Friday 11 April 2014

Encik Kutub Utara 18


Bahagian 18


         Aku masuk semula ke pejabat pada hari ini. Riuh sebentar di ruang reception tadi apabila Rina dan Laila seronok mengusik dan berceloteh. Aku nampak Adam yang baru sampai dan terus melambai ke arahnya.

            “Eh, pengantin baru dah masuk office? Kan Sabtu ni ada majlis resepsi lagi kan?” Tegur Adam.

            “Siapa pulak kata pengantin baru tak boleh masuk office kan? Ha’ah, Sabtu ni jangan lupa datang pulak.” Balasku sambil tersenyum.

            “Eh, mestilah datang. Wedding reception orang famous tu.” Usik Adam dan aku ketawa kecil.

            “Congratulations! Lupa pulak nak cakap hari tu.” Tambah Adam lagi.

            “Thank you.”

            “By the way, accident case Benyamin tu, aku yang handle.”

            Aku pandang Adam yang kini sudah kelihatan serius.

            “So, macam mana? Accident tu memang planned by someone ke?” Soalku pantas.

            “Eh, mana boleh share details pasal client. Confidential lah.” Jawab Adam.

            Aku mencebik. Dah tahu sulit, lagi nak bagitahu dekat aku.

            “Nanti tanya Benyamin sendiri lah.” Balas Adam.

            “Yalah, yalah. Pergilah buat kerja tu.” Balasku sambil membuat gaya tangan menghalaunya ke meja kerjanya.

            Adam ketawa sebelum berlalu. Aku menarik laci meja dan mencari-cari planner kerja yang mungkin berada di situ. Jumpa pun! Patutlah cari kat dalam kereta tak jumpa. Keluar sahaja dari pejabat, aku ke tempat parkir kereta semula. Telefon bimbit dikeluarkan dari dalam beg tangan dan aku mendail nombor Benyamin.

            “Kata nak jumpa kak Seri sama-sama. Saya bukannya ingat butik dia dekat mana.” Ujarku sebaik sahaja panggilanku berjawab dan Benyamin menyuruhku pergi seorang diri.

            “Time ni lah awak kena belajar guna GPS. Dekat kad dia tu ka nada address. Lagipun butik dia senang nak cari. So, shouldn’t be a problem.” Jawab Benyamin.

            “Dah tu, awak tak payah nak buat final fitting baju ke? Nak terus ambil macam tu je ke?” Soalku lagi, malas bertelagah dengan orang yang sentiasa mahu menang.

            “No need. Hari tu pun dah fitting before tempah. Should be okay. Awak je lah yang buat final fitting. Manalah tahu dah makin membesar ke.” Kedengaran suara Benyamin ketawa.

            Aku mengetap bibir. Tak lawak langsung okey!

            “I’ve informed A To Z staff yang dekat Pavi tu. After jumpa kak Seri, awak boleh straight go there. Look for Imran, nanti dia bagi kasut yang saya pesan.” Tambah Benyamin lagi.

            Aku sudah menjulingkan biji mata ke atas. Mengarah, mengarah, mengarah. Menyampah betul!

            “Yalah, yalah. Oklah, saya nak drive ni.”

            Aku terus memutuskan panggilan dan menghidupkan aplikasi GPS. Selepas menaip alamat butik kak Seri yang merupakan wedding planner majlis resepsi di sebelah Benyamin, aku terus menukar gear dan memandu kereta keluar dari perkarangan parkir kereta.

           
            Berbual-bual dengan kak Seri yang peramah ini membuatkan hatiku senang sedikit. Pereka baju kahwin kami, Malique Jauhari atau lebih popular dikenali sebagai MJ turut ada bersama di butik kak Seri. Sementara menunggu kak Seri menelefon pihak hotel Hilton untuk memberitahu yang kami berdua akan ke sana pagi esok.

            “Nak kena piat telinga Ben ni. melampau betul suruh Nuha sorang je yang datang sini. Macamlah tak boleh nak datang kejap.” Bebel MJ.

            “Dia busy rasanya, MJ. Tak apalah, okey je I datang sorang.” Aku senyum.

            “Sorrylah I tak dapat attend reception you guys this Saturday. Esok malam I dah kena fly to Itali dah. Runaway kat sana bertindih tarikh dengan date korang.” Balas MJ lagi.

            “Tak apalah, MJ. Designer famous lah katakan.” Usikku dan MJ ketawa.

            “Tak adalah famous sangat. Ada ramai lagi yang lagi famous.” Balas MJ, merendah diri.

            “Frankly speaking, I suka tengok Ben kahwin dengan you. Bila hari tu artikel naik pasal Ben propose a girl, mati-mati I ingat Bella. Yalah setahu I, minah model tu memang asyik mengekor Ben je.” Ujar MJ sambil wajahku dipandang sekilas.

            “Bila baca betul-betul, rupanya orang lain. Terkejut pun ada sebab tak sangka. But, I am happy for both of you. You guys look great together. Congratulations!”

            “Thank you.”

            “I kenal Ben dari uni lagi. The only person yang selalu dengan Ben dari dulu sampai sekarang is Fiqrash. You dah jumpa best friend Ben tu?”

            “Dah.”

            “Fiqrash is a nice guy kan?”

            Aku sudah mahu terbatuk-batuk, nasib baik sempat ditahan.

            “Oh, Tengku Fiqrash tu pun satu uni dengan Ben jugak?”

            “Yup. Cuma different faculty la. Kitorang dekat Arts School and Fiq dekat Engineering School la. But, kitorang yang coursemate Ben memang kenallah Fiqrash. Sometimes we hang out together.”

            Aku hanya diam mendengar cerita MJ.

            “Amboi! Sembang apa rancak sangat ni?” Tegur kak Seri dan duduk di sebelahku.

            “Eh, rahsia lah kak Seri. Mana boleh bagitahu. Kan, Nuha?” MJ sengih memandangku.

            Aku turut sama tersenyum sambil menganggukkan kepala.

            “Nuha, akak dah inform Hilton yang esok kita nak datang sana. Kita jumpa management team dorang dulu. Sebab hari Jumaat kita dah nak start preparation dengan rehearsal dekat ballroom tu.” Beritahu kak Seri.

            “Okey, kak. Nanti Nuha bagitahu Ben.”

            “Susah betul akak nak contact Ben. Sibuk sangat ke dia?”

            “Sibuk jugak sebab hujung bulan ni nak keluar new collections for Spring.”

            Aku agak-agak je lah sebab hari tu terdengar Benyamin berbual di telefon dengan slang British Englishnya.

            “Kak Seri, Nuha, I got to go. Nice to meet you, Nuha. Kirim salam dekat Ben ya. Kak Seri, nanti tolong pass kan that white big box to Nuha ya. Thank you.” Ujar MJ dan bangun dari duduknya.

            “Passkan apa ni, MJ?” Soalku.

            “Your wedding gift. Congratulations again. Sorry tau tak dapat datang.” Jawab MJ.

            “It’s okay. Thanks a lot, MJ. All the best for your runaway.” Balasku tersenyum.

            “Thanks, Nuha.” MJ tersenyum sebelum melangkah keluar dari butik kak Seri.

            “Kalau fashion designer lelaki ni, memang mulut dia pot pet pot pet sikit, Nuha.” Balas kak Seri sambil tersenyum.

            Aku hanya sengih. Rasanya teori ni macam tak kena dengan Benyamin yang berat mulut tu.

            “Lepas ni Nuha nak kena pergi mana-mana lagi ke?” Soal kak Seri.

            “Nak pergi A To Z dekat Pavillion, nak amik kasut. Lepas tu, balik rumah rasanya. Or nak hangout dekat mana-mana cafĂ© dekat Pavi before balik rumah. Petang nanti ada appointment dengan spa pulak.” Jawabku.

            “Nervous ya resepsi dah nak dekat ni?” Soal kak Seri.

            “Nervous jugak, kak. Takut wedding grand macam ni, ada media lagi nanti.” Jawaku jujur.

            “Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar. Akak kan ada. Ala, yang media tu, buat biasa je. Tu memang dah kerja dorang. I am sure you will do fine. Yang penting, Nuha jangan stress-stress. Relax je.” Kak Seri menepuk-nepuk mesra bahuku.

            “Thanks, kak. Saya pun nak gerak dululah. Ni dah tengah hari ni, mesti jalan dah nak start jam. So, insya-Allah jumpa akak dekat Hilton pagi esoklah ya?” Balasku.

            “Ha’ah. Ajak Ben sekali kalau dia free. Hati-hati driving tu.” Pesan kak Seri dan menyerahkan kotak putih yang dipesan oleh MJ sebentar tadi.


            Sewaktu aku menunggu Imran menyediakan kasut yang sudah dipesan oleh Benyamin di butik A To Z, ada seorang wanita tinggi lampai melangkah masuk dan menghampiri aku yang sedang duduk di sofa.

            Dia bediri terpacak di hadapanku sambil berpeluk tubuh. Kaca mata hitamnya dibuka dan dia merenungku tajam. Siapa pulak ni?

            “Cik Bella, welcome.” Tegur salah seorang pekerja di dalam butik.

            Bella? Bella yang itu ke? Ah, sudah! Bella ni datang bawak bala jugak ke?

            “What a happy life, isn’t it?” Sindirnya tajam. Dia memandangku dari atas ke bawah sambil menghadiahkan senyuman mengejek.

            “Imran, lama lagi ke?” Soalku pada Imran yang berdiri di belakang kaunter.

            “Sebentar ya, Puan Nuha.” Jawab Imran, sopan.

            “Eh, hello! I tengah bercakap dengan you ni.” Bella sudah bercekak pinggang.

            “Oh, ya ke? Go on, I’m listening.” Balasku tenang. Padahal di dalam hati, mengomel. Lambat betul si Imran ni.

            “You ni siapa hah? Entah muncul dari mana. I yang sepatutnya kahwin dengan Ben. I yang sepatutnya sekarang tengah bahagia dengan dia. You sikit pun tak layak langsung dengan dia.” Bella memandangku sinis.

            “Mentang-mentanglah Ben tu famous, kaya, you nakkan dia pulak. Kalau dah jadi lawyer company dia, just stay as company lawyer la. Tak perlulah you nak goda dia. Perempuan tak sedar diri, mata duitan!”
            Beberapa pasang mata sudah memandang ke arah kami. Aku menahan rasa sabar. Ni yang aku malas ni. Malas nak jadi pelakon drama perdana.

            “Cik Bella, kita ni di tempat umum. Kalau cik Bella nak jadi watak drama perdana, silakan. Tapi, jangan libatkan saya.” Ujarku sambil menghadiahkan pandangan tajam kepada Bella.

            “Dan saya boleh failkan saman malu ke atas cik Bella. Di bawah Seksyen 3, Defamation Act 1957, bertarikh hari ini dan pada pukul 2.00 petang, cik Bella telah memfitnah dan menjatuhkan air muka saya di hadapan orang ramai.” Tambahku lagi, selamba.

            Pucat seketika wajah model ini. Tahu pun takut.

            Aku terus mengambil paper beg yang dihulurkan oleh Imran dan cepat-cepat berlalu keluar dari situ. Boleh tak nak puji diri sendiri yang Nuha Dhamia sangat cool hari ni? Siap main akta lagi. Betul ke akta yang aku sebut tadi? Hentamlah, bukannya minah tu tahu pasal law pun.

            Di dalam hati, aku turut berasa geram dengan Benyamin. Semua pasal mamat tu. Huh! Sabar Nuha, sabar!


******************************           

            “Uisy, dah gorgeous dah Mrs Benyamin kita ni.” Usik kak Seri yang baru masuk ke dalam bilik hotel.

            “Ada-ada aja akak ni.” Aku senyum.

            “Everything dah ready. Tunggu our lovely couple je yang belum ada. Nuha okay? Nervous lagi?” Soal kak Seri.

            “A bit.”

            “Kalau nervous, just grab your hubby’s hand tightly.”

            Aku angguk dan senyum.

            “Akak kena pergi ballroom balik. See you there.”

            Kak Seri mengatur langkah ke muka pintu dan aku terdengar dia berbual dengan Benyamin yang mungkin baru selesai bersiap.

            Benyamin melangkah ke arahku tanpa suara dan melabuhkan duduk di atas sofa.

“Beautiful dress.” Benyamin pandang ke arahku sekilas sebelum anak matanya melekat semula pada skrin tablet yang berada dalam pegangan.

            “Eleh, kalau nak puji saya cantik, cakap je lah. Ni nak puji bertapis-tapis pulak. Bukannya serbuk teh nak kena tapis-tapis.” Balasku selamba sambil tersengih.

            “Kenapa nak puji awak pulak? Mana boleh puji, nanti awak riak. Saya membantu awak nak membuang perasaan riak tu.” Jawab Benyamin dengan anak mata yang masih digamkan pada skrin tablet.

            Aku mengeluh melihat keadaan Benyamin. Mamat ni sebenarnya sedar tak situasi sekarang ni macam mana? Dari dalam bilik yang terletak di belakang ballroom hotel ini pun aku dapat menangkap bunyi riuh rendah dari luar.

            “Awak rasa kita sekarang ni berada dalam keadaan yang macam mana?”

            Aku tarik tablet tersebut daripada pegangan Benyamin. Sengaja. Itulah, generasi sekarang ini lebih banyak berkomunikasi dengan alat gajet, bukannya dengan manusia.

            “What’s wrong with you?”

            “Awaklah yang what’s wrong. Awak sedar tak yang sekarang ni majlis resepsi untuk sebelah pengantin lelaki pulak? Awak buat sambil lewa je macam tak ada apa-apa penting yang sedang berlaku.”

            Aku berhenti, menarik nafas dan mengumpul rasa sabar.

            “Bukanlah saya nak mengungkit, tapi semuanya saya uruskan sorang-sorang. Jumpa wedding planner, jumpa designer baju, fitting baju sorang-sorang, ambil baju, semua benda saya buat sorang-sorang. Sikit pun awak tak tanya, nak tolong lagilah tak. Datang untuk final check hotel ni pun awak tak ada. Nasib baik ada kak Seri temankan.”

            Aku berhenti lagi. Tubir mata mula terasa hangat. Isy, susah betul kalau kalenjar air mata ni aktif sangat. Nanti tak pasal-pasal rosak make-up.

            “Awak sibuk apa sangat sampai tak boleh nak temankan saya langsung?”

            Benyamin hanya diam memandangku. Riak wajahnya masih sama, tidak berperasaan.

            “Bukan dulu awak jugak yang cakap awak nak uruskan semua benda kan?” Soal Benyamin.

            Aku melepaskan keluhan kasar. Masalah betullah dia ni. Tak pandai langsung nak peka dengan perasaan orang lain. Hati dia tu hati batu ke apa?

            “Awak memang tak reti nak peka pasal orang lain ke? Sikit pun awak tak ada tanya, risau lagilah tak. Sudahlah saya kena kahwin dengan awak tiba-tiba, uruskan awak punya grand wedding yang macam-macam protokol saya kena ikut. Beranikan diri berdepan dengan media, dengan kumpulan peminat awak yang tak setuju awak kahwin dengan saya, dengan entah sapa-sapa lagi. Saya penat, saya takut tahu tak. For once, can’t you put yourself in my shoes?” Aku sudah mula menangis.

            Benyamin kelihatan cuak. Aku tak tahulah dia cuak sebab apa. Mungkin sebab majlis akan bermula tidak lama lagi dan mekap aku sekarang pastinya sudah rosak. Aku ingatkan dia hendak memujuk atau menenangkan, tetapi dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula menelefon seseorang.


            “Kak Seri, can you come in now? We have a little situation here. I think I have made my darling upset.”

Tuesday 25 February 2014

Encik Kutub Utara 17



Bahagian 17


Ada dua orang staff yang bertanggungjawab untuk membantuku di dalam bilik persalinan itu. Kak Emma merupakan jurusolek dan kak Puteri membantuku dengan persalinan dan juga tudung. Beranganlah sekejap merasa diri sendiri seperti artis. Eh!

“Untuk outdoor photography, selalunya kita akan guna natural make-up concept. Yalah,  nak sesuaikan dengan place setting. Baru akan bagi impak yang natural. Tambah pula wedding  dress Nuha ni warna putih.” Tutur kak Emma sambil membetulkan kedudukan veil di atas kepala.

“Untuk outdoor ni,  berapa pasang baju ni kak?” Soalku dan bangun dari kerusi yang menjadi tempat dudukku.

“Ada dua lagi.” Jawab kak Emma sambil anak matanya mengikuti langkah kak Puteri yang berjalan ke arah kami sambil membawa sepasang kasut berwarna putih.

“Dua?” Soalku dengan mata yang sudah membulat. Mak aih! Tu tak campur dengan yang indoor lagi. Aku ingatkan satu set ni je.

Kak Emma dan kak Puteri masing-masing ketawa.

“Yalah, Nuha. Lain props, lainlah bajunya. Lagipun, ramai orang nak tengok koleksi gambar korang berdua ni. Mana boleh pakai satu baju ni je.” Balas kak Puteri sambil tergelak kecil.


Aku keluar dari dalam bilik persalinan dan terus ke kawasan luar studio. Ayie sudah ada di situ dengan peralatan kameranya yang bermacam-macam jenis.

“Lamanya!” Komen Benyamin yang tiba-tiba sudah berdiri di sebelahku.

Aku terus berpaling ke sebelah. Dah tak larat nak marah dah. Memang hobi dia suka menggugurkan jantung aku. Benyamin juga sudah menukar bajunya. Dia turut mengenakan persalinan bertemakan warna putih; baju kemeja berlengan panjang berwarna putih dan berseluar hitam. Rambutnya turut digayakan naik ke atas, tidak menutup dahi hadapan seperti biasa. Ringkas, kemas dan Nampak bergaya. Cuma satu yang kurang, senyum.

“Eh,  mestilah lama. Nak pakai tudung lagi. Awak bukannya kena pakai tudung. Lagipun, bila husband menunggu isteri bersiap, boleh belajar erti kesabaran jugak tahu.” Balasku.

“Baiklah, puan peguam. Kalau bab bercakap, awak je lah yang nak menang.” Balas Benyamin, malas.

Tiba-tiba sahaja dia senyap dan wajahku dipandang lama. Aku mengerut dahi. Dia ni dah kenapa pulak?

“Cantiknya…” Dia berjeda sambil wajahku dipandang lagi sebelum anak matanya
jatuh pada gaun labuh yang tersarung di tubuh.

Terkebil-kebil aku memandang Benyamin. Betul ke telinga aku ni tengah dengar mamat ais ketul batu ni sedang memuji aku?

“…gaun awak.” Dia tersenyum menyenget. Kemudian, dia menggelakkan perubahan wajahku. Ceh! Kan aku dah kata, kalau tak mengenakan aku, bukan Benyamin namanya. Itu Ben 10!

            Ayu berjalan mendapatkan aku dan Ian. Sebelah tangannya membawa sejambak bunga.  Jambangan bunga ros hidup berwarna merah dan putih yang digubah cantik menjadi bunga tangan itu Ayu serahkan kepadaku.

“Kita gerak ke bawah pokok besar tu dululah. Kak Nuha okey ke nak jalan atas rumput ni?” Soal Ayu sambil anak matanya melekat pada tumit kasutku yang tingginya hampir mencecah lima inci.

Aku sengih. Mestilah boleh jalan, jalan perlahan-lahan macam si kura-kura. Biar lambat, asalkan selamat.

“It’s okay. I will help her. Jom, Nuha. Careful, watch your steps.” Tanpa sebarang isyarat, terus jari-jemariku digenggam erat oleh Benyamin.

Terus berderau darahku.Kulit wajah mula terasa panas. Tiba-tiba kutub utara terasa macam dah panas sikit. Agak-agaknya disebabkan masalah globalisasi yang makin berleluasa sekarang ini. Ah, sudah! Nuha Dhamia sudah mengarut.

Aku menoleh ke sebelah, cuba membaca riak wajah Benyamin. Gagal. Riak wajahnya masih begitu, tidak berperasaan.

“Heels awak tu dah lah killing. Saya tahulah saya ni handsome sangat tapi mata awak tu kena pandang depan. Nanti tak pasal-pasal jatuh pulak kat sini.” Kedengaran suara tanpa perasaan daripada orang di sebelah.

Aku terus buat-buat batuk. Alamak, dia nampaklah pulak! Mata dia boleh tengok berapa darjah sebenarnya ni? Takkanlah mamat ni spesies alien pulak? Okey, sekarang ni dah rasa macam kutub utara tadi kembali sejuk seperti biasa.

“Okay, ready!” Kedengaran suara Ayie sambil lensa kamera difokuskan kepada aku dan Benyamin. Nasib baiklah aku selalu mengikuti persembahan teater di university dahulu.Senanglah sedikit untuk bermain dengan ekspresi wajah. Benyamin yang sedang berdiri di hadapanku ini masih dengan wajahnya yang tidak mempunyai sebarang ekspresi itu.

“Kejap, kejap. Weyh, Ben! Kalau kau tayang muka macam tu bila nak propose anak dara orang, sah-sah bunga kau tu dia campak masuk dalam tasik tahu. Bagi itik makan.” Komen Ayie selamba sambil bercekak pinggang memandang Benyamin yang kelihatan kaku memegang jambangan bunga tangan itu.

Aku terus ketawa seronok. Terbaiklah, Ayie ni! Kalau Aqwa nak cari wedding photographer nanti, sah-sah aku akan rekomenkan Ayie ni.

“Lelaki yang nak propose, kenalah tunjuk expression that you are in love. Show  a happy expression. Kenalah nampak bahagia.” Tambah Ayie lagi.

Aku yang mendengar, tergelak-gelak lagi. Terus anak mata Benyamin tajam menikam wajahku.Yalah, dah tak berani nak gelak dah.

“Okey, kita try sekali lagi.” Ayie kembali ke tempatnya semula. Sempat lagi dia menepuk mesra bahu Benyamin.

Benyamin juga kembali ke posisi tadi. Berulang kali anak matanya memandang jambangan bunga yang berada di tangan dan juga aku yang sedang berdiri tegak di hadapannya.

“Senyum. Don’t show your icy cold expression. Senyum is the rule of thumb in photo shooting.” Ujarku. Kesianlah pulak aku tengok. Aku lagi kesiankan kaki aku yang sedari tadi penat berdiri terpacak di bawah pokok ini.

“Tahulah. I’m trying to collect my emotions right now.” Balas Benyamin.

Aku senyap dan memerhatikan dia. Tidak lama kemudian, tiba-tiba dia tersenyum lebar sehinggakan anak matanya menjadi kecil. Apabila jambangan bunga itu kusambut, terus tubuhku diangkat oleh Benyamin. Hah, aku pulak yang terkejut!

“Okay, great! That’s lovely. Let’s move to the next one.” Teriak Ayie, kelihatan sangat berpuas hati.

Benyamin menurunkan aku daripada dukungannya. Mamat ni memang suka buat benda ikut suka dia je.

“Awak ni berapa kilo sebenarnya?”Soal Benyamin tiba-tiba sambil memicit-micit lengannya.

“Hah? Kenapa pulak nak kena jawab pasal berat badan pulak ni?”

“Yalah. Badan nampak je macam kecik tapi berat. Awak ni berat apa sebenarnya??”

Aku memekakkan telinga dan terus berlalu ke dalam studio mencari Ayu. Kalau makin dilayan Benyamin itu, makin panas pula hati aku nanti.



Kali ini aku mengenakan blaus comel berwarna merah jambu gaya peplum yang dihiasi dengan ropol dan renda yang dipadankan dengan skirt labuh kembang bertanah putih dan berbunga-bunga kecil berwarna merah jambu. Shawl potongan half moon pula dililit kemas dan digayakan dengan cekak berbunga di bahagian tepi.

Aku duduk di atas sebuah kerusi yang disediakan sambil memerhatikan beberapa orang staf majalah yang sedang menyiapkan setting tempat, iaitu suasana berkelah di taman. Mengingatkan semula shooting yang menggunakan basikal tadi, aku terasa ingin ketawa semula.

Rupa-rupanya mamat tu tak reti tunggang basikal. Nasib baiklah aku dan dia tak sama-sama tumbang ke tanah. Terpaksalah scene menaiki basikal bersama-sama itu dikeluarkan daripada senarai.Yang tinggal hanyalah aku duduk bertenggek pada bahagian belakang basikal dengan Benyamin yang duduk di hadapan dengan menongkat basikal tersebut menggunakan kakinya. Ada lagi rupanya orang yang tak reti  nak tunggang basikal dalam zaman basikal Pixie ini.

“Kak Nuha, ready dah? Jom, kita boleh start sekarang.” Tutur Ayu sambil tersenyum.

“Okey. Ayu ada nampak Ben tak?” Soalku memandangkan aku tidak nampak Benyamin sejak tadi.

“Encik  Benyamin ada dekat dalam dengan Encik Azri. Dorang Nampak macam tengah discuss something. Oh, tu pun mereka!” Jawab Ayu apabila kelihatan Benyamin berjalan ke arah kami.

“Jom.” Ujarku dan spontan memeluk lengan Benyamin.

Berkerut dahinya memandang aku dan kemudiannya anak matanya jatuh pada tanganku yang berpaut pada lengannya.

“Kenapa? Ni, tengok ni. Heels ni tinggi sangat. Nanti kalau jatuh telungkup atas rumput,  awak jugak yang segan nanti.” Balasku bersahaja.

Benyamin diam sahaja sambil kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam
poket seluar.

“Okey, yang kali ini last outdoor scene. Lagi cepat kita habis, lagi better. Cuaca pun dah makin panas ni.” Beritahu Ayie.

“Baiklah. Untuk  shooting scene kali ini pula, kita gunakan picnic as the theme. Dalam bakul picnic ni ada sandwich dengan jus.” Terang Ayu pula.

Aku dan Benyamin melabuhkan duduk di atas tikar yang sudah terbentang, menunggu arahan yang seterusnya daripada Ayu. Mula-mula, kami diminta untuk duduk di atas tikar yang sudah siap dibentang di atas rumput.

“Portray a romantic picnic scene.” Ujar Ayie yang sedang berdiri memerhatikan aku dan Benyamin.

Erk! Nak buat apa ni? Tanganku pantas mencapai bakul rotan dan membuka penutup bakul. Aku mengeluarkan sandwich dan juga botol jus. Sandwich tersebut aku susun dengan kemas di atas pinggan putih. Jus juga dituang ke dalam cawan.

“Nah.” Aku suakan sepotong sandwich kepada Benyamin.

“Say aaa…” Aku menyuruh Benyamin membuka mulutnya. Pada mulanya dia kelihatan teragak-agak tetapi dia tetap membuka mulutnya.

“Okey, great! Continue, guys. I want to find a good angle.” Pinta Ayie.

“Your turn.” Sandwich yang berada di tanganku, diambil oleh Benyamin.

Aku membulatkan mata memandang lebihan sandwich yang sudah digigit oleh Benyamin tadi. Takkan nak sumbat sandwich ni sekaligus dalam mulut aku. Benyamin buat-buat tidak nampak dan memang itu yang dilakukannya. Mulutku sudah kembung dengan sandwich. Bertuah betul!

“How cute.” Kedengaran komen dari salah seorang staf yang turut memerhatikan kami. Comellah sangat. Dinding pipi aku dah rasa macam nak meletup.

Benyamin ketawa seronok melihat aku.

Walaupun anak mata menjeling Benyamin yang kelihatan tersenyum puas, aku masih berusaha menelan sandwich yang penuh di dalam mulut. Aku semakin membulatkan mata apabila Benyamin mengambil sepotong lagi sandwich darn mahu menyuapkan sandwich tersebut kepada aku. Mamat ni, biar betul!

Tanganku pantas memegang tangannya dan membawa sandwich tersebut ke mulutnya sendiri. Sedaya upaya aku memaksa supaya sandwich tersebut Berjaya disumbatkan ke dalam mulut Benyamin. Giliran Benyamin pula membulatkan matanya yang sudah sedia bulat itu. Giliran aku pula untuk ketawa puas walaupun Benyamin sedang menjeling tajam. Ringan tanganku menarik keluar sehelai tisu dari kotaknya dan mengelap tepi bibir Benyamin yang terdapat kesan mayonis.

“Okay, awesome! Korang berdua ni kebulur ke apa? Tapi, tak kisahlah. Yang penting those snaps are great.” Komen Ayie sambil ketawa kecil.

Aku pandang Benyamin dan dia pandang aku. Masing-masing menayang riak tidak berpuas hati. Kemudian, Ayu datang dengan membawa sebuah buku berkulit keras bersaiz A4.

“I want to add one more pose. Tapi yang ini untuk korang punya personal collections la.” Tambah Ayie tiba-tiba. Alamak! Ingatkan dah habis.

“Posisi macam tadi jugak tapi korang duduk side by side. This will be like a hidden kissing scene. Kita akan guna A4 sized book tu. Bila Ben dekatkan badan dengan Nuha nanti, hide both of your faces using that book.” Terang Ayie sambil mendemonstrasikan bagaimana buku tersebut akan digunakan nanti.

“Hah?” Gila! Aku terus pandang Benyamin tetapi dia memandang ke arah lain.

“Okay, sure. Kedengaran suara Benyamin memberi persetujuan.

Terus aku lipat maut kepala memandang Benyamin. Sure kepala hotak dia! Aku ni dia tak nak tanya dulu ke?

“Kenapa? Yang awak gelabah sangat ni kenapa?” Soal Benyamin sambil berpeluk tubuh. Dia tersenyum sinis memandangku.

“Tak ada sebab untuk awak gelabah unless awak suka dekat saya lah.” Tambah Benyamin sambil tersenyum menyenget.

“Eh, eh! Sila jangan perasan sangat ya, Encik Benyamin Ziqri. Fine, let’s do it!” Aku mengetap bibir menahan rasa geram dan segan. Cuaca yang mula terasa panas membuatkan hatiku menjadi semakin panas.


“You guys ready? We better start now. Matahari dah nak semakin terik ni.” Tutur Ayie sambil memandang aku dan Benyamin silih berganti.

“Okay.” Jawab Benyamin. Aku terus senyap. Dah tak tahu nak cakap apa lagi. Takkanlah nak lancarkan perang sesame sendiri dekat depan-depan orang ramai ni?

“Alright, then. 1,2,3, go!” Lantang Ayie bersuara.

Suasana senyap. Anak mata Benyamin kini digamkan pada wajahku, tak lepas. Sekali pandang, kitorang berdua ni dah macam tengah bertanding untuk ‘Eyes Staring Contest’. Aku perhatikan sahaja Benyamin yang kini perlahan-lahan mula mendekatkan wajahnya ke  arahku. Aku diam sambil memerhatikan lagi Benyamin yang kini sudah mengangkat buku bersaiz A4 itu untuk menutup wajah kami berdua. Wajahnya semakin mendekat dan dekat sehinggalah…

“Okay, great! Good job everyone. Jom kita masuk dalam.” Kedengaran suara Ayie dan aku terus menarik nafas lega. Sesak sungguh rasanya nak bernafas sebentar tadi. Benyamin menjauhkan wajahnya dan menjatuhkan buku yang digunakan untuk menutup wajah kami tadi.

Eh, kenapa muka dengan telinga dia merah ni?


***********

“Designer gown yang Nuha pakai ni is one of Encik Benyamin’s good friends jugak. Kalau pernah dengar nama AJ, dia lah yang design.” Cerita kak Ema sambil membetulkan kedudukan tiara kecil di atas kepalaku.

“Cantiknya, Nuha!” Komen kak Puteri dengan riak wajah yang sangat berpuas hati. Berkelip-kelip matanya memandang aku yang sedang menyarung kasut.

“Gaun ni yang cantik, kak Puteri.” Aku sengih. Yalah, gila tak cantik? Gaun labuh kembang ala princess yang berwarna putih susu ini sangat cantik. Elok sangat dengan tema Cinderella yang kumaklumkan kepada Ayu pagi tadi.

Benyamin? Sah-sahlah dia kena jadi watak putera raja. Ala, macam jalan cerita dongeng Cinderella tu. Aku tersenyum seorang diri apabila mengenangkan perbualan aku dan Ayu pagi tadi.

“Cinderella? Kenapa ya, kak? Sebab nanti kitorang nak kena letak caption for explanations kenapa akak bayangkan Encik Benyamin tu macam putera raja dalam fairy tale Cinderella tu.” Soal Ayu. Raut wajahnya sudah penuh dengan tanda soal.

Aku berjeda sebentar, berfikir bagaimana untuk menjelaskannya kepada Ayu. Aku masih ingat lagi ketika pertama kali aku dating ke bangunan A to Z. Dalam kepalaku terbayang pereka kasut iaitu Benyamin Ziqri itu seperti putera raja kisah dongeng Cinderella. Aku berimaginasi bahawa sesiapa yang menjadi isteri Benyamin nanti akan beruntung. Tidak perlu susah-susah untuk membeli kasut. Lagi seronok kalau dia yang tolong sarungkan kasut.

Namun, bila bertemu dua pasang mata dengan Benyamin, perangainya jauh sekali daripada watak putera raja Cinderella. Putera Frozen boleh lah. Selepas itu, aku terbayang karakter Avatar yang berwarna biru itu. Macam tak sesuailah pulak kalau nak mengikut tema Avatar kan? Kejam sangatlah pulak. Lagipun, Benyamin kan tak suka suasana atau mood ala-ala cerita dongeng ini. Sebab itulah aku memilih tema Cinderella. Aku hanya bercerita persepsi pertamaku mengenai Benyamin kepada Ayu. Itu sahaja, tiada penerangan lebih lanjut. Bahaya!

“Nuha, amboi! Sempat lagi termenung.” Kedengaran suara kak Puteri yang menegur mengembalikan semula ke dalam bilik persalinan itu.

“Yalah, kak. Gaun ni cantik sangat sampai orang yang boleh pakai pun boleh berangan jadi puteri raja.” Balasku sambil ketawa kecil.

“Yang penting, orang yang memakai ni yang lagi cantik. Sebab tu lah nampak cantik sangat.” Usik kak Ema.

“Yalah, Nuha dah boleh jadi Cinderella Malaysia. Kelas gitu. Ni kalah Cinderella versi cerita dongeng ni.” Usik kak Puteri pula.

Perbualan kami terhenti apabila Ayu masuk ke dalam bilik dan mengajakku keluar dari bilik itu memandangkan sesi fotografi akan dimulakan dalam masa lima minit lagi. Aku mengikut langkah Ayu keluar dari bilik itu dan aku terus mengecam satu figura yang sedang duduk di atas kerusi, sudah siap dengan tuxedo berwarna putih susu.

“Senyum. Bukannya susah nak tambah saham akhirat free kan?” Tegurku perlahan sambil melabuhkan duduk di sebelah Benyamin.

Benyamin terus berkalih ke arahku. Mak aii, muka dia! Ketat! Macam cicak tersepit dekat celah pintu. Siap jeling aku lagi tu.

“What kind of imagination is this? A Cinderella’s prince? You got to be kidding me.” Tutur Benyamin, perlahan tetapi sinis.

“Eh, suka hatilah. This is my imagination, not yours. Eh, bukan ke as a famous designer, you should treasure other people’s imagination too?” Balasku sinis, sedaya upaya menahan sabar. Nada suara masih cuba kukawal.

“Nuha, Ben, let’s start.” Suara Ayie yang memanggil kami itu mematikan niat Benyamin untuk bersuara semula.

Aku bangun dan pantas melangkah ke arah sofa yang sudah tersedia di satu sudut. Saat ini, aku sudah tidak kisah dengan kasut tumit tinggi yang tersarung di kaki. Di dalam hati, aku tidak henti-henti menyuruh diri sendiri supaya bersabar. Nuha Dhamia tak boleh mengalah. Tak ada maknanya nak makan hati dengan lelaki dingin macam dekat kutub utara tu. Makan nasi lebih bagus!

“Ayu dah brief saya tadi on this selected idea. Nuha’s one right?” Soal Ayie sambil anak matanya difokuskan kepadaku.

Aku angguk.

“Such a cute imagination. Let’s start.” Ayie mengambil tempatnya. Benyamin memandangku dengan pandangan matanya yang tajam itu dan aku buat-buat tidak nampak sambil melabuhkan duduk di atas sofa baldu berwarna merah itu.


Sesi fotografi dimulakan dengan aku duduk di atas sofa dan Benyamin duduk di atas pemegang tangan sofa tersebut memandangkan saiz sofa yang muat hanya untuk seorang. Dia diminta untuk meletakkan tangannya di atas bahuku.

Huh, tangan pun berat! Makan apalah agaknya dia ni? Aku sangat pasti yang tema Cinderella ini sangat membuatkan Benyamin tidak selesa dan tidak suka. Padan dengan muka dia!

“Ni our final shoot for Nuha’s theme. Kita akan masukkan scene penting Cinderella kat sini. Kita akan start dengan scene Nuha turun tangga tu and tinggalkan kasut kaca dia dekat situ.” Terang Ayie sambil menunjukkan ke arah tangga yang sudah dihias cantik.

“And we’ll end it with Ben pakaikan kasut kaca tu dekat kaki Nuha.”

Aku mahu tergelak melihat riak wajah Benyamin yang sudah berkerut-kerut.

“You had too much fairy tales, sister.” Bisiknya perlahan sambil berlalu mengikut Ayie ke sudut yang menempatkan tangga. Aku tergelak kecil seorang diri.


Sewaktu Benyamin menyarungkan kasut kaca tersebut ke kakiku, aku terasa ingin ketawa lagi. Hendak tak hendak sahaja dia memegang kakiku.

“Ben, kau dah nampak macam nak patahkan ankle Nuha. Cuba buat dengan lemah-lembut, full of love sikit.” Komen Ayie.

Aku tergelak  lagi.

“Very funny.” Sindir Benyamin sambil mencabut keluar kasut kaca tersebut.

“Ha’ah.” Jawabku selamba.

Benyamin buat-buat tidak dengar dan tiba-tiba dia memandang wajahku. Lama. Tiada pandangan mata tajamnya seperti biasa. Err, nampak macam love sparks. Huh, love sparks? Gila kau, Nuha!

“Great! Let’s move to our last theme.” Suara Ayie yang bergema itu mengejutkan aku. Aku pandang kasut kaca yang tersarung di kaki. Aku ni dah sewel ke apa? Apa yang mamat tu dah buat dekat aku?

*********************

“Back to school, huh?” Aku pandang Benyamin yang tersenyum menyenget itu sebelum anak mataku jatuh kepada uniform sekolah menengah yang tersarung di tubuh. Uniform pengawas pulak tu! Sengal punya Benyamin.

“Well, this is my imagination, not yours.” Balas Benyamin sambil menjungkitkan keningnya.

Dia membetulkan kedudukan cermin mata besar yang sedang dipakainya itu sambil tersenyum puas hati.

“Kenapa saya kena pakai uniform pengawas pulak ni?” Soalku tidak puas hati.

“Sebab mulut awak tu pot-pet pot-pet macam pengawas dekat sekolah saya dulu.” Jawab Benyamin dan terus meninggalkan aku. Aku membulatkan mata apabila Ayu datang dan menyerahkan beg sekolah kepadaku.


Sesi fotografi dimulakan dengan aku dan Benyamin masing-masing menggalas beg sekolah kami dan berjalan berpegangan tangan. Kemudian, Ayie menanbah satu lagi gaya iaitu ‘head lock’ yang perlu aku lakukan kepada Benyamin. Kata Ayie, dia nampak mood gaduh-gaduh sayang antara kami.

Head lock ya? Aku tersenyum lebar sambil memandang Benyamin. Dia buat-buat tidak faham.

“Awak boleh pilih level.” Bisikku kepada Benyamin.

“Level apa? Apa awak merepek ni?” Bisik Benyamin.

“Level of pain.” Jawabku, berusaha menahan ketawa apabila riak wajah Benyamin berubah.

“Awak jangan nak salah guna martial arts awak tu ya. Tak berkat nanti.” Balas Benyamin, pantas.

Aku terus ketawa, perlahan. Tahu takut!