Wednesday 10 July 2013

Encik Kutub Utara 2



Bahagian 2


Ketika aku dan Afiqah tiba di ruang menunggu Hospital Besar Kuala Lumpur, kelihatan Datuk Zamir dan Datin Farha sedang menunggu di luar wad ICU.

            “Assalamualaikum, datuk, datin.” Tegurku sopan dan bersalaman dengan Datin Farha. Aku melemparkan senyuman ke arah Datuk Zamir yang wajahnya beriak risau.

            “Cik Nuha kan? Lawyer arwah abang Zakaria kan?” Balas Datuk Zamir.

            “Ya, saya. Petang tadi kan kita baru berjumpa, datuk.” Balasku hormat. Datuk Zamir kelihatan menganggukkan kepalanya.

            “Macam mana dengan Encik Benyamin?” Soalku ingin tahu memandangkan Benyamin merupakan anak guaman aku sekarang.

            “Saya pun tak pasti. Sejak tadi lagi doktor belum keluar. Apa yang dimaklumkan kepada saya, keadaan Ben agak kritikal. Dia tidak sedarkan diri dan mengalami hentakan yang kuat di kepalanya.” Jawan Datuk Zamir yang sedari tadi mundar-mandir di hadapan pintu wad. Datin Farha yang sedang duduk hanya memerhatikan tingkah laku suaminya tanpa bersuara apa-apa.

Aku dan Afiqah turut mengambil tempat bersebelahan dengan Datin Farha. Tidak lama kemudian, datang dua orang gadis yang berusia dalam lingkungan awal 20-an dan seorang lelaki yang mungkin berusia lewat 20-an.

            “Mummy, daddy! How’s abang Ben?” Soal si gadis yang memakai t-shirt berlengan pendek berwarna merah jambu.

            “Tak tahu lagi, Fifi. Doktor belum keluar lagi.” Jawab Datin Farha sambil membelai rambut panjang mengurai anaknya.

            “Ni siapa?” Soal anak perempuan Datuk Zamir yang seorang lagi ke arahku dan Afiqah. Lelaki yang kuagak mungkin merupakan abang mereka berdua, turut memandang ke arah kami berdua.

            “Saya Nuha Damia, Benyamin’s lawyer. Yang ni kawan saya, Afiqah.” Jawabku dan berdiri untuk bersalaman dengan Fifi dan yang seorang lagi.

            “Saya Fatin, ni kembar saya Fifi. Yang ni our brother, Fiqrash.” Balas Fatin. Huluran tanganku disambut di hujung jari sahaja.

            “Tak tahu pun abang Ben ada private lawyer?” Soal Fatin pada Datuk Zamir. Dia kelihatan agak ragu-ragu dengan kehadiran aku dan Afiqah di situ.

            “Daddy pun baru tahu this evening. Cik Nuha ni yang uruskan amanah arwah Pak Long dengan Mak Long kamu. Sepatutnya petang esok cik Nuha nak jumpa kita satu family untuk terangkan mengenai hal amanah tu.” Jawab Datuk Zamir sambil sempat menoleh ke arahku dan aku mengangguk.

Fatin hanya senyap. Begitu juga dengan Fifi dan Fiqrash yang sedari tadi hanya membisu. Seorang doktor lelaki keluar dari dalam bilik ICU. Datuk Zamir terus menerpa ke arah doktor yang sudah berusia hampir separuh abad itu.

            “Macam mana dengan anak saudara saya, doktor?” Soal Datuk Zamir kurang sabar.

            “Alhamdulillah, encik Benyamin sudah berjaya melepasi paras kritikal. Walaupun terdapat hentakan kuat pada kepala encik Benyamin, encik tak perlu risau. Kami sudah lakukan CT scan dan keputusan menunjukkan segalanya dalam keadaan normal. Bekalan bank darah kami juga cukup untuk encik Benyamin memandangkan encik Benyamin kehilangan banyak darah. Encik Benyamin masih belum sedarkan diri tetapi keadaan dia normal sekarang. Insya- Allah, mungkin esok encik Benyamin akan sedar.” Jawab doktor lelaki itu.

            “Alhamdulillah.” Datuk Zamir mengucapkan syukur sambil sempat meraup wajah.

            “Saya rasa lebih baik keluarga encik pulang berehat dan datang semula pada esok hari. Jika ada apa-apa perkembangan mengenai encik Benyamin, saya akan hubungi encik dengan segera.” Tambah doktor itu lagi.

            “Terima kasih, doktor.” Balas Datuk Zamir sebelum doktor itu berlalu.

Kami yang sedari tadi memasangkan telinga hanya mampu mendiamkan diri. Aku lihat Datuk Zamir melangkah longlai ke arah Datin Farha.

            “Kita balik dulu, berehat. Lagipun, Ben masih belum sedarkan diri. Doktor akan call daddy bila Ben dah sedar. Cik Nuha, saya akan maklumkan pada awak if ada apa-apa perkembangan dari Ben. Terima kasih sebab sudi datang malam-malam begini. Minta maaf sebab kami sekeluarga mengganggu.” Ujar Datuk Zamir.

            “Eh, tak mengganggu pun, datuk. Insya-Allah kalau esok saya free, saya akan datang ke sini lagi. Appointment saya dengan family datuk masih berjalan seperti biasa ya. Petang esok di pejabat datuk.” Balasku dan disambut dengan anggukan Datuk Zamir.

Aku dan Afiqah bersalaman dengan mereka sebelum kami berjalan beriringan ke kereta yang diletakkan di tempat parkir kereta.

            “Something smells fishy.” Komen Afiqah sebaik sahaja kami sudah berada di dalam kereta.

            “Smells fishy? Apa bendanya yang berbau hanyir tu?” Soalku sambil menukar gear kereta dari ‘P’ ke ‘D4’ dan kereta mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan kawasan perkarangan hospital.

            “Yalah, Benyamin tu kena accident kereta hari ni. Hari yang kau bacakan amanah pada Datuk Zamir. Okeylah, Ada possibility yang accident kereta tu memang accident disebabkan kecuaian Ben ataupun pemandu kereta lain. Tapi,” Afiqah berjeda seketika.

            “Tapi?” Soalku.

            “Tapi, ada jugak another possibility yang accident kereta tu memang dah planned. Maybe Datuk Zamir’s plan.” Jawab Afiqah.

            “Isy, kau ni! Tak baik menuduh Datuk Zamir tu. Kau pun tengok sendiri tadi kan macam mana Datuk Zamir tu. Dia betul-betul risaukan Ben.” Komenku kurang setuju.

            “People can always act, Nuha. Show a good act to cover their true colours. This is the real world.” Balas Afiqah. Aku sudah menggelengkan kepala. Pesimis sungguh kawan baik aku yang seorang ni.

            “Tambah pulak Ben is the only beneficiary sekarang ni kan? And Datuk Zamir memang tahu kalau Ben mati, dia akan dapat semua aset arwah parents Ben. Kau tak rasa benda ni berkaitan ke?” Tambah Afiqah lagi.

            “Kau ni, tak baik tau cakap macam tu. Buat apalah Datuk Zamir yang dah memang sedia kaya tu nak buat macam tu? Dia pun dah ada harta dia sendiri.” Protesku sambil memberhentikan kereta apabil lampu isyarat sudah bertukar merah.

            “Manusia, Nuha. Kalau dah kaya, ada je possibility nak kaya lagi. Kita bukannya tahu.” Sangkal Afiqah.

            “Aku tak rasalah accident Ben tu was a planned one. Aku rasa accident kereta tu mungkin disebabkan kecuaian Ben sendiri. Yalah, kan bahaya drive malam-malam. Mamat tu bawak kereta laju ke. Kau sendiri tengok gambar kereta BMW dia yang remuk gila tu kan? Kan polis cakap dia langgar lori depan dia and terus hilang kawalan. Sah-sah tu kemalangan kereta disebabkan dia cuai.” Ujarku panjang lebar.

            “Okeylah, mungkin jugak since police report dah state macam tu. Tapi, who knows kan.” Balas Afiqah lagi.

Aku sudah tertawa kecil sambil menggelengkan kepala.

            “Babe, I think you have watched too many CSI or NCIS series la. Tu yang sampai terbawak-bawak dalam real life.” Usikku dan Afiqah hanya mengangkat bahu. Sudah malas berbalah denganku.


***********************************


Selesai berjumpa dengan keluarga Datuk Zamir di pejabatnya, aku memandu kereta ke Prince Court Medical Centre memandangkan Benyamin sudah dipindahkan ke sana sebaik sahaja dia sedarkan diri pagi tadi.

Aku sedang berdiri di hadapan pintu bilik yang menempatkan Benyamin. Tangan kanan memegang bakul rotan berisi buah-buahan dan sebelah lagi tangan masih teragak-agak untuk memulas tombol pintu. Aku mula terasa agak takut berserta kecut perut untuk melangkah masuk berjumpa Benyamin yang mungkin lebih kurang mesra alam berbanding semalam. Yalah, emosi orang sakit kan lebih senang terganggu berbanding orang sihat.

Akhirnya, kugagahkan juga tangan kiri untuk memulas tombol pintu. Sewaktu aku melangkah masuk, kelihatan encik setiausaha Benyamin sedang menunjukkan sesuatu pada Benyamin.

            “Assalamualaikum. Err, sorry kalau menganggu. Maybe, I should come in later?” Tuturku satu persatu sambil anak mata difokuskan kepada Muiz, setiausaha Benyamin yang sentiasa tersenyum manis. Takut pulak nak pandang bos dia yang tak pandai nak senyum tu.

            “No worries, Miss Nuha. Have a seat. Kitorang pun dah nak habis discussion ni.” Kedengaran suara Benyamin membalas. Aku sudah terkebil-kebil. Sejak bila dia dah pandai ada adab dan sopan sedikit ni?

            “So, Muiz, just proceed dengan this month punya batch production as what we have planned earlier. Inform pada sales department pasal amendment tu. And satu lagi, please inform Karlil yang saya nak jumpa dia as soon as possible.” Ujar Benyamin pada Muiz yang ralit mencatat pada tablet miliknya.

            “Noted, sir. Anything else?” Soal Muiz. Aku sangat kagum melihat mana-mana setiausaha lelaki menjalankan tugas mereka.

            “That’s all, for now. Thanks a lot.” Jawab Benyamin.

            “Saya harap encik cepat sembuh dan kembali ke A To Z bersama kami. Kami di sana sentiasa doakan agar encik dikurniakan kesihatan yang terbaik oleh Allah.” Tambah Muiz lagi.

            “Amin. Insya-Allah, tak lama lagi saya akan boleh bekerja seperti biasa. Sampaikan salam saya pada yang lain-lain juga.” Pesan Benyamin pada Muiz sebelum setiausahanya itu meminta diri, meninggalkan aku dan Benyamin di dalam bilik berdinding putih yang bersaiz besar itu.

            “So, Miss Nuha, you came here as my lawyer or as a friend?” Soal Benyamin tiba-tiba.

Eh, aku ni boleh dikira sebagai kawan dia jugak ke? Rasanya tempoh perkenalan kami belum mencapai tempoh 24 jam.

            “As your lawyer.” Jawabku tenang. Wajah Benyamin yang kelihatan lebam di sana-sini itu sempat kupandang sekilas sebelum mengalihkan pandangan pada bakul rotan yang kubawa tadi.

            “Macam mana dengan keadaan encik?” Soalku. Rasanya, perlu juga aku mengetahui perkembangan kesihatan anak guaman aku ini sekarang.

            “Better than yesterday, alhamdulillah. Cuma I can’t walk like I used to. The doc said yang ni temporary injury je. Sooner or later I boleh jalan macam biasa.” Jawab Benyamin dan aku pandang kaki kanannya yang berbalut.

            “Oh,ya! Kereta encik ada di bengkel. The condition was quite worst.” Beritahuku memandangkan aku menerima panggilan telefon di pejabatku pagi tadi. Pelik juga mengapa aku yang perlu menguruskan hal kereta mamat ni.

            “I knew. Polis yang datang pagi tadi tunjukkan gambar kereta tu. Tak payah repair lah. I can use my other car.” Balas Benyamin.

            “Yalah, lupa pulak tengah bercakap dengan orang kaya. Kereta banyak, tak perlu susah nak repair kereta yang rosak.” Gumamku seorang diri.

            “I beg your pardon?” Soal Benyamin.

Eh, dia dengar ke tadi? Aku membebel untuk kepuasan diri sendiri je sebenarnya.

            “Nothing, sir.” Jawabku bersahaja, sempat tersenyum. Hari ini pun, encik kutub utara di hadapanku ini masih dingin membeku. Sakit sangat agaknya sampaikan nak tersenyum pun susah.

            “Selain dari gambar tu, polis inform me some other shocking information.” Tambah Benyamin. Wajahku dipandang tepat dan aku mula berasa tidak sedap hati dengan apa yang bakal diberitahu oleh Benyamin.

            “Apa lagi yang pihak polis bagitahu?” Soalku.

            “My accident was not a normal accident.” Jawab Benyamin.

            “Not a normal accident? Maksudnya?” Soalku lagi dan dalam masa yang sama ingatanku terbang semula kepada perbualan aku dan Afiqah malam tadi.

            “It was a planned one.” Jawab Benyamin dengan suara yang berbisik.

            “The culprit potong tali brake saya, malfunction my handbrake. Plan dia berjalan lancar bila saya tak dapat nak brake or guna handbrake kereta supaya tak rempuh lori besar dekat depan. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan nyawa saya.” Tambah Benyamin lagi.

Aku sudah terdiam, tidak menyangka apa yang diduga oleh Afiqah malam semalam betul-betul terjadi. Sejujurnya, aku sangat tidak menyukai siri CSI atau Crime Scene Investigation dalam dunia realiti.

            “Kenapa awak bagitahu saya semua ni?” Soalku sambil berpeluk tubuh. Tolonglah jangan minta aku mencari siapa si jahat itu. Tugas aku hanyalah menjaga amanah arwah Tan Sri Zakaria sahaja.

            “Sebab saya rasa all these things related dengan amanah yang saya bakal dapat tu.” Jawab Benyamin.

Aku mengerutkan dahi, tidak faham.

            “Kalau ditakdirkan saya meninggal dunia dalam kemalangan semalam, awak rasa siapa yang akan dapat the benefit?”

Aku terdiam.

            “I know, I don’t have the right to point fingers but saya cuma rasa.” Balas Benyamin tenang.

            “Tak semestinya berkaitan dengan amanah tu, Mr. Benyamin. Boleh jadi awak ada musuh lain yang mungkin dengki dengan awak.” Sangkalku, cuba menyuarakan kebarangkalian yang lain. Benyamin pantas menggeleng.

           “Selama saya take over my late parents’ business, saya tak ada negative or bad relationship dengan orang lain. Tak ada orang nak blackmail saya or buat something similar as that. Cuma bila semalam lepas awak infrom pasal amanah tu, accident ni jadi.” Protes Benyamin.

Aku terdiam, tidak berani memberi sebarang komen.

            “Besides, I am no reallyt in a good relationship with Pak Su’s family. Walaupun saya anak yatim, saya dijaga oleh pengasuh saya. Saya membesar dengan belajar berdikari sendiri.” Tambah Benyamin lagi.

            “Macam ni lah, Encik Benyamin. Saya boleh minta tolong kawan saya yang lebih pakar berkaitan civil cases untuk bantu encik. Civil cases bukan kepakaran saya, jadi dia lebih tahu. Buat masa sekarang, encik berehat dulu. Jangan fikirkan sangat accident semalam. Yang penting, encik dah selamat. Saya boleh minta bodyguard untuk make sure keselamatan encik selama encik berada di hospital ini jika encik mahu.” Balasku.

            “No, I don’t prefer that. Insya-Allah saya selamat dekat sini.” Balas Benyamin.

            “So, saya akan update encik for further information.” Aku sudah bangun dari dudukku dan ingin meminta diri.

            “Thanks .” Balas Benyamin membuatkan aku kagum sebentar. Reti rupanya nak mengucapkan terima kasih. Aku ingatkan tak pandai nak sebut perkataan terima kasih tu.

            “You’re welcome. Take care.” Pesanku.


p/s : Here you go, the second part. Sorry terlambat sikit. Have fun reading. Selamat menyambut bulan Ramdhan al-Mubarak. Marilah sama-sama melipat gandakan ibadah kita di bulan yang mulia ini :) 



5 comments:

  1. Ok..menarik ni.."_"

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan... xpuas rasanya .mcm sekejap je bce heeee

    ReplyDelete
  3. Best �� Update lah lagi, tak sabar ☺

    ReplyDelete
  4. X puas bca...x sbr nk tnggu next entry...

    ReplyDelete