Suasana di dalam kedai buku Kinokuniya agak sesak dengan orang ramai,
tambahan pula malam ini malam Sabtu. Tetapi, waktu sesak beginilah yang aku
suka sangat datang ke sini.
‘’ Weyh, aku pergi area belakang tu
kejap. Nak tengok if ada latest collection untuk Chicken Soup books” ujarku
pada Aliyya Madihah yang sedang ralit membelek novel Nicholas Sparks yang
bertajuk The Lucky One.
“Alright, alright,” jawab Aliyya
sambil matanya masih digamkan pada sinopsis cerita di belakang buku tersebut.
Aku mengatur langkah
ke bahagian motivational and self-improvement. Anak mataku mencari-cari koleksi
buku Chicken Soup . Sambil anak mataku masih terpaku pada barisan novel yang
tersusun rapi, aku bergerak perlahan-lahan ke kanan sehinggalah…
“Aduh!”
Alamak! Aku dah menyebabkan
kemalangan anak orang pulak. Seorang lelaki dengan riak wajah yang berkerut
sedang memandangku. Buku-buku miliknya jatuh bertaburan di atas lantai. Aku
menunduk, mengutip satu persatu buku tersebut dengan rasa bersalah bercampur
malu.
“Encik, minta maaf sangat-sangat. Memang salah saya sebab saya buat lorong ni
saya yang punya. Minta maaf ya, encik,” tuturku sopan dan menghulurkan
buku-buku yang terjatuh tadi kepada lelaki yang kini sudah berdiri di hadapanku
dengan jarak yang begitu jauh.
“Encik, buku-buku encik,”
Lelaki bermata bulat ini
hanya membisu dan wajahnya kelihatan pucat lesi.
“Encik okey?” Kali ini aku lihat
lelaki di hadapanku ini sudah berpeluh-peluh.
“Buku-buku encik ni,” buku-buku yang
masih berada dalam peganganku, kuhulurkan kembali dan aku datang menghampiri.
“Jangan!” sedikit kuat suaranya dan
dia terus pantas berlalu meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. Aku
termangu-mangu melihat kelibat lelaki tadi yang terus keluar dari Kinokuniya.
Pelik!
“Liya,Liya!” panggilku.
“Kau ni kenapa?” soal Aliyya pelik.
‘’Kau tengok aku ni ada macam rupa pontianak
ke ?’’
‘’Adalah sikit,’’
‘’Kau ni, tak membantu langsunglah. Weyh, seriuslah. Ada macam muka hantu
tak ?’’
Aliyya ketawa dan
terus merenungku dari atas ke bawah.
“One percent, you looked like a
vampire. Baju putih and pashmina putih. Yang kau ni buang tabiat tanya pasal vampire kenapa pulak? Dah rindu nak tengok Twilight Saga pulak ke?”
“Tadi aku bumped into this one guy
and buku-buku dia terjatuh. Aku nak pulangkan buku dia tapi muka dia pucat gila
and dia berpeluh-peluh macam terserempak dengan hantu. Bila aku datang dekat, dia terus menjerit and lari
keluar dari sini,”
‘’Pelik ! Patutnya if nak lari
pun, kau yang patut lari sebab kau yang langgar dia kan,’’
Aku hanya mengangguk
dan hanya mampu mengangkat bahu.
**************************************
Selepas menerima panggilan telefon
daripada ibu tadi, aku membawa langkah ke pantry. Selepas membancuh segelas hot chocolate, aku
menarik kerusi dan melabuhkan duduk.
‘’ Hana, tak pergi lunch ke ?’’
soal Faiq sambil menarik kerusi dan duduk di hadapanku.
“Terbantut selera aku bila ibu aku
call tadi,” jawabku dan meneguk hot chocolate yang masih berasap.
“Terbantut kenapa pulak?” soal Faiq
pelik.
“Maunya tak terbantut, mesti ibu cik
Hana Dhamirah kita ni bising pasal bab suruh kahwin,” sampuk Aliyya yang
tiba-tiba muncul.
“This time is even worst,” ujarku
perlahan-lahan.
Dua pasang mata
kini terarah kepadaku.
‘’Ibu aku dah ada calon dia sendiri.
Kalau aku tak nak, ibu aku nak kahwinkan aku dengan anak kawan dia yang
Indonesian tu,’’ terangku membuatkan tawa Faiq meletus.
‘’This is not funny, Faiq,’’ aku sudah membuat muka.
“Nanti kau dapat husband foreigner
la kan? Bolehla aku kirim kain batik Jawa banyak-banyak kat kau,’’ usik Faiq.
“Banyakla kau punya kain batik Jawa. Aku dah banyak kali cakap kat mak aku yang nanti aku cari sendiri bakal suami
aku. Lagipun aku baru 25
tahun kot,” balasku.
“Nanti kau tu bila? Mesti ibu kau
dah tak nak tertipu dengan janji manis kau tu. Tu yang dia carikan sendiri,’’
ujar Aliyya pula.
‘’Eleh, mentang-mentanglah kau dah
bertunang, kau nak discriminate aku yang single mingle ni ya,’’ Aliyya hanya
ketawa senang.
‘’Siapa bakal menantu pilihan ibu
kau tu ?’’ soal Faiq.
‘’Aku tak pay attention sangat kat nama dia. Tapi mamat tu orang KL jugak,” jawabku.
‘’Aku bukan nak tahu pasal candidate number 1, aku nak tahu pasal yang
Indonesian tu,’’
“Kau ni kan, tak habis-habis pasal isu mamat Indon
tu. Aku suruh ibu aku carikan kau minah Indon baru tau,’’
‘’Ala kau ni, gurau sikit pun nak
tersentap,’’ Aku hanya memekakkan telinga kerana Faiq Arshad yang aku kenal
sejak lima tahun lepas tidak pernah penat mengusik.
‘’Habis kau nak buat apa sekarang
ni ?’’ soal Aliyya.
‘’Entahla. Aku kena balik Ipoh jugakla weekend ni. Tengoklah apa yang
jadi nanti,” jawabku lemah.
“Aku nak tolong pun, abang aku dah
kahwin. Kalau tak, boleh kau jadi kakak ipar aku,”tambah Faiq sambil tersengih.
“Kalau abang kau tak kahwin lagi pun,
tak nak aku beradik iparkan kau. Maunya aku sakit jiwa dan raga hari-hari bila
ada adik ipar macam kau,” tuturku selamba. Seperti biasa, Faiq hanya ketawa
senang.
*********************
“Kak,” sapa satu-satunya adik lelaki
tunggalku, Adam Danish. Dia bersalaman denganku.
“Adam. Duduklah,”balasku dan Adam
melabuhkan duduk di sebelahku.
“Bila akak sampai?”
“Baru jugaklah. Adam dari mana ni?”
‘’Tadi teman abah pergi rumah Pak
Usop. Ada tahlil sikit,’’
Aku hanya
mengangguk dan membuang pandang ke arah langit malam yang hitam pekat.
Terngiang-ngiang perbualanku dengan ibu sebentar tadi. Ibu tetap dengan
keputusannya supaya aku berkahwin pada tahun ini juga. Katanya, cucu perempuan
nenek semuanya akan berkahwin sebelum menginjak usia 26 tahun. Aku mengeluh. Undang-undang mana pulak yang ibu
pakai ni ?
‘’Akak okey ? Asyik mengeluh je dari tadi,’’ soal Adam.
“Entahla, dik. Berserabut kepala
akak ni. Akak pun tak tahu nak
cakap macam mana lagi dengan ibu. Takkan akak nak bergaduh dengan ibu pulak
kan? Tak pasal-pasal jadi si Tanggang versi perempuan pulak nanti,” jawabku dan
Adam ketawa.
“Ala, kak. Calon-calonnya dah ada
kan. Akak just pick and choose. Eh tak, pick and get married,” usik Adam.
“Amboi, senangnya cakap! Kena kat
batang hidung sendiri baru tau,”pipi Adam kutarik kuat.
“Anyway, Adam pernah jumpa ke
dua-dua mamat tu?” soalku lagi.
“Tak pernah, sepanjang Adam cuti
summer ni la. Dengar dari ibu
je. Tapi kan kak, ibu kata, dua-dua pun handsome ! ‘’
‘’Adam, Pak Mat jual roti naik motor
tu pun ibu kata handsome jugak,’’
‘’Mungkin muka diorang macam muka
Pak Mat kot,’’
Adam ketawa dan
bahunya segera kutampar lembut.
Usai solat Subuh
berjemaah dengan ahli keluargaku, aku mendapatkan ibu yang sedang melipat
telekung. Ibu hanya tersenyum memandangku. Alahai ibu ni, senyum-senyum ayu
macam ni lah yang aku lemah sikit.
“Ibu,”
“Kenapa Hana?”
“Errr…Hana rasa Hana okey je dengan
pilihan ibu tu. Tapi, bukan dengan anak kawan ibu yang Indonesian tu tau,”
Terus aku teringat pada Faiq. Tak rela rasanya jadi bahan Faiq pasal calon ibu
yang Indonesian tu sepanjang hidup. Ngeri!
Aku lihat senyuman ibu makin
melebar.
“Oh, dengan anak Haji Shukri ye?”
Aku hanya senyap,
manalah aku tahu ayah budak tu nama apa. Kemudian aku hanya tersengih paksa.
“Nanti ibu bincang dengan abah ye,”
Aku hanya mengangguk
dan ingin berlalu ke bilik untuk membaca al-Quran seperti selalu.
“Hana,” panggil ibu,lembut.
Langkahku terhenti dan aku kembali mendapatkan ibu.
‘’Thanks, sayang,’’ dan tubuhku
dipeluk erat.
Haih, ni yang
rasa nak buat drama air mata pulak. Sepanjang malam tadi aku tidak boleh tidur
kerana memikirkan hal kahwin ini semasak-masaknya. Rasanya dah sampai hangus pun. Kasihan pula
dengan ibu yang sangat berharap. Dan aku pasti setiap kali pulang ke kampung,
pasti ada mulut-mulut yang ringan bertanya tentang isu kahwin-mahwin aku ni. Siapa
yang cakap nak kahwin tu senang?
‘’Kak, handsome kot bakal husband
akak tu,’’ bisik Adam yang turut sama mengintai di sebalik daun pintu. Aku
menggeleng melihat telatah adikku yang tidak ubah seperti budak perempuan.
“Adam, you should be with abah in
the living room. Bukannya duduk menyorok kat dalam bilik dengan akak,macam
orang perempuan”tuturku perlahan.
“Siapa kata budak orang perempuan je
boleh stay dalam bilik and lelaki tak boleh
“Menjawab je kerjanya!”pipinya
kujentik.
“Eh, Adam kan ada mulut. Mestilah
boleh menjawab,”Adam sudah menayang giginya yang tersusun rapi. Aku sudah
mengetap bibir, geram!
“So, what say you?” soal Adam
tiba-tiba. Aku memandangnya pelik.
“Apa pendapat akak on your
husband-to-be?”
Aku terdiam sebentar
dan menyambung pandang ke arah lelaki yang sedari tadi tidak banyak bercakap.
“Alhamdulillah, he has a complete
set of five senses. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang,” jawabku
bersahaja.
“And yang penting, dia lagi handsome
dari Pak Mat jual roti kan?”
“Budak ni kan! Akak suruh ibu
kahwinkan Adam dengan Pak Mat. Hari-hari boleh makan roti free,”
“Astaghfirullahalazim! Tu haram,
kak. Homoseksual namanya!”
“Drama king betul budak sekor
ni!”bantal kecil di atas katil kucapai dan terus dibaling ke arah Adam yang
sedang seronok ketawa.
*******************
Aku yang sedang tekun
meneliti laporan kewangan, terkejut apabila telefon bimbit yang berada di
sebelah bergetar. Suara garau yang sudah kuhafal sejak tiga minggu lepas
kedengaran lagi pada hari ini. Seperti biasa, perbualan yang sangat ringkas,
pendek dan kurang mesra alam.
“Liya, hari ni aku tak lunch dengan
korang tau,” beritahuku sambil melihat jam di pergelangan tangan kiri.
“Kenapa? Ada lunch date dengan
dia-yang-terchenta ke?” balas Aliyya sambil tersengih.
“Memang bertuahlah aku nak ada lunch
date dengan mamat kutub utara tu. Ni lunch date dengan ayah dia sekali,”
“Kau ni, tak baik mengata tunang
sendiri. Aku takut lama-lama
nanti mamat kutub utara tu yang cairkan kau,’’
‘’Kau ingat aku ni ais ke, nak
cair-cair ?’’ Aliyya hanya ketawa dan aku menepuk perlahan bahunya sebelum
berlalu.
Selepas memakirkan kereta, aku melangkah masuk ke dalam Restoran Cili
Hijau. Dari jauh, aku sudah dapat melihat Athif bersama ayahnya yang duduk di
satu sudut.
“Assalamualaikum. Sorry terlambat
sikit, jalan jam,”tuturku sebelum melabuhkan duduk di hadapan Athif dan Haji
Shukri.
“Eh, tak apa. Kitorang pun baru je sampai ni. Hana order makanan dulu sebab kitorang dah
order tadi. Hana apa khabar ?’’ balas Haji Shukri, mesra. Kadang-kadang
aku pelik dengan perangai Athif yang sangat berbeza dengan ayahnya yang sangat
peramah dan mesra. Entah-entah Athif anak angkat tak? Haha, celupar betul
monolog aku!
“Alhamdulillah, sihat. Uncle apa
khabar?” balasku sopan sambil tersenyum. Aku sempat mencuri pandang ke arah
Athif yang sedang leka memandang ke arah luar restoran.
‘’Sihat, alhamdulillah. Berapa kali
walid pesan, jangan panggil uncle lagi. Kita kan nak jadi one family tak lama
lagi, insya Allah,”
Aku hanya tersenyum
dan tiba-tiba pandangan aku dan Athif bertemu. Wajahnya hanya tenang, tidak
beriak.
Sambil menikmati
hidangan makan tengah hari, kami berbual-bual. Lebih tepat lagi, hanya aku dan
Haji Shukri yang rancak berbual. Hanya sesekali sahaja Athif bersuara, itu pun
setelah disoal berkali-kali oleh walidnya. Kadang-kadang aku terlupa yang Athif
masih wujud di situ. Setelah selesai makan, Athif bangun dan beratur untuk
membuat pembayaran. Agak panjang juga barisan yang beratur di hadapan kaunter.
“Hana, walid ada benda nak bagitahu
ni. Walid tak nak Hana terkejut pulak nanti,” tutur Haji Shukri perlahan.
“Walid nak bagitahu pasal apa?”
soalku.
“Hana perasan tak yang Athif tak
pernah keluar dengan Hana tanpa bawa salah seorang abang dia?” soal walid.
Aku angguk. Bagi aku, perkara
tersebut tidak terlalu pelik dan sangat bagus kerana ada orang ketiga yang
boleh menjadi pemerhati.
“Hana perasan tak yang Athif akan
berdiri sebatu jauhnya bila bercakap dengan Hana?”
Aku angguk lagi.
Memang Athif akan berdiri jauh dariku dan dia tidak akan memandang wajahku
ketika bercakap. Atau dia lebih rela abangnya yang menjadi jurucakap. Kadang-kadang
aku rasa, aku bakal berkahwin dengan abangnya, bukannya dengan mamat kutub
utara tu.
“Hana perasan tak muka Athif akan
pucat bila Hana ada dekat dengan dia? Atau dia akan jadi tak tentu arah?”
Sekali lagi aku
mengangguk. Secara jujur, Athif Rifqi Haji Shukri sangat pelik sejak pertama
kali aku bertentang mata dengannya.
“Hana, Athif tu sakit sebenarnya,”
‘’Hah ! Sakit ? Sakit apa, walid ?”
Aku lihat walid
menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.
“Athif tu ada gynophobia. Senang cerita, Athif
fobia dengan perempuan,’’
Aku terus terdiam,
terkejut bercampur bingung. Patutlah perangai Athif tersangatlah macam ais
dekat kutub utara yang tak akan cair sampai bila-bila!
“Arwah umi Athif dah lama meninggal
and lepas tu walid kahwin lagi. Ibu tiri Athif, selalu dera dia bila walid tak ada di rumah. Lepas tu walid
bercerai. Since then, dia mula
fobia, takut dengan mana-mana perempuan. Nasib baik adik-beradik Athif semuanya
lelaki. Macam-macam walid buat untuk pulihkan dia. Slowly, he’s recovering
sampai dia bertunang. Tapi bekas tunang dia pulak buat hal dan fobia dia makin
menjadi-jadi sampai sekarang,” terang Haji Shukri panjang lebar.
Aku masih mendiamkan
diri, cuba mencerna satu-persatu info yang baru kuterima. Perasaanku bercampur
baur.
“Hana,” panggil Haji Shukri, lembut.
Aku memandang wajah tenang Haji Shukri.
“Walid mintak tolong sangat-sangat.
Hana tolonglah pulihkan Athif, ya. Sampai bila dia nak hidup dengan fobia dia tu. Tolong ya, Hana. Walid yakin
Hana mampu bantu Athif,’’
Aku sudah
menggigit bibir. Kalau walid yakin dengan aku sekalipun, aku tak yakin dengan
diri sendiri. Parah ni ! Maunya tak parah, aku cuma seorang akauntan yang
setiap hari menghadap pelbagai rupa angka dan bukannya seorang doktor yang
mempunyai ilmu perubatan. Lagipun nak cairkan ais mamat kutub utara tu ?
Rasanya aku pulak yang bakal jadi igloo ataupun orang salji.
********************************
Majlis
perkahwinan aku dengan Athif berjalan lancar untuk kedua-dua belah pihak
perempuan dan lelaki dan diakhiri dengan majlis di pihak lelaki. Ibu, abah dan Adam baru sahaja pulang sebentar
tadi dengan ibu yang sudah mengalirkan air mata. Selepas itu, aku berbual pula
dengan Mak Ngah Athif dan Athif sudah menghilangkan diri entah ke mana. Aku
menoleh ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 10 malam. Aku meminta diri
untuk berlalu ke tingkat atas.
Sebaik sahaja tiba di
hadapan bilik Athif, aku kaku. Tidak tahu sama ada aku patut masuk atau tidak.
Perlu atau tidak untuk aku mengetuk pintu. Seingatku, sepanjang hari, Athif
hanya bercakap beberapa patah. Aku rasa, anak saudara Athif yang berumur tiga
tahun dan baru pandai bercakap itu, lebih banyak bercakap denganku berbanding
Athif. Akhirnya, aku memberanikan diri untuk masuk.
“Assalamualaikum,” ucapku sambil memulas
tombol pintu. Aku melangkah masuk dan anak mataku terpaku pada satu figura
manusia yang sedang berdiri di hadapan cermin.
“Awak dah lama naik ke?” soalku,
memecahkan kesunyian di antara kami.
“Hmm,” jawab Athif perlahan sambil
jari-jemarinya terkial-kial untuk membuka butang baju melayunya yang berwarna
krim itu. Sesekali dia mendengus apabila butang tersebut masih kekal di
tempatnya.
“Awak nak saya tolong tak?” soalku
walaupun aku tahu mamat kutub utara ini pasti akan menolak. Aku sudah bergerak menghampiri
Athif.
“No, thanks,” Anak matanya membulat
melihat aku yang sudah datang menghampiri.
“Jangan datang dekat and stay
there,” suara Athif sudah kedengaran menggigil. Wajahnya sudah bertukar pucat.
“Lah, kenapa pulak. Kita kan dah
jadi husband and wife?” usikku bersahaja sambil berjalan mendekati Athif. Aku
cuba menahan ketawa apabila Athif sudah bergerak menjauhiku. Gayanya seperti
mahu menyertai acara lompat jauh. Lawaknya mamat kutub utara ni! Aku mengambil
tuala dari dalam beg dan terus bergerak ke bilik air meninggalkan Athif yang
kelihatan sangat pucat dan terkejut.
Selesai mandi dan
solat Isya’, aku sudah bersiap untuk tidur. Aku memandang Athif yang sudah
merebahkan badan di atas katil yang bersaiz king.
“Saya nak tidur dekat mana ni?” soalku
sambil anak mataku meliar ke sekitar kawasan bilik yang bersaiz luas itu.
“Anywhere, as long as you are 1
metre radius away from me,” jawab Athif dingin.
“Macamlah aku nak dekat sangat
dengan kau,”omelku seorang diri.
“Apa yang awak terkumat-kamit
sorang-sorang tu? Mengutuk sayalah tu,” Athif yang tadinya dalam posisi baring,
sudah duduk menegak.
“Memang saya mengutuk awak,” jawabku
selamba dan mengambil tempat di atas sofa panjang. Huh, mamat ni memang hati
dia sejuk beku betul! Patutnya kalau dalam drama atau novel, lelaki yang kena
tidur atas sofa. Ni tidak, aku yang kena jadi gentleman pulak, eh tak!
Gentlewoman!
“Hana Dhamirah,”panggil Athif.
“Ya, Athif Rifqi. Apa lagi yang awak
tak puas hati dengan saya? Saya dah lebih 1 metre radius away dari awak ni,”
“Walid ada bagitahu awak pasal saya
kan?”
“Bagitahu pasal apa?”
“Pasal fobia saya,”
Aku senyap, malas mahu
menjawab.
“I assume you know about it. And,
awak tak payah semakkan kepala otak awak nak cure saya. Stay away from it,”
tambah Athif.
Aku hanya memekakkan
telinga, sementara di dalam kepala sudah merangka plan awal untuk mamat kutub
utara yang memang tak mesra pelanggan langsung tu!
***********************
Aku terbangun sebaik
sahaja terdengar azan Subuh yang berkumandang dari surau berdekatan. Aku
mencapai tuala di penyangkut kayu dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air.
Sewaktu aku keluar dari bilik air, Athif sudah terjaga dengan memegang
tualanya.
“Saya
tunggu awak. Kita solat Subuh berjemaah sama-sama ya?”tuturku apabila Athif
sudah keluar dari bilik air. Dia hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sebarang
suara.
Usai solat, aku
menadah tangan dan turut mengaminkan doa yang dibaca oleh Athif. Selesai
berdoa, aku menghulurkan tanganku untuk bersalam. Athif menghadiakan satu
pandangan pelik berserta kerutan di dahi.
“Nak salam,”beritahuku sambil
tersenyum.
“Err..kan saya dah bagitahu awak
semalam,” jawab Athif dengan wajah yang kembali pucat. Tutur katanya kedengaran menggigil.
“Saya ingat, ingat sampai bila-bila.
Tapi, saya nak bagi awak pahala
free setiap pagi Subuh dengan buat macam ni. Awak tak nak pahala free ke? Ala,
rugilah awak kalau macam ni,” provokku. Athif sudah tidak senang duduk dan dia
kelihatan resah.
“Yalah,yalah,” tangan kanannya
dihulur ke arahku dan aku pantas menyambut. Aku cuba menahan tawa apabila Athif
cepat-cepat menarik tangannya dari peganganku.
‘Plan 1, succeed!’ bisikku di dalam
hati berserta senyuman. Dalam masa yang sama, aku turut mengagumi kebolehan
Athif untuk mengimamkan solat Subuh kami tadi. Bacaannya lancar dan tenang. Aku
turut berdoa di dalam hati agar lelaki di hadapanku ini kembali sembuh seperti
sepatutnya.
Sewaktu menyidai telekung di penyidai kayu,
aku sempat menjeling telatah Athif yang sedang duduk bersila di atas karpet
sambil membaca sebuah buku. Aku menyarung tudung dan bersiap-siap untuk turun
ke tingkat bawah, membantu menyiapkan sarapan. Entah bagaimana, sewaktu aku
melangkah, kakiku tersadung pada hujung karpet dan aku terjatuh ke hadapan.
Bukan jatuh tepat di atas karpet, tetapi terjatuh di atas badan mamat kutub
utara. Erk!
“Sorry! Seriously sorry!” tuturku
kalut. Ketika itu, wajahku kami berdua tersangat dekat sehingga aku boleh
melihat dengan jelas warna anak mata Athif yang hitam pekat. Athif sudah kaku,
diam membisu. Wajahnya teramatlah pucat dan dia kelihatan seperti susah untuk
bernafas.
“Athif! Awak okey tak ni?” soalku.
Kedua-dua belah mata Athif sudah tertutup. Alamak, mamat ni pengsan sebab
terkejut sangat ke? Aku sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Apa aku nak
buat ni?
“Athif, bangun. Awak dengar suara
saya tak?” soalku lagi sambil menepuk lembut pipi kanannya.
Senyap, tiada sebarang balasan. Aku ambil sebiji bantal dan meletakkan bantal tersebut di bawah kepala Athif yang masih tidak sedarkan diri. Aku berlari ke bilik air dan membasahkan kedua-dua belah tanganku. Sambil membaca selawat, aku menyapu kedua-dua belah tanganku yang basah ke seluruh wajah Athif yang masih pucat.
Senyap, tiada sebarang balasan. Aku ambil sebiji bantal dan meletakkan bantal tersebut di bawah kepala Athif yang masih tidak sedarkan diri. Aku berlari ke bilik air dan membasahkan kedua-dua belah tanganku. Sambil membaca selawat, aku menyapu kedua-dua belah tanganku yang basah ke seluruh wajah Athif yang masih pucat.
“Jangan!”jerit Athif sedikit kuat
dan menolak tubuhku menjauhinya. Aku menarik nafas lega sebaik sahaja melihat
Athif sudah sedarkan diri.
“Sorry! Next time I’ll make sure that
I’ll have a ruler with me. Senang nak measure 1 metre radius dari awak,” usikku
sebelum keluar dari bilik.
Aku terus mengatur
langkah ke dapur. Kelihatan Mak Leha yang merupakan pembantu rumah keluarga ini
dan Mak Su sedang menyiapkan sarapan pagi. Aku memberi salam sebelum melangkah
masuk.
‘’Haa, dah bangun pengantin
baru ?’’ sapa Mak Su mesra. Aku hanya tersengih sambil mencari sebilah
pisau untuk membantu Mak Leha menyiang sayur sawi untuk dimasak bersama bihun
goreng.
‘’Hana nak buat apa dengan pisau tu ?’’ soal
Mak Leha.
‘’Nak potong sayurlah, Mak leha. Takkan nak sembelih ayam pulak,”
jawabku separuh bergurau.
“Tak payahlah, Hana. Duduk je
diam-diam. Biar Mak Leha yang buat,” pisau ditanganku sudah berpindah tangan.
“Athif mana? Tak turun lagi?” soal Mak
Su sambil memotong isi ayam dalam bentuk dadu.
“Ada kat atas. Sekejap lagi turunlah tu,”jawabku
tenang. Kalaulah Mak Su tahu Athif pengsan tadi, mahu terkejut orang tua ni.
Aku cuba menyimpan senyuman bila memikirkan hal tadi.
‘’Sebenarnya, kitorang semua
terkejut sangat bila Athif setuju dengan idea walid dia untuk berkahwin dengan
Hana. Mula-mula tu memang mati-mati dia tak nak. Dia cakap, orang macam dia tak
sesuai nak kahwin dengan siapa-siapa. Nanti kesian bakal isteri dia nanti,”
cerita Mak Su. Aku hanya mendengar, menanti cerita yang seterusnya.
“Tapi, Alhamdulillah lepas banyak
kali kitorang pujuk, barulah Athif setuju. Abang Long Athif sampai ingat Athif
tu gay,” Aku yang sedang meneguk air masak terus tersedak. Mak Su hanya
tersenyum melihat telatahku.
“Sampai macam tu sekali?” soalku. Mak
Su angguk.
‘’Kesian sangat kalau tengok Athif. Dari kecil lagi dia fobia dengan
perempuan. Yalah, sejak walid dia kahwin dengan perempuan buruk perangai tu.
Setiap kali walid pergi outstation, memang teruk Athif kena dera. Dera secara mental dan fizikal. Time tu, umur
Athif baru sepuluh tahun. Dahla dia sedih sebab umi dia baru meninggal, lepas
tu dapat pulak ibu tiri yang macam tu,”
“Kesiannya. Kiranya trauma dia dari
kecil sampai ke besar la?” soalku.
“Ha’ah. Dia tak nak pergi sekolah
campur. Bila masuk sekolah
menengah, dia dapat offer pergi MCKK. Memang lima tahun Athif kat situ. Dengan
makcik-makcik saudara dia pun dia tak bercakap sangat. Jarang nak datang
mendekat. Kalau Hana perasan, ada parut dekat belakang badan dia. Parut tu
kesan kena siram dengan air panas. Tu ibu tiri dia punya kerja,”
Aku senyap. Manalah
aku tahu mamat tu ada parut kat belakang badan dia. Setiap kali dia keluar dari bilik air selepas
mandi, memang dia dah siap berpakaian.
“Dekat hujung dahi belah kanan pun
ada parut jugak. Kesan jahitan bila dia jatuh tangga. Banyak sangat kesan dera ibu tiri dia
tinggalkan. Mak Su kesian sangat tengok Athif tu. Dahla bekas tunang Athif dulu
pun perangai tak berapa nak cantik walaupun mukanya cantik. Elok-elok bertunang
dengan Athif, dia simpan lelaki lain pulak,”
“Tak apalah, Mak Su. Benda-benda tu semua dah
berlalu kan? Kita pandang ke
depan, insya Allah Athif akan pulih seperti sepatutnya. Allah itu Maha Adil,” tuturku lembut dan Mak Su
tersenyum sambil memaut bahuku mesra.
******************
Seminggu
kemudian, aku mengikut Athif untuk berpindah masuk ke rumahnya di Taman Tun Dr
Ismail. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku sudah menepuk
dahi.
‘’Awak, ni rumah ke hutan ?’’
soalku apabila aku melihat ruang tamu yang berselerak.
‘’Ke awak selalu main perang-perang kat living room ni ?’’ soalku
lagi.
“Saya tak sempat nak kemas. Busy
sangat before wedding, banyak kerja nak kena settle. Since awak dah pindah
masuk ni, awaklah yang kemaskan. Awakkan pandai bab kemas mengemas ni,” jawab
Athif sambil menyindirku. Eee, dia ni kan!
“Barang-barang saya nak letak kat
mana?”soalku walaupun aku sudah boleh meneka jawapannya.
“Kat second room, next to masterbedroom.
Actually saya nak bagi masterbedroom kat awak sebab bilik tu lagi besar but
bilik tu tak kemas lagi. In the mean time, awak duduk kat second room dulu la,”
“Eh, tak pelah saya pindah masuk
masterbedroom. Nanti saya boleh kemaskan sekali. Takkan saya nak duduk asing-asing
bilik dengan awak kan?” usikku. Athif sudah membulatkan matanya yang
sememangnya sudah sedia bulat. Aku ketawa dan terus naik ke tingkat atas.
Selepas Asar, aku
hendak mengambil barang-barangku di rumah sewa sebelum membeli barang-barang
keperluan rumah yang lain.
“Awak drive kereta awak, saya drive
kereta saya,” ucap Athif. Aku
sudah mengerutkan dahi. Mamat ni suka buat benda pelik-pelik dan kurang cerdik.
‘’Kenapa pulak ? Tadi dari rumah walid kan saya naik satu kereta
dengan awak. Naik satu kereta je lah. Yang nak membazir petrol tu kenapa?”
balasku.
‘’Awak nak kita accident ke ? Tadi
dari rumah walid kan awak duduk kat bahagian belakang kereta. Ni kereta awak
dah ada, better you drive your own car,”
“Ya Allah, bukannya saya nak terkam
awak dalam kereta tu nanti. Saya duduk diam-diam je, takkan kacau awak. Kalau
awak takut sangat saya duduk sebelah awak, saya duduk kat bahagian belakang
macam tadi,”
“Tapi,”
“Tapi apanya? Membazir tu kesukaan
syaitan tau. Awak nak jadi kawan
diorang ke ? Saya tak nak,” Aku lihat Athif sudah serba salah.
“Yalah,yalah. Let’s go,” suara Athif
yang tadinya tegang menjadi kendur. Aku tersenyum menang di dalam hati. Aku
segera menyarung sneakers dan membuka pintu belakang Toyota Harrier milik Athif
yang berwarna beige.
“Hana,”
Aku memandang Athif
yang sudah kelat wajahnya.
“Duduk kat depan. Kalau nak merasa
pakai driver, nanti employ proper driver,”
Aku ingin ketawa
tetapi kutahan sedaya mungkin. Plan 2 berjaya, kita tengok plan 3 pulak nanti.
Aku tersenyum sendiri sebelum membuka pintu kereta.
************************
Rutin harianku
masih seperti biasa, cuma rutin malamku sedikit berubah. Sesekali, aku akan
mencari maklumat dan membaca tentang gynophobia melalui internet atau buku. Setiap malam, aku pasti akan menyediakan makan
malam untuk Athif. Pada mulanya mamat kutub utara itu tidak mahu makan, tetapi
lama-kelamaan, dia mengalah juga! Wah, Hana Dhamirah sepatutnya jadi pakar
kaunseling bukannya akauntan! Cuma, aku ingin mengubah tabiatnya yang suka
sangat menyampaikan pesanan melalui memo yang ditampal pada peti ais. Aku tahu,
tentu niatnya untuk mengelak dari bercakap denganku.
“Hana,” panggil Athif. Aku hanya
membisu, anak mataku masih terpaku pada timbunan balance sheets dan resit.
“Hana Dhamirah, I’m talking to you,”
kali ini nada suara Athif berubah menjadi keras.
“Oh, I thought you’re talking to the
fridge,” jawabku bersahaja. Wajah Athif yang sudah merah padam kupandang.
“Fridge ni nama dia Hana Dhamirah
ke?” sindir Athif tidak puas hati.
“I guess so sebab awak selalu
bercakap dengan saya through memo yang ada kat fridge tu,”
“Oh, sekarang ni nak sindir saya pulaklah?”
“Tak sindir pun, saya cakap je. Tak percaya, cuba try tanya fridge tu,’’
Athif mendengus, cuba
menahan sabar agaknya.
“Fine, sekarang ni apa yang awak tak
puas hati dengan saya?” soal Athif.
“Yang awak nak mengelak dari
bercakap dengan saya sangat kenapa? Saya ada je dalam rumah tapi semua benda
yang awak nak sampaikan pada saya, awak tulis atas memo and tampal pada fridge,”
Athif terdiam.
“Awak tak faham, Hana,” ucap Athif
berserta keluhan.
“Part mana yang saya tak faham tu?
Cuba awak tolong bagi saya faham,” balasku sedangkan aku tahu apa yang Athif
maksudkan.
“Dahlah. Cakap pasal benda ni takkan
habis and at the end we end up arguing with each other. Saya penatlah hari-hari
asyik berdebat dengan awak,”
“Bila masa pulak saya berdebat
dengan awak hari-hari? Saya tak pandai langsung debating,” Aku tersengih.
“Tengok tu, menjawab je kerjanya. Berdosa tau tak
kalau suka menjawab cakap suami,” bebel Athif tetapi aku masih tersenyum.
‘Rupa-rupanya mamat kutub utara ni
sedarlah yang dia tu husband aku. Aku ingatkan dia ingat kitorang ni housemate’
hati kecilku berdetik.
‘’Kita tengah marah, dia boleh
senyum-senyum pulak,’’ bebel Athif lagi. Aku sudah tertawa kecil, terasa wajah
Athif yang keanak-anakan itu kelihatan semakin comel bila dia marah-marah
begitu.
*******************************
Sekejap sahaja
sudah lima bulan berlalu. Sedikit sebanyak, karakter Athif berubah
perlahan-lahan. Sekarang, aku tidak lagi perlu bercakap dengannya dalam jarak 1
meter seolah-olah kami berdiri sebatu jauhnya. Wajahnya tidak lagi sepucat
dahulu apabila aku menghulurkan tangan untuk bersalam setiap hari.
Malam itu, aku dan Athif
masing-masing menyiapkan kerja kami di ruang tamu sambil ditemani oleh suara
pembaca berita TV3. Athif ralit dengan kertas plan yang terbentang luas di atas
meja kopi. Sesekali pensel di tangan kirinya diputar-putarkan. Sementara aku
mengambil tempat di atas karpet, bersila di hadapan komputer riba berserta
timbunan dokumen dan fail-fail yang perlu kuteliti.
“Athif!” aku sudah menjerit namanya
sambil menggerakkan tetikus berulang-ulang kali.
“Isy, Hana! Jangan menjerit macam tu
lah. Terkejut tau tak,” tegur Athif dengan penselnya yang sudah jatuh bergolek
di atas lantai.
“Athif, ni kenapa jadi macam ni. Laptop hang, tak boleh buat apa-apa langsung,’’
aduku. Terasa ingin menangis
bila mengenangkan laporan kewangan ini perlu dibentang dalam mesyuarat pagi
esok.
‘’Saya try tengok jap. Duduk sana
sikit,’’ Athif datang ke tempatku sementara aku mengambil tempat di atas sofa.
Berulang kali tetikus digerak-gerakkan dan entah apa yang ditekan oleh Athif. Sesekali dahinya berkerut-kerut.
‘’Hana, dah okey dah. You can use it
now,’’ balas Athif.
“Tadi kenapa hang teruk sangat?”
soalku.
“Macam mana menatang ni tak hang?
Dekat Local Disk C dah penuh sangat. Patutnya kalau nak kurangkan hang prob
kena pindah masuk Local Disk D. Macam mana akauntan boleh jadi IT blind ni?”
usik Athif.
“Tak kisahla IT blind pun as long as
bukan accounting blind. Janji
tahu guna computer,” jawabku bersahaja.
‘’Suka sangat menjawab kan ? Upah saya mana ?’’ soal Athif,
serius.
“Upah apa pulak?”
“Upah tolong repair laptopla, Puan
Hana. Service charge,”
“Eee..berkiranya!”
“Memanglah kena kira. Masuk public
toilet pun kena bayar 20 sen tau,”
Aku mengetap bibir.
Sekarang ni siapa yang suka menjawab sebenarnya?
“Sure awak nak upah dari saya?”
soalku yang kini beralih tempat duduk di hadapan Athif.
Athif hanya mengangguk
dengan riak wajah yang serius. Mamat ni memang nak kena tau!
‘’Awak jangan pengsan pulak nanti, ‘’
‘’Eh, orang nak bagi upah. Takkanlah
saya nak pengsan pulak,”
Aku tersenyum
mendengar jawapan Athif. Aku mendekatkan wajahku ke arah Athif dan bibirku
singgah di pipi kanannya.
“Tadi tu upah awak,” tuturku
bersahaja. Wajah Athif kembali pucat seperti
dulu. Dia terdiam, mungkin
terlalu terkejut.
‘’As you promised, jangan pengsan
pulak. Tak larat saya nak angkat awak nanti,” Aku terus bangun dan menuju ke
dapur, meninggalkan Athif yang masih kaku di tempat duduknya. Haih, hari-hari
aku rasa laki aku yang takut perempuan tu nampak makin comellah pulak!
************************
Selepas kejadian
‘upah’ tersebut, Athif sudah kembali ke karakter asalnya. Perangai ais bekunya
datang kembali. Perbualan kami kembali kepada jarak 1 meter. Aku sendiri tidak
faham dengan perubahan Athif. Yang aku pasti, hampir setiap hari dia pulang lewat.
Bila aku bertanya, dia beralasan yang dia sibuk dengan projek perumahan di
kawasan Sri Hartamas. Jika hari minggu
pula, Athif pasti akan menghilangkan diri pada waktu pagi dan hanya akan berada
di rumah menjelang tengah hari.
Aku sendiri sudah mati
idea mengenai apa yang harus aku lakukan untuk memulihkan Athif. Tiba-tiba aku
teringat perbualanku dengan adikku, Adam minggu lepas.
“Fobia ni kan kak, actually lebih banyak
dikawal oleh minda kita. Apa-apa jenis fobia pun, semuanya related to our psychology,”
begitulah mukadimah bakal doktor muda itu.
“Tak ada treatment ke, Adam? Maybe
ada specific medicine ke,” soalku.
“Bolehla prescribe medicine, tapi
tak membantu sangat nak cure fobia tu. It’s more to nak calm the patient down.
Better jumpa doctor yang in charge for psychology matters for treatment and
counseling. It’ll help the patient to contol the phobia or may be able to cure
it. Only Allah knows. Tapi, kita kena cuba dan usaha,” jawab Adam panjang
lebar.
“ Akak tak berani nak suruh Athif
pergi hospital for treatment and counseling. Dahlah sekarang ni dia tengah mode
perang dunia ketiga,” balasku tetapi disambut oleh tawa besar daripada Adam.
Cuma Adam yang mengetahui tentang fobia Athif. Ibu dan abah di Ipoh, langsung
tidak tahu-menahu tentang hal ini.
“Kak, akak buat je balik apa yang
Adam pernah buat dekat akak dulu,” balas Adam, riang.
“Buat balik apa?” soalku bingung.
“Akak dah lupa ke yang dulu akak tu
fobia tempat tinggi? Each time ada kat tempat yang tinggi, akak akan rasa
pening, rasa nak muntah and pitam?” soalanku tadi berbalas dengan soalan juga.
Aku terdiam, cuba
mengingat kembali.
“Lepas tu Adam selalu paksa akak
bukak mata bila ada kat tempat tinggi. Bila ada roller coaster, Adam paksa akak
naik. Sampai akak menangis-nangis tak nak. Ingat tak?”
“Hah, ingat! Adam memang kejam
betullah time tu,”
Adam ketawa senang.
“Bukan kejam, kak. Tapi Adam nak
buang rasa fobia tinggi dalam minda akak tu. Sebab ada case yang bila orang tu
ditemukan dengan fobia dia and that person is used to it, slowly perasaan fobia
and takut tu akan hilang. At first memanglah susah but it works. Sekarang akak
memang gila naik roller coaster yang akak takut sangat nak naik dulu tu kan?
Pantang nampak aje,”
Aku ketawa mendengar
penjelasan Adam. Aku teringat kembali betapa teruknya fobiaku terhadap
tempat-tempat tinggi satu masa dahulu. Sampaikan ferris wheel yang bergerak
lambat tu pun aku tak boleh nak naik. Kalau naik, pasti lututku akan
menggeletar dan kemudiannya aku akan muntah-muntah.
“So, untuk case abang ipar Adam ni,
apa yang akak patut buat?” soalku.
“Pandai-pandailah akak buat
something so that dia kena stick dengan akak. Dia mesti ada dekat dengan akak,”
jawab Adam.
“Yes, doc!”
*******************
Ibu menelefon malam
semalam, meminta aku dan Athif pulang ke Ipoh kerana opah di Gopeng akan
mengadakan kenduri doa selamat sempena keberangkatan opah ke Makkah untuk
mengerjakan ibadah haji. Athif bercadang untuk bertolak dari rumah pada hari
Jumaat selepas solat Isya’ memandangkan kenduri diadakan pada waktu tengah hari
keesokan harinya.
“Dah check semua suis dah ditutup?”
soal Athif apabila aku menghulurkan bag pack milikku padanya untuk disimpan di
dalam bonet kereta.
“Dah. Saya tutup main fius terus.
Pintu belakang and tingkap-tingkap semua dah dikunci,” jawabku sambil menyarung
flats dan bersedia untuk mengunci pintu utama.
“Alright,”
Aku masuk ke dalam
kereta dan Athif membaca doa sebelum memulakan perjalanan.
“Kalau awak rasa mengantuk, bagitahu tau. Kita take turn,’’ tuturku.
“Okay, will do. Saya okay je ni, tak
mengantuk pun. Lagipun, if awak yang drive, rasanya petang esok baru kita
sampai Ipoh,” usik Athif bersahaja.
“Amboi, exaggerate je lebih!”
balasku geram. Dalam masa yang sama, aku agak terkejut dengan karakter Athif
yang kini lebih ‘mesra alam’.
Suasana di dalam
kereta kembali sunyi dan hanya ditemani oleh suara dj radio Fly fm. Aku yang
sememangnya agak penat pada minggu ini, akhirnya terlelap juga di dalam kereta.
“Hana,” suara itu sayup-sayup
kedengaran di tepi telingaku. Aku masih belum mahu membuka mata.
“Hana Dhamirah, bangunlah tuan
puteri. Kita dah sampai ni,”
suara itu kedengaran lagi. Terasa pipiku disentuh. Aku membuka mata dan Athif
sedang memandangku sambil tersengih. Agaknya tadi tu aku masih mamai sampai
terasa Athif yang memegang pipiku. Memang mamat ni buang tabiat kalau buat
macam tu. Mungkin terus demam panas agaknya !
Ibu menyambut
kami di muka pintu dengan senyuman yang sangat manis walaupun jam sudah
menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Aku bersalam dengan ibu dan kami
berpelukan. Apabila tiba giliran Athif, dia bersalaman dengan ibu dengan riak
wajah yang tenang. Tiada lagi riak wajah takutnya. Aku agak mungkin kerana dia
sudah biasa menerima huluran tanganku setiap pagi.
‘’Abah mana, ibu ?’’ soalku
memandangkan rumah banglo dua tingkat milik keluargaku ini sunyi sepi. Adam yang masih menuntut di Ireland tidak dapat
pulang kerana dia sedang menduduki peperiksaan semester sekarang.
“Dah tidur dah. Tadi dia tunggu
dengan ibu sambil tengok tv. Last-last tv yang tengok abah. Tu yang ibu suruh abah tidur dulu,” jawab
ibu lembut.
‘’Sorry, ibu. Kitorang lewat sampai. Kesian ibu kena tunggu,” balas
Athif. Ibu hanya tersenyum.
“Tak apa, Athif. Lagipun esok kan
cuti. Korang pergilah naik atas, berehat. Ibu dah kemaskan bilik Hana. Nanti
esok kita sembang panjang-panjang lagi ya,” balas ibu.
Aku dan Athif berlalu
ke tingkat atas, menuju ke arah bilik tidur milikku.
“Malam ni saya amik katil awak yang
sedap lagi empuk ni eh. Saya kan penat driving tadi,’’ balas Athif bersahaja
sambil merebahkan badannya di atas katil.
“Yalah,” balasku. Sebenarnya, aku
memang bercadang untuk menyuruh Athif tidur di atas katil sementara aku tidur
di bawah beralaskan gebar tebal.
“Yalah? Aik, selalunya awak argue
nak berebut katil dengan saya. Malam ni jadi budak baik pulak,”
“Saya ni ada sifat perikemanusiaan
jugak. Macam awak cakap, kan awak
dah penat driving tadi. Dahla, tidur cepat. Nanti tak memasal kita argue pasal
benda lain pulak,”
Kedengaran suara Athif
ketawa senang. macam-macamla mamat ni! Sekejap macam dekat kutub utara dan
kadang-kadang macam dekat garisan khatulistiwa pulak.
Rumah batu milik opah meriah dengan anak,cucu dan cicit yang pulang ke kampung. Ditambah pula dengan orang kampung yang sejak tadi sudah datang, suasana bertambah ceria dan meriah. Beginilah suasana kenduri di kampung-kampung. Walid dan abang-abang Athif seramai tiga orang itu turut datang bersama keluarga masing-masing.
“Kak Hana,” panggil satu suara
halus. Aku berpaling dan kelihatan Sakinah tersenyum manis. Dia bersalaman
denganku.
“Bila akak sampai?” soal anak dara
tunggal Mak Ngah ini dengan mesra.
“Tengah malam tadi. Ina sampai bila?” soalku.
‘’Malam tadi jugak,’’ balasnya. Kami berbual-bual sambil mengelap pinggan,
mangkuk dan gelas.
“ Abang Athif tu sebaya akak ke?”
soal Sakinah tiba-tiba.
“Taklah, dia tua dua tahun dari akak. Kenapa ?’’
soalku pelik.
‘’Tak ada apa-apa. Muka abang Athif tu
nampak macam bukan orang umur 27 tahun. Macam muka budak-budak je,’’ komen Sakinah sambil tersengih.
“Haa, nanti akak report dekat dia
Ina kata muka dia macam budak-budak,” usikku separuh mengugut.
“Eh, janganlah kak! Ini compliment
la sebab abang Athif nampak sentiasa muda, comel je,” komen Sakinah lagi. Anak
mataku mencari kelibat Athif yang sedari tadi sibuk membantu abah membuat itu
dan ini. Dari tempat dudukku, aku dapat melihat wajah Athif yang sudah
kemerah-merahan terkena terik matahari. Memanglah comel macam budak-budak
tadika ! Aku tersenyum sendiri.
‘’Bila Ina kahwin nanti, Ina nak
husband yang muka baby face jugaklah. Sedap je mata memandang,” Aku terus
ketawa mendengar angan-angan Sakinah. Janganlah bakal husband Sakinah yang baby
face tu pun fobia dengan perempuan jugak!
“Amboi, menggatal ye dia. Akak
report dekat Mak Ngah baru tahu. SPM pun tak lepas lagi, dah simpan angan-angan
nak kahwin ye,” usikku dan pinggangnya kucuit.
“Kita kena buat early planning, kak
Hana,” balas Sakinah bersahaja.
“Yalah tu,” balasku dan kami
sama-sama ketawa.
Angin puting beliung Athif melanda kembali. Sepanjang hari berada di rumah opah, dia seolah-olah melarikan diri daripadaku. Bercakap pun hendak tak hendak sahaja. Adik-beradik ibu beransur-ansur pulang ke tempat masing-masing menjelang petang. Hanya tinggal keluarga kami sahaja memandangkan yang lain menetap di luar Perak.
Aku mengambil angin di
luar rumah setelah selesai membantu ibu dan opah mengemas rumah yang agak
berselerak. Anak mataku terpaku pada pokok rambutan yang sedang merimbun. Pokok
inilah yang selalu aku panjat bersama Adam sewaktu kecil dahulu. Tiba-tiba aku
teringat perbualanku dengan Adam mengenai Athif. Terbit satu idea dalam
kepalaku.
Aku menanggalkan selipar dan mula memanjat
pokok rambutan tersebut. Pada mulanya aku memanjat hingga ke dahan yang ketiga,
agak tinggi juga dari tanah. Kalau aku buat-buat jatuh pun, boleh patah kaki
kalau macam ni. Aku ingin turun, mahu bertukar tempat ke dahan yang kedua dan
tidak terlalu tinggi. Sekurang-kurangnya, kalau aku buat-buat jatuh bila Athif
lalu nanti, tak adalah sakit sangat. Memang idea gila betul!
“Hana! What are you doing up there?”
jerit Athif, terkejut.
Aku jugak terkejut,
tidak menyangka dia sudah berada di bawah pokok. Dek kerana terkejut disergah
sedemikian rupa, kakiku tersilap pijak dan aku sudah tergelincir jatuh dari
pokok. Tak sempat nak tukar tempat ke dahan kedua!
“Hey, hey! Watch out!” suara Athif
bertambah kuat. Athif sempat menyambut tubuhku tetapi aku tetap terjatuh dengan
cara yang tidak begitu comel sekali. Kedua-dua belah kaki terasa begitu sakit
sekali terutama di pergelangan kaki. Eee, laki aku ni, memang spoil plan
betullah!
“Ya Allah! Kenapa ni?” nyaring suara
opah yang tiba-tiba muncul.
“Ni haa cucu opah yang nak tunjuk
terror panjat pokok ni terjatuh,” jawab Athif sambil menjelingku.
Mendengar suara opah
yang agak kuat, ibu dan abah turut datang bersama. Panjang bebelan ibu yang
sesekali ditambah oleh opah.
“Hana Dhamirah, how old are you? Dah
patut jadi mak budak tau, bukannya budak umur 5 tahun lagi. Banyak benda lain
yang boleh dibuat, kenapa pokok rambutan jugak yang dipanjat?” leter ibu sejak
5 minit yang lalu.
“Ala, ibu. Hana nak amik buah rambutan atas pokok
tu. Nampak sedaplah pulak,’’
jawabku sambil tersengih. Cuba menahan rasa sakit dan pedih di kaki.
“Budak ni kan! Macamlah opah tak ada
galah nak kait buah tu?” tambah opah pula.
“Tak bestlah guna galah, opah. Panjat pokok la lagi best,” jawabku selamba.
Ibu memandangku geram.
“Sudahla tu, Ros. Marah banyak-banyak pun tak guna. Benda dah
jadi. Macamlah Ros tak tahu anak perempuan kita yang sorang ni memang hero dari
kecik ?’’ kedengaran suara abah pula.
‘’Athif, abah rasa elok dibawak Hana ni ke klinik.
Muka dia dah berkerut-kerut
menahan sakit tu. Takut ada tulang retak kat mana-mana pulak,” tambah abah
sambil berpaling ke arah Athif yang hanya membisu sejak tadi.
“Tulang retak? Eee, abah ni!
Janganlah nak takutkan Hana pulak,” balasku.
“Baru sekarang nak takut tulang tu
retak ke tak? Time panjat tadi tak ingat dunia,” sindir abah. Aku hanya mampu
menayang gigi.
Aku memandang Athif
yang kelihatan teragak-agak untuk mendukungku. Mamat ni lagi satu hal. Janganlah dia pengsan kat
sini pulak!
‘’Saya nak kena dukung awak ke ?’’ bisik Athif. Anak matanya masih
melekat pada kedua-dua belah kakiku yang terasa sakit untuk digerakkan. Aku
sudah mengetap bibir.
“Dah tu, awak nak abah saya yang
dukung ke? Tak pun opah? Tak pasal-pasal nanti dari sorang je yang kena jumpa doktor,
terus jadi dua orang,” sindirku geram. Time-time darurat ni pun fobia dia masih berfungsi seperti biasa.
‘’Yalah,yalah,’’ lemah suara Athif menjawab. Wajahnya kupandang, risau pulak kalau mamat ni
pengsan macam dulu. Tubuhku dicempung dengan mudah. Kali pertama kami berdua
berada dalam kedudukan yang sangat dekat seperti ini. Wajahku terasa panas dan
jantungku mula berdegup dengan tunggang langgang. Rasa sakit di kaki terasa
hilang sebentar. Haih, kenapalah laki aku ni comel sangat ?
Sewaktu
meletakkan aku di dalam kereta, Athif memusingkan wajahnya ke arahku,
menyebabkan hidung kami bergesel. Masing-masing
terkejut dan dia terus melepaskan aku dari dukungannya. Nasib baik kusyen
kereta yang menyambut tubuhku. Kalau tanah, rasanya pinggang aku pulak yang
retak seribu .
“Sorry,” ucapnya pendek dan terus
berlalu ke tempat pemandu. Ibu dan abah turut sama menemaniku ke klinik yang
berdekatan.
Kurang asam boi
betullah doktor tadi tu! Dia boleh gelakkan aku bila aku cerita yang aku
terjatuh dari pokok rambutan. Lepas tu dia gelak lagi bila dia dapat tahu umur
aku sebenarnya 25 tahun dan bukannya 15 tahun. Haih, nasib baik kedua-dua belah
kaki dah terseliuh. Kalau tak, ada jugak yang makan kaki tadi! Pembantu doktor
itu membantuku untuk menyapu sejenis krim yang berfungsi untuk menyurutkan
kesan bengkak dan kemudiannya membalut kedua-dua belah kakiku. Nasib baik
terseliuh je, kalau tulang retak atau patah, mau jugak aku menangis tak berlagu
kat situ.
“And sir, make sure your wife tak
dekat dengan mana-mana pokok lagi ya. Takut dia buat aksi payung terjun pulak
lepas ni. Malam ni tidur tinggikan kaki ya. Letaklah atas bantal ke apa ke.
Kalau after one week bengkak still tak surut, please go to hospital. Takut ada
side effect lain pulak,” pesan doktor muda ini bersahaja.
“Alright. Thanks, doc,’’ balas Athif
dan memapahku untuk berjalan keluar dari bilik Dr. Aaaron.
“Mulut doktor tu kena amik insurans
Takaful la,” omelku geram.
“Memang patut pun doktor tu bebel
macam tadi supaya budak degil macam awak ni tak buat benda bukan-bukan lagi
lepas ni,” jawab Athif selamba. Aku mendengus, geram!
***********************
Hari Isnin dan Selasa
aku tidak ke pejabat kerana aku menggunakan sebaiknya MC yang diberi oleh Dr.
Aaron. Disebabkan kedua-dua belah kakiku terseliuh, pergerakanku sangat
terbatas dan lambat. Kebanyakan kerja-kerja rumah dilakukan oleh Athif. Athif
selalu mengusikku yang Gary, siput belaan Spongebob lebih pantas bergerak berbanding
aku. Mamat sorang tu memang suka sangat aplikasikan elemen hiperbola.
Plan gilaku kali ini
sangat berkesan. Athif kelihatan sangat tenang setiap kali aku ada bersama.
Kami boleh berbual dan bergurau dengan selesa. Seperti sekarang ini, dia boleh
melakukan kerjanya dengan tenang walaupun aku duduk betul-betul di hadapannya.
Sedari tadi aku ralit memerhatikan dirinya yang sedang khusyuk melakar sesuatu
di atas kertas bersaiz A3. Aku suka melihat raut wajahnya setiap kali dia
khusyuk melukis. Comel betul! Jari-jemarinya yang runcing itu turut menarik
perhatianku. Agaknya betullah orang kata kalau sesiapa yang mempunyai
jari-jemari yang runcing ini pandai melukis.
“Athif, tolong amikkan air.
Hauslah,” pintaku. Sebenarnya sengaja mengusik dia yang sedang khusyuk
menyiapkan kerja.
Tanpa sebarang
bantahan, Athif bangun dan menuju ke dapur. Dia kembali ke ruang tamu dengan
sebiji gelas dan satu jag air masak. Aku terkebil-kebil memandang jag air
tersebut.
“Amboi, marah nampak! Sampai bawak
jag sekali,” usikku.
“Mana ada marah. Suka lagi adalah.
Saya bawak satu jag terus supaya nanti kalau awak nak minum air lagi, senang,”
jawabnya bersahaja.
“Yalah tu,” Athif hanya ketawa
kecil.
Aku terus teringat
pada malam selepas aku pulang dari klinik Dr Aaron. Ketika itu Athif sudah
bersiap sedia untuk merebahkan badan di atas gebar tebal yang terbentang di
bawah katil. Sudah sampai masanya aku mengubah cara tidur kami.
“Athif, awak tidurla dekat atas
katil. Esok dahla nak drive,” ucapku.
“It’s okay. Lagipun takkan awak pulak
nak tidur dekat bawah ni. Kaki tu dahla dah bengkak macam kuih bom,” jawab
Athif.
“Maksud saya, awak tidur dekat atas
katil sekali dengan saya. Katil
ni kan besar,” tuturku satu persatu. Agaknya dek terlalu terkejut, Athif yang sedang berbaring terus duduk.
Anak matanya tajam menikam wajahku.
“Lagipun both my kaki kan sprained.
Nanti kalau saya nak mintak tolong apa-apa time tidur, susah pulak saya nak
bergerak turun dari katil untuk kejutkan awak. Tak pasal-pasal nanti saya buat
program Hana’s Got Talent dengan gaya payung terjun dari atas katil pulak.
Kalau ada kat sebelah, senang je,” terangku, cuba mencari alasan yang paling
logik.
Athif masih diam
membisu tetapi perlahan-lahan dia memanjat katil dan merebahkan badan di
sebelahku. Sedaya upaya dia cuba menjarakkan diri sedangkan aku pula sedaya
upaya cuba menahan ketawa. Perubahan tempat tidur ini berterusan hingga pulang
ke rumah kami.
**************************
Aku duduk di atas
katil sambil membuka penutup krim untuk menyurutkan bengkak kaki.
“Still rasa sakit lagi?” soal Athif
dan mengambil tempat di hadapanku.
“Still, but tak seteruk time first
day tu,” jawabku.
Athif duduk bersila
dan kaki kananku diletakkan di atas ribanya. Tangannya mencalit sedikit krim
tersebut dan disapu pada pergelangan kaki kananku. Dia mula mengurut
pergelangan kakiku perlahan-lahan. Inilah rutin Athif setiap malam sebelum
tidur. Dia akan mengurut kedua-dua pergelangan kakiku yang terseliuh sebelum
membalutnya dengan bandage.
“Selagi kaki awak tak sembuh, biar
saya hantar awak pergi office. Awak bukannya boleh drive dalam state macam ni,”
tambah Athif sambil jari-jemarinya mengurut pergelangan kaki kiriku pula.
“Yes, doctor!” balasku dan Athif
tersenyum. Selesai mengurut, dia mula membalut kedua-dua belah pergelangan
kakiku dengan cermat.
“Alright. done!’’ tutur Athif
setelah selesai mengenakan safety pin pada bandage di kaki kiriku.
“Before this, Mak Su awak ada cerita
dengan saya,” tuturku satu-persatu. Suasana hening seketika.
“Mak Su cerita? Cerita apa?” soalnya
bingung.
‘’Pasal bekas mak tiri awak,’’
jawabku. Athif terus senyap.
“Sorry,” tuturku apabila menyedari
raut wajah Athif berubah menjadi keruh.
“Awak ni! Buat apa cakap sorry? You are not the one who abused me before,’’
balasnya dalam tawa.
“Mak Su cakap dekat dahi kanan awak
ada kesan parut ya?” soalku lagi kerana aku tidak pernah melihat kesan parut
yang dikatakan oleh Mak Su. Tambahan pula rambut Athif sentiasa menutupi
dahinya.
Athif menyelak rambut
hadapan yang menutup dahinya, menyerlahkan kesan parut sepanjang satu inci
setengah.
“Saya pun tak ingat sangat the exact
details on what happened. Tapi time tu umur saya sepuluh tahun. Mama marah
sebab saya nak bagitahu walid yang dia ada boyfriend lain. Saya tahu pasal tu pun sebab saya
terangkat handphone dia. Time tu saya nak turun tangga. Sebab marah sangat,
Mama tolak saya dari tangga. Nasib baik kepala tak pecah,’’ cerita Athif. Nada
suaranya bertukar lirih.
‘’Kesiannya awak,’’ balasku perlahan
dan jari-jemariku menyelak rambut Athif yang menutup dahinya. Jari-jemariku
terhenti pada kesan parut. Tentunya sangat sakit jika kesan parut panjang
begini. Aku tidak sanggup untuk
membayangkannya. Bibirku singgah di kesan parut itu.
“Saya dah bagi jampi dekat awak.
Lepas ni, awak takkan ingat lagi pasal bad memory tu,” balasku dan memandang
Athif. Athif hanya senyap dan anak matanya yang hitam pekat itu merenungku. Alamak,apa aku dah buat ni!
Perlahan-lahan, jari-jemarinya
meramas-ramas jari-jemariku dengan lembut. Erk, apa dah jadi ni? Kemudian
jari-jemari runcing itu menyentuh kedua-dua belah pipiku pula.
“Actually, I have a little confession to make,” ucap Athif. Anak matanya
tajam menikam wajahku yang kurasakan sangat panas saat ini.
“Saya dah recover,”tutur Athif.
“Recover?”
“Yeap, recovered from gynophobia,”
Aku tersentak,
terkejut!
“Hah? Bila? Macam mana? Kenapa”
bertalu-talu soalanku keluar. Athif tersenyum meleret.
“Slowly recovered before kita balik
Ipoh last week and now fully recovered. Macam mana boleh recover, thanks to you
and I did went to see doc for counseling and treatment. Sebab tu time weekend
before this saya jarang ada kat rumah,” jawab Athif sambil jari-jemarinya
menyelak anak rambutku yang menutup dahi.
“Thanks to me? Kenapa pulak? Thanks
to your doctor la,” balasku. Takkanlah mamat ni tahu plan-plan aku sebelum ni! Athif hanya tersenyum. Isy,
laki aku ni ! Bila dia asyik senyum-senyum dari tadi, aku rasa muka dia
yang comel tu dah bertukar jadi muka budak tadika yang nakal.
‘’Your plans in order to cure me. Seriously, they worked! Awak boleh
jadi psychologist lepas ni and resign from being an accountant,”
Mencerlung anak mataku
memandangnya.
“Plans apa pulak ni? Mana ada plan
apa-apa,” jawabku.
“Eleh, segan nak mengakulah tu. Adam
dah cerita semua bendalah. Jangan nak pura-pura ada amnesia pulak,” balas Athif
dan hidungku ditarik.
“Adam ni kan! Tengoklah, bila dia balik nanti, budak ni memang
nak kena gulai. Mulut macam tempayan betul !’’ omelku tidak puas hati.
Athif hanya ketawa sambil menjongketkan bahu.
‘’So, sekarang ni awak memang dah tak takut dengan perempuan ? Dah
tak fobia?” soalku sekali lagi. Athif angguk, masih tersenyum.
“Tak ada rasa trauma? Rasa nak
pengsan and menggigil?” soalku lagi.
“Tak ada, sayang oii! Tapi sekarang ni
saya tengok macam awak aje yang tengah ada fobia. Muka macam nak pucat je,”
jawab Athif selamba. Aku sudah tidak senang duduk. Kalau sebelum ni tak rasa
takut dengan mamat muka kiut miut ni, tiba-tiba sekarang aku rasa seram.
‘’Eee..kenapalah awak tak cakap
awal-awal yang awak dah recover ?Buat penat aje,”keluhku sambil merenung
kedua-dua belah pergelangan kaki yang berbalut. Buat penat je aku terjun dari pokok hari tu !
Athif mengerutkan dahi, masih tertanya-tanya.
‘’Hari tu saya memang plan nak jatuh
dari pokok pun. Kiranya final plan
nak cure awak and if plan tu fail, memang saya nak surrender je. Target dahan
yang rendah sikit tapi tak sempat nak pergi kat dahan yang rendah, awak datang
menyergah and saya pun betul-betul terterjun dari dahan yang tinggi sikit,”
terangku panjang lebar. Athif
sudah membulatkan mata.
“Ya Allah! Hana Dhamirah, awak ni
memanglah! Bahaya buat macam tu,’’
bebel Athif, sedikit terjerit suaranya. Pipi kananku dicubit kuat. Aku hanya
mampu menayang gigi untuk mengawal rasa segan dan malu.
“Budak degil lagi nakal macam awak
ni patut kena denda supaya lepas ni tak buat lagi benda-benda pelik macam tu,”
balas Athif. Kali ini pandangan matanya sudah kelihatan lain macam. Dia
mendekatkan wajahnya ke arahku sehingga hidung kami bergesel. Bibirnya mendarat
pada hidungku dan beralih pada pipi kanan.
“Kaki saya tengah terseliuh la,”
bisikku dan wajahnya kutolak perlahan agar menjauhiku.
“Ala, yang sprained kaki je. Anggota
yang lain sihat walafiat kan?” bisiknya nakal. Adui, mamat yang takut perempuan ni dah bertukar
jadi power rangers pulak ke?
*******************************
Setahun kemudian…
‘’Walid, cuba tengok anak walid yang
sorang tu. Tak habis-habis berkepit dengan wife dia. Macamlah Hana tu nak buat
larian marathon,” usik abang Long Athif.
“Yalah, sebelum ni kalau ada
perempuan je dekat dengan dia, dia dulu buat acara lompat jauh. Sekarang ni dah
lain pulak ya,’’ tambah walid sambil tersenyum.
‘’Sebelum ni siap pesan suruh stay 1
metre radius away lagi,’’ usikku separuh berbisik kepada Athif yang hanya
tersengih menerima usikan abang Long dan walid.
‘’Tu dulu. Sekarang ni, mesti 0 metre radius,’’
jawab Athif bersahaja. Tapak tangannya dilekapkan pada perutku yang sudah
membulat memandangkan kandunganku sudah berusia enam bulan.
‘’Kalau baby ni lelaki, janganlah
dia takut perempuan macam papa dia,’’ tuturku dengan tujuan untuk mengusik
Athif.
‘’Dulu belajar Bio tak habis eh ? Phobia is not in genetics la,’’
balas Athif sambil pipiku dicubit lembut. Aku ketawa kecil.
“Kalau saya tahu dari our first
meeting yang you are the one, memang nak propose time dekat Kinokuniya dulu,”
tambah Athif.
“Dekat Kinokuniya?” soalku.
“Eh, tak ingat ke our first meeting
dekat Kinokuniya? Awak
terlanggar saya and sebab saya takut sangat, saya terus lari dari situ. Ingat?”
jawab Athif.
Aku terdiam sebentar sambil memoriku cuba memproses maklumat yang baru diterima. Ohhh..dia ni!
Aku terdiam sebentar sambil memoriku cuba memproses maklumat yang baru diterima. Ohhh..dia ni!
“Nak terus proposelah sangat. Nak
propose macam mana kalau time tu pun awak dah tunggang langgang cabut lari?” usikku
dan Athif hanya tersengih dan terus dia mengucup dahiku.
“Thank you for everything and I love
you,” bisik Athif perlahan.
Aku tersenyum bahagia.
Terima kasih, Allah! Rasanya memang patut aku bersara dari profession akauntan
dan bertukar menjadi ahli psikologi terutamanya dalam aspek gynofobia!
best sangat-2.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewah, sgt kagum dengan cerpen ni! ulang banyak kali , harap penulis buat lagi yg best macam ni (Y) ,
ReplyDeletenak sambungan.. best sangat2
ReplyDeleteinsya-Allah, ada idea baru nnt, Mr.Gynophobia 2 akan keluar :)
DeleteSaya pernah baca di penulisan2u tu..adakah awak penulisnya?
ReplyDeleteseriously best kot citer ni
ReplyDeletewell done writer
Cute ❤
ReplyDelete