Tuesday, 21 July 2015

Encik Suami Mat Salih Celup- Raya!





Encik Suami Mat Salih Celup – Raya!

Satu hari sebelum Ramadan    
      
            “Esok dah nak start puasa dah,” komen Maya sambil jari-jemari lincah membetulkan gubahan hantaran yang menggunakan tema warna hijau epal dan putih.

            “Itulah, akak rasa tahun ni masa berlalu dengan sangat pantas. Sekejap je dah nak masuk bulan Ramadan,” komenku pula.

            “Oh, ya! Sebelum akak terlupa. As usual, bila start bulan Ramahan, kita akan tutup kedai pukul 5 petang ya. Nak beri laluan untuk korang nak buat apa yang patut untuk tambah pahala di bulan penuh barakah ni. Datang setahun sekali je,” tambahku dan anak mataku pantas menangkap senyuman setiap seorang staf butik Sweet Bridal ini.

            “Akak memang the best boss in the world!” Zoey menaikkan kedua-dua ibu jarinya. Dia tersengih lebar.

            “Jadi maknanya hari ni bolehlah kita extend business hour lama sikit kan?” usikku sambil tersenyum.

            “Puan bos, janganlah begini. Malam ni saya nak pergi solat terawikh,” Zoey sudah buat muka kasihan.

            “Yalah tu nak pergi solat terawikh. Solat terawikh ke atau kau nak pergi makan roti canai puas-puas dekat kedai mamak malam ni?” usik Maya pula.

            “Kau ni! Dah nak start bulan baik ni, cuba bersangka baik dengan aku jugak,” Zoey mencebik tidak puas hati.

            “Hari ni business hour macam biasa. Cuma akak tak boleh stay lama dengan korang,” balasku.
            “Oh, hubby akak balik hari ni ya?” Teka Fatin yang sedari tadi hanya menjadi pendengar setia.

Aku angguk sambil tersenyum. Sudah seminggu tidak melihat wajah Ian, rasa rindu sudah menggebu-gebu walaupun setiap hari dia pasti tidak lupa untuk menelefon.

           

            Kereta Audi milik Ian kuparkirkan dengan berhati-hati di hadapan rumah umi. Sedih pula rasa hati mengenangkan kereta Mini Cooper a.k.a cik Mini yang sudah beberapa hari tidak bergerak. Yalah, kereta berpintu dua itu sudah tidak sesuai apabila aku mahu meletakkan baby seat Zara Khayla. Mama ada juga menasihatkan aku supaya menukarkan cik Mini dengan kereta yang lebih sesuai. Kata mama, kereta berpintu dua sudah tidak sesuai bila sudah mempunyai anak.

            Aku pula sudah menangis bila mengenangkan aku terpaksa menjual cik Mini yang sudah bertahun-tahun denganku. Hasilnya, beria-ia Ian menggelakkan aku. Kata Ian, cik Mini pasti akan terharu.

            “Assalamualaikum!” Aku sudah berdiri di hadapan pintu utama yang tidak tertutup rapat.

            “Waalaikumussalam. Iman, baru sampai ke?” balas umi.

            “Baru je, umi,” Aku menyalami tangan umi dan kami berpelukan.

            “Awal Iman balik hari ni? Selalunya nak dekat Maghrib baru sampai sini,” balas umi dan aku mengekor langkahnya ke ruang tamu.

            “Iman memang saja balik awal hari ni. Nanti lepas Maghrib nak jemput Ian dekat KLIA,” aku senyum.

            “Oh, Ian balik hari ni ya?”

            Aku angguk dan senyum lagi.

            “Patutlah Zahin seronok bercerita kata papa dia nak balik hari ni,”

            “Budak-budak berdua tu mana, umi?” aku mencari-cari kelibat Zahin dan Zara yang tidak kelihatan di ruang tamu.

            “Tadi angah singgah sini. Terus diajak Zahin dan Zara ke taman dekat-dekat sini,”

            “Eh, tak susahkan angah ke? Siapa yang pegang Zara?” aku sudah berasa pelik mengenangkan bagaimana Angah Noah mahu menjaga Zahin yang baru berusia tiga tahun dan Zara yang berusia satu tahun itu.

            “Dia datang dengan kawan perempuan dia,” umi senyum penuh makna.

            “Alhamdulillah… Finally ya, umi,” aku senyum.

            “Mama!” suara nyaring Zahin mengejutkan aku dan umi yang sedang berbual.

            Zahin berlari mendapatkan aku yang sedang duduk dan tubuhku terus dipeluk.

            “Young boy, lupa ya?” tegurku sambil anak lelakiku ini kupandang penuh kasih.

            “Oh… sorry mama,” Zahin sengih dan tangan kecil itu mencapai tanganku sebelum dikucup.

            “Pandai anak mama,” Aku menggosok kepalanya lembut. Zahin senyum senang.

            “Terima kasihlah, angah dengan kak…” aku berjeda dan wajah teman Angah Noah kupandang.

            “Panggil Kak Najla je,” Kak Najla senyum manis.

            “Terima kasih angah dan Kak Najla, bawak budak-budak ni keluar. Zara tak meragam ke?” aku pandang Zara yang nampak selesa dalam dukungan Kak Najla.

            “Eh, tak langsung. Anak-anak Iman senang nak jaga. Tak banyak karenah,” Kak Najla senyum. Zara Khayla sudah bertukar tangan. Bulat mata Zara memandang aku dan bibir comel itu tersenyum apabila aku mengagahnya.

            “Comel sangat Zahin dengan Zara. Dekat taman tadi pun mak cik-mak cik tu dah kerumun dorang berdua ni,” tambah Kak Najla ramah.

            “Kalau awak kahwin dengan saya, anak kita pun insya-Allah boleh jadi lagi comel daripada Zahin and Zara,” ujar Angah Noah bersahaja. Terus merah padam wajah Kak Najla. Aku dan umi sudah tersenyum-senyum.

            “Okeylah. Iman nak kena gerak ni. Zahin, salam tok umi, pak ngah dengan Acik Najla. Jangan lupa cakap thank you,” pesanku pada Zahin yang sedang duduk di hadapan televisyen.

            “Aye, aye, mama,”

            “Nanti kirim salam dekat Ian ya. Esok datanglah berbuka dekat sini. Along and family pun ada esok,” pesan umi.

            “Insya-Allah, umi. Nanti Iman bagitahu Ian ya. Umi tolong sampaikan salam Iman pada walid ya,” aku bersalaman dengan umi dan umi menghantar kami tiga beranak sehingga ke kereta.

           
            “Mama,” panggil Zahin yang duduk di seat belakang bersama-sama Zara yang diletakkan di dalam car seat untuk bayi.

            “Ya, sayang,” aku intai wajah Zahin menerusi cermin pandang belakang.

            “Malam ni papa balik?” petah dia menyoal.

            “Ya. Nanti kita fetch papa dekat airport ya. Zahin rindu papa ya?” soalku sambil tersenyum.

            “Rindu,”

            “Rindu banyak mana?”

            “Hmm… Rindu awak 200%?”

            Aku terus ketawa sebaik sahaja mendengar jawapan Zahin. Mana anak aku belajar tengok drama ni? Haru!

            “Zahin tahu ke rindu awak 200% tu apa?” aku sudah tidak mampu untuk menyembunyikan senyumanku.

            “I don’t know, mama. Zahin nampak tok umi tengok dekat tv,” jawab Zahin polos.

            Aku ketawa lagi. Melihatkan sepasang lesung pipit yang terbentuk cantik di kedua-dua belah pipi Zahin mengingatkan aku kepada Ian.


            Usai memakirkan kereta dengan berhati-hati, aku turun dan membukakan pintu belakang. Stroller dari dalam bonet kereta kukeluarkan. 

            “Mama, adik tidur,” bisik Zahin perlahan, seolah-olah tidak mahu Zara mendengar suaranya.

            “Adik penat tu. Biar dia tidur,” aku turut sama berbisik sebelum tubuh kecil Zara kudukung dengan penuh berhati-hati sebelum kuletakkan di dalam stroller.

            “Okey, jom! Papa dah nak sampai ni,” aku senyum pada Zahin yang sedang asyik melihat Zara yang sedang tidur nyenyak.

            “Yeay!” Zahin senyum lebar. Tangan kecil miliknya memegang erat tanganku. Sebelah tanganku menolak stroller dan sebelah tangan lagi memimpin Zahin. Kami berjalan beriringan masuk ke perkarangan KLIA.

            Sementara menunggu Ian, aku mengajak Zahin duduk di kerusi yang disediakan berdekatan dengan balai ketibaan antarabangsa. Zahin yang duduk di sebelah kelihatan ralit memerhatikan orang ramai yang ada berdekatan dengan kami.

            “Papa!” tiba-tiba anak kecil ini menjerit dan berlari.

            Aku lihat Ian sudah memeluk erat tubuh kecil Zahin sebelum Zahin didukung. Tidak tahu apa yang diperkatakan oleh Ian kepada Zahin sehingga anak kecil itu ketawa. Anak mataku mengekor langkah Ian yang semakin menghampiri tempat aku duduk.

            “Assalamualaikum,” Ian senyum lebar.

            Jantungku sudah berdegup pantas. Haila, kenapalah makin lama aku tengok encik suami mat salih celup ni makin hensem?

            “Waalaikumussalam,” aku senyum kembali sebelum tangan Ian dikucup hormat. Automatik, tanganku ditarik rapat oleh Ian ke arahnya sebelum dahiku dikucup.

            “Behavelah, my dear. Dekat public ni,” aku mencubit lengannya. Zahin yang menjadi penonton, sudah terkebil-kebil memandang aku dan Ian.

            “Oh, lupa! Ingatkan still dekat London,” Ian sengih seperti biasa. Aku menjeling Ian. Banyaklah dia punya London!

            “Eh, my little princess dah bangun. Zara sayang, papa is here,” Ian menurunkan Zahin dari dukungannya sebelum dia mendukung Zara yang sudah terjaga daripada lenanya. Zara senyum lebar melihat Ian.

            “Jom kita balik rumah kita,” Ian senyum ke arahku dan aku berasa sangat bahagia mendengar perkataan ‘rumah kita’ itu daripada dua ulas bibir nipis itu.


            Selepas penat berebut kunci kereta dengan Ian tadi, barulah kereta milik Ian ini bergerak di atas jalan raya. Yalah, Ian berkeras juga mahu memandu sedangkan aku mahu dia duduk di sebelah dan berehat. Bukannya aku tidak boleh memandu. Bak kata umi, Ian being Ian, memang Ian sahaja yang nak menang.

            “How’s London? Same like old days?” soalku. Sesekali aku terdengar suara Zahin yang bercakap dengan Zara di seat belakang. Sejak kecil lagi Zahin dan Zara diajar untuk duduk di dalam car seat khas untuk kanak-kanak.

            “Perhaps, still the same London. Entah, rasa macam sama je,” Ian senyum sekilas sebelum anak mata difokuskan kepada jalan raya semula. Tangan kanannya memegang stereng sambil tangan kiri masih mengenggam erat tangan kananku. Aku senyum.

            “How’s Zahin and Zara? Zara ada meragam tak?” soal Ian.

            “Budak-budak okey. Zahin yang kadang-kadang tanya bila abang nak balik. Tahu tak apa Zahin selalu membebel bila Am cakap abang outstation untuk dua minggu?” aku pandang Ian yang sedang menjungkitkan keningnya.

            “Mama, two weeks feels like two years,”

            Ian terus ketawa kuat.

            “Lepas tu tadi lepas Am pick up dorang dari rumah umi, Am tanyalah Zahin rindu papa ke tak. Boleh pulak dia jawab rindu awak 200%,”

            Ian sambung gelak. Kali ini lebih kuat.

            “Hero abang tu memang drama king sangatlah,” komenku sambil mengintai ke tempat duduk di belakang. Sudah tidur rupanya Zahin dan Zara. Patutlah sunyi sepi.

            “Apa pulak hero abang. Hero kitalah,” pantas Ian menarik hidungku. Aku sengih.



15 Ramadan
           
            “Adrian panggil kitorang turun London balik,” beritahu Ian sambil mengeluarkan barang-barang dari dalam bonet kereta. Hari ini aku sudah berjanji ingin mengadakan sesi membuat biskut raya dengan mama.

            Aku terus berkalih memandang Ian yang kelihatan serius.

            “Bukan hari tu abang kata after raya baru kena pergi sana balik ke?” aku mengerutkan dahi.

            “By right, macam tulah arrangement yang kitorang dah agreed,”

            Ian berjeda seketika dan wajahku dipandang lama. Dia kelihatan serius.

            “Tapi kitorang insist yang now is not the right time nak follow up project tu. Lagipun dah separuh bulan Ramadan ni. Tak lama lagi nak raya,”

            Aku menarik nafas lega.

            “So, stick to after raya. Lagipun…”

            Ian sengih.

            “Puasa kat sana lama sangat. 20 hours kut!”

            Pantas aku mencubit lengannya.

            “Macamlah tak biasa,”


            Keadaan riuh rendah di dapur. Along dan angah juga ada dengan isteri masing-masing. Puteri Hanina mengeluarkan sebiji kek dari dalam kotak berwarna merah.

            “Nina buat kek ke?” soal mama.

            “Ha’ah, mama. Abang Isyraf teringin nak makan Oreo Cheesecake. Malam tadi Nina buat,” Puteri Hanina senyum.

            “Amboi! Nina yang pregnant, dia pulak yang mengidam. Angah tu mama tengok penat mengalahkan orang yang mengusung perut,” usik mama. Puteri Hanina hanya sengih.

            “Mama, angah dengar tau mama mengutuk angah. Tersedak-sedak angah kat ruang tamu tu,” tiba-tiba kedengaran suara angah. Angah masuk ke ruang dapur sambil mendukung Zahin.

            “Itulah, mama. Dulu time Iman mabuk mengandung Zara, angah suka gelakkan Iman. Ni biar angah pulak rasa,” balasku bersahaja.

            “Zahin, tengok mama Zahin ni. Suka buli pak ngah,” angah sudah mula menayangkan muka kasihan pada Zahin.

            “Sebab pak ngah naughty ke?” jawapan Zahin itu membuatkan tawa kami semua pecah.

            “Iman, anak Iman pun suka buli angah,” angah sudah merapati Puteri Hanina yang sedang membuat adunan biskut buah.

            “Abang ni, drama king sangat. Buat malu dekat Zahin je,” usik Puteri Hanina pula.

            “Amboi!” pantas hidung Puteri Hanina ditarik kuat oleh angah.
           


            “Dah siap ke biskut raya semua?” kedengaran suara Ian dari arah belakangku. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelahku. Anak matanya memerhatikan biskut-biskut raya yang sudah disusun di dalam bekas.

            “Dah. Ala, patutnya sesi buat biskut raya ni pun abang kena attend tau,” aku mengusik Ian. Ian mencebik.

            “Kenapa pulak?”

            “Yalah. Belajar pasal biskut raya tradisi orang Melayu pun part of abang punya learning syllabus tau,” usikku lagi.

            Ian buat-buat tidak dengar.

            “Ni biskut apa?” aku menunjukkan sebalang biskut batang buruk yang dibuat oleh mama pagi tadi.
            “Biskut rayalah,”

            “Tahulah biskut raya. Tapi nama biskut ni apa?”

            Ian sengih sambi menjungkitkan keningnya.

            “Nama biskut ni, biskut batang buruk. Ni salah satu biskut tradisional tau. Susah nak jumpa orang buat biskut ni sekarang,”

            “Kenapa nama biskut ni kelakar?” Ian terus sengih.

            “Haip! Gelak pulak!” aku pantas mencubit lengannya.

            “Am janji dengan opah nak balik kampung bila?” Ian memegang erat tanganku supaya aku tidak mencubitnya lagi.

            “Dua hari sebelum raya. Mama pun kata ramai yang start balik hari tu jugak. Sebab kita insya Allah akan raya hari Jumaat. Jadi, hari Khamis tu kita akan masak sama-sama kat kampung. Abang dah start cuti kan?” balasku.

            “Tak sure lagilah bila boleh cuti,”

            “Hah? Ya ke?”

            Ian mengangguk dan kemudiannya dia ketawa.

            “Eee…tengok tu. Suka main-main tau!” aku mencubit Ian sekali lagi. Janganlah Zahin bila dah besar ikut perangai papa dia yang suka menyakat orang ni.



Satu hari sebelum 1 Syawal

            “Ian tu serius ke nak membakar lemang?” soal opah perlahan. Wajah tuanya jelas mempamerkan riak risau.

            “Iman dah tanya banyak kali opah. Ian kata dia nak bakar lemang untuk kita semua tahun ni. Tu yang semangat pergi cari buluh lemang dengan along,” jawabku sambil mengisi beras pulut dan santan ke dalam buluh lemang.

            “Opah risau nanti kita tak berlemang pulak pagi raya esok,” balas opah. Aku terus ketawa.

            “Jangan risaulah, opah. Kan kita dah pesan lemang sikit daripada Ayah Chu. Pagi esok anak dia hantar,” aku senyum kepada opah.

            “Kak Iman, Zara nangis,” Irdina, adik sepupuku masuk ke kawasan dapur sambil mendukung Zara yang wajahnya sudah basah dengan air mata.

            “Dina rasa dia cari Kak Iman kut. Yalah, sebab ramai sangat orang dukung dia, dia takut kut,” balas Irdina.

            “Zara tak biasa lagi. Bila dah lama sikit, okeylah nanti,” aku senyum dan Zara Khayla bertukar tangan.

            “Dina boleh tolong akak?”

            “Tolong apa kak?”

            “Tolong bagi buluh-buluh yang dah berisi beras pulut dengan santan ni dekat Abang Ian. Dia ada dekat luar rumah dengan along akak,”

            “Wah, terer tu Abang Ian nak bakar lemang tahun ni. Ayah Dina pun surrender tahun lepas,” usik Irdina.
            “Kita tengok nanti macam mana mat salih celup bakar lemang,” aku senyum mengusik dan Irdina ketawa kecil.


            Selepas menidurkan Zara, aku mengatur langkah ke luar rumah opah untuk melihat Ian. Kelihatan Zahin ralit memerhatikan papanya membetulkan kedudukan susunan lemang pada batang kayu yang disediakan.

            “Zahin buat apa?” soalku.

            “Zahin tengok papa,” jawab Zahin petah.

            “Zahin tahu ke papa tengah buat apa?” soalku lagi.

            “Bakar kayu, mama,”

            Aku dan Ian gelak serentak.

            “Bukan bakar kayulah, sayang. Papa tengah bakar lemang,” terang Ian.

            “Oh…” mulut comel Zahin terngaga sedikit.

            “Abang okey tak?” soalku pada Ian. Wajah Ian sudah memerah disebabkan haba membahang yang datang dari unggun api.

            “Okey,” jawab Ian.

            “Sure ni?” aku senyum mengusik.

            “Sure. Ni tak percaya dekat abang ke apa?”

            Erk, tersentaplah pulak! Aku tayang sengih.

            “Bukan tak percaya tapi risau,”

            “Nothing to worry dear,”

            “Okey, Am masuk dulu. Nak tolong apa-apa yang patut. Zahin, duduk dekat luar ni tak panas ke? Nanti Zahin dahaga,”

            Anak kecil yang berusia tiga tahun ini sudah mula sengih-sengih.

            “Hah, ni mesti dah minum air tadi kan?” balasku.

            “Dahaga, mama,” jawab Zahin polos.

            “Kan Zahin kata dengan mama nak belajar puasa?”

            “Tapi, Zahin tak makan. Zahin minum sikit je,”

            Ian sudah ketawa melihat telatah Zahin yang comel.

            “Zahin nak main dengan kakaklah,” cepat-cepat Zahin terus bangun dan berlari ke dalam rumah.

            “Am masuk dululah ya,”

            Ian mengangguk sambil tersenyum.


            Sungguh meriah sekali suasana berbuka puasa pada hari itu. Rumah opah gamat dengan ahli keluarga yang sudah berkumpul. Seronok rasanya apabila jarang-jarang kami dapat berkumpul begini. Sudah seperti mengadakan kenduri kecil pula rasanya.

            “Iman,” panggil mama.

            “Ya, mama,” aku yang baru sahaja selesai memandikan Zahin dan Zara memandang mama yang memandangku penuh makna.

            “Mama,” panggil Zahin pula.

            “Ya, sayang,”

            “Zahin nak main bunga api dengan kakak. Boleh?” soal Zahin sambil menayangkan riak wajah comel. Sengaja dia mengerdipkan matanya.

            Aku dan mama saling senyum.

            “Okey, careful ya,”

            “Okay, mama. Love you,” dia sempat mencium pipiku sebelum berlari ke luar rumah.

            “Amboi! Kecik-kecik dah pandai beli jiwa,” usik mama sambil ketawa kecil.

            “Papa dia yang ajar tu, ma,” aku sengih.

            “Hah, cakap pasal Ian. Iman, pergilah tengok cik abang Iman tu. Merajuk dengan Iman kut. Ni. Amik first aid kit ni. Risau mama,” mama mengambil Zara daripada dukunganku.

            “Memang nak pergi tengok cik abang tu pun. Mama tolong tengokkan Zara sekejap ya,” aku ambil first aid kit bersaiz sederhana itu dan mencari Ian yang duduk di pangkin di luar rumah.

            “Ehem!” aku berdehem sedikit kuat dan Ian yang kuperhatikan leka memerhatikan kanak-kanak bermain mercun dan bunga api, berpaling ke arahku.

            “Meh sini Am tengok tangan abang tu,” aku melabuhkan duduk di sebelah Ian.

            “Tak payahlah. Sikit je. I am okay,” Ian menyembunyikan tangan kirinya yang melecur dek kerana membakar lemang petang tadi.

            “Eh, mana boleh macam tu. Kena letak ubat. Nanti tak handsome dah husband Am ni,” usikku sambil sengih. Lucu pulak melihat wajah Ian yang kelat.

            Perlahan-lahan Ian menghulurkan tangan kirinya ke arahku. Aku menyembunyikan senyuman. Apabila aku menyapu ubat pada kesan melecur yang nampak ketara pada tangan Ian, dia mengaduh sedikit.

            “Am minta maaf,” aku pandang wajah Ian.

            “Hmm?”

            “Sebab gelakkan abang petang tadi,” aku menutup semula peti first aid itu.

            Yalah, lemang yang dibakar oleh Ian tidak menjadi. Ada yang hangus, ada yang mentah. Aku sudah agak yang perkara ini bakal terjadi. Bukan senang-senang nak membakar lemang. Jadi, kenalah berterima kasih kepada mereka yang menjual lemang di tepi-tepi jalan raya itu. Nampak macam kerja senang, tapi susah sebenarnya. Sebab itulah kami memesan lemang daripada Ayah Chu yang memang pakar membuat lemang yang sedap.

            “Sampai hati Am gelakkan abang. Gelak beria pulak tu,” Ian mencebik.

            “Sorry, sorry. Am bukan sengaja tapi dah nak tergelak kan. Nak buat macam mana,” aku ikut cara Zahin, tayang muka comel.

            “Sorry, dear. Still, Am bangga sebab abang berani mati nak try bakar lemang jugak. Ala, nanti abang boleh belajar dengan Ayah Chu pasal lemang ni,” aku senyum dan lengan Ian kupeluk erat.

            “Ehem! Agak-agaklah dik oi!” kedengaran kuat suara angah. Puteri Hanina di sisi, hanya tergelak kecil.

            “Eh, sibuklah angah ni!” aku mencebik.

            “Apa Iman amik tempat angah dengan Nina dating ni?” angah masih tidak mahu kalah.

            “Apa pulak? First come first serve basislah, angah,” aku membuat muka

            “Asyik nak bergaduh je,” tegur Ian.

            “Angah ni yang cari pasal dulu,”

            “Hah, lagakan kepala dua beradik ni. Malam-malam raya pun nak bergaduh,” sampuk opah yang berjalan menghampiri kami. Opah melabuhkan duduk di atas pangkin.

            “Opah!” aku dan angah menjerit serentak.



1 Syawal
           
            “Dear, tolong kejap,” kedengaran suara Ian yang sedang bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat raya pada pagi Jumaat itu.

            Aku yang sedang memakaikan baju Melayu ke tubuh Zahin berpaling. Ian sengih sambil menayangkan kain samping ke arahku.

            “Kejap ya, Zahin,” aku berjalan merapati Ian.

            “Simptom mat-salih-celup-tak-reti-pakai-samping ni memang takkan hilang ya,” usikku.
            “Sebab ada Amani,” Ian sengih lawa. Dia mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas bagi memudahkan aku memakaikan kain samping tersebut.

            “Okey, dah. Oh, mak!” aku terjerit apabila Ian menarik tubuhku ke arahnya. Tubuhku dipeluk erat.

            “Eh, jangan nak macam-macam pagi raya ni. Tak nak pergi sembahyang raya ke, cik abang?” aku mencubit lengannya sebaik sahaja pelukan dilepaskan.

            “Nak pergilah ni,” Ian senyum dan sebelah tangannya mengusap kepalaku perlahan.
           

            Seperti tahun-tahun sebelumnya, rumah opah dimulai dengan sesi bersalam-salaman dan juga sesi mengutip duit raya oleh mereka yang masih boleh menerima duit raya. Tahun ini, aku, Ian, Zahin dan Zara mengenakan persalinan raya menggunakan tema warna merah jambu. Masih teringat-ingat yang bukannya mudah untuk memujuk Ian menggunakan warna ini. Sampai sekarang dia anti dengan warna favourite aku tu!

            “Am minta maaf zahir dan batin, dari hujung rambut sampai hujung kaki kalua ada terkasar bahasa, buat perangai yang macam-macam, buat abang terasa, selalu menyakat abang, atau apa-apalah. Halalkan makan dan minum Am, halalkan semuanya. Terima kasih and I love you,” aku mengucup tangan Ian.

            “Abang maafkan semuanya. Samalah dengan abang jugak. Lagipun my wife is a good wife, tak ada buat salah apa-apa,” Ian mengucup dahiku.

            “Abang jangan lupa belajar nak bakar lemang dengan Ayah Chu,” aku sempat berbisik di tepi telinganya sewaktu kami berpelukan.

            Mata Ian terus membulat dan aku tayang sengih lawa.

            “Amani! Kan baru minta maaf tadi,”

            Aku terus ketawa sehingga Zara yang berada dalam dukunganku memandangku tanpa berkelip.


            “Tak apa, rayakan sebulan,” usikku sebelum Ian mencubit kuat pipiku.



P/s: Selamat hari raya, maaf zahir batin semua. Mohon maaf juga sepanjang saya menulis ni ada salah dan silapnya. Taqabbalahu minna wa minkum. Moga segala amalam kita diterima oleh Allah. Have fun and enjoy this festive season with the loved ones :)

Friday, 1 May 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL) Datang Lagiiiii :)






Salam, ni hao, annyeong, dan selamat hari pekerja semua ;)


Ni saja-saja nak share dengan lovely readers yang bersempena dengan PBAKL 2015 (minggu ni last week dah), saya akan turun ke KL dan akan berada di PBAKL yang sedang berlangsung di PWTC.
Actually, ni 1st time untuk saya attend PBAKL jgk. Sebelum ni tak berkesempatan sebab kekangan belajar nun jauh di sana. Hehehe (mood excited).

So, saya dengan gembiranya nak share yang saya akan ada di booth Lovenovel seperti gambar di atas. Tertera seperti di bawah ialah jadual bertugas saya:

Sabtu (2/5/2015): 12.30-2.00 petang

Ahad (3/5/2015) : 11a.m-12.30 petang

Mai la pakat-pakat datang. Boleh buat rendezvous, boleh beramah mesra (cewah)! Kalau yang belum dapatkan naskah Encik Suami Mat Salih Celup, bolehlah dapatkan jugak. Saya dah standby special gifts untuk awak2 semua.

Insya-Allah kita jumpa esok ya. Till then, take care.

p/s: saya sedang menyiapkan entri baru EKU. Tak tau awat lately idea tak mau mai. Menyorok tang mana pun cheq tak tau. hehe :D

Friday, 13 March 2015

Lai Lai- ORDER ESMSC Kini Dibuka





Salam and hello-hello semua,

Awak-awak semua. 

Yumi dah bukak order untuk first batch. (Kalau dapat sambutan ramai kita akan bukak second batch) 
Untuk elakkan sebarang kekeliruan untuk kedua-dua belah pihak, yumi akan bagi langkah2 untuk order.

Langkah pertama
Sila pm butiran diri anda.
Nama
Alamat
No telefon
Kuantiti
Nama yang nak ditulis oleh yumi ( kot nak nama manja ke )
Langkah kedua 
Yumi akan reply dengan no akaun untuk pembayaran.
Langkah ketiga 
Tunjukkan bukti pembayaran ( screen shot atau resit CDM)
Bayaran;
Tarikh ;
Masa ;
Bank apa ;
Ada baki atau tak; ( kalau ada baki yumi akan selit pada buku)
Langkah keempat 
Sebaik sahaja Yumi dah cek semua okay, nanti Yumi akan reply bayaran dah terima.
Langkah kelima 
Tunggu tracking number
Langkah terakhir
Tunggu dengan penuh kesabaran parcel sampai bersama gift yang limited edition. 
P/S ; Minggu depan Yumi akan ambik stock.
Plus minus, nak tanda tangan and bungkus2 semua, insyaallah before habis bulan march kita pos. Okay?
Harga ; RM 30 SEMENANJUNG/ RM33 SABAH SARAWAK ( HARGA DAH MASUK POSTAGE )

Ada dua cara untuk order:

1) Dengan PM Yumi Hyra di FB (page atau add Yumi Hyra as friend dan terus PM)

2) Boleh send email to: yumihyra@yahoo.com (maybe lambat sikit reply berbanding FB)

Last date boleh place order and buat payment ialah pada 20.3.2015 (Jumaat)

Ada apa-apa nak tanya, tanya saja na. Okayh, terima kasih, mucias gracias :D

Wednesday, 11 March 2015

Order sudah dibuka oleh pihak Love Novel





Salam. 

Semua dah tidur ke?
Ni nak bagitahuuuu.

Dah boleh order untuk ESMC. 
Dekat mana?

Pergi dekat website. 

Chuppp. Mesti ada yang tanya boleh ke kalau nak order direct dari Yumi sendiri? 

Jawapannya ; 

Yumi sendiri pun tengah tunggu stock sampai dekat LNP punya office. Bila dah ada stock dekat tangan Yumi sendiri, baru Yumi ambik order. Okay?
Sebabnya Yumi tak nak pembaca tunggu lama. 
Nanti Yumi akan ambik order batch by batch.

Apa lebihnya beli pada saya? 

Dapat limited edition I square souvenir 
Ni yang beli dengan yumi sahaja yang akan dapat. Hehe.

Harga yang bakal saya jual
RM 30 INCLUDE POSTAGE // SABAH & SARAWAK RM 33 INCLUDE POSTAGE

Terima kasih atas sokongan yang tak henti-henti. Yang sudi add dan like. Jasa anda saya hargai.

Selamat malam. 

P/S ; Bila dah baca dan beli boleh la rajin review ye. 

ESMSC-teaser



“Ala, kesiannya.” Aku membelek-belek pokok bunga ros jepun yang ditanam di dalam pasu bunga kecil. Sudah layu. Nasib baik tidak mati.
\
            “Kenapa?” Soal Ian sambil datang menghampiri.
\
            “Awak, pokok bunga saya dah kering.” Jawabku.

            “Siramlah air sekarang. Hidup lagi kan pokok tu.” Balas Ian.

            “Kalau dia macam tu jugak dan lepas tu mati?” Soalku.

            “Kita belilah pokok yang lain.” Jawab Ian bersahaja.

           “Eee…susahlah cakap dengan orang yang tak reti nak sayang pokok ni.” Balasku geram dan Ian ketawa kecil.


            “Ha’ah. Memanglah saya tak reti nak sayang pokok. Saya reti sayang awak je.” Usik Ian sambil mengenyitkan matanya.


Ian & Iman - ESMSC teaser ^^

Selamat malam semua, oyasumi, bonne nuit :)

Tuesday, 10 March 2015

ESMSC - Counting Days!




AKAN DATANG!!! (ORDER BELUM DIBUKA)
ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUP OLEH Yumi Hyra
HARGA
RM26 SM (AHLI RM23)
RM29 SS (AHLI RM26)
BLURP:
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif.
“So I am your replacement husband?”– Ian Hadif
“If you want to say so.” – Iman Amani
Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek ‘memelayukan’ si mat salih celup.
“What is selipar Jepun?” – Ian Hadif
“Japanese’s slippers.” – Iman Amani
“Oh… the one that they wear with their kimono?” – Ian Hadif
Iman Amani mahu pengsan!Tapi…Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster!
“It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight.” – Ian Hadif
“Betul ke apa yang awak cakap tu?” – Iman Amani
“Cakap apa?” – Ian Hadif
“Pasal love at a deeper sight tu.” – Iman Amani
“Bila masa saya cakap macam tu?” – Ian Hadif
Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.
“To form an I squared, you need to I’s. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number’s function.” – Ian Hadif
“Tell him that I love him, so much.”- ImanAmani.
Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau ‘I kuasa dua’ perlukan dua huruf ‘I’, bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?

More info boleh visit Love Novel Publication punya website http://www.lovenovel.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/love.novel.969



Salam, bonjour, annyeong semua!
Hikhik, finally! Alhamdulillah, ni latest update from publisher. Cover dh finalised semua, cuma skrg tgh tunggu Love Novel bukak order. Saya pun tak pasti bila order akan dibuka tapi rasanya dalam masa yang terdekat. hehehe...
Tiba-tiba rasa terharu pulak bila tengok ESMSC dh nak dibukukan (sob sob). Alhamdulillah, it took years untuk saya siapkan manuskrip yang tak seberapa ni. Siapa2 yg selalu follow memang dah almaklum tabiat saya yang menulis macam chipsmore. Sekejap ada entri, sekejap tak ada. Selalunya tak ada. Huhu...
Terima kasih, jazakumullahu khairan kathira, xie xie ni untuk semua readers yang terchenta sebab sentiasa bagi full support, doa yang tak putus2 untuk saya and memahami kekangan masa saya untuk menulis.
Saya actually nak letak teaser by teaser sambil nak tunggu ESMSC keluar tapi laptop personal tertinggal kat rumah. Saya pulak 1 month ni outstation kat luar. Nanti sy try godek2 dlm hard disk if ada. Kalau x ada, mohon ampun ya awok2.
Last but not least (dh mcm speech dpt award. Lol!), ESMSC ini khas untuk awak2 semua. Do support Ian and Iman's story. Nanti bila dh beli, share2 lah review dengan saya ya.

If saya pun ada bukak order untuk awok2 sekalian, saya akan inform ya.
Till then, take care semua heart emoticon

Saturday, 21 February 2015

Encik Suami Mat Salih Celup : POV Ian-1.0






POV Ian- 1.0

London, 2.30 petang …

            Ian Hadif menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Telefon bimbit yang baru sahaja diletakkan di atas meja, dipandang dengan rasa bercampur baur. Dia meraup rambut yang panjangnya sudah mula menyentuh kolar baju.

            “Umi berkenan dengan dia, achik. I am sure, you will feel the same when you meet her soon.”
            “She’s someone’s ex-fiancée, umi. That was super weird if that lad cancel their engagement as their wedding date is so soon. Something smells fishy, umi.” Ian cuba berlembut.

            “Ian, itu namanya tak ada jodoh. Orang yang dah get married pun, boleh bercerai kalau jodoh tak panjang.”

            Ian mengeluh panjang. Susah sungguh kalau umi suka sangat mendesak dia. Dia jadi serabut. Cepat-cepat dia beristighfar, mengingati semula pesan Sheikh Qader yang syurganya terletak di bawah telapak kaki umi.

            “Umi nak Ian balik Malaysia, as soon as possible. It has been a long time that I have not meet my own son. Dah lima tahun lebih, my dear.”

            “Sorry?” Terus Ian duduk menegak. Nasib baik tak jatuh daripada kerusi yang menjadi tempat duduknya.

            “Balik Malaysia, we will discuss further on this. Ian boleh jumpa Iman sendiri. Discuss dengan dia jugak. Umi harap Ian terima dia sebagai bakal isteri Ian. Sampai bila Ian nak duduk dekat sana? Jauh dari kami semua. Marry Iman and settle down here. Umi tak nak Ian kahwin dengan orang sana.” Suara umi kedengaran lembut tetapi kali ini lebih tegas.

            Ian mengusutkan rambutnya. Gila! Kenal pun tidak, takkanlah nak kahwin terus? Sudahlah bekas tunang orang. Entah-entah perangainya tidak elok. Sebab itulah tunang sendiri memutuskan tali pertunangan menjelang tarikh pernikahan yang makin mendekat.

            “Ian.” Kedengaran suara umi memanggil dari sebelah sana.

            “Umi, I will try to come back next week. I will inform you again.” Lambat-lambat dia menuturkan butir bicara.

            “Hmm…”

            Haih, ‘hmm’ daripada umi itu bermaksud ada lagi perkara yang masih tergantung.

            “I will see how, umi. As for now, I will accept her as my wife-to-be.”

            “Alhamdulillah. She’s a nice lady, dear. I am sure you will fall for her when you see her soon. Ian, Ian tahukan yang umi sentiasa mahukan yang terbaik untuk semua anak-anak umi.” Tutur umi lembut.

            ‘Betul ke? Dengan cara menentukan semuanya untuk dia? Termasuk calon isteri juga. I don’t even like Malay lady!’


            “Ian!”

            Ian angkat wajah dan kelihatan Adrian sedang berdiri di hadapannya dengan wajah yang beriak pelik. Anak matanya singgah pada kertas plan yang berada dalam pegangan Adrian. Mesti itu lukisan projek bangunan baru di kawasan Mayfair.

            “Mate, what’s wrong?” Tanpa dipelawa, Adrian terus menarik kerusi dan duduk di hadapan Ian. Bukannya dia baru sehari dua kenal kawannya di hadapan ini. Mereka sudah berkawan rapat sejak zaman high school lagi.

            “My mom called.” Lambat-lambat Ian menjawab.

            Adrian mengangkat kening. Dia menggelengkan kepala melihat wajah serabut Ian. Sudahlah muka nampak serabut, rambutnya juga serabut. Serabut- serabut pun, masih dikatakan ‘hot’ oleh ramai staff wanita di sini. Adrian tersenyum sendiri.

            “Ad.” Ian petik jari di hadapan Adrian.

            “Sorry?” Adrian terkebil-kebil memandang Ian.

            Ya Allah, buat penat sahaja dia bercerita bagai nak rak kepada sahabat di hadapannya ini. Boleh pulak dia ni mengelamun!

            Bunyi yang datang daripada telefon bimbit Ian menambahkan rasa serabut Ian. Gambar seorang gadis Melayu, sedang tersenyum lebar memandang kamera. Sah, inilah Iman Amani yang umi beria-ia mahu dipadankan dengan dia. Adrian pantas merampas telefon bimbit daripada pegangan. Anak mata Adrian sudah membulat.

            “A Malay girl?” Soal Adrian dengan riak wajah yang tidak percaya.

            “Her name is Iman Amani.” Jawab Ian dan menyandarkan tubuh pada kerusi. Jari jemari sudah meraup wajah sendiri.

            Adrian terus ketawa sehinggakan merah wajahnya. Ian mengetap bibir memandang Adrian. Entah apa yang lucu sehingga mengundang tawa Adrian. Ada jugak yang nak makan buku lima dia.

            “This is so not like you, Ian. I thought you don’t even prefer Malay girls as your potential wife-to-be. What happen, mate? Typical arranged marriage?” Adrian sambung ketawa.

            Pandai pulak si mat salih ini menggelakkannya mengenai arranged marriage. Ian memandang tajam Adrian.

            “What? I did watch Malay drama, mate.” Balas Adrian selamba.

            Ian melepaskan keluhan berat. Tak membantu sungguh kawannya yang seorang ini. Tolong menggelakkan dia lagi adalah.



Kuala Lumpur, 1.00 petang…

            Ian menarik nafas lega apabila anak mata menjumpai sign board butik bernama Sweet Bridal itu. Barulah dia tahu yang Iman merupakan graduan yang mempunyai latar belakang accounting and finance tetapi mengambil alih perniagaan butik pengantin ini daripada mama Iman. Punyalah susah dia mencari sejak sejam yang tadi. tu tidak termasuk dia sesat larat entah ke mana. Sudah banyak yang berubah di Kuala Lumpur ini sejak kali terakhir dia pulang dahulu.  Enjin kereta dimatikan dan dia melangkah turun.

            Kedatangannya disambut mesra oleh seorang perempuan Melayu yang memakai tudung dan bercermin mata.

            “Welcome, sir. What can I help you?” Sapa si gadis sambil tersenyum mesra.

            Ian terdiam sebentar sambil meneliti gadis yang sedang tersenyum memandangnya ini. Dia sangat pasti yang gadis ini bukanlah Iman Amani yang dicari.

            “Yes, I am actually looking for Ms Iman.” Jawab Ian. Dia tersenyum kembali. Arwah grandma pesan, sentiasa jaga adab dengan manusia, jaga hubungan sesama manusia.

            “Sorry sir. Ms Iman is not here at the moment. Would you like to leave a message or your contact details? I will inform Ms Iman once she comes back.”

            “No need. I will come again at the evening. Thanks, lady.”

            Ian terus melangkah keluar dari butik. Nak balik rumah ke? Kalau balik rumah dan umi ada di rumah, mesti umi akan bertanyakan hal Iman. Kalau nak tunggu, nak tunggu di mana? Minah Melayu tu pun dia tak tahu balik pukul berapa. Lupa pulak nak tanya pada gadis yang menyapanya tadi. Jam di pergelangan tangan dipandang. Makan dan solat zohor dululah. Tekaknya sudah terasa kering yang amat. Kenapalah panas sangat di sini?



            Pukul 5.30 petang, Ian kembali ke Sweet Bridal semula. Kedatangannya disambut mesra oleh gadis yang sama. Dia senyum memandang gadis itu.

            “Joey, kau tolong panggil kak Iman. Ni ha, ada kawan mat salih dia cari.” Tutur gadis di kaunter ini pada seorang budak lelaki muda.

            Terpinga-pinga dia mendengar perkataan ‘mat salih’ daripada mulut si gadis.

            “Kejap, Maya. Aku pergi panggil kak Iman kat belakang. Kau suruh kawan kak Iman duduk dulu.” Balas Joey sambil tersenyum kepada Ian sebelum dia berlalu.

            “Have a sit first, sir. ”

            Ian melabuhkan duduk di atas sofa. Anak mata sempat memerhatikan dekorasi dan susur atur butik. Sweet as the name indicates. Colourful, cozy and creative. Sempat dia memberi komen di dalam hati. Sebuah majalah yang tersusun rapi di atas meja kaca, dicapai. Tangan mula menyelak halaman demi halaman.

            Tiba-tiba ada seorang perempuan Melayu, berbaju kurung kapas berwarna merah jambu dan bertudung, duduk di hadapannya.

            “Iman Amani?” Spontan mulutnya terus menyoal. Dia agak-agak sahaja berdasarkan gambar yang dihantar oleh umi melalui Whatsapp minggu lepas.

            “Yes, and you are?” Soal Iman dengan dahi yang sudah berlapis-lapis memandang dia.

            “Ian Hadif.” Anak mata masih difokuskan pada wajah putih bersih Iman. Dia cuba mencipta first impression mengenai Iman. Benda biasa yang dibuat setiap kali bertemu orang baru.

            “May I help you Mr. Ian?” Soal Iman apabila dia hanya senyap dan merenung si gadis sejak tadi.

            “Yes, a lot! You must be wondering who am I, isn’t it?” Soal Ian, bersahaja. Iman masih senyap. Dahinya kelihatan berkerut, mungkin masih sibuk memikirkan siapa Ian.

            “I am Mrs Julia’s son. The one who will or will not be your replacement husband.”

            Terus membulat mata Iman. Riak wajahnya berubah. Cepat-cepat gadis di hadapannya ini berdiri. Terkebil-kebil sepasang mata bundar itu memandang wajahnya.

            Ian memandang dengan penuh tanda tanya. Ni kenapa pulak ni?

            Tanpa sebarang suara, Iman terus berlari keluar dari butik.

            Ian sudah mengerutkan dahi.

Tiga minit.

Dia pandang pintu masuk. Masih tiada bayang Iman.

 Lima minit.

Minah tu ada masalah constipation ke?

Sepuluh minit.

Takkanlah constipation minah tu teruk sangat.

 Dua puluh minit.

 Mana minah tu pergi? Ian sudah mula tidak sabar, tidak senang duduk.

            “Mr Ian, Ms Iman asked me to let you know that she went home already.” Si gadis pembantu datang membawa pesanan.

            ‘She flee and went home?’ Bibir nipisnya mengorak senyuman.


This is going to be interesting. Well, she kinda cute as well. Senyumannya melebar.  



P/S: Salam and hi everyone. Sorry sangat2 sebab dah lama menyepi. Blog pun dah bersawang tahap kritikal. Alhamdulillah, saya dah sembuh, sihat cergas seperti biasa. Kepada yang tidak putus-putus mendoakan saya, terima kasih banyak2. POV Ian-1.0 stands for Point of View Ian-1.0. Saya sedang nak menyiapkan entri baru Encik Kutub Utara tapi stuck in the middle. Idea lambat mai. So, I was thinking of doing additional entri for Encik Suami Mat Salih Celup. I believe ramai orang rindu Ian and Iman kan? Haha... So, here u go. Special entry for Iman & Ian. Bagi awak2 yang follow kisah Ian & Iman, saya menggunakan teknik 1st person point of view. Which means saya hanya menulis berdasarkan perpektif Iman sebagai first person. Ada yang pernah meninggalkan komen yang saya kurang memberi fokus kepada watak Ian. Ya, saya akui ini adalah salah satu kelemahan teknik 1st person, iaitu bias. Jadi saya terfikir, why not saya buat special entry. Kan? This is my 1st time using this style of POV. Have fun reading and happy CNY :)