Friday 23 August 2013

Encik Kutub Utara 8





Bahagian 8


            “Kau tahu tak, aku baca kat internet, ada rumors yang Ben ni tak lurus.” Beritahuku kepada Afiqah sewaktu kami berdua sedang memasak hidangan makan tengah hari di dapur.

            “Tak lurus? Maksud kau tiga suku ke?” Soal Afiqah, terkejut.

            “Isy, kau ni! Bukan tiga sukulah.” Jawabku.

            “Dah tu?” Soal Afiqah kembali.

            “Gay.” Jawabku sepatah membuatkan Afiqah terus berpaling ke arahku dengan riak wajah yang terkejut. Pisau yang dipegang terus jatuh ke atas lantai, nasib baik tak tikam kaki.

“Nuha, kau biar betul. He’s too hot to be gay lah.” Komen Afiqah, tidak setuju.

Weyh, gay zaman sekarang ni pun ramai yang hot lah.” Balasku pula.

“Kau baca gossip kat mana ni? Murai dot com ke?” Soal Afiqah.

“Tak de lah. Aku random search pasal past relationship dia. Tu yang jumpa pasal gay tu. Ingat tak aku ada cerita pasal family angkat dia tu?” Soalku pula.

Family Mak Engku tu eh?”

Aku angguk.

“Dorang cakap gay partner Ben, anak lelaki kedua Mak Engku tu, Tengku Fiqrash.”

Afiqah yang sedang mendengar terus melopong.

“Yang the famous young businessman tu? Dia yang ada architecture firm sendiri tu kan?”

Ha’ah, yang itulah.”

“Eh, kau ni! Percayalah tabloid tu semua. Sejak bila pulak kau rajin nak baca tabloid ni? Dulu kau jugak yang cakap, as a lawyer, kau takkan terima bulat-bulat apa yang ada dekat tabloid tu. Kena siasat, kena ada evidence or proof baru boleh percaya. Sekarang, mana pergi stand kau tu? Dah terjun masuk Pantai Chenang ke?”

“Aku tak cakap aku percaya. Cuma aku ada terbaca, itu je. So, bila aku dah terbaca, aku terfikir something. Something fishy pulak tu.”

Afiqah hanya menggelengkan kepala, tidak setuju dengan caraku.

“Selain Bella, mamat ais ketul batu tu mana pernah ada relationship dengan mana-mana perempuan. Bella tu pun sebab minah tu yang nak sangat dekat dia. Orang yang paling rapat dengan Ben pun, Tengku Fiqrash tu je lah. Selalu orang nampak dorang pergi mana-mana sekali.” Aku mengemukakan hujahku.

“Setiausaha Ben pun lelaki. Selalunya orang akan ambil setiausaha perempuan kan? Aku terfikir jugak kenapa Ben tak nak kahwin dengan Bella.”

Afiqah memandang wajahku.

“Kenapa?” Soal Afiqah.

“Sebab Ben tu tak suka perempuanlah. Sebab tu dia tak nak kahwin.” Jawabku.

“Tapi dia nak kahwin dengan kau kan?” Soal Afiqah lagi.

“Yalah, untuk selamatkan diri dia depan media. Dia pun bukannya nak kahwin dengan aku. Dia rasa dia selamat sebab aku ni lawyer yang uruskan trust arwah parents dia. Aku pun ada cerita dekat kau yang Ben tu dingin je dengan aku kan? Sebab apa? Sebab dia tak ada perasaan dengan perempuan.” Jawabku.

Keadaan di dapur hening seketika sebelum Afiqah mengetuk kepalaku dengan sebatang lobak merah.

“Kenapa kau ketuk kepala aku pulak?” Soalku sambil menggosok-gosok kepala yang terasa sakit. Kawan baik aku ni ingat kepala aku ni diperbuat daripada besi ke? Nasib baik tak nampak bintang dekat depan mata.

“Elok pun kena ketuk. Biar kau boleh fikir dengan rasional sikit. Kau ada tanya Ben pasal apa yang kau baca dekat tabloid tu tak?” Soal Afiqah, serius.

“Takkanlah aku nak tanya; Ben, awak ni gay eh?” Balasku.

Kali ini Afiqah merenjis air basuhan sayur ke arah mukaku pula.

“Fiqah!” Aku sudah menjerit. Aku belum naik pelamin lagi, tapi Afiqah dah main merenjis-renjis pulak.

“Kau ni kan! Memang tak sesuailah tanya macam tu. Tanyalah pakai akai, tanya dengan berbudi bahasa, dengan penuh berhemah.” Balas Afiqah.

Perlahan-lahan aku menjauhkan diri daripada Afiqah apabila dia sudah mencapai sudip untuk memasak sayur campur. Silap hari bulan, aku kena ketuk dengan sudip besi itu pulak.

“Tapi, kalau aku tanya dengan penuh berhemah pun, takkanlah dia nak mengaku. Memang kelakarlah kalau tiba-tiba Ben cakap; ‘Ha’ah, saya memang gay and macam mana awak tahu?’. Mahunya pengsan aku kat situ jugak.” Balasku lagi.

Afiqah sudah bercekak pinggang sambil menggelengkan kepalanya.

Eee…aku tak tahu nak buat apa lagi dengan kepala otak kau yang tengah tak betul tu.” Bebel Afiqah.

“Apa pulak kepala otak aku tak betul. Aku cuma wonder je. Dahlah zaman sekarang ni banyak kes hubungan sejenis ni. Ben tu pulak macam lain macam je, macam orang tak ada perasaan. Kalau betullah apa yang aku fikir ni, kau tak kesian kat aku ke?” Soalku sambil menayangkan riak wajah kasihan.

“Nak kesian kenapa pulak?” Soal Afiqah sambil menuangkan minyak ke dalam kuali.

“Yalah, kena kahwin dengan gay.” Jawabku sambil membuat memek muka sedih.

“Tak adalah kesian sangat. Mungkin bila dah kahwin dengan kau, dia boleh berubah. Who knows. Hidayah tu milik Allah, Nuha. Kau bantulah dia.” Jawab Afiqah selamba.

Weyh, kau ni! Fine, macam ni lah kawan.” Aku sudah menarik muka.

“Sebab tu aku suruh kau tanya dia sendiri. Jangan nak buat conclusion yang merepek ni, buat pening kepala kau je.” Ujar Afiqah.

Sesi ‘mesyuarat dapur’ kami terganggu apabila telefon bimbitku berbunyi. Melihatkan nama pemanggil yang tertera di skrin, aku sudah melompat-lompat setempat.

“Kau ni dah kenapa? Dah macam orang tak tahan nak tercirit tahu tak. Jawab je lah call tu.” Tegur Afiqah.

“Ni, tengok ni. Ben call.” Jawabku sambil menayangkan telefon bimbit tersebut kepada Afiqah. Afiqah sudah mengerutkan dahi.

“Dah tu? Jawab je lah. Tak nak jawab? Tak nak jawab, biar aku yang jawabkan.” Balas Afiqah dan ingin mengambil telefon bimbit itu daripadaku. Terus aku menyentuh skrin telefon untuk menjawab panggilan Benyamin.

“Nak apa?” Soalku terus.

“Assalamualaikum.” Tegur Benyamin.

Amek kau! Kan dah kena ‘tembak’ sebijik dekat muka dengan mamat kutub utara.

“Waalaikumussalam. Yes, is there anything that I can help you, Mr. Benyamin?” Soalku semula.

“Malam ni, dinner with Mak Engku’s family. Mak Engku pesan, mintak awak datang sekali. So, I will pick you up after Maghrib, at 8 p.m.” Jawab Benyamin, seperti biasa tanpa nada.

“Tak payah pick up. Awak text saya alamat rumah Mak Engku. Nanti saya pergi sendiri.” Balasku. Tak hendak aku naik satu kereta dengan dia je. Dahlah berdua-duaan dalam kereta, waktu malam pulak tu. Mana boleh!

“Kenapa pulak? Pergi sekali je lah.” Tegas Benyamin.

“Eh, tak nak saya berdua-duaan dengan awak je dalam kereta tu. Meraung mummy saya yang kat Langkawi tu kalau saya kena jual dekat Siam nanti.” Balasku dan Benyamin terus ketawa.

“Pesimisnya awak ni, cik Nuha. Don’t worry, saya datang dengan Mak Engku lah. Mak Engku pun tak bagi saya ada dengan awak je. And one more thing, I will not sell you. Yalah, saya nak kahwin dengan siapa nanti.” Balas Benyamin selamba sebelum memutuskan panggilan.

Aku hanya memandang telefon bimbit yang sudah senyap itu. Eeemamat tu kan! Asyik menyakitkan hati je.

“Kau tengoklah mamat ni, Fiqah. Ada ke dia nak tanya khabar aku ke, or even ask whether I’m free tonight. Huh, elek! Asyik nak bagi arahan je.” Aduku pada Afiqah.

“Kau pun tak ada tanya khabar dia, main terus sembur je. Elok sangatlah korang berdua.” Balas Afiqah.

“Sampai hati kau. Kau ni betul-betul ke kawan baik aku?” Balasku geram dan Afiqah ketawa.

Alolo, merajuk ke? Aku bergurau je lah. Tak lama lagi kan kau nak kahwin, tak dapatlah aku nak mengusik kau macam selalu.” Jawab Afiqah sambil bahuku dipaut mesra.

“Kau buat lagi statement drama air mata kau tu.” Usikku dan Afiqah tersengih.

By the way, kau jangan lupa pulak nanti.” Pesan Afiqah tiba-tiba.

“Jangan lupa apa?” Soalku pelik.

Check status Tengku Fiqrash tu. Kalau dia straight, kenenkanlah dengan aku.” Jawab Afiqah sambil tersengih lagi.

Gatai hang naa!”


*************************
           

            “Aku rasa Ben dah sampai tu.”Beritahu Afiqah sebaik sahaja selesai menyelak langsir.

            “Dah sampai? Okeylah, babe. Aku gerak dulu.” Aku bangun dari dudukku dan berpelukan dengan Afiqah.

            “Nuha. Jangan lupa tau!” Laung Afiqah dari dalam rumah ketika aku sedang menyarung kasut.

            “Lupa apa?” Soalku.

            “Buat spot check!” Jawab Afiqah sambil ketawa kecil.

            “Kau ni kan!” Balasku sambil menggelengkan kepala.

            Aku menutup pintu pagar dan berjalan ke arah kereta BMW X6 berwarna kelabu metallic itu. Mak Engku tiba-tiba keluar dari kerusi sebelah pemandu. Dia sempat lagi tersenyum manis seperti biasa.

            “Mak Engku sihat?” Sapaku sopan sambil menyalami tangan Mak Engku. Tubuhku turut dipeluk erat oleh Mak Engku.

            “Sihat, alhamdulillah. Nuha sihat?” Balas Mak Engku.

            “Sihat, Mak Engku.” Jawabku sambil tersenyum.

            “Nuha duduk depanlah. Biar Mak Engku duduk dekat belakang.” Ujar Mak Engku dan tangan kanannya sudah membuka pintu di bahagian belakang.

            “Tak apalah, Mak Engku. Mak Engku duduklah depan. Biar Nuha yang duduk belakang.” Balasku. Tak hendak aku duduk dekat sebelah mamat ketul ais batu tu. Bukannya bikin sejuk, bikin panas lagi adalah.

            “Eh, tak apa. Nuha duduklah depan. Mak Engku faham.” Balas Mak Engku sambil tersenyum mengusik.

            Erk! Mak Engku tak faham sebenarnya ni. Terpaksa jugalah aku membuka pintu dan duduk di kerusi bersebelahan dengan Benyamin. Aku dan Benyamin saling berpandangan sebelum dia sempat tersenyum.

            Aku sudah ternganga. Gila ke apa dia ni? Tiba-tiba tersenyum pulak? Ke skru-skru dalam kepala dia tu dah nak tercabut? Ni mesti kes nak cover diri sendiri depan Mak Engku.

            “Nuha tinggal seorang je ke dekat rumah tu?” Soal Mak Engku sebaik sahaja kereta dipandu keluar dari kawasan perumahan.

            “Tak, dengan seorang lagi kawan.” Jawabku.

          “Oh… Dah lama ke Nuha tinggal dekat situ?” Soal Mak Engku lagi. Benyamin yang sedang memandu, hanya mendiamkan diri dan turut memasang telinga.

            “Dah lama jugak, nak masuk tiga tahun. Nuha duduk menyewa kat situ since Nuha start kerja dekat KL ni.” Jawabku.

            “Mak Engku minta maaflah sebab malam-malam minggu ni mengganggu Nuha pulak. Cuma family Mak Engku nak kenal-kenal juga dengan Nuha. Yalah, kami ni dah macam family kandung Ben.” Balas Mak Engku.

            “Eh, tak mengganggu pun, Mak Engku.” Balasku. Aku kagum juga dengan Mak Engku yang sangat berbudi bahasa ini. Hilang rasa pesimisku terhadap golongan tengku yang aku selalu ingatkan berperangai sombong seperti yang ditunjukkan di dalam drama-drama Melayu.

            “Anak Mak Engku semua lelaki. Jadi bila Ben bagitahu yang dia nak kahwin, Mak Engku rasa macam nak dapat anak perempuan pulak. Pandai Ben pilih bakal isteri. Risau Mak Engku kalau Ben betul-betul kahwin dengan Bella.” Tambah Mak Engku.  Aku hanya tersenyum mendengar celoteh Mak Engku.

            “Itulah, Mak Engku selalu bising dekat anak Mak Engku yang sulung tu. Suruh dia cepat-cepat kahwin. Ben yang lagi muda daripada dia pun dah nak kahwin.” Balas Mak Engku lagi.

            “Anak sulung Mak Engku ada datang sekali time bertunang dulu kan? Tengku Iqmal.” Balasku pula.

            “Ha’ah. Panggil abang long je. Anak Mak Engku yang nombor dua tu sebaya dengan Ben.” Tambah Mak Engku lagi.

            “Oh… Siapa namanya, Mak Engku?” Soalku. Di dalam hati sudah terasa berdebar-debar.

            “Tengku Fiqrash.” Jawab Mak Engku.

            “Sahlah.” Gumamku sendiri.

            “Apa yang sah, Nuha?” Soal Benyamin tiba-tiba.

            Aku tersentak. Mamat ni dengarlah pulak.

            “Tak ada apa-apa.” Jawabku bersahaja.

            “Fiqrash pun ada kat rumah. Yang bongsu pun ada jugak, tengah cuti semester. Nanti Nuha dapatlah jumpa dorang semua.” Balas Mak Engku.


            “Seronoknya dapat berkumpul satu family ramai-ramai.” Balasku. Di dalam hati, aku sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Tengku Fiqrash!

Friday 16 August 2013

Encik Kutub Utara 7





Bahagian 7

            Riak wajah Iman Amani yang kelihatan sangat terkejut itu kupandang sekilas sebelum meneruskan kerja menyelak halaman demi halaman katalog pakej perkahwinan yang ditawarkan di butik Sweet Bridal milik mama Iman.

            “Macam mana kau boleh kenal dengan Benyamin ni? Sikit pun tak ada cerita dengan aku kan.” Tutur Iman sambil mencebikkan bibir. Buat-buat merajuklah tu.

            “Dia tu anak guam aku.” Jawabku pendek.

            “Then?” Soal Iman lagi.

            “Then? Then apa?” Soalku semula. Tidak faham dengan soalan yang diutarakan oleh Iman.

            “Haih, kau ni! Yalah, how the love sparks after that? Mestilah ada love story dekat situ.” Jawab Iman sambil tersenyum.

            “Aku tak tahulah nak cerita macam mana.” Balasku jujur. Yalah, takkanlah nak ceritakan pada Iman cerita versi original pula? Mahu pengsan kawan aku yang seorang ini.

            Iman hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Entah apa yang Iman sedang fikirkan.

            “Aku dah cukup terkejut kau nak kahwin dengan Benyamin, designer yang famous lagi terhangat di pasaran tu. Tiba-tiba hari ni kau datang sini bagitahu aku yang kau nak aku handle wedding kau? Hang ni biaq betui!” Riuh mulut comel Iman berceloteh.

            “Betui la. Awat, hang ingat cheq main-main ka?” Soalku, mengikut rentak Iman yang seronok menggunakan loghat utara. Iman sempat ketawa kecil sebelum riak wajahnya bertukar serius semula.

            “Tak adalah. Aku ingat mesti Benyamin nak buat wedding dia grand, guna wedding planner yang proper, bukannya bidan terjun macam aku.” Jawab Iman.

            “Bidan terjun uruskan orang kahwin tak apa. Bukannya kau bidan nak sambut orang beranak.” Gurauku.

            “Tak habis-habis nak loyar buruk kan. But, kau betul ke ni? Mesti Benyamin tu ada kenalan ramai yang boleh uruskan wedding korang ni. Baju kahwin kau, mestilah at least Rizalman yang design. Tak pun, dia kenal Tom Abang Saufi ke.” Tambah Iman.

            “Aku dah pakat dengan dia, wedding ni biar aku yang uruskan. Lagipun, Benyamin tu bukannya banyak songeh sangat. Dia pun sibuk nak uruskan hal dekat company yang tergendala sebab dia accident hari tu.” Balasku dan tangan kanan mencapai katalog yang ketiga pula. Ya ke mamat tu tak banyak songeh? Heh!

            “I feel honored!” Balas Iman teruja.

            “Kau ni, aku ni bukannya artis.” Balasku dan Iman terus ketawa.

            “Eh, kau tak tahu ke status kau sekarang ni meletop? Retiss kau sekarang ni tahu tak.” Usik Iman sambil tergelak-gelak.

            “Kau pun retiss jugak.” Balasku pula. Iman kelihatan mengerutkan dahinya.

            “Kenapa pulak?” Soal Iman.

            “Yalah, tunang kau, Naim tu kan model yang famous jugak.” Jawabku.

            “Dia yang famous, bukannya aku. Kau lainlah cerita. Keluar paper you.” Balas Iman.

            “Nama kau pun keluar paper jugak. Kan ada this one interview by reporter, Naim mention nama kau. Eh, dia apa khabar sekarang?” Soalku.

            “Aku pun dah lama jugak tak jumpa dia. Dah nak masuk tiga minggu. Dia kata dia sibuk. Yalah, nak manage time untuk both modeling dengan nak handle construction business lagi.” Jawab Iman.

            Keadaan sunyi seketika. Hanya kedengaran suara riuh di dalam butik. Aku menelek jam di pergelangan tangan. Sudah pukul 11 pagi.

            “Kau nak terus pilih pakej ke?” Soal Iman.

            “Ha’ah. Wedding pun dah tak lama, tinggal sebulan je. Aku janji dengan Benyamin nak jumpa kat sini waktu ni.” Jawabku sambil anak mata mengintai ke luar butik. Masih tiada bayang Benyamin.

            “Benyamin nak datang sekarang? Awat hang tak habaq awai-awai?” Soal Iman yang sudah kelihatan kelam-kabut.

            “Yang kau kalut semacam ni kenapa pulak? Mestilah dia kena datang sekali. Kan nak tengok pakej ni.” Jawabku.

            “Yalah, tak sempat aku nak bentang red carpet.” Seloroh Iman.

            “Kau ni kan! Ada jugak yang nak kena luku kepala. Aku ingatkan apa benda tadi.” Guraku dan Iman tersengih.

            “Kau cakap kat aku kau nak tema warna pink dengan putih kan?” Soal Iman, kembali serius sambil mencatat sesuatu pada tablet miliknya.

            “Ha’ah. Warna tu memang dah confirm.” Jawabku.

            “Benyamin tu suka warna pink ke?” Soal Iman lagi.

            “Suka, suka sangat.” Jawabku sambil tersenyum di dalam hati. Terus aku teringat sms kiriman Muiz, setiausaha Benyamin apabila aku bertanyakan warna apa yang Benyamin tidak suka. Benyamin sangat tidak menyukai warna merah jambu.

            Disebabkan itu juga aku mengambil keputusan untuk menggunakan warna tersebut sebagai warna tema. Yalah, mamat tu nak sangat tengok macam mana aku nak huru-harakan hidup dia. Aku akan buat benda yang dia tak suka.

            “Tu hah, cik adik sayang kau dah sampai.” Beritahu Iman sambil melirikkan matanya ke arah pintu masuk butik. Aku menjegilkan biji mata ke arah Iman. Cik adik? Mentang-mentanglah Benyamin tu muda setahun daripada aku.

             Riuh sedikit keadaan di dalam butik. Masing-masing memandang ke arah Benyamin yang baru melangkah masuk bersama-sama Muiz.

            “Kenapa lambat?” Soalku sambil menjeling ke arah jam dinding.

            “Actually Mak Engku nak datang sekali tapi Pak Engku masuk hospital tengah malam tadi. So, saya bawak Muiz untuk hari ni.” Ujar Benyamin. Soalanku tadi dibiar sepi. Isy, dia ni kan!

            “Eh, kenapa berdiri ni? Jemput duduk. Korang sembang berdiri ni macamlah lantai butik ni dah nak runtuh. Sila, sila duduk. Jangan risau, struktur binaan butik ni kukuh.” Tegur Iman yang muncul dengan membawa dulang yang berisi tiga cawan dan jag kecil berisi jus.

            “So, inilah Encik Benyamin Ziqri ya? Tak sangka saya dapat jumpa up-close macam ni. Dah macam fan meeting artis dah.” Balas Iman ramah.

            “Eh, janganlah berencik dengan saya. Formal sangat pulak. Panggil Ben je.” Balas Benyamin sambil tersenyum.

            Jap! Mamat ni pandai senyum? Boleh bercakap dengan penuh bersopan santun dengan Iman? Telinga dengan mata aku ni, betul ke dapat berfungsi dengan baik?

            “Eh, lupa pulak nak kenalkan diri. Saya pemilik tak rasmi butik ni. Tak amik fashion design langsung, melukis pun tak reti. Saya cuma take over business mama saya. Nama Iman Amani, boleh panggil kak Iman.” Balas Iman.

            “Tak apa ke panggil kak Iman? Atau nak panggil Iman je?” Soal Benyamin sambil memandang ke arahku. Eee…dia ni kan! Ada jugak yang nak kena luku kepala dengan kasut lepas ni.

            “Panggil kak Iman lah. Ben muda setahun kan? Tapi, jangan panggil Nuha ni kak Nuha pulak.” Usik Iman. Terus aku mencubit kuat lengan Iman. Iman pun dah jadi ahli fan club Ben jugak ke?

            Benyamin hanya ketawa senang. Aku sudah mengerutkan dahi. Dia ni ada dual personality disorder ke? Kenapa dengan Iman dia elok je, bersopan santun. Dengan aku, sopan santun dia dah masuk dalam laut.

            “Nuha bagitahu akak yang you guys nak guna tema warna pink dengan putih.” Ujar Iman, kembali serius menghadap tabletnya.

            Raut wajah Benyamin kelihatan berubah sedikit. Dia memandangku dengan tajam. Muiz yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, turut memandang ke arahku dengan dahi yang berkerut seribu. Seolah-olah menghantar isyarat yang bermaksud ; ‘kan saya dah cakap bos saya sangat benci warna pink’.

            “Ha’ah. Ben, awak suka warna pink kan? Awak cakap dekat saya hari tu yang warna pink tu lembut je, menyejukkan mata bila tengok.” Ujarku pada Benyamin yang sudah kelat wajahnya. Aku sudah terasa ingin ketawa tetapi sedaya upaya kutahan.

            “Hmm…” Balas Benyamin pendek memandangkan Iman sedang memerhatikan kami.

            “Okey. So, kita boleh proceed dengan benda-benda lain. Boleh start dengan baju dulu. Ni ada katalog. Korang pilih je. Cuma, since warna tema putih dengan pink, baju pengantin nak warna pink atau putih?” Soal Iman sambil memandang ke arah aku dan Benyamin.

            “Pink!” Pantas aku menjawab.

            “Putih!” Jawab Benyamin pula.

            Iman sudah mengerutkan dahi. Dia menggaru-garu dahinya sendiri.

            “Korang nak warna putih or pink ni?” Soal Iman lagi.

            Aku saling berpandangan dengan Benyamin. Masing-masing sedang mengetap bibir.

            “Putih. Takut kalau saya pakai warna pink, orang cakap saya lagi lawa dari Nuha pulak.” Jawab Benyamin dengan tawa yang dibuat-buat.

            “Eh, saya tak kisah kalau orang cakap awak lagi lawa. Mesti bangga saya dengar nanti.” Balasku, tidak mahu kalah dengan mamat yang tidak berperasaan ini.

            Aku sempat memandang ke arah Muiz yang sedari tadi tidak senang duduk. Seolah-olah sedang duduk di atas bara api.

            “Macam ni lah. Akak nak bagi suggestion dekat korang. Rasanya kalau untuk korang yang berkulit putih bersih ni, lagi cantik kalau pakai warna putih. Pink pun okey jugak, Cuma warna putih akan bagi impak yang lagi awesome bila dalam gambar nanti. Nampak suci je. Nampak bersih.” Sampuk Iman.

            Aku terdiam lama. Kalau dah Iman yang lebih pakar berkata sedemikian, takkanlah aku nak degil pulak kan? Yalah, aku pun tak naklah merosakkan majlis perkahwinan aku sendiri.

            “Okeylah, putih will do.” Balasku, mengalah. Anak mataku sempat menangkap reaksi Benyamin yang tersenyum menang. Dengan senang hati, dia menyelak katalog busana pengantin di atas meja.

            “Iman.”Panggilku, berbisik. Iman terus mendekatkan kepalanya ke arahku.

            “Nanti baju Ben, kau buat lengan baju dia tu sebelah panjang, sebelah lagi pendek tau.” Bisikku perlahan, risau jika Benyamin yang duduk berhadapan dengan kami dapat mendengar.

            “Hah? Kenapa pulak? Tu macam baju orang sewel.” Balas Iman, berbisik juga.

            “Sebab dia sewel lah aku request kau buat macam tu.” Balasku. Iman mengerutkan dahinya, tidak faham.

            “Nuha.” Panggil Benyamin. Aku terus memandang ke arahnya yang kelihatan ingin menunjukkan sesuatu.

            “Design yang ini cantik kan, sayang.” Balas Benyamin selamba. Iman terus memandang ke arahku dengan senyuman mengusik.


Sayang? Huh! Pandainya berlakon. Aku ni, dah rasa macam nak suruh Iman pastikan baju kahwin mamat sengal ni berlubang-lubang macam jala ikan tu. Namun, melihatkan reaksi Iman, aku tak yakin yang Iman nak bekerjasama denganku. Macam mana ni?