“Kawan Yayang tu janji nak amik Yayang pukul berapa?”
soal mama sambil melipat kain di ruang tamu.
“Dia kata dia dah on
the way. Sekejap lagi sampailah tu.” Jawabku sambil membetulkan ikatan
rambut Afrina. Afrina akan mengikutku ke kenduri doa selamat Puan Arissa. Affan
pula tidak dapat mengikut kerana tidak sihat. Selepas Maghrib tadi, dia sudah
tertidur di atas sofa panjang.
Tiba-tiba kedengaran suara
orang memberikan salam dari luar rumah. Papa yang baru sahaja pulang dari surau
setelah menunaikan solat Maghrib, berjalan menuju ke arah pintu. Kedengaran
papa bersembang dengan seorang lelaki.
“Entah-entah kawan mummy
dah sampai.” Tutur Afrina.
“Yayang, ni Ayman dah sampai.” Ujar
papa sambil tersenyum.
Aku dan Ayman
saling berpandangan dan Ayman tersenyum. Aku sudah mengerutkan dahi melihat
sejambak bunga ros merah dalam pegangan Ayman. Dia ni buang tabiat ke
apa ?
‘’Auntie, auntie
sihat ?’’ Sapa Ayman sambil tersenyum ke arah mama yang sedang melipat
kain sambil bertudung. Aku sudah mahu ketawa melihat mama.
“Alhamdulillah, sihat. Oh, ni lah
Ayman. Baru auntie dapat berjumpa
dengan tuan punya badan.” Balas mama, ramah.
“Patutlah Dini cantik, auntie pun memang cun-melecun!” Puji
Ayman membuatkan mama dan papa ketawa serentak.
“Oh, ya! Bunga ni untuk auntie.” Tambah Ayman dan jambangan
bunga itu sudah bertukar tangan. Aku yang menjadi penonton sejak tadi, sudah
membulatkan biji mata. Biar betul dia ni !
‘’Ayman, buat lawak je bagi bunga
dekat auntie. Uncle pun dah lama tak bagi bunga dekat auntie.” Balas mama sambil tergelak-gelak memandang papa.
“Isy, awak ni! Bunga kita kan banyak
dekat laman rumah tu. Macam-macam bunga saya tanamkan untuk awak tau.” Usik
papa dan Ayman ketawa.
“Ayman bagi bunga dekat auntie ni, Dini tak cemburu ke nanti?”
Usik mama sambil memandang ke arahku.
“Dia takkan cemburunya, auntie. Dia bukannya suka dekat saya
pun.” Jawab Ayman selamba.
“Ayman!” Aku sudah hampir menjerit.
“Mama, papa, kitorang gerak dululah.
Nanti jalan jam.” Balasku dan
cepat-cepat mencapai tangan kedua orang tuaku untuk bersalam dan mengajak Ayman
untuk beredar sebelum entah apa-apa lagi yang akan keluar daripada mulut Ayman.
Ayman membukakan pintu
kereta belakang untuk Afrina dan pintu hadapan untukku.
“Senyap je,
Dini. Marah ke?” Soal Ayman
sebaik sahaja memandu keluar dari kawasan rumah milik keluargaku.
“Tak adalah, suka!” Sindirku. Ayman ketawa.
“Suka? Awak suka saya? Betul ni?” Usik Ayman sambil
tersengih.
“Malas nak layan awak merapulah.” Balasku, geram.
“Nana, mummy
Nana ni garanglah.” Balas Ayman.
“Yalah, siapa suruh uncle
bagi bunga dekat nenek je. Mestilah mummy
cemburu.” Balas Nana.
“Nana!”
Ayman ketawa lagi.
“Dini, saya bukannya tak nak bagi bunga dekat awak. kalau
boleh satu kedai bunga saya nak bagi, tapi awak kan alah dengan bunga hidup?
Nanti tak pasal-pasal awak bersin pulak.” Balas Ayman apabila tawanya reda.
“Mana awak tahu saya alah dengan bunga?” Soalku pelik.
Seingat aku, aku tidak pernah bercerita tentang perkara tersebut kepada Ayman.
“Hah, lupa lagilah tu. Kan awak sendiri yang bagitahu
saya?” Jawab Ayman sambil memfokuskan pandangannya pada jalan raya.
Aku senyap sambil cuba
mengingat kembali. Ya ke? Kenapa aku tak ingat? Itulah, suka sangat minum air
yang bersemut.
Tidak lama kemudian, kami
tiba di rumah keluarga Ayman. Aku keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk
Afrina.
“Alahai, comelnya Nana pakai baju kurung.” Puji Ayman dan
pipi Afrina dicuit. Afrina sudah tersenyum-senyum.
“Mummy dia lagi
cantik pakai baju kurung. Tapi, garang sangatlah! Takut kalau puji nanti kena
maki pulak.” Usik Ayman sambil memandang wajahku.
Aku sudah mengetap bibir,
cuba menahan sabar.
“Frankly speaking,
you look so sweet tonight. Nampak ayu je. First time kot tengok awak pakai baju kurung.” Tambah Ayman sambil
tersenyum.
Erk! Ni kenapa atmosfera dah
bertukar rentak pulak ni?
“Terima kasihla, encik Ayman. Sorrylah, saya tak ada duit kecik nak bagi duit upah sebab awak
puji saya.” Balasku bersahaja dan Ayman hanya ketawa.
“Eh, dah sampai pun! Jemputlah masuk, Dini.” Ujar Puan
Arissa yang datang menghampiri kami yang masih berada di laman rumah.
Aku dan Afrina
bersalaman dengan Puan Arissa.
“Oh, ni anak saudara Dini yang
kembar tu ya? Comelnya ! Lagi seorang mana ?’’ Soal Puan Arissa
sambil membelai rambut Afrina yang diikat satu itu.
‘’Adik demam, tengah tidur dekat
rumah.’’ Jawab Afrina.
“Ya ke? Kesiannya dekat adik. Jom, jom masuk rumah
nenek.” Balas Puan Arissa sambil memimpin tangan halus Afrina.
“Jom, Dini. Sekejap lagi orang surau sampailah. Baca doa
selamat dulu and then ada jamuan
sikit.’’ Tambah Puan Arissa.
Aku hanya tersenyum sambil
mengikut langkah Puan Arissa sementara Ayman mendapatkan Dato’ Eddy yang sedang
berbual dengan tetamu yang sudah ramai hadir.
Majlis dimulakan dengan
bacaan doa selamat sempena kelahiran cucu sulung ibu bapa Ayman dan juga
sempena proses pembaharuan rumah mereka. Selepas bacaan doa selamat, semua
tetamu dijemput makan.
‘’Mummy,
jomlah. Kita tengok adik baby jap.’’
Pinta Afrina sambil menarik-narik tanganku.
“Yalah, yalah. Tengok je tau. Jangan usik adik baby
tu sebab dia tengah tidur.” Balasku dan mengikut langkah Afrina yang sudah
berjalan menghampiri baby Dhamia.
“Tak makan lagi, Dini?” Sapa kak
Amira, kakak kepada Ayman dan ibu kepada Dhamia Batrisya.
“Lepas
ni, kak. Nana ni sibuk betul nak tengok adik baby.” Jawabku. Kak Amira hanya tersenyum dan mengusap kepala
Amira.
“Lawa hasil tangan Dini and crew.” Puji kak Amira sambil anak matanya menerawang ke
sekeliling ruang tamu.
“Biasa-biasa je, kak.” Balasku merendah diri.
‘’Dini !’’ Sapa Se Na yang tiba-tiba menghampiri
kami sambil tersenyum.
‘’Eh, Se Na unni.’’
Balasku sambil tersenyum. Agaknya dia baru sampai kerana sebentar tadi aku
tidak nampak kelibatnya.
Se Na menghampiri baby Dhamia dan menundukkan badan untuk
mencium pipi baby Dhamia yang montel itu.
“Congratulations on
your newborn baby. Sorry, I came quite late.” Ucap Se Na kepada kak Amira.
“It’s okay. It
doesn’t matter as long as you can come.” Balas kak Amira sambil tersenyum. Bahu Se Na dipaut mesra.
‘’ I tried to come
early but suddenly I need to handle something at the restaurant with omoni.”
Tambah Se Na lagi.
“No
worries.” Balas kak Amira pantas sambil menepuk-nepuk bahu Se Na.
“Eh, bersembang apa lagi dekat sini?
Jom, jom, makan.’’ Tutur Puan Arissa yang muncul dari dapur.
‘’Jomlah kita pergi makan. Se Na unni, join us.’’ Ujar kak Amira.
“You guys go first. I need to talk with your
mum for a while.” Jawab Se Na.
Sepasang telingaku
menangkap Se Na bersembang sesuatu dengan Puan Arissa dalam bahasa Hangul.
Sah-sahla aku tidak faham butir bicaranya.
Aku dan Afrina
mengikut kak Amira ke luar rumah untuk makan di bawah khemah kecil yang sudah
tersedia. Sambil makan, beberapa kawan
Puan Arissa meminta business card
milikku kerana mereka berminat untuk mendapatkan khidmat ID. Alhamdulillah, akan
ada rezeki yang bakal masuk.
Setelah selesai aku dan
Afrina makan, Puan Arissa meminta Ayman menghantar kami pulang kerana hari
sudah semakin lewat.
“Terima
kasihla sebab sudi datang rumah auntie
malam ni.” Tutur Puan Arissa sambil kedua-dua belah tanganku digenggam erat.
‘’Sepatutnya saya yang berterima
kasih pada auntie sekeluarga sebab
sudi jemput kami malam ni.’’ Balasku dan
tersenyum ke arah Puan Arissa dan Dato’ Eddy.
“Nanti
lepas-lepas ni, jemputlah datang rumah auntie
lagi ya.” Tambah Puan Arissa.
‘’Insya-Allah, auntie.’’
Jawabku dan bersalaman dengan Puan Arissa dan kak Amira.
‘’Ayman,
drive carefully. Awak tu nak hantar
anak dara orang balik. Kirim salam dekat parents Dini ya.” Tambah Dato’ Eddy
pula.
“Yes, daddy. Don’t
worry.” Balas Ayman.
Aku dan Afrina mengikut
langkah Ayman ke kereta Volkswagen Beetle berwarna kelabu itu. Afrina sudah
menguap, mengantuk sangat agaknya.
“Nak duduk depan dengan mummy la.” Ujar Afrina.
“Dah mengantuklah tu.” Balasku dan meriba Afrina yang
kecil molek di atas pangkuanku sebelum menutup pintu kereta.
Ayman menghidupkan enjin
kereta sambil anak matanya sempat menjeling ke arah Afrina yang sudah terlelap.
“Dia memang manja dengan awak ya?” Soal Ayman sambil mula
memandu keluar dari kawasan perkarangan rumah keluarganya.
“Ha’ah, sangat manja. Yalah, kan arwah kak Long saya
meninggal dunia masa lahirkan Nana dengan adik. Jadi, memang family saya yang jaga diorang dari baby lagi.” Jawabku sambil mengusap
rambut Afrina penuh kasih.
Suasana di dalam kereta
bertukar senyap dan hanya ditemani oleh suara DJ radio Fly fm. Ayman menumpukan
sepenuh perhatian terhadap pemanduannya.
“Okay, dah sampai.” Ujar Ayman sebaik sahaja
memberhentikan kereta di hadapan pintu pagar rumah keluargaku. Aku yang tadinya
tertidur sudah terjaga.
“Jap, awak jangan keluar dulu. Saya tolong bukakan pintu
kereta.” Balas Ayman dan
keluar dari tempat pemandu. Pintu kereta di bahagianku dibuka dari luar. Ayman mendukung Afrina yang masih tidur tanpa sempat
aku melarang.
“It’s okay. Tak
larat ni awak nak dukung Nana. Biar saya tolong bawak Nana masuk rumah.” Balas
Ayman sambil tersenyum.
“Thanks,
Ayman.” Balasku dan keluar dari kereta.
“Dini.”
Panggil Ayman tiba-tiba membuatkan langkahku terhenti.
“Kenapa?
Afrina berat eh?” Soalku.
Ayman pantas menggeleng
sambil tersenyum.
“Dah tu, kenapa?” Soalku semula.
“Hari tu, our
conversation time dinner dekat restoran Se Na noona, I really meant it.” Jawab Ayman dan wajahku dipandang tepat.
Aku terus mengerutkan dahi.
“Conversation?
Which conversation?” Soalku kurang faham.
“Our convo on
asking you to marry me. I really meant it.” Jawab Ayman tenang.
“Hah?” Aku sudah terkejut besar. Biar betul dia ni!
Mengigau ke apa?
“Saya serius ni, nak ajak awak kahwin.” Ayman mengulangi
penjelasannya. Aku sudah terkebil-kebil mengalahkan cicak tertelan paku payung.
“Saya rasa awak penat ni, Ayman. Baru sampai dari Seoul
dah sibuk dengan kenduri parents awak.
Mesti awak tak realize apa yang awak
tengah cakap sekarang ni.’’ Balasku sambil ketawa. Lebih tepat, buat-buat
ketawa.
“Nope, I’m serious
and I’m in a clear mind right now.” Balas Ayman, kali ini kedengaran tegas.
Aku terus terdiam. Nak jawab apa?
“Err… Ayman, saya sebenarnya…”
“Awak tak payahlah jawab sekarang. Fikir masak-masak
dulu, tapi janganlah sampai hangus pulak. Bila awak dah ada jawapannya, awak
bagitahu saya ya.” Pantas Ayman
memintas ayatku sambil tersenyum dan terus menekan loceng rumah.
*****************************
“Aku tengok mata kau dah macam adik-beradik Kung Fu Panda
. Kau kenapa? Insomnia ke?” Tegur Farhana sewaktu kami makan tengah hari
bersama-sama.
“Isy, kau ni!
Ada ke patut doakan aku dapat insomnia pulak. Aku tak boleh tidur lah.’’
Jawabku beserta keluhan.
“Tak boleh tidur tu, insomnia lah
dalam bahasa saintifiknya.’’ Balas
Farhana.
“Aku tak boleh tidur sebab banyak fikirlah. Bukan symptoms orang
yang ada insomnia tu.” Balasku pula.
Farhana sudah mengangkat keningnya.
“Banyak fikir ? Fikir pasal apa ? Bukan so far projek kau berjalan lancar ke.”
Ujar Farhana.
“Tak ada kaitan dengan projek pun. Ni berkaitan hati
dengan perasaan lah.” Ujarku pula. Tiba-tiba Farhana terus ketawa sehingga
berair matanya.
“Kau ni, aku
tengah cerita drama kat sini, kau boleh bantai gelak pulak.” Balasku sambil memandang ke arah Farhana yang sudah
merah wajahnya kerana ketawa beria-ria tadi.
“Sorry, sorry.
Tapi, serius lawak bila cik Dini Nazihah depan aku ni tiba-tiba sebut pasal
hati dan perasaan. Sebelum ni, bukan main kau cakap Romeo and Juliet tu jalan
cerita dia tak logik.” Balas Farhana dengan tawa yang masih bersisa.
“Apa kaitan aku ada masalah hati dan perasaan dengan
drama Romeo and Juliet pulak? Kau ni pun ada masalah jugaklah. Ke kau pun ting-tong sebab banyak sangat fikir.”
Usikku pula.
“Aku ting-tong
sebab fikir preparations nak kahwin. So, logiklah tu. Sekarang ni, apa masalah kau ? Ce cite, ce cite.’’ Balas Farhana dan
tanganku yang terletak di atas meja, ditepuk-tepuk lembut.
Aku menarik nafas
sebelum memulakan cerita. Sepanjang
aku bercerita, Farhana mendengar dengan tekun sehinggalah dia ketawa di hujung
cerita.
“Yang kau
bantai gelak lagi ni kenapa?” Soalku pelik. Aku tengah cerita benda berserabut,
kawan baik aku ni boleh gelak macam aku tengah cerita benda lawak antarabangsa.
“Fobia kau dengan pilot tu yang aku rasa lawak. Padan muka
kau. Sekarang ni pilot jugak yang ajak kau kahwin.’’ Jawab Farhana sambil tersengih.
“Fine, fine. Macam
ni lah kawan.’’ Aku sudah menarik
muka.
“Kau ni, sensitip pulak sekarang ni. Macam ni lah, satu jalan yang aku boleh
cadangkan pada kau. Buat solat hajat setiap malam sampailah kau rasa kau dah
jumpa jawapannya. Jangan reject
encik driver kapal terbang tu
awal-awal. Entah-entah memang dia jodoh kau yang Allah dah tetapkan. Benda-benda berkaitan jodoh ni kan di luar pengetahuan
kita. Jadi, kita kenalah minta tolong DIA. Allah dah susun
perjalanan kita kat atas muka bumi ni, cantik-cantik. Kalau kita ikhlas meminta
daripada DIA, insya-Allah DIA akan memberi. Fobia kau dengan pilot tu, aku rasa dah nak sembuh dah
sebab, kau tak alergi pun dengan Ayman kan?” Ujar Farhana panjang lebar. Kali
ini, riak wajahnya sudah bertukar serius.
“Ya ke dah sembuh?” Soalku ragu-ragu.
“Tak percaya?” Soal Farhana pula sambil tersenyum. Aku
hanya mengangkat bahu.
“Pagi tadi time tengah
driving nak datang office, kau ada teringat dekat encik driver tu tak?” Soal Farhana tiba-tiba
membuatkan aku terus terdiam.
“Haha, kantoi!”
Usik Farhana membuatkan wajahku terasa membahang. Haih, kawan aku yang sorang
ni kan!
Ketika aku sampai di rumah
lewat petang itu, aku terserempak dengan abang Faiz di luar rumah. Dia terus
menegurku sambil tersenyum.
“Baru balik kerja ke, Dini?” Sapa abang Faiz.
“Ha’ah. Abang nak balik dah ke?” Sapaku pula. Yalah, dah
orang berbahasa, kita pun kenalah berbahasa juga.
“Ha’ah, nak balik. Tadi jenguk Nana dengan adik. Lepas
tu, ada benda abang kena bincang dengan mama and papa.” Jawab abang Faiz.
Aku hanya mendiamkan diri,
tidak tahu untuk berbicara apa lagi.
“Abang gerak dululah, ya. Nanti bila abang cuti, kita
jumpa lagi. Boleh bawak Nana dengan adik jalan-jalan.” Tambah abang Faiz sambil
tersenyum lagi sebelum dia mendapatkan keretanya yang diparkir di luar rumah.
Aku agak pelik dengan
tingkah laku abang Faiz yang terlebih mesra berbanding biasa. Apa yang dah jadi
sebenarnya? Entah-entah abang Faiz nak kahwin tak? Aku memberi salam sebelum
melangkah masuk ke dalam rumah. Affan yang sedang menonton kartun, berlari-lari
mendapatkanku sambil tersenyum gembira. Aku lihat mama dan papa sedang minum
petang di ruang makan. Aku sempat menegur ibu bapaku sebelum berlalu ke tingkat
atas.
Malam itu, aku
semakin tidak boleh memejamkan mata walaupun aku berasa sangat mengantuk. Butir
bicara mama dan papa selepas makan malam tadi, sangat kuat terpahat di dalam
ingatanku.
“Faiz
bagitahu papa dengan mama yang dia nak kahwin.’’ Tutur papa lembut sambil
berpandangan dengan mama.
“Baguslah
tu, papa. Lagipun Nana dengan adik perlukan mama untuk diorang
membesar dengan sempurna. Arwah kak Long pun dah bertahun-tahun pergi
meninggalkan kita semua. Kesian dekat si kembar tu.’’ Komenku.
“Dini
tak marah ke ?’’ Soalan mama membuatkan aku berasa pelik.
“Nak
marah buat apa, mama? Yang dah lepas tu, sudahlah. Takkanlah sebab apa yang dah
jadi, Nana dengan adik tak boleh nak merasa kasih sayang ibu pula. Lagipun,
abang Faiz berhak nak cari kebahagiaan dia sendiri.’’ Jawabku. Mama dan papa
sudah tersenyum memandangku. Aku pula yang berasa tidak sedap hati. Apa yang
dah berlaku sebenarnya ?
“Faiz
nak melamar Dini jadi isteri dia.’’ Beritahu mama beserta senyuman.
Mataku terus membulat dan rahang bawahku jatuh.
“Mama
ni, janganlah buat lawak pulak. Cuba bagitahu betul-betul, abang Faiz nak kahwin
dengan siapa.’’ Balasku dengan tawa yang dibuat-buat.
“Ya
Allah! Mana ada mama buat lawak. Betul ni, Faiz nak kahwin dengan Dini.” Jawab mama dengan
nada suara yang lebih serius.
Dari posisi
menelentang di atas katil, aku sudah duduk bersila pula dan mengeluh lagi.
Orang kata, situasi aku ni dipanggil ‘ganti tikar’. Masalahnya sekarang, ganti
tikar ke, ganti karpet ke, memang aku tak mahu. Sudahnya, aku bangun dan menuju
ke bilik air untuk berwudhu’ dan melakukan solat sunat tahajud dan istikharah.
**************************
Sudah hampir
seminggu berlalu dan pagi tadi aku menerima pesanan ringkas daripada Ayman yang
menyatakan dia sudah berada di Kuala Lumpur. Nasib baik juga dia tidak
bertanyakan tentang ‘jawapanku’. Abang Faiz pula asyik berkunjung ke rumah
keluargaku sejak akhir-akhir ini. Nasib baik aku agak sibuk dengan projek
dekorasi dalaman untuk pejabat di Putrajaya, aku hanya akan tiba di rumah pada
waktu malam. Buat masa sekarang, lebih baik aku tidak bersua muka dengan
kedua-duanya sekali.
Aku ceritakan juga
kepada mama dan papa berkenaan Ayman yang turut mengajakku berkahwin. Kelakar
juga rasanya kerana perkara ini kedengaran seperti mengajak ke kenduri ataupun
jamuan makan malam. Mama menceritakan perkara ini kepada abang Faiz dan abang
Faiz memberi masa kepadaku untuk berfikir. Seorang pilot pun aku dah rasa nak berlari. Kalau sampai dua orang, lagilah
aku rasa nak buat acara marathon.
Malam Ahad itu, aku
menelefon Ayman untuk memberitahu mengenai lamaran abang Faiz. Aku fikir, Ayman
perlu mengetahuinya kerana abang Faiz juga diberitahu perihal yang sama.
Perlulah berlaku adil untuk kedua-duanya. Suara ceria Ayman yang menyambut
panggilan menghilangkan sedikit rasa gemuruhku.
“Ayman,
sebenarnya kan…’’
“Awak nak bagi jawapan eh ?’’ Soal Ayman, terus
memotong percakapanku.
“Awak dengar dulu apa yang saya nak cakap ni.” Ujarku.
“Okay. Go on. I’m
listening.” Balas Ayman.
“Sebenarnya, abang ipar saya pun jumpa parents saya untuk lamar saya jadi
isteri dia.” Ceritaku satu-persatu.
“Abang ipar awak yang nama Faiz tu ya?” Soal Ayman. Nada
suaranya sudah berubah.
“Ha’ah. Jadi saya nak bagitahu awak yang saya sebenarnya
nak…”
“Tak apalah, Dini. I
think I get what you wanna trying to say. Wish you a happy marriage ahead.”
“Klik!”
Aku terpinga-pinga apabila
panggilan terus diputuskan begitu sahaja oleh Ayman. Aku merenung lama telefon
bimbitku sebelum menelefon Ayman semula tetapi dia menutup telefonnya. Aku
sudah mati akal. Isy, mamat yang seorang ni suka sangat memotong cakap aku. Merajuk
ke?
Tq for the update yumi hyra. Suka sgt n harap2 dini pilih ayman
ReplyDeletewahh akhirnya , lama da tunggu , best3 , cant wait next n3 , keep it up ;)
ReplyDeleteHrp2 dini pilih ayman!
ReplyDeleteNak Dini & Ayman.... #^_^
ReplyDeletego for ayman n dini.
ReplyDeletemmg da lme tunggu entri ni..tq 4 update..:-)
ReplyDeleteOMG OMG OMG!!! Best giler!!
ReplyDelete-boni-
encik suami mat salleh celup & encik driver hati!! .........dua dua cerita mmg best!!.....sy mmg tak sabar nak baca episod seterusnya
ReplyDelete