Saturday 14 December 2013

Encik Kutub Utara 14




Bahagian 14

            Mataku terus terbuka dan tanganku terus spontan menekup mulut Benyamin yang tiba-tiba menjerit. Aku membulatkan mata memandang Benyamin yang kini sudah menepis kuat tanganku.

            “Awak ni dah kenapa nak menjerit pagi-pagi buta ni? Awak nampak ‘encik han’ ke? ” Soalku sambil memandang wajah Benyamin yang kelihatan terkejut itu.

            “Awak tu lah yang kenapa. Macam mana awak boleh tidur sebelah saya ni pulak?” Soalanku sebentar tadi dibalas dengan soalan juga.

            “Kenapa? Hello, mamai ke? Kan kita dah kahwin.” Jawabku sambil mengerutkan dahi. Dah lah tiba-tiba menjerit, lepas tu boleh pulak tanya soalan kurang cerdik.

            “Bukan sepatutnya awak tidur dekat sofa sana tu ke?” Soal Benyamin lagi sambil jari telunjuknya menunding kea rah sofa berangkai tiga.

            “Kenapa pulak? Kan saya dah cakap semalam, awak jangan terpengaruh dengan tema kahwin paksa.” Jawabku berbau sindiran.

            “Tapi…”

            “Tak ada tapi-tapi. Jom, solat Subuh sekali.”

            “Hah?”

            “Ya Allah, saya nak share pahala free dengan awak ni.”

            Perlahan-lahan Benyamin bangun dan membawa langkah ke bilik air. Aku yang sudah duduk bersila di atas katil, hanya memandang sambil menggelengkan kepala.



            Suasana di dapur riuh rendah dengan suara mummy dan ibu-ibu saudara yang lain. Dari tingkat atas lagi hidungku dapat menangkap bau wangi kuetiaw goreng dan cucur udang.

            “Haa…pengantin baru dah bangun. Awai bangun, Nuha?” Sapa mummy sambil tersenyum simpul.

            “Mummy ni, macam tak biasa pulak. Nuha kan memang jenis yang bangun awal.” Balasku sambil tersengih.

            “Malam tadi, pengantin tak dan nak kena basuh periuk belanga pun. Malam ni kita kena pakat ramai-ramai buat untuk depa ni.” Balas mak ngah pula.

            Alamak, nak kena gosok periuk belanga pulak ke? Zaman moden kan semuanya guna catering, mana ada periuk belanga yang perlu dibasuh lagi.

            “La ni mana nak tonyoh bontot periuk belanga lagi, ngah. Zaman moden ni depa dok guna catering ja. Tak dak nak susah-susah dah.” Sampuk mak su pula.

            “Lagipun tak dan depa ni nak merasa tonyoh bontot periuk. Pagi esok dah nak balik KL dah.” Tambah mummy pula.

            “Awat lagu tu?” Soal mak ngah.

            “ Ben ada hal nak kena uruskan dekat sana, mak ngah. Lusa Ben nak kena attend meeting penting. Tu yang tak boleh kat sini lama-lama. Nanti kita jumpa lagi untuk majlis sebelah Ben hari Sabtu ni pulak.” Jawabku sambil tersenyum.

            “Lagu tu kaa. Busy betui Ben tu naa.” Balas mak ngah. Aku hanya tersenyum.

            “Yalah, ngah. Ben tu kan designer famous. Untung Nuha. Makin cantiklah Nuha lepas ni.” Usik mak su.

            “Mak su, Nuha memang sentiasa cantiklah.” Usikku pula dan mak su ketawa kecil sambil menepuk perlahan bahuku.

            “Berkenan betui mak su dengan Benyamin tu. Sedap mata tengok dia. Walaupun kaya, dia sangat hormat dengan orang tua. Merendah diri pulak tu. Pandai arwah mak ayah dia didik dia. Ben tak dak adik lelaki ka, tak pun abang ka?” Soal mak su pulak.

            “Ben anak tunggal, mak su. Mak su ni macam ada plan special je?” Usikku dan mak su ketawa.

            “Manalah tahu ada adik-beradik lelaki lain. Boleh buat menantu.” Jawab mak su, bergurau.

            “Amboi, pantas betui na. Seronoklah kalau Dina dengaq mak su nak cari jodoh untuk dia. Dina tu memang dah tak sabaq nak kahwin.” Balasku.

            “Mak su gurau ja lah. Dina tu, kena habih belajaq dulu baru boleh nak kahwin.” Balas mak su lagi.

            “Mak ngah tanya mummy hang tadi. Mummy hang habaq yang Nuha sebelum ni jadi lawyer arwah mak ayah Ben. Betui ka?” Soal mak ngah pula.

            “Ha’ah, mak ngah. Nuha yang uruskan amanah peninggalan orang tua Ben. Sekarang ni pun Nuha still jadi lawyer Ben jugak.” Jawabku.

            “Kiranya Nuha kenal Ben dari situ lah?”Soal mak ngah.

            Aku angguk. Dalam hati dah mula gelisah sebab aku boleh rasa yang mak ngah mungkin akan mengorek lebih dalam lagi bagaimana aku dan Benyamin boleh berkahwin. Ini bahaya! Cepat, aku perlu cabut lari dari kawasan dapur ini.

           “Ceritalah sikit dengan mak ngah macam mana hangpa dua orang kenai dan lepas tu kahwin?” Soal mak ngah.

            Aku menelan liur. Alamak! Nak jawab macam mana ni? Nak cerita perkara sebenar ke? Aku takut mummy dan dua orang mak sedara aku ni pengsan terkejut pulak nanti. Dah tu, apa aku nak kelentong ni?

            “Sayang!”

            Aku pantas menoleh ke arah suara yang tiba-tiba menjenguk ke kawasan dapur. Bantuan tiba tepat pada masanya.

            “Kenapa, Ben? Tak boleh berpisah sekejap dengan Nuha ye?” Usik mummy tiba-tiba, membuatkan wajahku terasa panas. Isy, mummy ni.

            “Mummy, nak pinjam Nuha sekejap boleh?” Pinta Benyamin sambil tersenyum ke arah mummy.

            “Awat tak boleh pulak? Pinjam lama pun tak pa.” Balas mummy, masih dengan senyumannya yang tak pudar-pudar.

            Aku pantas mengikut Benyamin ke ruang tamu yang turut meriah dengan sanak saudara yang lain.

            “Thank you. Awak sampai right on time.” Tuturku membuatkan dahi Benyamin berkerut.

            “Thank you? For what?” Soal Benyamin.

            “Ala, cakap je lah you’re welcome. Susah sangat ke?” Ujarku, tidak menjawab pertanyaan Benyamin.

            “Anyway, kita ada main thing yang kita kena sort out as soon as possible.” Balas Benyamin.

“What is that?” Soalku.

            “Kita kena form mutual answers on how we meet, how long has we known each other, how do we fall in love and stuffs like that. Tadi pun Amir tanya macam-macam.” Jawab Benyamin.

            “Then, awak jawab apa?” Soalku pantas.

            “Jawab je lah apa yang patut.” Jawab Benyamin selamba.

            “Eh, kalau tak sama dengan apa yang saya cerita macam mana?” Soalku lagi.

            “So far sama. Just further questions la yang kita kena aware. Sebab tu, kita kena form mutual anwers.” Jawab Benyamin.

            “Tak boleh ke kita bagitahu benda yang sebenar je?” Soalku dan Benyamin terus terdiam lama.


**********************

            “Kenapa tak naik Airasia je? Kan lagi jimat. Bukannya long hours flight pun. Setakat nak balik dari Langkawi ke KL je pun.” Komenku sambil melabuhkan duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Benyamin. Tali pinggang keselamatan terus kupasang.

            “Saya tak biasa naik Airasia. I prefer MAS.” Jawab Benyamin.

            “Okeylah. Tapi, perlu ke sampai nak amik business class ni? Economy class pun dah okey sangat.” Balasku lagi sambil memerhatikan ruang kabin kelas perniagaan yang sememangnya lagi besar dan selesa berbanding kelas ekonomi. Tapi, kalau setakat untuk penerbangan yang memakan masa kurang satu jam, aku rasa seperti membazir duit pula.

            “I need some privacy. We both need our privacy. Lagipun, economy class is quite packed with lots of other passengers.” Jawab Benyamin.

            “Such a spoil kid.” Komenku perlahan.

           “Sorry? Say it again.” Terus Benyamin menoleh ke arahku sambil menghadiahkan satu pandangan yang tajam. Isy, dia dengarlah pulak.

            “Nothing.” Jawabku pantas.

            Beberapa orang pramugari dan pramugara MAS tersenyum memandang ke arah kami berdua. Ruang kelas perniagaan ini tidak penuh memandangkan ada beberapa tempat duduk yang kosong.

            “Welcome aboard newlyweds. Mr Benyamin, congratulations on your wedding.” Tegur seorang pramugari dengan ramah sambil tersenyum mesra ke arah aku dan Benyamin.

            “Thank you.” Jawab Benyamin pendek.

            “You look so lovely, madam.” Ujar pramugari yang bernama Intan itu kepadaku pula.

            “Thank you. You look lovely too.” Balasku dan Intan tersenyum lagi.

            “Please enjoy the flight. If anything, panggil je kami ye.” Pesan Intan sebelum berlalu.

            Aku pandang Benyamin yang kini sedang menatap skrin tabletnya. Takkan tak tahu kena padamkan semua peralatan elektronik sebelum kapal terbang nak berlepas.

            “Famous sangat ke awak ni?” Soalku kepada Benyamin membuatkan dia terus mengangkat wajahnya.

            “Awak rasa?” Soal Benyamin kepadaku pula.

            “Okeylah, awak lagi famous daripada Pak Chaq jiran sebelah rumah saya. Sebab saya rasa kalau Pak Chaq naik first class pun, cabin crew tak tahu nama Pak Chaq.” Jawabku bersahaja.

            “Okay, that’s funny!” Ujar Benyamin tiba-tiba.

            Eh? Pulak!
           


            Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelihatan Muaz sudah menunggu kami berdua. Nasib baik Muaz yang datang menjemput dan bukannya Tengku Fiqrash memandangkan Tengku Fiqrash sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas tamat majlis resepsi di Langkawi. Kalau Tengku Fiqrash yang datang menjemput, aku lebih rela balik naik teksi daripada duduk satu kereta dengan mamat ketul ais batu itu.

            “Encik Benyamin, Puan Nuha. Apa khabar?” Sapa Muaz sambil tersenyum hormat.

            “Alhamdulillah. Awak apa khabar, Muaz?” Sapaku pula memandangkan Benyamin hanya menganggukkan kepalanya kepada Muaz tanpa mengeluarkan sebarang suara. Senyum pun tak. Hai, kesiannya Muaz dapat bos yang ‘sejuk dingin’ macam Benyamin.

            “Alhamdulillah, saya sihat. Tahniah ya.” Balas Muaz.

            “Terima kasih, Muaz.” Balasku.

            “Muaz, kita singgah rumah saya dulu. And then, baru kita gerak ke headquarter.” Tutur Benyamin.

            “Baik, encik.”




            Sebaik sahaja pintu utama rumah dibuka, aku sudah ternganga seorang diri. Biar betul!

            “What’s wrong with you? Nak masuk ke tak ni?” Soal Benyamin sambil memandangku dengan pandangan yang pelik.

            Aku angguk sambil melangkah masuk. Bersihnya rumah mamat ni! Tak macam rumah orang bujang langsung! Lagi aku terkejut apabila Benyamin memberitahu yang tidak ada pembantu rumah di dalam rumah ini. Semuanya dilakukan sendiri oleh Benyamin. Aku bergerak ke ruang tamu. Naik juling biji mataku memandang kusyen-kusyen kecil yang tersusun kemas mengikut warna dan juga corak. Anak mataku sempat singgah pada sebuah almari kaca yang menempatkan buku-buku di satu sudut. Ya, buku-buku itu disusun mengikut saiz, warna dan juga abjad! Perpustakaan pun boleh kalah kalau macam ni.

            “Awak kata awak tak hire maid untuk kemas rumah. So, awak yang kemas satu rumah besar ni?” Soalku, tidak percaya.

            “Yup. Saya kan tinggal sorang je. So, bukannya bersepah sangat rumah.” Jawab Benyamin.

            “Pokok-pokok bunga kat luar tu? Laman kat luar tu? Awak jugak yang jaga ke?” Soalku lagi.

            “Yalah. Bukannya susah sangat pun.” Jawab Benyamin sebelum berlalu ke tingkat atas.

            Tinggallah aku seorang diri di tingkat bawah. Aku masih dalam keadaan terkejut sambil memerhatikan keadaan sekeliling rumah banglo tiga tingkat ini. Gila besar! Ni kalau nak main jerit-jerit macam Tarzan pun boleh.

            “Make yourself home. I have an urgent meeting in another one hour. Tapi, saya kena gerak pergi office sekarang. We’ll talk again malam nanti. One reminder, saya tak suka keadaan rumah berselerak and messy.” Pesan Benyamin yang sudah menukar pakaiannya sebentar tadi.

            Belum sempat aku bersuara, Benyamin sudah keluar. Isy, dia ni! Ingat aku ni robot yang hanya menerima arahan ke? Apa aku nak buat sorang-sorang dekat dalam rumah yang besar macam istana ni? Aku berdiri di tengah-tengah ruang tamu tingkat bawah sambil mendongak ke tingkat atas. Nak bersihkan rumah ke? Macam tak perlu sebab rumah ni dah bersih sangat. Rasanya, rumah sewa aku dengan Afiqah pun tak sekemas ini. Sah, mamat ni jenis yang cerewet lagi banyak songeh.

            Satu-satunya yang aku boleh buat sekarang ialah melawat satu tingkat demi satu tingkat rumah ini. Melampau tak kalau aku rasa aku boleh sesat dalam rumah ni? Aku mengatur langkah ke ruang dapur yang bersaiz besar. Ruang dapur dipisahkan kepada dua bahagian; dapur kering dan juga dapur basah. Sama seperti keadaan di ruang tamu, segala perkakas memasak disusun dengan sangat rapi. Lantai dapur tersangatlah berkilat.

            Ada sebuah bilik bacaan dan juga bilik solat di tingkat bawah. Ada sebuah bilik membasuh pakaian dan juga tempat menggosok pakaian. Aku ke tingkat dua pula dan kelihatan empat buah bilik di tingkat ini. Semua pintu bilik tertutup rapat dan aku yakin bahawa setiap bilik tersebut merupakan bilik tidur. Aku melangkah ke tingkat atas sekali dan sekali lagi aku berasa sangat kagum dengan dekorasi rumah ini. Tingkat tiga ini mempunyai ruang yang besar dan lapang tanpa sebarang bilik. Tingkat ini merupakan tempat kerja Benyamin memandangkan ada sebuah meja kerja, beberapa almari kaca yang mempamerkan barangan keluaran A To Z. Di atas meja kerja Benyamin, kelihatan timbunan kertas lakaran yang disusun kemas.

            Aku turun semula ke tingkat bawah sekali dan duduk di ruang tamu. Aku mengeluarkan tablet untuk menyemak email sebelum memikirkan apa lagi yang boleh aku lakukan selepas ini. Mungkin aku boleh menyediakan hidangan makan malam untuk Benyamin nanti. Aku masuk ke bilik solat untuk menunaikan solat Zohor terlebih dahulu.


************************

            Aku mengeluh melihat isi peti ais rumah ini. Harapkan peti ais je besar, rumah besar, tapi dalam peti ais tak ada bahan-bahan yang boleh digunakan untuk memasak. Yang ada cuma beberapa batang lobak merah, kiub tomyam, telur dan dua biji timun. Aku teringat serbuk makanan laut yang kubawa dari Langkawi. Menu yang boleh dimasak sekarang hanyalah nasi goreng tomyam. Hentam je lah!

            Benyamin tiba di rumah apabila jam menunjukkan hampir pukul 8 malam. Berkerut-kerut dahi Benyamin memandang dua pinggan yang sudah terisi dengan nasi goreng tomyam.

            “Awak masak?” Soal Benyamin sambil melabuhkan duduk di hadapanku yang sudah menunggu di meja makan.

            “Tak adalah, ikan dalam akuarium tu yang masak.” Jawabku selamba. Macamlah ada orang lain lagi dalam rumah ni. Suka sangat tanya soalan tak berapa nak cerdik dia tu.

            “Boleh makan ke ni?” Soal Benyamin lagi sambil memerhatikan pinggan yang berisi nasi goreng tomyam itu.

            “Amboi, amboi. Dah namanya makanan, mestilah boleh makan. Don’t worry, saya tak letak benda-benda pelik dekat dalam nasi goreng ni. Awak tak rasa lagi nasi goreng ni. Kalau rasa sekali, mesti awak nak lagi.” Jawabku.

            “Jom makan.” Balas Benyamin pendek dan bangun semula untuk membasuh tangan dan membawa dua set sudu dan garfu. Dia menadahkan tangan untuk membaca doa makan sebelum menyudu nasi goreng ke dalam mulut.

            Aku turut menyudu nasi goreng ke dalam mulut sambil memerhatikan reaksi Benyamin yang kini kelihatan tidak tentu arah itu. Tak sedap ke?

            “Awak letak apa dalam nasi goreng ni?” Soal Benyamin tiba-tiba. Aku lihat wajah Benyamin sudah menjadi merah.

            “Carrot, kiub tomyam, telur dengan serbuk makanan laut.” Jawabku.

            “Serbuk makanan laut?” Soal Benyamin.

            Aku angguk dan kini aku berasa semakin pelik dengan pertanyaan Benyamin. Tiba-tiba Benyamin terbatuk-batuk kuat seperti orang yang sedang tercekik. Dia memegang tengkuknya sendiri. Aku kaget. Kenapa ni? Pantas aku bangun dan mengambil segelas air. Benyamin meneguk air tersebut dengan rakus tetapi keadaanya masih begitu. Dia kelihatan seperti susah untuk bernafas.

            “Kenapa ni? Apa yang dah jadi ni?” Soalku cemas dan Benyamin masih begitu.

            “Kita pergi klinik sekarang jugak.” Ujarku dan berlari ke ruang tamu untuk mencari tudung.
           

            

9 comments:

  1. Ala...x puas baca....nak lagi boleh...hehe...

    -Col-

    ReplyDelete
  2. ala...pendeknya...x puas baca....
    -nur-

    ReplyDelete
  3. Alahai,bru nk melepaskn rndu..smbung lg cik writer..best gle

    ReplyDelete
  4. Lama menanti... akhirnya ada jgk sambungan... tq. .. nk lg

    ReplyDelete
  5. salam yumi..
    pls reply email akak asap ya..
    redskat7@gmail.com tq

    ReplyDelete