Friday 23 August 2013

Encik Kutub Utara 8





Bahagian 8


            “Kau tahu tak, aku baca kat internet, ada rumors yang Ben ni tak lurus.” Beritahuku kepada Afiqah sewaktu kami berdua sedang memasak hidangan makan tengah hari di dapur.

            “Tak lurus? Maksud kau tiga suku ke?” Soal Afiqah, terkejut.

            “Isy, kau ni! Bukan tiga sukulah.” Jawabku.

            “Dah tu?” Soal Afiqah kembali.

            “Gay.” Jawabku sepatah membuatkan Afiqah terus berpaling ke arahku dengan riak wajah yang terkejut. Pisau yang dipegang terus jatuh ke atas lantai, nasib baik tak tikam kaki.

“Nuha, kau biar betul. He’s too hot to be gay lah.” Komen Afiqah, tidak setuju.

Weyh, gay zaman sekarang ni pun ramai yang hot lah.” Balasku pula.

“Kau baca gossip kat mana ni? Murai dot com ke?” Soal Afiqah.

“Tak de lah. Aku random search pasal past relationship dia. Tu yang jumpa pasal gay tu. Ingat tak aku ada cerita pasal family angkat dia tu?” Soalku pula.

Family Mak Engku tu eh?”

Aku angguk.

“Dorang cakap gay partner Ben, anak lelaki kedua Mak Engku tu, Tengku Fiqrash.”

Afiqah yang sedang mendengar terus melopong.

“Yang the famous young businessman tu? Dia yang ada architecture firm sendiri tu kan?”

Ha’ah, yang itulah.”

“Eh, kau ni! Percayalah tabloid tu semua. Sejak bila pulak kau rajin nak baca tabloid ni? Dulu kau jugak yang cakap, as a lawyer, kau takkan terima bulat-bulat apa yang ada dekat tabloid tu. Kena siasat, kena ada evidence or proof baru boleh percaya. Sekarang, mana pergi stand kau tu? Dah terjun masuk Pantai Chenang ke?”

“Aku tak cakap aku percaya. Cuma aku ada terbaca, itu je. So, bila aku dah terbaca, aku terfikir something. Something fishy pulak tu.”

Afiqah hanya menggelengkan kepala, tidak setuju dengan caraku.

“Selain Bella, mamat ais ketul batu tu mana pernah ada relationship dengan mana-mana perempuan. Bella tu pun sebab minah tu yang nak sangat dekat dia. Orang yang paling rapat dengan Ben pun, Tengku Fiqrash tu je lah. Selalu orang nampak dorang pergi mana-mana sekali.” Aku mengemukakan hujahku.

“Setiausaha Ben pun lelaki. Selalunya orang akan ambil setiausaha perempuan kan? Aku terfikir jugak kenapa Ben tak nak kahwin dengan Bella.”

Afiqah memandang wajahku.

“Kenapa?” Soal Afiqah.

“Sebab Ben tu tak suka perempuanlah. Sebab tu dia tak nak kahwin.” Jawabku.

“Tapi dia nak kahwin dengan kau kan?” Soal Afiqah lagi.

“Yalah, untuk selamatkan diri dia depan media. Dia pun bukannya nak kahwin dengan aku. Dia rasa dia selamat sebab aku ni lawyer yang uruskan trust arwah parents dia. Aku pun ada cerita dekat kau yang Ben tu dingin je dengan aku kan? Sebab apa? Sebab dia tak ada perasaan dengan perempuan.” Jawabku.

Keadaan di dapur hening seketika sebelum Afiqah mengetuk kepalaku dengan sebatang lobak merah.

“Kenapa kau ketuk kepala aku pulak?” Soalku sambil menggosok-gosok kepala yang terasa sakit. Kawan baik aku ni ingat kepala aku ni diperbuat daripada besi ke? Nasib baik tak nampak bintang dekat depan mata.

“Elok pun kena ketuk. Biar kau boleh fikir dengan rasional sikit. Kau ada tanya Ben pasal apa yang kau baca dekat tabloid tu tak?” Soal Afiqah, serius.

“Takkanlah aku nak tanya; Ben, awak ni gay eh?” Balasku.

Kali ini Afiqah merenjis air basuhan sayur ke arah mukaku pula.

“Fiqah!” Aku sudah menjerit. Aku belum naik pelamin lagi, tapi Afiqah dah main merenjis-renjis pulak.

“Kau ni kan! Memang tak sesuailah tanya macam tu. Tanyalah pakai akai, tanya dengan berbudi bahasa, dengan penuh berhemah.” Balas Afiqah.

Perlahan-lahan aku menjauhkan diri daripada Afiqah apabila dia sudah mencapai sudip untuk memasak sayur campur. Silap hari bulan, aku kena ketuk dengan sudip besi itu pulak.

“Tapi, kalau aku tanya dengan penuh berhemah pun, takkanlah dia nak mengaku. Memang kelakarlah kalau tiba-tiba Ben cakap; ‘Ha’ah, saya memang gay and macam mana awak tahu?’. Mahunya pengsan aku kat situ jugak.” Balasku lagi.

Afiqah sudah bercekak pinggang sambil menggelengkan kepalanya.

Eee…aku tak tahu nak buat apa lagi dengan kepala otak kau yang tengah tak betul tu.” Bebel Afiqah.

“Apa pulak kepala otak aku tak betul. Aku cuma wonder je. Dahlah zaman sekarang ni banyak kes hubungan sejenis ni. Ben tu pulak macam lain macam je, macam orang tak ada perasaan. Kalau betullah apa yang aku fikir ni, kau tak kesian kat aku ke?” Soalku sambil menayangkan riak wajah kasihan.

“Nak kesian kenapa pulak?” Soal Afiqah sambil menuangkan minyak ke dalam kuali.

“Yalah, kena kahwin dengan gay.” Jawabku sambil membuat memek muka sedih.

“Tak adalah kesian sangat. Mungkin bila dah kahwin dengan kau, dia boleh berubah. Who knows. Hidayah tu milik Allah, Nuha. Kau bantulah dia.” Jawab Afiqah selamba.

Weyh, kau ni! Fine, macam ni lah kawan.” Aku sudah menarik muka.

“Sebab tu aku suruh kau tanya dia sendiri. Jangan nak buat conclusion yang merepek ni, buat pening kepala kau je.” Ujar Afiqah.

Sesi ‘mesyuarat dapur’ kami terganggu apabila telefon bimbitku berbunyi. Melihatkan nama pemanggil yang tertera di skrin, aku sudah melompat-lompat setempat.

“Kau ni dah kenapa? Dah macam orang tak tahan nak tercirit tahu tak. Jawab je lah call tu.” Tegur Afiqah.

“Ni, tengok ni. Ben call.” Jawabku sambil menayangkan telefon bimbit tersebut kepada Afiqah. Afiqah sudah mengerutkan dahi.

“Dah tu? Jawab je lah. Tak nak jawab? Tak nak jawab, biar aku yang jawabkan.” Balas Afiqah dan ingin mengambil telefon bimbit itu daripadaku. Terus aku menyentuh skrin telefon untuk menjawab panggilan Benyamin.

“Nak apa?” Soalku terus.

“Assalamualaikum.” Tegur Benyamin.

Amek kau! Kan dah kena ‘tembak’ sebijik dekat muka dengan mamat kutub utara.

“Waalaikumussalam. Yes, is there anything that I can help you, Mr. Benyamin?” Soalku semula.

“Malam ni, dinner with Mak Engku’s family. Mak Engku pesan, mintak awak datang sekali. So, I will pick you up after Maghrib, at 8 p.m.” Jawab Benyamin, seperti biasa tanpa nada.

“Tak payah pick up. Awak text saya alamat rumah Mak Engku. Nanti saya pergi sendiri.” Balasku. Tak hendak aku naik satu kereta dengan dia je. Dahlah berdua-duaan dalam kereta, waktu malam pulak tu. Mana boleh!

“Kenapa pulak? Pergi sekali je lah.” Tegas Benyamin.

“Eh, tak nak saya berdua-duaan dengan awak je dalam kereta tu. Meraung mummy saya yang kat Langkawi tu kalau saya kena jual dekat Siam nanti.” Balasku dan Benyamin terus ketawa.

“Pesimisnya awak ni, cik Nuha. Don’t worry, saya datang dengan Mak Engku lah. Mak Engku pun tak bagi saya ada dengan awak je. And one more thing, I will not sell you. Yalah, saya nak kahwin dengan siapa nanti.” Balas Benyamin selamba sebelum memutuskan panggilan.

Aku hanya memandang telefon bimbit yang sudah senyap itu. Eeemamat tu kan! Asyik menyakitkan hati je.

“Kau tengoklah mamat ni, Fiqah. Ada ke dia nak tanya khabar aku ke, or even ask whether I’m free tonight. Huh, elek! Asyik nak bagi arahan je.” Aduku pada Afiqah.

“Kau pun tak ada tanya khabar dia, main terus sembur je. Elok sangatlah korang berdua.” Balas Afiqah.

“Sampai hati kau. Kau ni betul-betul ke kawan baik aku?” Balasku geram dan Afiqah ketawa.

Alolo, merajuk ke? Aku bergurau je lah. Tak lama lagi kan kau nak kahwin, tak dapatlah aku nak mengusik kau macam selalu.” Jawab Afiqah sambil bahuku dipaut mesra.

“Kau buat lagi statement drama air mata kau tu.” Usikku dan Afiqah tersengih.

By the way, kau jangan lupa pulak nanti.” Pesan Afiqah tiba-tiba.

“Jangan lupa apa?” Soalku pelik.

Check status Tengku Fiqrash tu. Kalau dia straight, kenenkanlah dengan aku.” Jawab Afiqah sambil tersengih lagi.

Gatai hang naa!”


*************************
           

            “Aku rasa Ben dah sampai tu.”Beritahu Afiqah sebaik sahaja selesai menyelak langsir.

            “Dah sampai? Okeylah, babe. Aku gerak dulu.” Aku bangun dari dudukku dan berpelukan dengan Afiqah.

            “Nuha. Jangan lupa tau!” Laung Afiqah dari dalam rumah ketika aku sedang menyarung kasut.

            “Lupa apa?” Soalku.

            “Buat spot check!” Jawab Afiqah sambil ketawa kecil.

            “Kau ni kan!” Balasku sambil menggelengkan kepala.

            Aku menutup pintu pagar dan berjalan ke arah kereta BMW X6 berwarna kelabu metallic itu. Mak Engku tiba-tiba keluar dari kerusi sebelah pemandu. Dia sempat lagi tersenyum manis seperti biasa.

            “Mak Engku sihat?” Sapaku sopan sambil menyalami tangan Mak Engku. Tubuhku turut dipeluk erat oleh Mak Engku.

            “Sihat, alhamdulillah. Nuha sihat?” Balas Mak Engku.

            “Sihat, Mak Engku.” Jawabku sambil tersenyum.

            “Nuha duduk depanlah. Biar Mak Engku duduk dekat belakang.” Ujar Mak Engku dan tangan kanannya sudah membuka pintu di bahagian belakang.

            “Tak apalah, Mak Engku. Mak Engku duduklah depan. Biar Nuha yang duduk belakang.” Balasku. Tak hendak aku duduk dekat sebelah mamat ketul ais batu tu. Bukannya bikin sejuk, bikin panas lagi adalah.

            “Eh, tak apa. Nuha duduklah depan. Mak Engku faham.” Balas Mak Engku sambil tersenyum mengusik.

            Erk! Mak Engku tak faham sebenarnya ni. Terpaksa jugalah aku membuka pintu dan duduk di kerusi bersebelahan dengan Benyamin. Aku dan Benyamin saling berpandangan sebelum dia sempat tersenyum.

            Aku sudah ternganga. Gila ke apa dia ni? Tiba-tiba tersenyum pulak? Ke skru-skru dalam kepala dia tu dah nak tercabut? Ni mesti kes nak cover diri sendiri depan Mak Engku.

            “Nuha tinggal seorang je ke dekat rumah tu?” Soal Mak Engku sebaik sahaja kereta dipandu keluar dari kawasan perumahan.

            “Tak, dengan seorang lagi kawan.” Jawabku.

          “Oh… Dah lama ke Nuha tinggal dekat situ?” Soal Mak Engku lagi. Benyamin yang sedang memandu, hanya mendiamkan diri dan turut memasang telinga.

            “Dah lama jugak, nak masuk tiga tahun. Nuha duduk menyewa kat situ since Nuha start kerja dekat KL ni.” Jawabku.

            “Mak Engku minta maaflah sebab malam-malam minggu ni mengganggu Nuha pulak. Cuma family Mak Engku nak kenal-kenal juga dengan Nuha. Yalah, kami ni dah macam family kandung Ben.” Balas Mak Engku.

            “Eh, tak mengganggu pun, Mak Engku.” Balasku. Aku kagum juga dengan Mak Engku yang sangat berbudi bahasa ini. Hilang rasa pesimisku terhadap golongan tengku yang aku selalu ingatkan berperangai sombong seperti yang ditunjukkan di dalam drama-drama Melayu.

            “Anak Mak Engku semua lelaki. Jadi bila Ben bagitahu yang dia nak kahwin, Mak Engku rasa macam nak dapat anak perempuan pulak. Pandai Ben pilih bakal isteri. Risau Mak Engku kalau Ben betul-betul kahwin dengan Bella.” Tambah Mak Engku.  Aku hanya tersenyum mendengar celoteh Mak Engku.

            “Itulah, Mak Engku selalu bising dekat anak Mak Engku yang sulung tu. Suruh dia cepat-cepat kahwin. Ben yang lagi muda daripada dia pun dah nak kahwin.” Balas Mak Engku lagi.

            “Anak sulung Mak Engku ada datang sekali time bertunang dulu kan? Tengku Iqmal.” Balasku pula.

            “Ha’ah. Panggil abang long je. Anak Mak Engku yang nombor dua tu sebaya dengan Ben.” Tambah Mak Engku lagi.

            “Oh… Siapa namanya, Mak Engku?” Soalku. Di dalam hati sudah terasa berdebar-debar.

            “Tengku Fiqrash.” Jawab Mak Engku.

            “Sahlah.” Gumamku sendiri.

            “Apa yang sah, Nuha?” Soal Benyamin tiba-tiba.

            Aku tersentak. Mamat ni dengarlah pulak.

            “Tak ada apa-apa.” Jawabku bersahaja.

            “Fiqrash pun ada kat rumah. Yang bongsu pun ada jugak, tengah cuti semester. Nanti Nuha dapatlah jumpa dorang semua.” Balas Mak Engku.


            “Seronoknya dapat berkumpul satu family ramai-ramai.” Balasku. Di dalam hati, aku sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Tengku Fiqrash!

4 comments:

  1. akhirnye.... hahahahaha n3 bru... tqvm writer.... cpat2 la post n3 bru... hri2 tggu...

    ReplyDelete
  2. kelakarla nuha nie....ben telinga lintah....entah2 ben 2 ada ati kut kat nuha.....kew ben dn tengku 2 gay...owh... no..... hahahahahaha....cepat wat sambungan.....penat tgu.....novel suami mat saleh celup bila ada kat pasaran????????

    ReplyDelete
  3. Hi yumi...hope to get a new update today (30/8)to cheer my wiken n sempena Merdeka day..kak tims

    ReplyDelete
  4. akak hope to see next entry soon :)

    ReplyDelete