Tuesday 17 November 2015

Insomnia! Bab 5

"Awak grad dari mana, Wafa?" aku perhatikan Wafa yang nampak keliru dengan rajah aliran pertukaran lrt dan ktm. Berkerut-kerut keningnya cuba memahamkan satu persatu aliran lrt.

"University of Massachusetts," jawab Wafa sambil anak mata masih pada rajah tersebut.
"US?" soalku.
Wafa angguk.
"Kenapa kita tak drive aje pergi hotel tu?" Wafa mengeluh.
"Jalan jem. Welcome to Kuala Lumpur," aku sengih sambil mengangkat kening.
"Awak bukan orang KL eh? Tak pernah naik lrt or ktm?" soalku lagi memandangakan sejak kami sampai di KL Sentral ini, Wafa kelihatan terpinga-pinga.
"Bukan,"
"Oh, patutlah! Awak orang mana?"
Wafa senyap sebentar.
"Saya dah faham how this whole things work. Jom kita pergi beli tiket," soalanku sebentar tadi dibiarkan tidak berjawab dan dia terus bergerak ke kaunter tiket.
"Eh, awak nak pergi mana?"
"Beli tiket,"
"Tak boleh beli kat situ. Situ untuk warga emas dengan OKU. Kena beli token guna mesin tu,"
"Oh..."

Aku dan Wafa menunggu komuter untuk ke Rawang. Wafa kelihatan teruja memerhatikan keadaan sekeliling kami. Kelakar!
Malam tadi aku tidak boleh tidur lagi dan otakku seolah-olah sudah berkembang, merangkan peta minda. Aku mengagak yang Wafa ini mungkin 'spy' yang diupah oleh Tuan Zaid untuk memerhatikan para pekerja Lucrative Holdings. Yalah, mungkin mereka berdua ini mungkin bersaudara juga. Mungkin tidak? Argh, kenapa banyak sangat kemungkinan dalam kepala otak aku ni?
"Wafa," panggilku perlahan.
"Yup?"
"Awak rasa Tuan Zaid tu handsome tak?" soalku, cuba membaca reaksi wajah Wafa.
Kalau mamat ni bukan gay partner Tuan Zaid, dia akan jawab yang lelaki takkan mengaku dengan selambanya yang lelaki lain lagi handsome daripada dia. Okey, yang ini mengikut teori Cik Hana a.k.a housemate terchenta.
"Not bad, quite good-looking, very charismatic," jawab Wafa bersahaja.
Aku sudah menekup mulutku. Biaq betuiiiii!!!

***

Jam di dinding sudah berdenting dua belas kali menandakan pukul 12 tengah malam. Semestinya, mataku masih lagi terbuka luas sambil merenung siling bilik tidurku. Petang tadi selepas pulang dari berjumpa dengan klien, Wafa meletakkan satu kotak teh Chamomile. Kata dia, teh tersebut dapat membantu untuk memudahkan aku tidur.
Entah-entah dia buat macam tu sebab aku dah tahu pasal dia dengan Tuan Zaid? Jadi dia nak aku tutup mulut aku?


Tiba-tiba terdengar bunyi perabot diheret yang datangnya dari rumah sebelah yang kosong tidak berpenghuni itu. Aku terus duduk tegak. Alamak, apa benda lagi ni?
Perlahan-lahan aku bergerak merapati tingkap dan menyelak sedikit langsir. Jangan aku pengsan lagi sudahlah.
Pelik! Rumah tersebut gelap gelita tetapi telingaku dapat menangkap bunyi heretan yang kuat. Agaknya aku ni memang kena jumpa doktor pakar ke? Aku mengusutkan rambut sendiri. Tak boleh jadi. Nak sangat kacau aku, kita tengok siapa kacau siapa.
Aku sarung sweater dan juga tudung sebelum turun ke tingkat bawah. Raket tenis dari dalam stor sempat di bawa bersama sebelum aku ke rumah sebelah yang kosong itu. Gaya berani sangat mengalahkan orang nak pergi berperang.
Aku berdiri di hadapan pintu kayu rumah kosong ini. Bak kata Hana, rumah ini sememangnya kelihatan seperti sudah terlalu lama ditinggalkan. Takkan aku nak ketuk pulak kan? Sesekali mataku melingas ke kiri dan ke kanan. Takut juga kalau 'encik han' betul-betul muncul dari belakang. Sah aku pengsan sekali lagi.
Keadaan sunyi sepi dan bunyi heretan itu sudah tidak didengari. Main-mainkan aku pulak! Aku sudah mahu berpatah semula masuk ke dalam rumah sebelum satu lembaga berdiri betul-betul di belakang aku sebaik sahaja aku memusingkan badan.

Dan, aku pengsan sekali lagi!

No comments:

Post a Comment