Tuesday 17 November 2015

Insomnia! Bab 3





"TUAN Malique, weekend ni as usual ke?" aku memanggil Tuan Malique Haikal yang baru sahaja lalu melepasi meja kerjaku. Tuan Malique Haikal merupakan sepupu kepada Tuan Zaid Harith, merangkap Marketing Director untuk Lucrative Holdings.
"Oh, Jihan! Patutlah telinga I ni dah terdengar-dengar suara merdu orang memanggil. Rupa-rupanya awak," dia tersenyum manis. Tuan Malique merupakan seorang yang sentiasa bermulut manis, sesuai dengan jawatannya sebagai Marketing Director. Kalau nak dibandingkan perangai dia dan Tuan Zaid Harith, memang macam langit dengan bumi.
"Weekend ni macam biasa. I dah call rumah anak-anak yatim tu, nanti I inform further in our WhatsApp group untuk further details," Tuan Malique berjeda dan anak matanya jatuh pada Wafa yang khusyuk dengan bahan bacaannya.
"I tak tahu we have a new staff?" soal Tuan Malique. Dia senyum memandang Wafa.
"Baru masuk hari ni, tuan. Lagipun tuan tak ada kat pejabat satu hari, jadi tak sempatlah nak berkenalan. So, saya kenalkan. Wafa, this is Tuan Malique Haikal, our Marketing Director. Tuan Malique, ni Wafa Mikhael, our new assistant team leader for event management," tuturku, memperkenalkan kedua-dua lelaki ini.
Wafa cepat-cepat menghulurkan tangannya untuk bersalam dan dia tersenyum hormat ke arah Tuan Malique.
"You should join Marketing Team, bukan kat sini. You ada such a good looks, rugi kalau duduk dekat event management je," usik Tuan Malique sambil menepuk-nepuk bahu Wafa.
"Amboi, tuan! Sempat lagi ya! Anak buah saya pun tuan nak culik bawak lari," usikku dan Tuan Malique ketawa. Wafa hanya tersengih. Segan agaknya! 
"Saja mengusik you. You ajak sekali Wafa this weekend kalau dia berminat. I kena gerak dulu, ada meeting dengan 'tentera Jepun' you tu. Nanti dia pancung kepala I sebab lambat," balas Tuan Malique bersahaja.
"Tuan Malique! Kan saya dah kata jangan sebut kuat-kuat pasal 'tentera Jepun' tu!" mataku melingas ke kiri dan ke kanan. Mati aku kalau orang lain dengar. Sah, kena hukuman pancung kalau Tuan Zaid yang dengar!
Tuan Malique ketawa senang sebelum mengatur langkah pergi dari situ.
"Dia dengan Tuan Zaid tu sepupu. Kalau tak salah, dorang tu sebaya tapi perangai macam sorang dari Bumi, sorang lagi dari Pluto kan?" ujarku sebaik sahaja Tuan Malique beredar.
Wafa ketawa. Terkebil-kebil aku memandang reaksinya. Amboi, dah pandai gelakkan aku!
"Weekend ni ada apa, Jihan?" soal Wafa.
"Tuan Malique tu rajin organize CSR activities untuk staff. Nampak je macam tu, tapi he has a warm heart. Selalunya bila hari Sabtu kitorang akan buat aktiviti kat mana-mana orphanage, rumah orang tua, macam-macamlah,"
"I see," Wafa masih memandang bayang Tuan Malique yang sudah berlalu pergi.
"Interesting," tambahnya.
"Ha'ah, kan? He has such an interesting characters, I must say. Bukan senang nak jumpa orang kaya, muda belia pulak tu tapi ada hati yang sangat besar," tambahku pula.

*****
Aku ada terbaca satu artikel di blog tentang cara-cara untuk mengatasi masalah insomnia atau susah untuk tidur pada waktu malam. Salah satunya ialah untuk memanfaatkan hari itu dengan melakukan banyak perkara supaya badan rasa letih dan pada waktu malam mata pasti akan mahu terlelap dengan cepat dek kerana kepenatan. Nak cubalah!
"Nak pergi mana?" tegur Hana yang sedang menghadap komputer riba di ruang tamu.
"Night walk or pergi kafe kut," jawabku sambil mencari kunci kereta.
"At this hour? Dah malam ni, Jihan," Hana menoleh ke arah jam dinding. Sudah pukul 9.30 malam.
"Sekejap je, aku tak pergi jauh-jauh. Lagipun esok cuti dan aku kena try method ni. Kut-kutlah nanti mata aku senang nak lelap. Kau ada nak kirim apa-apa?"
Hana pantas menggelengkan kepalanya.
"Sure ke ni, Jihan? Aku risaulah. Sekarang ni dahlah macam-macam kes. Kau nak buat night walk pun, jaga-jaga jugak. Sekarang ni tengah hangat dengan virus anjing gila tu," Hana masih menayangkan riak risaunya.
"Insya-Allah tak ada apa-apa. Aku pergi sekejap je," aku senyum memandang Hana.
"Sebab aku kena siapkan presentation ni, bos nak jugak pagi esok. Kalau tak, boleh aku temankan kau,"
"Tak apa, Hana. Kau settlekan kerja kau, jangan risau," 
"Yalah, yalah. Kau jaga diri tau. Apa-apa, call aku,"


Aku memakirkan kereta tidak jauh dari sebuah kafe yang mempunyai dekorasi Vintage. Nampak macam menarik. Aku lihat kafe itu tidak terlalu padat dengan orang ramai. Aku turun dari kereta dan saat itu aku ternampak kelibat Tuan Zaid dan Wafa.
Mataku membulat.
Mereka sedang berjalan beriringan menuju ke hotel lima bintang yang terletak tidak jauh daripada kafe yang ingin kutuju. Mereka nampak rapat, tidak seperti apa yang kulihat di pejabat.
Something is fishy, somewhere. 
Naluri 'Detektif Conan' kembali aktif. Nak ikut ke tidak? 
-'Tak payah sibuk-sibuk nak ikut. Ingat balik tujuan datang sini sebab apa? Kan mat salih dah cakap, curiosity kills the cat'
+'Tapi naluri Detektif Conan ni kuat sangat. Kalau tak ikut, nanti sah-sah malam ini tak boleh tidur lagi'

Dan, Jihan Sofia mengambil keputusan untuk mengikut langkah kaki dua orang lelaki tersebut.


No comments:

Post a Comment