Friday 18 January 2013

Encik Suami Mat Salih Celup? 18






Bab 18



Aku mengeluarkan satu lagi helaian kertas putih dari fail jernih dan menayangkan kertas tersebut di hadapan Ian. Riak wajah Ian yang tadinya tersenyum menang, kini sudah bertukar riak. Berkerut-kerut dia memandang helaian kertas yang sedang kupegang.

            “Macam yang awak cakap, saya boleh baca fikiran awak. Sebab tu, saya buat 10 copies agreement kita ni. Yang awak koyakkan tadi tu, the first copy. Ada 9 copies lagi dengan saya.” Ujarku sambil tersenyum menang.

            “Where’s the original copy?” Soal Ian. Tidak berminat dengan helaian kertas yang sedang kutayang di hadapan wajahnya.

Aku menjongkitkan bahu sambil mengangkat kening. Padahal, perjanjian asal disimpan oleh Angah di rumah.

            “You hide that agreement, right?” Soal Ian sambil mengerutkan dahi.

            “I won’t deny that.” Jawabku bersahaja.

Ian sudah mendengus dan aku pula ketawa. Kelakarnya! Itulah, nak mengenakan aku sangat, kan diri sendiri dah terkena. Ini Iman Amani lah!

            “Sorrylah. Marah ke? Nak main koyak-koyak kertas lagi? Awak boleh main 9 kali lagi.” Usikku apabila melihat Ian sudah merebahkan tubuh di atas katil.

            “Stop talking and go to sleep.” Jawab Ian tanpa nada dan menarik selimut.

Aku sudah terkekek-kekek ketawa. Marahlah tu!

            “And, you, sleep on that sofa.” Tambah Ian lagi sambil menunding ke arah sofa yang menjadi tempatku berdiri tadi.

            “Kenapa pulak? Awak bukannya boleh tidur pun malam-malam kan?” Soalku tidak puas hati. 

Sudahlah dua malam di hotel aku yang tidur di atas sofa.

            “My room, my rules.” Jawab Ian.

Eh, kejap! Aku macam pernah dengar je ayat tu! Ayat aku dulu tu !


******************************


Telefon bimbit yang berbunyi kuat membuatkan aku terjaga daripada tidur. Aku terpisat-pisat, meraba-raba mencari telefon bimbit yang mungkin terletak di sebelah bantal. Tiada ! Aku turun daripada sofa yang menjadi tempat tidurku dan kelihatan iPhone berwarna putih itu sudah terbaring di atas karpet. Nasib baik ada karpet tebal ni ! Kalau tak, dah retak seribu agaknya telefon ini.

Aku sempat melihat skrin telefon bimbit sebelum menjawab panggilan.

            “Assalamualaikum,mama. Kenapa, ma ?’’ Soalku risau memandangkan mama menelefonku ketika jam baru sahaja menunjukkan pukul 3.30 pagi. Sempat aku berdoa di dalam hati supaya ahli keluarga sentiasa dilindungi Allah.

            “Iman, Iman ! Kak Nisa !’’ Suara mama kelihatan cemas.

            “Kenapa dengan kak Nisa ?’’ Soalku turut cemas.

            “Kak Nisa, mama rasa dia dah nak beranak ni. Iman tolong datang sini boleh ? Hantarkan kak Nisa ke hospital.’’ Jawab mama.

            “Hah?”

            “Along kamu dah pengsan tengok darah tadi. Papa mana ada kat rumah. Petang tadi dah gerak pergi China. Angah pun baru pergi Kedah.”

            “Relax, mama. Relax. Iman datang sekarang jugak. Tapi, mama call ambulans tau, in case Iman lambat sampai.’’

            “Ya, ya. Cepat tau Iman.”

Aku pantas menggerakkan Ian yang masih tidur lena.

            “What’s wrong? Cramp again?” Soal Ian yang masih kelihatan mamai. Dia mengenyehkan kedua-dua belah matanya.

            “Bukan,bukan. Cepatlah, jom pergi rumah mama.” Jawabku kelam-kabut.

            “What’s wrong? Chill, and tell me slowly what’s happening.” Balas Ian yang sudah duduk menghadapku.

            “Kak Nisa nak beranak. Jom cepat. Along dah pengsan pulak. Kita kena hantar kak Nisa pergi hospital.” Terangku sambil pantas menukar seluar, menyarung cardigan dan juga tudung segera berwarna hitam. Aku mengambil telefon bimbit dan beg duit sambil pantas menarik tangan Ian.

            “Eh, eh. Wait! Let me change my pants and wash my face.” Ian menarik tanganku semula.

            “Tak payah, tak payah. Okay dah tu. Tak ada siapa nak tengok pun dekat hospital tu. Cepatlah. Kalau kak Nisa terberanak dekat rumah, nanti awak yang sambut.” Balasku dan menarik tangan Ian yang masih mencari dompetnya.

Kami pantas turun ke tingkat bawah, membuka pintu utama dan menguncinya semula. Aku menghulurkan kunci kereta kepada Ian. Dia memandangku dengan penuh tanda tanya.

            “Gelap sangat ni, saya tak berani nak drive. Tak berapa nak nampak. Awak drive.” Ujarku dan meletakkan kunci pada tapak tangan Ian.

Ian memandu laju ke rumah mama. Nasib baik juga rumah mama di Ampang sahaja, jadi tidak terlalu jauh dari rumah keluarga Ian yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail. Ketika kami masuk ke dalam rumah, kak Nisa sudah terbaring di atas karpet dengan wajah yang berpeluh-peluh. Along masih tidak sedarkan diri. Mama kelihatan sangat cemas.

            “Ian, Ian. Tolong saya pimpin kak Nisa masuk kereta.” Ujarku sambil menarik tangan Ian yang kelihatan terpinga-pinga seketika. Mamat ni tak mabuk darah kan? Kalau tak, memang lagi haru lah jawabnya! Kami berdua memapah kak Nisa ke tempat duduk belakang sambil mama mengikuti langkah kami.

            “Tu lagi sorang. Bini nak beranak, dia dulu yang pengsan.” Balas mama sambil menunjukkan ke arah Along yang masih tidak sedarkan diri.

            “Along macam mana?” Soal Ian.

            “Kena bawak pergi hospital jugaklah. Jom, jom, tolong saya.” Jawabku dan kami berdua memapah Along ke tempat duduk belakang.

Ian terus memecut laju ke Hospital Ampang Putri. Kak Nisa terus dibawa ke bilik bersalin sementara Along dibawa ke ER ( Emergency Room). Aku dan Ian menguruskan proses pendaftaran di kaunter. Mama sudah terduduk kepenatan di kerusi yang disediakan.

            “Mama, mama okay tak ni?” Soalku sambil duduk di sebelah mama yang wajahnya kelihatan sedikit pucat.

            “Mama okay. Risau betul mama tadi. Nasib baik Iman dengan Ian ada. Along korang tu pun satu hal, bini sakit nak beranak, dia dulu dah pengsan. Mabuk tengok darah. Sedar-sedar dah tumbang atas karpet. Mama dahlah tak reti nak bawak kereta.” Jawab mama.

            “Yalah, Along mana boleh tengok darah, nanti dia terus pengsan. Tak pelah, mama. Sekarang ni kak Nisa pun dah masuk dalam labour room, doktor pun tengah check Along. Kita doakan semoga kak Nisa selamat melahirkan bayi yang sihat. Sama-sama kita doa supaya mak dan anak selamat.” Balasku sambil memaut erat bahu mama. Ian yang menjadi pemerhati, hanya tersenyum melihat kami berdua.

            “Ian, Ian tolong mama call parents kak Nisa boleh?” Soal mama pada Ian.

            “Saya dah call tadi. Iman yang bagi nombor. Sekejap lagi parents kak Nisa sampailah tu.” Tutur Ian satu-persatu. Aku yang mendengar sudah tersenyum. Not bad !

            “Thanks, ya Ian, Iman. Jom kita tunggu kak Nisa dekat ruang menunggu sana tu. Dekat sikit dengan labour room.’’ Balas mama dan mula bangun dari tempat duduknya.

            “Mama gerak dengan Ian dulu. Iman nak pergi tengok Along dah sedar ke belum.” Balasku sambil memandang ke arah Ian, member isyarat tidak langsung.

            “Yalah. Mama lupa pulak pasal Along tu.” Balas mama sambil sempat tersengih.

            “If anything, call me.” Pesan Ian sebelum berlalu bersama-sama mama.



Aku mengangguk dan mengatur langkat ke ER. Aku mendekati katil yang menempatkan Along yang masih terbaring. Seorang doktor lelaki sedang memeriksa Along.

            “Cik ni relative Encik Irfan ke?” Soal doktor muda itu apabila menyedari kehadiranku. Aku sempat mencuri pandang tag nama doktor di hadapanku ini. Dr.Aisy.

            “Ya, saya adik dia. Macam mana dengan Along saya, doktor ?’’ Soalku sambil memandang Along yang masih tidak sedarkan diri.

            “Tak lama lagi dia akan sedar. Cik jangan risau. Encik Irfan cuma pitam sebab mabuk darah. Saya dah check, Encik Irfan tak ada apa-apa. Kami dah masukkan air ke dalam badan Encik Irfan. Insya- Allah, tak lama lagi abang cik akan sedar.” Jawab Dr. Aisy sambil tersenyum.

            “Along saya ni memang buat lawak, doktor. Wife dia sakit nak bersalin, dia dulu dah tumbang.” Balasku sambil tersenyum.

            “Abang cik ni mabuk darah, sebab tu lah.” Balas Dr. Aisy.

            “Kalau macam tu, saya pergi tunggu kakak ipar saya dekat area labour room dululah.’’ Balasku.

            “Nanti bila Encik Irfan dah sedar, saya akan maklumkan pada cik.’’

            “Terima kasih, doktor.’’

            “Dah memang tugas saya, cik.’’

Dr. Aisy tersenyum lagi sebelum berlalu. Aku turut berlalu dari situ untuk ke  ruang menunggu di labour room.


            “Along macam mana, Iman?” Soal mama sebaik sahaja aku menghampiri mama dan Ian yang sedang duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak hospital.

            “Still unconscious. Bila Along dah sedar nanti, doktor yang in charge akan inform kita. Kak Nisa macam mana?” Jawabku dan melabuhkan duduk di sebelah Ian yang sudah berkali-kali menguap. Matanya kelihatan berair.

            “Macam tu lagilah agaknya. Mama tanya nurse yang baru keluar dari labour room tu. Dia kata, belum lagi. Kita kena tunggulah.” Jelas mama.

Sedang kami berbual, ibu bapa kak Nisa baru sahaja sampai dan terus mendapatkan kami. Mama berbual dengan ibu kak Nisa yang kelihatan sangat risau.

            “Malam tadi awak tidur pukul berapa ?’’ Soalku pada Ian yang sudah menguap entah untuk kali yang ke berapa.

            Around 1.30 a.m.’’ Jawab Ian dengan mata yang berair. Sekali pandang, dia kelihatan seperti mahu menangis.

            “Mengantuk eh? Sorrylah, kacau and susahkan awak pulak.” Balasku. Kasihan pula melihat tingkah Ian yang sudah kelihatan seperti orang mamai.

            “No worries. I’ll have my sleep once we go back home.” Balas Ian.

Aku meneliti Ian yang memakai t-shirt lengan pendek tanpa kolar berwarna hitam dengan seluar tidur kotak-kotak berwarna biru. Kelam-kabut sangat tadi sehinggakan aku tidak benarkan Ian untuk menukar seluarnya. Muka pun tak sempat basuh. Nasib baik tak ada air liur basi. Aku sendiri pun tak sempat nak membasuh muka. Aku sudah tergelak seorang diri.

            “What’s so funny?” Soal Ian sambil memandang wajahku dengan dahi yang berkerut.

            “Awak.” Jawabku sambil meneruskan tawa. Ian makin mengerutkan dahinya.

            “Terbaiklah fesyen awak datang hospital. Nice pants!” Jelasku sambil tersengih.

Ian meneliti seluar yang sedang dipakainya. Merah padam wajahnya memandangku yang masih seronok ketawa seorang diri. Nasib baik mama dan ibu kak Nisa berbual agak jauh dari kami. Jika tidak, mesti mereka pelik kenapa aku gelak seorang diri pada pukul hampir 4.30 pagi ini.

            “I wanted to change my pants just now, but you didn’t allow me. So, what can I do?” Balas Ian tanpa nada. Alamak, mamat ni merajuk pulak ke?

            “Yalah, yalah. Saya salah sebab tak bagi awak tukar seluar. Sorry, okey? Sensitip lah awak ni.” Balasku pula.

Ian tidak menjawab dan terus memejamkan matanya. Melihatkan Ian yang sudah memejamkan matanya, aku turut senyap sambil memerhatikan mama dan ibu kak Nisa yang masih berbual. Ayah kak Nisa pula sudah ke bilik kecemasan untuk melihat Along. Tidak lama kemudian, Along datang ke arah kami bersama-sama ayah kak Nisa.

            “Along, Along. Iman ingatkan Along terrer, macam taiko. Rupa-rupanya Along dulu yang tumbang.” Usikku sebaik sahaja Along menghampiri tempat dudukku.

            “Isy, Along kan mabuk darah. Janganlah cakap kuat-kuat, nanti orang lain dengar. Dahlah Along segan gila dengan ibu dan ayah.” Balas Along sambil tersengih. Aku yang mendengar sudah tersenyum-senyum.

            “Eh, Iman tak nak balik rumah ke? Kesian Ian, dah tertidur dia.” Balas Along lagi sambil memandang Ian yang kepalanya sudah terlentok pada bahuku.

            “Tak apa, kitorang tunggu sampai kak Nisa selamat deliver. Ian ni, dia kata dia mengantuk. Biarlah dia tidur macam ni. Kalau nak drive balik sekarang pun, mesti dia tak larat.’’ Balasku sambil melirik ke arah Ian yang sedang lena tidur. Sedap betul kepala dia landing atas bahu aku. Nak tolak, rasa tak sampai hati pulak. Biar macam ni pulak, aku yang rasa tak sedap hati sebab dari tadi jantung aku asyik berdegup-degup pantas macam nak terkeluar dari tempat asal.

            “Sorrylah, susahkan Iman dengan Ian pulak. Kacau pengantin baru pulak tengah-tengah malam macam ni.” Tambah Along dengan wajah yang kelihatan serba-salah.

            “Mana ada pengantin baru lagi, Along. Dah lama lah. Ala, mana ada susahkan pun. Along cakap macam tu, macamlah kita ni orang luar. Sengaja je kan Along nak buat Cerekarama time-time macam ni.” Balasku pula. Along sudah ketawa kecil.



Alhamdulillah, kak Nisa selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat pada pukul 6.15 pagi, iaitu sebaik sahaja azan Subuh berkumandang. Kami semua yang sedang menunggu, berasa sangat lega, bersyukur dan gembira. Berseri-seri wajah Along menimang cahaya mata sulung walaupun tengah malam tadi dia sudah pitam. Bertambah lagi seorang ahli keluarga kami, bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad yang insya-Allah satu hari nanti akan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

            “Ian.” Aku mengejutkan Ian yang masih lena.

Senyap, matanya masih tertutup rapat. Isy, bahu aku dah rasa macam nak tercabut ni. Encik suami ni tak nak bangun ke?

            “Ian, bangun. Dah Subuh ni.” Panggilku sekali lagi sambil menepuk-nepuk lembut belakang tapak tangannya.

Ian membuka matanya dan terus duduk menegak. Terkebil-kebil dia memandang wajahku.

            “Jom, kita solat Subuh dekat surau dulu before balik. Subuh dah masuk ni.’’ Jelasku apabila melihat wajah Ian yang masih bingung.

            “Kak Nisa ?’’ Soal Ian sambil membuang pandang ke arah Along yang sedang bercakap sesuatu dengan mama.

            “Alhamdulillah, dah selamat beranak. Baby girl.” Jawabku.

            “Oh, Alhamdulillah. So, we are going home after performing Subuh prayer here?” Soal Ian lagi. Dia masih menguap lagi.

            “Yup. Kita terus balik rumah. Petang nanti bolehlah kita datang sini nak lawat kak Nisa dengan baby. Boleh ajak umi dengan walid sekali.” Jawabku dan berdiri sambil menggerak-gerakkan bahu yang terasa lenguh dan sengal. Berat betul kepala encik suami mat salih celup ni. Berapa kilo agaknya kepala dia?


**********************************


Aku terjaga daripada tidur dan terus duduk sambil memandang keadaan sekeliling. Eh, aku ada dekat dalam bilik Ian? Elok terbaring atas katil pulak tu. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Seingat aku, aku tertidur di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah dari hospital Subuh tadi. Lepas tu? Aku tak ingat pulak macam mana aku boleh ada dekat dalam bilik ni. Aku memandang keadaan sekeliling bilik yang sunyi sepi. Bayang Ian tidak kelihatan.

          “Takkan aku sleep walking pulak? Sambil tidur, boleh pandai keluar sendiri dari kereta dan terus naik ke bilik? Panjat tangga dengan mata terpejam?” Aku bersoal siasat dengan diri sendiri.

            “Ataupun, takkanlah Ian pulak yang baik hati tolong angkat aku sampai ke bilik ni?” Soalku sendiri.
Terus aku menampar-nampar pipi sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepala. Isy, mustahil! Ngeri rasanya kalau dibayangkan. Mesti aku yang jalan sendiri naik ke bilik ni. Aku terus bangun, mengemaskan katil dan mandi. Usia bersiap-siap, aku turun ke tingkat bawah.

            “Umi.” Aku menyapa umi sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang dapur.

            “Iman, breakfast dulu.” Balas umi yang sedang mengemas kawasan dapur.

            “Yalah. Umi dengan yang lain-lain dah breakfast ke?” Soalku sambil mencapai pinggan kecil dan sudu.

            “Dah tadi. Ian bagitahu umi yang kak Nisa dah selamat bersalin ya?’’ Jawab umi yang kini sudah mengambil tempat di hadapanku.

            “Ha’ah, umi. Pukul 6.15 pagi tadi. Tu yang pukul 3.30 pagi Iman dengan Ian kelam-kabut pergi rumah mama. Tolong hantar kak Nisa pergi hospital.’’ Jelasku.

             “Sebab tu lah Subuh tadi umi dengar bunyi kereta masuk porch. Tu yang umi pelik, siapa pulak yang balik awal pagi tadi. Rupa-rupanya korang. Bila umi tanya Ian, Ian cerita yang kak Nisa dah selamat bersalin. Baby girl ya ?’’ Balas umi.

            “Ha’ah, umi. Kalau umi dengan walid free petang ni, bolehlah kita lawat kak Nisa dekat hospital.’’ Balasku.

            “Boleh jugak tu. Nanti umi bagitahu walid.” Balas umi sambil tersenyum.

            “Ian mana, umi ?’’ Soalku apabila sedari tadi bayang Ian tidak kelihatan.

            “Keluar jap, tolong hantar mak cu pergi LCCT. Mak cu nak balik Kelantan dah. Mak cu kirim salam dekat Iman.’’ Jawab umi.

            “Ala, tak sempat Iman nak jumpa mak cu. Ian pun tak kejutkan Iman langsung.” Tambahku.

            “Nanti Iman ajaklah Ian pergi Kota Bharu, pergi rumah mak cu. Ala, lagipun mak cu tahu yang Iman penat, tak cukup tidur sebab kena berjaga dekat hospital. Pagi tadi pun umi nampak Ian yang bawak Iman naik atas. Ian kata Iman dah mengantuk sangat sampai tak boleh nak bukak mata masa dia kejutkan Iman dalam kereta tadi.” Balas umi membuatkan aku hampir tersedak.

            “Hah?” Aku sudah terkebil-kebil,terkejut.

            “Tak pe, malam ni kita ramai-ramai hantar Uncle Ben dengan Aunt Sarah pergi KLIA ya. Dorang nak balik dah.’’ Cerita umi lagi.

Oh, rupa-rupanya, itulah ceritanya. Patutlah sedar-sedar aku sudah ada di atas katil. Aku sudah mula mengelamun, tidak begitu mendengar butir bicara umi yang seterusnya.


11 comments:

  1. Wah encik suami ni betul2 sweet la

    ReplyDelete
  2. suka suka. Tak sabar nak tunggu next entry. :)

    ReplyDelete
  3. Next entry, please. Hehehe....mcm order makanan kat kedai pulak. Thanx, writer. :)

    ReplyDelete
  4. besttttt ! le cete nie.... x boring pun..... nak aggg... ada ura ura nak publish ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you :) iA, kalau ada rezeki tapi nk kena siapkan manuskrip dulu.

      Delete
  5. MMG BEST GILER!!!... tak sabar nak baca episod seterusnya :)

    ReplyDelete
  6. lambat lagi ker cik Yumi Hyra....tiap2 hari sy buka blog sbb nak tahu episod seterusnya...hehehhehee

    ReplyDelete
  7. mane entry baru??:(
    -boni-

    ReplyDelete
  8. haha..bestnyer!!dah ade ke novel nieh?

    ReplyDelete