Sunday 30 June 2013

Encik Kutub Utara 1



Bahagian 1


          “Isy, seronoknya kalau kahwin dengan artis. Dapat merasa wedding gilang-gemilang. Boleh jugak dapat title wedding of the year.” Komen Laila yang sedang membaca surat khabar bertarikh hari ini. Aku yang sedang sedap menikmati spaghetti carbonara, sempat memandang wajah teruja Laila sebelum kembali menunduk memandang pinggan berisi spaghetti.

            “Ha’ah, kan. Dapat banyak sponsor, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Majlis pun dah tak payah nak risau sangat. Meletop gitu!” Sokong Rina pula.

            “Amboi,amboi. Korang ni kalau bergossip pasal kahwin, nombor satu. Nak kahwin dengan artis apanya kalau encik abang korang tu bukan artis.” Kedengaran suara kak Aina pula.

            “Ala,kak. Kitorang cakap-cakap je.” Balas Laila, tersengih.     
                
            “Orang yang belum kahwin ni pun tak ada nak berangan apa-apa.” Kak Aina sudah mengusikku pula. Anak matanya sudah difokuskan kepadaku .

            “Hah? Apa dia, kak?” Soalku, pura-pura tidak mengerti. Pura-pura tidak faham merupakan penyelesaian terbaik untuk topik-topik sebegini. Tangan kanan masih ligat menyumbat garfu berisi spaghetti ke dalam mulut.

            “Nuha dah berapa hari tak makan?” Soal Rina tiba-tiba.

            “Separuh hari. Time hearing kat court tadi rasa lapar gila. Nasib baik orang tak heard bunyi perut.” Jawabku bersahaja, mengundang tawa kecil Rina.

            “Soalan akak tadi tu, Nuha tak jawab lagi.” Soal kak Aina kembali.

Alamak, tak habis lagi ke topik tadi? Kak Aina ni memang kuat ingatan sungguhlah.

            “Soalan yang mana ya, kak?” Aku pura-pura bertanya lagi.

            “Angan-angan pasal wedding sendiri tu."

Aku senyap seketika. Angan-angan? Yang aku tahu, lagu bertajuk pelamin anganku musnah je lah. Nak jawab macam tu je boleh tak?

            “Tak kisah, janji bukan kahwin dengan artis.”

Jawapanku membuatkan Laila dan Rina berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing ketawa memandangku yang masih khusyuk menghabiskan sepinggan spaghetti sebelum perlu ke Subang Jaya pula.


************************************


Jam dinding sudah menunjukkan hampir pukul 2 petang. Aku mengemaskan meja yang sedikit berselerak dengan timbunan fail. Aku mencari fail jernih yang sudah disediakan dari semalam dan dimasukkan ke dalam beg. Samsung Tablet juga dimasukkan ke dalam beg sebelum aku menutup suis komputer dan beredar dari meja kerjaku.

            “Nuha, jadi ke nak jumpa client tu?” Soal Afiqah sebaik sahaja aku bertembung dengannya di dalam lif.

            “Jadi. Ni nak pergi jumpa dia dekat Subang Jaya. Dari minggu lepas buat appointment, hari ni baru dapat jumpa. Kau nak pergi mana pulak ni ?’’ Jawabku sambil melihat penampilan Afiqah yang kelihatan kemas.

            “Jumpa client jugak. Nak bentang wasiat.’’ Jawab Afiqah pula.

            “Kalau macam tu, jumpa kau kat rumah nanti lah. Lepas jumpa client yang ni, aku kena pergi pejabat hartanah dekat Putrajaya pulak.” Balasku.

            “Yalah.” Balas Afiqah sebelum kami berpisah ke kereta masing-masing.



Dari firma guaman yang terletak di Shah Alam, aku memandu ke Subang Jaya. Usai memakirkan kereta di tempat parkir yang disediakan, aku mengatur langkah masuk ke dalam bangunan yang bentuknya sangat unik dan ekslusif. Nama A To Z terpampang besar di luar. Aku terpinga-pinga seketika sebelum mengatur langkah masuk.

            “Yes, miss. May I help you?” Sapa penyambut tetamu yang sedang tersenyum manis.

            “Saya ada appointment dengan Mr. Benyamin Ziqri sekarang.” Ujarku sambil sempat menelek jam tangan sendiri. Ada 10 minit lagi sebenarnya.

            “Sebentar ya, cik.”

Aku mengangguk sambil tersenyum. Sambil menunggu cik penyambut tetamu membuat panggilan, mataku meliar ke kawasan sekeliling. Kelihatan pelbagai bentuk rekaan beg tangan, purse, dompet lelaki, kasut dan juga scarf yang ditayangkan dengan kreatif. Kesemua barang-barang yang dipertontonkan kelihatan sangat ekslusif. Aku agak bangunan ini merupakan headquarter jenama A To Z kerana aku perasan kesemua barangan di sini mempunyai jenama A To Z yang ditampal megah.

            “Cik Nuha Dhamia ya?” Panggil cik penyambut tetamu. Senyuman manis masih tidak lekang dari bibir.

            “Ya, saya.” Jawabku.

            “Encik Benyamin tunggu cik di pejabatnya. Tingkat 3 ya.” Beritahu cik penyambut tetamu.

            “Oh, okey. Terima kasih, ya.” Balasku sambil melemparkan senyuman sebelum bergerak ke lif. Aku masuk ke dalam lif dan menekan butang lif untuk ke tingkat 3.

Sebaik sahaja aku sampai di tingkat 3, aku seolah-olah baru melihat satu lagi pemandangan baru. Kawasan pejabat yang tidak mempunyai banyak bilik dan mempunyai ruang bersaiz besar dengan hiasan dalaman yang berwarna-warni dan ceria. Pelbagai reka bentuk beg tangan dan juga kasut kelihatan di mana-mana sahaja.

            “Cik Nuha kan?” Tegur seorang pekerja lelaki. Aku berpaling ke arahnya dan menangguk. Lelaki ini tersenyum manis.

            “Saya setiausaha Encik Benyamin. Encik Benyamin sedang menunggu cik. Sila ikut saya.” Ujarnya sopan.

Aku tersenyum dan mengikut langkah lelaki yang berkaca mata ini. Kagum juga aku dengan setiausaha lelaki. Kami berhenti di hadapan sebuah pintu kaca.

            “Sila masuk, cik Nuha. Encik Benyamin ada di dalam.” Tutur encik setiausaha ini sambil tersenyum lagi.

            “Terima kasih.” Balasku sambil tersenyum juga sebelum melangkah masuk.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik pejabat sederhana besar ini, mataku terus menangkap almari kaca yang mempamerkan deretan beg tangan dan juga kasut. Aku melemparkan pandangan ke arah kerusi kerja kulit yang kosong. Eh, mana orangnya? Aku bergerak ke arah sofa kulit berangkai tiga.

            “Oh, mak!” Aku sudah terjerit kecil melihat ada sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas sofa tersebut.

Dek kerana jeritan kecilku, lelaki yang sedang tidur ini sudah terbangun. Sepasang matanya terbuka sambil merenung wajahku dengan tajam. Tiba-tiba aku terasa kecut perut. Betul ke ini bilik pejabat Encik Benyamin Ziqri? Lelaki yang kemas dengan kemeja lengan panjang ungu gelap dan digayakan dengan vest hitam, sudah duduk menghadapku.

            “Who are you?” Soal lelaki ini. Anak matanya memang betul-betul tajam, macam hari-hari kerjanya menelan bilah pedang.

            “Nuha Dhamia from Luthfi Akmal & Associates. I am here to discuss on the trust agreement with Mr Benyamin Ziqri.” Jawabku tenang. Aku sempat tersenyum. Senyum Nuha, senyum.

            “I am Benyamin Ziqri. Please have a seat.” Ujar Benyamin dan berlalu ke kerusi kerja kulit yang dibiarkan kosong sebentar tadi.

            “Thank you.” Aku melabuhkan duduk di hadapan Benyamin. Mudanya mamat yang kat depan aku ni. Memanglah, baru nak masuk umur 25 tahun tapi aku agak dia bukan calang-calang orang dalam bangunan besar ini.

            “Cik Nuha, right?” Soal Benyamin. Aku angguk. Senyum lagi.

            “You graduate dari law school mana?” Soal Benyamin lagi.

            “Pardon me, sir?” Soalku agak terkejut. Apasal sekarang ni aku rasa aku macam tengah hadiri sesi temu duga kerja dengan encik dekat depan aku ni. Yang sedari tadi macam tak reti nak senyum.

            “You grad dari law school mana?” Soal Benyamin sekali lagi.

            “UIAM.” Jawabku.

            “UIAM?”

            “Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.”

Lelaki di hadapanku ini terdiam sebentar tetapi masih menelek wajahku. Dekat muka aku ni ada apa benda sampai dia tak habis-habis tenung. Aku sangat pasti mata aku ada dua sahaja, bukannya satu atau pun tiga.

            “Umur?”

            “Turning 26 years old this year.”

            “Dah berapa lama kerja dengan law firm yang current ni?”

            “Straight after grad, nak masuk 3 tahun this year.”

            “I wonder macam mana my late parents boleh pilih you untuk handle their trust agreement.”

Aku masih menghulurkan senyuman sambil berpesan kepada diri sendiri supaya banyak bersabar.

            “Mr Benyamin, sorry to interrupt your interview session. Saya rasa encik tahu yang saya datang sini untuk review balik trust agreement arwah ibu bapa encik dan bukannya datang untuk sesi temu duga kerja. Saya harap kita boleh terus ke topik utama perjumpaan kita hari ini.” Ujarku lembut tetapi tegas. Aku masih tersenyum lagi.

Benyamin senyap. Wajahnya kelihatan merah. Aku tidak pasti sama ada dia menahan marah atau menahan malu. Malas aku nak fikir. Yang penting, aku kena jalaskan tugas aku sebagai trustee atau pemegang amanah asset arwah Tan Sri Zakaria dan arwah Puan Seri Adelia.

            “Seperti yang diamanahkan oleh arwah Tan Sri Zakaria sejak tiga tahun yang lepas, segala aset yang diamanahkan oleh settlor iaitu arwah Tan Sri Zakaria kepada saya selaku trustee akan diserahkan kepada Encik Benyamin Ziqri Zakaria selaku beneficiary. Jumlah aset yang telah diamanahkan kepada saya akan diserahkan sepenuhnya kepada Encik Benyamin sebaik sahaja encik mencapai umur 25 tahun.” Terangku sambil memerhatikan reaksi Benyamin yang ralit meneliti kertas perjanjian yang dipanggil ‘trust deed’ yang kuserahkan kepadanya sebentar tadi.

Peneranganku terhenti sebentar apabila encik setiausaha tadi masuk dengan menatang dua cawan air kopi. Aku sempat mengucapkan terima kasih sebelum dia berlalu.

            “Namun begitu, sekiranya Encik Benyamin Ziqri meninggal dunia sebelum atau selepas mencapai umur 25 tahun, segala aset akan dipindahkan hak milik kepada isteri dan anak-anak Encik Benyamin sekiranya Encik Benyamin telah berkahwin. Sekiranya belum berkahwin, aset akan dipindahkan kepada Encik Zamir, adik lelaki arwah Tan Sri Zakaria secara sepenuhnya. Sekiranya Encik Zamir juga meninggal dunia, asset akan dipindahkan hak milik kepada keluarga Encik Zamir.” Terangku lagi.

            “Kenapa baru sekarang you datang jumpa I and inform pasal trust ni?” Soal Benyamin dengan dahi yang berkerut. Wajahku dipandang tepat.

            “Saya diminta untuk memaklumkan tentang ini kepada encik selewat-lewatnya tiga bulan sebelum tarikh hari jadi encik. Encik boleh rujuk dalam trust deed tu. Selain itu, segala transaksi urusan berkaitan dengan aset yang diamanahkan kepada saya contohnya pembayaran zakat, saya lampirkan juga bersama-sama dengan trust deed itu.’’ Jawabku sambil tersenyum.

Benyamin kelihatan meneliti helaian kertas putih yang bercetak itu. Dia masih mendiamkan diri.

            “You akan maklumkan benda yang sama pada my uncle ke?” Soal Benyamin.

            “Maksud encik, Encik Zamir ke?” Soalku.

Benyamin angguk. Masih tiada senyuman.

            “Ya, saya perlu berbuat demikian kerana Encik Zamir dan ahli keluarganya juga merupakan potential beneficiaries amanah ini.” Jawabku sambil tersenyum. Biarlah, kalau mamat kat depan aku ni susah sangat nak tersenyum, biar aku je lah yang tersenyum sepenuh masa.

            “Bila you nak jumpa diorang?” Soal Benyamin lagi.

            “Hari ini juga. Saya ada appointment dengan Encik Zamir at 3.30 p.m.” Jawabku.

Benyamin kelihatan menganggukkan kepalanya tetapi dahinya masih berkerut.

            “Encik ada apa-apa lagi soalan? Ataupun perlukan lebih penerangan mengenai trust arwah ayah encik ini ?’’ Soalku pula.

            “So far so good, thank you.”
            “Kalau macam tu, saya akan datang jumpa encik semula on 25th June ini, which will be your birthday untuk tandatangan a few documents sebelum saya serahkan sepenuhnya amanah ini.” Wajah Benyamin yang masih tidak beriak itu kupandang sekilas.

            “Yalah, but you inform my secretary a week earlier.”

            “Alright, will do. Kalau macam tu saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”

            “Sekejap !’’

Aku yang mahu keluar dari bilik pejabat itu tidak jadi untuk membuka pintu. Aku berpaling memandang Benyamin yang masih duduk di kerusinya.

            “Thank you, ‘kakak’.’’ Ucap Benyamin dengan suaranya ditekankan pada perkataan ‘kakak’ itu.
Aku sudah terkebil-kebil. Budak ni kan!


************************


            “Fiqah, kau pernah dengar brand A To Z tak?” Soalku sebaik sahaja Afiqah melabuhkan duduk di sebelahku.

            “Brand A To Z? Brand apa tu?” Soal Afiqah sambil tangannya mencapai remote tv di atas meja dan menukar siaran berita ke siaran TV3 yang menyiarkan Buletin Utama.

            “Isy, kau ni. Aku tanya kau, kau tanya aku balik.” Usikku dan Afiqah ketawa.

            “Mak cik, tanyalah pak cik Google. Pak cik tu kan serba tahu.” Ujar Afiqah sambil tersengih.

Samsung tablet yang terletak di atas meja, kuambil dan mula mencari mengenai A To Z melalui carian Google. Aku mula membaca. Mataku membulat sebaik sahaja artikel yang sedang kubaca berkisar mengenai Benyamin Ziqri Tan Sri Zakaria.

            “Wow!” Tuturku spontan.

Afiqah yang sedang menonton televisyen berpaling ke arahku. Dia mengerutkan dahinya, tetapi tidak bertanya.

Aku meneruskan bacaan. Rupa-rupanya jenama A To Z merupakan jenama tempatan yang berjaya menempa nama di merata negara terutamanya England, Perancis dan Itali. Jenama yang dicipta sendiri oleh arwah Tan Sri Zakaria sejak 20 tahun yang lepas. Perniagaan yang tertumpu pada pembuatan beg tangan dan kasut. Selain itu, jenama ini turut menghasilkan dompet lelaki, purse wanita, scarf dan lain-lain. Di Malaysia, jenama ini boleh dijumpai di tiga tempat iaitu KLCC, Pavillion dan Sunway Piramid. Selepas Tan Sri Zakaria dan Puan Sri Adelia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, perniagaan mereka diambil alih oleh Benyamin Ziqri yang berkelulusan dalam rekaan fesyen.

            “Kau baca apa sampai ber’wow’-‘wow’ sakan?” Soal Afiqah akhirnya. Tangannya spontan mengambil tablet yang sedang kupegang.

            “A To Z ni posh brands la. Sebab tu non-fashion maniac macam kita ni tak tahu menahu. Padahal brand ni dah lama rupanya.’’ Komen Afiqah. Matanya masih terpaku pada skrin tablet.

            “Benyamin Ziqri ni siapa pulak ? Apsal kau search pasal dia jugak ?’’ Soal Afiqah lagi.

            “Bacalah dulu.” Jawabku.

           “Mak aih! One of the hottest young bachelors in Malaysia. A famous Malay designer for handbags and shoes. The current owner of A To Z.” Afiqah menyambung bacaanya. Berkerut dahinya memandangku.

            “So, kenapa kau tetiba interested nak tahu pasal Mr Benyamin Ziqri ni? Bukan tadi kau tengah search pasal A To Z ke?” Soal Afiqah lagi. Tablet yang dipegangnya tadi, dipulangkan semula kepadaku.

            “Aku pergi Subang Jaya tengah hari tadi sebab nak jumpa dengan budak ni lah.” Jawabku. Di dalam kepala masih terbayang-bayang raut wajah Benyamin yang tidak pandai untuk tersenyum. Panggil aku ‘kakak’ pulak tu. Sayang betul, muka dah tersangat okey tapi kurang mesra alam.

            “Budak? Budak mana?” Soal Afiqah.

            “Ni, Mr Benyamin Ziqri ni lah. Budaklah, sebab dia muda lagi dari kita.’’ Jawabku.

            “Patutlah muka nampak macam budak-budak je. Comel!” Balas Afiqah sambil tersengih.

            “Kalau kau jumpa dia in person, barulah kau tahu budak ni comel ke tak. Harapkan muka je. Anyway, aku search pasal A To Z sebab budak ni sekarang jadi client aku.” Tambahku.

            “Oh, yang kau kata ada appointment dengan dia pasal trust tu eh?” Balas Afiqah. Aku angguk.

            “So, how is this cute kid in person?” Soal Afiqah sambil tersengih. Aku sudah menggeleng melihat telatah Afiqah. Telefon bimbit yang tiba-tiba menjerit mematikan perbualan kami.

            “Kenapa, Nuha?” Soal Afiqah agak cemas apabila melihat reaksiku selepas menerima panggilan telefon lewat malam sebegini.

            “Teman aku pergi hospital sekarang.” Jawabku dengan perasaaan terkejut yang amat sedari tadi.

            “Hospital? Siapa yang sakit?” Soal Afiqah, semakin pelik dengan tingkahku.

            “Budak yang kau sibuk cakap comel tu lah.”

            “Hah ! This Benyamin Ziqri ? Kenapa ?’’


            “Yes, that Benyamin Ziqri. Dia baru accident kereta. Jom, jom.”



p/s: Salam semua. I'm back!! Hehe, finally after habis final exam, alhamdulillah :D Jadi, sebagai hadiah kasih sayang untuk awak2 semua yang setia menunggu saya ketika tempoh 'berperang' saya, terimalah mini novel baru saya. Have fun reading this sementara saya menyiapkan manuskrip ESMSC (Encik Suami Mat Salih Celup).

22 comments:

  1. Best dan menarik.... #^_^
    Hope u dapat sambung cepat...
    Mesti eksiden tu ada kene mengena dengan wasiat tu kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you :)

      Hehe, kalau nak tahu, kenalah stay tune :D

      Delete
  2. menarikk...
    cepat sambung ya.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Encik suami matsaleh celup x hbs d blog ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, sebab saya nak hantar full manuskrip to publisher, iA.
      Tapi, saya akan open 2 or 3 bab lagi :)

      Delete
  4. maybe pak sedara dia kan.. yang upah untuk bunuh budak comel nie kan..
    betol tak cakap mak nie...by the way.. bestlah jalan cerita dia.. menjadi gitu nyaahhhh
    hahahhahahahahahahahahahhaa

    ape-ape pon mak suka nyaahhh
    keep it up gitu.....

    ReplyDelete
  5. thank you cik writer... so ohssemmm....like it very much... but still miss "ian & iman"...huhu

    ReplyDelete
  6. Ala...x puas bca...nl lagi...

    ReplyDelete
  7. dari last week asik bukak blog kamu sbb tahu ramai yg da hbis paper..finally but tak finally sgt sbb tggu encik suami mat salih celup..hikhik.. tp yg bru nipon besh...hehe

    ReplyDelete
  8. Update la en3 bru cpat2... Nk lagi... Hehehe

    ReplyDelete
  9. Best nk ntry lg hehehehe

    ReplyDelete
  10. ni kisah mcm mne si nuha member si iman tu kawin ngan ben ek? btol ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bingo! Pandai awak. hehe :D

      Delete
    2. its a simple guess coz bley nampak pun relation nye dalam cerita ni, watak pun senang nak cam.. anyway encik suami mat salleh celup tu lame lagi ke? kalau ade rezeki jgn lupe buat yang bercetak or mcm novel2 lain in other words buku so senang sikit bace..

      Delete
  11. my dear yumi, so citer mat salih celup tu dah abis di blog? but am starting to like kutub oredi...tq dear...dan hari2 membacaku akan semakin ceria dan dingin dgn citer baru kutub ni...kak tims

    ReplyDelete
  12. hehe comel je cerite ni..am waiting for next entry :)

    ReplyDelete
  13. bestnya......nak smbungan nya lagi....

    ReplyDelete
  14. yeay!! thanks writer...citer nie pn best...

    ReplyDelete
  15. ala...bla nk sambung nie....

    ReplyDelete
  16. cepatla sambung cita nie...xsabar dah tgu sambungnya..apa jadi pada ben dan nuha....

    ReplyDelete