POV
Ian- 1.0
London, 2.30 petang …
Ian
Hadif menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Telefon
bimbit yang baru sahaja diletakkan di atas meja, dipandang dengan rasa
bercampur baur. Dia meraup rambut yang panjangnya sudah mula menyentuh kolar
baju.
“Umi
berkenan dengan dia, achik. I am sure,
you will feel the same when you meet her soon.”
“She’s someone’s ex-fiancée, umi. That was
super weird if that lad cancel their engagement as their wedding date is so
soon. Something smells fishy, umi.” Ian cuba berlembut.
“Ian,
itu namanya tak ada jodoh. Orang yang dah get married pun, boleh bercerai kalau
jodoh tak panjang.”
Ian
mengeluh panjang. Susah sungguh kalau umi suka sangat mendesak dia. Dia jadi
serabut. Cepat-cepat dia beristighfar, mengingati semula pesan Sheikh Qader
yang syurganya terletak di bawah telapak kaki umi.
“Umi
nak Ian balik Malaysia, as soon as
possible. It has been a long time that I have not meet my own son. Dah lima
tahun lebih, my dear.”
“Sorry?” Terus Ian duduk menegak. Nasib
baik tak jatuh daripada kerusi yang menjadi tempat duduknya.
“Balik
Malaysia, we will discuss further on this.
Ian boleh jumpa Iman sendiri. Discuss
dengan dia jugak. Umi harap Ian terima dia sebagai bakal isteri Ian. Sampai
bila Ian nak duduk dekat sana? Jauh dari kami semua. Marry Iman and settle down here. Umi tak nak Ian kahwin dengan
orang sana.” Suara umi kedengaran lembut tetapi kali ini lebih tegas.
Ian
mengusutkan rambutnya. Gila! Kenal pun tidak, takkanlah nak kahwin terus?
Sudahlah bekas tunang orang. Entah-entah perangainya tidak elok. Sebab itulah
tunang sendiri memutuskan tali pertunangan menjelang tarikh pernikahan yang
makin mendekat.
“Ian.”
Kedengaran suara umi memanggil dari sebelah sana.
“Umi,
I will try to come back next week. I will
inform you again.” Lambat-lambat dia menuturkan butir bicara.
“Hmm…”
Haih,
‘hmm’ daripada umi itu bermaksud ada
lagi perkara yang masih tergantung.
“I will see how, umi. As for now, I will
accept her as my wife-to-be.”
“Alhamdulillah.
She’s a nice lady, dear. I am sure you
will fall for her when you see her soon. Ian, Ian tahukan yang umi sentiasa
mahukan yang terbaik untuk semua anak-anak umi.” Tutur umi lembut.
‘Betul
ke? Dengan cara menentukan semuanya untuk dia? Termasuk calon isteri juga. I don’t even like Malay lady!’
“Ian!”
Ian
angkat wajah dan kelihatan Adrian sedang berdiri di hadapannya dengan wajah
yang beriak pelik. Anak matanya singgah pada kertas plan yang berada dalam
pegangan Adrian. Mesti itu lukisan projek bangunan baru di kawasan Mayfair.
“Mate, what’s wrong?” Tanpa dipelawa,
Adrian terus menarik kerusi dan duduk di hadapan Ian. Bukannya dia baru sehari
dua kenal kawannya di hadapan ini. Mereka sudah berkawan rapat sejak zaman high school lagi.
“My mom called.” Lambat-lambat Ian
menjawab.
Adrian
mengangkat kening. Dia menggelengkan kepala melihat wajah serabut Ian. Sudahlah
muka nampak serabut, rambutnya juga serabut. Serabut- serabut pun, masih
dikatakan ‘hot’ oleh ramai staff wanita di sini. Adrian tersenyum sendiri.
“Ad.”
Ian petik jari di hadapan Adrian.
“Sorry?” Adrian terkebil-kebil memandang
Ian.
Ya
Allah, buat penat sahaja dia bercerita bagai nak rak kepada sahabat di
hadapannya ini. Boleh pulak dia ni mengelamun!
Bunyi
yang datang daripada telefon bimbit Ian menambahkan rasa serabut Ian. Gambar
seorang gadis Melayu, sedang tersenyum lebar memandang kamera. Sah, inilah Iman
Amani yang umi beria-ia mahu dipadankan dengan dia. Adrian pantas merampas
telefon bimbit daripada pegangan. Anak mata Adrian sudah membulat.
“A Malay girl?” Soal Adrian dengan riak
wajah yang tidak percaya.
“Her name is Iman Amani.” Jawab Ian dan
menyandarkan tubuh pada kerusi. Jari jemari sudah meraup wajah sendiri.
Adrian
terus ketawa sehinggakan merah wajahnya. Ian mengetap bibir memandang Adrian.
Entah apa yang lucu sehingga mengundang tawa Adrian. Ada jugak yang nak makan
buku lima dia.
“This is so not like you, Ian. I thought you
don’t even prefer Malay girls as your potential wife-to-be. What happen, mate?
Typical arranged marriage?” Adrian sambung ketawa.
Pandai
pulak si mat salih ini menggelakkannya mengenai arranged marriage. Ian memandang tajam Adrian.
“What? I did watch Malay drama, mate.”
Balas Adrian selamba.
Ian
melepaskan keluhan berat. Tak membantu sungguh kawannya yang seorang ini.
Tolong menggelakkan dia lagi adalah.
Kuala Lumpur, 1.00
petang…
Ian
menarik nafas lega apabila anak mata menjumpai sign board butik bernama Sweet Bridal itu. Barulah dia tahu yang
Iman merupakan graduan yang mempunyai latar belakang accounting and finance
tetapi mengambil alih perniagaan butik pengantin ini daripada mama Iman.
Punyalah susah dia mencari sejak sejam yang tadi. tu tidak termasuk dia sesat
larat entah ke mana. Sudah banyak yang berubah di Kuala Lumpur ini sejak kali terakhir
dia pulang dahulu. Enjin kereta
dimatikan dan dia melangkah turun.
Kedatangannya
disambut mesra oleh seorang perempuan Melayu yang memakai tudung dan bercermin
mata.
“Welcome, sir. What can I help you?” Sapa
si gadis sambil tersenyum mesra.
Ian
terdiam sebentar sambil meneliti gadis yang sedang tersenyum memandangnya ini.
Dia sangat pasti yang gadis ini bukanlah Iman Amani yang dicari.
“Yes, I am actually looking for Ms Iman.”
Jawab Ian. Dia tersenyum kembali. Arwah grandma pesan, sentiasa jaga adab
dengan manusia, jaga hubungan sesama manusia.
“Sorry
sir. Ms Iman is not here at the moment.
Would you like to leave a message or your contact details? I will inform Ms
Iman once she comes back.”
“No need. I will come again at the evening.
Thanks, lady.”
Ian
terus melangkah keluar dari butik. Nak balik rumah ke? Kalau balik rumah dan
umi ada di rumah, mesti umi akan bertanyakan hal Iman. Kalau nak tunggu, nak
tunggu di mana? Minah Melayu tu pun dia tak tahu balik pukul berapa. Lupa pulak
nak tanya pada gadis yang menyapanya tadi. Jam di pergelangan tangan dipandang.
Makan dan solat zohor dululah. Tekaknya sudah terasa kering yang amat.
Kenapalah panas sangat di sini?
Pukul
5.30 petang, Ian kembali ke Sweet Bridal semula. Kedatangannya disambut mesra
oleh gadis yang sama. Dia senyum memandang gadis itu.
“Joey,
kau tolong panggil kak Iman. Ni ha, ada kawan mat salih dia cari.” Tutur gadis
di kaunter ini pada seorang budak lelaki muda.
Terpinga-pinga
dia mendengar perkataan ‘mat salih’ daripada mulut si gadis.
“Kejap,
Maya. Aku pergi panggil kak Iman kat belakang. Kau suruh kawan kak Iman duduk
dulu.” Balas Joey sambil tersenyum kepada Ian sebelum dia berlalu.
“Have a sit first, sir. ”
Ian
melabuhkan duduk di atas sofa. Anak mata sempat memerhatikan dekorasi dan susur
atur butik. Sweet as the name indicates.
Colourful, cozy and creative. Sempat dia memberi komen di dalam hati.
Sebuah majalah yang tersusun rapi di atas meja kaca, dicapai. Tangan mula
menyelak halaman demi halaman.
Tiba-tiba
ada seorang perempuan Melayu, berbaju kurung kapas berwarna merah jambu dan bertudung,
duduk di hadapannya.
“Iman
Amani?” Spontan mulutnya terus menyoal. Dia agak-agak sahaja berdasarkan gambar
yang dihantar oleh umi melalui Whatsapp minggu lepas.
“Yes, and you are?” Soal Iman dengan dahi
yang sudah berlapis-lapis memandang dia.
“Ian
Hadif.” Anak mata masih difokuskan pada wajah putih bersih Iman. Dia cuba
mencipta first impression mengenai Iman. Benda biasa yang dibuat setiap kali
bertemu orang baru.
“May I help you Mr. Ian?” Soal Iman
apabila dia hanya senyap dan merenung si gadis sejak tadi.
“Yes, a lot! You must be wondering who am I,
isn’t it?” Soal Ian, bersahaja. Iman masih senyap. Dahinya kelihatan
berkerut, mungkin masih sibuk memikirkan siapa Ian.
“I am Mrs Julia’s son. The one who will or
will not be your replacement husband.”
Terus
membulat mata Iman. Riak wajahnya berubah. Cepat-cepat gadis di hadapannya ini
berdiri. Terkebil-kebil sepasang mata bundar itu memandang wajahnya.
Ian
memandang dengan penuh tanda tanya. Ni kenapa pulak ni?
Tanpa
sebarang suara, Iman terus berlari keluar dari butik.
Ian
sudah mengerutkan dahi.
Tiga minit.
Dia pandang pintu masuk. Masih
tiada bayang Iman.
Lima minit.
Minah tu ada masalah constipation
ke?
Sepuluh minit.
Takkanlah constipation minah tu
teruk sangat.
Dua puluh minit.
Mana minah tu pergi? Ian sudah mula tidak
sabar, tidak senang duduk.
“Mr Ian, Ms Iman asked me to let you know
that she went home already.” Si gadis pembantu datang membawa pesanan.
‘She flee and went home?’ Bibir nipisnya
mengorak senyuman.
This
is going to be interesting. Well, she kinda cute as well.
Senyumannya melebar.
P/S: Salam and hi everyone. Sorry sangat2 sebab dah lama menyepi. Blog pun dah bersawang tahap kritikal. Alhamdulillah, saya dah sembuh, sihat cergas seperti biasa. Kepada yang tidak putus-putus mendoakan saya, terima kasih banyak2. POV Ian-1.0 stands for Point of View Ian-1.0. Saya sedang nak menyiapkan entri baru Encik Kutub Utara tapi stuck in the middle. Idea lambat mai. So, I was thinking of doing additional entri for Encik Suami Mat Salih Celup. I believe ramai orang rindu Ian and Iman kan? Haha... So, here u go. Special entry for Iman & Ian. Bagi awak2 yang follow kisah Ian & Iman, saya menggunakan teknik 1st person point of view. Which means saya hanya menulis berdasarkan perpektif Iman sebagai first person. Ada yang pernah meninggalkan komen yang saya kurang memberi fokus kepada watak Ian. Ya, saya akui ini adalah salah satu kelemahan teknik 1st person, iaitu bias. Jadi saya terfikir, why not saya buat special entry. Kan? This is my 1st time using this style of POV. Have fun reading and happy CNY :)