Tuesday, 15 January 2013

Encik Suami Mat Salih Celup? 17






Bab 17


            “Sakit!!” Aku sudah terjerit kecil. Dengan mata yang tertutup, aku cuba menggerakkan kedua-dua belah kaki yang terasa sangat sakit. Seluruh urat pada bahagian betis terasa seperti ditarik kuat.

            “Angah!” Jeritku kuat. Janganlah Angah yang tidur di bilik sebelah, sedang tidur mati. Selalunya, kalau kaki aku kejang ketika sedang tidur, Angah yang akan datang ke bilikku untuk tolong mengurut.

            “Angah, tolong Iman. Sakit!” Kali ini jeritanku semakin kuat. Mana Angah ni? Selalunya kalau aku sudah menjerit kuat macam girlfriend Tarzan, Angah akan terus muncul dengan rambut kusut masai dan mata yang sembap.

Aku membuka mata, mencari jam dinding di dalam keadaan yang gelap itu. Gelap gelita! Aku tak nampak apa-apa.

            “Angah!” Panggilku lagi.

Dalam suasana gelap itu, aku nampak satu susuk tubuh tinggi lampai menghampiri tempatku berbaring. Angah! Seperti selalu, dia sedang mengenyehkan matanya.

            “Iman jerit nama Angah banyak kali. Kaki Iman cramp lagi time tidur, sakit.” Aku mengadu sambil menarik-narik tangan Angah. Angah hanya senyap sambil duduk di hujung kakiku. Aku agak, tentulah Angah sedang mamai apabila dikejutkan tengah-tengah malam buta sebegini semata-mata untuk menjadi tukang urut kakiku.

Dengan berhati-hati, Angah mengangkat kedua-dua belah kakiku dan diletakkan di atas ribanya. Seperti biasa, perlahan-lahan dia mengurut bahagian betisku yang kejang. Aku menahan rasa sakit dengan keadaan kaki yang susah untuk digerakkan. Eh, Angah dah improved skill mengurut dia lah! Aku tersenyum sendiri. Lama-kelamaan, aku terus tertidur kembali sambil Angah masih mengurut kakiku.


************************


Aku terjaga apabila alarm clock yang disetkan pada telefon bimbit, berbunyi kuat. Tanganku mencari-cari telefon tersebut di tepi bantal. Sudah 6.15 pagi rupanya. Keadaan bilik yang sedikit terang dengan bantuan cahaya lampu tidur membuatkan aku terkejut. Aku terus terduduk sambil memandang kawasan sekeliling. Aku memejam celikkan mataku berulang kali. Biar betul!

Seraut wajah yang sedang terlena dalam keadaan duduk di hujung kakiku, kupandang dengan rasa tidak percaya bercampur terkejut. Eh,aku bukan dekat rumah? Anak mataku meliar memandang keadaan sekeliling. Spontan, aku mengetuk kepalaku sendiri. Ya Allah, kan malam tadi majlis resepsi aku dan Ian baru sahaja selesai di hotel milik walid ini. Selepas tamat majlis, aku dan Ian terus balik ke bilik. Aku tidur di atas sofa panjang ini selepas Ian mengurut pergelangan kakiku yang sakit.

Habis, macam mana pulak Angah boleh masuk bilik ni tengah malam tadi? Wajah Ian yang masih lena dalam keadaan duduk kupandang lagi. Takkanlah mamat ni yang jadi tukang urut tak bergaji malam semalam? Kalau tak, kenapa dia tertidur dekat hujung kaki aku pulak. Aku sudah mundar mandir di hadapan sofa yang menjadi tempat tidurku malam tadi.

            “Amani.’’ Suara serak Ian yang tiba-tiba menyapaku, membuatkan aku terkejut. Aku yang sedari tadi sibuk mundar mandir di hadapan sofa, terus tersepak kaki coffee table yang terletak tidak jauh dari sofa.

            “Aduh!!” Aku sudah mengaduh sambil mengurut-urut bahagian kaki yang terasa sakit.

            “Amani, are you okay?” Soal Ian yang kini sudah duduk bertinggung di hadapanku.

Aku pantas mengangguk sambil tanganku masih mengurut hujung kaki yang terasa perit.

            “Your legs, they were cramped last night, right? Are they okay now?” Soal Ian lagi.

Sah! Memang tengah malam tadi Ian yang mengurut kakiku dan bukannya Angah. Isy, Iman! Tak logik kot kalau Angah boleh masuk dalam bilik ni. Itulah, sebelum tidur tak nak basuh kaki. Lepas tu, barulah mengigau bukan-bukan. Sesedap hati,jantung, limpa aku je jerit-jerit panggil Angah tengah malam semalam. Rupa-rupanya Ian. Patutlah mamat ni senyap je, tak menyahut langsung.

           “Yup, my legs are okay now. Thank you for last night.” Jawabku dengan wajah yang sudah terasa membahang. Malunya aku sebab malam semalam.

Ian hanya mengangguk sambil tersenyum dan terus berlalu ke bilik air untuk solat Subuh.


************************************


Selepas check out dari hotel tengah hari itu, aku dan Ian terus pulang ke rumah keluarga Ian. Buat sementara waktu, kami akan tinggal di rumah keluarga Ian. Ketika kami tiba di rumah, umi sedang berbual dengan walid di gazebo di laman rumah.

            “Umi dan walid dah lama balik ke?” Soalku sambil bersalaman dengan umi dan walid.

            “Pagi tadi lepas breakfast terus check out. Tu yang terus balik rumah sebab ada saudara mara yang nak singgah rumah. Sekarang ni kan musim cuti sekolah.” Jawab umi sambil tersenyum.

Aku tersenyum kembali. Patutlah nampak banyak kereta bersusun di luar rumah.

            “Kitorang naik dulu ya, umi, walid. Nak kemas barang-barang.” Balasku.

Umi dan walid mengangguk sambil tersenyum. Aku dan Ian terus masuk ke dalam rumah. Kami bertegur sapa dengan saudara mara Ian sebelum berlalu ke bilik Ian di tingkat atas.

            “Eh, where are your other things?” Soal Ian sebaik sahaja aku menutup pintu bilik. Anak matanya melekat pada beg beroda bersaiz sederhana yang kubawa.

            “Waktu awak balik London tu, saya dah pindah barang-barang saya yang penting datang sini. Umi yang suruh buat macam tu so that hari ni tak adalah nak kena memunggah barang-barang saya pulak. Ni yang bawak luggage ni je.” Jawabku.

Ian kelihatan mengangguk-angguk dan terus merebahkan badannya di atas katil bersaiz king itu.

            “Lepas breakfast tadi kan awak dah tidur, dalam kereta dah tidur. Sekarang pun nak tidur lagi ke?” Soalku apabila melihat mata Ian sudah tertutup rapat.

            “I am so sleepy and I can’t get over with my jet lag.’’ Jawab Ian yang kini sedang merenung wajahku.

            “Besides, I can’t sleep well last night because of someone.” Tambah Ian lagi sambil tersengih.

Aku yang mendengar sudah terkebil-kebil dan terasa wajahku membahang kembali.

            “Mengungkit, mengungkit. Kalau mengungkit, tak dapat pahala free tau. Fine, fine tidurlah sampai dah tak larat nak tidur!” Balasku geram sebelum berlalu ke bilik air.

            “Amani, what is ‘mengungkit’?” Soal Ian.

Isy! Aku terus menutup pintu bilik air.



Ketika aku keluar dari bilik air, Ian sudah terlena. Wajah tenang yang sedang tidur itu kupandang sekilas. Aku mendapatkan beg pakaianku dan mula menyusun barang-barangku di dalam almari. Beg pakaianku yang sudah kosong, kuletakkan di dalam almari kecil.

            “My stuff?” Soal Ian tiba-tiba.

Aku sudah terlompat. Terkejut aku! Kalau ada sakit jantung, dah lama jalan! Ian yang sedang meniarap sambil tersengih ke arahku itu, kupandang dengan geram.

            “Bukan awak tidur ke tadi?” Soalku pelik. Aku sangat yakin sewaktu aku sedang mengemaskan barang-barangku tadi, Ian sedang tidur dengan lena.

            “Yup, only for a while. Well, I still prefer listening to your singing rather than sleeping.” Usik Ian sambil tersenyum lagi.

Cis, dia dengar ke aku menyanyi tadi? Rasanya aku bukannya melalak kuat-kuat macam nak buat konsert rock kapak.

            “Mana ada saya nyanyi lah. Awak mengigau time tidur tadi tu. Entah suara sapa-sapa yang awak dengar menyanyi tadi.’’ Balasku selamba. Ian sudah tergelak-gelak. Kini dia sudah duduk bersila di atas katil.

            “How do we say ‘dear’ in Malay?” Soal Ian tiba-tiba.

            “Deer? Rusa lah.” Jawabku, agak pelik dengan soalan Ian.

            “Not that ‘deer’.” Balas Ian.

            “Habis tu?” Soalku pula.

            “Dear as in d-e-a-r.” Jawab Ian sambil sempat mengeja lagi.

            “Oh… that ‘dear’. ‘Dear’ in Malay is ‘sayang’.” Jelasku.

Telatah Ian yang sedang mengangguk-angguk itu kelihatan amat comel dan lucu sekali. Aku mencapai tudung yang tersangkut di dalam almari dan menyarungnya.

            Where are you going ?’’ Soal Ian.

            “Turun bawah, tolong kaum-kaum ibu kat bawah tu prepare lunch.” Jawabku.

            “Then, how about my stuff?” Soal Ian sambil menunding ke arah beg pakaiannya yang masih berdiri elok di tepi almari.

            “Susun lah sendiri.” Jawabku.

            “Tolonglah, sayang.” Balas Ian sambil tersengih.

Aku terus berpaling semula ke arah Ian. Amboi! Baru je ajar tadi dah pandai praktikkan? Memang pelajar yang berdedikasi betul.


*****************************


Rupa-rupanya, tengah hari itu, Uncle Benyamin bermurah hati membeli pizza dan KFC sebagai hidangan makan tengah hari. Keadaan di ruang makan sangat meriah umpama sambutan hari raya pula lagaknya. Tambahan pula saudara-mara berkumpul ramai-ramai sebegini, keadaan menjadi semakin meriah. Betullah kata orang tua-tua yang kenduri-kendara ini boleh mengeratkan silaturrahim.

             “Ni awak punya. Tak tahu awak suka pizza flavour apa, saya main amik je.’’ Ujarku sambil menghulurkan pinggan yang berisi dua keping pizza Hawaian Chicken dan seketul ayam goreng KFC bersama-sama mashed potato dan salad.

            “It’s okay. Thanks, Amani.” Balas Ian sambil tersenyum.

Haih, lesung pipit dekat pipi dia tu kan, suka betul aku tengok! Isy, aku ni! Sempat lagi.

Aku duduk di sebelah Ian yang sedari tadi berbual dengan Uncle Benyamin yang akan pulang ke Ireland malam esok. Isteri Uncle Benyamin, Aunt Lily sedang asyik berbual dengan umi mengenai bunga-bunga yang ditanam oleh umi.

            “Have you eat, Amani?” Soal Uncle Benyamin sambil memandang tanganku yang kosong.

            “Already, uncle.” Jawabku sopan.

            “I see. I was telling your dear husband just now, to come and visit us in Dublin. I heard that you guys haven’t plan for your honeymoon yet. Perhaps you guys can come to Ireland and then travel to Scotland to visit your Aunt Sarah. It can be a 2 in 1 trip, honeymoon and Europe tour.”Balas Uncle Benyamin sambil tersenyum manis.

Aku dan Ian saling berpandangan. Heh, honeymoon? Dengan keadaan kitorang yang haru-biru sekarang ni? Memang tidaklah jawabnya.

            “Perhaps, one fine day we will go there and visit you. For this mean time, we are quite busy to settle many things. Me myself, I have so many things to be done since I want to settle down in here after staying for so long in England.” Jawab Ian lembut.

            “When that one fine day comes, please inform us. We will be pleased to see you guys there. You guys are always welcome to come over.” Balas Uncle Benyamin sambil menepuk-nepuk bahu Ian.

Aku dan Ian saling berpandangan dan kami masing-masing tersenyum.



Usai solat Maghrib berjemaah bersama-sama ahli keluarga yang lain di surau yang disediakan di dalam rumah keluarga Ian, aku ke dapur untuk membantu kaum-kaum ibu yang lain untuk menyediakan hidangan makan malam.

            “Nak masak apa malam ni,  mak cu?” Soalku pada mak cu, adik bongsu umi yang masih belum berkahwin walaupun usianya sudah 30-an.

            “Umi Iman kata nak masak gulai tempoyak ikan sardin, ayam goreng berempah dengan kalian ikan masin.” Jawab mak cu yang sedang menyiang sayur kalian.

            “Wah, malam ni memang menu masakan Melayu. Tapi, Aunt Sarah dengan Uncle Ben boleh telan ke nanti ?’’ Soalku membuatkan mak cu sudah tertawa kecil.

            “Umi Iman dah tanya tadi, diorang kata okey. Diorang lagi excited nak try Malay dish kita tau. Lagipun, lunch tadi dah western style, dinner kita buat Malay style la pulak.” Jawab mak cu dengan tawa yang masih bersisa.

            “Iman rasa, Ian pun mesti terkejut tengok menu malam ni. Tekak dia tu kan tekak mat salih.’’ Tambahku sambil teringat reaksi Ian yang mahu menelan nasi lemak pagi tadi. Merah padam wajahnya yang putih bersih itu kerana menelan sambal ikan bilis yang agak pedas. Sudahnya, aku mengambilkan roti bakar dan jem untuk mat salih celup itu.

            “Tak apa, Iman lah kena tukar tekak Ian tu jadi tekak orang Melayu balik.” Balas mak cu sambil tersenyum.

Aku yang mendengar sudah tergelak-gelak.

            “Bunyi macam kena buat plastic surgery untuk tukar tekak je, mak cu.” Balasku.

Mak cu hanya tersenyum dan kami terus menyambung kerja sambil berbual-bual.



Sekali lagi, ruang makan riuh dengan telatah ahli keluarga yang sedang menjamu selera. Aku sudah tersenyum-senyum melihat Uncle Benyamin yang sangat berselera makan sehingga bertambah nasi. Yang masalahnya, encik suami dekat sebelah ni. Entah apa yang ditenungnya gulai tempoyak ikan sardin yang berada di dalam pinggannya sejak tadi.

            “Kenapa? Ikan tu hidup balik ke? Awak nampak dia berenang-renang dalam pinggan ke?” Usikku sambil melihat telatah Ian yang masih merenung ikan tersebut.

            “What is this?” Soal Ian. Berkerut-kerut dahinya memandang nasi putih dan lauk di dalam pinggan.

            “Makanan lah. Dah, waktu makan jangan banyak bercakap. Makan je lah. Tenung ikan tu lama-lama buat apa. Bukannya boleh hidup balik and lari pergi pasar.’’ Balasku yang sudah mahu ketawa melihat telatah Ian.

Dari hujung mata, aku lihat Ian mencubit sedikit isi ikan dan dimakan dengan nasi putih. Sikit betul yang dimasukkan ke dalam mulut. Riak wajah Ian, lagilah kelakar. Berkerut-kerut macam tengah telan makanan yang entah apa-apa. Selesai satu suapan, Ian sudah meneguk air mangga di dalam gelas. Lawaknya! Rupa-rupanya umi turut sama memerhatikan telatah Ian sejak tadi. Aku dan umi berpandangan dan kami sama-sama tersenyum lucu.



Ruang tamu yang juga meriah dengan sanak saudara dikejutkan dengan bunyi burung yang tiba-tiba keluar dari jam kayu antik yang tergantung. Sudah pukul 11 malam rupanya. Lamanya kami bersembang sehingga tidak sedar hari sudah lewat malam. Aku meminta diri untuk naik ke atas.

            “Nak cari cik abang lettuw!” Usik Jazmin sambil tersengih-sengih mengusik.

            “Yalah. Habis tu, akak nak cari sapa lagi kan?” Balasku selamba membuatkan Jazmin sudah tergelak-gelak.

Aku naik ke tingkat atas dan terus masuk ke dalam bilik. Aku membuka tudung dan melangkah ke dalam bilik air untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Baju lengan panjang yang kupakai sebentar tadi kutukarkan dengan t-shirt lengan pendek berwarna putih. Sewaktu aku keluar dari bilik air, Ian sudah duduk di atas sofa.

Apabila Ian berlalu ke dalam bilik air, aku mencari fail berwarna jernih yang kusimpan di celah-celah baju-bajuku yang sudah bersusun. Jumpa!

            “Ian, sini kejap.” Panggilku sebaik sahaja Ian selesai menyidai tualanya di penyidai kayu.

            “What is it?” Soal Ian dan menghampiriku yang sedang berdiri di sisi meja tulisnya yang berwarna putih.

            “Ni, our agreement dulu. Ingat tak?” Soalku dan mengeluarkan helaian kertas putih dari dalam fail jernih.

Ian mengangguk.

            “Kalau ikut date commence dalam agreement kita ni, 1 hari bulan Disember 2012 kan? Hari ni 30 November. Jadi, esok agreement kita ni akan berkuat kuasa.” Tambahku dan wajah Ian yang tidak beriak itu kupandang.

Tiba-tiba Ian mengelengkan kepalanya. Aku sudah mengerutkan dahi.

            “Kenapa menggeleng?” Soalku.

            “I don’t want to follow your agreement.” Jawab Ian.

            “Eh, apa pulak my agreement? Our agreement lah. Kan awak dah agree dengan terms and conditions.” Jawabku pula.

Ian terdiam lama. Dia kelihatan sedang memikirkan sesuatu.

            “Esok kita akan start dengan all stated terms dalam agreement ni. Kena ikut semua. Awak tengah cuti lagi kan? Jadi memang elok sangatlah kita start kelas bahasa Melayu sementara awak tengah cuti ni.” Tambahku lagi.

Ian masih mendiamkan diri. Baru aku perasan! Anak matanya kini tertumpu pada kertas putih yang merupakan kertas perjanjian kami berdua. Kenapa tiba-tiba aku rasa macam tak selamat je ni?

            “Let me see that agreement paper.” Ian menghulurkan tangan kanannya ke arahku.

            “Tak nak! Saya tahu, awak nak koyakkan kertas ni kan?” Jawabku dan menyembunyikan kertas tersebut di belakangku.

            “No, I won’t tear it off. I just wanna see the terms again.” Balas Ian.

Aku pantas menggeleng. Mamat yang sedang berdiri di depan aku ni sangat sneaky. Aku sudah berlari ke arah sofa dan berdiri di atas sofa. Sekurang-kurangnya sekarang ini aku lebih tinggi daripada Ian. Kertas perjanjian masih kusorokkan di belakang badan. Ian sudah mengikut langkahku ke sofa dan turut memanjat sofa tersebut. Ah sudah! Macam mana ni?

            “You really can read my mind. Well, if I tear that paper, I won’t be liable to the terms anymore. Our agreement won’t exist at all.” Balas Ian dan kali ini senyumannya sudah kelihatan lain macam. Anak matanya sudah terpaku pada kertas perjanjian yang tersorok di belakangku.

            “Do not do that evil smile.” Ujarku yang mula berasa gelisah. Anak mataku meliar memandang bilik tidur yang besar itu. Mungkin aku sempat lari dan sembunyi dalam tandas. Masalahnya, aku nak kena lepaskan diri daripada Ian yang berdiri di hadapanku ini.

Ian sudah ketawa. Anak matanya masih mengintai kertas tersebut. Aku pula yang sudah berpeluh-peluh macam baru selesai berlari sepuluh pusingan.

            “Sayang, I want to have a look at our agreement.” Ian sudah bersuara lembut sambil merenung wajahku. Mak aih, suara! Aku yang mendengar ni dah ketaq lutut! Chill Iman, chill! Jangan terpedaya langsung.

Aku pantas menggeleng, masih berkira-kira ingin lari ke bilik air.

            “Sayang, agreement.” Pinta Ian lagi. Kali ini wajahnya sudah mendekat dan semakin mendekat sehinggakan aku boleh menangkap bau perfume yang sedang dipakainya. Dia sudah tersenyum manis menyerlahkan lesung sepasang lesung pipit yang terbentuk cantik. Anak matanya yang berwarna kelabu cair itu kini sedang merenung wajahku. Fuiyoo, mata dia! Ah, sudah! Memang aku terus jadi lembik macam ni. Jantungku sudah berlari laju, macam tengah berlari untuk acara Olimpik!

Aku masih lagi berdiri tegak dengan jantung yang masih berdegup kencang. Kalau jantung ni boleh bercakap, mesti dia dah membebel marahkan Ian. Eh, patut marahkan Ian ke? Dalam aku sedang terpinga-pinga itu, aku terasa sepasang tangan Ian memelukku erat dan aku cuba melonggarkan pelukan tetapi dalam sekelip mata kertas perjanjian sudah bertukar tangan.

            “Srapp!

Aku memandang kertas yang sudah terkoyak itu, dan beralih ke arah Ian yang sudah tersenyum menang. Aku yang masih berdiri di atas sofa, sudah terasa lututku lembik dan terus terduduk.



16 comments:

  1. nice......xsabar nest post ble?

    ReplyDelete
  2. Cepat2...x sabar nk tunggu ni hehe

    ReplyDelete
  3. yyeeayyy.. perjanjian dah x de... suka la ian...

    ReplyDelete
  4. oh2..terkoyak plak..dpt la Ian mengelat x mau blajar bahasa melayu..

    ReplyDelete
  5. Ian JAHAT!! whahaha~

    ReplyDelete
  6. wah.. nice.. x sabar nk tggu.... next n3.. hehehehe... :)

    ReplyDelete
  7. bestnye..xsbar nak tunggu next n3..

    ReplyDelete
  8. tak sabar nak tahu bab 18! ceta nie best giler

    ReplyDelete
  9. jahatnye ian..
    harap2 iman ada simpan copy perjanjian tu...
    biar ian xdpt nk mengelat xnk bljr bhs melayu..
    hehe...nk lagi...

    -noorwieyl-

    ReplyDelete
  10. nak lg...nk lagi.......

    ReplyDelete
  11. "for the mean time"

    "you guys are always welcomed"

    "have you eaten"

    Sorry but, it's English people you're talking about. It just doesn't make sense.

    ReplyDelete