Saturday 18 March 2017

Pre-Order Bukan Encik Sempurna (BES) Kini Dibuka !!!


                                                             RM25.00 tidak termasuk pos





Salam dan selamat berhujung minggu :)

Alhamdulillah, novel ketiga saya ~ Bukan Encik Sempurna insya-ALLAH akan menemui para pembaca pada bulan hadapan bersempena PBAKL 2017.


Jadi, sekarang dengan rasa rendah diri. Yumi nak bukak pre-order ye untuk Bukan Encik Sempurna (BES). (Yeayyy! <3 )
Novel akan dipos apabila dah dapat stock dan apabila sudah menerima bayaran penuh. Tarikh akan diumumkan kemudian ye. ;)
Ada dua cara pembelian preorder :
1) Boleh pm mcm biasa di Facebook Yumi Hyra ATAU
2) Boleh whats app 011-14613271-Nanti type 'Hi saya nak order BES' Ini diuruskan oleh PA Yumi bukan Yumi ye. Heee ;)
P/S: Harga kombo special kalau beli ketiga-tiga buah novel.
Itu saja buat masa ni <3 <3 <3 

anddddddd SPECIAL GIFT semestinya. Gitewwww 










Sementara nak countdown novel keluar, jomlah bersama-sama baca teaser pendek Bukan Encik Sempurna:


#Teaser 1 (unedited version)
"Uya!"
Aku kembali duduk tegak di atas katil sambil mengenyeh-ngenyehkan mataku semula. Suara mak tok lagi!
Dengan rambut yang kusut-masai, t-shirt berlengan panjang bersaiz besar dengan gambar kartun Captain America dan seluar tidur berjalur-jalur putih dan merah jambu, aku melangkah keluar dari bilik. Langkah kaki kubawa ke ruang dapur kerana aku pasti mak tok sedang menyediakan sarapan pagi.

"Kenapa mak tok? Ada orang gila pecah masuk rumah ke?" Aku duduk malas di kerusi meja makan sambil sebelah tangan menongkat dagu dengan mata yang terpejam.

"Uya tolong pi tengok siapa kat luar tu. Mak tok dengaq macam suara macam lelaki bagi salam."

"Pak Mat mai hantaq ikan kut?" Soalku dengan mata yang masih tertutup.

"Agaknyalah tu. Uya pi tolong tengok sat."

Aku mencapai tudung sarung berwarna hitam yang tersangkut di atas kerusi. Tidak perlu membasuh muka dan menukar pakaian. Pak Mat Ikan Segar je pun.

"Kak Uya! Akak nak keluar lagu tu je ka? Muka pun tak basuh lagi. Mandi pun tak. Nampak sangat baru bangun tidoq!" Hani yang baru keluar dari dalam bilik menegur.

"Ala, setakat nak pi jumpa Pak Mat Ikan Segar dekat luar je pun. Janji apa yang akak pakai ni menutup aurat. Itu yang lagi penting."

"Suka hati hanglah, kak!" Hani terus berlalu ke dapur.

Dengan mata yang hampir terpejam, aku mengatur langkah ke luar rumah. Kelihatan Pak Mat sedang berdiri membelakangi aku sambil membuang pandang ke arah pokok rambutan di laman rumah. Agaknya disebabkan aku baru bangun tidur dan sedang dalam keadaan mamai, aku nampak Pak Mat seperti sudah tinggi pula dari arah belakang dia ni. Sekali lagi pandang aku nampak seperti Pak Mak sudah kelihatan ‘sado’. Sejak bila Pak Mat sudah pandai pergi gim?

"Pak Mat!"

Selalunya Pak Mat akan melatah jika aku menyergahnya dari arah belakang seperti itu. Jika Pak Mat melatah, segala jenis nama spesies ikan akan disebut oleh Pak Mat.

Pak Mat terus memusingkan tubuhnya.

"Oh, mak hang!"

Masalahnya sekarang ini, aku dan dia sama-sama melatah.
Dah kenapa pulak Pak Mat ini wajahnya sudah kelihatan seiras dengan si Han Han hantu pulak?

"Uya?"

Panggilan Uya yang terbit daripada dua ulas bibir merah itu membuatkan aku sedar bahawa lelaki yang sedang berdiri di hadapanku ini bukan Pak Mat tetapi si Han Han hantu.

Aku perasan yang anak mata Luth turun pada t-shirt berlengan panjang bermotifkan kartun Captain America sebelum jatuh pada seluar tidur berjalurku dan naik semula kepada wajahku yang pastinya nampak seperti orang yang belum mandi.

Terus belon-belon pelbagai warna yang sedang dipegangnya terlepas ke udara dan tersangkut pada dahan pokok rambutan.

"Luth?"










1 comment:

  1. Tahniah Yumi! Lupa nk ucap kat wattpad td.. hehe.. memandangkan akak mmg dh plan nk p pesta buku nnt,so akak akan beli dr sanalah. Ermm, apa cite dgn Insomnia eh?

    ReplyDelete