrak tu mempersendakan konsep perkahwinan yang Allah dah susun cantik-cantik untuk hambaNya.” Benyamin terus terdiam.

            “Instead, I will make you suffer.”