Monday 22 July 2013

Encik Kutub Utara 4



Bahagian 4


Rasa macam nak masuk sembunyi dalam luggage supaya orang sebelah menyebelah dalam kapal terbang ni tak saling memandang aku. Aku ni dah macam baru turun dari planet Alien Workshop ke? Seperti yang kuduga, mummy menelefon keesokan harinya, sehari selepas aku berjumpa Benyamin di hospital. Bingit juga telinga menahan bicara mummy yang panjang. Mummy tersangat terkejut. Tambah-tambah pula cerita itu keluar di surat khabar. Mummy meminta aku pulang ke Langkawi pada hari ini. Ingin berbincang katanya. Benyamin yang baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah hari ini, akan datang bertemu dengan keluargaku pada esok hari.

            “Kakak ni bakal isteri Mr. Benyamin Ziqri kan?” Tegur seorang budak perempuan yang duduk di sebelahku.

Aku yang baru sahaja ingin melelapkan mata sebaik sahaja kapal terbang selamat berada di atas awan, terkejut. Alamak! Tolonglah jangan minta sign. Akak ni bukannya artis, dik. Aku hanya tersenyum kepada budak perempuan itu. Takkanlah aku nak buat announcement yang sebenarnya aku tak nak kahwin dengan si Ben tu? Mahunya bergegar Airbus ini.

            “Tahniah, kak! Ramai gila orang cemburu dengan akak sebab dapat kahwin dengan designer yang famous lagi handsome. Saya pun jealous dengan akak. Tapi, akak memang padan dengan Mr. Benyamin.” Balas budak perempuan ini mesra. Aku tersenyum lagi. Ini sahajalah yang mampu aku lakukan.

            “Adik pun minat dengan design Ben ke?” Soalku.

            “Minat sangat. Saya ni budak fashion design jugak, kak. So, memang dapat banyak inspirasi bila tengok design Mr. Benyamin.”

            “Oh…patutlah! Belajar dekat mana?”

            “Lim Kok Wing University.”

Masaku di dalam pesawat terisi dengan melayan celoteh budak perempuan di sebelahku yang memperkenalkan namanya sebagai Mimi.


Aku tiba di lapangan terbang Langkawi menjelang lewat petang. Keadaan di lapangan terbang agak sesak juga, memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah. Mat-mat salih dan juga pak-pak Arab kelihatan di mana-mana. Dari jauh, aku sudah nampak Aqwa dan Amir sedang menungguku di balai ketibaan. Kedua-dua adikku itu melambai ke arahku. Mereka berdua bersalaman denganku dan kami berpelukan erat kerana sudah lama tidak berjumpa.

“Kita dok peluk-peluk tengah ramai macam ni, tak keluaq paper ka, Ayong? Kot-kot la ada paparazzi ikut ayong la ni. Nanti depa ingat ayong ada skandal dengan orang lain pulak.” Usik Aqwa. Mulalah dengan ayat loyar buruk dia tu. Aku cubit geram lengan kirinya.

Mummy dengan abah macam mana? Ada puting beliung kat rumah dak?” Soalku pada Amir.

“Puting beliung tu tak dak lah. Tapi adalah sikit macam tsunami. Mummylah, hingaq sikit bila dapat tau. Angah dengan Achik dah tau malam yang depa letak kat internet. Abah pulak, macam biasalah. Cool je. Abah cakap, apa-apapun tunggu ayong balik rumah. Kita bincang dengan tuan punya badan.” Jawab Amir.

Aku, Aqwa dan Amir berjalan beriringan ke tempat meletak kereta. Tak sabarnya nak balik rumah. Tak sabar nak tengok pantai petang nanti. Tapi, rasanya dekat rumah mungkin arus tengah ‘pasang’.

“Ayong dengan Ben tu, betul ke?” Soal Aqwa yang sedang memandu.

“Tak betul.” Jawabku tenang. Berpusing kepala Aqwa memandang ke arahku.

“Dah tu? Mummy kata ayong nak kahwin dengan Ben tu.” Sampuk Amir.

“Betullah tu.” Jawabku.

“Apa ayong cakap belit-belit ni. Tak fahamlah.” Komen Aqwa. Dahinya sudah berkerut.

“Kalau ayong cerita dekat korang, korang boleh simpan rahsia tak?” Soalku pada adik-adik lelakiku itu. Dalam adik-beradikku, hanya aku seorang yang perempuan. Aku ada tiga adik lelaki; Aqwa anak kedua, Amir selepas Aqwa dan Afif yang bongsu.

Of course lah, boleh. Kitorang ni the best secret keeper kot.” Balas Amir, sempat lagi masuk ke dalam mesin basuh dan tekan punat ‘start’ sendiri.

Best secret keeper konon. Sekarang ni, pandailah gebang dengan ayong. Depan mummy nanti, masing-masing kecut jadi tikus mondok.” Sindirku. Aqwa dan Amir sudah ketawa terkekek-kekek.

“Kali ni kitorang janji tak bagitahu. Betul ni! Kalau mummy tanya pun kitorang tak bagitahu.” Janji Amir. Siap mengangkat kelima-kelima jari kanannya ke atas. Seperti orang yang mahu membaca ikrar.

“Ya ke ni. Korang ni bukannya boleh percaya sangat.”

“Iya, ayong. Kali ini serius.” Tambah Aqwa pula.

“Serius? Walaupun mummy nak baling hangpa masuk dalam laut Pantai Chenang.”

“Kitorang berenanglah, ayong.” Balas Amir.

“Hah, loyar buruk, loyar buruk. Ayong tengah serius nih.”

“Achik pun tengah serius ni.” Balas Amir, tidak mahu kalah.

Aku pandang Aqwa dan Amir silih berganti. Masih teragak-agak untuk menceritakan hal yang sebenar.

“Tapi, korang janji dulu.” Ujarku.

“Ya, janji!” Balas Aqwa dan Amir serentak.

Aku menarik nafas sebelum membuka cerita kepada Aqwa dan Amir. Mereka berdua tekun mendengar. Aku ceritakan semuanya, bermula dengan bagaimana aku boleh mengenali Benyamin sehinggalah peristiwa pengumuman kahwin di depan paparazzi.

“Ben tu sewel ke apa?” Soal Aqwa dengan nada geram.

Sewel bin senget bin mereng. Cakap dengan dia buat rasa sakit hati, sakit jiwa, naik darah.” Jawabku, terbayang-bayang raut wajah yang kurang berperasaan itu di hadapan mata. Isy, apasal teringat kat mamat tu pulak?

“Dah tu, take legal action je lah dekat dia, ayong. Saman malu ke.” Saran Amir pula.

“Ayong memang ingat nak buat macam tu. Tapi, ayong fikir balik. Ben tu bukan orang biasa-biasa. Kalau ayong file up saman dekat dia, lagi kecohlah benda yang dah sedia kecoh ni. Nanti geng-geng kepoh paparazzi tu mesti kejar ayong, nak dapatkan cerita sensasi. Ayong tak naklah hidup macam artis.” Balasku.

Aqwa dan Amir terus terdiam. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

“Tadi pun ayong dah penat nak sorokkan muka ayong yang cantik ni dekat dalam flight. Orang asyik pandang aje.” Tambahku lagi. Aqwa dan Amir ketawa.

“Kitorang terkejut beruk, orang utan tau dak. Ayong dah lah tak dak sapa yang nak sebab garang macam tentera Jepun. Tiba-tiba ada young, famous designer nak kahwin dengan ayong. Keluaq paper pulak tu.” Balas Aqwa.

“Amboi, mengata ayong tak laku eh!” Lengan Aqwa kutampar lagi. Aqwa hanya ketawa.

“Tapi kan, ayong. Mummy kat rumah tu macam dah tak ada angin tsunami since malam tadi.” Beritahu Amir.

“Dah surut kot. Tengok nanti bila ayaq pasang jadi lagu mana.” Balasku pula.

Mummy semangat gila kemas rumah hari ni. Satu hari bersihkan rumah. Tanya angah kalau ayong tak percaya.” Tambah Amir lagi. Aqwa mengangguk, mengiakan kata-kata Amir.

“Tu sebab Ben nak datang rumah kita esok. Sebab tu mummy berkemas bagai nak rak tu.” Balasku pula.

Aku mula berasa tidak sedap hati. Tolonglah jangan ada kejutan yang entah apa-apa. Jantung aku ni dah penat, asyik menyerap kejutan sahaja semenjak dua, tiga hari yang lepas.


**********************

            “Mummy dok tengok ayong dari tadi. Awat? Ayong dah jadi makin cantik ka?” Usikku pada mummy yang sedang duduk berhadapan denganku. Wajahku dipandang lama.

            “Macam mana boleh jadi lagu ni, ayong? Nasib baik mummy tak dak sakit jantung. Kalau dak, mungkin dah jalan dah.” Balas mummy.

            “Janganlah cakap lagu tu, mummy. Sedih ayong dengaq. Ayong minta maaf, mummy. Ayong pun tak tahu macam mana boleh jadi lagu ni.” Aku mengadu pada mummy.

            “Mummy marah ayong ka?” Soalku pula.

            “Marah dak lah. Terkejut ada. Kenapa tak habaq dengan mummy dengan abah dulu. Tiba-tiba terus keluaq kat surat khabar.” Jawab mummy. Nada suara mummy dilembutkan sedikit.

            “Mana ayong kenal Benyamin tu? Abah dengar dia muda setahun dari ayong.” Tutur abah tenang.

          “Dia anak guam ayong. Kitorang kenal dari situ. Ha’ah, abah. Dia muda setahun dari ayong.” Balasku. Sampai sudah aku takkan cerita versi original seperti yang diketahui oleh Aqwa dan Amir. Mahunya melompat keluar jantung mummy dengan abah. Benyamin datang esok, pandai-pandailah dia uruskan. Pandai-pandai menghuru-harakan hidup aku, pandai-pandailah dia bertanggungjawab.

          “Kenapa ayong tak ada bagitahu kami pasal nak kahwin ni? Ayong dah tak sayang mummy dengan abah ke?” Soal abah lagi.

            “Bukan macam tu, abah, mummy. Ayong memang nak bagitahu. Cuma bila Ben masuk hospital sebab accident, paparazzi asyik asak dia macam-macam. Sebab tu dia terpaksa bagitahu terus.  Plannya memang Ben nak datang sini jumpa mummy dengan abah. Ayong minta maaf. Ayong tak terfikir langsung nak belakangkan mummy dengan abah dalam hal ni.” Jawabku sambil memandang ke bawah. Terpaksa aku mereka-reka cerita sedikit.

            “Tak apalah, ayong. Benda dah jadi. Sekarang kita pandang ke depan aje. Ayong pergilah masuk tidur, berehat. Esok kan ayong dah nak bertunang.” Balas abah.

            Aku yang sudah bangun dari dudukku, terus terduduk semula di atas sofa. Bertunang? Rasanya telinga aku ni masih dapat berfungsi dengan baik lagi.

            “Bertunang? Ayong tak tau pun.” Soalku dengan nada suara yang cuba dikawal di hadapan mummy dan abah.

            “Ben telefon kami pagi semalam. Dia kenalkan diri dia, minta maaf dengan kami atas apa yang berlaku. Ben cakap dia datang dengan wakil dia esok. Merisik dulu sebab nak ikut adat and terus bertunang.” Jawab mummy.

            “Ben tak bagitahu ayong sebab dia kata dia kena bagitahu wali ayong dulu, minta izin. Lagipun, dia nak buat kejutan untuk ayong.” Tambah abah pula.


            Kejutan? Banyaklah mamat tu punya kejutan! Aku dah nak pitam dah ni. Dah nampak bintang berpusing-pusing di hadapan mata. Rasa nak pergi Pantai Chenang la ni jugak. Lepas tu nak menjerit dekat laut, nak maki hamun si Benyamin tu berbakul-bakul. Argh!


9 comments:

  1. Wah...gla punya Ben...

    ReplyDelete
  2. hahaha... ben oooo ben!!!
    kalah ben10 si superhero

    ReplyDelete
  3. wah, walaupun Ben tu macam tak berperasaa, dia still hormat orang tua. Bagus bagus! :-)

    ReplyDelete
  4. hahaha...gile lawak si Ben ni. Yumi ni orang utara ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan, tapi saya pernah merasa sekolah dekat utara :)

      Delete