Monday, 3 December 2012

Encik Suami Mat Salih Celup? 11






Bab 11



            “Alhamdulillah.” Mama mengucap syukur. Aku turut mengucap syukur di dalam hati.

Tok kadi menadah kedua belah tangan dan mula membacakan doa. Para hadirin yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman-teman rapat turut menadah tangan, mengaminkan doa. Selesai bacaan doa, Ian yang lengkap berbaju Melayu putih susu datang mendapatkanku. Dia duduk berlutut di hadapanku dan mengeluarkan sebentuk cincin daripada kotak cincin.

            “Dalam phone semalam saya dah pesan suruh awak practice akad tu kan?” bisikku, geram.

Macam mana aku tak geram, mat salih celup ni tergagap-gagap nak menyebut lafaz akad tadi. Memang tak adalah nak sah dengan satu lafaz. Nasib baik tok kadi tadi tu baik orangnya. Tersenyum-senyum tok kadi tadi melihat Ian.

            “I did.” Jawab Ian.

            “Yalah tu.” Gumamku.

            “Ian, bisik apa lagi tu? Sarung cincin cepat. Lepas ni, korang berbisiklah sampai ke malam.’’ Usik Angah.

Aku menjegilkan biji mata ke arah Angah. Mulut dia ni memang tak ada insurans Takaful langsung ! Seperti biasa, Angah hanya tersengih. Aku dan Ian saling bertukar cincin.

            ‘’Iman, salam tangan Ian tu.’’ Bisik mama yang disebelah pula. Lensa kamera pula sedari tadi difokuskan kepada kami.

            “Cium dahi Iman tu, Ian.” Bisik umi pula.

            Aku dan Ian saling berpandangan. Umi masih memerhatikan kami berdua. Dengan teragak-agak, Ian mendekatiku dan satu ciuman singgah di dahi. Selepas itu, aku dan Ian mendapatkan ahli keluarga dan bersalaman. Pelbagai pesanan yang disampaikan kepadaku terutamanya daripada mama. Air mataku menitik juga ketika berpelukan dengan mama dan papa.

            “Lepas ni tak boleh nak nakal-nakal lagi tahu. Behave yourself. Hormat Ian tu. Bukan mudah nak melayari bahtera rumah tangga. Bekalnya, mesti diiringi dengan doa, kesabaran, saling memahami dan tolak-ansur.” Pesan mama. Jari-jemariku yang merah berinai digenggam erat.

            “Macam mama dengan papa ya?” Usikku.

            “Tengok tu, mama serius, dia boleh main-main lagi.”

Aku ketawa kecil tetapi air mataku menitis juga. Kami berpelukan sekali lagi. Mama turut berpesan benda yang sama dengan Ian.

            “Iman, umi harap Iman boleh terima anak umi yang tak sempurna ni.” Ucap umi pula.

            “Umi ni, janganlah cakap macam tu. Ian tu sempurna je Iman tengok.” Jawabku dan umi ketawa.

            ‘’Iman tolonglah Ian ya. Umi doakan Ian dan Iman kekal bahagia hingga ke jannah.’’

Aku mengaminkan di dalam hati dan kami berdua berpelukan.



Selesai majlis akad nikah di masjid, ahli keluarga sibuk pula dengan persiapan untuk kenduri kahwin esok yang diadakan di rumah keluargaku ini. Petang itu, kami sibuk mengisi telur rebus ke dalam sarung bunga telur. Ian sudah pulang ke rumah keluarganya.

            “Weyh, lawak gila laki kau.” Bisik Auni sambil tangannya ligat memasukkan telur rebus ke dalam sarungnya.

            “Tak lawak weyh. Aku dah berbuih mulut pesan suruh dia praktis. Kau rasa memang patut kan aku geram?”

Auni hanya ketawa.

            “Kalau ikutkan dia, dia tak nak guna bahasa Melayu. Memang dapat ceramah free lah dari aku. Aku siap pesan lagi kena mertabatkan bahasa ibunda sendiri. Itupun kalau dia faham bahasa ibunda tu apa.”

Auni ketawa lagi.

            “Yang kau ni kenapa? Aku tengah geram ni kau boleh seronok jadi tukang gelak pulak. Ingat aku buat lawak ke?”

            “Sorry, sorry. Tapi korang serius comel plus lawak. Macam kartun Tom and Jerry.”

            “Kau ni memang terlebih dos cerita kartun.’’

            ‘’Memanglah terlebih. Kan anak-anak saudara aku tengah ada kat rumah mak aku sekarang ni. Memang aku menumpang sekakilah tengok kartun.’’

            ‘’Kau ni tak membantu langsunglah.’’

            ‘’Apa pulak tak membantu ? Aku tengah tolong kau isi bunga telur kan sekarang ni ?’’

Pantas pinggangnya kucubit. Loyar buruk betul !

            ‘’Iman, yang penting majlis akad nikah tengah hari tadi berjalan lancar kan ? Alhamdulillah la tu. Puan Iman, awak tu dah jadi isteri orang tau. Lepas ni kena bawak-bawakla bersabar dengan suami awak tu. Nanti nak bukak kelas bahasa Melayu dengan dia, lagi kena banyak bersabar.’’ Balas Auni serius.

            ‘’Cakap pasal kelas bahasa Melayu, aku dah ada idea.’’ Balasku sambil tersenyum.

Auni memandang wajahku.

            “Aku nak buat agreement dengan Ian. Agreement supaya dia tak lari dari sesi pembelajaran dengan aku.”

Mulut Auni sudah ternganga.

            ‘’Seriously ?’’

Aku angguk.

            ‘’Nanti aku nak mintak tolong Angah authorize agreement tu. Ian tu sneaky kot. Buatnya nanti dia lari balik England, jenuh aku nak kena cari macam hari tu.”

            ‘’ Gila lah !’’

            ‘’ Gila tak gila, tapi malam esok aku nak bagitahu benda ni dekat Ian. Sebelum dia lari, baik aku bagitahu dia awal-awal. Agreement letter aku dah siapkan, tinggal nak sign je. Tak sia-sia kita belajar Company Law kat uni dulu.’’

Auni hanya mampu menggelengkan kepalanya. Kalau mama tahu, mesti kena marah!


************************************

Keadaan rumah keluarga lebih sibuk pada hari ini berbanding semalam. Mama dan papalah orang yang paling sibuk sekali. Abang-abangku yang dua orang itu tidak kurang juga sibuknya. Kenduri di sebelah pihakku menggunakan warna krim sebagai warna utama yang digabungkan dengan warna-warna pastel. Kenduri di sebelah Ian akan diadakan pada minggu hadapan.

Ketika mak andam sedang mengemaskan lilitan tudungku, Ian baru sahaja sampai. Apabila Ian masuk ke dalam bilik tidurku, sepupu-sepupu dan teman-temanku yang tadinya riuh bersembang dan mengusikku, terus keluar dari bilik.

            “Takkan kau pun nak lari jugak?” Soalku pada Auni.

            ‘’Yalah, dah encik suami awak dah datang. Nanti kita jumpa kat luar.” Jawab Auni.

            “Babe, tapi suami kau memang the hottest groom that I’ve seen so far.” Bisik Auni.

            “Mak cik, aku report dekat Hazim nanti,”

            “Alah, bila kitorang kahwin nanti, Hazim la yang jadi the hottest groom that I’ve ever seen.”

            “Sengal!” Auni ketawa mengekek sambil melangkah keluar dari bilik.

Tinggallah aku, mak andam yang kupanggil kak Mimi dan Ian di dalam bilik tidur sederhana besar ini. Keadaan yang tadinya riuh rendah bertukar sunyi. Aku pandang Ian, dan dia pandang aku. Dah boleh buat drama Sinetron kat sini.

            “Handsomenya suami Iman. Mix ya?” soal kak Mimi.

            “Ha’ah, kak.” Jawabku sambil anak mataku menjeling ke arah Ian ralit melihat kak Mimi membetulkan tudung yang kupakai. Handsome ke mamat ni? Handsomelah kot sebab dia berdarah campur. Eh, boleh ke buat general statement macam tu?

            “Suami Iman orang mana?” soal kak Mimi lagi.

            “Ian, kak Mimi tanya awak orang mana.” Tuturku.

           “Pardon?” Balas Ian. Aku tidak pasti sama ada dia tidak faham ataupun dia tidak mendengarku sebentar tadi.

            “She asked you, where are you from.”

Huh, kalau tak faham lagi, memang nak kena bantai cakap Perancis dengan aku.

            “Ohh.. I’m not too sure though. I was born in KL, but brought up in England.” Jawab Ian.

            “Pekatnya English dia.” Komen kak Mimi sambil berbisik.

            “Dah 20 tahun dia duduk kat England tu, kak. Itulah jadinya.” Balasku bersahaja.

            “Yang mat salihnya mak ke ayah dia?” soal kak Mimi.

            “Ayah dia, tapi kalau akak jumpa ayah dia, memang kagum kot. Ayah dia cakap bahasa Melayu fluent.”

Kak Mimi tersenyum.

            “Bahasa ibunda kita ni memang mudah untuk dipelajari. Contohnya macam maid akak tu. Waktu mula-mula sampai Malaysia, dia memang tak boleh cakap bahasa Melayu langsung. Akak cakap dengan dia memang guna bahasa isyarat. Macam itik cakap dengan ayam. Tapi, dah lama-lama tu, dia boleh cakap bahasa Melayu sikit-sikit. Sekarang ni dah fasih dah. Baca surat khabar pun dah boleh.”

Aku dan Ian saling berpandangan. Agaknya dia terasa ke dengan cerita kak Mimi tu ?

Majlis pada hari ahad itu terus dimulakan dengan sesi makan beradab kerana aku meminta supaya tidak diadakan upacara bersanding. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Teman-temanku dari tadika sehinggalah di universiti turut datang.

            ‘’Iman !’’ Panggil satu suara ketika aku sedang berbual dengan senior Katherina dan pasangannya yang sanggup datang dari Ireland.

            “Kat, excuse us for a while.” Tuturku.

            “Yes, sure. No worries.” Balas Katherina sambil tersenyum.

Aku mendapatkan Auni, Firas dan Hafiy yang datang bersama pasangan mereka. Masing-masing tersengih melihatku.

            “Hari ni kau extra tinggi.” Komen Firas dan ketawa. Kawan aku yang seorang ni memang sengal. Sejak aku kenal dia sampailah sekarang, suka sangat membangkitkan isu ketinggian. Mentang-mentanglah dia tu lagi tinggi dari aku.

            ‘’Kau memang dengki dengan aku. Cakap je lah yang kau nak pinjam kasut aku time kahwin nanti.’’ Balasku membuatkan Nadia, tunang Firas tergelak.

            ‘’ Statement mintak kaki tu.’’ Balas Firas.

            “Iman, you looked so lovely today. Congratulations to both of you.” Balas Auni dan kami berdua berpelukan.

            “Lepas ni, turn kau dengan Hazim pulak.” Balasku dan Auni tersedak.

            “Dia memang suka tersedak each time bila kita bangkitkan isu kahwin ni.” Balas Hazim dan wajah Auni mula memerah.

            “Dah sampai tersedak tu, alamatnya dah tak lamalah tu.” Usikku dan wajah Auni menjadi bertambah merah.

            ‘’Ian, lupa pulak. This is Auni’s fiancé, Hazim Raiyan.” Tambahku dan Ian bersalaman dengan Hazim.

            “And these two lovely ladies are Nadia Hani and Maryam Nabihah. Nadia ni tunang Firas and Maryam ni tunang Hafiy.” Tambahku lagi.

Ian hanya mengangguk sambil tersenyum.

            “Iman, Ian, tahniah ya. Moga berkekalan dan berbahagia hingga ke jannah.” Balas Hafiy pula.

            “Amin. Thanks, for coming, Hafiy.” Balas Ian.

            “Iman, wedding kitorang nanti, kau dah janji nak sponsor bunga telur kan?” Sampuk Firas.

            “Kau ni kan! Tak habis-habis dengan bunga telur kau!” Balasku dan disambut dengan tawa yang lain-lain.


*****************************

Banglo dua tingkat milik keluargaku masih meriah dengan sanak saudara yang masih berkumpul. Tambahan pula sekarang ini musim cuti sekolah. Di dapur, kaum ibu sedang rancak berbual sambil mengemas. Di ruang tamu pula, kaum bapa sedang seronok berbual sambil menonton tv. Anak mataku tercari-cari kelibat Ian.

            “Ian ada dekat mini garden tu. Dengan Angah rasanya.” Beritahu Along tiba-tiba.

            “Eh, mana Along tahu Iman tengah cari Ian?” Soalku sambil tersengih.

            “Along boleh nampak bubble-bubble nama Ian kat luar kepala Iman tu.”

            “Yalah tu.”

Aku mengatur langkah ke luar rumah dan aku lihat Ian sedang berbual dengan Angah di kerusi batu. Selepas tamat majlis petang tadi, Ian pulang ke rumah keluarganya sebentar untuk mengambil barang-barangnya. Selepas Maghrib tadi, kami berdua sibuk membuka hadiah-hadiah yang diberi oleh para tetamu. Selepas itu, aku naik ke bilik dan apabila aku turun ke tingkat bawah, Ian sudah tidak ada di ruang tamu.

Telatah Ian yang sedang rancak berbual dengan Angah, aku perhatikan. Terus aku teringat pada surat perjanjian yang telah aku siapkan beberapa hari yang lepas. Aku pantas naik ke tingkat atas untuk mengambil surat perjanjian yang kusimpan di dalam laci.

            “Seronok bersembang.” Tegurku dan mengambil tempat di sebelah Ian.

            “Memanglah seronok. Kitorang tengah mengata Iman tadi.” Usik Angah.

Aku mencebik. Ian yang hanya menjadi pemerhati, turut ketawa.

            ‘Oh, kau gelakkan aku ya? Lepas ni, kita tengok siapa pulak yang gelak.’ Sempat lagi aku bermonolog di dalam hati. 

Kertas putih bercetak itu kuletakkan di atas meja batu itu. Dua pasang mata memandangku dengan dahi yang berkerut.

            “What is this?” Soal Ian dan kertas tersebut diambilnya. Angah turut mengambil satu lagi salinan.

            ‘’Read.’’ Jawabku bersahaja.

            ‘’Gila !’’ Komen Ian selepas selesai membaca.

Aku mengerutkan dahi. Amboi, pandai pulak mat salih celup ni cakap aku gila.

            ‘’ Nope. Tapi sebagai precautions. Ada banyak possibilities yang awak akan lari. Macam apa yang jadi dekat KLIA dulu tu.”

            “I told you, those happened due to miscommunications.”

            “I don’t care.”

            “Iman Amani.” Tegur Angah. Aku senyap.

Antara isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh Puan Iman Amani adalah seperti berikut :
  • Encik Ian Hadif Wickham WAJIB mempelajari bahasa Melayu dan adat-adat orang Melayu dengan Iman Amani.
  • Encik Ian Hadif MESTI belajar dan berlatih bercakap bahasa Melayu.
  •  Sebarang rancangan tv, surat khabar, majalah ataupun bahan-bahan yang menggunakan medium bahasa Inggeris tidak dibolehkan untuk Encik Ian Hadif.
  • Masakan untuk Encik Ian Hadif MESTILAH masakan Melayu.
  • Encik Ian Hadif TIDAK boleh melarikan diri dan malas untuk belajar mengenai bahasa ibunda dan identiti diri sendiri

Angah terus ketawa terbahak-bahak selepas selesai membaca isi kandungan perjanjian tersebut. Kulit wajah Angah yang putih bersih bertukar menjadi merah kerana terlalu banyak ketawa.

            “Angah ni, ketawakan Iman pulak.” Balasku dan menjeling ke arah Ian yang sudah dia membisu.

            “Lawaklah content agreement Iman ni.” Jawab Angah dengan tawa yang bersisa.

            “Gelaklah, Angah. Yang penting, kandungan perjanjian tu clear and understandable.”

            “Okay, okay. Angah tak gelak lagi. Tapi kenapa nak kena tulis agreement ni ?’’

            ‘’ Zaman sekarang ni, semua benda kena ada black and white. Ala, macam yang Angah selalu pesan dekat Iman.” Sindirku dan Angah hanya ketawa.

            “So, Ian. What say you? Agree?” Soal Angah.

            “Amani, do you really need to do until this extent?” Soal Ian.

Aku angguk. Ian pula mengeluh.

            “Why?” Soal Ian lagi. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia tidak berpuas hati.

            “It’s umi’s request. As a good daughter-in-law, I have to fulfill umi’s request. ” Jawabku bersahaja.

            “Umi’s request?”

Aku angguk lagi. Dengan wajah yang mencuka, Ian menurunkan tandatangannya. Aku tersenyum menang.

            “Angah jangan bagitahu dekat mama dengan papa.” Pesanku.

            “Eh, takutlah pulak kena marah dengan mama dan papa. Macam-macamlah Iman ni.” Balas Angah sambil menggelengkan kepalanya.

Kalau mama tahu, agak-agaknya aku dapat ceramah rumah tangga berjam-jam lamanya!

7 comments:

  1. Hahaha.....sabor je la tang agreement tu. tak sabar nk tunggu next episode. ;-)

    ReplyDelete
  2. Alahai Iman ni...siap buat agreement lagi tu...hehehe #^_^

    ReplyDelete
  3. comel je iman tu :) best, teruskan ^^

    ReplyDelete
  4. dapat juga baca sambungannya...kelakar la ian ini ada ka dengan suami pun dia buat macam tu.. nasib lan besabar dengan karanah iman...hai macam mana agaknya kalo lan dah pandai cakap melayu eak...
    nak lagi please.. sambung la cepat cikit...

    ReplyDelete
  5. Owh....sungguh comelnya laki bini ni.......

    ReplyDelete