Monday, 5 August 2013

Teaser : Encik Mat Salih Celup Bab 34





“Sebenarnya kan, saya seronok sangat tengok awak dengan umi sekarang ni.” Aku menukar topik perbualan.

            “Alhamdulillah. Saya pun rasa gembira sangat. Saya tak terfikir pun dulu yang saya dapat rasa apa yang saya rasa sekarang ni. Oh, ya! Saya lupa nak cakap terima kasih pada awak.” Balas Ian.

            “Terima kasih pada saya? Kenapa pulak?” Soalku.

            “Yalah, sebab tolong saya reconcile balik dengan umi. Saya tahu awak mesti berpakat dengan walid kan?” Balas Ian, tersenyum.

            “Ala, saya bukannya buat apa pun. Sebenarnya Allah yang gerakkan hati awak dengan umi. Yalah, Allah itu Maha Berkuasa untuk menggerakkan hati hamba-hambaNya.” Aku tersenyum.

            “Tapi kan, saya rugi satu benda lah sekarang ni.” Ujar Ian sambil menjungkitkan keningnya.

            “Rugi? Rugi apa pulak?” Soalku, tidak faham.

            “Yalah, bila malam-malam, orang tu dah tak adalah nak peluk saya. Or nak kiss pipi saya lagi.” 
Jawab Ian bersahaja. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya ke arahku.

            Darah merah terus menyerbu naik ke wajahku. Eee…mulut dia ni! Tak ada insurans Takaful langsung! Cakap ikut sedap mulut je. Aku ni dah segan tahap tak tahu nak cakap. Rasa macam nak masuk sembunyi bawah meja. Nasib baik jugalah tak ada orang lain di ruang makan ini kecuali kami berdua.

            “Eh, bila masa pulak saya kiss pipi awak? Jangan nak buat cerita yang bukan-bukan ya.” Dalihku dengan wajah yang terasa panas membahang.

            Ian tidak menjawab, sebaliknya hanya ketawa senang. Berselera pula dia makan ikan keli masak kicap yang dikatakan seperti belut itu.

            “Saya dah lama nak tanya ni.” Ujarku sebaik sahaja tawa Ian reda.

            “Sure, my lady. Apa dia?” Soal Ian.

            “Awak memang setuju nak kahwin dengan saya sebab nak rebel dengan umi ke? Awak cakap hari tu awak ikutkan aje apa yang umi nak sebagai tanda awak nak rebel dengan umi, indirectly macam nak balas dendam.” Soalku.

            “Kind of. Tapi, ada sebab lain jugak.” Jawab Ian.

            “Sebab lain?” Soalku dan Ian mengangguk.

            “It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight.” Jawab Ian.

            Aku sudah terkebil-kebil memandang Ian. Betul ke apa yang aku tengah dengar ni? Love confession ke? Ke main-main macam troll of the year tu?

            “Betul ke apa yang awak cakap tu?” Soalku semula.

            “Cakap apa?” Soalanku dibalas dengan soalan juga.

            “Pasal love at a deeper sight tu.” Jawabku dan Ian mengerutkan dahi.

            “Bila masa saya cakap macam tu?” Soal Ian dan bangun dari duduknya untuk menambah nasi.

            Hah? Pulak dah! Habis tu, apa yang aku baru dengar tadi? Haru sungguhlah aku dibuat oleh encik suami mat salih celup ini!

16 comments:

  1. Adoi...cute btoi la Amani dgn Ian nie...

    ReplyDelete
  2. hah funny..nnt dah launch bgtw yer.x sabar nak bli;)

    ReplyDelete
  3. aaiihh... main2 pulak ian nih... eeee

    ReplyDelete
  4. cikitnya...x puas bc..

    ReplyDelete
  5. alaaaa.... nk lg....

    ReplyDelete
  6. sesak nafas i baca sciput mcm ni...ala3...nak lg..plzzzz

    ReplyDelete
  7. waiting for the next episode. bila?? :)

    ReplyDelete
  8. next episode ?

    ReplyDelete
  9. nak lagi, nak lagi, cik penulis cepatlah sambung...

    ReplyDelete
  10. Yg had kje sparuh jln ni yg kmi xmnt ni.....

    ReplyDelete
  11. Dengan ini diumumkn bhw cik laksa dh jumpe sorg lg penulis hangat2 tahi aym.... jenis wat kje xabih... update pe pn xde... 10q...

    ReplyDelete
  12. X baiklah ckp yg bkn2 psl penulis..please respect ckit..

    ReplyDelete
  13. Novel ni mmg best..feeling in luv with Ian..x sabar nk peluk novel ni dlm versi cetak..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete