Wednesday 23 January 2013

Encik Driver Hati! 6







            “Kawan Yayang tu janji nak amik Yayang pukul berapa?” soal mama sambil melipat kain di ruang tamu.

           “Dia kata dia dah on the way. Sekejap lagi sampailah tu.” Jawabku sambil membetulkan ikatan rambut Afrina. Afrina akan mengikutku ke kenduri doa selamat Puan Arissa. Affan pula tidak dapat mengikut kerana tidak sihat. Selepas Maghrib tadi, dia sudah tertidur di atas sofa panjang.

Tiba-tiba kedengaran suara orang memberikan salam dari luar rumah. Papa yang baru sahaja pulang dari surau setelah menunaikan solat Maghrib, berjalan menuju ke arah pintu. Kedengaran papa bersembang dengan seorang lelaki.

            “Entah-entah kawan mummy dah sampai.” Tutur Afrina.

            “Yayang, ni Ayman dah sampai.” Ujar papa sambil tersenyum.

Aku dan Ayman saling berpandangan dan Ayman tersenyum. Aku sudah mengerutkan dahi melihat sejambak bunga ros merah dalam pegangan Ayman. Dia ni buang tabiat ke apa ?

            ‘’Auntie, auntie sihat ?’’ Sapa Ayman sambil tersenyum ke arah mama yang sedang melipat kain sambil bertudung. Aku sudah mahu ketawa melihat mama.

            “Alhamdulillah, sihat. Oh, ni lah Ayman. Baru auntie dapat berjumpa dengan tuan punya badan.” Balas mama, ramah.

            “Patutlah Dini cantik, auntie pun memang cun-melecun!” Puji Ayman membuatkan mama dan papa ketawa serentak.

            “Oh, ya! Bunga ni untuk auntie.” Tambah Ayman dan jambangan bunga itu sudah bertukar tangan. Aku yang menjadi penonton sejak tadi, sudah membulatkan biji mata. Biar betul dia ni !

            ‘’Ayman, buat lawak je bagi bunga dekat auntie. Uncle pun dah lama tak bagi bunga dekat auntie.” Balas mama sambil tergelak-gelak memandang papa.

            “Isy, awak ni! Bunga kita kan banyak dekat laman rumah tu. Macam-macam bunga saya tanamkan untuk awak tau.” Usik papa dan Ayman ketawa.

            “Ayman bagi bunga dekat auntie ni, Dini tak cemburu ke nanti?” Usik mama sambil memandang ke arahku.

            “Dia takkan cemburunya, auntie. Dia bukannya suka dekat saya pun.” Jawab Ayman selamba.

            “Ayman!” Aku sudah hampir menjerit.

            “Mama, papa, kitorang gerak dululah. Nanti jalan jam.” Balasku dan cepat-cepat mencapai tangan kedua orang tuaku untuk bersalam dan mengajak Ayman untuk beredar sebelum entah apa-apa lagi yang akan keluar daripada mulut Ayman.

Ayman membukakan pintu kereta belakang untuk Afrina dan pintu hadapan untukku.

            “Senyap je, Dini. Marah ke?” Soal Ayman sebaik sahaja memandu keluar dari kawasan rumah milik keluargaku.

            “Tak adalah, suka!” Sindirku. Ayman ketawa.

            “Suka? Awak suka saya? Betul ni?” Usik Ayman sambil tersengih.

            “Malas nak layan awak merapulah.” Balasku, geram.

            “Nana, mummy Nana ni garanglah.” Balas Ayman.

            “Yalah, siapa suruh uncle bagi bunga dekat nenek je. Mestilah mummy cemburu.” Balas Nana.

            “Nana!”

Ayman ketawa lagi.

            “Dini, saya bukannya tak nak bagi bunga dekat awak. kalau boleh satu kedai bunga saya nak bagi, tapi awak kan alah dengan bunga hidup? Nanti tak pasal-pasal awak bersin pulak.” Balas Ayman apabila tawanya reda.

            “Mana awak tahu saya alah dengan bunga?” Soalku pelik. Seingat aku, aku tidak pernah bercerita tentang perkara tersebut kepada Ayman.

            “Hah, lupa lagilah tu. Kan awak sendiri yang bagitahu saya?” Jawab Ayman sambil memfokuskan pandangannya pada jalan raya.

Aku senyap sambil cuba mengingat kembali. Ya ke? Kenapa aku tak ingat? Itulah, suka sangat minum air yang bersemut.



Tidak lama kemudian, kami tiba di rumah keluarga Ayman. Aku keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Afrina.

            “Alahai, comelnya Nana pakai baju kurung.” Puji Ayman dan pipi Afrina dicuit. Afrina sudah tersenyum-senyum.

            “Mummy dia lagi cantik pakai baju kurung. Tapi, garang sangatlah! Takut kalau puji nanti kena maki pulak.” Usik Ayman sambil memandang wajahku.

Aku sudah mengetap bibir, cuba menahan sabar.

            “Frankly speaking, you look so sweet tonight. Nampak ayu je. First time kot tengok awak pakai baju kurung.” Tambah Ayman sambil tersenyum.

Erk! Ni kenapa atmosfera dah bertukar rentak pulak ni?

            “Terima kasihla, encik Ayman. Sorrylah, saya tak ada duit kecik nak bagi duit upah sebab awak puji saya.” Balasku bersahaja dan Ayman hanya ketawa.

            “Eh, dah sampai pun! Jemputlah masuk, Dini.” Ujar Puan Arissa yang datang menghampiri kami yang masih berada di laman rumah.

Aku dan Afrina bersalaman dengan Puan Arissa.

            “Oh, ni anak saudara Dini yang kembar tu ya? Comelnya ! Lagi seorang mana ?’’ Soal Puan Arissa sambil membelai rambut Afrina yang diikat satu itu.

            ‘’Adik demam, tengah tidur dekat rumah.’’ Jawab Afrina.

            “Ya ke? Kesiannya dekat adik. Jom, jom masuk rumah nenek.” Balas Puan Arissa sambil memimpin tangan halus Afrina.

            “Jom, Dini. Sekejap lagi orang surau sampailah. Baca doa selamat dulu and then ada jamuan sikit.’’ Tambah Puan Arissa.

Aku hanya tersenyum sambil mengikut langkah Puan Arissa sementara Ayman mendapatkan Dato’ Eddy yang sedang berbual dengan tetamu yang sudah ramai hadir.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat sempena kelahiran cucu sulung ibu bapa Ayman dan juga sempena proses pembaharuan rumah mereka. Selepas bacaan doa selamat, semua tetamu dijemput makan.

            ‘’Mummy, jomlah. Kita tengok adik baby jap.’’ Pinta Afrina sambil menarik-narik tanganku.

            “Yalah, yalah. Tengok je tau. Jangan usik adik baby tu sebab dia tengah tidur.” Balasku dan mengikut langkah Afrina yang sudah berjalan menghampiri baby Dhamia.

            “Tak makan lagi, Dini?” Sapa kak Amira, kakak kepada Ayman dan ibu kepada Dhamia Batrisya.

            “Lepas ni, kak. Nana ni sibuk betul nak tengok adik baby.” Jawabku. Kak Amira hanya tersenyum dan mengusap kepala Amira.

            “Lawa hasil tangan Dini and crew.” Puji kak Amira sambil anak matanya menerawang ke sekeliling ruang tamu.

            “Biasa-biasa je, kak.” Balasku merendah diri.

            ‘’Dini !’’ Sapa Se Na yang tiba-tiba menghampiri kami sambil tersenyum.

            ‘’Eh, Se Na unni.’’ Balasku sambil tersenyum. Agaknya dia baru sampai kerana sebentar tadi aku tidak nampak kelibatnya.

Se Na menghampiri baby Dhamia dan menundukkan badan untuk mencium pipi baby Dhamia yang montel itu.

            “Congratulations on your newborn baby. Sorry, I came quite late.” Ucap Se Na kepada kak Amira.

            “It’s okay. It doesn’t matter as long as you can come.” Balas kak Amira sambil tersenyum. Bahu Se Na dipaut mesra.

            ‘’ I tried to come early but suddenly I need to handle something at the restaurant with omoni.” Tambah Se Na lagi.

            “No worries.” Balas kak Amira pantas sambil menepuk-nepuk bahu Se Na.

            “Eh, bersembang apa lagi dekat sini? Jom, jom, makan.’’ Tutur Puan Arissa yang muncul dari dapur.

            ‘’Jomlah kita pergi makan. Se Na unni, join us.’’ Ujar kak Amira.

            You guys go first. I need to talk with your mum for a while.” Jawab Se Na.

Sepasang telingaku menangkap Se Na bersembang sesuatu dengan Puan Arissa dalam bahasa Hangul. Sah-sahla aku tidak faham butir bicaranya.

Aku dan Afrina mengikut kak Amira ke luar rumah untuk makan di bawah khemah kecil yang sudah tersedia. Sambil makan, beberapa kawan Puan Arissa meminta business card milikku kerana mereka berminat untuk mendapatkan khidmat ID. Alhamdulillah, akan ada rezeki yang bakal masuk.



Setelah selesai aku dan Afrina makan, Puan Arissa meminta Ayman menghantar kami pulang kerana hari sudah semakin lewat.

            “Terima kasihla sebab sudi datang rumah auntie malam ni.” Tutur Puan Arissa sambil kedua-dua belah tanganku digenggam erat.

            ‘’Sepatutnya saya yang berterima kasih pada auntie sekeluarga sebab sudi jemput kami malam ni.’’ Balasku dan tersenyum ke arah Puan Arissa dan Dato’ Eddy.

            “Nanti lepas-lepas ni, jemputlah datang rumah auntie lagi ya.” Tambah Puan Arissa.

            ‘’Insya-Allah, auntie.’’ Jawabku dan bersalaman dengan Puan Arissa dan kak Amira.

            ‘’Ayman, drive carefully. Awak tu nak hantar anak dara orang balik. Kirim salam dekat parents Dini ya.” Tambah Dato’ Eddy pula.

            “Yes, daddy. Don’t worry.” Balas Ayman.

Aku dan Afrina mengikut langkah Ayman ke kereta Volkswagen Beetle berwarna kelabu itu. Afrina sudah menguap, mengantuk sangat agaknya.

            “Nak duduk depan dengan mummy la.” Ujar Afrina.

            “Dah mengantuklah tu.” Balasku dan meriba Afrina yang kecil molek di atas pangkuanku sebelum menutup pintu kereta.

Ayman menghidupkan enjin kereta sambil anak matanya sempat menjeling ke arah Afrina yang sudah terlelap.

            “Dia memang manja dengan awak ya?” Soal Ayman sambil mula memandu keluar dari kawasan perkarangan rumah keluarganya.

            “Ha’ah, sangat manja. Yalah, kan arwah kak Long saya meninggal dunia masa lahirkan Nana dengan adik. Jadi, memang family saya yang jaga diorang dari baby lagi.” Jawabku sambil mengusap rambut Afrina penuh kasih.

Suasana di dalam kereta bertukar senyap dan hanya ditemani oleh suara DJ radio Fly fm. Ayman menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya.

            “Okay, dah sampai.” Ujar Ayman sebaik sahaja memberhentikan kereta di hadapan pintu pagar rumah keluargaku. Aku yang tadinya tertidur sudah terjaga.

            “Jap, awak jangan keluar dulu. Saya tolong bukakan pintu kereta.” Balas Ayman dan keluar dari tempat pemandu. Pintu kereta di bahagianku dibuka dari luar. Ayman mendukung Afrina yang masih tidur tanpa sempat aku melarang.

            “It’s okay. Tak larat ni awak nak dukung Nana. Biar saya tolong bawak Nana masuk rumah.” Balas Ayman sambil tersenyum.

            “Thanks, Ayman.” Balasku dan keluar dari kereta.

            “Dini.” Panggil Ayman tiba-tiba membuatkan langkahku terhenti.

            “Kenapa? Afrina berat eh?” Soalku.

Ayman pantas menggeleng sambil tersenyum.

            “Dah tu, kenapa?” Soalku semula.

            “Hari tu, our conversation time dinner dekat restoran Se Na noona, I really meant it.” Jawab Ayman dan wajahku dipandang tepat. Aku terus mengerutkan dahi.

            “Conversation? Which conversation?” Soalku kurang faham.

            “Our convo on asking you to marry me. I really meant it.” Jawab Ayman tenang.

            “Hah?” Aku sudah terkejut besar. Biar betul dia ni! Mengigau ke apa?

            “Saya serius ni, nak ajak awak kahwin.” Ayman mengulangi penjelasannya. Aku sudah terkebil-kebil mengalahkan cicak tertelan paku payung.

            “Saya rasa awak penat ni, Ayman. Baru sampai dari Seoul dah sibuk dengan kenduri parents awak. Mesti awak tak realize apa yang awak tengah cakap sekarang ni.’’ Balasku sambil ketawa. Lebih tepat, buat-buat ketawa.

            “Nope, I’m serious and I’m in a clear mind right now.” Balas Ayman, kali ini kedengaran tegas. Aku terus terdiam. Nak jawab apa?

            “Err… Ayman, saya sebenarnya…”

            “Awak tak payahlah jawab sekarang. Fikir masak-masak dulu, tapi janganlah sampai hangus pulak. Bila awak dah ada jawapannya, awak bagitahu saya ya.” Pantas Ayman memintas ayatku sambil tersenyum dan terus menekan loceng rumah.



*****************************



            “Aku tengok mata kau dah macam adik-beradik Kung Fu Panda . Kau kenapa? Insomnia ke?” Tegur Farhana sewaktu kami makan tengah hari bersama-sama.

            “Isy, kau ni! Ada ke patut doakan aku dapat insomnia pulak. Aku tak boleh tidur lah.’’ Jawabku beserta keluhan.

            “Tak boleh tidur tu, insomnia lah dalam bahasa saintifiknya.’’ Balas Farhana.

            “Aku tak boleh tidur sebab banyak fikirlah. Bukan symptoms orang yang ada insomnia tu.” Balasku pula. Farhana sudah mengangkat keningnya.

            “Banyak fikir ? Fikir pasal apa ? Bukan so far projek kau berjalan lancar ke.” Ujar Farhana.

            “Tak ada kaitan dengan projek pun. Ni berkaitan hati dengan perasaan lah.” Ujarku pula. Tiba-tiba Farhana terus ketawa sehingga berair matanya.

            “Kau ni, aku tengah cerita drama kat sini, kau boleh bantai gelak pulak.” Balasku sambil memandang ke arah Farhana yang sudah merah wajahnya kerana ketawa beria-ria tadi.

            “Sorry, sorry. Tapi, serius lawak bila cik Dini Nazihah depan aku ni tiba-tiba sebut pasal hati dan perasaan. Sebelum ni, bukan main kau cakap Romeo and Juliet tu jalan cerita dia tak logik.” Balas Farhana dengan tawa yang masih bersisa.

            “Apa kaitan aku ada masalah hati dan perasaan dengan drama Romeo and Juliet pulak? Kau ni pun ada masalah jugaklah. Ke kau pun ting-tong sebab banyak sangat fikir.” Usikku pula.

            “Aku ting-tong sebab fikir preparations nak kahwin. So, logiklah tu. Sekarang ni, apa masalah kau ? Ce cite, ce cite.’’ Balas Farhana dan tanganku yang terletak di atas meja, ditepuk-tepuk lembut.

Aku menarik nafas sebelum memulakan cerita. Sepanjang aku bercerita, Farhana mendengar dengan tekun sehinggalah dia ketawa di hujung cerita.

            “Yang kau bantai gelak lagi ni kenapa?” Soalku pelik. Aku tengah cerita benda berserabut, kawan baik aku ni boleh gelak macam aku tengah cerita benda lawak antarabangsa.

            “Fobia kau dengan pilot tu yang aku rasa lawak. Padan muka kau. Sekarang ni pilot jugak yang ajak kau kahwin.’’ Jawab Farhana sambil tersengih.

            “Fine, fine. Macam ni lah kawan.’’ Aku sudah menarik muka.

            “Kau ni, sensitip pulak sekarang ni. Macam ni lah, satu jalan yang aku boleh cadangkan pada kau. Buat solat hajat setiap malam sampailah kau rasa kau dah jumpa jawapannya. Jangan reject encik driver kapal terbang tu awal-awal. Entah-entah memang dia jodoh kau yang Allah dah tetapkan. Benda-benda berkaitan jodoh ni kan di luar pengetahuan kita. Jadi, kita kenalah minta tolong DIA. Allah dah susun perjalanan kita kat atas muka bumi ni, cantik-cantik. Kalau kita ikhlas meminta daripada DIA, insya-Allah DIA akan memberi. Fobia kau dengan pilot tu, aku rasa dah nak sembuh dah sebab, kau tak alergi pun dengan Ayman kan?” Ujar Farhana panjang lebar. Kali ini, riak wajahnya sudah bertukar serius.

            “Ya ke dah sembuh?” Soalku ragu-ragu.

            “Tak percaya?” Soal Farhana pula sambil tersenyum. Aku hanya mengangkat bahu.

            “Pagi tadi time tengah driving nak datang office, kau ada teringat dekat encik driver tu tak?” Soal Farhana tiba-tiba membuatkan aku terus terdiam.

            “Haha, kantoi!” Usik Farhana membuatkan wajahku terasa membahang. Haih, kawan aku yang sorang ni kan!



Ketika aku sampai di rumah lewat petang itu, aku terserempak dengan abang Faiz di luar rumah. Dia terus menegurku sambil tersenyum.

            “Baru balik kerja ke, Dini?” Sapa abang Faiz.

           “Ha’ah. Abang nak balik dah ke?” Sapaku pula. Yalah, dah orang berbahasa, kita pun kenalah berbahasa juga.

            “Ha’ah, nak balik. Tadi jenguk Nana dengan adik. Lepas tu, ada benda abang kena bincang dengan mama and papa.” Jawab abang Faiz.

Aku hanya mendiamkan diri, tidak tahu untuk berbicara apa lagi.

            “Abang gerak dululah, ya. Nanti bila abang cuti, kita jumpa lagi. Boleh bawak Nana dengan adik jalan-jalan.” Tambah abang Faiz sambil tersenyum lagi sebelum dia mendapatkan keretanya yang diparkir di luar rumah.

Aku agak pelik dengan tingkah laku abang Faiz yang terlebih mesra berbanding biasa. Apa yang dah jadi sebenarnya? Entah-entah abang Faiz nak kahwin tak? Aku memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Affan yang sedang menonton kartun, berlari-lari mendapatkanku sambil tersenyum gembira. Aku lihat mama dan papa sedang minum petang di ruang makan. Aku sempat menegur ibu bapaku sebelum berlalu ke tingkat atas.



Malam itu, aku semakin tidak boleh memejamkan mata walaupun aku berasa sangat mengantuk. Butir bicara mama dan papa selepas makan malam tadi, sangat kuat terpahat di dalam ingatanku.

            “Faiz bagitahu papa dengan mama yang dia nak kahwin.’’ Tutur papa lembut sambil berpandangan dengan mama.

            “Baguslah tu, papa. Lagipun Nana dengan adik perlukan mama untuk diorang membesar dengan sempurna. Arwah kak Long pun dah bertahun-tahun pergi meninggalkan kita semua. Kesian dekat si kembar tu.’’ Komenku.

            “Dini tak marah ke ?’’ Soalan mama membuatkan aku berasa pelik.

            “Nak marah buat apa, mama? Yang dah lepas tu, sudahlah. Takkanlah sebab apa yang dah jadi, Nana dengan adik tak boleh nak merasa kasih sayang ibu pula. Lagipun, abang Faiz berhak nak cari kebahagiaan dia sendiri.’’ Jawabku. Mama dan papa sudah tersenyum memandangku. Aku pula yang berasa tidak sedap hati. Apa yang dah berlaku sebenarnya ?

            “Faiz nak melamar Dini jadi isteri dia.’’ Beritahu mama beserta senyuman.

Mataku terus membulat dan rahang bawahku jatuh.

            “Mama ni, janganlah buat lawak pulak. Cuba bagitahu betul-betul, abang Faiz nak kahwin dengan siapa.’’ Balasku dengan tawa yang dibuat-buat.

            “Ya Allah! Mana ada mama buat lawak. Betul ni, Faiz nak kahwin dengan Dini.” Jawab mama dengan nada suara yang lebih serius.

Dari posisi menelentang di atas katil, aku sudah duduk bersila pula dan mengeluh lagi. Orang kata, situasi aku ni dipanggil ‘ganti tikar’. Masalahnya sekarang, ganti tikar ke, ganti karpet ke, memang aku tak mahu. Sudahnya, aku bangun dan menuju ke bilik air untuk berwudhu’ dan melakukan solat sunat tahajud dan istikharah.



**************************


Sudah hampir seminggu berlalu dan pagi tadi aku menerima pesanan ringkas daripada Ayman yang menyatakan dia sudah berada di Kuala Lumpur. Nasib baik juga dia tidak bertanyakan tentang ‘jawapanku’. Abang Faiz pula asyik berkunjung ke rumah keluargaku sejak akhir-akhir ini. Nasib baik aku agak sibuk dengan projek dekorasi dalaman untuk pejabat di Putrajaya, aku hanya akan tiba di rumah pada waktu malam. Buat masa sekarang, lebih baik aku tidak bersua muka dengan kedua-duanya sekali.

Aku ceritakan juga kepada mama dan papa berkenaan Ayman yang turut mengajakku berkahwin. Kelakar juga rasanya kerana perkara ini kedengaran seperti mengajak ke kenduri ataupun jamuan makan malam. Mama menceritakan perkara ini kepada abang Faiz dan abang Faiz memberi masa kepadaku untuk berfikir. Seorang pilot pun aku dah rasa nak berlari. Kalau sampai dua orang, lagilah aku rasa nak buat acara marathon.

Malam Ahad itu, aku menelefon Ayman untuk memberitahu mengenai lamaran abang Faiz. Aku fikir, Ayman perlu mengetahuinya kerana abang Faiz juga diberitahu perihal yang sama. Perlulah berlaku adil untuk kedua-duanya. Suara ceria Ayman yang menyambut panggilan menghilangkan sedikit rasa gemuruhku.

            “Ayman, sebenarnya kan…’’

            “Awak nak bagi jawapan eh ?’’ Soal Ayman, terus memotong percakapanku.

            “Awak dengar dulu apa yang saya nak cakap ni.” Ujarku.

            “Okay. Go on. I’m listening.” Balas Ayman.

            “Sebenarnya, abang ipar saya pun jumpa parents saya untuk lamar saya jadi isteri dia.” Ceritaku satu-persatu.

            “Abang ipar awak yang nama Faiz tu ya?” Soal Ayman. Nada suaranya sudah berubah.

            “Ha’ah. Jadi saya nak bagitahu awak yang saya sebenarnya nak…”

            “Tak apalah, Dini. I think I get what you wanna trying to say. Wish you a happy marriage ahead.”

            “Klik!”

Aku terpinga-pinga apabila panggilan terus diputuskan begitu sahaja oleh Ayman. Aku merenung lama telefon bimbitku sebelum menelefon Ayman semula tetapi dia menutup telefonnya. Aku sudah mati akal. Isy, mamat yang seorang ni suka sangat memotong cakap aku. Merajuk ke?


8 comments:

  1. Tq for the update yumi hyra. Suka sgt n harap2 dini pilih ayman

    ReplyDelete
  2. wahh akhirnya , lama da tunggu , best3 , cant wait next n3 , keep it up ;)

    ReplyDelete
  3. mmg da lme tunggu entri ni..tq 4 update..:-)

    ReplyDelete
  4. OMG OMG OMG!!! Best giler!!
    -boni-

    ReplyDelete
  5. encik suami mat salleh celup & encik driver hati!! .........dua dua cerita mmg best!!.....sy mmg tak sabar nak baca episod seterusnya

    ReplyDelete