Wednesday 12 December 2012

Encik Suami Mat Salih Celup? 12






Bab 12


Bilik tidurku yang sebelum ini kurasakan sangat luas, tiba-tiba terasa sempit pada malam ini. Sebab apa? Sebab dah ada roommate baru mulai malam ni. Leceh betullah! Dah tak boleh nak melompat-lompat dalam bilik sendiri. Tak boleh nak tidur ikut suka hati. Tak boleh buat itu dan tak boleh buat ini.

Anak mataku yang tadinya memerhatikan tingkah Ian yang sedang bersolat Isya’ kini kembali kepada menatap muka surat yang sama novel karya Dan Brown. Konon-kononnya nak membacalah sangat. Memang membaca, tetapi benda lain yang aku baca.

            ‘’ Where am I going to sleep ?’’ Soal Ian tanpa nada. Selesai urusan perjanjian tadi, angin monsun timur laut dia melanda dengan teruk.

            “Bawah ni.” Aku menunjukkan tilam air yang terletak di bawah.

            “Why I need to sleep here and you get to sleep on the bed?” Soal Ian tidak puas hati.

            “My room, my rules.” Jawabku selamba.

Kulit wajah Ian yang sememangnya putih kemerahan menjadi bertambah merah.

            “Eh, muka awak jadi merahla. Panas eh? Saya on aircond la.” Usikku.

            “No need.”

            “Ala, merajukla pulak.” Gumamku perlahan dan cuba menyembunyikan senyumanku.

            “Pardon?”

Eh, dia dengar ke tadi?

            “Amani, I am going back to England this Tuesday.” Beritahu Ian.

            “Hah?” Aku yang tadinya sedang berbaring sambil membaca, terus terduduk. Novelku sudah jatuh ke bawah katil.

            “Kenapa pulak? Kan kenduri untuk your side this coming Saturday?” Soalku. Nasib baik aku dah buat perjanjian dengan mamat ni awal-awal. Aku dah boleh agak dia ni mesti nak cabut lari punya!

            “I still have a few things to be settled, especially the architecture firm. Don’t worry, I’ll be back a day before our wedding reception.” Jawab Ian sambil memandang tepat ke arah wajahku.

            “Kalau awak tak balik jugak?” Soalku lagi. Aku was-was sebenarnya dengan dia ni.

Ian tiba-tiba tersenyum. Buang tabiat ke apa dia ni? Aku pulak yang rasa seram sejuk.

            “Then, you want to follow me?”

Pantas aku menggeleng. Tak hendak aku!

            “You have my word. I am coming back. I won’t run away.”

Aku senyap. Nak buat macam mana, takkan aku nak menjerit tak bagi mamat ni balik pulak kan? Aku kembali berbaring sambil menyambung bacaanku dan aku lihat Ian sudah merebahkan badannya. Suasana di dalam bilik terus senyap. Mamat ni dah tidur agaknya.

Aku terkejut apabila bukuku ditarik. Aku ingin bangun tetapi kepalaku terus berlaga dengan kepala Ian.

            ‘’Awak ni kenapa ? Sleep walking ke apa ?” Marahku sambil menggosok-gosok kepala sendiri yang terasa sakit. Keras betul kepala mamat ni! Kepala logam agaknya.

            “I can’t sleep.” Jawab Ian. Aku sudah membulatkan mata.

            “So, what you want me to do? Sing you a lullaby?” Sindirku. Laki aku ni memanglah buat lawak antarabangsa tengah-tengah malam ni.

            ‘’ Tolong teman tengok tv.’’

            ‘’Hah? Apa dia?” Aku salah dengar ke? Betul kan mat salih celup ni cakap bahasa Melayu ?

            ‘’Tolong teman tengok tv.’’ Ulang Ian satu persatu.

Aku terus ketawa menyebabkan wajah Ian menjadi merah.

            ‘’ Okay, okay. Jom.’’

Memang kitorang ni pasangan pengantin baru yang paling kelakar kot. Ada ke tengah-tengah malam, pengantin baru tengok tv ? Haih, memang buat rancangan Maharaja Lawak betul !

            “Awak memang selalu tidur lambat ya?” Soalku sambil anak mataku terpaku pada filem Pirates of the Carribean yang diulang tayang kembali.

            “Yup.”

            “Kenapa? Banyak kerja ke?”

Aku pelik sendiri. Nak cakap banyak kerja, Ian bukannya start kerja dekat sini lagi.

            “Nope. Jet lag I guess. I can’t adopt the changing of time.”

Ha’ah. Betul jugak! Kan waktu dekat UK lambat 7 jam dari Malaysia. Aku teringat sewaktu aku belajar dahulu, ada seorang kawan serumah denganku, selepas sebulan lebih barulah jet lag dia hilang.
Keadaan kembali sunyi sepi. Tambahan pula, ahli keluarga yang lain sudah tidur kerana kepenatan menguruskan persiapan kenduri. Aku sendiri sebenarnya sudah penat dan terasa sangat mengantuk.  Cuma encik suami yang dekat sebelah ni masih segar bugar.

            “Nanti bila awak dah nak masuk tidur, kejutkan saya tau.” Pesanku.

            “Sorry?”

Haih, susah cakap dengan mat salih celup ni.

            “If you’re done watching tv , please wake me up.”

            “Oh, alright.”

Aku mula memejamkan mata dalam keadaan duduk di atas sofa. Tidak lama kemudian, aku sudah tidak sedar apa-apa.


****************************************


Telingaku menangkap laungan azan Subuh dari masjid berdekatan. Aku terus duduk dan sepasang mataku mencari jam dinding bilik tidurku. Eh, tak ada pulak jam ni. Takkan dah lari pulak?

Kejap! Ni bukan bilik tidur aku! Aku mengerling ke sebelah dan kelihatan Ian sudah tertidur dalam keadaan duduk. Televisyen di ruang tamu masih terpasang. Aku jadi bingung seketika.

Ya Allah, rupanya aku tidur atas riba mamat ni ke?  Eh, tapi malam tadi aku tidur duduk. Aku sangat pasti ! Sebelum satu rumah bangun dan terkejut tengok kami berdua, baik aku masuk bilik. Aku terus bangun dan cepat-cepat ingin masuk ke dalam bilik tetapi kemudiannya berpatah semula ke ruang tamu. Macam manalah aku boleh lupa nak kejutkan encik suami sendiri ?


Aku yang masih ‘bercuti’ kerana tidak boleh solat, mula membaca Mathurat sementara Ian menunaikan solat Subuh. Usai solat Subuh, Ian merebahkan tubuh di atas tilam air dan menyambung tidurnya kembali. Aku yang menjadi pemerhati, hanya menggelengkan kepala.

            “Tidur lepas Subuh tak elok. Nanti rezeki lari.” Tuturku sambil menarik selimutnya.

            ‘’Hah ?’’

Haih, susahnya nak berkomunikasi. Sudahnya, aku meninggalkan Ian yang mahu menyambung tidurnya dan turun ke tingkat bawah. Kelihatan mama sedang menyapu laman rumah yang agak berselerak.

            “Eh, Iman! Dah bangun ke?” Sapa mama sambil tersenyum.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

            “Ian mana?” Soal mama.

            “Kat atas, sambung tidur balik.” Jawabku.

            “Yalah, mestilah dia penat tu. Dahla baru sampai dari England, terus sibuk dengan kenduri.”

            “Pagi ni kita nak buat breakfast apa, mama?”

            “Kita buat nasi gorenglah kot. Nasi putih semalam banyak betul lebihnya. Biar berat sikit breakfast pagi ni sebab family mak ngah dengan mak long nak balik dah. Boleh buat alas perut.”

            “Iman pergi dapur dulu la kalau macam tu.”

            ‘’Elok jugaklah tu. Rasanya mak ngah dengan mak long dah ada kat dapur tu. Boleh jugak Iman tolong-tolong apa yang patut.’’

Aku mengatur langkah ke dapur dan kelihatan mak ngah dan mak long sedang menyediakan bahan-bahan untuk memasak.

            ‘’Iman, awalnya turun pengantin baru kita ni !’’ Usik mak long.

Aku hanya tersenyum.

            “Mama kata pagi ni kita nak masak nasi goreng.” Balasku dan mencapai pisau di tepi singki untuk memotong lobak merah.

            “Ha’ah. Ala Iman, Iman duduk rehat je lah. Takkan mak ngah dengan mak long nak buli pengantin baru pulak.’’ Tambah mak ngah dan mengambil pisau yang kupegang.

            “Ala mak ngah, bukannya susah pun.”

            “Dah, dah, jangan degil. Bukan selalu boleh dapat layanan tuan puteri ni tau. Boleh dapat bila Iman baru kahwin je.” Aku sudah tergelak kecil.

Akhirnya, aku hanya duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan ibu-ibu saudaraku ini. Selesai memasak, aku membantu untuk menghidangkan sarapan pagi di atas meja makan.

            “Iman, Iman tolong amik extra plates dalam kabinet boleh?” Pinta mama.

            “Kabinet yang mana satu?” Soalku.

            “Yang sebelah fridge tu. Tapi tinggi sikitlah. Mama nak mintak tolong Angah, tapi dia tak bangun lagi.”

            “Tak pe lah, mama. Biar Iman ambilkan.”

Aku berlalu ke dapur dan membuka pintu kabinet yang agak tinggi sedikit untuk mengambil pinggan-pinggan. Aku cuba mencapai pinggan-pinggan tersebut tetapi tidak berjaya.

            ‘Hisy, susah betul jadi orang yang tak cukup tinggi ni.’

 Aku cuba pula menjengketkan kedua-dua belah kaki untuk mengambil pinggan-pinggan tersebut.
Tiba-tiba ada sepasang tangan lain yang muncul dari belakangku dan terus mengambil pinggan-pinggan tersebut dengan mudah. Agaknya Angah dah bangun kot! Aku memusingkan badan dan Ian sedang merenungku dangan tajam. Eh, bila masa mamat ni bangun?

            ‘’Why don’t you ask someone, who is tall enough to get those plates for you?” Tutur Ian dengan dingin.

            “Pagi-pagi macam ni tak elok bergaduh. Nanti rezeki tak masuk. Kalau nak gaduh jugak, tunggu tengah hari nanti ya’’ Balasku selamba dan mengambil pinggan-pinggan tersebut daripada pegangan Ian.
Aku ke ruang makan dan ketika itu sudah ramai ahli keluarga lain yang sudah berkumpul. Suasana agak riuh seketika. Ian datang dari dapur dan mengambil tempat di sebelahku.

            ‘’Nak coffee or tea ?’’ Soalku pada Ian. Dia menggelengkan kepalanya. Tangan kanannya sudah memegang teko yang mengandungi air basuh tangan dan tangan kiri sudah memegang gelas kosong. 

Takkanlah mamat ni nak…

            “ Awak nak buat apa ni?” Soalku sambil berbisik.

            ‘’I want to drink plain water.’’ Jawab Ian.

            “Itu air basuh tanganlah.” Jawabku cuba menahan gelak.

Kulit wajah Ian terus berubah menjadi merah padam. Aku terus mengalihkan wajahku ke arah lain. Terasa mahu ketawa sekuat hati tetapi dalam masa yang sama, terasa kasihan pula melihat riak wajah Ian yang terkebil-kebil itu.

            “Iman, Iman.” Panggil Angah yang duduk di sebelah kiriku sambil menyiku pinggangku.

            “Apa main siku-siku ni?” Balasku geram.

            ‘’ Ian mengaduh sakit pinggang, sakit leher. Korang buat apa malam tadi?” Soal Angah sambil tersengih.

            ‘’Mana ada buat apa-apa.’’ Jawabku. Isy, abang aku yang sorang ni! Pagi-pagi macam ni dah tanya soalan luar silibus. Otak dia ni mesti kena rendam dengan clorox supaya putih suci.

            ‘’Yalah tu.’’ Angah sudah tersengih nakal.

            “Otak tu kan, memang kena rendam dengan Clorox mama tau. Kalau tak putih lagi, memang kena hantar pergi dobi. Gatal !’’ Sudu yang pegang, kugunakan untuk mengetuk kepala Angah.

            “Mama, tengok Iman ni. Ada ke dia letuk kepala Angah dengan sudu.” Adu Angah.

            ‘’Angah ni yang cari pasal dulu. Lepas tu nak salahkan Iman pulak.’’ Aduku pula.

            ‘’Korang ni tak sudah-sudahnya nak bergaduh.’’ Balas mama sambil menggelengkan kepala.

            ‘’Ian, watch out tau. Iman ni memang suka letuk kepala orang dengan barang.’’ Ucap Angah. Ian hanya tersenyum.

            “Iman, what is the meaning of letuk?” Soal Ian kepadaku sambil berbisik.

Aku sudah menepuk dahi. Haih, laki aku ni la!



*****************************


Pagi Isnin itu aku dan Ian menerima panggilan daripada umi Ian. Umi meminta agar kami berdua ke rumahnya.

            “Iman, Ian, nanti kirim salam dekat umi korang ya.” Pesan mama.

            “Insya-Allah, mama. Betul ni mama tak nak ikut sekali?” Soalku.

Mama hanya menggeleng sambil tersenyum.

            “How do we get to umi’s house?” Soal Ian yang kelihatan agak bingung sambil memerhatikan aku yang sedang menyarung flats.

            “By car. Isn’t is obvious?” Soalan Ian kubalas dengan soalan juga. Mat salih celup ni, pagi-pagi indah ni dah tanya soalan lawak.

Aku mengeluarkan kunci kereta dan mengatur langkah ke arah kereta Mini Cooper merah yang terparkir di garaj.

            ‘’Get into the car.’’ Ujarku sambil mebuka pintu pemandu.

Tiba-tiba Ian menghulurkan tapak tangan kanannya ke arahku.

            “Apa?” Soalku pelik.

            “Car key.” Jawab Ian.

            “Kenapa pulak?” Soalku lagi.

            “Let me drive. I don’t really trust you in driving, especially on how to park a car.”

Aku mendengus. Mesti dia menyindir aku lah tu. Mentang-mentanglah sebelum ni dia yang tolong parkingkan kereta Angah yang lagi besar dari cik Mini aku ni. Dengan separuh rela, aku menghulurkan kunci kereta kepada Ian dan mengambil tempat di sebelah pemandu.

            ‘’But, you need to help me with the directions. I’m not so familiar with the road, at least for now.” Beritahu Ian.

Pulak dah! Macam-macam hal!


Kedatangan aku dan Ian disambut dengan riang oleh umi dan walid yang sedang berkebun di luar. Sweet sungguh aku tengok ibu bapa mertua aku ni.

            “Mama kirim salam, umi.” Beritahuku sambil bersalam dengan umi.

            “Kenapa tak ikut sekali?” Soal umi.

            “Mama nak temankan kak Nisa. Kak Nisa tu tengah menunggu masa nak deliver je. Along pulak hari ni kena turun Seremban.’’ Jawabku.

            ‘’ Semalam wedding planner tu call umi. Dia suruh ambil baju korang hari ni. Nak fitting lagi sekali. Kalau dah okay, terus boleh ambil.” Balas umi.

            “Oh, ha’ah. Mestilah kena settlekan hari ni sebab esok Ian nak balik London.”

            “Tulah, Ian ada bagitahu umi. Umi pun hairanlah dengan dia, takkan hal kat sana tak settle-settle lagi. Asyik nak kena ulang-alik banyak kali.”

            “Adalah tu hal yang tak settle lagi. Lagipun kan Ian memang dah lama sangat duduk dekat sana. Bila nak pindah balik sini, mesti macam-macam hal yang Ian kena uruskan.”

Aku memandang wajah lembut umi sambil tersenyum. Sebenarnya aku nak menyedapkan hati sendiri. Takut jugak kalau Ian betul-betul tak balik sini.

            “Iman tak ikut sekali ke? Boleh jalan-jalan dekat sana.”

Aku membuang pandang ke arah Ian yang sedang berbual dengan walid.

            “Tak, umi. Sebab Iman pun kena pergi butik esok. Weekend ni pun ramai orang nak kahwin, jadi kitorang pun sibuk sangat. Iman kena jugak turun padang sebab kesianlah pulak dekat dorang yang dekat butik tu.”

Umi kelihatan mengangguk-angguk sambil membelek pokok bunga orkidnya. Aku berbual-bual sebentar dengan umi sehinggalah Ian mengajak aku untuk ke Damansara. Kami perlu berjumpa dengan wedding planner dan mengambil baju kahwin.


            “Disebabkan saya penat mulut kena jadi GPS hidup awak, kita kena mintak bantuan Wonderpets.” Tuturku sewaktu aku dan Ian sudah berada di dalam kereta.

            “Wonderpets?” Soal Ian.

Aku menangguk dan mengeluarkan iPhone 4s yang merupakan barangan hantaran daripada Ian. Aplikasi GPS aku hidupkan dan kuletakkan di atas dashboard.

            “Yalah, Wonderpets kan sentiassa menyelamatkan binatang. So, GPS yang selalu menyelamatkan orang yang sesat ni, sama jugaklah macam Wonderpets.” Jawabku bersahaja.

Tiba-tiba Ian ketawa, sehingga merah wajahnya.

            “What so funny?” Soalku.

            “You.”

Aku mengerutkan dahi.

            “Huh?”

            “Cartoon overdose.”

Ian masih lagi ketawa. Aku sudah menggigit bibir. Amboi, seronok betul menggelakkan aku.

            “Cepatlah jalan. Nanti jalan jam. Gelak banyak-banyak nanti ilmu keluar.’’

            “I’m not a student anymore. So, no need to worry.”

Isy, dia ni. Dah pandai menjawabla pulak!

9 comments:

  1. akhirnya :D
    rajin rajin lah update :D

    ReplyDelete
  2. Salam semua.
    Terima kasih kerana sudi membaca :D
    And sorry sesangat sebab lambat update on latest bab ni. Since last week saya tersangat sibuk.

    ReplyDelete
  3. best..dah lama tunggu cite ni ...
    alhamdulilah dapat juga tgk ari ni..
    raji2 la up date cite ni... saya tertunggu cite ni bila nak keluar..

    tq writer for a best novel you provide for us..

    ReplyDelete
  4. best....br jumpa this blog
    nice..hhehe..sori salam

    ReplyDelete
  5. double thumbs up :-)

    ReplyDelete