Tuesday 31 December 2013

Encik Kutub Utara 15



Bahagian 15


Kelam-kabut aku menyarung tudung di ruang tamu dan berlari semula ke ruang makan untuk mendapatkan Benyamin yang masih terbatuk-batuk.Kulit wajahnya yang putih bersih sudah bertukar menjadi merah padam.Aku agak mungkin dia sukar untuk bernafas.

            “Jom, kita kena gerak pergi hospital sekarang jugak!”Aku memapah Benyamin untuk melangkah keluar dari rumah.

            Alamak, macam mana nak pergi hospital ni? Kereta aku bukannya ada kat sini.Aku pandang Benyamin yang sedang berdiri bersandar di tepi pintu masuk.

            “Kunci kereta mana?”Soalku.

            Benyamin tidak mampu bersuara dan hanya menunjukkan poket seluar khaki yang sedang dipakainya kepadaku. Erk! Takkanlah aku yang nak kena seluk poket seluar mamat ni pulak? Aku sudah teragak-agak memandang Benyamin yang sedang berkerut menahan sakit yang aku sendiri tidak tahu.

            “Sorry, saya tak berniat langsung nak ambil kesempatan dekat awak but this is really emergency.” Aku terus menyeluk poket seluar Benyamin untuk menarik  keluar kunci kereta. Aku memapah Benyamin masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju ke Hospital Ampang Putri.


            “Ada makan seafood ke tadi?”Soal Dr. Ahmad yang sedang menulis sesuatu pada sekeping kad.

            Benyamin yang sedang terbaring lemah di atas katil menghalakan pandangannya ke arah aku. Eh, aku yang nak kena jawab ke?

            “Makanan tu bukanlah directly seafood.Cuma ada serbuk makanan laut je.”Jawabku.

            “Serbuk makanan laut je?”Sindir Benyamin perlahan.Terus aku berpaling ke arah Benyamin sambil mengetap bibir. Eh, dia ni! Tak padan dengan tengah sakit.

            “Puan, Encik Benyamin ni ada allergy dengan makanan laut.Apa-apa sahaja yang mengandungi seafood, dia tak boleh makan. Even serbuk makanan laut pun tak boleh.”Beritahu Dr. Ahmad.

            Aku terus memandang Benyamin dengan rasa bersalah yang amat sangat. Manalah aku tahu mamat ni alergik dengan makanan laut. Kalau mummy tahu aku buat macam ni dekat suami sendiri, mahunya aku kena bebel satu malam.

            “Sorry, saya tak tahu.” Ucapku kepada Benyamin.

            “Tunggu sekejap sampai tiub air ni habis. Lepas tu, boleh ambil ubat dekat kaunter. Malam ni, encik Benyamin rehatlah secukupnya. Puan pun, kena berhati-hati lain kali ya.”Pesan Dr. Ahmad lembut sebelum dia berlalu.

            “Insya-Allah.Terima kasih, doktor.”Balasku dan dibalas dengan senyuman Dr.Ahmad.

            Kini tinggallah aku dengan Benyamin sahaja di situ.Tiba-tiba suasana menjadi bisu antara kami.

            “Saya minta maaf sangat-sangat.Saya tak tahu langsung yang awak allergic dengan seafood.”Tuturku perlahan dengan rasa bersalah yang amat sangat.Takut betul aku tadi. Alhamdulillah, nasib baik tak jadi apa-apa dekat Benyamin.

            “Sakit lagi ke?”Soalku memandangkan Benyamin hanya mendiamkan diri.

            “I am okay, don’t you worry.” Jawab Benyamin perlahan.

            “Gila saya tak risau!Saya ingat awak dah nak ‘jalan’ dah. Kita dahlah baru tiga hari kahwin.”Aku mula membebel.

            “Allergik je lah.Tak ‘jalan’ pergi mana-manalah.”Balas Benyamin tanpa perasaan.

            “Manalah saya nak tahu awak sakit apa. Yalah, dah macam orang sesak nafas je saya tengok. Lain kali kalau ada allergik, bagitahulah awal-awal. Awak ada allergik apa lagi yang saya tak tahu ni?” Soalku sambil bercekak pinggang.

            “Ada satu lagi yang saya allergik.”Jawab Benyamin sambil anak matanya tajam memandang wajahku.

            “Allergik apa?”Soalku lagi.

            “Allergik dengar orang bercakap tak berhenti macam awak sekarang ni. Sakit telinga saya.” Jawab Benyamin selamba.

            Aku pandang Benyamin dengan rasa geram yang berbaldi-baldi. Hampeh punya orang!


***************************


            “Serius, tak ada paksaan untuk tinggal satu rumah dengan saya kalau awak still nak stay satu rumah dengan Afiqah macam biasa. It’s fine with me.” Ujar Benyamin serius.

            “Saya nak tanya awak satu soalan.” Aku pandang wajah tidak berperasaan Benyamin dengan geram. Tak habis-habis dengan tema kahwin paksa dia tu!

            “Sure.”

            “Saya kahwin dengan siapa sebenarnya ye?”

            “Hah? Apa jenis soalan macam tu?”

            “Jangan banyak bunyi. Jawab je lah dulu.”

            “Dengan saya lah.”

            “Hah, tahu pun! Saya ingatkan awak rasa macam Afiqah tu yang jadi suami saya.”

            “Kenapa pulak cakap macam tu?”

            “Yalah. Dah awak asyik suruh saya duduk satu rumah dengan Fiqah. Kan tempat seorang isteri di sisi suaminya.”

            Benyamin terus terdiam sambil memandangku tidak lepas. Nak sangat lawan cakap dengan aku kan. Ini Nuha Dhamia kot.

            “Fine. Before that, saya nak explain certain rules dalam rumah ni.” Benyamin kembali bersuara tegas semula.

            “Rules apa pulak ni? Rumah awak ni bukannya asrama penuh kan? Ke awak teringin nak merasa jadi warden?”Sindirku.

            “First and foremost, saya tak suka keadaan dalam dan luar rumah bersepah-sepah.” Tutur Benyamin tegas, tidak mempedulikan sindiranku.

            “Secondly, apa-apa pinggan mangkuk kotor dalam singki tak boleh dibiarkan lebih daripada 10 minit. Singki tu kena bersih. Toilet satu lagi. Lepas dah guna kena make sure bersih.”

            Aku terus membulatkan biji mata, ingin memprotes tetapi Benyamin pantas menyambung ‘undang-undang rumahnya’ yang ketiga pula.

            “Kasut tak boleh dibiarkan bertaburan kat atas lantai. Kena susun elok-elok dalam almari. Jarak antara 1 pair shoes dengan the next one must be in 10 mm.”

            Mataku sudah menjadi semakin bulat. Betul ke apa yang aku tengah dengar ni? Ada jugak manusia macam ni rupanya!

            “Kereta pun, parking dengan kemas. Jangan senget-senget. Lepas tu, pasal bilik tidur.” Benyamin berjeda seketika sambil wajahku ditatap semula.

            “Awak boleh tidur satu bilik dengan saya or dekat mana-mana bilik yang awak suka. Up to you. Your choice. Kalau saya suruh tidur bilik asing-asing, mesti awak nak sindir-sindir saya lagi.”Sambung Benyamin sinis.

            “Saya sindir benda yang betul. Kita hidup berumah tangga ni kena saling tegur-menegur, ingat-mengingati. Barulah rumah tangga harmoni, aman damai dan diberkati Allah.” Balasku selamba.

            “Yalah, kak Nuha. Kalau akak nak terus berceramah, sila lah guna medium youtube. Buatlah vlog sendiri. Saya dah penat satu hari ni, nak masuk tidur. Akak nak tidur kat mana-mana, terpulang.” Balas Benyamin malas.

            Aku mengetap bibir memandang Benyamin yang sudah berlalu ke tingkat dua. Akak dipanggilnya aku? Ikut sedap mulut dia je. Aku tahulah aku lahir ke dunia setahun awal daripada dia. Such a clean freak!


*************************

            Lepas selesai bilal melaungkan azan dari surau yang berdekatan dengan rumah, Benyamin terus lesap. Apabila aku mencelikkan mata, Benyamin sudah tiada di sebelah. Takkan selepas Subuh dah pergi kerja kot?

            Aku turun semula ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan. Pembakar roti dikeluarkan dari dalam kabinet. Nasib baik ada roti dengan telur. Harapkan rumah aje besar tapi barang-barang dapur tak lengkap. Aku mengeluarkan cerek elektrik dan memasak air panas.Dua biji telur yang sudah dibasuh dipecahkan ke dalam mangkuk dan dipukul sehingga kembang. Secubit garam dan juga lada sulah beserta sedikit mayonis diletakkan ke dalam mangkuk yang berisi telur.

            “Pagi ni saya nak kena pergi office balik. Actually bukan saya je, both of us kena pergi.” Tiba-tiba kedengaran suara Benyamin dari arah belakang.

            “Oh nenek hang!” Aku terus melatah, terkejut! Nasib baik mangkuk kaca tak terlepas dari pegangan. Macam mana mamat ni ada kat dalam rumah balik? Bila dia balik? Tiba-tiba telingaku menangkap gelak tawa Benyamin.

            “Kuat melatah rupanya awak ni. Macam orang tua-tua.” Komen Benyamin dengan gelak yang makin bersisa.

            Ceh! Kurang asam jawa betullah! Dia tu yang dah macam hantu. Sekali pandang ada. Pandang sekali lagi dah tak ada.Lepas tu, ada balik. Dia ni gerak guna kaki ke atau guna sayap?

            “Kejap! Kenapa saya kena pergi office awak pulak? Kan saya nak pergi rumah sewa saya hari ni. Nak ambil barang-barang saya dengan kereta saya dekat sana.” Ujarku apabila tawa Benyamin reda. Mummy pesan, pagi-pagi tak elok marah. Nanti rezeki lari. Jadi, aku malas nak layan si Ben ni.

            “Pagi ni ada reporter datang. Sorang dari press company and another one from majalah. They want to do a simple interview and stuff like that. Mestilah awak kena ada sekali.” Jawab Benyamin dan menarik salah sebuah kerusi keluar dari meja makan. Dia melabuhkan duduknya di situ.

            “Kenapa pagi ni baru nak bagitahu? Kenapa tak cakap semalam?” Soalku tidak puas hati. Dia ni suka buat perancangan, keputusan ikut kepala otak dia yang selalunya tak berapa nak lurus tu.

            “Sebab semalam lupa. Tadi baru saya teringat. Sekarang ni kan saya tengah bagitahu awak. Why are you making such a big fuss on it? Simple interview je pun.”Balas Benyamin selamba. Tangannya mencapai gelas dan menuang jus oren yang terletak di atas meja makan.

            Aku ketap bibir lagi. Geram sungguhlah bercakap dengan orang tak ada perasaan ni! Ada jugak yang nak kena baling dengan sudip kayu ni agaknya.

            “Simple interview je? Nak cerita perkara yang sebenar ke? For sure we’ll be on all newspapers tomorrow. Of course, malam ni akan heboh dekat Facebook, Twitter awak tu.” Sindirku.

            “Chill, Nuha. It will only be a simple interview. I will handle everything. Awak just follow je. It’s easy.” Balas Benyamin tenang.

            Aku mengeluh. Untuk orang yang selalu berhadapan dengan media seperti dia, memanglah senang! Untuk orang yang tak popular macam aku ni? Mahu ketaq kepala lutut!

            “Besides, awak kan dah biasa bercakap? Keluar masuk court, jumpa client. Shouldn’t be a big problem for you.” Tambah Benyamin lagi.

            Aku menarik nafas. Aku tak tahulah mamat ni bercakap begitu sebab nak sedapkan hati aku atau nak sakitkan hati aku. Aku rasa macam lebih kepada pilihan yang kedua tu je.

            “Pukul berapa kita nak gerak?” Soalku sambil tangan lincah meletakkan scramble eggs yang sudah dimasak di dalam mangkuk. Roti yang sudah siap dibakar juga diletakkan di dalam pinggan. Pinggan tersebut kuletakkan di atas meja makan.

            “8.30 a.m.” Jawab Benyamin sambil mencapai sekeping roti bakar.

            Aku terus berpusing memandang jam dinding. Gila! Sekarang ni dah pukul 8.00 pagi! Mamat ni memanglah!

            “Oh, ya! Please pakai baju yang saya letak dekat dalam wardrobe tu.” Pesan Benyamin yang seperti biasa berbunyi seperti arahan.

            “Kenapa pulak?” Soalku tidak puas hati.

            “Pakai je lah.” Jawab Benyamin malas.

Memandangkan aku cuma ada kurang dari 30 minit untuk bersiap, aku terus naik ke tingkat atas untuk mandi daripada terus melayan Benyamin ‘berperang mulut’.


Selendang half moon yang bercorak flora kecil-kecil berwarna merah jambu, kurapikan kedudukannya di atas kepala. Aku pandang dress labuh yang sudah melekat di tubuh badan sendiri. Tipulah kalau cakap tak cantik. Gabungan warna putih dan merah jambu kelihatan sangat sejuk dan manis mata memandang. Rekaannya ringkas, menarik dan yang penting menutup aurat. Cuma satu yang aku musykil. Macam mana mamat sejuk beku tu boleh tahu saiz aku?

Sewaktu aku turun ke tingkat bawah, Benyamin sudah berada di ruang tamu. Dia sedang berbual dengan seseorang melalui telefon. Entah-entah Tengku Fiqrash tak? Isy, mintak jauh!

“Ready? Jom!” Ujar Benyamin sebaik sahaja menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar.

“Kejap. Satu soalan. Mana awak tahu saiz saya? This dress fits perfectly on me.” Ujarku. Benyamin yang tiba-tiba tersenyum meleret itu kupandang dengan rasa pelik. Dia ni dah kenapa pulak?

“Mrs, I am a designer. Lupa ke? Of course for a designer like me, seeing you a few times are more than enough for me to guess your body measurements.” Jawab Benyamin selamba.

Aku terus membulatkan mata sambil menyilangkan kedua-dua belah tangan ke dada. Gila!

“Pervert!” Ujarku perlahan tetapi aku yakin yang Benyamin mendengar memandangkan dia sedang ketawa kuat.

“Cik kak, awak ni lurus bendul jugak rupanya. Senang kena kelentong eh? Saya kan design kasut, handbags. Bukannya baju. Mestilah saya tak tahu nak agak saiz awak macam mana.” Balas Benyamin, serius.

Haah, kan! Aku ni pun satu hal jugak. Buat malu je tadi. Dahlah panggil dia pervert pulak tu.

“Tapi, macam mana awak tahu pasal saiz baju ni?” Soalku semula.

“Kak Iman yang bagi saya measurement awak. Measurement tu saya hantar dekat one of my friends in this fashion industry. Dia tu memang designer pakaian.” Jawab Benyamin.

“Lelaki ke perempuan?” Soalku lagi.

“Perempuan.” Jawab Benyamin.

Aku terus menarik nafas lega.

“Any more questions?” Soal Benyamin dan aku terus menggelengkan kepala.

****************

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam bangunan A To Z, berpasang pasang anak mata memandang kearah aku dan Benyamin sambil tersenyum meleret. Tidak tahu untuk memberi sebarang reaksi, aku turut tersenyum sama. Aku pandang Benyamin yang hanya menayang riak wajah yang tidak berperasaannya seperti selalu.

            ‘Hai, nasib koranglah dapat bos yang tak berapa nak mesra alam macam mamat ni’ Sempat lagi aku membebel di dalam hati sambil mengikut Benyamin yang sudah bergerak ke arah lif.

            “Mengutuk dalam hati pun berdosa tahu.”Ujar Benyamin sebaik sahaja kami berdua sudah berada di dalam perut lif. Terus aku berpaling ke arah Benyamin.Terkejut! Mamat ni spesies manusia ke alien? Takkan suara hati aku pun dia boleh dengar?

            “Mana ad akutuk.”Jawabku tenang.

            “Dahtu, yang mulut bergerak-gerak tu kenapa?”Soal Benyamin. Wajahku dipandang tepat. Isy, dia ni! Dahlah mata tajam, pandang orang pun tajam.

            “Saja,  pagi-pagi macam ni nak exercise otot muka.” Jawabku selamba dan terus keluar dari lif sebaik sahaja pintu terbuka.


            “Good morning, bos, puan. Wah, puan nampak cantik sangat pagi ni.” Teguran Muiz membuatkan aku tergelak kecil. Di dalam hati, aku kagum dengan kesabaran Muiz ketika bekerja dengan Benyamin. Perangai bos dengan setiausaha macam langit dengan bumi.

            “Muiz, awak selalu dengarkan yang kecantikan seseorang itu timbul daripada kecantikan pakaian yang dipakai. The same theory applies to her.” Sampuk Benyamin sambil menjeling ke arahku.

            Aku dan Muiz saling berpandangan antara satu sama lain. Mak aii, mulutdia! Aku cabai dengan cili api baru dia tahu.

            “Bos, dorang dah call tadi. Dalam 15 minit lagi dorang sampai. Kita akan start dengan reporter newspaper dulu follow by those from Pengantin magazine.” Beritahu Muiz dengan sopan.

            “Noted. Thanks anyway. Nuha, jom.”

            Aku seperti mak turut, mengikut sahaja langkah kaki Benyamin menuju ke arah bilik pejabatnya. Sebaik sahaja terpandang sofa kulit yang terletak di satu sudut, terus sahaja ingatanku menerawang. Teringat semula pertemuan pertama akudan Benyamin.

            “Have a seat.” Ujar Benyamin dan aku mengambil tempat berhadapan dengan Benyamin.

            “Berapa ramai reporters yang akan datang nanti?” Soalku.

            “Not sure. Maybe around four.”Jawab Benyamin.

            “Petang ni saya nak pergi rumah sewa.Nak amik barang-barang saya, nak amik kereta,  nak jumpa Afiqah.”Ujarku danwajah tidak beriak Benyamin kupandang semula.

            “Sure.” Jawab Benyamin pendek.

            “And saya nak minta izin nak pinjam kereta awak. Don’t worry,saya seorang pemandu yang berhemah. Insya-Allah I won’t leave a single scratch on your dear car.” Balasku.

            “Lepas habis interview dengan dorang harini, saya bawak awak pergi rumah sewa awak tu.” Balas Benyamin pula.

            “Hah? Kenapa pulak?Bukan awak sibuk ke?”Soalku pelik.

            “Harini tak sangat.”Jawab Benyamin.

            Aku terus diam. Yalah, takkan nak membantah pulak kan?

Elok jugak aku tak payah nak pinjam kereta mamat ni yang ada kat rumah tu. Ada dua buah lagi kereta, kedua-duanya kereta import mewah. Takut aku nak bawak. Tuannya seorang tapi kereta sampai tiga buah. Membazir betul! Agak-agaknya, kalau aku lelong kereta dia yang lagi dua bijik tu, dia mengamuk tak? Aku tersengih sendiri.

            “Bos, reporters baru sampai.” Beritahu Muiz yang baru sahaja melangkah masuk.

            “Ajak dorang masuk.” Arah Benyamin dan Muiz mengangguk sebelum keluar.

            “Duduk dekat sebelah saya ni.” Arahan Benyamin kini ditujukan kepadaku pula.

            “Kenapa pulak?” Soalku tidak puas hati. Yalah, set sofa ni kan ada banyak tempat yang boleh aku duduk.

            “Kenapalah suka soal balik? Ikut je lah. Sekejap lagi reporters tu nak masuk ke sini.” Jawab Benyamin.

            Aku bangun dari tempat dudukku dan melabuhkan duduk di sebelah Benyamin. Suka sangat mengarah. Mentang-mentanglah dia bos.

            Tidak lama kemudian, Muiz masuk kembali bersama-sama empat orang wartawan dari pelbagai syarikat surat khabar. Mereka tersenyum hormat ke arah aku dan Benyamin. Benyamin menjemput mereka semua duduk. Muiz berlalu keluar semula.


            Temu bual bermula dengan sesi perkenalan daripada setiap wartawan yang hadir. Saat ini perutku mula terasa kecut. Yalah, di dalam kepala, sudah terbayang-bayang yang cerita kami ini akan terpampang di dada akhbar. Pastinya akan kecoh suasana di pejabat aku nanti. Aku toleh ke sebelah dan Benyamin kelihatan tenang menerima sebarang soalan daripada pihak wartawan. Yalah, orang yang sudah biasa ditemu bual. Aku ni? Selalunya aku yang menyoal orang.

            “Kami nak tahu dan kami pasti ramai sangat orang di luar sana nak tahu macam mana Encik Benyamin dan Puan Nuha saling mengenali. Adakah ini cinta pandang pertama atau sebaliknya.” Soal wartawan muda yang bercermin mata.

            Ah, sudah! Sepatutnya Benyamin sudah berjanji untuk membincangkan hal ini. Ni nak ‘goreng’ apa pulak ni? Aku pandang Benyamin dan dia pandang aku. Adoi, kalau saling berpandangan macam ni, siapa pulak yang nak jawab soalan tu?

            “Sebenarnya saya bukan orang yang percaya dengan love at first sight. Bagi saya, love at first sight tak adil sebab kita tak berpeluang untuk kenal orang tersebut betul-betul. So, Nuha bukanlah love at first sight tapi love at lots of sights.” Jawapan Benyamin mengundang tawa para wartawan yang hadir.

            “Nuha merupakan salah seorang peguam keluarga saya. Setiap kali arwah mama dengan papa keluar untuk bertemu dengan Nuha, saya pasti akan ikut sekali. Cuma, saya akan mengintai pandang dari jauh.” Sambung Benyamin lagi dan wajahku dipandang.

            Aku hanya tersenyum, mengiakan. Di dalam hati, aku tidak henti-henti mengomel. Bila masa pulak dia ikut? Tak ada pulak arwah mama dengan papa beritahu. Pandai betul mereka cerita yang tidak ada.

            “Bermula daripada perasaan kagum dengan kebolehan Nuha, lama-lama bertukar rasa kasih, sayang. She’s a wonderful person.” Tambah Benyamin. Sungguh, aku mahu ketawa saat ini. Pandai betul dia menambah perasa cerita!

             “Wah, beruntung Puan Nuha! Tentu peminat-peminat Encik Ben di luar sana akan berasa sangat cemburu. Puan Nuha pula bagaimana?” Soal wartawan yang bernama Suraya.

            Erk! Aku rasa seperti mahu tercekik. Aku pun nak kena jawab jugak ke?

            “Saya pun sebenarnya tak percaya dengan love at first sight. Tapi perasaan tu mula develop bila saya mula kenal siapa Benyamin yang sebenarnya.” Jawabku setenang dan seyakin yang boleh.

            “Maksudnya, puan?” Soal Suraya lagi.

            “Err…sebenarnya saya tak pandai nak explain reason kenapa saya suka atau sayang seseorang tu. Sebab kadang-kadang kita tak perlukan sebab untuk cintakan seseorang itu. Apa yang saya pasti, saya mahu molekul-molekul cinta dan kasih sayang itu sentiasa berkembang dengan banyaknya dalam kehidupan kami.” Jawabku. Wah, kalau adik-adik lelaki aku yang tiga orang tu dengar, gerenti muntah hijau. Mesti tak sangka kakak depa yang brutal ni dah boleh ada bau-bau bacang dengan Shakespeare.

            “Aww…so sweet! Saya yang dengar ni pun rasa macam nak cepat-cepat kahwin.” Usik Suraya dan disambut dengan senyuman yang lain. Aku hanya tersengih lawa. Tolonglah, jangan Tanya apa-apa soalan lagi dekat aku.

            “Saya rasa, soalan daripada pihak kami setakat ini sahaja. Mungkin rakan-rakan yang lain nak tambah apa-apa?” Soal Rachel pula.

            Yang lain-lain menggelengkan kepala. Aku menarik nafas lega.

            “Congratulations again. Both of you really match each other. Such a lovely couple. Dengar cerita esok ada post-wedding photo shoot dengan majalah Pengantin ye? Tak sabar kami nak tengok gambar-gambar tu nanti.” Balas Rachel.

            “Yup, tomorrow. Anyway, thanks for coming jugak.” Balas Benyamin.

            Kejap, kejap! Kenapa aku macam ada dengar benda baru je. Photo shoot? Esok? Majalah Pengantin? Biar betul!. Aku sudah pandang maut ke arah Benyamin yang buat-buat tidak memahami. Mamat ni memang mengundang sungguhlah!

            “Untuk penutup, kita nak tangkap another picture. Hah, cara Puan Nuha pandang Encik Benyamin tadi pun boleh jadi gambar yang cantik jugak.” Balas Suraya.

            Hah? Cara pandang? Biar betul budak ni. Itu bukan pandang sayang, tu pandang nak telan sebenarnya.

            “Ready, okey. 1,2,3…”

            Click!


            Nasiblah kalau pandangan aku ke arah Benyamin sudah seperti pandangan pembunuh bersiri.


11 comments:

  1. hehe...pandang ala pembunuh bersiri???hehehe...sweet dalam caranya yg tersendiri... ;-)

    ReplyDelete
  2. hahaha...comel betoi la...
    -nur-

    ReplyDelete
  3. Lama tak nmpk n3 ni. Best! Sama2 comel n sweet. Tak sabar nak tau smbungannya :D

    ReplyDelete
  4. sweetnyerrr......lama dh tgu n3 nie...x sabar nk tgu smbungan cita nie...

    ReplyDelete
  5. pandangan pembunuh bersiri? lol…sounds so thrilling…hahaha..a good one dear. can't wait for the next n3

    ReplyDelete
  6. ble nk update lg??? harap2 awak update suami mat salih celup n encik kutub utara selalu. anyways..looking forward to it

    ReplyDelete
  7. mana sambungannya, dh thn baru ni....suami mat saleh celup n encik kutub utara...rindunyerrrr..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Yumi, smbung pls. �������

    ReplyDelete
  9. Nk smbungan dy. ((:

    ReplyDelete