Sunday 6 January 2013

Encik Suami Mat Salih Celup? 4-6





Bab 4


            Telatah Angah yang sedang ketawa terbahak-bahak sambil berguling-guling di atas permaidani kupandang dengan rasa sebal. Aku hempuk jugak abang aku nih!

            “Gelaklah puas-puas. Gelak sampai rahang bawah tu cramp,” sindirku geram. Angah sudah terbatuk-batuk akibat terlalu banyak gelak.

           “Sorry,sorry! Angah penat hold gelak ni dari tadi. Tapi sekarang memang tak boleh nak hold lagi. Iman, Iman. Lawaklah adik Angah ni,” balas Angah dan kembali ketawa kuat.

            “You were not in my shoes on that time,” balasku dengan nada suara yang bertukar sedih.

            “Alolo, sorry dik! So, Iman memang terus cabut lari dari anak Auntie Julia tu?” soal Angah apabila tawanya reda.

            “Iman terkejut gila tau time tu. Tiba-tiba reflex action terus angkat kaki dari situ. Dahla mat salih tu macam nak cari gaduh je,” jawabku. Masih terpahat di dalam ingatan betapa tajamnya mata Ian Hadif !

            ‘’Kiranya memang Iman cabut lari dan tinggalkan Ian sorang-sorang dekat situ ?’’

            ‘’Takdelah sorang-sorang. Pekerja-pekerja butik yang lain still ada dalam kedai,’’

Angah ketawa lagi. Bantal kecil di atas sofa aku capai dan kubaling ke arah Angah.

            “Iman lupa ke yang Auntie Julia kahwin dengan mat salih? Uncle Mikhail tu kan British?” soal Angah.

            “Manalah Iman ingat. Auntie Julia tu pun Iman ingat-ingat lupa tau tak. Inikan pulak nak ingat siapa husband Auntie Julia and macam mana rupa anak-anak Auntie Julia tu,’’ jawabku.

            “So, you were shocked by two facts. One, he’s the so-called your husband-to-be. Two, he’s a ‘mat salih’?” balas Angah.

Aku sudah menepuk dahi! Dah datang dah lawyer-syndrome dia tu.

            “I’m not your client and we are not in court. Jangan nak loyar buruk sangat,”

Angah ketawa lagi dan bahuku dipaut erat.

            ‘’Mama tahu tak pasal ni ?’’ soal Angah sambil menangkat kedua-dua belah kening.

            ‘’Nope. Jangan gatal mulut nak pergi report kat mama,’’

Angah hanya tersengih, menayangkan barisan giginya yang tersusun rapi. Adui, abang aku ni kan!


*******************


“Iman, cepatlah. Ian dengan umi dia dah sampai depan rumah ni,” jerit mama dari tingkat bawah.
Aku merapikan tudung, mencapai handbag di atas katil dan terus berlari menuruni tangga. Mama sedang menantiku di muka pintu.

            ‘’Mama, kalau mama je yang pergi boleh ? Iman tinggal rumah je lah. Kesian rumah kita ni, tak ada orang nak jaga,’’ ujarku masih tidak mahu keluar dari rumah. Adui, apa lagi alasan yang logik yang boleh aku bagi dekat mama ?

            Bila petang semalam mama memberitahu yang Ian mahu berbincang tentang hal kahwin, aku terus spontan melompat dari sofa. Dah macam peserta sukan olimpik untuk acara lompat jauh ! Membayangkan yang aku perlu menghadap mat salih yang mempunyai sepasang mata yang sangat tajam itu, perutku terasa kecut.

            ‘’Dah,dah ! Jangan nak bagi alasan kindergarten. Ni siapa yang nak kahwin ni? Iman ke mama ?’’ balas mama sambil bercekak pinggang.

            ‘’Mama lah,’’ aku sempat tersengih.

            ‘’Tak pun, Iman pergi sorang je lah. Mama jaga rumah. Tak adalah Iman risau pasal rumah ni nanti,’’ sindir mama.

            ‘’Ala, mama. Iman gurau je tadi. Jom, jom kita gerak sekarang,’’ aku pantas menyarung kasut, mengunci pintu dan menarik tangan mama.

Pintu kereta BMW X6 hitam itu dibuka dan kami memboloskan diri untuk masuk selepas memberi salam. Apabila anak mataku bertemu dengan anak mata Ian menerusi cermin pandang belakang, darahku terasa kering.

            ‘’Mama, tukar tempat dengan Iman boleh tak ?’’ bisikku perlahan. Kenapalah aku pandai sangat pergi duduk belakang driver seat ni ?

            ‘’Nak tukar kenapa pulak ? Tak nak lah, susah mama nak sembang dengan Auntie Julia ni,’’ jawab mama membuatkan darahku terasa kering kembali.

Aku sudah menggigit bibir dan memandang keluar tingkap. Kereta bergerak perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah. Mama dan Auntie Julia rancak bersembang. Sesekali, Auntie Julia berbual pula denganku. Ian Hadif hanya membisu sedari tadi dan lebih fokus terhadap pemanduannya. Aku agak, mungkin dia tidak biasa memandu di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Kadang-kadang dia terkial-kial mencari jalan.

            ‘’Ian memang tak banyak cakap sebab bahasa Melayu dia tak fluent sangat,’’ beritahu Auntie Julia tiba-tiba. Aku sangat terkejut!

            “Dah lama sangat duduk dekat UK tu sampai bahasa ibunda sendiri tak fasih,” tambah Auntie Julia lagi. Menerusi cermin pandang belakang, aku dapat mengintai wajah Ian yang tidak berubah riak.

            “Kalau kita mengata dia, dia faham tak, Auntie?” soalku tiba-tiba membuatkan mama mencubit lenganku.

            “Faham, tapi dia akan reply in English. Tapi kalau kita cakap laju-laju sangat or guna bahasa Melayu yang bombastik, dia susah sikit nak faham,” jawab Auntie Julia berserta tawa kecil.

Aku ketawa jahat di dalam hati. Ni memang anak mat salih celup betul! Rasanya kalau kena celup dalam sambal belacan macam mana orang suka celupkan biskut Oreo dalam susu, mesti mamat ni jadi orang Melayu balik. Anak mataku berlaga dengan sepasang anak mata berwarna kelabu cair itu lagi. Alamak, dia nampak ke aku sengih-sengih jahat tadi ?

Kereta diparkirkan dengan berhati-hati, tidak jauh dari Restoran Murni di kawasan Kepong. Mama sudah menonong berjalan dahulu bersama Auntie Julia. Pada mulanya memang aku nak angkat kaki jugak, tapi kesian pulak nak tinggalkan mat salih celup tu terkial-kial sorang-sorang. Penampilan Ian yang ringkas dengan kemeja checkered berwarna biru dan putih yang dipadankan dengan seluar khakis itu, kupandang sekilas.

            “Too hot, am I?”

Aku terasa mahu muntah warna-warni di situ jugak. Wajah Ian yang sedang tersenyum sinis itu kupandang.

            “Jangan nak perasan sangat eh,” jawabku dan cepat-cepat mengatur langkah. Ian terkebil-kebil memandangku. Aku kisah apa dia tak faham bahasa Melayu!

            “Amani,”

Langkahku terhenti. Siapa Amani? Eh, itu kan nama aku jugak ! Aku berpaling dan kelihatan Ian berjalan menghampiriku.

            “You still owe me a lot of explanations. Why do you leave me clueless that day?” soal Ian. Hadui, slang British mamat ni lah. Pekatnya!

            “Saya boleh explain. Tapi bukan dalam English tapi dalam bahasa Melayu. Boleh?” soalku pula. Ian terdiam.

            “That’s unfair for me. I can’t understand Malay well,”

            “As if I can understand your British slang very well,”

Ian terdiam kembali. Erk, aku salah cakap ke? Nilah orang zaman sekarang. Mentang-mentanglah dah lama duduk kat luar negara, bila balik tanah tumpah darah, bahasa ibunda pun tak reti. Kelihatan mama dan Auntie Julia melambai dari kejauhan agar aku dan Ian beregerak ke arah mereka.

            “Sembang apa dekat tengah-tengah jalan tu?” tegur mama sebaik sahaja aku melabuhkan duduk disebelahnya. Ian mengambil tempat berhadapan denganku.

            “Tak ada apa, mama,” jawabku sambil tersengih. Anak mataku dapat menangkap mama berbalas senyuman dengan Auntie Julia. Aku tak nak kerah tenaga cik otak dalam kepala aku ni untuk fikir apa yang tengah puan berdua ni fikirkan.

Kami memesan makanan dan kemudiannya mama dan Auntie Julia meneruskan perbualan mereka yang berkisar tentang majlis perkahwinan aku dengan mat salih celup yang tengah termenung dekat depan aku ni.

            “So Ian, what say you? Is everything okay?” soal Auntie Julia lembut.

            “Err, sorry umi. I wasn’t listening just now. What was it about?” soal Ian, bingung.

            “We were discussing about your wedding with Iman. We will follow the original date, which will be 3 weeks from now,” jawab Auntie Julia dan tersenyum ke arahku yang hanya menjadi pendengar sejak tadi.

            “3 weeks from now should be okay,” jawab Ian perlahan.

            “Iman okay?” soal Auntie Julia. Aku angguk.

            “Alhamdulillah.Then, we’ll proceed with the wedding preparations,” balas Auntie Julia.

Aku memandang ke arah Ian. Cuba mentafsir riak wajah lelaki ini. Kosong! Dia ni betul ke nak kahwin? Aku rasa mesti umi dia yang paksa dia ni. Kalau tak, takkanlah dia asyik tunjuk protes depan aku.

            ‘’Lagi awal lagi bagus kan ? When are you going back to UK?” soal Auntie Julia lagi. Ian terdiam sebentar.

            “Next Sunday. I still have to settle a few things before the wedding. Since I’ll settle down here soon, there are a lot of things need to be done there,” keluh Ian.

            “Ian punya firm macam mana?” soal Auntie Julia.

Firm? Mamat ni lawyer ke? Alamak, another lawyer in the house? Lepas ni memang jadi geng Angah la pulak!

            ‘’I need to discuss with the other partners. Since it’s a partnership, things get a bit complicated. Maybe the rest of the partners need to re-register the firm if they want to continue the partnership. Or we’ll sell that building and other assets,”

            “Ian lawyer ke?” kedengaran pula suara mama.

Ian menggeleng sambil tersenyum.  Eh, aku ingat mat salih ni tak reti nak senyum!

            “Nope, I’m an architect. That firm is an architecture firm,” jawab Ian sopan.

Hah, reti pun dia cakap lembut-lembut. Aku ingat tak reti ! Adui, monolog dalaman aku ni memang aktif bersuara dari tadi.

            ‘’Apa yang Iman terkumat-kamit tu ?’’ soal mama.

            ‘’Hah ?’’ aku terkejut ! Mama ni, nampak aja apa yang aku buat.

            ‘’Mama Iman cerita Iman dulu belajar dekat UK jugak ya ?’’ kali ini perbualan Auntie Julia beralih kepadaku pula.

            ‘’Ha’ah dekat Wales, Cardiff University,’’ jawabku.

            “Buat course apa?”

            “Accounting and finance, degree,”

            “Lah, ya ke? Auntie ingat amik fashion designing since Iman ada business butik pengantin,”

Aku ketawa kecil.

            “Fashion designing patut pergi Paris, auntie. Tak pun further study ke Itali. Iman ni nak amik fashion designing? Memang hancurlah jawabnya! Nak lukis orang lidi pun struggle, inikan pulak nak design baju. Lagipun butik pengantin tu mama punya, Iman tolong jaga je,” terangku panjang lebar. 

Auntie Julia dan mama ketawa serentak. Hanya seorang sahaja yang terkeluar dari perbualan ini, si mat salih celup yang sedang sibuk dengan iPhone miliknya.

Perbualan sambil menikmati makan malam menjurus ke arah persiapan perkahwinan pula. Sesekali sahaja aku menyampuk sementara Ian hanya mendiamkan diri. Aku rasa, mungkin masalah bahasa membuatkan dia diam sebegitu.

            “Amani,” panggil Ian selesai membuat pembayaran. Aku yang pada mulanya mahu mengejar langkah mama yang sudah bergerak ke arah kereta, berhenti melangkah.

            “Yes, Mr Ian. What can I do for you?” soalku.

            “Will you be at your boutique tomorrow morning?” soalanku berbalas dengan soalan juga.

            “If I have no appointment, then yes. Why?”

            “I want to meet you tomorrow, at your boutique. We still have discussion to be finished,”

Aku sudah mengeluh. Haih, tak habis lagi ke isu ni? Dia ni memang degil betullah !

            ‘’Fine, we’ll settle them all tomorrow. Kalau tak, mulut awak tu macam punggung ayam. Tak boleh berhenti tanya benda yang sama,’’

            ‘’Pung… what ? I don’t get what were you saying just now,’’

Aku sudah tergelak-gelak. Yes, lepas ni memang senang nak mengutuk dia. Cakap depan-depan pun bukannya dia faham. Aku sudah tersengih jahat sorang-sorang.




Bab 5


            Cuaca yang sememangnya panas kurasakan semakin panas membahang apabila kedua-dua belah telinga ini terpaksa menadah amarah Puan Seri banyak songeh yang kujumpa tadi. Adoi, pagi-pagi dah menambah dosa aku! Anak lelaki dia yang nak kahwin tu pun tak banyak bunyi, Puan Seri tu pulak yang tak boleh berhenti berbunyi. Kenapa baju ni besar sangatla, kenapa colour dull sangat, kenapa ini dan kenapa itu.

            ‘’ Kak Iman, kenapa muka merah sangat macam udang bakar ni ?’’ tegur Maya sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam butik.

            ‘’Kena marah macam biasa. Dahla, Maya. Nanti bertambah dosa akak mengata Puan Seri banyak songeh tu,’’ jawabku. Entah apa nama Puan Seri tu pun aku tak ingat ! Yang aku tahu dia memang banyak cekadak !

            ‘’Kak Iman, tadi mat salih hot tu datang lagi,’’ tutur Maya.

            ‘’Mat salih mana pulak ni ?’’ soalku sambil bergerak ke mini fridge untuk mencari air mineral sejuk.

            ‘’Ala, yang datang last week tu. Mat salih rambut brunette tu,”

            “Amboi, sampai warna rambut pun ingat!” usikku dan Maya tergelak-gelak.

            ‘’Ian ke ? Kenapa dengan dia ?’’ soalku kembali.

            “Dia cakap dia nak jumpa akak hari ni jugak, time lunch,’’

Aku sudah menepuk dahi! Terlupa yang hari ni dah berjanji dengan mat salih celup tu. Aku melirik jam tangan. Nasib baik baru pukul 11 pagi.

            ‘’ Thanks, Maya,’’

            ‘’Mr Ian tu siapa kak ?’’ soal Maya, riak wajahnya penuh dengan tanda soal.

            “Manusia la, takkan alien pulak,” jawabku sambil ketawa.

            “Tahulah kak. He’s too hot to become an alien,”

            “Amboi!” bahunya pantas kutampar dan Maya ketawa.

            ‘’Bakal encik suami akak kot, tapi jangan bagitahu orang lain dulu tau,’’

Maya terus senyap dengan mulutnya yang sedikit ternganga.

            “Bakal suami kot? Buanglah ‘kot’ akak tu,” balas Maya. Aku sudah tersengih lawa.

            “Wahhh… untungnya! Dia berjuta-juta kali lagi better dari Naim” Maya sudah menjerit kegembiraan.

            “Amboi, cara bercakap macam Maya dah lama kenal Ian dari Naim,” usikku.

            “First impression,kak. Macam orang putih cakap, first impression is always important!” jawab Maya sambil tersenyum.



Jam di dashboard kereta sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Aku masih terkial-kial mencari tempat parking dari tadi. Rasanya dah banyak kali aku tawaf kawasan yang sama. Anak mataku cepat menangkap kereta Viva hitam yang baru sahaja bergerak keluar dari kotak parkir. Aku terus memberi signal dan bersedia untuk masuk.

            “Alamak! Parking space kecik la pulak!” omelku seorang diri.

Disebabkan Angah membawa kereta Mini Cooperku, aku terpaksa membawa Honda CRV Angah. Alasan abang aku tu, dia tak nak bersusah payah mencari parking di kawasan mahkamah. Bawa kereta kecil lebih senang. Memang pagi tadi aku menjerit bila tengok cik Mini dah tak ada dekat tempat biasa.

Aku menukar gear reverse dan mengundurkan kereta untuk entah kali yang keberapa. Aku menggerakkan kereta masuk ke kotak parkir perlahan-lahan tetapi masih tidak berjaya. Bahagian kiri kereta masih tidak lepas. Boleh tak nak tinggalkan je kereta besar gedabak Angah ni tepi jalan?

            “Tuk,tuk,tuk!”

Aku terkejut mendengar bunyi tingkap sebelah pemandu diketuk dengan kuat. Dengan berhati-hati, aku menurunkan tingkap.

            “Get off from your car. I’ll park it,” tutur Ian yang berkaca mata hitam.

Aku masih terkejut dan terpinga-pinga, tetapi tetap keluar dari kereta dan hanya memerhatikan Ian memakirkan kereta Angah dengan mudah.

            “Why it takes you ages to do the parking thingy? I can’t stand to watch it anymore” balas Ian sambil menyerahkan kunci kereta Angah. Sengalnya mat salih ni! Mentang-mentangla dia buat sekali je.

            “Thank you,” jawabku pendek. Malas mahu melayan benda remeh yang mungkin berpotensi untuk mencetuskan perang mulut.

Kami mengambil tempat duduk dan membuat pesanan makanan. Tengah hari buta begini, perutku terpaksa menelan Western food! Semuanya gara-gara mengikut selera mat salih celup di depan aku ni.

            ‘’So, please do the story telling. We need to settle them by today. I’m going back to England this Sunday. That’s why I think it’s better to settle these confusions as early as possible,” ucap Ian. 

Anak matanya merenungku tajam. Aku merenung garfu yang terletak di sebelah pinggan. Boleh tak aku guna garfu ni untuk korek bijik mata mamat ni? Tengok orang macam nak telan !

Aku menarik nafas, membaca bismillah dan memulakan cerita dari awal. Aku cuba ringkaskan dan hanya bercerita apa yang perlu supaya mat salih celup ni tak kejar aku lagi.

            “So, I’m your replacement husband?” soal Ian.

            “If you say so,” jawabku pendek.

            “Why do you accept me, someone who you don’t even know, as your husband?”

            “I believe my parents will always decide the best thing for me. And, I believe Allah knows well,”
Ian terdiam sebentar.

            “And why do you accept your mother’s decision? I can see that you don’t really agree with it,” soalku pula.

            “Yes, I totally don’t agree with it. I don’t even know you. But, I think it’s time for me to be a good son,” jawab Ian sinis.

            “A good son?”

            “Since you told me that you believe your parents will always decide the best thing for you, so do I,”

            “Although you don’t even agree with it? I think you are being irony to yourself,”

Ian ketawa, tetapi bunyinya sinis.

            “You did the same thing actually,”

Aku memandang Ian yang wajahnya tenang tidak beriak.

            “You accept me because you don’t want the wedding to be cancelled. You don’t want other people talking bad about your parents. But deep inside your heart, you don’t want to marry a stranger like me. Am I right?”

Aku senyap, malas menjawab. Menjengkelkan betullah mamat ni! Agaknya bila kitorang dah kahwin nanti, maunya berperang hari-hari dekat rumah.

            “I assume that I’ve cleared things out with you,” tuturku.

            “Yes, thank you. But, I need to remind you on something important,” balas Ian dan terdiam sejenak.

            “Don’t put a high expectation on this wedding. I can’t promise that this marriage will be a fairy-tale marriage life. I can’t guarantee the happy ending. I can only leave everything to Allah. At least for the moment,” tambah Ian.

Aku senyap dan merenung pinggan besar yang masih berbaki spaghetti Carbonara.



*******************


            “Korang dua orang jangan nak macam-macam cerita nanti,” pesanku pada Firas dan Hafiy yang asyik tergelak-gelak dari tadi.

            “Weyh, dah berjuta kali aku dengar kau repeat line yang sama,” jawab Firas bersahaja. Ketiga-tiga teman baikku sudah lama sampai di butik semata-mata untuk bertemu dengan Ian.

            “Tak kisahlah berapa kali pun. Sebab korang berdua ni bukannya boleh percaya sangat. Kalau aku pun orang boleh buli sesuka hati, inikan pulak orang lain,’’ sindirku. Firas sudah ketawa. Memang mamat ni pembuli nombor satu aku sewaktu di Cardiff dulu. Cuma yang lawaknya, kami masih berkawan baik sehingga sekarang.

            ‘’Eleh, sayang jugak kau dekat bakal husband express kau tu ya,’’ usik Hafiy pula. Ni lagi sorang. Kalau ada Firas dengan Hafiy, memang menjadi. Sorang tukang buat lawak antarabangsa, sorang lagi tukang gelak.

            ‘’ Nanti bila kau kahwin aku tak nak sponsor bunga telur,’’ ugutku pada Hafiy.

            ‘’Dia selalu ugut aku macam tu,’’ sampuk Firas.

            ‘’Isy, korang ni ! Behave lah sikit. Macam budak-budak,” tegur Auni.

            “Yalah mak budak,” usik Firas. Kan aku dah kata, mamat ni memang pembuli nombor satu!

            ‘’Amani,’’ panggil satu suara.

Tiga kepala sudah berpusing ke arah tuan punya suara.

            “Hari tu kau cakap kau nak kahwin dengan anak kawan mak kau kan?” bisik Auni dengan anak matanya masih digamkan pada Ian yang masih berdiri.

            “Betullah tu,” jawabku, berbisiku juga.

            ‘’Kau kelentong aku eh ? Ni mat salih mana kau rembat ni ?’’

            ‘’Ya Allah, memang anak kawan mak aku. Mak aku rembat dekat London,”

Auni sudah membulatkan sepasang matanya yang kecil itu.

            “Hah? Kau ni cakap macam roller coaster la, pusing sana, pusing sini,” balas Auni dengan dahi yang berkedut seribu.

            “ Ni anak kawan mak aku, ayah dia British, tapi mak dia memang Melayu macam kita. Puas hati?”
Auni tersengih. Firas dan Hafiy yang duduk berhadapan dengan kami sudah mula berbual dengan Ian. Eh, bukan tadi mat salih celup tu berdiri sebelah aku ke?

            ‘’Ian, these are my best friends since my first year at Cardiff,’’ ucapku dan mula memperkenalkan seorang demi seorang dengan Ian.

            “Pandai mak kau rembat mat salih ni dari London. Hot setuff kot !’’ komen Auni.

            “Eh, kau jangan cakap kuat-kuat. Ian tu faham je Malay walaupun dia tak berapa boleh nak cakap,” pesanku.

            “Lah, ya ke,”

Aku angguk dan kemudiannya tersenyum puas.

            “Sebab tu aku suka mengutuk dia guna bahasa Melayu pasar. Susah sikit dia nak faham,”

            “Eh, kau ni! Aku ingat korang memang dah jadi pasangan serasi?’’

            ‘’Serasi ? Kau tak tahu betapa annoyingnya mamat ni. Kau jangan terpedaya dengan appearance luaran dia,’’ balasku dan menjeling ke arah Ian yang kelihatan selesa berbual dengan Firas dam Hafiy yang sememangnya peramah dengan sesiapa sahaja.

            ‘’ Amani, Firas told me that you are a pro computer game player during your uni life,’’ balas Ian dan sepasang anak mata itu sudah beralih ke arahku pula.

Aku memandang ke arah Firas. Seperti biasa, dia hanya tersengih.

            ‘’Nah, I’m not that pro. He’s just making up stories,’’ jawabku.

            “What else do I need to know about my wife-to-be?” soal Ian pada Firas. Aku cepat-cepat memandang ke arah Firas sambil menggelengkan kepala walaupun aku tahu Firas takkan medengar kata.

            “She’s a lovely person but,” tutur bicara Firas terhenti seketika dan memandang ke arahku sambil tersengih.

            “She’s a cry baby. And garang. Angry bird pun tak boleh lawan,” usik Firas.

            “Firas!”

            “So be prepared because she learnt martial arts before,”

            “Kau memang nak kena kan!” kusyen kecil yang berada di atas riba kubaling ke arah Firas. Erk, bukan kena muka Firas tapi kena muka Ian. Alamak!



Bab 6


Telatah Spongebob dan Patrick yang sedang berlari-lari mengejar obor-obor kutonton dengan penuh minat. Beria- ria aku berebut remote tv dengan Angah tadi. Orang nak tengok Spongebob pun tak senang!

“Ya Allah! Iman!” suara mama sudah naik satu oktaf daripada biasa.

            “Yes, mama?” balasku bersahaja. Aku hanya mampu tersengih sambil menayang gigi.

            “Sekejap lagi kan nak pergi try baju pengantin and beli cincin. Ni kenapa still duduk bertapa depan tv?” soal mama sambil bercekak pinggang. Angah yang seperti biasa menjadi penonton tetap, sudah ketawa mengekek.

            “Cik Iman kita kan big fan of Spongebob Squarepants. Selagi kartun ni tak habis, selagi tu dia takkan gerak,” usik Angah. Mentang-mentanglah aku bukak siaran kartun dari tadi.

            ‘’Haha, very funny,’’ balasku bersahaja tetapi Angah masih ketawa seperti biasa.

            “Pergi bersiap,young lady. Nanti lambat,” balas mama. Kali ini suaranya bertukar lembut. Aku dah agak, mama mesti tak sampai hati nak marah anak bongsu dia ni lama-lama.

            ‘’Pakai cantik-cantik, dik. Nanti takdelah cik abang awak tu teringat-ingat British chicks kat sana,’’ usik Angah. Aku sempat mencubit lengannya sebelum berlalu ke tingkat atas.

Aku memilih kemeja lengan panjang berwarna ungu berbunga-bunga kecil berwarna putih dan merah jambu yang dipadankan dengan jeans biru tua. Selesai sahaja merapikan lilitan shawl, aku bergegas turun ke bawah.

            “Wah, comelnya adik Angah! So sweet!” ucap Angah sambil memaut bahuku. Aku mencebik.

            “Angah hari ni tak kerja ke?” soalku dengan geram. Mulut dia ni kan, tak penat berceloteh ke? Tak cukup-cukup dekat mahkamah, dia sambung dekat rumah pulak ke?

            “Hari ni tak pergi office. Cuti. Kenapa ?’’ soal Angah pelik.

            “Pergilah office. Menyemak je duduk kat rumah,” usikku.

            “Menyemak? Ingat Angah ni barang yang boleh disemak-semakkan? Sampai hati,’’

            ‘’Hisy, dah tua bangka pun nak merajuk lagi. Angah merajukla dulu, balik petang nanti baru Iman pujuk. Iman dah lambat ni, nanti Mama bising lagi,’’

            ‘’Iman !’’ kuat suara Angah memanggil tetapi aku hanya ketawa seronok.



Aku memerhatikan telatah Mama dan Auntie Julia yang sedang rancak bersembang sambil membelek-belek katalog busana pengantin di butik milikku. Anak mataku beralih pada Ian yang sedang membaca surat khabar The Star. Kaca mata hitam masih menutupi sepasang matanya. Aku menarik hujung surat khabar yang sedang dipegang oleh Ian.

            “Dalam butik ni tak ada cahaya matahari,” ucapku satu persatu. Kalau cakap laju-laju takut mat salih celup ni tak faham pulak.

            ‘’Sorry ?’’

Kan aku dah kata ! Aku menunding ke arah kaca mata hitamnya.

            “Ian, Iman. How about this one? This one looks simple and elegant,” tutur Auntie Julia sambil menunjukkan busana pengantin yang berwarna merah dan putih.

            “Yup, it looks fine,” jawab Ian tanpa perasaan.

            “How about this?” balas Mama pula sambil menunjukkan yang berwarna ungu pulak.

            “Nice,”

            “This one?”

            “Green is also a nice colour,”

Geram betul aku tengok mamat ni dari tadi. Macam endah tak endah je !

            ‘’Kita amik warna pink la. Kan Ian? Pink is also a sweet colour,” sampukku bersahaja.

            “Ha’ah, pink yang tadi pun Mama berkenan tengok,” sokong Mama.

Aku sudah tersenyum lebar melihat wajah Ian yang sudah berubah riak.

            “No pink, please,” balas Ian dan wajahku dipandang tajam.

            “Eh, why not? Cantik apa. You’ll look so sweet when wearing pink,” balasku disambut dengan tawa Mama dan Auntie Julia. Wajah Ian yang putih bersih itu sudah berubah menjadi warna merah jambu juga!

            “Iman gurau je. Bahaya pakai pink ni. Nanti orang cakap Ian lagi cantik dari Iman. Kita amik warna krim tadi tu lah. Are you fine with it, Ian ?”

Cepat-cepat Ian menangguk. Aku mahu gelak, tetapi cuba kutahan. Nanti apa pula kata Auntie Julia. Maya datang untuk mengambil ukuran badan walaupun aku sudah melalui proses yang sama dengan Naim dahulu. Farish pula mengambil ukuran badan Ian.

            “Nanti biar Mama yang settlekan pasal baju-baju ni dengan Nana sendiri. Biar cepat sikit,” balas Mama. Nana merupakan pereka fesyen utama butik ini.



Selepas solat Zohor di masjid dan makan tengah hari, kami ke Habib untuk mencari cincin pula. Aku sendiri pun tak boleh nak ingat dah berapa banyak cincin yang aku cuba sarung. Rasa macam jari manis ni nak tercabut daripada tapak tangan.

Selesai sesi mencuba cincin, anak mataku terpaku pada deretan cincin silver. Aku segera melambai ke arah Ian yang sedang berbual dengan Mama.

            ‘’Yes, dear. What else do you want ?” soal Ian sedikit sinis.

            “Have a seat,” jawabku dan Ian menurut. Dia duduk tetapi anak matanya masih memandangku dengan pelik.

Aku memanggil seorang pekerja dan meminta untuk melihat barisan cincin yang tersusun kemas di dalam almari kaca.

            “I thought we are done with your rings?” soal Ian.

            “Yes, we are. Now we are searching one for you,” jawabku.

            “No need. I don’t like to wear ring,” sangkal Ian.

            “You have to, after getting married with me,”

            “It’s not compulsory,”

Aku diam. Mamat ni kan! Suka betul cari pasal dengan aku.

            “Then, too bad. We’ll wear pink for our wedding,” usikku separuh mengugut.

            “Don’t joke with me,”

            “I’m not,”

Giliran Ian pula terdiam. Aku sudah ketawa di dalam hati. Kenapa mamat ni anti betul dengan warna favourite aku tu?

            “Fine. A simple ring will do,” balas Ian lemah.

Aku tersenyum menang dan mengeluarkan sebentuk cincin silver yang ringkas buatannya. Kalau aku pun kena pakai cincin kahwin, dia pun kena pakai cincin jugaklah. Barulah adil kan?


Sehari suntuk masa dihabiskan untuk persiapan saat-saat akhir memandangkan Ian akan berangkat pulang ke London lusa. Barang-barang untuk dijadikan hantaran pihak lelaki sudah selesai dibeli. Cuma untuk pihak perempuan, Ian meminta untuk dia mencarinya sendiri di London. Auntie Julia kelihatan sangat gembira mendengar permintaan anak lelaki bongsunya itu.



**********************


Aku yang sedang khusyuk membaca Majalah Solusi milik Papa terkejut apabila terasa kepalaku digosok lembut.

            “Papa, terkejut Iman!” balasku sambil tersengih.

            “Iman ni khusyuk membaca ke, atau khusyuk berangan?” usik Papa dan duduk di sisiku.

            “Mana ada berangan,” balasku sambil menutup majalah tersebut.

            “Yalah, anak Papa ni kan dah nak kahwin tak lama lagi,” balas Papa sambil ketawa kecil. Bahuku dipaut erat.

            “Mesti Papa lega anak Papa yang nakal ni dah nak kahwin, duduk jauh dari Papa nanti,” balasku.

            “Lega sebab nanti akan ada suami yang boleh jaga Iman dengan baik. Tapi, sedih sebab Iman akan duduk jauh dengan Papa,” jawab Papa sambil menarik hidungku.

            “Papa ni, kemeklah hidung Iman nanti,”

Papa hanya ketawa dan wajahku dipandang lembut.

            ‘’Papa yakin Ian is the right one for you. Walaupun Iman dah lama kenal Naim, semua tu tak penting dalam menjamin kebahagiaan. Mungkin Iman baru mengenali Ian, tapi Papa yakin tempoh perkenalan tak dapat menjamin apa-apa,” tutur Papa lembut.

            “Jodoh pertemuan kita memang dah diaturkan oleh Allah Yang Maha Esa. Kita sebagai hambaNya, perlu sentiasa berdoa dan yakin dengan qada’ dan qadar yang telah ditentukan. Dalam soal jodoh ni, Papa dan Mama tak pernah henti-henti berdoa agar Iman dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik dari segala segi,”

Aku diam mendengat tutur bicara Papa. Tubir mataku mula terasa berair.

            ‘’Dan kami yakin yang Ian mampu menjaga Iman dengan baik walaupun kita semua lambat mengenali Ian,’’

Wajah tenang Papa aku pandang lama.

            ‘’Papa ni, suka buat Iman jadi pelakon drama air mata tau,’’ ujarku dan Papa hanya ketawa senang.

            ‘’Eleh, salahkan Papa pulak. Bukannya Papa tak tahu yang Iman sedih sebab malam ni Ian nak balik London kan ?’’ usik Papa.

            ‘’Pa, mana ada !’’

            ‘’Ala, dengan Papa pun Iman nak segan. Tak apa, tak apa, Papa faham,’’

            ‘’Papa !’’ Papa hanya ketawa senang.

Papa bangun dari duduknya dan kepalaku diusap mesra sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.



Mama sedang rancak bersembang dengan Auntie Julia di satu sudut. Papa pula sedang seronok berbual dengan Uncle Mikhail. Angah pula sedang berbual dengan abang Long Ian, Seith Haiman yang datang dengan isteri dan anak kembar mereka.

            ‘’Amani, I just need to settle my luggage check-in in a minute. You may take a seat and I’ll join you later,” tutur Ian yang sedang menunggu orang di hadapannya berurusan dengan staff MAS berkenaan beg pakaian.

            “It’s okay. You’ll be done soon right?” ujarku dan Ian mengangguk. Aku bukannya tak nak duduk dengan mereka yang di sana tapi mesti Mama akan suruh aku temankan Ian dekat sini. Padahal mamat ni bukannya budak kecik yang nak kena temankan ke hulur ke hilir.

Selesai urusan luggage check-in, kami mendapatkan keluarga masing-masing yang sedang menunggu.

            “Ingat pesan Umi, Ian. Jangan buat hal kat sana. Remember that,” pesan Auntie Julia dengan tegas.

            “Walid percaya dengan Ian. Take care and settle everything properly before you come back here. If ada problems, don’t hesitate to inform me. Okay, son?” pesan Uncle Mikhail pula. Aku kagum mendengar Bahasa Melayu Uncle Mikhail yang sangat lancar.

            “Yes, walid. Insya Allah,” jawab Ian.

Kini semua mata tertumpu ke arahku pula. Erk, aku pun kena bagi amanat dan pesanan macam yang lain-lain ke?

            “Awak jangan lari tau. Nanti saya datang kejar awak dekat London sampai dapat,” tuturku.

            “Iman!” tegur Mama. Aku hanya tersengih. Betul apa aku cakap, buatnya nanti mat salih celup ni lari dari aku dan tak balik-balik sini. Aku nak kahwin dengan siapa ? Angah dan abang Seith sudah tergelak-gelak.

            “Yes, dear. Don’t worry about that. After this you will always see me, 24/7,” jawab Ian bersahaja. 

Isy, mamat ni! Tak ada ayat yang elok sikit ke? Malunya aku nak angkat muka tengok semua orang.

            “And one more thing. Don’t forget to drink more milk or consume yoghurt,” pesan Ian separuh berbisik. Wajahnya kupandang dengan penuh tanda tanya.

            “You need to be taller during our wedding day,”

Dia ni kan!!!! Wajah Ian yang sedang tersenyum sinis itu kupandang dengan geram. Rasa macam nak cekik-cekik je.

            “Mama, tengok Ian ni!” aku sudah menjerit geram.

            ‘’Iman Amani, behave yourself. Kenapa jerit-jerit ni ?’’ tegur Mama tegas. Aku menjeling ke arah Ian dan dia sedang tersengih mengejek.

            “Ian ni. Dia kata…” bicaraku terhenti.

            ‘’Ian kata apa ?’’ soal Mama. Wajah aku dan Ian dipandang silih berganti.

            ‘’Tak ada apa-apalah, Ma,’’

Aku mengetap bibir, menahan geram. Ian tersenyum menang. Boleh tak aku nak baling handbag aku ni dekat mamat sengal ni?

            “Ian, Umi rasa Ian kena masuk ni. Dorang dah panggil tu,’’ beritahu Auntie Julia.

            ‘’Oh, really ?’’ jam tangan di pergelangan tangan kanan dibelek.

            “Then, I better make my move now,”

Ian mula bersalam dengan Uncle Mikhail, abang Seith, Angah, Papa dan Auntie Julia. 

            “So, I’ll see you in another 2 weeks. Don’t worry, I won’t run away,” tutur Ian. Sepasang anak mata kelabu cari itu menikam wajahku.

Aku hanya mengangguk.

            “Take care and…”

Aku mengangkat wajah, menunggu butir bicara Ian yang selanjutnya.

            “don’t forget to drink milk,”

            “Ian Hadif!!”


p/s : Untuk readers yang mencari bab awal sampailah latest bab, saya dah upload completely dekat blog. Have fun reading :)


1 comment: