Bab 16
“Hah, dah lawa dah tuan puteri kita ni.” Usik kak Aisyah
sambil membetulkan kedudukan veil dan
crown di atas kepala.
“Tengoklah siapa make-up artistnya.” Usikku pula dan kami
berdua ketawa serentak.
“Cun la weh!
Dah macam princess from fairy tales!”
Sampuk Auni yang sedari tadi memerhatikan kak Aisyah bekerja.
“Kak, ni lagi
sorang bakal pengantin. Dia dah berkenan dengan sentuhan jari-jemari akak tu.
Nanti bila nak kahwin, mesti dia cari akak jugak.’’ Balasku sambil mengusik
Auni.
Kak Aisyah hanya
tersenyum memandang telatah kami berdua sambil mengemas peralatan solek yang
berterabur di atas meja solek ke dalam sebuah kotak empat segi bersaiz
sederhana.
“Aku nak kahwin lambat lagilah.
Sempat tunggu kau beranak kot !’’ Balas Auni sambil tersengih.
“Yalah tu nak tunggu aku beranak. Entah-entah
tahun depan kau dah kahwin.’’ Usikku lagi.
“Isy, mulut mak cik ni! Buatnya
masin mulut kau tu.” Auni sudah menolak bahuku.
“Biarlah masin pun. Benda yang baik
kot !’’
Auni hanya mencebik
tetapi kemudiannya tawa kami berdua meletus juga.
“Haih, aku tak sangka kawan baik aku
yang macam kanak-kanak ceria Ribena ni dah jadi isteri orang rupanya. Rasa macam baru semalam je kita prank Simon and the gang yang kuat membuli time orientation week dulu.’’ Tambah Auni.
“Prank tu
memang the best! Thanks to Firaslah. Dia memang prank
master. Sampai sekarang aku tak boleh lupa reaksi muka Simon. Kita ingatkan
ketua pembuli semangat kental macam Iron Man, tapi bila kena prank dengan cik ‘han’, dia terus
tumbang.” Balasku sambil tersenyum mengimbau kenangan lampau.
“Padan muka dia. Suka sangat beli budak-budak baru masuk
dengan benda yang tak logik. Kau
ingat dia suruh Sofia cari telur dinasour tu? Memang zaman sekarang ni boleh
jumpa telur dinasour. Kesian gila dekat Sofia.’’ Auni sudah tergelak-gelak.
“Sampai Simon graduate pun dia tak tahu yang prank
malam tu dekat rumah memang kerja budak-budak kita kan ?’’ Soalku.
“Dia tak tahu langsung! Kalau dia tahu, memang kita kena
humban balik zaman dinasour.” Jawab Auni dan ketawa kami pecah lagi.
“Iman!” Jerit Angah dari ruang tamu kecil yang disediakan
di dalam bilik suite ini.
“Auni, kau sembang dengan kak Aisyah jap eh. Aku nak
pergi tengok apa benda yang Angah aku tu tiba-tiba teringin nak jadi Tarzan.’’
Ujarku pada Auni dan berlalu untuk mendapatkan Angah.
Aku ke ruang tamu dan
kelihatan Angah sedang duduk di atas kerusi bulat dan Ian yang sudah bersiap,
sedang berdiri di tepi tingkap.
“Angah menjerit tadi kenapa ?’’ Soalku sambil
memandang Angah yang seperti selalu, sentiasa tersengih.
“Saja, nak test suara.’’
Jawab Angah dan tanganku terus ringan menampar lengannya. Angah hanya ketawa
seronok.
“Eh, lawanya adik Angah! Dah macam princess Snow White.” Tambah Angah lagi sambil tangannya erat
memaut bahuku.
“Yang tiba-tiba memuji ni kenapa? Sorry, Iman tak ada duit kecik nak bagi upah dekat Angah sebab puji
Iman.” Balasku bersahaja dan Angah terus ketawa.
“Angah panggil sebab nak suruh Iman tengok Ian ni.’’
Beritahu Angah.
“Suruh tengok ?’’ Soalku pelik dan aku berpaling ke
arah Ian pula. Wajah tidak beriak Ian, kupandang lama.
“Bukan tengok macam tu lah!”
“Dah tu? Angah
yang kata suruh tengok.” Aku sudah ketawa.
“Isy, budak ni ! Maksud Angah, tolonglah
betul-betulkan baju cik abang awak tu. Nasib baik Angah ada tau, kalau tak,
kesian Ian kena buat semua sendiri.”
Aku mengetap bibir.
Angah ni memang sengaja betullah! Wajah Angah dan Ian kupandang silih berganti.
Aku berjalan merapati Ian yang sedari tadi membisu.
“Eh,
kesan lebam awak dah tak adalah !’’ Balasku perlahan. Kalaulah Angah
dengar, jenuh aku nak bersoal jawab dengar encik peguam itu.
“Really?” Soal
Ian dan tangan kanannya memegang dahinya sendiri.
“Or awak
teringin nak pakai BB cream lagi?”
Usikku dan Ian sudah menarik muka. Anak mataku meneliti baju kemeja putih yang
dipakai oleh Ian, yang turut dilengkapi dengan vest dan kot hitam di luar.
“You look great!”
Ulasku sambil menjengketkan kaki untuk membetulkan kedudukan kot hitam yang
tersarung di badan Ian. Kemudian, aku menepuk-nepuk bahunya.
Ian sudah tersenyum
menyerlahkan sepasang lesung pipit yang terbentuk dalam. Tiba-tiba aku pula
yang rasa semacam. Isy!
“You look fabulous
too and…”
Aku memandang anak
mata kelabu cair yang kelihatan tersenyum itu, menanti butir bicara
selanjutnya.
“Will look more elegant when you wear those
high heels. As you said to me previously, you need to be taller.” Sambung
Ian, separuh berbisik.
Aku dah agak! Kalau dia
tersenyum semacam tu, memang dia nak mengenakan aku.
“Awak nak merasa pakai make-up lagi tak? Kali ini make-up
artist yang buatkan. Nak?” Ugutku, geram.
Ian menggeleng sambil
menjelirkan lidah. Isy, dia ni!
“Woi, korang buat apa kat tepi tingkap tu? Siap berbisik
bagai.” Usik Angah.
“Angah!” Aku sudah menjerit kuat.
Para tetamu tersangatlah
ramai, terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Sedari tadi, aku dan Ian
berjalan dari meja ke meja untuk berjumpa dengan para tetamu usai acara makan
beradab dan persembahan nasyid. Aku yang baru sahaja selesai berjumpa dengan
rakan-rakan mengaji umi, menarik sebuah kerusi kosong dan melabuhkan duduk.
Pergelangan kaki sudah terasa sakit. Rasa macam nak berjalan dengan berkaki
ayam. Tumit kasut yang kurasakan sama panjang dengan tapak tanganku itu,
kutenung.
“Iman.’’ Sapa
satu suara. Aku mengangkat wajah dan kelihatan Aunt Sarah, ibu saudara Ian yang terbang jauh dari Scotland, sudah
tersenyum memandangku. Aku tersenyum kembali. Kerusi kosong disebelahku,
kutarikkan untuk Aunt Sarah.
“Are you okay,dear ?’’ Soal Aunt Sarah lembut sambil melabuhkan
duduk.
“I’m okay. I was
thinking that this type of shoes can really be a silent killer.” Jawabku
dan Aunt Sarah ketawa kecil sambil
memandang kasutku.
“True though. But
those shoes are really beautiful.” Balas Aunt Sarah. Slang Scottishnya
yang agak pekat memaksa telingaku untuk bekerja lebih kuat daripada biasa.
Aku rasakan keluarga Ian
daripada sebelah walid sangat unik. Aunt
Sarah dengan slang Scottishnya, Uncle Benyamin dengan slang Irishnya. Walid lagi terbaik, bila
bercakap bahasa Inggeris, slang Britishnya
sangat pekat tetapi bila bercakap bahasa Melayu, memang dah boleh jadi orang
Melayu sejati. Cuma laki aku tu je
yang terkeliat lidah dia. Eh!
“I heard from Ian that you did your degree in
Wales.’’ Ujar Aunt Sarah.
“Oh, yes. Cardiff
university.” Jawabku sambil tersenyum.
“I see. Have you
been to Scotland?” Soal Aunt
Sarah.
“Yeap, twice. Once
to Glasgow and for the second time, I visited my friend who studies at
Edingburgh University.” Jawabku sambil ingatanku menerawang kepada Aina
yang masih belum menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan.
“I live in Glasgow.
After this, if you and Ian are planning to come to UK, do pay us a visit. Okay,
dear?” Balas Aunt Sarah dan
tanganku digenggam erat.
“Insya-Allah, we
will.” Balasku sambil tersenyum.
Aku dan Aunt Sarah terus rancak berbual. Rupa-rupanya Aunt Sarah merupakan seorang professor di University of Glasgow. Aunt Sarah bercerita mengenai arwah
suaminya, bercerita tentang anak perempuan tunggalnya yang bekerja di Jepun dan
turut berkongsi cerita tentang pengalaman hidupnya.
“Iman.” Panggil Ian yang muncul tiba-tiba. Perbualan
rancak antara aku dan Aunt Sarah
terus terhenti.
“I would like to
introduce you to my friends.” Ujar Ian sambil sempat melemparkan senyuman
ke arah Aunt Sarah.
Aku bangun dan mengikut
langkah Ian ke sebuah meja. Kelihatan lima orang lelaki sedang memandang ke
arah kami sambil tersenyum.
“So guys, meet my
wife, Iman Amani. Amani, introducing you to the hottest lads clan from Bath uni.”
Tutur Ian sambil ketawa. Rakan-rakannya yang seramai lima orang itu turut
tertawa sama.
“This is Luke, the
sweetest talker among us, he can make girls fall head over heels for him.” Ian
memperkenalkan Luke yang berambut dark
brown dan bermata hijau kepadaku.
“Don’t believe what
Ian said about me. I’m not a sweet talker, I’m a gentleman. Tu
es très belle, ma chère. Enchanté.” Balas Luke sambil menolak bahu Ian dan tersenyum manis ke arahku.
“Merci beaucoup, monsieur.’’ Aku
membalas senyuman Luke.
“What! Ma chère ? Amani, I told ya. He is a
sweet talker, misusing his French ability to pick up on girls.’’ Tambah Ian
sambil menjeling ke arah Luke. Luke sudah ketawa besar.
“Tu peut parler francais?” Soal
Luke lagi kepadaku. Jelingan Ian tidak dipedulikannya.
“Oui, en peu.” Jawabku sambil
tersenyum lagi. Ian sempat lagi menjeling ke arahku.
“Anyway, moving on. This is Daniel, the son
of a Duke. Mr popular in uni.” Ian memperkenalkan Daniel yang berambut ginger dan bermata hazel.
“Nice to meet you,
Amani. Well Ian, you are so lucky to have a lovely bride like her.” Balas
Daniel sambil menepuk-nepuk mesra bahu Ian.
“Nice to meet you
too, Mr. Daniel.” Jawabku sambil tersenyum. Aku ingatkan golongan Duke yang
merupakan kerabat diraja, antara yang menduduki ranking tertinggi dalam ranking pemerintahan, tidak bercampur
dengan masyarakat biasa. Pertama kali berjumpa dengan golongan Duke, aku
menjadi kagum.
Apabila aku diperkenalkan
dengan Azril dan Aqeel, barulah aku tahu yang Ian rupa-rupanya berkawan juga
dengan orang Melayu.
“This is Adrian, my business partner in
London. Ops, no longer business partner since we have ended our partnership.
So, he is my best friend since high school.” Tambah Ian sambil
memperkenalkan aku dengan Adrian yang berambut blonde dan bermata biru. Dia tersenyum manis ke arahku.
“Nice to meet you.”
Balasku dan Adrian mengulurkan tangan kanannya untuk bersalam denganku. Aku
sudah terkebil-kebil memandang huluran tangan Adrian. Aku terus mencari wajah
Ian.
“She can’t do that.”
Ian menyambut huluran tangan Adrian sambil tersenyum.
“I know, I just
wanna tease her. She looks so lovely, innocent, like a kid. Congratulations on
your wedding, bro. Congratulations, Amani. Wishing you guys a great and
wonderful marriage life ahead. ” Balas Adrian sambil menepuk-nepuk bahu
Ian. Adrian sempat tersenyum ke arahku sekali lagi.
Aku tersenyum kembali.
“Thanks, Ad.”
Balas Ian sambil tersenyum.
Ian menarik semula tanganku
untuk berjalan ke arah meja yang lain pula. Aku sudahlah tengah sakit kaki,
mamat ni boleh pulak tengah seronok mengheret aku macam tengah mengheret teddy bear.
“Ian, congratulations!”
Ucap seorang lelaki Melayu. Raut wajahnya yang boleh dikatakan agak cantik
untuk seorang lelaki, kupandang sekilas. Ni sememangnya geng pretty boy.
“Zyafran, thanks
for coming. Amani, this is Amir
Zyafran, my new business partner.I will join his architecture firm with his
other two friends.” Beritahu Ian.
“Nice to meet you,
Amani. Sayang, ni lah Iman Amani.” Balas Zyafran sambil mencuit bahu
seorang perempuan, yang aku yakin merupakan isteri Zyafran.
“Oh, hi! Saya Mia Zara.’’ Tutur Mia sambil tersenyum
manis. Kami berdua
bersalaman.
“Mia Zara? Eh, kita pernah jumpa time winter gathering dekat Cardiff dulu kan? Ingat lagi tak?” Soalku
apabila ingatanku merasakan kami pernah bertemu di bumi UK dahulu.
“Ahh… ha’ah! Iman! Baru ingat, kita satu group time discussion pasal konflik
Israel-Palestin kan? Sorry, dah lama
tak jumpa, susah pula nak cam. Yalah, dah jadi makin cun melecun sekarang.
Patutlah tadi nampak kawan baik awak, Auni. At
first, ingatkan just another person yang mirip macam muka
Auni. Rupa-rupanya memang betul.” Usik Mia dan kami berdua terus berpelukan.
Anak kembarnya yang sedang bermain dengan kain napkin, memandang kami berdua.
“Ha’ah, memang
Auni yang awak nampak tu. Nanti lepas ni, bolehlah jumpa dia. Mesti dia terkejut gila nanti. Eh, dah ada twins ya sekarang. So cute!.” Balasku sambil mencuit pipi si kembar yang perempuan.
“Pening ada sorang heroin dengan sorang hero serentak ni.
Rasa macam nak terbalik rumah. Eh, lupa pulak. Alisha, Adam, salam dengan auntie.’’ Ucap Mia kepada si kembar
perempuan yang comel bergaun kembang putih dan yang lelakinya comel berbaju
kemeja putih dan berseluar jeans hitam.
Berebut-rebut Alisha dan
Adam bersalam denganku. Aku sudah tersenyum-senyum.
“Comelnya!” Tambahku lagi sambil mengusap rambut Alisha
yang panjang mengurai.
“Dah berapa
tahun umur diorang?” Soalku.
“Nak masuk 3 tahun. Seriuslah, tak sangka gila jumpa Iman
balik. Dahlah encik hubby kita
masing-masing jadi business partner
kan?” Balas Mia ceria.
“Tulah pasal. Cantik je susunan Allah untuk perjalanan
hidup kita kan?” Balasku dan Mia tersenyum.
“Eh, you guys know
each other?” Soal Zyafran yang baru sahaja menyedari tingkah isterinya yang
sangat teruja. Ketika aku dan Mia rancak bersembang, Zyafran sedang berbincang
sesuatu dengan Ian.
“Kenallah, bie.
Kitorang pernah jumpa time winter
gathering dekat Cardiff dulu.” Jawab Mia dan lengan Zyafran dipaut mesra.
“Oh, no wonder
lah excited semacam. Dah macam
program Jejak Kasih.” Usik Zyafran.
“Amani, you guys
have met each other before?” Soal Ian pula.
“Yup.” Jawabku.
“Really? What a
small world.” Balas Ian sambil tersenyum.
“Patutlah tadi kita dengar riuh-rendah. Kan Ian?” Tambah
Zyafran sambil tersenyum ke arah Ian.
“Yup. While we were
having our convo, they were having their gossip session.” Usik Ian sambil
tangan kananku digenggam erat. Ian tersenyum mengusik.
“Perempuanlah katakan!” Usik Zyafran pula.
Aku dan Mia saling
berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing mencubit lengan suami
masing-masing.
*********************
Ketika aku keluar dari bilik
air, Ian sudah terbaring menelentang di atas katil. Sejak peristiwa dahi Ian
terhantuk pada pintu almari, aku tidak berani lagi nak berebutkan katil. Terpaksalah mengambil tempat di atas sofa. Memang Ian ni
kejam betul. Sepatutnya dia yang lelaki lah kena mengalah. Ni, dah terbalik
pula.
Aku membuka
televisyen dan melabuhkan duduk di atas karpet tebal sambil melunjurkan
kedua-dua belah kaki. Sakit dan sengalnya pergelangan kaki, jangan
cakaplah ! Rasa macam semua skru-skru dekat kaki ni, macam dah nak
tercabut ! Aku mula mengurut kedua-dua belah kaki. Sambil mengurut kaki sendiri,
aku mula berfikir bagaimana segelintir wanita sanggup menahan sakit kaki kerana
memakai kasut yang tumitnya tinggi berinci-inci semata-mata untuk kelihatan
cantik. Bagiku, biarlah tak setinggi mana, asalkan kaki sendiri tak
merana sakit.
“Amani, what are
you doing ?’’ Soal Ian sambil menjengukkan kepalanya ke bawah katil.
“Tengah urut.” Jawabku sambil mata melekat pada kaca tv.
“You what?”
Soal Ian lagi.
“Massaging my feet.”
Jawabku.
Tiba-tiba Ian ketawa. Dia
yang tadinya berbaring di atas katil, sudah melabuhkan duduk di sebelahku.
“Apa yang lawak?” Soalku kerana aku sangat pasti
rancangan National Geographic yang
sedang kutonton sekarang, memang tidak ada benda yang melucukan.
“You.”
Aku memandang wajah Ian yang
sudah merah kerana ketawa sebentar tadi.
“You were so busy
mumbling by yourself just now. And your PJ’s.” Bicara Ian terhenti dan
meneliti baju tidurku.
Aku sudah mengerutkan dahi. Apa yang lawaknya
lagi ? Takkan baju tidurku ini yang berseluar panjang tiga suku dengan
t-shirt lengan pendek berwarna merah jambu dengan corak bunga di bahagian
hadapan baju, boleh mengundang tawa Ian ?
“You look like a
kindergarten kid.’’ Sambung Ian sambil ketawa mengusik.
“That means I look
younger than my real age. I take that as a compliment.” Jawabku selamba. Kalau dilayan, lagi menjadi-jadi. Biar
je lah mamat ni nak gelak sampai esok pagi pun. Biar suara dia habis, senyap sikit.
“What’s wrong with
your feet ?’’ Soal Ian apabila tawanya reda.
“Sakit. Kasut
awak tu punya pasallah.” Jawabku sambil
mengurut pergelangan kaki dengan perlahan-lahan.
“Those shoes do no
wrong, dear.’’ Balas Ian. Aku senyap, malas melayan Ian. Selepas ini, aku
hendak terus melelapkan mata. Badanku sudah terasa penat sangat.
Tiba-tiba, aku terasa
pergelangan kaki kananku ditarik oleh Ian dan diletakkan di atas ribanya. Aku
memandang wajah Ian yang sangat bersahaja. Dia ni kenapa? Nak patahkan kaki aku
pulak ke?
“I’m good at foot massaging. I always do this
kind of stuff for my late grandmother since I was a small kid.” Cerita Ian sambil mengurut pergelangan kakiku
perlahan-lahan. Pandai jugak mamat ni mengurut. Kalau sakit kaki lepas ni, tak
payah susah-susah nak membazir duit beli mesin Osim ke, Ogawa ke.
“Don’t worry, I won’t break your legs.”
Tambah Ian lagi dan wajahnya menunduk, mengurut pergelangan kakiku. Kali ini,
dia menyapu sedikit minyak angin yang kuletakkan di atas meja tadi.
Wajah Ian yang sedang
menunduk itu, kubelek dengan anak mata dengan penuh minat. Bila lagi nak buat face
analysis dekat suami sendiri kan? Kalau sebelum ni asyik menganalisa
laporan kewangan butik, kali ini mari kita menganalisa muka manusia pula.
Rambut Ian yang
lurus dan berwarna brunette itu,
kupandang. Better brunette than blonde.
Entah mengapa, tapi aku tidak berapa gemar lelaki Eropah yang berambut blonde. Akan nampak sangat pucat dengan kulit mereka yang putih. Isy,
Iman ! Itu kan ciptaan Allah. Mana boleh kita yang hanyalah manusia biasa,
yang juga diciptakan oleh Allah, nak mengkritik ciptaan DIA. Anak mataku
singgah pula pada kening Ian yang terbentuk cantik, turun pada bulu matanya
yang melentik, hidungnya yang mancung dan seulas bibir yang nipis. Kulit
wajahnya yang putih merah itu membuatkan aku yang perempuan ini turut berasa
cemburu melihatnya. Sangat licin dan bersih seperti kulit wajah perempuan. Eh,
apa aku merepek dalam hati sorang-sorang ni!
“Ian.” Panggilku.
“Hmm…” Wajahnya masih memandang ke bawah, kali ini tekun
mengurut pergelangan kaki kiriku pula.
“Walid masa muda, mesti handsome sangat kan? Kalau tak macam mana umi boleh tertarik.”
Ujarku tiba-tiba. Melihatkan Ian, aku sangat pasti ketika muda dahulu, mesti walid
seorang yang kacak bergaya. Sekarang pun, walaupun usianya sudah lebih separuh
abad, walid masih kelihatan segak.
Ian mengangkat muka dan
memandang wajahku. Jari-jemarinya
berhenti mengurut pergelangan kakiku. Dia
sudah mengerutkan dahi.
“Yalah, bila tengok abang-abang awak yang sangat handsome, mesti walid pun sangat handsome.” Tambahku lagi selamba.
“Then, how about me?”
Soal Ian.
Aku menggelengkan kepala,
beria-ria. Sengaja.
“Nope, you are not
good looking at all.” Jawabku sambil tergelak-gelak.
Terus Ian menekan kuat di
pergelangan kaki kiriku. Geram agaknya.
“Sakitlah, Ian!” Aku sudah terjerit. Pantas tangannya kutampar.
French mini
dictionary :
Tu es très belle, ma chère = Awak sangat cantik, sayangku
Enchanté = Gembira berkenalan dengan awak
Merci beaucoup, monsieur = Terima kasih banyak-banyak, encik
Tu peut parler francais? = Awak boleh bertutur dalam bahasa Perancis?
Oui, en peu = Ya, sedikit
best.. la cite ni..
ReplyDeletetak sabar nak tgk telatah pasangan ni..menjadi suami isteri...
bez sngt2!! nk lgi :)
ReplyDeletebest sngt2!nk lg boleh.
ReplyDeletehuwaaaa... bestnyer iman dah kawen dgn ian...
ReplyDeleteBest....... #^_^
ReplyDeleteWah sy rasa sy dah jatuh la....
ReplyDeleteHaaa...jatuh apa? Jatuh hati tak pa, jangan jatuh tangga ^^
Deletewaa..bestnya..xsabar nk tggu next en3..
ReplyDeletewaaa , best2 , cepat2 sambung , cant wait :)
ReplyDeletebila nak upload lagi???
ReplyDelete