Monday 5 August 2013

Teaser : Encik Suami Mat Salih Celup Bab 33




Aku masih tekun membaca beberapa e-mail penting dan memeriksa kandungan peti inbox Yahoo Mail. Anak mataku lari pula pada planner berkulit hitam itu. Esok pagi Firas dan Nadia ingin berjumpaku mengenai majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Kawan baik aku itu sangat mengada-ngada. Firas mahu aku sendiri yang menguruskan majlisnya. Aku sempat juga menjeling ke arah Ian yang sedang nyenyak tidur selepas solat Isya’ berjemaah tadi.

            “Umi!”

            Suara Ian yang tiba-tiba memanggil umi itu membuatkan aku berpaling ke arahnya sekali lagi. Matanya masih tertutup rapat walaupun seulas bibir nipis itu tidak henti-henti memanggil umi. Aku dengar Ian merayu supaya umi tidak meninggalkannya. Aku bangun dari dudukku dan memanjat naik ke atas katil. Ian masih mengigau, memanggil-manggil nama umi.

            “Ian.” Bahu Ian kugerakkan perlahan. Tiada respons dan mata Ian masih tertutup rapat.

            “Ian.” Kali ini suaraku kuat sedikit. Ian terus mencelikkan matanya dan anak mata kelabu cair itu memandang wajahku.

            “Awak mengigau tadi.” Ujarku.

            “Baca selawat sebelum tidur. Baca ayat Kursi sekali. Tidurlah. Saya risau dengar awak mengigau tadi.” Aku menepuk belakang tangan Ian perlahan-lahan. Sudah seperti ingin menidurkan anak kecil yang meragam di tengah-tengah malam.

            “Saya mimpi benda yang bukan-bukan.” Beritahu Ian.

            “Mimpi tu kan mainan tidur. Jangan fikirkan sangat. Tidurlah. Sebelum tu, baca dulu apa yang saya pesan tadi.” Balasku lembut dan automatik satu kucupan singgah pada pipi kiri Ian.

            Aku yang baru tersedar tindakanku sebentar tadi, terus bangun. Wajahku sudah terasa panas membahang. Apa benda yang aku baru buat tadi?

            “Err, awak sambunglah tidur balik. Saya ada kerja sikit.” Balasku tergagap-gagap dan ingin cepat-cepat meninggalkan katil bersaiz King itu.

            “Stay.” Ian pantas menangkap pergelangan tanganku membuatkan langkah kakiku terhenti.

            “Stay in here with me.”


            Dalam sekelip mata, aku sudah berada di dalam pelukan hangat Ian. Aku perhatikan Ian yang sudah kembali lena dan tidak lama kemudian kelopak mataku turut terasa berat.


4 comments: