Monday 14 December 2015

Insomnia! Bab 7 & 8





Bab 7

"Okey ke?" Wafa menarik kerusi di sebelahku dan melabuhkan duduknya di situ.
Dengan jujur, aku menggelengkan kepalaku. Yalah dah tak okey, buat apa nak mengaku okey.
"Kenapa? Yang pasal event Datin Myra tu ke?" teka Wafa. 
Aku menggelengkan kepala. Yalah, memanglah Datin Myra tu cerewet sikit pasal event dia bulan depan itu tetapi tidaklah sampai menyesakkan kepalaku.
"Dah tu, kenapa? Eye bag awak tu dah makin berat saya tengok. Bila-bila masa boleh jatuh ke bawah." Wafa sengih, menayang barisan gigi yang tersusun rapi.
"Awak percaya dengan hantu tak?" soalku sambil wajah tenang Wafa kurenung dan aku perasan ada kesan lebam pada pipi kanannya. 
"Hmm... hantu ke, jin ke, semua tu kan makhluk Allah jugak. Cuma, Allah halang deria penglihatan kita daripada boleh melihat makhluk-makhluk tu semua." Wafa menjawab sambil tersenyum.
"Kalau deria pendengaran?"
Wafa mengerutkan dahinya, mungkintidak faham. Haila, 'makhluk' rumah sebelah punya pasal, aku dah peningkan kepala budak ni pulak.
"Saya rasa hantu duduk rumah sebelah saya tu." Kali ini Wafa yang sedang meneguk air kopinya terus tersedak. Merah padam kulit wajahnya.
"Awak ni dah kenapa?" aku menarik keluar sehelai tisu dan menghulurkannya kepada Wafa.
"Tak adalah, mana awak tahu hantu yang duduk rumah sebelah awak tu. Awak pernah nampak ke?" soal Wafa sambil lewa. Dia kembali menghabiskan air kopi di dalam cawan.
"Saya nampak! Ada lembaga hitam," 
"Awak pasti dengan apa yang awak nampak?"
Aku senyap. Yalah, tak sempat nak check lembaga tu ada kaki atau tidak.
"See, awak pun tak pasti dengan apa yang awak nampak."
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan wajah Wafa yang tampak bersahaja itu kupandang. Susah nak cakap dengan lelaki pasal benda-benda macam ni. Mesti dorang takkan percaya.
"Pipi awak tu kenapa?" aku mengalihkan pandangan ke arah pipinya yang jelas kelihatan kesan lebam.
"Entah siapa kiss sampai lebam," jawabnya selamba dan bergerak ke pantry. Eee... sabar je lah dengan dia ni!

*****
Dramatik sungguh kisah Jihan Sofia hari ini. Sudahlah kereta rosak, habis kerja pulak sudah lewat malam. Nasib baik berjaya dapatkan teksi tetapi disebabkan duit tidak mencukupi, teksi tak boleh hantar sehingga ke muka pintu. Jadi, kenalah berjalan kaki pulang ke rumah. Dalam kepala tidak habis-habis dipenuhi bayangan 'lembaga' hitam sebelah rumah dan langkah kaki teru diayun laju. Kalau boleh terbang, dah lama terbang!
Jantung di dalam ini, sudah berdegup kencang, berdebar-debar lain macam. Agak-agaknya, ada benda tak berapa elok akan berlaku ke? Aku kembali mempercepatkan langkah kaki sambil mulut terkumat-kamit membaca ayat Kursi kerana sebaik-baik pelindung ialah Allah.
Pap! pap! pap!
Bunyi tapak kaki siapa pulak ni kerana hanya ada aku seorang di jalan sunyi ini. Dek kerana pengaruh cerita 'Jangan Pandang Belakang', aku tidak berani menoleh dan terus mempercepatkan langkah. Semakin langkah kaki diayun laju, semakin kuat bunyi tersebut di belakangku. Air mata dah nak menitik. Selamatkanlah aku, Ya Allah!
Sampai sahaja di satu selekoh, aku terasa lenganku ditarik kuat dan mulutku ditekup. Apa pulak ni? Sebaik sahaja aku memusingkan badan, sangat jelas di penglihatanku yang satu lembaga hitam sedang berdiri di hadapanku.
Dan, Jihan Sofia pengsan sekali lagi!


Aku membuka mata perlahan-lahan sambil tangan memegang kepala yang terasa berat. Anak mata meliar ke sekeliling rumah yang nampak seperti sudah lama ditinggalkan. Beberapa jenis perabot sudah nampak terlalu usang dengan debu dan habuk melata. Terus aku duduk dan memandang ke arah tingkap yang langsir lusuhnya beralun perlahan, menampakkan rumah sewaku di sebelah.
Kalau itu rumah sewa aku dan Hana, ini rumah siapa?
Spontan aku menutup mulutku sendiri. Ini rumah 'lembaga' itu! Barulah ingatanku kembali semula, mengingati apa yang baru berlaku. Aku kena culik ke? Atau kena sorok dengan 'encik han'? Aku telek tangan dan kaki yang bebas tanpa sebarang ikatan tali. Mulutku juga tidak diplaster dengan apa-apa.
"Awake?" Suara seorang lelaki mengejutkan aku dan aku terus berpaling. Biji mataku terasa mahu terkeluar daripada soketnya apabila memandang susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapanku dengan pakaian serba hitam dan juga topi hitam.
"Wafa?"

 Bab 8
"Awak?" Jari telunjukku sudah naik tinggi menunding wajah Wafa Mikhael yang tersembunyi di sebalik topi hitam yang dipakai. Tubuhku sudah terasa menggigil, takut punya pasal.
"Hai, Jihan Sofea." 
Aku menelan liur. Suara serius scary! Betul ke ini Wafa Mikhael yang aku kenal? Budak nerd yang sangat baik dan nampak suci murni tu? 
Aku pantas menyeluk poket seluar, mencari telefon bimbit. Alamak, bateri telefon kan dah kong! Anak mata pantas memandang rumah sewaku yang di sebelah. Hana dah balik ke? Kalau aku jerit, Hana dengar tak? Ataupun aku dah tak ada peluang nak tengok matahari esok?
Apabila Wafa datang menghampiri, spontan aku terus membaling beg tangan yang terletak di hujung kaki.
"Sakitlah, Jihan! Awak ni dah kenapa? Tak cukup-cukup hari tu awak tumbuk pipi saya guna raket tenis?" Wafa memegang kepalanya yang mungkin terasa seperti bintang menari-nari di hadapan mata.
"So awaklah lembaga hitam tu!" 
"Kenapa bising-bising ni?" Satu lagi suara kedengaran.
"Tuan Zaid?" Aku terjerit, terkejut punya pasal.
"Hai Jihan!" Tuan Zaid mengangkat tangannya.
Dua-dua orang cakap hai membuatkan aku rasa macam nak kena 'bye-bye'. Aku melongo sambil memejam celikkan kedua-dua biji mata berulang kali. Apa semua ni?
Kemungkinan satu: Aku tengah mimpi, jadi bila bangun nanti semua benda ni sebenarnya mainan tidur. Bila pergi kerja nanti lambat dan telinga kena tadah amarah Tuan Zaid macam biasa.
Kemungkinan dua: Aku sebenarnya kena culik di bawah sindiket yang aku tak tahu. Tuan Zaid kaya sebab dia ada group kongsi gelap. Tak hairanlah dia rapat dengan Wafa sebab Wafa tu right hand man dia.
Kemungkinan tiga: Aku sebenarnya dah naik gila sebab masalah insomnia yang melampau.
"Jihan!" Suara Wafa yang jelas kedengaran itu mengejutkan aku.
"Awak siapa? Apa awak buat dekat saya? Macam mana saya boleh ada dekat sini? Kenapa Tuan Zaid ada dekat sini jugak? Saya kena kidnap ke apa?" Umpama peluru, bertalu-talu soalan keluar dari mulutku.
"Jihan, chill. Tenang dulu dan dengar apa yang kitorang nak cakap ni." Tuan Zaid bersuara perlahan.
Aku sudah terasa seperti mahu menangis. Buatnya sekejap lagi Wafa cakap, 'bagitahu kitorang permintaan terakhir kau' memang aku meraung sekuat hati.
"Saya crime private investigator dari satu spy company dekat US." Tenang Wafa bertutur sambil duduk di sofa bersebelahan dengan tempat dudukku.
"Awak siapa?" Aku menyoal kembali. Aku tak salah dengar kan?
"Saya crime private investigator dari satu spy company di US. Saya dihantar ke sini untuk satu misi yang menjadi kerjasama antara polis Malaysia dan company kami."
Aku terus gelak membuatkan Wafa dan Tuan Zaid saling berpandangan sesama sendiri.
"Saya ingatkan awak ni nerd, rupa-rupanya awak ni memang pandai buat lawak jugak. Dahlah, Wafa. Saya nak balik rumah saya, dah pukul berapa ni. Nanti kalau esok saya terbangun lambat, saya akan datang kerja lambat. Kalau saya datang kerja lambat, Tuan Zaid akan membebel." Aku sudah bangun daripada dudukku.
"Jihan, duduk." Suara Tuan Zaid yang kedengaran sangat serius itu amat menakutkan aku. Tidak jadi untuk melangkah ke pintu utama, aku kembali melabuhkan duduk.
"Misi apa?" Soalku sambil memandang wajah Wafa dan Tuan Zaid.
"Misi nak menangkap Tuan Malique." Jawab Wafa. Tuan Zaid yang duduk berhadapan sudah menganggukkan kepalanya.
"Hah? Nak tangkap Tuan Malique buat apa?" Soalku pelik. Aku yang gila atau dua orang lelaki di hadapanku ini yang gila?
"Tuan Malique merupakan tycoon business human trafficking."
Jawapan Wafa itu sangat mengejutkan aku dan aku terus berdiri.
"Gila! Apa buktinya? Saya tak percaya. Tuan Malique tu punyalah baik, berhati mulia." Tuan Zaid terus ketawa kuat mendengarkan komenku sebegitu.
"Kalau tadi ada orang dia ikut awak sebab nak culik awak, seludup awak malam ni untuk dihantar ke Thailand for sexual slavery, awak akan cakap dia berhati mulia ke?" Sindir Tuan Zaid sambil berpeluk tubuh.
Aku terus senyap. Memanglah tadi ada orang yang mengekorku dari belakang tetapi tak mungkinlah?
"Tuan Malique buat semua ni undercover. Tunang Tuan Zaid pernah diculik satu ketika dahulu dan belum sempat dihantar untuk tujuan pemerdagangan orang, dia berjaya menyelamatkan diri. Cuma Allah lebih sayangkan dia, dia meninggal dunia kerana dilanggar kenderaan sewaktu melarikan diri." Terang Wafa.
"Tapi apa buktinya yang Tuan Malique terlibat dalam hal ni?" Aku pandang wajah Wafa.
"Pihak kami pernah menyamar sebagai customer untuk tujuan pembukaan kelab malam di Indonesia dan sememangnya Tuan Malique and the gang boleh mendapatkan gadis-gadis dengan harga yang murah. " Balas Wafa sambil menunjukkan beberapa keping surat dan gambar kepadaku.
"Kes ni dah quite some time dan masih belum dapat diselesaikan sebab Tuan Malique sangat licik. Sebab pada pandangan mata orang ramai, dia merupakan seorang lelaki yang budiman. Macam mana yang awak cakap tadi." Sampuk Tuan Zaid pula.
"Tapi bila arwah tunang saya nyaris menjadi mangsa, saya dah tak boleh berdiam diri. Sebab itu saya minta tolong Wafa dari US untuk datang ke sini. Ini memang kepakaran dia dan saya mahu hal ini diselesaikan secepat mungkin. Saya tak nak lebih ramai gadis-gadis di luar sana menjadi mangsa mereka ini. Awak tahukan yang awak pun nyaris-nyaris menjadi mangsa sebentar tadi?" Tambah Tuan Zaid lagi.
"Tapi kenapa saya? Apa salah saya dengan dia? Kenapa dia buat macam tu jugak dekat arwah tunang tuan? Bukan tuan dengan dia sepupu ke?"  
"Memanglah kami sepupu tapi sedari kecil, kami tak sebulu. Saya dengan dia, perangai kami berbeza."
"Tu memang saya sokong." Aku sengih dan sengihanku mati apabila Tuan Zaid menjeling tajam.
"Arwah nenek pula suka membandingkan saya dengan dia sehinggakan dia menyimpan dendam dengan saya. Dendam dia makin menjadi-jadi bila Lucrative Holdings diserahkan kepada saya sebelum arwah nenek meninggal. Jadi, mana-mana perempuan yang rapat dengan saya, dia akan cuba hapuskan."
"Hah? Okey, saya faham kenapa dia buat macam tu dekat tunang tuan. Tapi saya? Saya bukannya rapat dengan tuan pun."
"Malique ingat saya suka awak."
Aku terus ketawa sehingga kedua-dua belah mataku berair.
"Pandainya dia buat lawak."
Aku pandang wajah Tuan Zaid dan Wafa yang masing-masing kelihatan berubah. Okey, tak lawak.
"Tapi, takkanlah polis tak dapat tangkap dia lagi?"
"Tak dapat sebab semua kerja-kerja ni dilakukan oleh orang lain. Malique cuma duduk goyang kaki, cuci tangan dan terima semua keuntungan. Kita tak ada bukti yang kukuh untuk polis tangkap dia." Terang Wafa.
"Orang dia tu, takkanlah dah kena tangkap dengan polis pun tak nak bagitahu jugak siapa dalang yang sebenarnya?"
"Dorang sangat taat dan takut dengan Tuan Malique sebab Tuan Malique anytime boleh buat apa-apa dekat keluarga mereka."
"Pulak dah! Time buat jahat tak nak pulak fikir pasal family." Komenku tidak berpuas hati.
"Sebab tu saya panggil Wafa ke sini, menyamar untuk bekerja di Lucrative dan cuba cari bahan bukti supaya pihak polis boleh tangkap Malique secepat yang mungkin." Tambah Tuan Zaid.
"Macam mana awak boleh tahu saya kena ikut dengan orang Tuan Malique?" Soalku kepada Wafa.
"Saya dah a few times perhatikan awak outside of work. Sebab tu jugak saya menyewa dekat sebelah ni tapi saya cuba buat semua ni undercover so that awak tak tahu siapa saya. Saya dan Tuan Zaid, kami tak nak awak freak out.  First night yang saya pindah masuk sini, saya nampak awak berdiri dekat tepi tingkap bilik awak sebelum awak jatuh pengsan. Sorry buat awak pengsan banyak kali." Tutur Wafa perlahan.
Aku duduk menekur lantai dengan kepala yang terasa berpusing. 
p/s: Have fun reading. Konon-konon nak buat romantic-comedy-mystery tapi tak tahulah jadi ke tidak. Sorry kalau ada typo dan tatabahasa tunggang terbalik.


6 comments:

  1. Huii terubat rindu! Akak nk cuma nk ucap terima kasih sbb update new entri dan akak akan tunggu next bab! Keep it up, bebeh! Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, sorry kak. Cerita ni selalu sy update kat wattpad dulu then baru kat sini. Sy baru lps exam, ni yg free sikit. Apa-apa pun, thank you kak :)

      Delete
    2. Owhh ada kt wattpad eh? Akak skrg ni jarang bukak wattpad.. notification tak keluar kt hp bila ada new updates..tu malas bukak. Selalu akak bookmark blog tu yg rajin bukak blog awak ni..

      Btw, semoga mendapat keputusan yang baik dlm exam yg dah awak lalui tu =)

      Delete