Friday 11 September 2015

Encik Suami Mat Salih Celup~ Special Entry Part 1





“Coffee?” aku suakan mug berwarna merah itu kepada Ian yang sedang leka dengan kertas A3 yang sudah dipenuhi lakaran yang aku sendiri tidak pasti untuk apa.

            “Thanks dear,” mug bertukar tangan. Sebelah tangan Ian sempat mengusap kepala Zara yang sudah menginjak usia satu tahun itu. Aku melabuhkan duduk di sebelah Ian. Zara Khayla yang sejak tadi mahu diturunkan daripada dukungan, aku biarkan dia merangkak bebas di atas karpet.

            “Lately ni abang busy betul. Balik rumah pun selalu lewat,” komenku sambil anak mataku jatuh pada jari-jemari Ian yang rancak menari di atas kertas plan.

            “Tight deadlines, Amani. Client pulak fussy, pening kepala team kitorang nak layan. Suka last-last minute tukar design. Whatever it is, client is always right,” balas Ian sambil melepaskan keluhan.

            “Isy, tak baik mengeluh tau,” aku senyum dan jari-jemariku singgah pada kedua-dua belah bahu Ian sebelum mengurut perlahan kedua-dua belah bahu itu.

            “Thank you, sayang. Barulah terasa boleh bernafas,” seloroh Ian sambil tangan kananku diraih sebelum dikucup perlahan. Sempat lagi nak beli jiwa!

            “Zahin buat apa tu, sayang?” aku menegur anak sulung kami yang sedang khusyuk dengan pensel warna dan juga kertas lukisan. Anak kecil berusia tiga tahun itu memang suka melukis dan mewarna. Mana tidaknya, seawal usia satu tahun lagi Ian sudah mengajar Zahin memegang pensel warna. Nak harapkan aku, lukis orang lidi bolehlah.

            “Homework, mama,” jawab Zahin sambil tersenyum lebar. Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya terbentuk cantik. Aku mencuri pandang ke arah Ian. Like father, like son sungguh!

            “Zahin ada homework apa?” soal Ian pula sambil mengambil tempat di sebelah Zahin. Zara yang sudah penat merangkak sejak tadi, diletakkan di atas riba. Jari-jemari comel Zara pantas sahaja mencapai pensel warna si abang yang diletakkan di atas meja Jepun.

            “Zara, no-no,” Zahin mengambil semula pensel warna tersebut daripada pegangan Zara sambil menggoyangkan jari telunjuknya. Terkebil-kebil anak mata bulat Zara memandang abangnya. Aku dan Ian sudah saling bertukar senyum.

            “Hari ni ada arts class dengan Teacher Mimi,” cerita Zahin sambil jari-jemari masih ligat mewarna.

            “Teacher suruh lukis gambar mama,” sambung Zahin lagi dengan petah. Kertas lukisan yang sudah siap dengan lukisan seorang perempuan bertudung yang tersenyum manis ditunjukkan kepada aku dan Ian. Agak cantik untuk lukisan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

            “Cantik tak?” soal Zahin. Wajah aku dan Ian dipandang silih berganti.

            Ian senyap sambil bibir bawah digigit. Lama dia merenung lukisan Zahin. Ini mesti nak menyakat si Zahin.

            “I think you overdrew mama, sayang,” komen Ian bersahaja. Aku membulatkan biji mata memandang Ian. Nak menyakat akulah tu!

            “Sorry, papa?” berkerut dahi Zahin memandang wajah papanya.

            “Takkanlah mama is too pretty?” usik Ian sambil tersenyum mengusik memandangku.

            Pap! Bahu Ian kutampar geram. Ian hanya ketawa.

            “Tapi, mama is so pretty,” jawab Zahin polos. Anak matanya tidak lepas-lepas memandang wajahku.

            “Aww, that is my boy,” terus tubuh Zahin kupeluk erat sebelum satu ciuman singgah di pipinya.

            “Takkan Zahin je. Abang?” Ian menyuakan pipinya kepadaku.

            “Ni nak?” buku lima tangan kanan kutayangkan kepada Ian. Ian ketawa lagi.

            Tiba-tiba Ian meraih kedua-dua belah tanganku sebelum digenggam erat. Aku mengerut dahi. Kenapa pulak ni? Suka sangat tiba-tiba.

            “If you stood in front of a mirror and held up 11 roses, you would see 12 of the most beautiful things in the world,” sepasang anak mata kelabu cair itu merenung wajahku lama. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya.

            Oh my, oh my! Automatik kulit wajah sudah disimbah darah panas.

            “Too literature-ish to be understood. Am memang tak pandai nak interpret the inside message. Remember the Romeo-Juliet story?” aku cepat-cepat cover malu sendiri sambil mengambil Zara dari ribaan Ian. Ian ketawa lagi.

            “Pa, mama is as pretty as roses eh?” soal Zahin tiba-tiba. Haila, anak! Zahin memandang wajah Ian lama.

            “Jangan ajar Zahin cheesy lines macam tu. Nanti dah besar dia buat anak dara orang menangis pulak,” aku terus melekapkan kedua-dua belah tapak tangan ke telinga Zahin.

            “You and your sweet talking, Hershey’s pun boleh tutup kilang tahu,” sindirku bersahaja dan Ian ketawa senang.

            Tiba-tiba Zahin yang sedang duduk bersila di hadapanku, membelek-belek tapak kakiku. Penyakit ‘tiba-tiba’ Ian sudah berjangkit ke Zahin pulak ke?

            “What are doing?” soal Ian, pelik melihat telatah Zahin.

            “Checking heaven, papa,” jawab Zahin petah.

            “Hah?” aku dan Ian sudah saling berpandangan.

            “Teacher Mimi kata, syurga tu di bawah telapak kaki ibu. Ni Zahin tengah tengok,” jawab Zahin lagi sambil tangan kecil itu masih membelek-belek tapak kakiku.

            “But, I can’t see,” sambung anak kecil itu.

            Aku dan Ian serentak ketawa.

            “Zahin sayang, mana boleh tengok syurga macam tu,” balasku lembut dan rambut ikal Zahin kubelai penuh kasih.

            “Tapi Teacher Mimi cakap macam tu,”

            Aku senyap sebentar sambil memandang Ian. Ian menghantar isyarat mata supaya aku menerangkannya sesuai dengan pemahaman kanak-kanak seusia Zahin.

            “Maksud Teacher Mimi, Allah sayang siapa yang buat baik dengan ibu, selalu buat ibu gembira, sayang ibu. Kena hormat dan taat dengan ibu. Kan orang yang Allah sayang boleh masuk syurga,” aku senyum sambil wajah Zahin yang kelihatan sedang berfikir itu kupandang.

            “Bukan senang nak besarkan anak tau, sayang. Macam Zahin, contohnya. Hampir sebulan Zahin duduk dalam perut mama. Daripada Zahin bayi, mama jaga dengan penuh kasih sayang sampailah anak mama ni jadi handsome macam ni,” usikku dan Zahin sengih apabila mendengar dia dipuji.

            “Macam Zara ya, mama?” Zahin memandang Zara yang sudah tertidur di pangkuanku.

            “Ya, sayang. Pandai, anak mama,”

            “Teacher Mimi kata, ibu mengandung pun dah penat. Ada yang muntah teruk,” tambah Zahin lagi.

            Aku terus senyum memandang Ian.

            “Zahin kena say thank you to papa sebab papa yang muntah teruk,”

            “Oh…” mulut Zahin terbuka sedikit memandang Ian.



            Minggu itu berlalu dengan pantas sekali tanpa disedari. Yang aku pasti, hampir setiap hari Ian sampai di rumah menjelang waktu Isya’. Ada satu hari itu, Ian tiba di rumah apabila jarum jam sudah merangka ke angka 11 malam. Di rumah pula, dia akan meneruskan kerjanya.

            “Amani,” panggil Ian perlahan. Ketika itu, kami sekeluarga sedang menikmati sarapan pagi bersama-sama.

            “Your birthday, next weekend kan?” soal Ian. Zahin yang sedang sibuk dengan balang Nutellanya turut sama menoleh.

            “Amboi, lupa ke?” usikku.

            “Bukan lupa. Takut birthday mom yang lupa, as usual. Nak buat birthday dinner ke? Abang masak?” balas Ian bersahaja.

            “Tak apa, jangan susah-susah. Nanti muntah lagi macam dulu-dulu,” pantas aku menggeleng dan Ian ketawa. Saja je kan!

            “What do you want for your birthday, sweetheart?” soal Ian, kali ini lebih serius.

            “You,” aku sengih, saja mengusik. Perangai cheesy-line-overdose Ian sudah berjangkit dengan aku pula.

            “I am all yours dah pun,” Ian senyum senget.

            Okay, surrender. Memang tak boleh lawan cheesey lines dia.

             “Tak kisah pun, dear. No need to worry that much,” aku senyum memandang wajah Ian yang tampak keletihan esok.

            “Sorry, lately tak banyak spend masa dengan Am and anak-anak. This project going to end soon. So abang try nak habiskan sebelum birthday Am,”

            “Kerja-kerja jugak. Kesihatan tu kena jaga jugak,” pesanku lembut.

            “Aye, aye ma’am,”


           
            Seperti yang dijanji oleh Ian, dia sememangnya menghabiskan semua kerja-kerjanya sebelum hari jadiku menjelang. Selepas berbual-bual dengan mama menerusi telefon sebentar tadi, aku kembali ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Sempat mama berdrama sebabak sebentar tadi. Kata mama yang dia tidak sangka anak bongsunya ini sudah bertambah satu tahun lagi umur pada hari ini. Mama, mama. Aku tersenyum sendiri.

Aku mengerling ke arah jam di dinding dapur. Sudah pukul 8.30 pagi. Keadaan rumah sunyi sepi. Tambahan pula hari ini hari minggu. Ian, Zahin dan Zara masih nyenyak tidur. Malam tadi, aku tidak pasti pukul berapa Ian dan Zahin tidur. Entah apa yang dua beranak itu lakukan di bilik studi.

            Usai menyediakan penkek kegemaran Zahin dan Ian serta makanan Zara, aku naik ke tingkat atas. Niat di hati ingin mengejutkan Ian.

            “Argh!” jeritanku meletus apabila tubuhku didukung sebaik sahaja tapak kaki mencecah anak tangga terakhir.

            “Abang!” aku terjerit kecil sambil melingkarkan tangan memeluk leher Ian yang sedang tersenyum manis.

            “Happy birthday, mama!” Zahin keluar dari biliknya sambil memegang kedua-dua belah tangan Zara yang sedang belajar berjalan.

            “Mama,” panggil Zara sambil senyum.

            “We all love you,” tambah Zahin dan tubuhku dipeluk erat sebaik sahaja Ian menurunkan aku daripada dukungan.

            “Love you more,” bisik Ian sambil senyum lagi.

            “Thank you, love,” aku senyum

            Aku tatap satu persatu wajah kesayangan hati.

            “Oh, ni yang beria-ia plan belakang mama malam tadi ya?” aku pandang Zahin yang tergelak suka.

            “Ni untuk mama,” sekeping sampul surat berwarna merah jambu dihulurkan kepadaku.

            “Zahin cakap, papa, we have to get pink envelope no matter what. Mama loves this colour,” bisik Ian yang sedang berdiri di sebelah sambil memaut erat bahuku. Aku terus ketawa. Tak habis-habis anti dengan warna favourite aku tu!

            “Thank you, Zahin. Apa ni, sayang?” aku membuka sampul tersebut perlahan-lahan. Zahin tidak menjawab sebaliknya hanya bertukar senyuman dengan Ian.

            Sebaik sahaja sampul tersebut dibuka, ada banyak kertas warna-warni yang sudah berlipat kemas. Aku pandang Zahin dan Ian silih berganti. Aku membuka salah satu daripada lipatan kertas yang ada.


            #Coupon 1- Back massage for mama
              Expiry date: today’s midnight

            Aku kerut dahi dan membuka lipatan kertas yang kedua pula.

           
            #Coupon 2- Papa will do all the house chores for today.
               Expiry date: today’s midnight


            Aku sudah mula faham. Aku pandang wajah Ian, Zahin dan Zara dengan rasa kasih yang menggebu. Air mata sudah mula bergenang tetapi jari-jemari masih rancak membuka lipatan kertas yang ketiga.


#Coupon 3- Sing mama’s favourite song. Papa will play the guitar, Zahin and Zara will do the singing.
Expiry date: today’s midnight


            Air mata sudah mula jatuh. Aku terus buka lipatan kertas yang seterusnya.


            #Coupon 4- Anything!


            “Dear,” aku pandang Ian dengan air mata yang sudah merembes laju. Lidah sudah kelu, terlalu terharu dan gembira sehingga tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Di dalam hati tidak putus-putus memanjatkan rasa syukur atas rahmat ini.

            “Si kecik ni mastermindnya,” balas Ian, memandang Zahin sambil jari-jemari runcingnya menyeka air mataku.

            Anak mataku beralih ke arah Zahin yang sedang memerhatikan aku.

            “Thank you, sayang. Mama love all these,” aku peluk erat tubuh Zahin dan pipinya kukucup sebelum beralih kepada Zara pula.

            Zahin pandang papanya sambil tersenyum puas.

            “Zahin sayang mama, papa, adik. Happy birthday again, mama!” Zahin memelukku semula dan air mataku kembali deras. Nak buat macam mana, kalenjar air mata sentiasa aktif.

            “Papa, kita lupa letak satu lagi kupon untuk mama,” Zahin berkalih memandang Ian.

            “What is that, son?” soal Ian sambil kepala Zahin diusap perlahan.

            “Mama cannot cry for the whole day. Mama kena senyum,” Zahin senyum lebar memandang aku.


            Uwaa! Dan aku kembali ‘banjir’ sambil ditertawakan oleh Ian yang sedang memelukku erat. 


6 comments:

  1. Comelnya!!! Awww ❤️, novel ni xde enovel ke? Nak beli...

    ReplyDelete
  2. Thank you. Enovel yg mcm mana tu awak? Mcm google books ke? Hehe

    ReplyDelete
  3. So sweet.. Mmg ptut Kilang hershey kna ttp.. Haha
    ..

    ReplyDelete
  4. Bila nak buat sambungan Encik Suami Mat Salih Celup~ Special Entry Part 2 pula??

    ReplyDelete
  5. BetRivers Casino Review 2021 - JtmHub
    BetRivers Casino is one 의정부 출장안마 of the world's best online 천안 출장안마 gambling 김포 출장샵 sites. Here you will find 당진 출장샵 hundreds of online and mobile games Visit betrivers.com: BetRiversCasinoOnline: Play with free £10 welcome bonusVisit www.betrivers.com: BetRiversCasinoOnline: 계룡 출장샵 BetRiversCasino

    ReplyDelete