Saturday, 2 November 2013

Encik Kutub Utara 11, 12



Bahagian 11


            Aku merenung kalendar yang terletak elok di atas meja sebelum melepaskan keluhan perlahan-lahan. Cepat-cepat aku beristighfar. Orang yang suka mengeluh ni tak elok. Tak elok sebab kedengaran seperti sudah berputus asa.

            “Betul ke aku ni nak kahwin dengan Ben?” Gumamku sendirian. Anak mataku jatuh pada kalendar semula. Ada seminggu lagi. Aku bangun dari tempat dudukku dan merebahkan badan di atas katil. aku meletakkan belakang tangan kanan di atas dahi sambil merenung siling bilik tidurku.

            Aku teringat semula petikan majalah Al-Ustaz yang kubaca semalam berkaitan dengan perkahwinan.
            “Salah satu hikmah perkahwinan di dalam Islam ialah untuk menjalinkan rasa kasih, sayang dan cinta berdasarkan ikatan yang halal”

            Kasih? Memang tak lah! Sayang? Dengan si Benyamin tu? Lagilah tak! Cinta? Isy, lagi mengarut! Jadi, kenapa aku nak kahwin dengan dia?

            Daripada posisi berbaring, aku duduk bersila di atas katil. Oh, aku lupa! Aku bersetuju untuk berkahwin dengan Benyamin pada mulanya disebabkan geng papparazi di hospital dahulu. Sebab lain? Aku sudah menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Haru sungguhlah Nuha Dhamia ni!

            Aku merebahkan semula badan di atas katil sambil fikiran melayang kepada pertemuanku dengan Mak Engku di The Gardens petang semalam.  

            “Ben tu memang nampak macam kasar sikit, Nuha. Tapi, hati dia lembut. Mak Engku dah kenal dia sejak dia lahir sampailah dia dah besar macam tu. Nuha jangan ambil hati sangat dengan perangai Ben tu, ya.” Ujar Mak Engku lembut sambil kedua-dua belah tangannya menggenggam tanganku.

            Aku hanya tersengih. Ya ke hati lembut? Aku tengok dia tu dingin macam ais ketul batu.

            “Bila parents Ben meninggal disebabkan kemalangan, dia jadi terumbang-ambing. Dahan tempat berpaut dah tak ada. Elok sahaja Ben habis degree dekat London, dia terus balik ke sini. Uruskan company arwah parents dia. Graduation ceremony yang sepatutnya mama dengan papa dia hadir, Ben cuma attend seorang diri. Arwah parents Ben meninggal dua minggu sebelum graduation ceremony tu. Bila Mak Engku dan Pak Engku nak datang sekali, Ben tak setuju. Sudahnya, Mak Engku dan Pak Engku turutkan keputusan dia.” Tambah Mak Engku sambil wajahku dipandang lama.

            Aku yang sedang mendengar turut berasa kasihan dengan Benyamin yang sudah kehilangan kedua-dua ibu bapanya sewaktu dia baru berusia 22 tahun. Di usia yang muda dia perlu melalui pelbagai dugaan dan rintangan.

            “Mak Engku terkejut sebenarnya bila tiba-tiba Ben minta Mak Engku pinangkan Nuha untuk dia. Sebab selepas kemalangan parents dia, dia tak pernah nak kisahkan orang lain. Cuma Fiqrash je yang boleh tahan dengan dia.”

            Aku tidak dapat menyembunyikan senyumanku sebaik sahaja Mak Engku menyebut nama Tengku Fiqrash. Nasib baik Mak Engku tidak bertanya apa-apa.

            “Mak Engku yakin, Nuha ialah jodoh terbaik yang Allah dah tetapkan untuk Ben. Bila tengok Ben dengan Nuha, Mak Engku nampak Ben yang dulu muncul kembali.”

            Aku pandang wajah lembut Mak Engku, kurang faham sebenarnya.

            “Ben yang dulunya sentiasa ceria, nakal dan sentiasa tersenyum itu sudah kembali semula.” Seolah-olah memahami kekeliruanku, Mak Engku menerangkan dengan lebih jelas.

            “Mak Engku seronok sangat tengok Nuha dengan Ben. Rasa senang hati nak lepaskan Ben daripada jagaan kami. Kalau arwah mama Ben masih ada, mesti dia pun suka sangat dengan Nuha.”

            Aku tersenyum lagi walaupun beban yang tergalas di bahu mulai terasa berat. Dalam kepala sudah terancang pelbagai rancangan jahat untuk membalas dendam kepada Benyamin seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Aku berjumpa dengan Muiz di kafe yang tidak jauh dari pejabat Benyamin petang semalam. Melalui Muiz, aku mencungkil sedikit demi sedikit mengenai Benyamin. Fokusku lebih kepada perkara-perkara yang tidak digemari oleh Benyamin. Itulah yang kugunakan sewaktu merangka rancanganku.


            Sekarang ini? Aku tidak sampai hati. Cepat-cepat aku beristighfar. Perasaan bersalah dan berdosa mula menguasai diri. Benyamin tu kan anak yatim piatu. Besar pahalanya berbuat baik kepada anak yatim. Sepatutnya aku berbuat baik kepada dia dan bukannya sebaliknya.


            “Bersikaplah kepada anak yatim, seperti seorang bapa yang penyayang.”
                                                                                    (Hadis Riwayat Bukhari)

           
Aku terdiam lama sambil menyesali rancanganku yang siap dirangka malam tadi. Wajah Mak Engku yang kelihatan sangat mengharap, aku pandang dengan perasaan bersalah. Inilah jadinya kalau dibiarkan perasaan dendam menguasai akal dan iman.


“Woit, kau menung apa?” Sergahan Afiqah mengembalikan aku ke alam nyata. Aku mengurut dada, terkejut dengan kehadiran Afiqah yang tiba-tiba sudah duduk di sebelahku. Minah ni kan!

“Kau ni kan, suka sangat menyergah aku! Terkejut tau dak. Aku ni dahlah nak kahwin next week. Hari-hari kau buat macam ni, lama-lama aku boleh ‘jalan’ tau.” Bebelku dan Afiqah tersengih.

“Sorry, sorry! Tapi, aku dah ketuk pintu bilik before masuk tadi. Kau tu yang mengelamun. Kau fikir apa?” Soal Afiqah, serius.

“Macam-macam. Kau rasa kan, aku patut kahwin dengan Ben ke?” Soalku kepada Afiqah.

“Ni tanya betul-betul or tanya main-main?” Soal Afiqah pula.

“Betul-betullah , mak cik!” Jawabku geram dan Afiqah ketawa.

“Aku tak boleh jawab soalan tu untuk pihak kau. Sebabnya, kau yang akan berkahwin dengan dia dan bukannya aku. Tepuk dada, tanyalah hati kau sendiri.” Jawab Afiqah tenang.

“Aku dah tepuk banyak kali, tapi hati aku tengah clueless and speechless. Tak dapat jawapan apa-apa.”

“Istikharah ada buat dak?”

Aku pantas angguk.

“Dah tu?”

Aku hanya mengangkat bahu, tidak tahu untuk menjawab apa. Mimpi? Tak ada pulak. Petunjuk lain? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

“In your opinion, why do people getting married?” Soalku lagi kepada Afiqah.

“You are acting strange today, my dear. Don’t you know that?” Komen Afiqah.

“Yeah, I know. But, just bear it for today. So, what is the answer?” Selamba aku membalas.

“The standard answer is ; because they love each other.” Jawab Afiqah.

“The non-standard answer?” Soalku lagi.

“Bagi aku, jodoh. Okaylah, loving each other tu one of the reasons la. But, jodoh tu yang lagi kuat. Ada married couple yang kahwin bukan sebab they love each other pun. Tapi, sebab jodoh dorang yang Allah dah tetapkan. Still, after getting married, they can learn how to fall in love with each other. Bahagia je.” Jawab Afiqah dan wajahku dipandang lama.

“Jodoh kita ni kan dah memang tertulis di Loh Mahfuz. Kita lari macam mana pun, kalau dah jodoh, kita akan bersatu dengan jodoh kita tu jugak. Tak semestinya wedding yang tak start dengan lovey dovey ni tak boleh nak bahagia. Ala, couple yang bercinta for a decade pun the wedding tak tahan lama kalau dah jodoh tu tak panjang.” Afiqah meraih kedua-dua belah tanganku dan digenggamnya erat.

“Sekarang ni, kau jangan fikir banyak sangat. Time ni lah syaitan nak cucuk-cucuk kau. Wedding korang lagi seminggu tahu tak. Jangan nak buat keputusan gila kau. Aku tahu kau tengah fikir apa.” Wajahku dipandang semula oleh Afiqah.

“Apa yang aku tengah fikir?” Soalku kepada Afiqah.

“Kau doubt whether kau patut kahwin dengan Ben or tak. Betul kan?” Soalanku berbalas dengan soalan juga.

“And you are even considering for not getting married to him. Betul kan?” Asak Afiqah lagi.

Aku hanya tersengih. Macam manalah Afiqah boleh baca apa yang aku tengah fikirkan?

“Jangan nak buat kerja gila ye cik Nuha Dhamia. Aku ikat kau dekat pokok rambutan depan rumah yang banyak kerengga tu. Mummy kau dah pesan kat aku supaya tolong tengok-tengokkan kau.” Afiqah sudah mula mengugut pula.

“Kau ni, dah macam ketua mafia tau. Scarry!” Bebelku sambil mencebik.

“Biar aku yang scarry daripada kau yang buat benda-benda scarry pulak. Kepala otak kau tu kadang-kadang bukannya boleh function properly.” Sindir Afiqah bersahaja.

“Amboi, mulut hang. Tak dak insurans naaa…”


Afiqah terus ketawa sambil bahuku dipaut erat.



Bahagian 12


            Aku sudah gelisah menunggu di dalam pejabat Benyamin bersama-sama Afiqah. Lamanya meeting! Bila aku bertanya dia free atau tidak, katanya free. Bila aku sampai sebentar tadi, rupa-rupanya Benyamin masih di dalam bilik mesyuarat.

            “Kau ni, cuba duduk senyap-senyap. Naik juling biji mata aku tengok kau macam ni.” Tegur Afiqah dengan anak mata yang masih melekat pada skrin iPad miliknya.

            “Aku geram tahu tak. Kalau dia ada meeting, cakap je lah ada meeting. Boleh je nak datang sini next time.” Aku mula membebel. Yalah, dah dekat setengah jam menunggu. Kalau balik pun, nak kena datang sini balik.

            “Cuba-cubalah bawak bersabar sikit. Mana tahu tu sudden meeting ke.” Balas Afiqah.

            Tiba-tiba pintu ditolak dari luar dan Benyamin melangkah masuk. Hah, dah habis pun!

            “Sorry, ladies. Ada sudden meeting tadi. Sorry again sebab lama menunggu.” Tutur Benyamin sambil mengambil tempat berhadapan dengan kami.

            Afiqah memandang ke arahku sambil menghantar isyarat, ‘kan aku dah cakap tadi. Kau tu yang susah nak bersabar’

            “Tiba-tiba suruh saya datang sini kenapa?” Soalku sambil memandang ke arah Benyamin yang kelihatan penat.

            “Oh, ya! Nak bagi awak something.” Dia pantas bangun dan melangkah ke arah mejanya. Dia mengeluarkan sebuah kotak dari bawah meja. Kotak berwarna emas itu diletakkan di hadapanku. Aku pandang Benyamin dengan wajah yang berkerut.

            “Open it.” Arah Benyamin sambil duduk berpeluk tubuh memandangku.

            Walaupun agak ragu-ragu, tanganku tetap membuka juga kotak tersebut. Takkan ada katak yang tiba-tiba melompat keluar kan?

            Sebaik sahaja penutup kotak dibuka, kelihatan sepasang kasut tumit tinggi berwarna putih yang dihiasi dengan butiran batu yang berkilau umpama berlian dan juga lace berwarna putih susu,  terletak elok di dalam kotak. Cantik sangat! Aku memandang ke arah Benyamin.

            “Kasut siapa ni?” Soalku.

            “Yours.” Jawab Benyamin.

            “Hah?”

            “Awak ni suka sangat sebut ‘hah’ kan?”

            Afiqah yang sedari tadi menjadi pendengar setia terus menghamburkan tawa kecilnya. Bertuah punya kawan!

            “Kasut ni saya punya? Kenapa?” Soalku.

            “Yup, awak punya. Kenapa? Kasut ni memang saya reka untuk wedding kita yang dekat Langkawi nanti. Custom made untuk awak, the one and only design by A To Z. Kalau awak tengok dekat dalam kasut tu, ada tulis NH.” Jawab Benyamin.

            “NH?” Soalku lagi.

            “Ha’ah. Nama design ni NH, NH stands for Nuha Dhamia.” Jawab Benyamin.

            “Aww, this is so sweet!” Usik Afiqah sambil tersenyum mengusik. Pantas aku berpaling ke arah Afiqah dan menjegilkan biji mata ke arahnya. Afiqah hanya tersengih.

            “Mana tahu saiz kasut?” Soalku sambil membelek-belek kasut tersebut. Tipulah kalau cakap kasut ni tak cantik. Lagi tipu kalau nak cakap yang hati tak rasa berdebar-debar, rasa terharu.

            “Nuha, kan kita beli barang-barang hantaran hari tu sama-sama? Mestilah saya tahu saiz kasut awak.” Benyamin hanya menggelengkan kepalanya melihat telatahku.

            “Tak nak try pakai ke?” Soal Benyamin apabila melihat aku memasukkan kasut tersebut ke dalam kotaknya semula.

            “Ke nak saya yang tolong pakaikan? Manalah tahu awak teringin nak jadi macam Cinderella.” Tambah Benyamin sambil tersenyum menyenget.

            Tentulah Afiqah ketawa mengusik lagi. Isy, Benyamin ni! Aku ketuk jugak kepala dia dengan tumit kasut baru ni.


*******************


            “Ayong.” Tegur Aqwa dan mengambil tempat di hadapanku. Termasuk hari ini, sudah tiga hari aku berada di rumah keluargaku di Langkawi untuk persiapan perkahwinan yang akan berlangsung pada esok hari. Akad nikah akan diadakan pada pagi esok dan lusa pula kenduri di sebelah keluargaku. Majlis resepsi untuk sebelah pihak lelaki akan diadakan di Kualal Lumpur pada minggu hadapan.

            “Ben dah sampai sini ke?” Soalku memandangkan Aqwa yang menjemput Benyamin di lapangan terbang tadi. Keluarga Mak Engku sudah sampai malam tadi dan keluarga Dato’ Zamir pula akan tiba pada pagi esok.

            “Dah, angah dah hantar dia sampai depan pintu bilik resort. Risau jugak ayong pasal Ben ye.” Giat Aqwa sambil tersengih mengusik.

            “Tu common question kot.” Balasku, malas mahu melayan Aqwa yang sememangya kuat menyakat.

            “Eh, buat siblings gathering kat sini rupa-rupanya. Bukannya nak ajak kitorang.” Sampuk Amir yang tiba-tiba muncul bersama-sama Afif. Afif baru sahaja selamat menjejakkan kaki ke tanah air malam semalam.

            “Ayong buat apa sorang-sorang kat sini tadi? Takkan termenung lagi? Ayong fikir apa?” Soal Afif pula.

            “Ha’ah, termenung. Tengah fikirkan masa depan ni.” Jawabku, bergurau.

            “Insya-Allah, masa depan cerah. Tengoklah siapa bakal abang ipar.” Balas Amir bersahaja.

Aku terus berpaling ke arah Amir sambil menjegilkan biji mata. Secara tidak langsung sebagai amaran supaya tidak bercakap yang bukan-bukan di hadapan adik bongsu kami yang tidak mengetahui cerita sebenar. Afif sangat rapat dengan mummy. Kalaulah Afif tahu, ada kemungkinan besar cerita sebenar di sebalik perkahwinan ini akan sampai ke pengetahuan mummy. Bahaya!

“Adik tak sangka yang ayong akan kahwin dengan Benyamin Ziqri tu. I mean, the real Benyamin Ziqri. Even in France pun, he is one of the famous Asian designers. Ayong tak ada kena serang dengan peminat-peminat dia eh?” Soal Afif lagi.

“Ben tu bukannya artis. Kita ni pun bukannya dekat Korea yang peminat-peminat sangat fanatik. Macam yang adik tengok ayong sekarang ni, ada macam orang lepas kena serang ke?” Soalku kepada Afif.

“Sihat walafiat je. Makin cantik jelita adalah.” Usik Afif.

“Amboi, ayat hang! Macam semut baru lepaih kenyang gula! Ni bodek ayong ada makna nih!” Usikku dan Afif ketawa.

“Ayong, takut tak nak akad nikah esok?” Soal Aqwa pula.

“Awat ayong nak takut pulak? Bukannya ayong yang nak kena shake hand dengan tok kadi.” Jawabku bersahaja.

“Tak ada rasa berdebar-debar ke? Yalah, lepas ni nak dapat title puan pulak. Hari ni last ayong jadi cik Nuha Dhamia tau.” Tambah Amir pula.

“Tak rasa apa pun. Elok ja macam biasa. Yang hangpa dok tengok ayong lagu tu, awat?” Soalku sambil memandang seorang demi seorang adik-adik lelakiku ini. Tipulah kalau tak rasa takut, tak rasa berdebar-debar. Apa yang ada dalam hati ni, hanya Allah yang tahu. Ditambah pula dengan personaliti Benyamin yang asyik bermusim ‘sejuk’ itu, lagilah aku takut.

“Sedihlah, ayong! Our one and only sister is getting married tomorrow. Lepas ni mesti rindu dengar ayong membebel dekat kitorang. Takpun, rindu nak kena marah dengan ayong.” Balas Aqwa sambil menayangkan riak wajah sedihnya.

“Eh, kenapa pulak cakap macam tu? Tak ada beza apa-apa tau. Walaupun ayong dah kahwin nanti, ayong tetap membebel dekat korang macam biasa.” Usikku dan Aqwa mencebikkan bibirnya.

“Apa-apa pun, kitorang sentiasa doakan Allah permudahkan semua urusan ayong. Semoga perkahwinan yang akan dibina nanti bahagia dan berkekalan hingga ke jannah.” Tambah Amir dan bahuku dipaut erat.

“Kalau Ben buli ayong, bagitahu je angah. Tahulah angah nak buat macam mana. Yang penting, ayong pun kena banyak-banyak bersabar. Jangan ikutkan sangat perangai tentera Jepun ayong tu.” Balas Aqwa pula.

“Angah!” Aku sudah terjerit kecil dan Aqwa hanya ketawa.

“Kitorang sayang ayong. Sedihnya!” Afif sudah memulakan drama air mata apabila dia datang memelukku erat. Sudahnya, kami empat beradik berpelukan di pagoda yang terletak di lama rumah. Air mata yang sedari tadi kutahan supaya tidak mengalir keluar, mula mengalir deras membasahi kedua-dua belah pipi. Di dalam hati, aku tidak putus-putus berdoa semoga segala urusan kami dipermudahkan olehNya.


*******************


            Dari tempat dudukku, aku dapat mengintai abah dan Aqwa yang duduk berdekatan dengan tok kadi di hadapan ruang tamu. Benyamin yang turut ditemani oleh Tengku Fiqrash dan Pak Engku kelihatan segak berbaju Melayu berwarna putih. Raut wajahnya kelihatan tenang. Aku teringatkan sms yang dihantar oleh Benyamin petang semalam, berpesan supaya aku jangan lari. Senget betullah kepala otak dia tu!

            “Handsome gila Ben.” Bisik Afiqah yang duduk di sisiku.

            “Kau ni. Control sikit biji mata tu. Bakal suami aku tu.” Balasku, turut berbisik supaya mummy yang duduk berhampiran dengan kami tidak dapat mendengar.

            “Eh, ayat aku tak habis lagilah. Memanglah Ben handsome, tapi Tengku Fiqrash tu lagi handsome dari Ben. Bila tengok up-close macam ni, aku pun rasa berdebar-debar.” Bisik Afiqah lagi.

            “Sengal! Weyh, kau lupa ke? Tengku Fiqrash tu tak ‘straight’ la.” Aku pandang wajah Afiqah yang sedang tersengih.

            “Bukan isu gay ni dah settle ke? Kau sendiri yang cakap Ben tipu kau pasal ni.” Balas Afiqah sambil sempat mencuri pandang ke arah Tengku Fiqrash.

            “Memanglah dah settle. Masalahnya, isu tak ‘straight’ Tengku Fiqrash tu yang tak settle. Sebab bila aku tanya Ben sendiri, dia pun senyap. Dia tak menjawab langsung soalan aku. So, ada something fishy dengan mamat sombong tu.” Terangku.

            “Okay, kita dah nak mula dah.” Kedengaran suara pak ngah tiba-tiba.

            “Ayong, dengar betul-betul apa yang tok kadi tu nak sebutkan.” Pesan mummy sambil membetulkan kain baju kurung moden yang kupakai. Aku turut membetulkan dudukku.

            “Mummy, penatlah duduk bersimpuh ni. Tak boleh ke nak duduk bersila je? Lagi selesa.” Aku berbisik kepada mummy. Kedua-dua belah kaki mula terasa kebas.

            “Nuha Dhamia, behave ya. Hari ni jangan nakal-nakal.” Mummy memberi amaran yang lembut, tetapi tegas.

            “Yes, ma’am.” Aku mengalah dan membetulkan dudukku.


            Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Selepas kedua-dua belah pihak menandatangani surat nikah, Imam Ahmad menyampaikan sedikit tazkirah pendek mengenai permulaan alam rumah tangga. Mummy yang duduk di sebelah, berulang kali menepuk-nepuk lembut belakang tanganku. Mak Engku yang duduk tidak jauh dari kami turut tersenyum manis, senyuman yang mengandungi harapan yang tinggi terhadapku. Tamat tazkirah pendek, Imam Ahmad mengangkat tangan untuk membaca doa sambil diaminkan oleh semua tetamu yang hadir.

Aku lihat Benyamin solat sunat dua rakaat di satu sudut sebelum datang ke tempatku. Suasana yang tadinya tenang menjadi riuh rendah dengan usikan para tamu yang hadir. Jantungku mula berdegup kencang sebaik sahaja Benyamin duduk berlutut di hadapanku. Kali ini, terasa silauan cahaya flash kamera ditumpukan kepada kami berdua. Benyamin menyambut huluran kotak cincin berwarna biru muda daripada Tengku Fiqrash.

Benyamin menghulurkan tangan kanannya, sebagai isyarat supaya aku menyuakan tangan kananku. Anak mata kami bertemu sebelum sebentuk cincin emas putih disarungkan pada jari manisku. Saat ini, aku terasa mindaku sudah terbang ke tempat lain. Perasaanku bercampur baur.

“Nuha, salam tangan suami tu.” Tegur mummy lembut. Aku tersentak.

“Dia tengah nervous tu.” Kedengaran suara mak ngah mengusik.

Aku hanya tersenyum seperti biasa dan menyalami tangan Benyamin. Secara automatik, bibir Benyamin hinggap di dahiku. Degupan jantungku menjadi semakin kuat. Aku sempat mencuri pandang ke arah mummy dan aku lihat mummy sedang mengesat air matanya yang mengalir. Entah mengapa, aku turut berasa sebak dan air mataku turut mengalir.

“Nuha, are you okay?” Benyamin menyoal perlahan. Berkerut-kerut dahinya memandangku.

Aku hanya mengangguk tanpa suara. Air mata masih mengalir dan kini menjadi semakin deras.

“You are not okay.” Kali ini jari-jemari Benyamin sudah naik ke wajah, menyeka air mataku yang tidak boleh berhenti mengalir.

Aku pantas bangun dari dudukku dan menghampiri mummy. Kami berpelukan erat sambil menangis bersama. Aku tahu, tentu mummy turut berasa sedih dan gembira dalam masa yang sama. Aku menyalami tangan mummy dan Benyamin turut membuat perkara yang sama. Abah turut datang menghampiri kami. Aku mencium tangan abah dan abah memelukku erat. Air mataku mengalir kembali. Tiba-tiba terasa jari-jemariku digenggam erat oleh orang yang berdiri di sebelah. Benyamin!

“Nuha, Ben, selamat memulakan alam rumah tangga. Mulai saat ini, abah dan mummy serahkan Nuha sepenuhnya kepada Ben. Nuha ni lah satu-satunya puteri kami. Abah harap, Ben akan jaga dan sayang Nuha lebih daripada apa yang telah kami lakukan. Abah percayakan Ben. Nuha, Nuha pun kena hormat dan sayang pada Ben ya. Walaupun Ben lebih muda daripada Nuha, Nuha tetap kena utamakan Ben sebagai suami dalam setiap perkara.” Pesan abah lembut.

“Nuha ni degil sikit, Ben. Mummy harap, Ben bimbing dan tegurlah Nuha. Perkahwinan ini ibarat sebuah kapal. Kedua-dua suami dan isteri saling memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan kapal itu sentiasa belayar dengan selamat. Kita tak nak kapal tersebut tiba-tiba karam. Jangan pernah jemu berdoa kepada Allah supaya perkahwinan ini dilindungi, supaya hati tidak beralih arah. Satu lagi, kena saling bertolak ansur dan juga banyak bersabar. Kalau ada apa-apa permasalahan, bincanglah dengan baik.” Pesan mummy pula. Kelakar pula rasanya apabila slang utara mummy menjadi tidak terlalu pekat.

“Insya-Allah, abah, mummy. Saya akan cuba dan lakukan yang terbaik.” Jawab Benyamin sambil memandang ke arahku. Aku turut mengangguk, tidak mampu untuk menjawab apa-apa disebabkan terlalu sebak dan sedih.


p/s: Minta maaf sangat2 kepada awak2 semua. Dah lama sangat saya tak update cerita Nuha dengan Ben. Sebulan ni, busy yang teramat sangat. Saya update 2 parts terus. Have fun reading and thanks a lot for your continuous support :)





9 comments:

  1. taskirah - tazkirah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. x perasan ada kesalahan ejaan kat situ :)

      Delete
  2. what can I say Yumi Hyra? superb!!!!! tak sabar nak baca citer ni in printed copy. Suamiku mat salleh celup tu dah nak publish kan?

    ReplyDelete
  3. Wahhh best gila kot!..:)
    Cpt smbg k..
    Btw x sabar tggu ESMSC publish.

    ReplyDelete
  4. wahh best gila.....akhirnya kahwin pun...tak sabar untuk next story..

    ReplyDelete