Tuesday 8 January 2013

Encik Suami Mat Salih Celup? 16





Bab 16


            “Hah, dah lawa dah tuan puteri kita ni.” Usik kak Aisyah sambil membetulkan kedudukan veil dan crown di atas kepala.

            “Tengoklah siapa make-up artistnya.” Usikku pula dan kami berdua ketawa serentak.

            “Cun la weh! Dah macam princess from fairy tales!” Sampuk Auni yang sedari tadi memerhatikan kak Aisyah bekerja.

            “Kak, ni lagi sorang bakal pengantin. Dia dah berkenan dengan sentuhan jari-jemari akak tu. Nanti bila nak kahwin, mesti dia cari akak jugak.’’ Balasku sambil mengusik Auni.

Kak Aisyah hanya tersenyum memandang telatah kami berdua sambil mengemas peralatan solek yang berterabur di atas meja solek ke dalam sebuah kotak empat segi bersaiz sederhana.

            “Aku nak kahwin lambat lagilah. Sempat tunggu kau beranak kot !’’ Balas Auni sambil tersengih.

            “Yalah tu nak tunggu aku beranak. Entah-entah tahun depan kau dah kahwin.’’ Usikku lagi.

            “Isy, mulut mak cik ni! Buatnya masin mulut kau tu.” Auni sudah menolak bahuku.

            “Biarlah masin pun. Benda yang baik kot !’’

Auni hanya mencebik tetapi kemudiannya tawa kami berdua meletus juga.

           “Haih, aku tak sangka kawan baik aku yang macam kanak-kanak ceria Ribena ni dah jadi isteri orang rupanya. Rasa macam baru semalam je kita prank Simon and the gang yang kuat membuli time orientation week dulu.’’ Tambah Auni.

            “Prank tu memang the best! Thanks to Firaslah. Dia memang prank master. Sampai sekarang aku tak boleh lupa reaksi muka Simon. Kita ingatkan ketua pembuli semangat kental macam Iron Man, tapi bila kena prank dengan cik ‘han’, dia terus tumbang.” Balasku sambil tersenyum mengimbau kenangan lampau.

            “Padan muka dia. Suka sangat beli budak-budak baru masuk dengan benda yang tak logik. Kau ingat dia suruh Sofia cari telur dinasour tu? Memang zaman sekarang ni boleh jumpa telur dinasour. Kesian gila dekat Sofia.’’ Auni sudah tergelak-gelak.

            “Sampai Simon graduate pun dia tak tahu yang prank malam tu dekat rumah memang kerja budak-budak kita kan ?’’ Soalku.

            “Dia tak tahu langsung! Kalau dia tahu, memang kita kena humban balik zaman dinasour.” Jawab Auni dan ketawa kami pecah lagi.

            “Iman!” Jerit Angah dari ruang tamu kecil yang disediakan di dalam bilik suite ini.

            “Auni, kau sembang dengan kak Aisyah jap eh. Aku nak pergi tengok apa benda yang Angah aku tu tiba-tiba teringin nak jadi Tarzan.’’ Ujarku pada Auni dan berlalu untuk mendapatkan Angah.

Aku ke ruang tamu dan kelihatan Angah sedang duduk di atas kerusi bulat dan Ian yang sudah bersiap, sedang berdiri di tepi tingkap.

            “Angah menjerit tadi kenapa ?’’ Soalku sambil memandang Angah yang seperti selalu, sentiasa tersengih.

            “Saja, nak test suara.’’ Jawab Angah dan tanganku terus ringan menampar lengannya. Angah hanya ketawa seronok.

            “Eh, lawanya adik Angah! Dah macam princess Snow White.” Tambah Angah lagi sambil tangannya erat memaut bahuku.

            “Yang tiba-tiba memuji ni kenapa? Sorry, Iman tak ada duit kecik nak bagi upah dekat Angah sebab puji Iman.” Balasku bersahaja dan Angah terus ketawa.

            “Angah panggil sebab nak suruh Iman tengok Ian ni.’’ Beritahu Angah.

            “Suruh tengok ?’’ Soalku pelik dan aku berpaling ke arah Ian pula. Wajah tidak beriak Ian, kupandang lama.

            “Bukan tengok macam tu lah!”

            “Dah tu? Angah yang kata suruh tengok.” Aku sudah ketawa.

            “Isy, budak ni ! Maksud Angah, tolonglah betul-betulkan baju cik abang awak tu. Nasib baik Angah ada tau, kalau tak, kesian Ian kena buat semua sendiri.”

Aku mengetap bibir. Angah ni memang sengaja betullah! Wajah Angah dan Ian kupandang silih berganti. Aku berjalan merapati Ian yang sedari tadi membisu.

            “Eh, kesan lebam awak dah tak adalah !’’ Balasku perlahan. Kalaulah Angah dengar, jenuh aku nak bersoal jawab dengar encik peguam itu.

            “Really?” Soal Ian dan tangan kanannya memegang dahinya sendiri.

            “Or awak teringin nak pakai BB cream lagi?” Usikku dan Ian sudah menarik muka. Anak mataku meneliti baju kemeja putih yang dipakai oleh Ian, yang turut dilengkapi dengan vest dan kot hitam di luar.

            “You look great!” Ulasku sambil menjengketkan kaki untuk membetulkan kedudukan kot hitam yang tersarung di badan Ian. Kemudian, aku menepuk-nepuk bahunya.

Ian sudah tersenyum menyerlahkan sepasang lesung pipit yang terbentuk dalam. Tiba-tiba aku pula yang rasa semacam. Isy!

            “You look fabulous too and…

Aku memandang anak mata kelabu cair yang kelihatan tersenyum itu, menanti butir bicara selanjutnya.

            Will look more elegant when you wear those high heels. As you said to me previously, you need to be taller.” Sambung Ian, separuh berbisik.

Aku dah agak! Kalau dia tersenyum semacam tu, memang dia nak mengenakan aku.

            “Awak nak merasa pakai make-up lagi tak? Kali ini make-up artist yang buatkan. Nak?” Ugutku, geram.

Ian menggeleng sambil menjelirkan lidah. Isy, dia ni!

            “Woi, korang buat apa kat tepi tingkap tu? Siap berbisik bagai.” Usik Angah.

            “Angah!” Aku sudah menjerit kuat.



Para tetamu tersangatlah ramai, terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Sedari tadi, aku dan Ian berjalan dari meja ke meja untuk berjumpa dengan para tetamu usai acara makan beradab dan persembahan nasyid. Aku yang baru sahaja selesai berjumpa dengan rakan-rakan mengaji umi, menarik sebuah kerusi kosong dan melabuhkan duduk. Pergelangan kaki sudah terasa sakit. Rasa macam nak berjalan dengan berkaki ayam. Tumit kasut yang kurasakan sama panjang dengan tapak tanganku itu, kutenung.

            “Iman.’’ Sapa satu suara. Aku mengangkat wajah dan kelihatan Aunt Sarah, ibu saudara Ian yang terbang jauh dari Scotland, sudah tersenyum memandangku. Aku tersenyum kembali. Kerusi kosong disebelahku, kutarikkan untuk Aunt Sarah.

            Are you okay,dear ?’’ Soal Aunt Sarah lembut sambil melabuhkan duduk.

            “I’m okay. I was thinking that this type of shoes can really be a silent killer.” Jawabku dan Aunt Sarah ketawa kecil sambil memandang kasutku.

            “True though. But those shoes are really beautiful.” Balas Aunt Sarah. Slang Scottishnya yang agak pekat memaksa telingaku untuk bekerja lebih kuat daripada biasa.

Aku rasakan keluarga Ian daripada sebelah walid sangat unik. Aunt Sarah dengan slang Scottishnya, Uncle Benyamin dengan slang Irishnya. Walid lagi terbaik, bila bercakap bahasa Inggeris, slang Britishnya sangat pekat tetapi bila bercakap bahasa Melayu, memang dah boleh jadi orang Melayu sejati. Cuma laki aku tu je yang terkeliat lidah dia. Eh!

            I heard from Ian that you did your degree in Wales.’’ Ujar Aunt Sarah.

            “Oh, yes. Cardiff university.” Jawabku sambil tersenyum.

            “I see. Have you been to Scotland?” Soal Aunt Sarah.

            “Yeap, twice. Once to Glasgow and for the second time, I visited my friend who studies at Edingburgh University.” Jawabku sambil ingatanku menerawang kepada Aina yang masih belum menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan.

            “I live in Glasgow. After this, if you and Ian are planning to come to UK, do pay us a visit. Okay, dear?” Balas Aunt Sarah dan tanganku digenggam erat.

            “Insya-Allah, we will.” Balasku sambil tersenyum.

Aku dan Aunt Sarah terus rancak berbual. Rupa-rupanya Aunt Sarah merupakan seorang professor di University of Glasgow. Aunt Sarah bercerita mengenai arwah suaminya, bercerita tentang anak perempuan tunggalnya yang bekerja di Jepun dan turut berkongsi cerita tentang pengalaman hidupnya.

            “Iman.” Panggil Ian yang muncul tiba-tiba. Perbualan rancak antara aku dan Aunt Sarah terus terhenti.

            “I would like to introduce you to my friends.” Ujar Ian sambil sempat melemparkan senyuman ke arah Aunt Sarah.

Aku bangun dan mengikut langkah Ian ke sebuah meja. Kelihatan lima orang lelaki sedang memandang ke arah kami sambil tersenyum.

            “So guys, meet my wife, Iman Amani. Amani, introducing you to the hottest lads clan from Bath uni.” Tutur Ian sambil ketawa. Rakan-rakannya yang seramai lima orang itu turut tertawa sama.

            “This is Luke, the sweetest talker among us, he can make girls fall head over heels for him.” Ian memperkenalkan Luke yang berambut dark brown dan bermata hijau kepadaku.

            “Don’t believe what Ian said about me. I’m not a sweet talker, I’m a gentleman. Tu es très belle, ma chère. Enchanté.” Balas Luke sambil menolak bahu Ian dan tersenyum manis ke arahku.

Merci beaucoup, monsieur.’’ Aku membalas senyuman Luke.

What! Ma chère ? Amani, I told ya. He is a sweet talker, misusing his French ability to pick up on girls.’’ Tambah Ian sambil menjeling ke arah Luke. Luke sudah ketawa besar.

Tu peut parler francais?” Soal Luke lagi kepadaku. Jelingan Ian tidak dipedulikannya.

Oui, en peu.” Jawabku sambil tersenyum lagi. Ian sempat lagi menjeling ke arahku.

            Anyway, moving on. This is Daniel, the son of a Duke. Mr popular in uni.” Ian memperkenalkan Daniel yang berambut ginger dan bermata hazel.

            “Nice to meet you, Amani. Well Ian, you are so lucky to have a lovely bride like her.” Balas Daniel sambil menepuk-nepuk mesra bahu Ian.

            “Nice to meet you too, Mr. Daniel.” Jawabku sambil tersenyum. Aku ingatkan golongan Duke yang merupakan kerabat diraja, antara yang menduduki ranking tertinggi dalam ranking pemerintahan, tidak bercampur dengan masyarakat biasa. Pertama kali berjumpa dengan golongan Duke, aku menjadi kagum.
Apabila aku diperkenalkan dengan Azril dan Aqeel, barulah aku tahu yang Ian rupa-rupanya berkawan juga dengan orang Melayu.

            “This is Adrian, my business partner in London. Ops, no longer business partner since we have ended our partnership. So, he is my best friend since high school.” Tambah Ian sambil memperkenalkan aku dengan Adrian yang berambut blonde dan bermata biru. Dia tersenyum manis ke arahku.

            “Nice to meet you.” Balasku dan Adrian mengulurkan tangan kanannya untuk bersalam denganku. Aku sudah terkebil-kebil memandang huluran tangan Adrian. Aku terus mencari wajah Ian.

            “She can’t do that.” Ian menyambut huluran tangan Adrian sambil tersenyum.

            “I know, I just wanna tease her. She looks so lovely, innocent, like a kid. Congratulations on your wedding, bro. Congratulations, Amani. Wishing you guys a great and wonderful marriage life ahead. ” Balas Adrian sambil menepuk-nepuk bahu Ian. Adrian sempat tersenyum ke arahku sekali lagi. 

Aku tersenyum kembali.

            “Thanks, Ad.” Balas Ian sambil tersenyum.

Ian menarik semula tanganku untuk berjalan ke arah meja yang lain pula. Aku sudahlah tengah sakit kaki, mamat ni boleh pulak tengah seronok mengheret aku macam tengah mengheret teddy bear.

            “Ian, congratulations!” Ucap seorang lelaki Melayu. Raut wajahnya yang boleh dikatakan agak cantik untuk seorang lelaki, kupandang sekilas. Ni sememangnya geng pretty boy.

            “Zyafran, thanks for coming. Amani, this is Amir Zyafran, my new business partner.I will join his architecture firm with his other two friends.” Beritahu Ian.

            “Nice to meet you, Amani. Sayang, ni lah Iman Amani.” Balas Zyafran sambil mencuit bahu seorang perempuan, yang aku yakin merupakan isteri Zyafran.

            “Oh, hi! Saya Mia Zara.’’ Tutur Mia sambil tersenyum manis. Kami berdua bersalaman.

            “Mia Zara? Eh, kita pernah jumpa time winter gathering dekat Cardiff dulu kan? Ingat lagi tak?” Soalku apabila ingatanku merasakan kami pernah bertemu di bumi UK dahulu.

            “Ahh… ha’ah! Iman! Baru ingat, kita satu group time discussion pasal konflik Israel-Palestin kan? Sorry, dah lama tak jumpa, susah pula nak cam. Yalah, dah jadi makin cun melecun sekarang. Patutlah tadi nampak kawan baik awak, Auni. At first, ingatkan just another person yang mirip macam muka Auni. Rupa-rupanya memang betul.” Usik Mia dan kami berdua terus berpelukan. Anak kembarnya yang sedang bermain dengan kain napkin, memandang kami berdua.

           “Ha’ah, memang Auni yang awak nampak tu. Nanti lepas ni, bolehlah jumpa dia. Mesti dia terkejut gila nanti. Eh, dah ada twins ya sekarang. So cute!.” Balasku sambil mencuit pipi si kembar yang perempuan.

            “Pening ada sorang heroin dengan sorang hero serentak ni. Rasa macam nak terbalik rumah. Eh, lupa pulak. Alisha, Adam, salam dengan auntie.’’ Ucap Mia kepada si kembar perempuan yang comel bergaun kembang putih dan yang lelakinya comel berbaju kemeja putih dan berseluar jeans hitam.
Berebut-rebut Alisha dan Adam bersalam denganku. Aku sudah tersenyum-senyum.

            “Comelnya!” Tambahku lagi sambil mengusap rambut Alisha yang panjang mengurai.

            “Dah berapa tahun umur diorang?” Soalku.

            “Nak masuk 3 tahun. Seriuslah, tak sangka gila jumpa Iman balik. Dahlah encik hubby kita masing-masing jadi business partner kan?” Balas Mia ceria.

            “Tulah pasal. Cantik je susunan Allah untuk perjalanan hidup kita kan?” Balasku dan Mia tersenyum.

            “Eh, you guys know each other?” Soal Zyafran yang baru sahaja menyedari tingkah isterinya yang sangat teruja. Ketika aku dan Mia rancak bersembang, Zyafran sedang berbincang sesuatu dengan Ian.

            “Kenallah, bie. Kitorang pernah jumpa time winter gathering dekat Cardiff dulu.” Jawab Mia dan lengan Zyafran dipaut mesra.

            “Oh, no wonder lah excited semacam. Dah macam program Jejak Kasih.” Usik Zyafran.

            “Amani, you guys have met each other before?” Soal Ian pula.

            “Yup.” Jawabku.

            “Really? What a small world.” Balas Ian sambil tersenyum.

            “Patutlah tadi kita dengar riuh-rendah. Kan Ian?” Tambah Zyafran sambil tersenyum ke arah Ian.

            “Yup. While we were having our convo, they were having their gossip session.” Usik Ian sambil tangan kananku digenggam erat. Ian tersenyum mengusik.

            “Perempuanlah katakan!” Usik Zyafran pula.

Aku dan Mia saling berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing mencubit lengan suami masing-masing.



*********************

Ketika aku keluar dari bilik air, Ian sudah terbaring menelentang di atas katil. Sejak peristiwa dahi Ian terhantuk pada pintu almari, aku tidak berani lagi nak berebutkan katil. Terpaksalah mengambil tempat di atas sofa. Memang Ian ni kejam betul. Sepatutnya dia yang lelaki lah kena mengalah. Ni, dah terbalik pula.

Aku membuka televisyen dan melabuhkan duduk di atas karpet tebal sambil melunjurkan kedua-dua belah kaki. Sakit dan sengalnya pergelangan kaki, jangan cakaplah ! Rasa macam semua skru-skru dekat kaki ni, macam dah nak tercabut ! Aku mula mengurut kedua-dua belah kaki. Sambil mengurut kaki sendiri, aku mula berfikir bagaimana segelintir wanita sanggup menahan sakit kaki kerana memakai kasut yang tumitnya tinggi berinci-inci semata-mata untuk kelihatan cantik. Bagiku, biarlah tak setinggi mana, asalkan kaki sendiri tak merana sakit.

            “Amani, what are you doing ?’’ Soal Ian sambil menjengukkan kepalanya ke bawah katil.

            “Tengah urut.” Jawabku sambil mata melekat pada kaca tv.

            “You what?” Soal Ian lagi.

            “Massaging my feet.” Jawabku.

Tiba-tiba Ian ketawa. Dia yang tadinya berbaring di atas katil, sudah melabuhkan duduk di sebelahku.

            “Apa yang lawak?” Soalku kerana aku sangat pasti rancangan National Geographic yang sedang kutonton sekarang, memang tidak ada benda yang melucukan.

            “You.”

Aku memandang wajah Ian yang sudah merah kerana ketawa sebentar tadi.

            “You were so busy mumbling by yourself just now. And your PJ’s.” Bicara Ian terhenti dan meneliti baju tidurku.

 Aku sudah mengerutkan dahi. Apa yang lawaknya lagi ? Takkan baju tidurku ini yang berseluar panjang tiga suku dengan t-shirt lengan pendek berwarna merah jambu dengan corak bunga di bahagian hadapan baju, boleh mengundang tawa Ian ?

            “You look like a kindergarten kid.’’ Sambung Ian sambil ketawa mengusik.

            “That means I look younger than my real age. I take that as a compliment.” Jawabku selamba. Kalau dilayan, lagi menjadi-jadi. Biar je lah mamat ni nak gelak sampai esok pagi pun. Biar suara dia habis, senyap sikit.

            “What’s wrong with your feet ?’’ Soal Ian apabila tawanya reda.

            “Sakit. Kasut awak tu punya pasallah.” Jawabku sambil mengurut pergelangan kaki dengan perlahan-lahan.

            “Those shoes do no wrong, dear.’’ Balas Ian. Aku senyap, malas melayan Ian. Selepas ini, aku hendak terus melelapkan mata. Badanku sudah terasa penat sangat.

Tiba-tiba, aku terasa pergelangan kaki kananku ditarik oleh Ian dan diletakkan di atas ribanya. Aku memandang wajah Ian yang sangat bersahaja. Dia ni kenapa? Nak patahkan kaki aku pulak ke?

I’m good at foot massaging. I always do this kind of stuff for my late grandmother since I was a small kid.” Cerita Ian sambil mengurut pergelangan kakiku perlahan-lahan. Pandai jugak mamat ni mengurut. Kalau sakit kaki lepas ni, tak payah susah-susah nak membazir duit beli mesin Osim ke, Ogawa ke.

            Don’t worry, I won’t break your legs.” Tambah Ian lagi dan wajahnya menunduk, mengurut pergelangan kakiku. Kali ini, dia menyapu sedikit minyak angin yang kuletakkan di atas meja tadi.

Wajah Ian yang sedang menunduk itu, kubelek dengan anak mata dengan penuh minat. Bila lagi nak buat face analysis dekat suami sendiri kan? Kalau sebelum ni asyik menganalisa laporan kewangan butik, kali ini mari kita menganalisa muka manusia pula.

Rambut Ian yang lurus dan berwarna brunette itu, kupandang. Better brunette than blonde. Entah mengapa, tapi aku tidak berapa gemar lelaki Eropah yang berambut blonde. Akan nampak sangat pucat dengan kulit mereka yang putih. Isy, Iman ! Itu kan ciptaan Allah. Mana boleh kita yang hanyalah manusia biasa, yang juga diciptakan oleh Allah, nak mengkritik ciptaan DIA. Anak mataku singgah pula pada kening Ian yang terbentuk cantik, turun pada bulu matanya yang melentik, hidungnya yang mancung dan seulas bibir yang nipis. Kulit wajahnya yang putih merah itu membuatkan aku yang perempuan ini turut berasa cemburu melihatnya. Sangat licin dan bersih seperti kulit wajah perempuan. Eh, apa aku merepek dalam hati sorang-sorang ni!

            “Ian.” Panggilku.

            “Hmm…” Wajahnya masih memandang ke bawah, kali ini tekun mengurut pergelangan kaki kiriku pula.

            “Walid masa muda, mesti handsome sangat kan? Kalau tak macam mana umi boleh tertarik.” Ujarku tiba-tiba. Melihatkan Ian, aku sangat pasti ketika muda dahulu, mesti walid seorang yang kacak bergaya. Sekarang pun, walaupun usianya sudah lebih separuh abad, walid masih kelihatan segak.

Ian mengangkat muka dan memandang wajahku. Jari-jemarinya berhenti mengurut pergelangan kakiku. Dia sudah mengerutkan dahi.

            “Yalah, bila tengok abang-abang awak yang sangat handsome, mesti walid pun sangat handsome.” Tambahku lagi selamba.

            “Then, how about me?” Soal Ian.

Aku menggelengkan kepala, beria-ria. Sengaja.

            “Nope, you are not good looking at all.” Jawabku sambil tergelak-gelak.

Terus Ian menekan kuat di pergelangan kaki kiriku. Geram agaknya.

            “Sakitlah, Ian!” Aku sudah terjerit. Pantas tangannya kutampar.



French mini dictionary :

Tu es très belle, ma chère = Awak sangat cantik, sayangku

 Enchanté = Gembira berkenalan dengan awak

Merci beaucoup, monsieur = Terima kasih banyak-banyak, encik

Tu peut parler francais? = Awak boleh bertutur dalam bahasa Perancis?

Oui, en peu = Ya, sedikit

10 comments:

  1. best.. la cite ni..
    tak sabar nak tgk telatah pasangan ni..menjadi suami isteri...

    ReplyDelete
  2. bez sngt2!! nk lgi :)

    ReplyDelete
  3. huwaaaa... bestnyer iman dah kawen dgn ian...

    ReplyDelete
  4. Wah sy rasa sy dah jatuh la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...jatuh apa? Jatuh hati tak pa, jangan jatuh tangga ^^

      Delete
  5. waa..bestnya..xsabar nk tggu next en3..

    ReplyDelete
  6. waaa , best2 , cepat2 sambung , cant wait :)

    ReplyDelete