Bab 20
Ian
menarikku masuk ke dalam kedai G2000, sebuah lot kedai yang menyediakan
pelbagai gaya rekaan pakaian formal. Ian mengatur langkah ke bahagian lelaki
dan membelek-belek pelbagai jenis baju kemeja yang tergantung di situ. Aku
menarik nafas lega kerana barulah tangan kananku dilepaskan. Aku mengira
jari-jemari sendiri. Selamat, cukup
lima jari! Mak aih, sampai merah pergelangan tangan aku mamat ni kerjakan. Aku
mengintai telatah Ian yang masih asyik memilih baju-baju kemeja berlengan
panjang sambil dibantu oleh seorang staf perempuan.
“Amani, sini lah.” Ian
sudah menggamitku supaya menghampirinya. Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke
tempat Ian sedang berdiri.
“Dark purple
atau dark blue ? Yang mana lagi
okey?” Soal Ian sambil menunjukkan dua helai kemeja berlengan panjang kepadaku.
Aku memandang kedua-dua helai baju kemeja yang
sedang ditayangkan oleh Ian sambil berfikir.
“Dark
purple matches you very well, sir.” Ujar staf perempuan yang sedari tadi
memerhatikan kami berdua. Macam
mana aku boleh lupa ada seorang penonton tidak rasmi di sini.
“Ha’ah, dark purple tu lagi okey.’’ Aku
menyokong cadangan pekerja perempuan yang berambut panjang yang diikat satu.
“Then, dark
purple lah.’’ Balas Ian.
“Nak saiz apa ya?” Soal pekerja
perempuan yang bernama Rin itu.
“I nak try L size dulu lah.” Jawab Ian. Rin ke rak yang tersususun
pelbagai jenis baju kemeja. Sehelai baju kemeja terlipat kemas diserahkan pada
Ian.
“Fitting
room sebelah sana.” Beritahu Rin sambil tersenyum ke arah Ian.
“Thank
you.” Balas Ian sambil tersenyum dan berlalu ke arah fitting room.
Aku
mengerutkan dahi memandang telatah Rin yang aku agak umurnya masih muda,
mungkin masih menuntut di universiti. Amboi, dia punya senyum dekat encik mat salih celup tu, bukan main lagi. Macam
semut jumpa kilang gula. Aku perasan yang anak mata dia yang bulat tu pun tak
lepas-lepas dok tenung laki aku tu
sampai tak berkelip. Aku tahu lah mat salih celup tu memang ahli kumpulan ‘hot British lads’, tapi, control-control la sikit biji mata tu.
Aku yang isteri dia pun kena curi-curi pandang suami sendiri. Eh !
Erk,
yang aku nak membebel sorang-sorang dalam hati ni kenapa pulak ? Cemburu
ke? Heh, cemburu? Tunggulah cik Mini dekat rumah tu boleh bergerak sendiri. Erk,
takutnya kalau cik Mini tu boleh bergerak sendiri!
Aku
lihat Rin bergerak semula ke rak tadi dan mengambil sehelai lagi baju kemeja
yang berwarna sama seperti yang diberikan kepada Ian sebentar tadi. Rin sudah
mengatur langkah ke arah fitting room.
“Kenapa dik?” Soalku.
“Err… abang tadi tu dia
minta saiz M.” Jawab Rin. Dia
kelihatan terkejut dengan soalanku.
“Ni baju yang saiz M tu ke?” Soalku sambil memandang baju kemeja yang berada dalam
pegangannya. Rin mengangguk.
“Tak apa, biar akak pass kan dekat husband akak. Thanks ya,
dik!” Balasku, tersenyum sebelum berlalu ke fitting
room dengan membawa baju kemeja tersebut. Aku buat-buat tidak faham dengan
wajah kelat Rin. Sorrylah, dik!
“Ian!” Aku memanggil nama Ian, ingin
tahu dia berada di dalam bilik yang mana satu.
“Here,
dekat hujung sekali.” Jawab Ian.
Aku
menghampiri pintu yang terkunci rapat itu dan mengetuk pintu.
“Thanks.
Eh, tunggu sini sekejap. Nak minta tolong awak tengokkan, okey ke tak.” Pesan
Ian dan mengambil baju kemeja yang kuhulurkan kepadanya.
Pintu
ditutup semula dan tidak lama kemudian dibuka. Mak aih, patutlah budak tadi tu dok tenung laki aku macam tak cukup biji
mata.
“Okey tak? Saiz L tadi macam besar
sangat la.” Ujar Ian.
“Okey dah ni.”Balasku sambil membuat
‘thumbs up’. Ian tersenyum puas hati.
“Dah cukup handsome ke?” Tambah Ian sambil tersengih-sengih.
“Amboi, masuk mesin basuh tekan sendiri nampak.” Balasku
bersahaja.
“Apa tu? Janganlah cakap benda-benda yang saya susah nak
faham.” Balas Ian dan aku
sudah ketawa.
Ketika aku dan Ian kembali ke bahagian lelaki semula, Rin masih ada di
situ, tersenyum-senyum memandang Ian. Aku yang melihat hanya mampu menggeleng. Padahal
memang sudah terang-terangan jari manis Ian itu sudah tersarung cincin kahwin
kami.
Ian kembali ralit memilih beberapa
helai baju kemeja yang lain pula dan juga beberapa helai seluar slack. Hampir sejam di dalam kedai itu,
barulah Ian yang agak cerewet itu selesai memilih dan juga membayar.
“Pergi bookstore
jom!” Ujarku.
“Kenapa?” Soal Ian.
“Cari buku lah. Takkan nak beli ikan
dengan sayur pulak.” Jawabku.
“Awak nak beli buku?” Soal Ian. Aku
menggeleng.
“Kita cari buku untuk awak. Buku
cerita bahasa Melayu untuk awak baca supaya bahasa Melayu awak semakin bagus.
Membaca kan jambatan ilmu.” Balasku.
“Zaman baca buku cerita dah habis
lah.” Protes Ian.
“Untuk awak, tak habis lagi. Baru
nak mula.” Balasku dan terus menarik lengan Ian. Tadi aku dah kena heret dengan
dia. Sekarang ni, biar dia merasa kena heret pulak. Kami terus ke kedai buku
Kinokuniya yang terletak di tingkat atas.
“Ni bahagian novels la. Saya tak baca adik-beradik chick-flicks ni.” Komen Ian sambil melihat barisan novel-novel
Melayu yang tersusun rapi.
“Kalau nak ilmu berkat, mana boleh
melawan cakap cikgu.” Usikku. Aku mencari-cari novel bahasa Melayu yang sesuai
dengan mamat cerewet lagi banyak songeh yang dekat sebelah ni. Rasanya kalau
cerita meleleh sangat, mesti tak sesuai. Aku menarik keluar novel bertajuk
Contengan Jalanan hasil karya Hlovate.
“Contengan Jalanan? Tajuk dia sangat
catchy.” Komen Ian sambil
membelek-belek novel berwarna merah perang itu.
“Yang ni bukan chick-flick, jangan risau. Saya pernah baca review novel ni, sangat bagus. Jalan cerita dia lebih kepada
ketuhanan. Banyak pengajaran yang awak boleh dapat bila baca cerita ni. Hah,
novel Versus tu pun bagus jugak.’’ Aku menarik keluar sebuah lagi novel karya
Hlovate dan menyerahkan buku tersebut kepada Ian.
“Cari lagi satu. Cukuplah tiga buah.
Awak pilihlah lagi satu buku yang awak nak. Tapi kena dalam bahasa Melayu
lah.’’ Tambahku sambil melirik ke arah Ian yang sedang meneliti deretan novel
yang tersusun kemas. Tiba-tiba dia
ketawa.
“Kenapa ?
Apa yang lawak ?’’ Soalku pelik.
“Tengok tajuk novel ni.” Jawab Ian
dan menayangkan sebuah novel kepadaku. Aku sudah membulatkan biji mata.
“Isteriku Gangster.” Ian membaca
tajuk novel tersebut sambil tersengih-sengih ke arahku.
Haih, sabar je lah dengan dia ni!
“Tajuk novel ni sesuai
untuk awaklah. Kita beli
nak ?’’ Usik Ian sambil ketawa lagi.
“Saya jadi gangster betul-betul baru
tau. Takut awaklah yang patah riuk, lebam-lebam muka tu.” Balasku geram dan aku
ingin terus keluar dari bahagian novel Melayu itu. Langkahku terhenti apabila lenganku ditarik dari belakang.
“Ala, gurau je lah. Itu
pun nak sensitip. Jom, jom, pergi
bahagian motivasi. Saya nak cari satu buku genre
motivasi, yang dalam bahasa Melayu.’’ Ian masih tersenyum dan menarik lenganku
untuk ke bahagian buku-buku motivasi pula.
Keluar dari kedai buku Kinokuniya, Ian sudah terlebih dahulu menarikku
masuk ke dalam Jusco. Katanya nak mencari minyak wangi. Ian terus menarik
tanganku ke bahagian minyak wangi dan terus ke kaunter minyak wangi berjenama
Calvin Klein.
“Saya tengok perfume
awak ada dua botol dekat rumah. Yang
hadiah hantaran hari tu pun baru guna kan?” Bisikku
pada Ian.
“Saya suka pakai different scents la.’’ Jawab Ian.
“Membazir lah. Dahla beli perfume branded yang mahal.” Komenku
lagi sambil meneliti harga minyak wangi yang berada dalam pegangan Ian. Pertama
kali aku jumpa lelaki kaki shopping
macam encik mat salih celup ni. Selalunya perempuan, ni dah terbalik pula.
Bahaya kalau dibiarkan tabiat suka membazir macam ni.
“Guna satu bau je tak boleh ke? Saya guna satu jenis perfume, elok je.’’ Balasku pula. Yalah, aku memang setia dengan
minyak wangi White Musk keluaran The Body Shop. Kira berbaloi jugaklah harga
dengan kualiti. Tak adalah mahal macam dekat depan aku ni.
“Tipu! Hadiah hantaran awak tu kan perfume brand lain. That makes two, bukannya single
brand.” Jawab Ian, tidak mahu kalah.
Oh,
lupa pulak minyak wangi Lancome Midnight Rose yang baru dibuka. Dengar nama
minyak wangi dah macam nama lagu.
“Bila bercakap tu kan, awak aje yang
nak menang.” Balasku dan Ian buat-buat tidak dengar.
Akhirnya
Ian membeli juga minyak wangi tersebut dan aku sudah tidak mampu untuk berkata
apa-apa lagi. Keluar dari Jusco, Ian sudah menarikku ke kedai Swatch pula. Nak
beli jam tangan pulak ke mamat ni? Aku pantas menahan tangannya daripada
menarikku masuk ke dalam kedai jam tersebut.
“Tangan awak ada dua je kan? Itupun boleh pakai jam dekat
satu tangan je. Jam awak dekat
rumah tu ada macam-macam tau. Dah, dah, jangan membazir. Membazir tu kesukaan
syaitan tau. Baik kita pergi beli hadiah untuk baby kak Nisa. Kan awak dah janji nak share beli hadiah dengan saya. Jom, jom. Dah nak dekat pukul 2 ni.
Solat Zohor belum lagi.” Tuturku lembut tetapi tegas dan menarik tangan Ian.
Nampaknya hari ini memang kami berdua merupakan peserta
acara tarik-menarik tangan. Selesai membeli set hadiah bayi untuk baby
Aliya Nadia, kami berdua menunaikan solat Zohor di surau dahulu sebelum ke
rumah keluargaku untuk melawat kak Nisa dan baby
Aliya yang sudah pulang ke rumah pagi tadi.
**********************************
Usai pulang dari rumah mama dan papa, aku sempat menegur umi dan walid yang
sedang menonton televisyen bersama Jazmin sebelum berlalu ke tingkat atas. Tanpa menukar pakaian dan hanya membuka tudung, aku
terus berbaring di atas katil. Kedua-dua belah kaki sudah terasa mahu tercabut,
tanganku juga sudah terasa mahu tertanggal dek kerana pak cik mat salih celup
yang masih seronok bersembang dengan Jazmin di tingkat bawah. Aku terus tertidur sementara menunggu waktu Asar.
Aku membuka mata perlahan-lahan dan sempat menggeliat. Baru aku perasan
yang pinggangku terasa berat. Eh, berat ? Anak mataku sudah terhenti pada
tangan yang sedang memeluk erat pinggangku. Apa benda ni ? Bukan benda,
tangan siapa ni ?
“Mama !’’ Spontan aku
terjerit apabila baru menyedari Ian sedang tidur di sebelahku dan dialah tuan
punya tangan yang sedang sedap memeluk pinggangku. Muka dia dahlah dekat
gila ! Automatik aku
menolak Ian yang baru sahaja terjaga dek kerana
jeritanku itu.
“Amani !’’ Keras suara
Ian yang sudah mahu jatuh tergolek ke bawah katil. Aku sempat menangkap
tangannya supaya Ian tidak terjatuh ke bawah katil dan kepala kami pula yang
berlaga.
“Aduh !’’ Masing-masing sudah mengaduh serentak
sambil memegang kepala masing-masing.
“Apa…” Soal kami berdua serentak.
Masing-masing terdiam.
“Awak…” Sekali lagi serentak kami
bersuara.
“Kenapa awak tidur atas katil ni pulak? Tak nampak ke
saya yang tidur atas katil ni ? Setiap malam awak tidur atas katil. Bila
petang, bagilah saya pulak yang merasa tidur atas katil ni.’’ Terus aku
mengomel laju mengalahkan machine gun.
Ian sudah terkebil-kebil. Mungkin terkejut, mungkin juga tidak memahami butir
bicaraku yang laju dan dihabiskan dalam satu nafas.
“Cakap satu-satu,
perlahan-lahan tak boleh ke ?’’ Soal Ian dengan raut wajah yang kelihatan
mamai.
“Tak boleh ! Saya geram tau dengan awak ni.”
Jawabku yang kini sudah duduk bersila menghadap Ian.
“Sekarang ni cuba explain apa yang awak geram sangat
sampai menjerit-jerit tadi? Lepas tu nak tolak saya jatuh katil pulak.” Soal
Ian lagi. Wajahku dipandang tepat membuatkan darahku berderau.
Alamak,
aku nak jawab apa? Nak cakap aku geram sebab dia suka-suka je peluk aku?
Takkanlah nak cakap macam tu. Memang free-free
kena sakat.
“Awak ni lah. Kedekut betul. Waktu
petang bagilah saya tidur atas katil. Awak gunalah sofa tu. Itu pun nak berkira
ke?” Aku memberikan jawapan yang paling selamat.
“Share
tak boleh ke?” Soal Ian sambil mengangkat-angkat keningnya.
Erk,
share? Share yang maksudnya kongsi atau share yang maksudnya saham? Heh, otak Iman Amani pun dah ting-tong.
“Tak boleh!” Jawabku.
“Kedekut!” Usik Ian. Dia menyengih
macamlah aku tengah buat lawak.
“Awak pun kedekut!” Balasku pula.
“Ala, sharing is caring kan.” Tambah Ian selamba.
“Apa caring-caring? Awak ingat sini farmasi Caring ke?” Balasku kembali.
Tiba-tiba
Ian ketawa sehingga merah kulit wajahnya yang putih itu.
“Iman, serius lawak!” Balas Ian dan
ketawa lagi.
“Isy, malaslah nak layan! Baik amik
wudhu’ lagi bagus. Gelak banyak-banyak nanti ilmu keluar tahu.” Balasku dan
bangun dari katil untuk ke tandas. Ian yang masih terbaring di atas katil,
masih seronok ketawa.
Sampaikan ke dalam tandas pun aku rasa jantung aku masih sedang berlari
pantas. Kalau setiap hari macam ni, empat tahun lagi cik jantung dalam badan
aku ni dah layak nak masuk acara Olimpik. Haih,
kuatlah iman !
your n 3 comel...sy da lama cari blog awak..asyik baca kat p2u je
ReplyDeletekeep up your good work
best...nak lagi...
ReplyDeletehai dah mula nak bermanja la pasangan ni..
sweet la...
nk lg...rse xpuas bce sikit2...tp xpe asalkn penulis update sy sggup tunggu..:-)
ReplyDeleteterima ksih yumi!!! :).....mmg tak sabar untuk episod seterusnya
ReplyDeletebest...tp nak tgu next n3 tu yg siksa....
ReplyDelete2 thumbs up... klu boleh msk ibu jari kaki skl tapi tak bleh plak... hehehe
ReplyDeleteWah suka dua2 comel
ReplyDeleteBest..... #^_^
ReplyDeletetak sabar tunggu next n3 ^_^
ReplyDeleteentry kali nie macam ada yang kurang sikit kot......x taulah apa. tapi macam ada something yang kuranglah......but keep it up
ReplyDeletebest..just keep up the good work..heeheh..x tau nk komen ap sebenornya ni..sori..
ReplyDeletehehehehe....bestlah cerita nie...tak sabar nak baca bab seterusnya......cepat2lah update hehheehee.....
ReplyDeletenak lg.
ReplyDeletecik writer, u mean dia orang lum 'apa2' lagi...tanya sipembaca gatal ni LOL
ReplyDeleteAlahai Iman & Ian....bila nak berdamai ni?
ReplyDeletebest2.. tapi bila lepa nak brbaik nih.. dan heroin blh trima hero.. bila?
ReplyDeletecomel ajer iman dgn ian... ^_~
ReplyDeletebest......mmg comel ian ngn iman...ian sorang jer pggl iman as amani...mmg specal...
ReplyDeleteYumi hyra...best laa jalan cerita awak..saya suka sangat...teruskan usaha awak dlm bidang penulisan ya ...awk sgt berbakat..saya menanti kesinambungan cerita awak...Fighting!!!
ReplyDeletemmg best giler cerita ni...sambung lagi please...
ReplyDeleteBile nak sambung bab 21 ? Tak sabar ni
ReplyDeletebest nice n sweet story...sweet couple 2....xcited to read more...smoga novel ne cepat siap..x sbr nak beli bukunya.... :-)
ReplyDeletealamakk bila nak ada sambungan ne...hari2 dok check pg ptg siang mlm...dah x sbr dah ne... :-)
ReplyDeletex sbr sgt2 dah... hehe :-)
ReplyDelete