Sunday 9 December 2012

Encik Driver Hati! 2





“Yayang, next Saturday free tak?” soal Mama sambil tangannya ligat melipat hujung kulit karipap yang akan dijadikan menu sarapan pagi kami sekeluarga pada pagi Ahad itu.

            “Saturday evening ke?” soalku kembali.

            “Tengah hari macam tu kot.”Jawab Mama.

            “Free rasanya. Kenapa, Mama?” soalku ingin tahu.

            “Yayang tolong bawak si kembar pergi KLCC boleh? Abang Faiz nak jumpa dengan si kembar.” Jawapan Mama membuatkan aku terpaku seketika.

            “Macamlah dia tak boleh jemput budak-budak tu dekat rumah.”Balasku perlahan.

            “Abang Faiz ada hal dekat area Ampang. Jauh pulak dia nak datang rumah kita ni so terus jumpa dekat KLCC. Lagipun abang Faiz segan dan Mama pun dah janji nak bawak budak-budak tu. Tapi sebenarnya Sabtu tengah hari tu Mama ada kenduri cucu kawan Mama. Mama betul-betul terlupa yang Mama dah berjanji dengan Auntie Salwa. Yayang tolong Mama ya.”

Aku senyap.

            “Yayang, perkara yang dah sudah tu, sudahla. Buat apa nak dikenang lagi. Arwah kak Long pun dah lebih 3 tahun tinggalkan kita. Kesian Afrina dengan Affan.” Lembut suara Mama memujuk.

Aku mengeluh perlahan.

            “Mummy.”

Aku terasa hujung jariku ditarik dengan lembut. Afrina yang sudah petah bercakap itu sedang memerhatikanku. Patung beruang hadiah arwah kak Long sebelum Afrina lahir lagi kelihatan diheret bersama.

            “Ya, sayang. Dah bangun dah dia. Adik mana?” soalku sambil tersenyum.

 Anak kecil itu kuangkat dan kuletakkan di atas riba.

            “Sleeping.” Jawab Afrina sambil menguap.

            “Yayang, kira jadi ya Sabtu depan. Yayang tolong Mama ya.’’ Pesan Mama.

            “Yalah, Mama. Pukul berapa mama janji dengan abang Faiz?” soalku lemah.

            “Dalam pukul 11 pagi macam tu.”Jawab mama.

Aku sudah mula mencongak di dalam kepala. Nanti, sebaik sahaja aku nampak kelibat abang Faiz, aku akan terus temukan si kembar dengan Papa diorang. Lepas tu, aku terus blah. Hah, pandai cik Dini kita mengatur plan !

            ‘’Mummy, papa kata minggu depan dia balik. Papa nak bawak kakak dengan adik jalan-jalan tengok ikan.” Kedengaran suara riang si kecil. 

Aku dan mama saling berpandangan dan mama memandangku penuh makna. Aku hanya mampu mengeluh.


******************************

Sambil memandu, anak mataku sempat mengintai telatah Afrina dan Affan yang kelihatan sangat gembira dan ceria sejak pagi tadi. Berulang kali mulut kecil itu bercerita tentang Papa mereka.

            ‘’Okay, kita dah sampai !’’ Beritahuku sambil membuka pintu kereta.

Tangan kananku memimpin Afrina, sementara tangan kiri memimpin Affan. Aku sudah menghantar pesanan ringkas kepada abang Faiz untuk memberitahu bahawa kami akan menunggunya di luar Aquaria KLCC.

            ‘’Mummy, papa tak sampai lagi ke ?’’ soal Affan. Anak matanya yang bulat itu meliar memandang orang di sekelilingnya.

            “Belum lagi. Papa on the way datang sini. Kita tunggu kejap, ya.” Jawabku lembut dan Affan mengangguk.

            “Dini, sorry abang Faiz lambat. Jalan jam pulak tadi.”

Aku hanya mampu tersenyum paksa.

            “Hello anak-anak papa!”Tambah abang Faiz dengan ceria. Afrina dan Affan dipeluk erat.

Agak lama jugak abang Faiz tidak membawa Afrina dan Affan keluar berjalan-jalan. Sibuk sangat agaknya. Sebab ini jugak aku tak nak kahwin dengan pilot!

            “Dah lama kita tak keluar jalan-jalan kan, papa? Tak sabarnya nak tengok ikan.”Tutur Afrina dengan petah. Abang faiz mengusap rambut ikal Afrina sambil tersenyum.

            “Err, Dini mintak diri dulu lah. Kakak, adik, mummy balik dulu ya.’’ Ucapku.

            “Eh, takkan nak terus balik? Jomlah ikut sekali, Dini.” Balas abang Faiz.

            “Ha’ah, mummy. Mummy tak ada, tak bestlah nanti. Jomlah, jomlah.” Ajak Affan sambil menarik-narik tanganku.

Aku sudah serba-salah. Sebenarnya aku sangat tidak selesa dengan abang Faiz tetapi aku tidak sampai hati pula melihat wajah mengharap Afrina dan Affan.

            “Mummy ada hal lah, Affan. Affan pergi dengan papa ya.” Jawabku lembut.

            ‘’Dini kena pergi office ke ? Bukan mama kata hari ni Dini cuti?”Soal abang Faiz.

            ‘’Dini nak pergi jumpa kawan.’’ Bohongku.

            “Kawan? Janji dengan dia nak jumpa kat mana?” Soal abang Faiz lagi. Aku mulai rimas. Sejak bila dia ni pandai jadi polis pencen?

            ‘’Janji nak jumpa dekat…’’

Sepasang anak mataku menangkap satu susuk tubuh yang berjalan ke arah kami. Bibirku pantas mengorak senyuman.

            ‘’ Nak jumpa dekat sini. Hah, tu pun dia.’’

Abang Faiz berpusing mencari ‘kawan’ yang kumaksudkan sebentar tadi. Aku mengatur langkah mendapatkan ‘kawanku’ itu.

            “Hai, awak!” Ucapku sambil tersengih. Alamak, nama dia apa ya?

Encik pilot di hadapanku ini kelihatan terpinga-pinga. Riak wajahnya juga kelihatan terkejut.

            “Kitorang gerak dulu ya. Kakak, adik, behave okay. Jangan nakal-nakal.” Balasku dan pantas mengangkat kaki dari situ. Aku sempat menghantar isyarat mata ke arah encik pilot yang masih terkejut orang utan supaya mengikutku.

            “Puan Dini, apa yang dah berlaku sebenarnya? Siapa lelaki tadi ? Kenapa awak tinggalkan anak-anak awak dengan dia ? Mana suami awak?” Soal encik pilot dalam satu nafas.

Haih, ni lagi sorang polis pencen.

            “Awak dengar betul-betul apa yang saya nak cakap ni ya. Jangan potong cakap saya.” Tuturku dan wajah putih bersih encik pilot itu kupandang sekilas.

            “First and foremost, saya bukan puan sebab saya belum kahwin lagi. Kedua, lelaki tadi tu abang ipar saya, merangkap ayah kepada budak-budak tadi tu. Ketiga, sebab saya belum berkahwin, jadi saya tak ada suami. Does this answer your question, sir?” Terangku.

            “Lelaki yang hari tu? Yang selalu saya jumpa awak dengan dia dekat airport tu?”

            “Saudara sesusuan saya.”

            “Tapi dia panggil awak Yayang.”

Aku spontan terus menepuk dahi.

            ‘’Yayang tu nama panggilan saya since kecik lagilah. Memang family members panggil saya macam tu and nama tu melekat sampai sekarang.’’

Encik pilot yang kelihatan kemas dengan t-shirt putih dan jeans biru tua ini sudah melongo. Dia ni faham ke tidak apa yang aku cerita tadi?

            ‘’Awak, awak dengar tak apa yang saya cakap tadi ?’’ Soalku sambil memetik jariku di hadapan wajahnya.

            “Dengar. So this means that you are single?”

Aku angguk dan mataku menangkap encik pilot ini sudah tersenyum meleret. Atau mata aku ni syok sendiri?

            ‘’Kita memang selalu jumpa kan ? Tak jumpa dekat airport, jumpa dekat sini pulak. Ni lah namanya jodoh.” Ucap encik pilot sambil tersenyum. Anak matanya yang kecil itu kelihatan semakin mengecil.

            “Tak semestinya. Ala, KL ni bukannya besar mana. Pusing-pusing, jumpa orang yang sama jugak.”

Jawabku bersahaja.

Encik pilot ini ketawa pula.

            “Awak ni memang suka gelakkan orang kan?” Sindirku.

            ‘’Bukan gelakkan awak tapi gelak sebab awak ni lawak. And comel macam anak patung.”

            “By the way, encik…”

            “Ayman Zayyan.”

            “Encik Ayman, thanks for lending a hand just now. Saya balik dulu. Harap-harap ini pertemuan terakhir kita.”

Aku sudah mahu mengangkat kaki. Tolonglah, kalau jumpa mamat ni lagi, mahunya aku naik gila!

            ‘’Nope, I am hoping that we’ll meet again after this. Lagipun awak yang cakap KL ni kecik. So, lagi senang kita nak bump into each other.” Balas Ayman sambil tersenyum. Nak menyindir aku lah tu!


*************************************

Malam semalam, Daniel merungut yang dia terpaksa naik teksi untuk pulang ke rumah disebabkan aku tidak mahu menjemputnya dari KLIA. Minta maaflah, abang, KLIA tu memang dah kena blacklist dengan Dini. Tak nak jumpa encik pilot pot pet pot pet tu lagi.

            “Dini.”

Aku menoleh ke arah suara yang memanggil namaku itu. Kak Mira sudah berdiri di sebelahku.

            ‘’Tadi ada customer call time Dini jumpa bos.’’

            “Customer yang mana satu, kak?”

            “Yang nak guna khidmat interior designing kita untuk restoran dia yang dekat area Desa Sri Hartamas tu.”

            “Oh, Miss Lee tu ya?”

            “Ha’ah. Dia kata hari ni dia free, so bolehla jumpa dia untuk further discussion. Dia ada tinggalkan handphone number. Nanti Dini buat follow up dengan dia personally la.”

            “Alright. Thanks, kak Mira.”

Nota kecil yang tertulis nombor Miss Lee itu kuambil dan terus kudail nombornya. Aku ingatkan Miss Lee itu orang Cina, tetapi rupa-rupanya dia dari Korea Selatan.



Usai makan tengah hari dan solat Zohor, aku memandu ke Desa Sri Hartamas berpandukan alamat yang diberikan oleh Miss Lee. Aku memakirkan kereta di hadapan sebuah lot kedai sederhana besar yang masih kosong. Ketika aku masuk, seorang wanita bertudung sedang tersenyum menyambutku kedatanganku.

            “You must be Miss Dini, right?” Tegur wanita bertudung ini. Kami bersalaman.

            “Yes.” Jawabku.

            “I’m Miss Lee,Lee Se- Na. You may call me Se Na.” Tambahnya sambil tersenyum.

Aku membalas senyumannya. Miss Lee ini seorang Muslim rupanya. Patutlah dia bercadang mahu membuka restoran yang menyajikan masakan Korea halal di sini. Aku berasa sangat kagum.

            “Come, have a seat and we can start our chit chat.” Balas Se Na mesra.

Aku mengekorinya ke dalam pejabat yang terletak di bahagian belakang. Lot kedai yang besar itu masih kosong. Aku mengeluarkan kamera dari dalam beg dan memfokuskan lensa pada sudut-sudut tertentu supaya dapat menjadi rujukanku nanti.

Aku melabuhkan duduk dan mengeluarkan Samsung tablet. Selari dengan pergerakan IT, interior designer macam aku pun dah tak perlu terlalu bergantung pada kertas dan pensel lagi.

            “So, may I know if you have any concept in mind?” Soalku.

            “I was thinking to keep the traditional concept as this restaurant will be serving Korean food. So, I would like a simple traditional Korean touch.” Jawab Se Na.

Aku terdiam. Rasanya ini kali pertama aku bertemu dengan pelanggan yang mahukan konsep tradisional, tetapi bukan tradisional Melayu. Yalah, dah cik cantik manis depan aku ni pun dari negara yang sangat popular dengan drama dan juga lagu-lagunya.

            ‘’Is that possible ?’’ Soal Se Na apabila melihat aku terdiam sebentar.

            “Yes, of course it is possible. Insya-Allah we will give the best that we can provide. How about the colour selection, especially for the wall? Do you still want to keep it traditional?”

            “Will it looks nice if we combine with pastel colours?”

            “Yup, I think there should be no problem with it. Pastel colours are easy to be match with any concept.”

Se Na kelihatan tersenyum puas hati. Aku mencatatkan butir-butir penting supaya aku boleh memulakan kerjaku nanti. Memang balik nanti aku kena buat research yang banyak sedikit daripada biasa.

            “Miss Se Na, I will contact you again when I’ve done with the paper work. Most probably next week. If there is no problem, I think we can start working by early next month.”

            “Yes, sure. Thank you very much.”

            “You’re welcome.”

Kami bersalaman sebelum aku meminta diri untuk pulang. Petang itu, sebelum pulang ke rumah, aku ke MPH di One Utama untuk mencari majalah dan buku-buku bersesuaian untuk dijadikan sebagai rujukan.
Malam itu pula, setelah makan malam, aku telah mula memerah otak dengan menelaah bahan bacaan yang baru dibeli petang tadi. Apabila ada idea yang terbit di minda, aku memindahkannya ke sketch book pula.

            “Yayang, buat apa tu? Busy nampak,” Tegur Daniel dan mengambil tempat di sebelahku.

            ‘’Tengah main masak-masak ni. Abang nak makan apa ?’’ Gurauku sambil tangan kanan masih melukis pada sketch book.

            “Abang tanya betul-betul, yayang main-main pulak eh.” Balas Daniel dan hidungku ditarik. Aku hanya ketawa.

            “Ala, merajuk pulak. Ni ha, Dini kena buat sketches untuk interior design yang customer mintak.”

            “Ohh… Interior design untuk apa?”

            “Dia nak bukak halal Korean restaurant. So, dia mintak company Dini yang in charge for interior design.”

            “Concept apa?”

            “Korean traditional. Ni yang kena buat research banyak sikit.”

            “Eh, adik abang ni kan terror bab-bab Korean ni. Mesti info dekat hujung jari je.”

            ‘’Eh, mana ada ! Memandai je abang buat cerita.’’

            ‘’ Buat cerita apa pulak ? Betul apa yang yayang ni hantu drama Korea.’’

            ‘’Yalah, yalah. Susah cakap dengan lawyer ni. Dia aje yang nak menang.”

Daniel sudah tergelak-gelak. Kepalaku digosok-gosoknya.

            “Yayang, apa cerita pilot hot tu?”

Ala, abang aku ni! Spoil betullah !

            ‘’Pilot hot mana pulak ?’’

            “Ala, yang kita selalu jumpa dia dekat KLIA tu lah.”

            ‘’Oh, dia tu. Kenapa ?’’

            ‘’ Yayang tak ada jumpa dia lagi ke ?’’

Aku menggeleng.

            “Tapi kan, hari tu time abang baru sampai dekat KLIA dari London, dia macam mencari-cari Dini kot. Ala, that day yang Dini tak nak fetch abang tu lah.’’

            “Jangan nak buat cerita lawak malam-malam ni ya.”

            ‘’Mana ada cerita lawak. Cerita betul ni !’’

            “Eee… abang ni! Dah terbang semua idea Dini yang macam air tadi. Dini alergikla dengar nama encik pilot tu.” Aku sudah mengemas barang-barangku.

            “Tapi, abang tak sebut pun nama dia. Nak sebut macam mana, nama dia pun abang tak tahu.” Daniel sudah ketawa seronok sementara aku sudah berlalu mahu masuk ke dalam bilik.

3 comments:

  1. OHMYSONGJOONGKI <3<3<3. Ok! Takde kaitan =_=". Btw, mcm biase BESTTTT :D. THUMBS UP :)

    ReplyDelete
  2. saya dah agak masa baca bab 1 crite ni...confirmed. couple ni yang kat crite 1 lagi tu kan. x sabar nak tahu kisah selanjutnya... anyway, thanks for the story. hwaiting!!

    ReplyDelete