Monday, 5 August 2013

Encik Kutub Utara 6




Bahagian 6


            Jam di pergelangan tangan menunjukkan hampir pukul 4 petang. Mana Benyamin ni? Dia tahu tak aku dah lama berdiri terpacak macam tiang bendera dekat tepi Pantai Chenang ni? Dah penat sendi-sendi pipi aku untuk tersenyum manis ke arah pelancong-pelancong asing yang  menginap di resort milik abah ini.

            Resort milik abah yang berkawasan luas ini terletak di lokasi yang sangat strategik; sangat dekat dengan Pantai Chenang. Jika aku pulang ke rumah sewaktu cuti, aku suka datang ke sini untuk berjalan-jalan di tepi pantai. Kadang-kadang, mengheret adik-adik aku yang tiga orang itu untuk berjogging ataupun melihat matahari terbenam.

            “Ayong, tunang ayong dah mai dah. Angah pi sebelah sana sat, tengok anak-anak orang putih tu dok buat sandcastle. Ayong jangan dok ikut perangai tentera Jepun ayong pulak.” Pesan Aqwa sambil tersengih lawa.

            “Perangai tentera Jepun apa pulak?” Soalku.

            “Yalah, suka bantai orang.” Jawab Aqwa sambil tergelak-gelak.

            “Hang tu dulu ayong bantai.” Balasku geram dan Aqwa hanya ketawa.

            “Bincang dengan Ben elok-elok. He wasn’t that bad actually. Dia sembang dengan angah tadi, elok je.” Balas Aqwa.

            “Yalah, bukannya angah yang kena tunang dengan dia.” Aku sudah mula memprotes.

            “Angah gerak dulu. Jangan jadi macam tentera Jepun tau.” Pesan Aqwa bersahaja sebelum berjalan meninggalkan aku.

            Tin minuman yang sudah kosong, aku lambung-lambung dengan menggunakan tangan kanan. Dari jauh, aku dapat melihat Benyamin sedang berjalan ke arahku. Sepasang mataku menangkap penampilan Benyamin yang nampak santai dengan seluar panjang khakis berwarna coklat dan t-shirt berlengan pendek berwarna hitam, sangat sesuai dengan kulit wajahnya yang putih bersih. Dia turut menggayakan kaca mata Aviator hitam.

            Eh! Aku ni dah kenapa? Nak memuji mamat tu pulak? Memang patutlah dia pandai bergaya. Dah nama pun pereka terkenal yang sedang menyusahkan hidup aku yang tidak terkenal ini.

           Sebaik sahaja Benyamin menghampiri tempatku berdiri, tin minuman kosong yang aku lambung-lambung tadi, terus aku baling ke udara dan kaki kananku terus menyepak tin tersebut. Ya, tin tersebut terus jatuh tepat pada dahi Benyamin. Tin yang sudah kemek itu, aku pandang dengan rasa puas hati. Jangan main-main! Ini Nuha Damia, bekas ahli silat seni gayong sekolah yang sangat berjaya.

            “Awak!” Benyamin memegang dahinya yang jelas kelihatan merah sambil jari tunjuknya ditunding tepat ke wajahku. Wajahku dipandang tajam.

            “Apa awak-awak? Kat sini tak ada jual pisang awak-awak.” Balasku. Wajah Benyamin yang sedang berkerut menahan sakit itu kupandang. Dia sakit dahi, aku ni sakit hati!

            “Sakitlah!” Marah Benyamin sambil menggosok-gosok dahinya. Dia membongkokkan badannya dan mengutip tin kemek yang berada di atas tanah.

            “Awak tendang benda ni dekat saya?” Soal Benyamin sambil menayangkan tin tersebut di hadapanku.

            “Ha’ah. Kenapa?” Balasku berani. Aku berhadapan dengan Benyamin sambil memeluk tubuh.

            “Oh, nak lepaskan geram lah ni?” Soal Benyamin sinis. Tin yang sudah kemek tadi terus dibaling ke dalam tong sampah yang berdekatan. Tepat balingannya, cantik sahaja tin tersebut masuk ke dalam tong sampah.

            “Kenapa awak pandai-pandai buat decision sendiri? Kenapa tak bincang dengan saya dulu? Saya ni manusia lah, bukannya anak patung. Saya ada hati dan perasaan. Tiba-tiba nak bertunang tanpa bagitahu saya dulu. Kan awak sepatutnya cuma datang untuk jumpa parents saya, terangkan apa yang dah berlaku.” Terus aku menyembur Benyamin.

            “Awak ni tertelan bullet train ke apa? Cakap satu-satu tak boleh?” Sindir Benyamin.

            “Eh, ikut suka sayalah nak cakap banyak-banyak. Kalau ikutkan hati saya yang panas ni, la ni jugak saya nak humban awak masuk laut Pantai Chenang ni. Biar kena makan dengan ikan jerung! Kenyang ikan jerung tu sebulan.” Balasku geram.

            Aku mengetap bibir apabila Benyamin tiba-tiba ketawa. Sah! Mamat ni memang spesies mamat sewel, otak senget. Eloknya tin tadi tu aku tendang supaya kena dekat kepala dia. Biar otak yang senget tu dah tak senget lagi.

            “Kan saya dah bagitahu awal-awal pada awak yang kita memang akan berkahwin. So, before getting married, it is normal to get engaged first. Don’t you think so?” Balas Benyamin sambil menjungkitkan keningnya.

            “So, in other words, you need to be prepared. I did inform your parents. Parents awak setuju yang saya nak bertunang dengan awak hari ni. Saya sepatutnya minta izin dorang and bukannya awak. Apa masalahnya sekarang ni?” Soal Benyamin sambil berpeluk tubuh memandangku.

            Aku sudah mengepal kedua-dua buku limaku sendiri. Dia boleh tanya aku apa masalahnya sekarang ni? Kenapalah mamat ni tak ada hati, tak ada perut langsung? Ni memang spesies kutub utara ke? Aku rasa kalau beruang kutub utara tu pun akan terkejut bila berjumpa dengan  mamat ni.

            “Saya tak pedulilah awak dah bincang dengan parents saya sekali pun. Awak patut bagitahu saya sebab saya yang terpaksa bertunang dengan awak ni.” Aku mendengus geram. Wajahku terasa panas membahang disebabkan sedang menahan marah.

            “Cik Nuha Damia, awak dah selamat pun jadi tunang saya. So, tak payahlah nak ungkit-ungkit benda yang dah selamat jadi. Saya dah jumpa parents awak tadi. Family awak pun dah tahu yang kita nak kahwin bulan depan.” Jawab Benyamin bersahaja.

            “Tu satu hal lagi. Awak tak bincang dengan saya pun yang part nak kahwin bulan depan tu. Kalau saya tak nak? Awak nak kahwin dengan siapa?” Sindirku. Mamat ni, suka sangat buat keputusan ikut kepala otak dia yang tak berapa nak straight tu.

            “Kalau awak tak nak? Too bad. Awak still kena kahwin dengan saya jugak. No choice.” Balas Benyamin. Aku pandang riak wajah Benyamin itu dengan hati yang membengkak.

            “Saya buat decision macam tu supaya havoc yang tengah jadi sekarang ni akan cepat reda. Saya nak selamatkan awak daripada kena kejar dengan geng-geng paparazzi tu.” Tambah Benyamin.

            “Selamatkan saya? Itu namanya nak selamatkan tengkuk awak sendiri. Adik, siapa sebenarnya yang create havoc tu? Saya tak ada kena mengena langsung tahu. Awak yang heret saya sekali.” Ujarku.

            Raut wajah Benyamin kelihatan berubah. Mungkin terasa dengan apa yang telah aku katakan, atau mungkin juga kerana aku memanggilnya ‘adik’.

            “Sekarang ni, benda dah jadi kan? Awak pun dah jadi tunang saya.” Ujar Benyamin. Wajahku dipandang tepat.

            “Bukannya kuasa kita untuk putar balik masa. So, just go with the flow la, ‘kakak’.” Sambung Benyamin sambil menghadiahkan senyuman sinis.

            “And, I would love to see how you want to make me suffer.” Tambah Benyamin. Senyuman sinis masih tersungging di tepi bibir.

            Panas betul hati aku dengan budak ini. Setiap butir bicara yang keluar daripada mulut dia, tak pernah menyedapkan hati. Menyakitkan hati lagi adalah! Ikutkan hati aku yang tengah membara ni, aku nak hempuk dan cepuk dia. Dapat merasa sekali pun jadilah.

            “Cincin ni mesti mahal kan?” Soalku tiba-tiba sambil memusingkan cincin yang disarung oleh Mak Engku tengah hari tadi.

            Benyamin tidak menjawab, sebaliknya memandangku pelik.

            “Kalau saya campak cincin ni masuk laut, mesti bahagia ikan-ikan duyung kat dalam tu. Dapat pakai Tiffany kot.” Tambahku lagi.

            “Nak campak? Campaklah. Saya beli yang baru.” Jawab Benyamin tanpa perasaan.

            Amboi! Sombong betul. Ingat harga cincin ni macam harga cincin plastik yang selalu dijual dengan harga sebentuk 20 sen tu ke?

            “Ingat apa yang saya nak cakap ni.” Tuturku, membatalkan ideaku untuk mencampak cincin mahal ini ke dalam laut. Aku tak nak bersubahat dengan mamat sombong ini untuk membazir. Niat asalku, cuma nak bagi hati dia sakit.

            “Sure.” Jawab Benyamin.

            “Pasal wedding nanti, saya yang nak uruskan. Saya takkan biar awak buat ikut kepala otak awak yang tak betul tu. Saya akan contact awak bila awak dah balik KL nanti.” Ujarku tegas.

            “Kenapa awak bersemangat pulak? Bukan awak tak nak kahwin dengan saya ke?” Soal Benyamin.

            “Saya memang tak rela pun kena kahwin dengan awak.” Jawabku dan berjeda seketika. Wajah Benyamin yang tidak beriak itu kupandang.

            “Saya dah tahu macam mana nak buat awak suffer. Well, as you said earlier, you would love to see how I am going to do it.” Sambungku.

            “Sure. I would love to see that. Can’t wait for that moment.” Balas Benyamin selamba.

            Huh! Kenapalah hamba Allah ni begini? Dia ni betul-betul manusia normal yang ada perasaan ke? Ke spesies alien? Tak pun geng minion yang dalam filem Despicable Me tu. Eh, minion tak boleh sebab minion tu sangat comel. Bukannya macam mamat kutub utara ni.

p/s: Sorry lambat update. Happy reading. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin :)



           


6 comments:

  1. Superb...double thumbs up cik writer...

    ReplyDelete
  2. Awesome la akak!!! Paling x bley blah part minion....

    ReplyDelete
  3. BEST,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA.

    ReplyDelete
  4. best sgt2...

    ReplyDelete
  5. best..best.. cepat sambung ya dik....

    ReplyDelete