Thursday 7 November 2013

Encik Kutub Utara 13




Bahagian 13

            Majlis walimah di sebelah pihakku yang diadakan di banquet hall di resort milik abah berakhir menjelang hampir pukul 11 malam. Sebaik sahaja sampai di rumah, aku sudah terasa penat yang amat sangat. Kedua-dua belah kaki sudah terasa lenguh dek kerana kasut pemberian Benyamin yang tingginya berinci-inci. Itupun, masih tidak dapat menandingi ketinggian Benyamin. Keadaan di ruang tamu rumah milik ibu bapaku ini masih meriah dengan sanak-saudara yang turut bermalam di sini. Kemeriahannya terasa seperti menyambut hari raya.

            Dari sofa yang menjadi tempat dudukku ini, aku dapat melihat Benyamin yang sedang rancak bersembang dengan Aqwa dan juga Amir. Sejak bila pulak dorang ni boleh jadi kamceng begini? Musykil aku!

            “Adik, ayong naik atas dululah. Kalau ada sesiapa tanya, cakap pengantin dah cabut masuk bilik. Penat sangat dah ni.” Ujarku sambil menepuk bahu Afif yang sedang berbual dengan Hafiz, anak bongsu mak ngah.

            “Oui, oui, mademoiselle. Tak nak ajak abang Ben sekali ke?” Soal Afif sambil menjungkitkan keningnya. Mulalah tu nak mengusik yang bukan-bukan.

            “Biarlah dia. Dia tengah syok bersembang tu. Ayong naik atas dulu ya. Assalamualaikum semua.” Jawabku dengan mata yang mula berair disebabkan rasa mengantuk yang amat sangat.

            Aku memulas tombol pintu bilik tidur dan terus melangkah masuk ke dalam bilik. Kelihatan bilik tidurku yang sudah berubah wajah, hasil sentuhan mummy sendiri. Hiasan bilik tidur pengantin yang turut menggunakan kombinasi warna merah jambu dan juga putih kelihatan sangat sweet pada pandangan mata. Aku melabuhkan duduk di atas katil bersaiz king itu. Di dalam hati, perasaan yang bercampur baur sudah datang kembali. Isy, dah ada roommate lah pulak lepas ni.

            Ketika aku ingin membuka crown comel yang dipasang di atas kain tudung, kedengaran pintu bilik diketuk perlahan sebelum tombol pintu dipulas. Jantungku mula berdegup kencang semula. Anak mata kami bertembung menerusi cermin solek sebaik sahaja Benyamin melangkah masuk.

            “So, this is your room?” Soal Benyamin sambil anak matanya menerawang ke seluruh kawasan bilik tidurku. Erk, apa maksudnya tu?

            “Yup. But, mesti bilik ni tak besar macam yang dekat rumah awak. Family saya biasa-biasa je.” Jawabku tenang.

            “Size doesn’t matter. Actually, bilik tidur kecil lagi interesting.” Komen Benyamin dan dia duduk di atas katil. Dia membuka kot putih yang dipakainya dan menanggalkan bow tie yang dipakai.

            “Interesting?” Soalku, pelik.

            “Pernah dengar tak, kalau rumah yang besar sangat, ahli dalam rumah tu relationship dorang akan jadi not so close.” Jawab Benyamin.

            Aku sudah mengerut dahi.

            “Ni bercakap daripada pengalaman ke?” Soalku, masih terkial-kial menanggalkan jarum peniti yang banyak di atas kepala. Kenapa banyak sangat jarum peniti ni?

            Benyamin hanya mengangkat bahunya dan berjalan menghampiriku. Selamba sahaja dia membantuku menanggalkan satu persatu jarum peniti yang disemat di atas kepala. Siap tolong bukakkan veil dengan kain tudung yang aku pakai. Nasib baik anak tudung aku pun dia tak tolong bukakkan sekali. Kalau tak, jantung yang asyik dup dap dup dap daripada tadi, boleh tergolek keluar.

            “Without your ‘tudung’, you look younger than you real age. Cute!” Tutur Benyamin bersahaja sambil berdiri bersandar pada sisi meja solek.

            Erk! Ni kenapa ayat macam nak membeli hati ni? Kulit muka sudah terasa membahang.

            “Awak tolong bukakkan veil, tudung tadi tu macam dah pro je. Selalu buat eh before this?” Aku cepat-cepat menukar topik perbualan.

            “Ha’ah, selalu. If ada fashion show, akan pakaikan shawl for the models, or do their hair.” Jawab Benyamin.

            “Hah? Seriously?” Soalku.

            “Of course, not! Cik kak, saya design kasut dengan bags la. Tak ada kena mengena langsunglah. And for your information, our company do not use models during our fashion show.” Jawab Benyamin berserta tawa kecil.

            Aku pandang wajah Benyamin yang kelihatan penat itu.

            “Bila ada special event untuk new collection introduction or exhibition, we just display the items. Kitorang tak employ models. Itu culture company yang arwah papa introduce dari dulu.” Tambah Benyamin lagi.

            “Oh, bagusnya!” Komenku.

            Tiba-tiba suasana menjadi senyap, sunyi sepi. Aku sudah naik gelisah bercampur segan. Nak buat apa lagi ni? Nak cakap apa lagi?

            “Awak pergilah mandi dulu. Boleh kita solat isya’ sama-sama.” Balasku dan berlalu ke almari untuk mengeluarkan tuala. Tuala tersebut kuletakkan di atas katil.

            Tanpa sebarang suara, Benyamin mengambil tuala tersebut dan berlalu ke bilik air. Aku menarik nafas lega. Janggalnya! Sementara menunggu Benyamin keluar dari bilik air, akalku mula merangka apa yang perlu aku bincangkan dengan Benyamin selepas ini. Rasa takut pun ada. Rasa segan pun ada jugak. Tidak lama kemudian, Benyamin keluar dari bilik air dengan hanya bertuala separas pinggang. Aku yang memandang, sudah terkebil-kebil. Terkejut bercampur malu.

            “Tak boleh ke pakai baju dulu before keluar dari toilet?” Balasku sambil anak mata memandang lantai. Bukannya aku tak biasa nampak adik-adik lelaki aku tu macam ni, tapi sebab Benyamin ni bukannya adik aku.

            “Eh, kena pakai baju dulu ke?” Soal Benyamin sambil mengangkat keningnya. Dia sudah tersenyum menyenget.

            “Ikut sukalah. Tepi, saya pulak nak guna toilet.” Balasku sebelum cepat-cepat masuk ke dalam bilik air. Telingaku menangkap suara Benyamin yang sedang seronok ketawa di luar.




            Aku mengaminkan doa yang dibaca oleh Benyamin. Dia menghulurkan tangan kanannya dan aku menyambut hormat. Rupa-rupanya, lain rasanya bersalaman dengan suami yang sudah menjadi imamku. Perasaan yang berbeza jika bersalaman dengan abah.

            “Nuha, sit here. We have a lot of things to be discussed.”

            Aku yang baru selesai menyidai telekung di penyidai kayu, sudah terasa berdebar-debar semula. Dah datang dah tone suara dia yang berbunyi arahan. Aku melabuhkan duduk di hadapan Benyamin yang sedang duduk bersila di atas katil.

            “First of all, thank you.” Tutur Benyamin sambil wajahku dipandang tepat.

            “Thank you?” Soalku pelik.

            “Yup. Thank you for keeping your promise to get married with me. Thank you for not running away.” Jawab Benyamin.

            Aku terus ketawa. Kelakarlah dia ni!

            “Kenapa gelak?” Soal Benyamin.

            “Sebab lawak.” Jawabku dengan tawa yang masih bersisa.

            “Siapa yang lawak?” Soal Benyamin lagi.

            “Awak.” Jawabku selamba, menambahkan lagi kerutan di dahi Benyamin.

            “Saya tahu apa yang dah jadi ni was a great shock for you. So, I have made a decision, which will benefit us both.” Benyamin menyambung lagi, tanpa menghiraukan tawaku.

            “Benefit us both? What kind of decision is that?” Soalku.

            “You may have your life as the way they are previously. I will have mine. We will not interfere with each other’s life.” Jawab Benyamin.

            Aku yang mendengar, sudah menggelengkan kepala. Betullah budak dekat depan aku ni tak cukup matang. Dia ingat kahwin ni isu ringan macam main masak-masak ke? Dah selamat kahwin semalam, dah selesai semuanya? The end? Atau dia terpengaruh sangat dengan cerita-cerita kahwin paksa atau kahwin kontrak macam dalam novel?

            “I disagree with that.” Jawabku tegas.

            “Hah?” Riak wajah Benyamin kelihatan terkejut yang amat sangat.

            “Awak yang suruh saya kahwin dengan awak kan? I have done that. We both did. Awak ni mesti tidur time pergi kursus kahwin dulu kan? Langsung tak nak implement apa yang dah belajar. Ke awak ni banyak sangat tengok drama or baca novel pasal kahwin paksa?” Balasku lagi.

            “Hah?”

            Aku sudah menepuk dahi.

            “Hah, hah je yang awak reti sebut. Padan muka, penyakit ‘hah’ saya tu dah berjangkit dekat awak pulak.” Usikku.

            “Ikut suka kepala otak awak yang sewel tu je nak buat decision sendiri kan? Saya tak nak ikut. Too bad, I will start to interfere with your life now. We are already married to each other and this is the reality. Deal with it, mister.” Tambahku lagi, sedikit sinis.

            “But, you don’t even like me. Don’t you?” Soal Benyamin. Dahinya masih berkerut-kerut.

            Aku hanya mengangkat bahu.

            “Ingat lagi tak yang awak pernah cakap dekat saya, awak tak sabar nak tengok macam mana saya buat awak suffer?” Soalku.

            “Yup.”

            “This is what I am going to do in order to make you suffer, but in a good way. Saya tahu daripada Muiz yang awak tak suka orang sibuk dengan hidup awak. Awak tak suka orang amik tahu pasal awak. Betul kan? Good luck then sebab saya akan buat semua tu mulai malam ni.” Jelasku tenang. Wajah Benyamin yang sudah berubah kupandang sekilas.

            “Lagi satu, awak jangan lupa apa yang awak janji dengan mummy and abah semalam. Well, awak sendiri yang cakap yang you are a man of your words. So, prove it.” Sindirku.

            Benyamin masih diam membisu. Anak mata kami bertembung lama tiba-tiba dan tiba-tiba juga Benyamin bergerak merapatiku. Dia ni dah kenapa? Aku mula berasa tidak enak dan pantas bangun dari katil yang menjadi tempat dudukku. Benyamin turut mengekor langkahku. Perlahan-lahan aku menapak ke belakang apabila Benyamin menundukkan sedikit badannya supaya kedudukan kami menjadi sama tinggi.

            “Awak ni kenapa?” Soalku sambil mengawal nada suaraku agar kedengaran tenang walaupun jantung di dalam sudah berdegup kencang semula.

            Benyamin tidak menjawab dan kini belakang tubuhku sudah bertemu dengan dinding bilik. Aku sudah terperangkap di situ dengan Benyamin yang masih berdiri di hadapanku. Ah, sudah! Mataku membulat apabila pinggangku diraih menyebabkan kedudukan kami menjadi sangat rapat dan wajahnya sudah menghampiri wajahku. Hampir dan semakin hampir sehinggakan hembusan nafasnya terasa pada kulit wajah. Aku terus memejamkan mata. Dia nak buat apa sebenarnya ni?

            Aku pantas mencelikkan mata apabila kedengaran suara ketawa. Ya, memang Benyamin sedang seronok ketawa sambil memegang perutnya. Entah apa yang kelakar sangat!

            “Ingatkan awak berani sangat dengan saya. Rupa-rupanya, penakut jugak awak ni. Takut sangat saya buat apa-apa eh? Where has the brave Nuha Dhamia go? Or you have turn into a cute chicken now?” Sindir Benyamin sambil menjungkitkan keningnya.

            Aku mengetap bibir. Geram! Memang otak sewel sungguhlah. Mulut tak ada insurans pulak tu!

            “And I heard your heartbeat just now. Your heart was beating damn fast! Berdebar-debar eh?” Tambah Benyamin sambil ketawa lagi.

            “Sewel punya orang! Menyampah!” Serentak itu, aku terus memijak kuat kaki Benyamin. Aku terus berlalu ke dalam bilik air.

            “Nuha!” Benyamin sudah terjerit sambil mengaduh kesakitan. Padan muka! Mummy, mana cheq nak letak muka cheq yang comei ni?


p/s: Saya akan offline selama 2 minggu lps ni sbb nak pergi 'bertapa'. Hehe, bukan 'bertapa' tapi final exam is coming. Saya akan kembali seperti biasa slps 2 minggu, insya-Allah. Tolong doakan saya ye awak2 sekalian semoga urusan saya dipermudahkan :) Apa2pun, happy reading and take care semua :D

           
           


           
           

            

16 comments:

  1. All the best yumi hyra.. Gd luck

    ReplyDelete
  2. Gud luck sis....

    ReplyDelete
  3. Yumi, sweet n3. Akak doakan u do well in exam. Always tekad buat the best sebab peluang hanya sekali.-kak tims

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak tims atas doa dan juga sokongan yg x berbelah bahagi :)

      Delete
  4. Ok... Good luck. Org pon nak exam jugak nih... :)

    ReplyDelete
  5. yumi...tq so much for the n3..so sweet. Keep calm..think smart and do your exam well..thumbs up

    ReplyDelete
  6. omg its so sweet..boleh kena diabetes kalau baca..hehehehe btw good luck for your upcoming exam writer. :) wish you all the best

    ReplyDelete
  7. ble nk update n 3 bru... dh rndu nie... nk dkat sbuln dh... please cpt skit writer... i'm begging u... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  8. ble nk update n 3 bru... dh rndu nie... nk dkat sbuln dh... please cpt skit writer... i'm begging u... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  9. hi yumi ari2 refresh for new n3 but none...bila ya dek? kak tims

    ReplyDelete