Tuesday 25 February 2014

Encik Kutub Utara 17



Bahagian 17


Ada dua orang staff yang bertanggungjawab untuk membantuku di dalam bilik persalinan itu. Kak Emma merupakan jurusolek dan kak Puteri membantuku dengan persalinan dan juga tudung. Beranganlah sekejap merasa diri sendiri seperti artis. Eh!

“Untuk outdoor photography, selalunya kita akan guna natural make-up concept. Yalah,  nak sesuaikan dengan place setting. Baru akan bagi impak yang natural. Tambah pula wedding  dress Nuha ni warna putih.” Tutur kak Emma sambil membetulkan kedudukan veil di atas kepala.

“Untuk outdoor ni,  berapa pasang baju ni kak?” Soalku dan bangun dari kerusi yang menjadi tempat dudukku.

“Ada dua lagi.” Jawab kak Emma sambil anak matanya mengikuti langkah kak Puteri yang berjalan ke arah kami sambil membawa sepasang kasut berwarna putih.

“Dua?” Soalku dengan mata yang sudah membulat. Mak aih! Tu tak campur dengan yang indoor lagi. Aku ingatkan satu set ni je.

Kak Emma dan kak Puteri masing-masing ketawa.

“Yalah, Nuha. Lain props, lainlah bajunya. Lagipun, ramai orang nak tengok koleksi gambar korang berdua ni. Mana boleh pakai satu baju ni je.” Balas kak Puteri sambil tergelak kecil.


Aku keluar dari dalam bilik persalinan dan terus ke kawasan luar studio. Ayie sudah ada di situ dengan peralatan kameranya yang bermacam-macam jenis.

“Lamanya!” Komen Benyamin yang tiba-tiba sudah berdiri di sebelahku.

Aku terus berpaling ke sebelah. Dah tak larat nak marah dah. Memang hobi dia suka menggugurkan jantung aku. Benyamin juga sudah menukar bajunya. Dia turut mengenakan persalinan bertemakan warna putih; baju kemeja berlengan panjang berwarna putih dan berseluar hitam. Rambutnya turut digayakan naik ke atas, tidak menutup dahi hadapan seperti biasa. Ringkas, kemas dan Nampak bergaya. Cuma satu yang kurang, senyum.

“Eh,  mestilah lama. Nak pakai tudung lagi. Awak bukannya kena pakai tudung. Lagipun, bila husband menunggu isteri bersiap, boleh belajar erti kesabaran jugak tahu.” Balasku.

“Baiklah, puan peguam. Kalau bab bercakap, awak je lah yang nak menang.” Balas Benyamin, malas.

Tiba-tiba sahaja dia senyap dan wajahku dipandang lama. Aku mengerut dahi. Dia ni dah kenapa pulak?

“Cantiknya…” Dia berjeda sambil wajahku dipandang lagi sebelum anak matanya
jatuh pada gaun labuh yang tersarung di tubuh.

Terkebil-kebil aku memandang Benyamin. Betul ke telinga aku ni tengah dengar mamat ais ketul batu ni sedang memuji aku?

“…gaun awak.” Dia tersenyum menyenget. Kemudian, dia menggelakkan perubahan wajahku. Ceh! Kan aku dah kata, kalau tak mengenakan aku, bukan Benyamin namanya. Itu Ben 10!

            Ayu berjalan mendapatkan aku dan Ian. Sebelah tangannya membawa sejambak bunga.  Jambangan bunga ros hidup berwarna merah dan putih yang digubah cantik menjadi bunga tangan itu Ayu serahkan kepadaku.

“Kita gerak ke bawah pokok besar tu dululah. Kak Nuha okey ke nak jalan atas rumput ni?” Soal Ayu sambil anak matanya melekat pada tumit kasutku yang tingginya hampir mencecah lima inci.

Aku sengih. Mestilah boleh jalan, jalan perlahan-lahan macam si kura-kura. Biar lambat, asalkan selamat.

“It’s okay. I will help her. Jom, Nuha. Careful, watch your steps.” Tanpa sebarang isyarat, terus jari-jemariku digenggam erat oleh Benyamin.

Terus berderau darahku.Kulit wajah mula terasa panas. Tiba-tiba kutub utara terasa macam dah panas sikit. Agak-agaknya disebabkan masalah globalisasi yang makin berleluasa sekarang ini. Ah, sudah! Nuha Dhamia sudah mengarut.

Aku menoleh ke sebelah, cuba membaca riak wajah Benyamin. Gagal. Riak wajahnya masih begitu, tidak berperasaan.

“Heels awak tu dah lah killing. Saya tahulah saya ni handsome sangat tapi mata awak tu kena pandang depan. Nanti tak pasal-pasal jatuh pulak kat sini.” Kedengaran suara tanpa perasaan daripada orang di sebelah.

Aku terus buat-buat batuk. Alamak, dia nampaklah pulak! Mata dia boleh tengok berapa darjah sebenarnya ni? Takkanlah mamat ni spesies alien pulak? Okey, sekarang ni dah rasa macam kutub utara tadi kembali sejuk seperti biasa.

“Okay, ready!” Kedengaran suara Ayie sambil lensa kamera difokuskan kepada aku dan Benyamin. Nasib baiklah aku selalu mengikuti persembahan teater di university dahulu.Senanglah sedikit untuk bermain dengan ekspresi wajah. Benyamin yang sedang berdiri di hadapanku ini masih dengan wajahnya yang tidak mempunyai sebarang ekspresi itu.

“Kejap, kejap. Weyh, Ben! Kalau kau tayang muka macam tu bila nak propose anak dara orang, sah-sah bunga kau tu dia campak masuk dalam tasik tahu. Bagi itik makan.” Komen Ayie selamba sambil bercekak pinggang memandang Benyamin yang kelihatan kaku memegang jambangan bunga tangan itu.

Aku terus ketawa seronok. Terbaiklah, Ayie ni! Kalau Aqwa nak cari wedding photographer nanti, sah-sah aku akan rekomenkan Ayie ni.

“Lelaki yang nak propose, kenalah tunjuk expression that you are in love. Show  a happy expression. Kenalah nampak bahagia.” Tambah Ayie lagi.

Aku yang mendengar, tergelak-gelak lagi. Terus anak mata Benyamin tajam menikam wajahku.Yalah, dah tak berani nak gelak dah.

“Okey, kita try sekali lagi.” Ayie kembali ke tempatnya semula. Sempat lagi dia menepuk mesra bahu Benyamin.

Benyamin juga kembali ke posisi tadi. Berulang kali anak matanya memandang jambangan bunga yang berada di tangan dan juga aku yang sedang berdiri tegak di hadapannya.

“Senyum. Don’t show your icy cold expression. Senyum is the rule of thumb in photo shooting.” Ujarku. Kesianlah pulak aku tengok. Aku lagi kesiankan kaki aku yang sedari tadi penat berdiri terpacak di bawah pokok ini.

“Tahulah. I’m trying to collect my emotions right now.” Balas Benyamin.

Aku senyap dan memerhatikan dia. Tidak lama kemudian, tiba-tiba dia tersenyum lebar sehinggakan anak matanya menjadi kecil. Apabila jambangan bunga itu kusambut, terus tubuhku diangkat oleh Benyamin. Hah, aku pulak yang terkejut!

“Okay, great! That’s lovely. Let’s move to the next one.” Teriak Ayie, kelihatan sangat berpuas hati.

Benyamin menurunkan aku daripada dukungannya. Mamat ni memang suka buat benda ikut suka dia je.

“Awak ni berapa kilo sebenarnya?”Soal Benyamin tiba-tiba sambil memicit-micit lengannya.

“Hah? Kenapa pulak nak kena jawab pasal berat badan pulak ni?”

“Yalah. Badan nampak je macam kecik tapi berat. Awak ni berat apa sebenarnya??”

Aku memekakkan telinga dan terus berlalu ke dalam studio mencari Ayu. Kalau makin dilayan Benyamin itu, makin panas pula hati aku nanti.



Kali ini aku mengenakan blaus comel berwarna merah jambu gaya peplum yang dihiasi dengan ropol dan renda yang dipadankan dengan skirt labuh kembang bertanah putih dan berbunga-bunga kecil berwarna merah jambu. Shawl potongan half moon pula dililit kemas dan digayakan dengan cekak berbunga di bahagian tepi.

Aku duduk di atas sebuah kerusi yang disediakan sambil memerhatikan beberapa orang staf majalah yang sedang menyiapkan setting tempat, iaitu suasana berkelah di taman. Mengingatkan semula shooting yang menggunakan basikal tadi, aku terasa ingin ketawa semula.

Rupa-rupanya mamat tu tak reti tunggang basikal. Nasib baiklah aku dan dia tak sama-sama tumbang ke tanah. Terpaksalah scene menaiki basikal bersama-sama itu dikeluarkan daripada senarai.Yang tinggal hanyalah aku duduk bertenggek pada bahagian belakang basikal dengan Benyamin yang duduk di hadapan dengan menongkat basikal tersebut menggunakan kakinya. Ada lagi rupanya orang yang tak reti  nak tunggang basikal dalam zaman basikal Pixie ini.

“Kak Nuha, ready dah? Jom, kita boleh start sekarang.” Tutur Ayu sambil tersenyum.

“Okey. Ayu ada nampak Ben tak?” Soalku memandangkan aku tidak nampak Benyamin sejak tadi.

“Encik  Benyamin ada dekat dalam dengan Encik Azri. Dorang Nampak macam tengah discuss something. Oh, tu pun mereka!” Jawab Ayu apabila kelihatan Benyamin berjalan ke arah kami.

“Jom.” Ujarku dan spontan memeluk lengan Benyamin.

Berkerut dahinya memandang aku dan kemudiannya anak matanya jatuh pada tanganku yang berpaut pada lengannya.

“Kenapa? Ni, tengok ni. Heels ni tinggi sangat. Nanti kalau jatuh telungkup atas rumput,  awak jugak yang segan nanti.” Balasku bersahaja.

Benyamin diam sahaja sambil kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam
poket seluar.

“Okey, yang kali ini last outdoor scene. Lagi cepat kita habis, lagi better. Cuaca pun dah makin panas ni.” Beritahu Ayie.

“Baiklah. Untuk  shooting scene kali ini pula, kita gunakan picnic as the theme. Dalam bakul picnic ni ada sandwich dengan jus.” Terang Ayu pula.

Aku dan Benyamin melabuhkan duduk di atas tikar yang sudah terbentang, menunggu arahan yang seterusnya daripada Ayu. Mula-mula, kami diminta untuk duduk di atas tikar yang sudah siap dibentang di atas rumput.

“Portray a romantic picnic scene.” Ujar Ayie yang sedang berdiri memerhatikan aku dan Benyamin.

Erk! Nak buat apa ni? Tanganku pantas mencapai bakul rotan dan membuka penutup bakul. Aku mengeluarkan sandwich dan juga botol jus. Sandwich tersebut aku susun dengan kemas di atas pinggan putih. Jus juga dituang ke dalam cawan.

“Nah.” Aku suakan sepotong sandwich kepada Benyamin.

“Say aaa…” Aku menyuruh Benyamin membuka mulutnya. Pada mulanya dia kelihatan teragak-agak tetapi dia tetap membuka mulutnya.

“Okey, great! Continue, guys. I want to find a good angle.” Pinta Ayie.

“Your turn.” Sandwich yang berada di tanganku, diambil oleh Benyamin.

Aku membulatkan mata memandang lebihan sandwich yang sudah digigit oleh Benyamin tadi. Takkan nak sumbat sandwich ni sekaligus dalam mulut aku. Benyamin buat-buat tidak nampak dan memang itu yang dilakukannya. Mulutku sudah kembung dengan sandwich. Bertuah betul!

“How cute.” Kedengaran komen dari salah seorang staf yang turut memerhatikan kami. Comellah sangat. Dinding pipi aku dah rasa macam nak meletup.

Benyamin ketawa seronok melihat aku.

Walaupun anak mata menjeling Benyamin yang kelihatan tersenyum puas, aku masih berusaha menelan sandwich yang penuh di dalam mulut. Aku semakin membulatkan mata apabila Benyamin mengambil sepotong lagi sandwich darn mahu menyuapkan sandwich tersebut kepada aku. Mamat ni, biar betul!

Tanganku pantas memegang tangannya dan membawa sandwich tersebut ke mulutnya sendiri. Sedaya upaya aku memaksa supaya sandwich tersebut Berjaya disumbatkan ke dalam mulut Benyamin. Giliran Benyamin pula membulatkan matanya yang sudah sedia bulat itu. Giliran aku pula untuk ketawa puas walaupun Benyamin sedang menjeling tajam. Ringan tanganku menarik keluar sehelai tisu dari kotaknya dan mengelap tepi bibir Benyamin yang terdapat kesan mayonis.

“Okay, awesome! Korang berdua ni kebulur ke apa? Tapi, tak kisahlah. Yang penting those snaps are great.” Komen Ayie sambil ketawa kecil.

Aku pandang Benyamin dan dia pandang aku. Masing-masing menayang riak tidak berpuas hati. Kemudian, Ayu datang dengan membawa sebuah buku berkulit keras bersaiz A4.

“I want to add one more pose. Tapi yang ini untuk korang punya personal collections la.” Tambah Ayie tiba-tiba. Alamak! Ingatkan dah habis.

“Posisi macam tadi jugak tapi korang duduk side by side. This will be like a hidden kissing scene. Kita akan guna A4 sized book tu. Bila Ben dekatkan badan dengan Nuha nanti, hide both of your faces using that book.” Terang Ayie sambil mendemonstrasikan bagaimana buku tersebut akan digunakan nanti.

“Hah?” Gila! Aku terus pandang Benyamin tetapi dia memandang ke arah lain.

“Okay, sure. Kedengaran suara Benyamin memberi persetujuan.

Terus aku lipat maut kepala memandang Benyamin. Sure kepala hotak dia! Aku ni dia tak nak tanya dulu ke?

“Kenapa? Yang awak gelabah sangat ni kenapa?” Soal Benyamin sambil berpeluk tubuh. Dia tersenyum sinis memandangku.

“Tak ada sebab untuk awak gelabah unless awak suka dekat saya lah.” Tambah Benyamin sambil tersenyum menyenget.

“Eh, eh! Sila jangan perasan sangat ya, Encik Benyamin Ziqri. Fine, let’s do it!” Aku mengetap bibir menahan rasa geram dan segan. Cuaca yang mula terasa panas membuatkan hatiku menjadi semakin panas.


“You guys ready? We better start now. Matahari dah nak semakin terik ni.” Tutur Ayie sambil memandang aku dan Benyamin silih berganti.

“Okay.” Jawab Benyamin. Aku terus senyap. Dah tak tahu nak cakap apa lagi. Takkanlah nak lancarkan perang sesame sendiri dekat depan-depan orang ramai ni?

“Alright, then. 1,2,3, go!” Lantang Ayie bersuara.

Suasana senyap. Anak mata Benyamin kini digamkan pada wajahku, tak lepas. Sekali pandang, kitorang berdua ni dah macam tengah bertanding untuk ‘Eyes Staring Contest’. Aku perhatikan sahaja Benyamin yang kini perlahan-lahan mula mendekatkan wajahnya ke  arahku. Aku diam sambil memerhatikan lagi Benyamin yang kini sudah mengangkat buku bersaiz A4 itu untuk menutup wajah kami berdua. Wajahnya semakin mendekat dan dekat sehinggalah…

“Okay, great! Good job everyone. Jom kita masuk dalam.” Kedengaran suara Ayie dan aku terus menarik nafas lega. Sesak sungguh rasanya nak bernafas sebentar tadi. Benyamin menjauhkan wajahnya dan menjatuhkan buku yang digunakan untuk menutup wajah kami tadi.

Eh, kenapa muka dengan telinga dia merah ni?


***********

“Designer gown yang Nuha pakai ni is one of Encik Benyamin’s good friends jugak. Kalau pernah dengar nama AJ, dia lah yang design.” Cerita kak Ema sambil membetulkan kedudukan tiara kecil di atas kepalaku.

“Cantiknya, Nuha!” Komen kak Puteri dengan riak wajah yang sangat berpuas hati. Berkelip-kelip matanya memandang aku yang sedang menyarung kasut.

“Gaun ni yang cantik, kak Puteri.” Aku sengih. Yalah, gila tak cantik? Gaun labuh kembang ala princess yang berwarna putih susu ini sangat cantik. Elok sangat dengan tema Cinderella yang kumaklumkan kepada Ayu pagi tadi.

Benyamin? Sah-sahlah dia kena jadi watak putera raja. Ala, macam jalan cerita dongeng Cinderella tu. Aku tersenyum seorang diri apabila mengenangkan perbualan aku dan Ayu pagi tadi.

“Cinderella? Kenapa ya, kak? Sebab nanti kitorang nak kena letak caption for explanations kenapa akak bayangkan Encik Benyamin tu macam putera raja dalam fairy tale Cinderella tu.” Soal Ayu. Raut wajahnya sudah penuh dengan tanda soal.

Aku berjeda sebentar, berfikir bagaimana untuk menjelaskannya kepada Ayu. Aku masih ingat lagi ketika pertama kali aku dating ke bangunan A to Z. Dalam kepalaku terbayang pereka kasut iaitu Benyamin Ziqri itu seperti putera raja kisah dongeng Cinderella. Aku berimaginasi bahawa sesiapa yang menjadi isteri Benyamin nanti akan beruntung. Tidak perlu susah-susah untuk membeli kasut. Lagi seronok kalau dia yang tolong sarungkan kasut.

Namun, bila bertemu dua pasang mata dengan Benyamin, perangainya jauh sekali daripada watak putera raja Cinderella. Putera Frozen boleh lah. Selepas itu, aku terbayang karakter Avatar yang berwarna biru itu. Macam tak sesuailah pulak kalau nak mengikut tema Avatar kan? Kejam sangatlah pulak. Lagipun, Benyamin kan tak suka suasana atau mood ala-ala cerita dongeng ini. Sebab itulah aku memilih tema Cinderella. Aku hanya bercerita persepsi pertamaku mengenai Benyamin kepada Ayu. Itu sahaja, tiada penerangan lebih lanjut. Bahaya!

“Nuha, amboi! Sempat lagi termenung.” Kedengaran suara kak Puteri yang menegur mengembalikan semula ke dalam bilik persalinan itu.

“Yalah, kak. Gaun ni cantik sangat sampai orang yang boleh pakai pun boleh berangan jadi puteri raja.” Balasku sambil ketawa kecil.

“Yang penting, orang yang memakai ni yang lagi cantik. Sebab tu lah nampak cantik sangat.” Usik kak Ema.

“Yalah, Nuha dah boleh jadi Cinderella Malaysia. Kelas gitu. Ni kalah Cinderella versi cerita dongeng ni.” Usik kak Puteri pula.

Perbualan kami terhenti apabila Ayu masuk ke dalam bilik dan mengajakku keluar dari bilik itu memandangkan sesi fotografi akan dimulakan dalam masa lima minit lagi. Aku mengikut langkah Ayu keluar dari bilik itu dan aku terus mengecam satu figura yang sedang duduk di atas kerusi, sudah siap dengan tuxedo berwarna putih susu.

“Senyum. Bukannya susah nak tambah saham akhirat free kan?” Tegurku perlahan sambil melabuhkan duduk di sebelah Benyamin.

Benyamin terus berkalih ke arahku. Mak aii, muka dia! Ketat! Macam cicak tersepit dekat celah pintu. Siap jeling aku lagi tu.

“What kind of imagination is this? A Cinderella’s prince? You got to be kidding me.” Tutur Benyamin, perlahan tetapi sinis.

“Eh, suka hatilah. This is my imagination, not yours. Eh, bukan ke as a famous designer, you should treasure other people’s imagination too?” Balasku sinis, sedaya upaya menahan sabar. Nada suara masih cuba kukawal.

“Nuha, Ben, let’s start.” Suara Ayie yang memanggil kami itu mematikan niat Benyamin untuk bersuara semula.

Aku bangun dan pantas melangkah ke arah sofa yang sudah tersedia di satu sudut. Saat ini, aku sudah tidak kisah dengan kasut tumit tinggi yang tersarung di kaki. Di dalam hati, aku tidak henti-henti menyuruh diri sendiri supaya bersabar. Nuha Dhamia tak boleh mengalah. Tak ada maknanya nak makan hati dengan lelaki dingin macam dekat kutub utara tu. Makan nasi lebih bagus!

“Ayu dah brief saya tadi on this selected idea. Nuha’s one right?” Soal Ayie sambil anak matanya difokuskan kepadaku.

Aku angguk.

“Such a cute imagination. Let’s start.” Ayie mengambil tempatnya. Benyamin memandangku dengan pandangan matanya yang tajam itu dan aku buat-buat tidak nampak sambil melabuhkan duduk di atas sofa baldu berwarna merah itu.


Sesi fotografi dimulakan dengan aku duduk di atas sofa dan Benyamin duduk di atas pemegang tangan sofa tersebut memandangkan saiz sofa yang muat hanya untuk seorang. Dia diminta untuk meletakkan tangannya di atas bahuku.

Huh, tangan pun berat! Makan apalah agaknya dia ni? Aku sangat pasti yang tema Cinderella ini sangat membuatkan Benyamin tidak selesa dan tidak suka. Padan dengan muka dia!

“Ni our final shoot for Nuha’s theme. Kita akan masukkan scene penting Cinderella kat sini. Kita akan start dengan scene Nuha turun tangga tu and tinggalkan kasut kaca dia dekat situ.” Terang Ayie sambil menunjukkan ke arah tangga yang sudah dihias cantik.

“And we’ll end it with Ben pakaikan kasut kaca tu dekat kaki Nuha.”

Aku mahu tergelak melihat riak wajah Benyamin yang sudah berkerut-kerut.

“You had too much fairy tales, sister.” Bisiknya perlahan sambil berlalu mengikut Ayie ke sudut yang menempatkan tangga. Aku tergelak kecil seorang diri.


Sewaktu Benyamin menyarungkan kasut kaca tersebut ke kakiku, aku terasa ingin ketawa lagi. Hendak tak hendak sahaja dia memegang kakiku.

“Ben, kau dah nampak macam nak patahkan ankle Nuha. Cuba buat dengan lemah-lembut, full of love sikit.” Komen Ayie.

Aku tergelak  lagi.

“Very funny.” Sindir Benyamin sambil mencabut keluar kasut kaca tersebut.

“Ha’ah.” Jawabku selamba.

Benyamin buat-buat tidak dengar dan tiba-tiba dia memandang wajahku. Lama. Tiada pandangan mata tajamnya seperti biasa. Err, nampak macam love sparks. Huh, love sparks? Gila kau, Nuha!

“Great! Let’s move to our last theme.” Suara Ayie yang bergema itu mengejutkan aku. Aku pandang kasut kaca yang tersarung di kaki. Aku ni dah sewel ke apa? Apa yang mamat tu dah buat dekat aku?

*********************

“Back to school, huh?” Aku pandang Benyamin yang tersenyum menyenget itu sebelum anak mataku jatuh kepada uniform sekolah menengah yang tersarung di tubuh. Uniform pengawas pulak tu! Sengal punya Benyamin.

“Well, this is my imagination, not yours.” Balas Benyamin sambil menjungkitkan keningnya.

Dia membetulkan kedudukan cermin mata besar yang sedang dipakainya itu sambil tersenyum puas hati.

“Kenapa saya kena pakai uniform pengawas pulak ni?” Soalku tidak puas hati.

“Sebab mulut awak tu pot-pet pot-pet macam pengawas dekat sekolah saya dulu.” Jawab Benyamin dan terus meninggalkan aku. Aku membulatkan mata apabila Ayu datang dan menyerahkan beg sekolah kepadaku.


Sesi fotografi dimulakan dengan aku dan Benyamin masing-masing menggalas beg sekolah kami dan berjalan berpegangan tangan. Kemudian, Ayie menanbah satu lagi gaya iaitu ‘head lock’ yang perlu aku lakukan kepada Benyamin. Kata Ayie, dia nampak mood gaduh-gaduh sayang antara kami.

Head lock ya? Aku tersenyum lebar sambil memandang Benyamin. Dia buat-buat tidak faham.

“Awak boleh pilih level.” Bisikku kepada Benyamin.

“Level apa? Apa awak merepek ni?” Bisik Benyamin.

“Level of pain.” Jawabku, berusaha menahan ketawa apabila riak wajah Benyamin berubah.

“Awak jangan nak salah guna martial arts awak tu ya. Tak berkat nanti.” Balas Benyamin, pantas.

Aku terus ketawa, perlahan. Tahu takut!


13 comments:

  1. Yumihyra, saya perasan awk punya cerita mesti hero dia kind of cold-hearted.. pastu, sayang heroin but x tunjuk.. kira cinta dalam diam.. so cumilla awk... saya suka.. :D

    ReplyDelete
  2. teman suka hehehe

    ReplyDelete
  3. best.. cepat2 lar update.. i'll always waiting...

    ReplyDelete
  4. Sooo...cute la...terbaik...

    ReplyDelete
  5. sweet sgt..cumel..
    -ada

    ReplyDelete
  6. bestnyer...suka sangat2..

    ReplyDelete
  7. yumi.... bila nk terbit buku esmsc tu...

    ReplyDelete
  8. Best sangattttt :)

    ReplyDelete
  9. salam ...saye dah lama ikut semua cerita yg awk buat cuma ,...x comment je ..sbb saye x ada account google ...ni pun baru buat...harap awk cepatkan sikit pos sambungan n ..novel suamiku mat salleh celup tu bila nak keluar.ye?..dah keluar nanti sila maklum kan ye...

    ReplyDelete