Tuesday 1 January 2013

Encik Suami Mat Salih Celup? 14






Bab 14



Luggage beroda yang bersaiz kecil itu diletakkan di hadapanku. Aku memandang Ian dan dia pula memandangku.

            ’Please help me to pack my things.’’ Pinta Ian.

            “Awak nak bawak apa ni?” Soalku.

            “Important documents, winter jacket, a few shirts and trousers and toiletries. Basically, all these things.” Jawab Ian dan menunjukkan barang-barang yang sudah dikumpulkan di atas meja belajarku.

Aku sudah membulatkan biji mata melihat Ian yang selamba mengambil tempat di atas sofa kecil.

            “Dah siapla barang-barangnya. Then, why do you still need my help?” Soalku pelik.

            “I need your help to pack those things into my luggage.”

Jawapan selamba Ian membuatkan aku hampir tercekik air liur sendiri. Dia ni kan!

            “Tak boleh buat sendiri ke?” Soalku sambil menahan geram.

Ian hanya menggeleng.

            “Isy, pemalas!” Gumamku dan bangun untuk mengambil barang-barang Ian yang terletak di atas meja belajarku.

            “Pardon?”

            “Pemalas. Berat bontot!”

            “Hah?”

Aku mendengus.

            “Forget it. I was saying that you are such a nice person.” Sindirku tetapi Ian hanya ketawa puas hati.



Usai mengemaskan barang-barang Ian, kami berdua ditemani oleh Angah berangkat ke KLIA. Pada mulanya aku mahu pergi berdua sahaja dengan Ian, tetapi mama mula membebel, risaukan aku yang nanti akan pulang memandu sendirian.

            “Serius ni Angah tak kisah? Kata malam ni kena buat a few readings.” Ucapku kepada Angah ketika kami bertiga sudah berada di dalam kereta.

            “Serius, Angah kisah.” Usik Angah.

            “Angah ni kan! Dah, dah. Turun sekarang!” Balasku dan Angah ketawa.

            ‘’Ala Iman ni. Nak gurau sikit pun dah tersentap. Serius, Angah tak kisahlah. Bahaya nanti bila balik Iman drive sorang-sorang pulak. Dahla malam.” Balas Angah dan mula memandu keluar dari kawasan perkarangan rumah.

            “Okey! Mari kita memandu. Pak, bawak kereta hati-hati ya.” Balasku dan Angah hanya ketawa.

Angah memandu sambil berbual-bual dengan aku dan Ian yang duduk di bahagian belakang kereta. Di tengah-tengah perbualan, aku sudah tertidur. Sebaik sahaja aku membuka mata, kepalaku sudah terletak elok di atas bahu Ian.

            “Ibu, kita udeh sampai.” Usik Angah dan melalui cermin pandang belakang, anak mataku menangkap senyuman mengusik Angah.

            “Errr, awak. Sorry!” Ucapku pada Ian dan sambil membetulkan kedudukan jaket kulit hitam yang dipakai oleh Ian. Tak ada air liur tumpah sewaktu aku tidur tadi kan? Kan?

            “No worries.” Balas Ian sambil tersenyum.

Aku sudah terkebil-kebil. Eh, betul ke apa yang aku nampak tadi? Biar betul! Sejak bila pulak ni?

            “Iman, tak nak turun ke? Nak berkhemah dalam kereta ke?” Usik Angah lagi.

            “Nak turunlah ni. Cuba bawak bersabar sikit.” Balasku dan menutup pintu kereta.

Kami bertiga melangkah masuk ke dalam perkarangan KLIA yang sentiasa sibuk setiap hari, tidak mengenal masa.

            “You guys may go to perform Maghrib prayer first. Angah, I’ll meet you at surau after I drop my luggage at the check-in counter.” Ucap Ian.

            “Okay then. See you later.” Balas Angah dan menarik tanganku agar mengikut langkahnya untuk mencari surau.



Usai solat Maghrib di surau, Angah mengajak kami ke Coffee Bean sementara menunggu flight Ian. Angah dan Ian memesan kopi pilihan masing-masing sementara aku memesan Vanilla Caramel ice blended.

            “Coffee?” Soal Ian.

            “Nope, I don’t drink coffee.” Jawabku.

            “Eh, Ian tak tahu ke? Iman memang tak boleh minum coffee. Kalau minum, nanti dia nampak bintang.” Sampuk Angah sambil tersengih.

            ‘’Nampak bintang ?’’ Soal Ian.

            “Maksudnya, nanti dia pening, sakit kepala.” Jawab Angah sambil ketawa kecil.

            “Ohh… Ingatkan dia rasa macam pergi bintang!” Tambah Ian dan turut ketawa bersama Angah.

            “Amboi! Dah pandai join force eh!” Balasku dan terus mencubit lengan Ian.

            ’Dear, it hurts !’’ Balas Ian dan tangan kananku dipegang.

Wajahku terus terasa membahang. Mat salih celup ni pun, nak buat juga drama sebabak dekat depan Angah ni. Melampau betul !

            ‘’Dah, dah. Ambil air masing-masing. Jom kita duduk.” Salas Angah dan terus meninggalkan kami berdua untuk mencari meja yang kosong.

            “Lepaslah tangan saya ni. Angah bukannya ada dekat sini.” Bisikku dan aku cuba menarik jari-jemariku yang sedang digenggam dengan erat oleh Ian.

Ian hanya menggeleng sambil tersenyum mengusik.

            “Kenapa pulak? Ni tangan saya tau, bukan tangan awak.” Balasku geram.

            “I know.” Jawab Ian.

            “Dah tu?” Soalku lagi.

            “Nanti kena cubit lagi.” Jawab Ian selamba dan terus menarik tanganku supaya aku turut bergerak ke arah Angah yang sedang duduk di satu sudut.

Isy, macam-macam hal!

Aku mengambil tempat duduk di sebelah Angah dan berhadapan dengan Ian. Tak naklah aku duduk sebelah mamat tu. Silap-silap hari bulan dia patahkan pulak jari-jemari aku yang comel ni. Dahla tadi tarik tangan orang macamlah tangan aku ini diperbuat daripada getah. Kalau getah, rasanya tangan aku ni dah panjang sebelah !

            ‘’Angah, kalau Angah nak tahu, dekat sinilah ada orang yang bertuah tu menyorok sampai berjam-jam. Kitorang yang time tu jadi rescue team, dah ingat nak report police kalau tak jumpa jugak.’’ Ujarku sambil memandang wajah Ian.

            “Iman, Iman. Still tak puas hati lagi pasal benda yang dah lama lepas ke? Kan benda tu dah settle, Iman dengan Ian pun dah jadi husband and wife sekarang ni. Kan Ian dah minta maaf, cakap dia tak sengaja.” Tegur Angah dan bahuku dipaut erat.

Ian memandang Angah dan mereka bertukar senyuman. Lepas tu, boleh high five depan aku lagi! Geram betul aku dengan lelaki dua orang ni. 

Aku memanjangkan kaki, hendak memijak kaki Ian di bawah meja. Tetapi, kakiku tidak menjumpai sebarang kaki. Dengan rasa tidak puas hati, aku mengintai ke bawah meja.
Bertuah sungguh! Laki aku ni sedang duduk bersila di atas kerusi. Memang sampai bila-bila lah aku takkan jumpa kaki dia dekat bawah meja ni.

            “What’s wrong, Iman?” Soal Ian dengan riak wajah yang bersahaja sambil meneguk kopi miliknya.

Aku pantas menggeleng. Sabar Iman, sabar!

            “Ala, Iman. Marah lagi ke? Tak baik tau marah-marah dekat suami sendiri. Cik abang awak ni dahla nak pergi jauh. Lama tak jumpa nanti.” Tambah Angah lagi.

            ‘’Angah ni kan ! Siapa yang sebenarnya adik Angah ? Iman ke Ian ?’’ Soalku geram. Abang aku ni pun satu lagi hal.

            “Dua-dua lah. Kan Ian ni adik ipar Angah. Adik ipar sama je lah macam adik sendiri. Kan Ian ?’’ Jawab Angah dan ber‘high five’ sekali lagi dengan Ian. Aku yang melihat sudah terasa sakit hati.

            “Really, really, really sorry. Sincerely sorry to the power of infinity.” Tambah Ian dan menepuk-nepuk lembut tanganku yang berada di atas meja.

            “Janganlah marah.” Tambah Ian lagi, kini berbahasa Melayu pula. Wajahku dipandang dan dia tersenyum. Anak mataku terus menangkap sesuatu. Betullah apa yang aku nampak tadi!

            “Kalau selalu marah nanti cepat tua.” Tambah Ian lagi sambil tersenyum mengusik.

            “Ian!”

Ian dan Angah terus ketawa serentak. Sah, ni mesti Angah yang mengajar Ian bercakap sebegitu. Dah tak ada orang lain lagi.


Kami bertiga mengatur langkah ke balai berlepas apabila announcement board menunjukkan sudah sampai masanya untuk para penumpang yang mengambil penerbangan ke London berlepas.

            “So Ian, take care okay. Come back in a good shape. May Allah ease whatever you want to do there.” Ucap Angah sambil menepuk-nepuk bahu Ian.

            “Insya-Allah. Thank you, Angah. Please help me to look after Iman.” Balas Ian dan bersalaman dengan Angah.

            “Of course. Hah, orang sebelah ni dah nak ‘hujan’.” Usik Angah sambil menyinggung sikuku.

            “Memanglah dekat luar tu tengah hujan lebat. Lagi nak tanyalah Angah ni.’’ Balasku dan Angah ketawa.

            ‘’Alolo, muka dia dah merah padam ! Comel betullah adik Angah ni.” Usik Angah lagi.

Aku menjeling tajam Angah yang sedang seronok ketawa. Menyesal pulak suruh Angah temankan datang ke KLIA ini. Mulut dia betul-betul asyik pot-pet pot-pet dari tadi.

            “Make sure this Friday awak dah ada dekat Malaysia. Jangan nak lari lagi.” Pesanku, tegas. Ian ni bukannya boleh percaya sangat. Buatnya kalau dia betul-betul tak balik sini lagi, tang mana aku nak cari dia dekat London tu ?

            ‘’I won’t run away. Don’t worry.’’ Balas Ian, tersenyum sambil menepuk-nepuk kepalaku dengan lembut.

Betullah, encik suami ni ada lesung pipit! Kenapa berhari-hari menghadap muka dia, aku tak perasan langsung sebelum ni ? Takkan nak tanya pulak? Memang nak kena gelak free-free dengan Angah yang tersayang ni.

            “Puan Iman, salamlah cik abang awak tu. Dia dah kena masuk tu.” Sampuk Angah.

Aku pantas menghulurkan tangan untuk bersalam dan selepas itu terus Ian memeluk erat tubuhku.

            ‘’Take care.’’ Pesan Ian dan pelukan dilepaskan.

Memang sekarang ni aku rasa macam aku nampak bintang tengah berpusing-pusing di hadapan mata. Ah, sudah. Iman Amani dah tak betul!



**************************


            “Lambat balik hari ni, Iman?” Tegur mama sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah setelah memberi salam.

            ‘’Balik dari butik tadi Iman terus pergi rumah umi. Umi minta tolong nak susun nama guests ikut table untuk wedding hari Sabtu ni. Lepas tu umi ajak dinner dulu lepas solat Maghrib tadi. Lepas tu kitorang sambung balik susun nama tu sampai tak perasan dah pukul 11 lebih rupanya.’’ Jawabku dan berbaring di atas sofa panjang. Penat sangat rasanya hari ni.

            ‘’Guests pun nak kena susun nama ikut table ke ?’’ Soal mama dan mengambil tempat di sofa single seater.

            “Ha’ah, mama. Kalau buat dekat hotel, memang kena buat macam tu sebab pihak hotel sediakan meja bulat untuk tetamu makan. Satu meja sepuluh orang. Contohnya, kawan-kawan business walid, groupkan satu meja, kawan-kawan umi pulak table yang lain. And so on.” Jawabku dan mama kelihatan mengangguk-angguk.

Kenduri kahwin di sebelah pihak lelaki akan diadakan di hotel milik walid di Shah Alam. Walid sudah meminta para pekerja hotel untuk menyediakan bilik untuk ahli keluarga bermula pada hari Jumaat sehingga hari Ahad. Kata walid, lebih mudah begitu kerana kami semua tidak perlulah untuk berulang-alik dari rumah.

            “Ian ada call tak?” Soal mama sambil anak matanya terpaku pada drama Melayu yang sedang dimainkan di kaca televisyen. Mama aku ni, kalau dah dapat tengok drama, memang mata dia takkan berganjak. Aku terus tersenyum sendiri.

            “Time dia dah selamat sampai tu, adalah Ian call.” Jawabku sambil menutup mata.

            “Lepastu?” Soal mama lagi. Aku hanya menggeleng.

            “Iman tak naklah kacau Ian. Ian mesti sibuk uruskan hal dia dekat sana. Dahlah time zone lain. Mama jangan risaulah, hari Jumaat ni mama akan jumpa Ian balik.” Usikku.

            ‘’Iman, nak tidur tu, pergi masuk bilik. Dah jadi isteri orang pun, suka sangat tidur merata-rata.’’ Bebel mama apabila aku mahu melelapkan mata.

            ‘’Ala, mama. Mana ada Iman suka tidur merata-rata. Yalah, Iman naik atas dulu. Nak mandi, solat and terus tidur.” Balasku sambil bangun dari sofa, tempatku berbaring. Sebelum aku berlalu ke tingkat atas, aku sempat mencium pipi mama.



Deringan telefon bimbit yang berlagu kuat membuatkan mataku terus terbuka. Sempat aku melihat jam di dinding. Sudah pukul 3 pagi! Tanganku meraba-raba telefon bimbit yang mungkin sudah berjalan masuk ke bawah bantal. Kelihatan nombor pemanggilnya panjang berderet. Siapa pulak yang telefon pagi-pagi buta ni?

            “Assalamualaikum.” Tuturku dengan mata yang terpejam.

            “Waalaikumussalam. Iman, are you awake?” Balas satu suara yang sangat kukenali sejak sebulan yang lepas.

Mataku yang tadinya terpejam, sudah terbuka luas. Aku terus duduk di atas katil.

            “Ian?”

            Yes?”

Aku mengeluh. Dia tahu tak sekarang ni pukul berapa. Aku dahlah penat satu hari ni.

            ‘’Awak tahu tak sekarang ni pukul berapa ?’’ Soalku dan membetulkan rambut yang sudah kusut-masai.

            “8 p.m” Jawab Ian bersahaja.

Isy, dia ni kan!

            “Not in London, but here, in Malaysia.” Balasku geram.

Ian terus ketawa. Aku tak tahulah apa yang lawak sangat pagi-pagi buta ni. Takkanlah sebab aku bertanya pukul berapa, dia sudah gelak sakan ?

            ‘’Awak tahu tak sekarang ni dah pukul 3 pagi. 3 pagi tu waktu orang tengah tidur tau.’’ Sindirku sambil menahan sabar.

            ‘’I know.’’

            ‘’Dahtu, awak nak apa pagi-pagi buta ni ?’’

            ‘’ I want to know your shoes size.’’

Aku sudah mahu ketawa.

            “Awak call saya pagi-pagi buta ni semata-mata nak tahu saiz kasut saya? Buang tabiat ke?” Balasku walaupun aku kurang yakin yang Ian akan memahami maksud ‘buang tabiat’ itu.

            “I am serious, Iman.”

Pulak dah!

            “Kalau ikut standard saiz Malaysia, saya pakai saiz 4.”

            “Is that your shoes size or your palm size?” Usik Ian.

            “Ian!” Aku sudah terjerit dan Ian hanya ketawa seronok.




p/s: Selamat membaca. Sepatutnya ni post minggu lepas tapi disebabkan saya pulak tak sihat, hari ni baru dapat update bab baru. Btw, happy new year! :D

15 comments:

  1. what a sweet couple ya. thanks for the new entry.

    ReplyDelete
  2. dear, been waiting for this update since last year-but i consider tis a new year gift from salah sorang writers yg sy sayang n suker ...but dlm novel ni nampak cam iman byk 'buli' ian...maybe ni appetiser novel ni eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, thank you!
      Oh, for the mean time, akan nmpk iman macam byk buli ian. Tapi mana tahu the table will turn kan? Tu, kena tunggu. hehe

      Delete
  3. Best sgt...tp mana citer yg dia kawen?ttba nk jd husband n wife yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, dorang kan memang dah kahwin. :)
      Coming up, kenduri kahwin sebelah lelaki pulak.

      Delete
    2. Hihii...msti sy ttinggal bas ni..hmm ian dh fall for iman kn...sukaaaaa...cpt2 nxt n3 yer cik writer hehee

      Delete
    3. Haha, xpe2. Awak blh naik bas yang lain pulak :)

      Delete
  4. hi nina...buka2 pc at ofis tis morn n pop ada teaser (1) yeehaa i m on cloud nine-betul cakap ni..ur teasers n posts never fail to excite me-tho tak berapa reti sgt pasal 'horizontal'??cal me naive?

    ReplyDelete
  5. seronok baca citer ni, mmg ternanti-nanti entry seterusnya.. :-) couple yg comel... :-) Ian dah makin nakal, mesti belajar drp Angah... siaplah nanti Iman kena buli dgn Ian..hehehe...

    thanks, Yumi!

    ReplyDelete
  6. sweetnya dorang berdua ni...terhibur :)

    ReplyDelete
  7. terbaik la cite ni.comel giler 'I kuasa 2' ;D
    update cpt2 tau.hehe.but please take ur time.dont rush ^^

    ReplyDelete
  8. best la citer ni...tk sbar rasenye nk tunggu post bru...

    ReplyDelete