Wednesday 19 December 2012

Encik Driver Hati! 4





“Dini, pagi ni jadi ke nak jumpa customer tu?” Sapa Farhana ketika aku menyiapkan sketch yang terakhir.

            “Jadi. Pukul 10 nanti kot. Eh, yang customer hari tu siapa yang handle?” Balasku.

            “Amir. Sepatutnya bos nak pass projek tu dekat kau tapi since Amir free, and customer tu pulak lelaki, lagi senang Amir yang handle.” Jawab Farhana.

            “Kau tak ada appointment pulak hari ni?” Soalku melihatkan Farhana yang kelihatan relaks.

            “Tak ada. Tapi kena start research untuk rumah Mak Datin dekat Bukit Antarabangsa tu. Kalau kau tengok rumah dia, besar gila weh! Macam istana!” Jawab Farhana.

Aku sudah ketawa kecil.

            “Dia nak guna ID untuk apa?”

            “Datin tu baru lepas renovate rumah. So, dia nak new look untuk rumah dia.’’

Aku mengangguk-angguk.

            “Sama jugaklah macam customer aku ni. Auntie ni baru lepas renovate rumah jugak. Family dia peramah gila. Memang senangla bekerja dengan family auntie ni.” Balasku.

            “Yalah, orang ni kan pelbagai rentak dan ragam. Eh, auntie ni tak ada anak lelaki ke?” Balas Farhana sambil tersengih.

            “I know that sort of question will come from you.” Usikku dan Farhana hanya tersenyum-senyum.

            “Aku rasa tak ada yang single. Anak lelaki auntie tu dah kahwin pun.”

            ‘’Ala, sayangnya !’’

Aku hanya ketawa melihat telatah Farhana.

            “Dini, kau sambunglah kerja kau. Aku pun nak start research untuk buat sketches. Kalau sempat nanti, kita lunch sekali.” Balas Farhana sambil tersenyum.

            “Alright.”

Aku menyambung kerjaku sehinggalah jam menunjukkan pukul 9.15 pagi. Aku mengemas barang-barangku yang berselerak di atas meja. Skecth book berwarna hitam merah itu aku masukkan ke dalam beg. Kamera Nikon Coolpix L810 berwarna merah yang terletak elok di atas meja, aku ambil dan kumasukkan ke dalam beg.

Aku terus turun ke tingkat bawah, mencari keretaku dan memandu ke rumah Puan Arissa yang terletak di Taman Tun Dr Ismail. Kedatanganku disambut oleh Puan Arissa yang sedang menyiram pokok bunga.

            “Puan sihat?” Sapaku sambil bersalaman dengan Puan Arissa yang merupakan seorang pensyarah di UiTM Shah Alam.

            “Alhamdulillah. Dini, janganlah panggil puan. Panggil je auntie. Lagi selesa kan? Auntie pun tak nak formal sangat.’’ Balas Puan Arissa dengan ramah.

Aku hanya tersenyum.

            ‘’ Sunyi je rumah auntie hari ni ?’’ Soalku dan mengambil tempat di atas pangkin kayu yang berukir cantik di laman rumah.

            ‘’ Uncle tak ada kat sini. Dia pergi Vietnam, ada business trip. Anak auntie yang dua orang tu memang tak tinggal dengan auntie. Yang bongsu, ada dekat rumah. Tidur lagi agaknya.”

            “Ohh… Auntie tak ada kelas hari ni?”

            “Ada, tapi petang nanti. Tu yang auntie ajak Dini datang jumpa pagi ni.”

Aku mengangguk-angguk sambil tersenyum. Aku mengeluarkan sketch book dari dalam beg.

            “Dini, jom kita masuk dalam dulu lah. Kat luar ni panas. Boleh kita bincang dekat dalam rumah. 
Tapi, ruang tamu berselerak sikitlah. Sebab baru siap renovate.’’ Balas Puan Arissa.

            ‘’Tak pe, auntie. Biasalah, rumah baru lepas renovate kan.’’ Balasku dan mengekori langkah Puan Arissa untuk masuk ke dalam rumah.

            ‘’Dini duduk dulu ya. Auntie nak buat air kejap.’’

            ‘’Eh, tak payah susah-susahla,auntie.’’

            “Tak ada susahnya. Dini duduk sekejap ya.” Puan Arissa tersenyum memandangku sebelum berlalu ke dapur yang terletak di bahagian belakang.

Suasana senyap seketika. Anak mataku menerewang ke seluruh bahagian rumah sambil membayangkan kesesuaian lakaranku nanti.

            “Mummy!”

Suara yang tiba-tiba menjerit itu membuatkan aku tersentak dan berpaling ke arah tangga. Mataku terus membulat merenung figura yang tidak berbaju di hadapanku ini. Nasib baik pakai seluar panjang!
Aku terus berlari ke dapur, mencari Puan Arissa.

            ‘’Auntie, auntie.’’ Panggilku cemas.

            ‘’Kenapa ni, Dini ?’’

            ‘’Ada orang tak betul dekat ruang tamu auntie. He’s half-naked.”

            “Hah?”

Kelam-kabut Puan Arissa mengatur langkah ke ruang tamu. Situasi cemas dan kelam-kabut itu tidak lama kerana kemudiannya Puan Arissa sudah ketawa.

            ‘’Dini, ni anak auntie lah,the youngest. Meet Ayman Zayyan.’’ Puan Arissa sudah tersenyum-senyum memandangku yang masih terkejut.

            “Kitorang dah kenal la, mummy. Kan Dini?” Balas Ayman sambil tersengih.

Aku senyap, mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Terkejut yang amat sangat sejak tadi!

            “Ayman, go wear your t-shirt now.” Arah Puan Arissa.

            “Nope. I’m taking my shower now.” Ayman sedang bercakap dengan mummy dia, tapi sepasang anak mata kecil itu sedang memandang aku yang masih tunduk, merenung lantai. Ayman terus menghilangkan diri ke tingkat atas semula.

            “Sorry ya, Dini. Buat Dini terkejut pulak. Ayman tu memang macam tu.” Ucap Puan Arissa sambil tersenyum.

Aku hanya tersenyum tawar. Di dalam kepalaku, pelbagai persoalan mula terlakar. Patutlah muka Puan Arissa bukan macam muka Melayu. Sebelum ni, aku ingatkan Puan Arissa mungkin ada kacukan Cina. Rupa-rupanya memang anak kelahiran negara yang popular dengan drama Winter Sonata itu.

            ‘’Macam mana Dini boleh kenal dengan Ayman ?’’

            “Kenal dekat airport. Lepas tu, time saya uruskan interior designing restoran Se Na dulu, Ayman pun kadang-kadang ada sekali.”

Puan Arissa kelihatan mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

            “Auntie, ni saya ada buat a few sketches yang saya dah janji nak tunjuk. Since auntie memang request nak guna theme yang moden untuk ruang tamu dan dapur, jadi saya try came out dengan a few sketches.” Sketch book yang kubawa tadi, kutunjukkan kepada Puan Arissa.

Suasan hening seketika sementara Puan Arissa membelek-belek lakaran yang aku siapkan. Sama seperti Puan Arissa, sebenarnya aku sendiri lebih suka membuat lakaran untuk modern design. Satu, kerana aku sangat suka bermain dengan warna. Kedua, modern design tidak meletakkan batas yang terlalu ketat berbanding tema-tema yang lain.

            “Auntie lagi suka dengan design yang mula-mula sekali tu. Nampak simple and cozy.” Jawab Puan Arissa sambil tersenyum.

            “Kalau macam tu, if auntie ada dekat rumah esok, team saya dah boleh start bekerja. Insya- Allah esok boleh start dengan ukuran semula sebelum nak mulakan proses mengecat dinding dan lain-lain.” Balasku.

            “Auntie free je esok. Kalau auntie terlewat balik rumah pun, Ayman memang ada dekat rumah.”

            “Mummy, this means that I don’t have to attend another blind date, right?” Sampuk Ayman yang tiba-tiba muncul.

            “Mana ada blind date, Ayman.” Balas Puan Arissa.

            “Yalah, since mummy dah kenal Dini ni, memanglah dah tak ada blind date lagi.”

Ayman memandang ke arahku yang hanya menjadi pendengar.

            “Awak tahu, mummy saya ni memang tak habis-habis nak kenalkan saya dengan anak-anak kawan dia. Dah banyak sangat blind dates sampai saya pun dah nak jadi blind. Rasanya, bila mummy saya dah berkenan dekat awak ni, selamatlah saya. Tak payah jumpa macam-macam orang lagi.”

Aku sudah terkebil-kebil. Mulut mamat ni, memang tak ada insurans langsung!

            ‘’Ayman, tak habis-habis suka mengusik orang.’’ Puan Arissa mencubit lengan Ayman. Aku yang melihat terus ketawa.

            ‘’Auntie, saya minta diri dululah. Nak kena balik office balik. Insya-Allah esok pagi saya datang dengan pekerja-pekerja yang lain. Before datang nanti, saya call auntie.” Aku sudah berdiri, ingin meminta diri sebelum macam-macam cerita lain yang keluar daripada mulut pilot pot-pet ini.

            “Dini save number Ayman sekali lah. In case auntie tak boleh jawab call Dini esok, Dini call Ayman. Sebab kalau auntie in the middle of class, memang phone in silent mode.” Balas Puan Arissa.

Erk, nak kena mintak nombor Ayman pulak ke? Aku lihat Ayman sudah tersengih-sengih.

            “Meh sini phone awak tu.” Tutur Ayman sambil menghulurkan tangan kanannya.

Lambat-lambat aku menyerahkan telefon bimbit berwarna merah itu kepada Ayman. Ayman memasukkan nombornya dan kemudiannya membuat ‘miss call’ kepada nombornya pula.

            “Thank you.” Balasku.

Seperti biasa, Ayman hanya tersengih. Entah apa yang dia seronok sangat sedari tadi.

            ‘’Auntie, saya gerak dululah ya. Terima kasih.” Aku bersalaman dengan Puan Arissa.

            “Terima kasih jugak. Drive carefully, okay.” Balas Puan Arissa.

Ayman mengekori langkahku sehingga ke kereta sementara ibunya masih ada di dalam rumah.

            “Sejak bila pulak awak duduk dekat sini? Bukan time awak tumpang saya tu, awak duduk dekat rumah lain ke?” Soalku.

            “Memang rumah ni lah. Mana ada rumah lain. Macam mana awak nak ingat, time tu kan malam. And awak pun tidur time saya drive sampai sini. Memanglah tak perasan rumah ni.” Jawab Ayman.

            “Iya ke saya tidur?”

            “Isy, awak ni! Bahaya tau dengan perangai ingat-ingat lupa awak tu. Nasib baik awak dengan saya, kalau dengan orang yang jahat, mesti dia dah larikan awak sampai Siam.”

Aku mencebik, tetapi dalam masa yang sama,cuba mengingat kembali.

            “Ada satu lagi benda yang saya geram dengan awak ni.” Wajah Ayman yang kelihatan penat itu kupandang tepat.

            “Apa lagi yang awak geram ni? Saya punyalah excited tiba-tiba nampak awak ada kat rumah saya pagi ni. Rasa macam mimpi tau. Penat dari malam tadi pun terus hilang.”

            ‘’Awak memang sengaja kan tak bagitahu saya yang mak awak request saya untuk handle interior designing rumah awak ni ?’’

           “Eh, saya pun tak tahu. Betul saya tak tipu. Saya rasa kak Se Na yang introduce pasal awak dekat mummy.”

Aku memandang wajah Ayman yang kelihatan serius itu.

            “Lagipun, kalau betul pun saya tahu, macam mana saya nak contact awak before this? Phone number awak pun saya tak tahu. Dulu saya mintak, awak bagi macam-macam alasan. Saya tak guna handphone lah, saya pinjam handphone nenek sayalah, itulah, inilah.” Bebel Ayman dengan riak wajah yang dibuat-buat.

Aku sudah ketawa geli hati melihat wajah Ayman yang kelihatan sangat kelakar.

            “Kenapa awak gelak?” Soal Ayman sambil mengerutkan dahi.

            “Awak tu.” Jawabku dengan tawa yang masih bersisa.

            “Kenapa dengan saya?”

            “Yalah, buat muka macam tadi tu, awak nampak…”

Pertuturanku terhenti. Sepatutnya aku nak cakap dia nampak comel, tapi aku malu. Erk, cik Dini Nazihah ni dah pandai malu depan encik pilot ni pulak? Ini penyakit baru !

            ‘’Saya nampak apa ?’’ Soal Ayman.

            “Macam muka Ronaldo.” Jawabku.

            “Ronaldo?”

            “Ronaldo, hamster saya dekat rumah.”

Terus wajah Ayman berubah masam. Aku terus ketawa. Haih, sejak bila pulak aku dah tak alah dengan pilot yang bernama Ayman Zayyan ini?


********************************************


Hari ini sudah genap seminggu aku menguruskan kerja-kerja rekaan dalaman dan pengubah suaian rumah Puan Arissa. Kerjaku di sini juga sudah hampir siap. Dinding sudah siap bercat, wallpaper sudah dipasang, hiasan siling sudah siap, lampu-lampu juga sudah dipasang.

            ‘’Alhamdulillah, so far so good. Tak lama lagi siaplah ni ya, Dini?” soal Puan Arissa yang baru muncul dari dapur sambil menatang sedulang jag berisi air oren dan gelas-gelas.

            “Insya-Allah, in few days, rumah auntie akan nampak meletop!” Jawabku sambil tersenyum.

            “Lepas ni kalau ada kawan-kawan auntie yang nak guna khidmat ID, bolehlah auntie rekomenkan Dini dekat diorang.” Balas Puan Arissa sambil tersenyum.

            “Insya-Allah, boleh je, auntie.”

            ‘’Patutlah Se Na puji kerja Dini sebelum ni. Sekarang auntie dah faham kenapa. Ayman pun kata yang kerja Dini memang tip-top.’’

            ‘’Tak adalah tip-top sangat, auntie. Biasa-biasa je. Ada orang lain yang lagi tip-top daripada saya.” Balasku merendah diri.

Bercakap mengenai Ayman, sudah beberapa hari aku tidak nampak kelibatnya di rumah ini. Kalau dia ada, memang kerjanya mengacau aku yang memang banyak kerja.

            “Ayman mungkin malam nanti baru sampai rumah. Sorrylah, Dini. Ayman selalu kacau Dini kan ? Anak auntie tu memang nakal sikit.’’

Aku terkebil-kebil. Macam tahu-tahu aje Puan Arissa ni yang aku tengah fikirkan pasal Ayman.

            ‘’ Tak apa, auntie. Saya tak ambil hati pun. Ayman fly ke mana pulak kali ini ?”

            “Vietnam. Daddy dia baru balik dari Vietnam, anaknya pulak yang pergi.”

Aku mengangguk-angguk. Aku jarang-jarang berjumpa dengan Dato’ Eddy di rumah ini kecuali ketika hari pertama aku memulakan kerja di sini. Seperti Puan Arissa, Dato’ Eddy juga tersangatlah ramah. Berdasarkan pengamatanku, Ayman lebih banyak mengikut mirip wajah Puan Arissa berbanding abang dan kakaknya yang lebih banyak mengikut raut wajah ayah mereka.

            “Oh, ya! Sebelum auntie terlupa. Se Na mintak auntie pesankan pada Dini yang dia ajak Dini datang restoran dia malam ni or any day yang Dini free. Dia nak belanja makan. Se Na ada try call Dini semalam tapi asyik masuk voice mail.”

            “Oh, ya ke? Sebab semalam saya off handphone time charging. Tak pe, nanti saya call kak Se Na balik. Yalah, lepas siap kerja saya dekat kedai kak Se Na tu, saya tak sempat lagi pergi kedai dia. Time opening ceremony tu pun, saya tak dapat attend.”

            “Patutlah, auntie tak nampak Dini malam tu. Tak apa, nanti bila Dini free, datanglah kedai dia.”

            “Sebenarnya kan, saya kagum sangat dengan auntie.” Pujiku tiba-tiba.

            “Kagum? Kagum kenapa, Dini?”

            “Yalah,auntie fasih gila cakap bahasa Melayu. Tak ada pelat langsung! Sebelum saya tahu Ayman tu anak auntie, saya tak sangka langsung yang auntie ni Korean. Dah macam orang Melayu sejati, auntie.”

Puan Arissa hanya tersenyum mendengar ulasanku.

            “Dini, auntie dah lama berhijrah ke Malaysia ni. Yalah, sejak berkahwin dengan Uncle Eddy tu. Dah nak masuk 32 tahun auntie duduk dekat sini. Mestilah dah boleh jadi orang Melayu sejati.”

            “Auntie sebenarnya asal dari mana?”

            ‘’ Auntie lahir dekat area Gangnam, tapi membesar dekat Seoul.’’

            “Oh, ada Gangnam style la ni?”

Puan Arissa terus ketawa.

            ‘’ Saya dengar yang orang selalu cakap, anak-anak gadis dekat area Gangnam tu, selalunya cantik-cantik belaka. Bila tengok auntie, memang saya percayalah.’’

            ‘’Ada-ada je Dini ni nak mengusik auntie.’’

Aku hanya ketawa senang. Disebabkan waktu kerjaku sudah tamat, Puan Arissa bercerita pula bagaimana dia boleh bertemu dengan Dato’ Eddy. Perbualan kami berlanjutan hingga ke lewat petang dan kemudiannya aku meminta diri untuk pulang.

3 comments:

  1. best cerita ni...cepat load entry baru ya cik writer. thanks.

    ReplyDelete
  2. Salam... Novel encik suami mat saleh celup tu ada jual kat mana ye? Can't wait to finish reading that novel. Suka watak hero heroin tu.. Kindly reply to ninawahab@yahoo.com

    ReplyDelete