Sunday 24 January 2016

Insomnia! 9




Bab 9
"Morning Jihan, Wafa." Tegur Tuan Malique sambil tersenyum mesra memandang aku dan Wafa.
"Eh, mor..morning!" Tergagap-gagap aku membalas dan anak mataku menangkap kerutan pada dahi Wafa.
"Yang you tiba-tiba nervous dengan I pagi ni kenapa?" Tuan Malique sudah berdiri di sisi mejaku.
"Hah? Eh tak ada." Pantas aku menjawab sambil tersengih.
"Ke you ada buat salah dengan I ni?" Tuan Malique sudah berpeluk tubuh memandangku. Pandangan tajam Tuan Malique membuatkan perutku terasa kecut.
"Isy, tak baik tuduh pekerja yang berdedikasi macam saya ni buat macam tu."
Tuan Malique ketawa.
"I tahu you pekerja yang berdedikasi."
Aku senyum tawar dan Tuan Malique berlalu. Terus aku menarik nafas lega.
"Please don't make it so obvious. Nanti that fella boleh hidu plan kita." Pesan Wafa perlahan sebelum dia berlalu ke pantri.
Serius aku tak berapa nak suka dengan Wafa versi ini. Bosan betul!

******
"Please act normal. Can you at least do that?" Sepasang anak mata milik Wafa Mikhael sudah memandangku tajam.
Yalah, sejak tadi aku tidak bosan-bosan menilik wajah milik Wafa tanpa sebarang bunyi.
"I'm trying to act normal." Jawabku dan jari-jemari kembali mengetuk papan kekunci laptop sambil menunggu ketibaan Datin Murni untuk perbincangan petang ini. Macamlah luak sangat kalau aku tengok muka dia tu lama-lama.
"Nama awak memang Wafa Mikhael ke?" Soalku dan wajah Wafa yang kelihatan serius membaca proposal di tangan itu kupandang lama semula.
"Awak nak tengok IC saya ke?"
Aku mencebik. Mentang-mentanglah identiti dia aku dah tahu, dia boleh berkelakuan sesuka hati.
"Manalah saya tahu. Selalu kan dalam movie, spy akan guna nama samaran, identiti palsu."
"You watched too many movies, lady." Wafa menggelengkan kepalanya sambil menyambung bacaannya yang terhenti sebentar tadi.
Eleh, aku tanya je. Takkanlah itu pun tak boleh.
Aku pandang cermin mata berbingkai hitam yang terletak elok pada hidung kecil milik Wafa. Ni memang pakai cermin mata sebab rabun atau sebab undercover? Selamba sahaja aku menarik keluar cermin mata itu.
"Apa ni, Jihan?" Jelas riak wajah Wafa berubah terkejut sebelum bertukar menjadi merah padam.
Aku tidak terus menjawab tetapi hanya membelek-belek sepasang cermin mata itu. Ceh, tak ada power rupanya. Konon-konon nak nampak macam mamat nerd lah tu.
"Saya pelik. Nama awak tak undercover pun tapi part yang nerd siap pakai cermin mata ni buat undercover pulak?" Aku memulangkan cermin mata itu kepada tuannya. Wajah Wafa yang masih merah padam itu kupandang. Rasa nak tergelak pun ada.
"Apa gunanya awak tengok banyak movie spy tapi part menyamar macam ni pun awak tak tahu." Sindir Wafa dan kembali menyambung bacaannya.
"Tanya pun tak boleh ke?" Aku menggumam sendiri.
"Sorry?" Kertas proposal tersebut diletakkan di atas meja.
Aku pantas menggeleng sambil anak mata digamkan semula pada skrin laptop. Masalahnya, satu patah perkataan pun tak boleh nak lekat dekat dalam kepala otak aku ni. Yang penuh dalam kepala otak aku sekarang ni, semuanya persoalan berkenaan Wafa Mikhael. Dia ni dah jadi penyumbang masalah insomnia aku sejak malam tadi pulak.
"Nama awak memang Wafa Mikhael eh?" Soalku sekali lagi menyebabkan dahi Wafa berkerut.
"Saya patut tunjuk dekat awak IC saya kan?" Wafa sudah meraba poket belakang seluar yang dipakainya. Gaya dah nak menarik keluar wallet milik dia.
"Eh tak payah, tak payah." Aku pantas menggelengkan kepala.
"Cuma..." Aku membiarkan ayatku tergantung di situ.
"Apa lagi ni Cik Jihan Sofea?"
Serius aku memang lagi suka Wafa Mikhael si mamat nerd lagi suci murni tu. Wafa yang itu nampak sangat baik dan suka ketawa. Wafa yang ini pulak, aku rasa macam orang asing.
"Yalah, saya rasa pelik kalau awak guna nama betul awak. Bukan bahaya ke?" Soalku lagi.
Wafa hanya menjungkitkan keningnya.
"Lepas tu awak ni memang dah lama tinggal dekat US ke?" Soalku lagi.
"Saya bukan jenis yang open up dengan orang hal-hal berkaitan peribadi ni." Jawab Wafa.
Aku mencebik.
"Awak ada nampak someone tak? Saya dah lama cari dia, dah lam tak jumpa dia." Ujarku dam wajah Wafa kupandang lama semula.
"Tuan Zaid ke?" Soal Wafa dan aku pantas menggelengkan kepalaku.
"Awak cari siapa?" Soal Wafa lagi.
"Saya cari assistant saya. Nama dia Wafa Mikhael. Dia mamat nerd yang baik, caring dan suka ketawa. Kalau awak jumpa dia, cakap dekat dia saya dah rindu nak jumpa dia." Balasku bersahaja.
Wafa kelihatan seperti mahu mengatakan sesuatu tetapi tidak ada sepatah perkataan yang keluar memandangkan Datin Murni sudah tiba dengan setiausahanya.