Sunday 6 January 2013

Encik Suami Mat Salih Celup? 15






Bab 15


          “Tak apa ke Iman pergi dengan Jazmin je?” Soal umi. Riak wajahnya kelihatan sangat risau.

            ‘’Okay je, umi. Don’t worry. Bukannya Iman pergi sorang. Min kan ada.’’ Jawabku, tersenyum sambil memaut bahu Jazmin yang sedang tersengih.

            “Isy, umi risaulah. Iman tu tengah darah manis. Tak pun, tunggu sekejaplah. Sekejap lagi Angah Noah balik. Tak lama lagi, habislah kelas dia.’’ Balas umi.

            ‘’Kitorang okey je, umi. Insya-Allah, tak ada apa-apa. Iman janji Iman bawak kereta slow-slow, macam kura-kura. Kalau nak tunggu Angah yang amik Ian, kesian pulak lama Ian menunggu dekat airport tu.” Balasku.

            “Kak Iman, kalau bawak kereta macam kura-kura, esoklah baru kita sampai.” Tambah Jazmin.

            “Tak apa, biar lambat asalkan selamat.” Balasku sambil tersengih.

            “Yalah, bawak kereta hati-hati. Umi gerak dulu pergi hotel la. Sekejap lagi walid sampai. Malam ni diorang nak start decorate dewan tu. Jadi, umi nak tengoklah diorang buat kerja macam mana.” Balas umi.

            “Kalau macam tu, kitorang jumpa umi dekat hotel malam nanti. Mama dengan papa pagi esok baru datang sebab mama ada hal dekat Gombak. Jom, Min. kita gerak. Nanti jalan jam pulak. Ini pun mesti dah start jam ni.” Ujarku.

            ‘’Drive carefully, okay. Apa-apahal, call umi. Umi tunggu korang dekat hotel.” Tambah umi lagi.

            “Ya, umi.”

Aku dan Jazmin masing-masing bersalaman dengan umi sebelum beredar ke keretaku yang terparkir di luar rumah.

            “Achik punya flight sampai KL pukul 7 malam kan?” Soal Jazmin sambil memakai tali pinggang keselamatan sebaik sahaja kami masuk ke dalam kereta.

            “Sepatutnya macam tu lah. Harap-harap dia tak hilang lagi kali ini.” Jawabku dan Jazmin terus ketawa.

            “Kalau hilang, kita tinggalkan je dia, kak.”

            “Dahtu, esok akak nak kahwin dengan siapa?”

Aku ketawa melihat Jazmin yang sudah menepuk dahinya. Lupalah tu!



Aku dan Jazmin tiba di KLIA apabila jam di dashboard menunjukkan hampir pukul 7.30 malam. Tambahan pula kami perlu menempuh jam yang teruk kerana terdapat kemalangan kereta dan bas tadi. Aku memakirkan kereta dan bergandingan dengan Jazmin melangkah masuk ke dalam kawasan lapangan terbang.

            “Achik dah sampai ni.” Ujar Jazmin sambil membaca pengumuman yang tertera di announcement board.

            “Ha’ah lah. Yalah, kita lambat sampai sini sebab jalan jam teruk tadi. Eh, Ian call.” Balasku apabila terasa poket seluar jeans bergetar. Aku mengeluarkan iPhone berwarna putih dari dalam poket seluar dan menyentuh skrin untuk menjawab panggilan.

            “Ian kata dia tunggu kita dekat tempat arrival, yang ada tempat duduk tu. Jom !” Beritahuku sambil iPhone ke dalam poket seluar jeans.

Jazmin mengikut langkahku ke tempat ketibaan. Kami mencari-cari kelibat Ian di kawasan tempat duduk.

            ‘’Kak Iman, itu Achik !’’ Beritahu Jazmin separuh menjerit. Jazmin sudah melambai-lambai ke arah Ian sambil tersenyum. Ian yang menyedari kehadiran kami, terus bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah kami berdua.

            “Patutlah susah nak recognize Achik. You got a new hairstyle eh?” Sapa Jazmin ceria sambil menyalami tangan Ian. Aku turut memandang rambut Ian yang sudah bertukar wajah. Rambutnya sudah dipotong pendek dengan rambut depannya dinaikkan sedikit ke atas. Kacak bergaya rupanya encik mat salih celup ni. Aku sudah tersenyum di dalam hati.

            “Yup. How is it? I look better than my previous hairstyle right?” Balas Ian dan bahu Jazmin dipaut erat.

            “Yup! Awesome!” Jawab Jazmin sambil membuat ‘ double thumbs up’.

            “Kak Iman yang dah berhari-hari tak tengok Achik pun terus jadi speechless.” Usik Jazmin sambil menyiku pinggangku. Haih, adik ipar yang seorang ni. Suka main siku-menyiku pulak. Ni lagi seorang geng Angah.

            ‘’Suka sangat mengusik orang kan.’’ Balasku dan pipi Jazmin kucubit lembut.

Tiba-tiba Ian menghulurkan tangannya. Eh, lupa pulak nak salam suami sendiri! Aku menyambut huluran tangan Ian. Jazmin yang menjadi penonton sudah tersenyum-senyum.

            “Kita solat dulu lah. Nanti tak sempat, masuk waktu Isya’ pulak. Kita nak straight pergi Shah Alam lepas ni.” Balasku lagi.

            “Okay,let’s go!” Jawab Ian dan tanganku ditarik supaya aku mengikut langkahnya.

            “Achik, luggage ni siapa nak bawak?” Soal Jazmin.

            ‘’Min.’’ Jawab Ian bersahaja dan menarikku yang masih terkejut. Dahla tangan dia ni sejuk gila macam ais batu. Aku ni, dah macam mak turut, rela je lah diheret oleh Ian.


Usai solat Maghrib di surau airport, kami terus ke tempat parkir kereta.

            ‘’Car key.’’ Tutur Ian sambil menyuakan tangan kanannya ke arahku yang masih terkial-kial mencari kunci kereta dari dalam beg tangan.

            ‘’Saya drive. Awak duduk senyap-senyap je dekat sebelah.’’ Jawabku sambil menarik keluar kunci kereta dari dalam beg tangan. Jumpa pun!

            “Lah, takkanlah nak argue pasal siapa yang patut bawa kereta?” Sampuk Jazmin.

            “Min nak kita sampai Shah Alam malam ni ataupun pagi-pagi buta esok?” Soalku sambil sempat menjeling ke arah Ian.

            ‘’Mestilah malam ni.’’ Jawab Jazmin, lurus.

            ‘’Kalau macam tu, biar akak yang drive. Kalau cik abang sebelah ni yang drive, esok pun belum tentu kita boleh jumpa hotel walid yang dekat Shah Alam tu.’’ Balasku bersahaja. Ian yang mendengar, sudah mencebik.



Umi dan walid menyambut kedatangan kami di lobi. Kelihatan umi tersenyum lega sebaik sahaja melihat kami bertiga sudah selamat sampai.

            “Ni kad bilik Ian dengan Iman. Yang ini pulak, kad bilik Min. Naiklah bilik dulu, bersihkan diri dan apa-apa yang patut. Korang dah makan ke?” Sapa walid sambil menyerahkan kad bilik kepada Ian dan Jazmin.

            “Dah, walid. We had our dinner dulu before datang sini.” Jawab Jazmin.

            “Great! Nanti Min turun bawah balik, datang dekat ballroom yang dekat tingkat bawah ya. Min tolong umi nanti. Ian dengan Iman, kalau nak turun tengok diorang buat preparations kat dewan, bolehla datang sekali. Kalau nak berehat and terus tidur pun tak apa. Lagipun, Ian mesti exhausted sangat kan?” Tambah walid sambil menepuk bahu Ian.

            “Nanti kitorang turun sekejap, nak tengok jugak layout dewan untuk esok macam mana.” Balasku sambil memandang wajah Ian. Ian hanya mengangguk.


Aku dan Ian membawa beg masing-masing sambil mencari bilik kami yang bernombor 702.

            “Over there.” Ujar Ian. Aku mengikut langkah Ian dan menunggu Ian meleretkan kad pada tombol pintu untuk membolehkan kami masuk ke dalam bilik.

            “Teet!”

Ian membuka pintu dan terus masuk ke dalam bilik sementara aku mengekori dari belakang.Bilik suite yang ditempah oleh walid tersangatlah luas. Dah boleh buat acara mini olimpik dalam bilik ini. Aku terpandang katil bersaiz king yang terletak di satu sudut. Ian yang seolah-olah boleh mendengar apa yang sedang berlegar di dalam fikiranku, terus memandangku.

            “I know what you’re thinking right now.” Tutur Ian dan berlari dahulu mendapatkan katil tersebut.

            “Hei, apa ni! Tak aci lah!” Balasku separuh menjerit. Aku menolak tubuh Ian yang sudah berbaring menelentang di atas katil.

            “Jangan nak mengada. As usual, tempat tidur awak kat atas sofa sana tu.” Aku sudah menarik kaki Ian pula supaya lelaki ini beredar dari atas katil.

Ian menggeleng sambil memejamkan matanya. Aku menarik kedua-dua belah tangan Ian dengan sekuat hati pula.

Gedebuk!

Ian sudah terbaring di atas lantai. Nasib baik dilitupi dengan karpet. Kalau tidak, retak seribu agaknya tulang belakang mamat ni. Aku ketawa seronok sambil mengambil alih katil.

            “Amani!” Jerit Ian sambil menggosok-gosok belakang badannya yang mungkin terasa sengal.

Aku yang sedang berbaring di atas katil terus menjenguk ke bawah katil sambil menjelirkan lidah ke arah Ian. Amekaw! Nak sangat berebut katil dengan Iman Amani. Aku lihat Ian sudah berdiri sambil memandangku tajam. Err, kenapa tiba-tiba aku rasa seram sejuk ni?

            “Get off!”

Aku menggeleng. Masih menayang muka selamba. Ian menarik kuat kedua-dua belah kakiku sehingga aku pula terjatuh dari katil dengan kepalaku ke bawah dan kedua-dua belah kakiku ke atas. Ini sudah lebih!

Aku bangun sambil memicit-micit leher yang terasa sakit. Ian kembali berbaring di atas katil sambil menayangkan wajah yang kononnya tidak bersalah. Aku menarik bantal yang menjadi lapik kepala Ian. Ian menarik bantal lain pula untuk menjadi alas kepala. Aku menarik pula bantal tersebut dan kubaling ke bawah katil. Ian mengambil satu lagi bantal. Bantal itu juga menjadi mangsa balinganku ke bawah katil.

            “Turun!”

Ian menggeleng sambil menjelirkan lidah. Eh, dia ni! Mengejek aku baliklah tu.

            ‘’Oh, tak nak turun eh ?”

Aku memanjat naik ke atas katil. Dengan pantas, kedua-dua belah tangan Ian kukilas ke belakang dan menariknya turun dari katil. Ian cuba memusingkan kedua-dua belah tanganku yang sedang mengilas tangannya. Sehinggalah…

            “Ouch!”

Aku melepaskan tangan Ian. Tangannya yang bebas kini sedang menggosok-gosok dahinya yang terhantuk pada almari baju ketika kami bergelut sebentar tadi.

            “Jangan gosok kuat-kuat. Let me see your forehead.” Tuturku dan menarik tangan kanan Ian yang sedang menggosok-gosok dahinya.

Alamak! Lebamlah pulak dahi mamat ni. Dah jadi warna biru ungu. Aku sudah cuak, mula berpeluh di dalam bilik yang dingin ini.

            “Sakit tak?” Soalku dan masih meneliti kesan lebam pada dahi Ian.

            “What kind of question is that? Of course it’s painful.” Jawab Ian sambil menolak tanganku daripada dahinya.

            “Sorry.”Ucapku perlahan.

Macam mana dengan wedding esok ni? Kalau kesan lebam tu tak hilang jugak macam mana? Mesti ahli keluarga yang lain bertanya apa yang sudah berlaku. Agak-agaknya, Ian pandai ke nak telefon Talian Nur dan mengadu yang aku dera dia? Matilah aku! Mana nak cari first aid malam-malam ni? Farmasi bukak lagi ke? Aku sudah melompat-lompat seorang diri di atas lantai sambil memerhatikan Ian yang sedang membelek dahinya di hadapan cermin.

Ian berlalu mendapatkan bagasinya yang terletak betul-betul di hadapan pintu. Berebutkan katil punya pasal, beg masing-masing terbongkang di hadapan pintu. Nasib baik pintu bilik sempat ditutup. Kalaulah mama tahu apa yang aku dah buat, memang nak kena piat telinga.

Aku membuka beg pakaianku sambil otak cuba memerah idea untuk mencari jalan penyelesaian. Sepasang anak mataku tertancap pada kotak empat segi berwarna ungu lebam yang tertera nama Etude House. Aku tersenyum seorang diri dan memandang ke arah pintu bilik air yang baru sahaja dikunci rapat oleh Ian.
Sewaktu aku keluar dari bilik air, Ian sudah menunggu di sofa. Dia kelihatan ringkas dengan t-shirt putih dan jeans biru tua. Mukanya berkerut seribu.

            “Umi called just now. They are at the ballroom now.” Beritahu Ian.

            “Kejap, nak pakai tudung.” Balasku sambil cepat-cepat menyikat rambut dan menyarung tudung.

            “Before going down, let’s apply some magic spell on your forehead.” Tambahku sambil menarik keluar kotak berwarna ungu lebam tadi. Ian sudah berkerut dahi memandangku. Apabila aku mengeluarkan isi kotak tersebut, anak matanya yang sudah sedia bulat, menjadi semakin bulat.

           “You’re not going to do that, right?” Soal Ian. Matanya tidak berkelip memandang BB cream yang kupegang.

            “Yes, I am.” Jawabku selamba dan membuka penutup BB cream tersebut.

            “I am not going to wear any of your make-up items.” Balas Ian separuh menjerit.

            “Yes, you are.” Balasku dan menarik tangan Ian supaya duduk di hadapanku.

            “Duduk senyap-senyap. Kalau tak, saya apply benda ni dekat satu muka awak.” Ugutku.

Ian terus senyap, tidak bergerak. Tahu takut! Aku mahu ketawa, tetapi kutahan. BB cream yang lembap itu kusapu pada kesan lebam di dahi Ian. Nampak kurang sedikit warna lebam di dahi Ian. Aku mengeluarkan concealer pula.

            “I am not wearing that brownish lipstick!” Jerit Ian.

Lipstick? Aku sudah ketawa sakan.

            “Ni bukan lipstick la. Ni concealer, it helps to conceal your bruise in this mean time.” Terangku dengan tawa yang masih bersisa.

Aku membelek kesan lebam di dahi Ian. Siap! Tak nampak dah kesan lebam. Pandai Dr. Iman merawat mangsa dera sendiri. Ian terus berlari mendapatkan cermin. Takut sangat aku conteng bukan-bukan dekat muka dia tu.

            ‘’Dah jadi makin cantik dah dia. Kita letak blusher dekat pipi awak sikit nak?” Usikku dan datang menghampiri Ian yang masih membelek wajahnya di hadapan cermin.

            “Stay away from me!” Ian sudah menjerit sambil melompat naik ke atas katil.

Aku sudah terduduk di atas karpet tebal sambil menekan perut. Adoi, lawak sungguh laki aku ni. Berkat ajaran Angah terchenta, aku sangat berbakat untuk menjadi perintis pembuli yang sangat berjaya.



****************************


Seawal jam 6 petang, kak Aisyah yang merupakan mak andam pada hari ini, sudah sampai di hotel. Majlis resepsi aku dan Ian akan bermula pada pukul 8 malam nanti. Hari ini pula, sehari suntuk kami semua berada di ballroom untuk memantau kerja-kerja persiapan dewan.

            “Wah, banyaknya bunga. Dah rasa macam kahwin dekat taman bunga.” Bisikku pada Jazmin yang sedang mengikat riben pada kotak berisi coklat yang akan diberikan pada para tetamu.

            “Umi lah, teringin sangat nak tengok anak dia kahwin ikut konsep garden wedding. Kalau buat dekat garden betul-betul, maunya kita semua basah kuyup bila hari hujan.Time Along kahwin dulu, Along nak ikut cita rasa dia sendiri. This time, umi merasalah nak lepas kempunan sebab Achik memang jenis yang tak banyak cerita sangat.” Jawab Jazmin yang juga berbisik.

Pagi tadi juga, sudah ramai saudara mara daripada sebelah umi dan walid sudah sampai di hotel. Abang dan kakak walid juga sanggup datang jauh dari Scotland dan Ireland bersama keluarga masing-masing semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan ini.

            “Akak rasa, better Iman amik wudhu’ dulu and then terus pakai baju. Bila waktu dah masuk nanti, terus solat Maghrib. Lepas tu baru kita start mekap.” Ujar kak Aisyah yang sedang berbadan dua itu.

            “Ha’ah kan,kak. Nanti takut tak sempat pulak. Nak kejar solat Maghrib lagi.” Balasku dan kak Aisyah tersenyum.

            “Kasut Iman mana? Akak tak nampak pun.” Soal kak Aisyah.

            “Kasut apa, kak?” Soalan kak Aisyah berbalas dengan soalan juga.

            “Kasut pengantin la. Takkan Iman nak buat fesyen berkaki ayam pulak kan?” Gurau kak Aisyah.

Kasut pengantin? Alamak! Aku sudah terjerit kecil.

            “Kenapa ni, Iman? Kamu ni, buat akak terkejut je. Nasib baik akak tak terberanak dekat sini.” Balas kak Aisyah sambil mengerutkan dahi.

            “Iman lupa nak cari kasut pengantin la, kak. Macam mana ni ? Pakai flats aje boleh tak ?’’ Soalku.

            “Ya Allah! Macam mana Iman boleh lupa?” Soal kak Aisyah.

Aku hanya mampu menggeleng. Nak buat macam mana ni? Mana nak cari kedai kasut pulak? Sempat ke kalau nak cari kasut sekarang ni jugak? Ian yang baru sahaja keluar dari bilik air turut memandang ke arahku dengan pelik.

            “What’s wrong?” Soalnya sambil mengerutkan dahi.

            “Saya lupa nak cari kasut pengantin. Macam mana ni ?’’ Jawabku sambil duduk bertinggung di atas lantai.

Ian berlalu ke arah almari baju dan datang semula mendapatkanku. Sebuah kotak berwarna hitam dihulurkan ke arahku. Aku menyambut kotak tersebut dan membuka penutupnya.

            “Siapa punya ni?” Soalku sambil mengeluarkan sepasang kasut tumit tinggi yang berwarna putih. Cantik!

            “Yours. Of course they are not mine.” Jawab Ian dan dahiku dijentik.

            “Seriously?” Soalku lagi.

            “Yes, seriously. If you don’t want them, give them back to me.” Ian sudah mahu mengambil semula kasut tersebut daripada peganganku. Pantas aku memegang sepasang kasut itu dengan erat sambil tersengih.

            “Eh, nak nak! Thank you.” Aku sudah bangun sambil spontan memeluk tubuh Ian. Rasa macam nak menangis gembira pun ada.

Eh, sekejap! Apa yang aku buat ni? Peluk mat salih celup ni ? Biar betul ! Aku sudah terduduk di atas lantai yang berbalut karpet tebal dengan kulit muka yang terasa membahang.

            ‘’Sorry ! Tersilap peluk orang pulak. Saya nak peluk kak Aisyah sebenarnya.” Tuturku dengan riak wajah yang cuba dibiasakan dan terus berlalu mendapatkan kak Aisyah.

11 comments:

  1. Comelnyaaaaa! Nk agi ..mekaseh cik writer :p

    ReplyDelete
  2. aah, nak lagiiiii

    ReplyDelete
  3. saya baru setel bc dari bab 1, menarik! Yumi Hyra mmg fasih berbhs inggeris? ur english is very good, r u malay or mix, like Ian may be? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you :) Aha, x adalah fasih sangat, English saya berterabur jugak sebenarnya hihi ^^ Oh,saya memang orang Melayu sejati :D

      Delete
  4. Suka hehehe iman ni malu2 plak heheheh

    ReplyDelete
  5. Iman ni ganas sangatlah dengan Ian sampai lebam dahi Ian dibuatnya.... -_-#

    ReplyDelete
  6. Keep it up dear ^__^

    ReplyDelete
  7. best...nk lagi..:)

    ReplyDelete