Friday 7 February 2014

Encik Kutub Utara 16


Bahagian 16

          “Awak ni memang suka buat decision ikut suka kepala awak je kan. Tak boleh ke nak bawak berbincang dulu? Kalau tak suka berbincang pun, at least informlah saya.” Aku sudah mula membebel tidak puas hati sambil bercekak pinggang.

            Sudah kecik-besar, kecik-besar aku lihat si Benyamin yang sedang berdiri di hadapanku sambil memegang sebuah fail hitam.

            “Tadi kan awak dah being informed by the reporters. So, awak tahulah yang esok kita ada wedding photo shoot dengan magazine. Extra info, photo shoot tu pagi.” Jawab Benyamin sambil mengambil sebuah lagi fail dari atas meja.

            Aku menarik nafas sedalam-dalamnyadan menghembuskan nafas perlahan-lahan. Sabarlah, Nuha, sabar!

            “Saya ada sudden meeting in 10 minutes time. Sekejap je meeting tu, tak lama pun. Awak nak stay dekat sini or nak balik? It’s up to you.” Ujar Benyamin sambil jam di pergelangan tangan dibelek.

            “Sekejap tu berapa lama?” Soalku.

            “Around half an hour.”

            “Saya tunggu je lah. Lagipun lepas tu nak terus singgah rumah sewakan?”

            Benyamin menganggukkan kepalanya. Tanpa sebarang suara, dia terus berlalu keluar dan meninggalkan aku di dalam bilik pejabatnya. Nak cakap ‘bye-bye’? Huh, memang ‘bye-bye’ sungguhlah!


            Puas aku bertawaf di dalam ruang pejabat Benyamin yang sederhana luas itu. Aku berhenti di hadapan sebuah almari kaca yang mempertontonkan deretan plague anugerah yang bermacam-macam dan juga sijil. Anak mataku melekat pada sekeping scroll yang dibingkaikan elok.  Mamat tu grad dari UK rupanya. Tidak berkelip aku membaca nama-nama anugerah yang tertera pada setiap satu plague, dalam pelbagai jenis bahasa.

            Rasa macam kagum sekejap, tapi bila fikirkan perangai dia yang macam beruang kutub utara yang sejuk beku tu, aku tarik baliklah rasa kagum. Yang tinggal, rasa pelik. Yalah, pelik macam mana orang lain boleh bekerja dengan dia. Tiba-tiba, kedengaran bunyi deringan telefon bimbit.  Siapa punya pulak? Aku kembali ke meja kerja Benyamin dan kelihatan telefon bimbitnya terletak di atas meja.Sah, mamat tu terlupa nak bawak sekali.

            “Hello.” Terpaksa juga aku menjawab panggilan tersebut bagi pihak Benyamin. Manalah tahu panggilan tersebut merupakan panggilan yang penting.

            “Assalamualaikum.” Kedengaran suara wanita di hujung talian.

            “Waalaikumussalam. Nak bercakap dengan Ben ke? Dia tengah meeting sekarang ni.”

            “Nuha ya?”

            Aku mengerut dahi. Siapa pulak ni? Ben pula memang tidak menyimpan nombor ini di dalam memori telefonnya.

            “Ya, saya.”

            “Nuha,  mak su ni.”

            Aku senyap sekejap. Mak su mana ye? Oh, isteri Dato’ Zamir agaknya. Mamat tu pun satu hal jugak. Save je lah nombor ini sebagai mak su. Bukannya susah mana pun. Tak sampai 30 saat.

            “Apa khabar, mak su? Sorrylah, Nuha tak dapat cam pulak suara mak su tadi.”

            “Eh, tak apa. Lagipun, ini kan nombor telefon pak su. Mesti Nuha pelik time angkat tadi kan?”

            Pulak dah? Kalau Dato’ Zamir yang telefon pun, mesti aku tak dapat tahu siapa pemanggilnya sebab nombor ini memang tidak disimpan oleh Benyamin.

           “Mak su telefon ni sebab nak jemput Nuha dengan Ben datang ke rumah malam ni. Lepas Maghrib macam tu.  Ada makan-makan sikit. Yalah, sempena menyambut kedatangan Nuha sebagai ahli keluarga baru.”

            “Susah-susah je, mak su.”

            “Tak ada susah pun, Nuha.  Ben kan anak yatim piatu. Jadi, biarlah mak su dan pak su yang wakilkan, buat makan-makan sikit nak menyambut menantu.”

            Aku tersenyum seorang diri. Yalah, ingatkan keluarga Dato’ Zamir ini sombong-sombong belaka. Nuha, Nuha, cubalah husnozon sikit!

            “Mak su nak Nuha dengan Ben datang awal ke? Tolong-tolong mak su apa yang patut.”

            “Eh, tak payah tolong apa-apa. Tolong datang bawak perut kosong untuk makan je.”

            Aku ketawa kecil.

“Insya-Allah, mak su. Lepas Maghrib kan, malam ni? Nanti Nuha inform Ben lepas dia habis meeting.” Ujarku sopan.

            “Yalah, Nuha. Kita jumpa malam nanti ya. Assalamualaikum.” Balas Datin Farha sebelum memutuskan panggilan. Aku menjawab salamnya perlahan.

            “Cakap dengan siapa?” Suara yang tiba-tiba menyoalku dari belakang itu membuatkan aku terkejut yang amat sangat. Nasib baik tak terlepas telefon bimbit ini.

            “Awak ni spesies alien ke apa? Tak reti nak bagi salam sebelum tegur? Main terjah aje.” Bebelku dan memulangkan telefon bimbit itu kepada tuannya.

            “Awak guna phone saya? Kenapa?” Soal Benyamin.

            “Eh, bukan guna. Saya tolong angkatkan phone call awaklah. Mak su call tadi.” Jawabku.

            “Mak su mana pulak ni?” Soal Benyamin sambil melabuhkan duduk di atas sofa.

            “Ya Allah! Mak su awaklah, Datin Farha. Mak su jemput kita datang rumah dia malam ni, ada makan-makan sikit.”

            “Habis tu, awak cakap kita boleh pergi ke?”

            “Yalah. Kita bukannya ada plan apa-apa pun malam ni. Lagi pun, saya nak juga kenal-kenal dengan family mak su awak tu.”

            “Kenapa awak cakap kita boleh pergi tanpa tanya saya dulu?”

            “Pulak dah! Dah orang ajak, mestilah kita kena penuhi jemputan orang. Lagi pun, saya nak cakap alasan apa if kita tak dapat pergi? Awak ni peliklah! Bukannya orang luar yang ajak kita. Family sendiri kot.”

            Benyamin terus memandangku dengan pandangan matanya yang tajam itu. Alamak, aku salah cakap ke?

            “Sorry.”

            Benyamin masih senyap.

            “Satu benda yang saya musykil. Mak su call tadi guna nombor pak su. Tapi, kenapa awak tak save pun nombor pak su tu. Kan senang kalau awak save. Kenapa ya?” Soalku bersahaja.

            Kali ini pandangan mata Benyamin menjadi semakin tajam. Baiklah, lebih baik aku ‘zip’ mulut aku yang suka menyoal macam-macam sejak tadi.


********************

            Selepas mengemas sedikit barang-barangku yang dibawa dari rumah sewa Afiqah dan juga bersolat Maghrib di rumah, aku mengajak Benyamin ke rumah Dato’ Zamir. Liat jugak mamat itu untuk bergerak pada mulanya sehinggalah aku mengugut untuk tidak mahu menghadiri photo shoot pada keesokan harinya.

            “Awak ni kan, cubalah senyum sikit. Bukannya kena bayar apa-apa pun. Cuba tengok iklan tv tadi. Kan iklan tu pesan, kurangkan gula dalam minuman tapi lebihkan gula dalam senyuman.” Tegurku lembut. 
Yalah, dah muka orang sebelah ni dah macam terlebih makan mangga muda.

            “Lawyer ni memang tak pernah penat bercakap eh?” Sindir Benyamin.

            “Tak, that’s what we do everyday.” Balasku bersahaja.

            “Patutlah.”

            Malas melayan Benyamin, aku menekan punat loceng dan memberi salam. Tidak lama kemudian, seorang wanita berusia lewat 40-an keluar mendapatkan kami. Dari raut wajahnya, aku agak dia berasal dari seberang.

            “Jemputlah masuk.” Ujarnya sambil tersenyum ke arah kami berdua.

            “Terima kasih.” Balasku, turut tersenyum. Lantaklah mamat sebelah ni tak reti-reti nak tersenyum. Banyak sangat kot emas dekat dalam mulut dia tu.

            Kedatangan kami disambut mesra oleh Dato’ Zamir dan juga Datin Farha. Anak-anak mereka tidak pula kelihatan di ruang tamu. Apabila aku ingin bersalam dengan Dato’ Zamir, Benyamin pantas memegang tanganku. Aku pandang dia dengan perasaan pelik bercampur ingin tahu. Dia ni memang pelik sungguhlah!

            “Dah lama Ben tak datang sini. Kami pun, lepas majlis dekat Langkawi tu, terus balik KL. Tak dapat borak dengan Nuha lama-lama. Nak jugak kenal lebih rapat dengan Nuha.” Balas Dato’ Zamir mesra.

            “Yalah, mesti Dato’ busy. Saya faham.” Balasku sopan.

            “Nuha, janganlah panggil Dato’ lagi. Kan kita dah jadi satu keluarga sekarang. Kenalah panggil pak su.” Balas Dato’ Zamir sambil tersenyum.

            “Dah terbiasa, pak su. Kena tukar setting lidah ni.” Gurauku dan Dato’ Zamir ketawa senang.

            “Yalah, daddy. Daripada jadi lawyer terus jadi wife. Wife designer famous pulak tu. Kalau tak biasa pun, akan terus jadi biasa nanti.” Sindir Fatin yang tiba-tiba muncul di ruang tamu. Dia terus duduk bersilang kaki di hadapan kami. Bersalam dengan aku pun tidak.

            “Fatin! Hormat sikit dengan kak Nuha. Kak Nuha sekarang ni kan dah jadi isteri abang Ben kamu.” Tegur Dato’ Zamir tegas. Fatin mencebik.

            “Tak apa, pak su. Biasalah, budak-budak.” Balasku bersahaja sambil tersenyum. Sengaja kutekankan nada suara pada perkataan ‘budak-budak’ itu. Bertambah kelat wajah Fatin.

            Tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah. Kelihatan Raiyan melangkah masuk sambil menjinjit briefcasenya. Dia tersenyum memandang kami.

            “Patutlah mummy beria-ria suruh balik awal malam ni. Rupa-rupanya ada special guests in the house.” Sapa Raiyan. Dia bersalaman dengan Benyamin.

            “Raiyan ni, dah macam budak-budak kecik. Nak kena suruh balik awal barulah dia reti nak balik rumah awal. Kalau tak, mahunya tengah malam nanti baru reti nak balik.” Bebel Datin Farha yang baru muncul dari arah dapur.

            “Kerja dekat office tu banyaklah, mummy. Bukannya Raiyan tak nak balik awal.” Balas Raiyan sambil memaut erat bahu Datin Farha.

            “Yalah tu. Eh, cepatlah pergi naik atas. Lepas ni boleh kita dinner sama-sama. Lepas tu, bersembanglah lagi.” Balas Datin Farha.


            Selepas makan malam, aku berbual-bual dengan Datin Farha. Anak-anak perempuannya terus mengurung diri di dalam bilik. Biarlah, lebih bagus begitu. Kuranglah sedikit peluangku untuk mengurangkan pahalaku. Isy, Nuha! Cubalah bawak bersabar sedikit.

            Sempat juga aku mengintai ke arah Benyamin yang berada di ruang tamu hadapan bersama-sama Dato’ Zamir dan Raiyan. Dia kelihatan canggung bersama-sama mereka. Dia lebih banyak mendengar daripada berkata-kata. Takkanlah dengan ahli keluarga sendiri pun dia sejuk beku macam tu jugak?

           
            Malam itu, sebelum bersiap-sedia untuk tidur, Benyamin mengeluarku sebuah kotak cincin berwarna biru lembut. Menggunakan isyarat anak mata, dia menyuruhkan duduk di hadapannya. Tak gentleman langsung!

            “Kenapa?” Soalku sambil berpeluk tubuh.

            “This is my arwah mama’s wedding ring. Arwah mama pernah pesan, bagi cincin dia ni pada menantu dia. Meaning, pada siapa yang jadi isteri saya. So, here you go.” Tutur Benyamin dan menolak kotak cincin itu ke arahku.

            Aku sudah menggelengkan kepalaku. Rasa-rasanya, kalau Romeo nak cari ahli kelab Mat Romeo, sah-sah nama Benyamin ni kena pangkah dulu. Aku ambil kotak cincin itu dan membukanya. Kelihatan sebentuk cincin platinum yang bertahtakan beberapa butir diamond kecil. Cantik dan mewah. Aku menyarungkan cincin tersebut. Muat!

            “It fits you very well. So, kita tak payah nak alter size cincin tu.” Komen Benyamin sambil anak matanya jatuh pada cincin milik arwah mama yang tersarung di jari manisku.

            “Ni namanya menantu mithali.” Balasku dan Benyamin membuat muka.

            “Last saya jumpa arwah mama dulu, saya ingat lagi. Arwah mama sangat cantik, lemah-lembut je.” Tambahku lagi.

            “Kenapa cakap macam tu? Sebab saya handsome?” Soal Benyamin sambil mengangkat keningnya.

            “Oh my! Tolonglah jangan perasan ya. Saya ingat orang macam awak ni tak reti nak masuk mesin basuh and tekan button start sendiri.” Balasku sambil tergelak kecil.

            “Apa benda yang awak cakap tu?”

            “Oh, tak faham rupanya? Lagi bagus. Tak apa, abaikan apa yang saya cakap tu.”

            “I hope that ring will always stay on your finger forever.”

            Aku terus berpaling kepada Benjamin. Betul ke apa yang telinga aku dengar ni?

            “Boleh ulang balik tak apa yang awak cakap tadi?” Aku menarik-narik tangan Benyamin yang kini sudah berdiri di hadapan almari pakaian.

            “Esok pagi photo shoot start pukul 10 pagi. Tidur awal malam ni kalau awak tak nak muka awak tu bengkak and mata tu penuh dark circles.” Ujar Benyamin sambil menukar baju yang sedang dipakai.

            Aku mencebik. Nak tukar topiklah tu. Macamlah aku tak dengar apa yang dia baru cakap tadi.

            “Kenapa awak nampak macam awkward dengan family pak su tadi?” Soalku ingin tahu.

            “Mana ada awkward. Saya rasa kurang selesa je sebab dah lama tak berjumpa satu family macam tu.” Jawab Benyamin.

            “Terharu saya yang mak su dengan pak su sampai nak buat makan-makan untuk kita.” Ulasku sambil tersenyum seorang diri.

            “Tak payah nak terharu sangatlah.”

            Terus aku berpaling ke arah Benyamin. Buat rosak mood je lah dia ni!


***********************


 Kedatangan aku dan Benyamin ke Rouge et Noir Studio disambut dengan mesra oleh pemilik studio ini, Ayie. Beberapa orang krew majalah Pengantin sudah ada di studio. Masing-masing tersenyum ke arah kami.

“Ben, lama tak jumpa kau. Tahu-tahu, dah kahwin dah sekarang.” Tegur Ayie mesra sambil bahu Benyamin ditepuk perlahan.

Aku terus berpaling ke arah Benyamin. Eh,  dorang berdua ni kenal satu sama lain ke? Aku ingatkan satu-satunya kawan Benyamin ialah Tengku Fiqrash.

“Aku pun dah lama tak jumpa kau. Sabtu ni jangan lupa datang pulak.” Balas Benyamin.

“Insya-Allah. Ni Nuha ya? Eh, kau tak nak kenalkan wife kau ke? Nanti dah start photo shoot,  tak sempat nak kenal-kenal dah.” Ujar Ayie sambil tersenyum ke arahku. Aku tersenyum kembali ke arahnya.

“Oh,  ha’ah. Lupa pulak. Kenalkan, ni Nuha Damia. Ikut suka kau nak panggil Nuha ke, Damia ke. Nak panggil kakak pun boleh sebab dia tua satu tahun daripada kita.” Ujar Benyamin sambil menayangkan riak wajah selamba.

Aku mengetap bibir menahan geram yang berbakul-bakul. Budak nikan! Tak habis-habis nak bangkitkan isu umur.

“Ala, Nuha nampak muda je. Tak nampak langsung yang dia lagi tua daripada kita. Lagipun, setahun je. Tak ada beza sangatlah.” Balas Ayie.

Aku terus memandang ke arah Benyamin sambil mengangkat kening. Nasib baiklah Ayie ni lelaki. Kalau perempuan, dah lama aku nak ajak ‘high-five’.

“Kan? Ben boleh nampak lagi tua daripada saya kan?” Balasku sambil menghadiahkan senyuman mengejek kepada Benyamin.

“Ha’ah. Ala, both of you pun baby-faced. Memang match satu sama lain. By the way, saya Syed Azri Imran. Panggil Ayie je. Start kenal Ben time Paris Fashion Week. Kenal kat situ and terus jadi kawan sampai sekarang. Anyway, congratulations on your wedding.” Tutur Ayie. Dia tersenyum lagi, menampakkan braces yang dipakainya.

“Thank you. So, awak photographer in charged for today?” Soalku. Aku sempat menoleh ke sebelah dan barulah aku sedar yang Benyamin sudah menghilangkan diri. Lantak dialah! Bukannya budak kecik yang akan sesat larat.

“Yup. Mestilah saya sendiri nak make sure gambar korang turn out to be wonderful. Nak keluar magazine kot.” Usik Ayie lagi.

Aku hanya tersengih. Dalam masa yang sama, anak mata ligat mencari Benyamin. Mamat ni nak main cak-cak ke apa?

“Puan Nuha. Kita boleh start dah. Saya dah brief Encik Benyamin tadi pasal concept hari ni. Encik Benyamin dah ada dekat make-up room untuk tukar baju. Saya nak brief Puan Nuha pasal photo shooting  kita hari ni lah.” Staff bertugas yang bernama Ayu itu bertutur sopan.

“Oh,  okey. Silakan.”Aku senyum.

“Hari ni kita akan guna dua setting, indoor dengan outdoor. Setting indoor kita buat dekat dalam studio ni sendiri. Props and everything dah ready. Yang outdoor pulak, kita akan buat dekat taman luar studio ni. Cuaca pun tengah elok cerah ni, jadi kita akan start dengan outdoor dululah. Takut sekejap lagi hujan atau panas terik pulak.” Jelas Ayu panjang lebar.

“Okey. Thank you, Ayu.”

“Lepas tu,  ada special part.”

“Special part?”

Ayu mengangguk.

“Saya ada explain benda yang sama dekat Encik Benyamin tadi. Untuk Puan Nuha pulak, apa imagination Puan Nuha mengenai Encik Benyamin?”

“Imagination?”

            “Ha’ah. Yalah, masa first time Puan Nuha jumpaEncik Benyamin. Contohnya, Puan Nuha nampak dia macam Putera Raja ke, macam model ke, terpulang pada Puan Nuha. Puan Nuha fikirkan dulu ya. Nanti inform saya balik so that kitorang boleh prepare baju dengan props.”

“Okey. Nanti saya inform Ayu balik ya.” Aku tersenyum jahat di dalam hati.


Putera raja? Memang taklah! Putera ais ketul batu adalah. Tak pun suruh Benyamin pakai sut beruang polar tu. Macam melampau sangat pulak. Mungkin boleh minta krew-krew majalah tu sediakan ais ketul batu satu lori. Aku tersengih seorang diri.


10 comments:

  1. hahaha....caya lah nuha...
    -nur-

    ReplyDelete
  2. best!! tak sabar nak tahu next n3 =)

    ReplyDelete
  3. Yayy!! ^-^ tq besttt!

    ReplyDelete
  4. Besttttttt....mami rieta

    ReplyDelete
  5. Bestnya bagi la lagi untuk , next entry bagilah ada adegan romantik-

    ReplyDelete
  6. best...kak yumi cepatlah buat entry...tiapx2 hari saya bukak blog akak...akak cerita encik suami ku mat saleh tu dh siap ka...saya tak sabar nk beli nieh

    ReplyDelete
  7. yumi hyra...sibuknya anakanda..baru dpt n3..hehehehe...good one..congrats

    ReplyDelete
  8. haha..lwak laa nuha nie..
    best sgt..
    -ada

    ReplyDelete