Bab 1
Wajah Along yang sudah merah padam
menahan marah, kupandang sekilas dan kemudian anak mataku beralih pula pada
Angah yang sedang menenangkan Mama yang masih menangis tersedu-sedu. Kini anak
mataku beralih arah pada buah epal merah yang kupegang dari tadi dan terus
kugigit sedikit epal tersebut. Tawar!
“Papa, Papa tengoklah anak bongsu Papa ni. Dia buat kita semua kelam-kabut and sekarang ni
she’s enjoying her sweet time eating apple !”suara kasar Along kedengaran
kuat.
“Along,kenapa tengking-tengking adik
macam tu?” tegas suara Papa kedengaran. Aku masih mengunyah buah epal dengan
tenang.
“Iman dah cuba slow talk dengan Naim
tak?” soal Angah, lembut. Berbeza dengan Along, Angah lebih lembut dan tenang
perwatakannya. Pantas aku mengangguk sambil mengunyah epal.
“Kita tengah serius discuss pasal
dia, dia sibuk mengunyah buah epal tu,”sindir Along.
“Irfan!” kali ini suara Papa bertambah keras. Along terus terdiam.
‘’Iman, Iman cubalah pujuk Naim tu.
Kenduri kahwin korang dah tak lama, tak sampai sebulan pun. Preparations semua
dah nak siap,” lirih suara Mama.
Aku mengeluh lagi.
Rumah keluargaku ini nyaris-nyaris terbalik sebaik sahaja menerima kunjungan
ibu Naim petang semalam yang membawa hajat untuk membatalkan ikatan pertunangan
antara aku dan Naim. Terus ingatanku mengimbau apa yang terjadi malam semalam,
teringiang-ngiang setiap patah perkataan yang dituturkan oleh Naim.
“Patutlah
dah lama saya perasan yang awak tak serius langsung pasal preparations wedding
kita. Rupa-rupanya awak memang nak batalkan terus,” tuturku bersahaja, cuba
mengawal perasaan marah yang meluap-luap.
“Kan
saya dah kata yang kita tak serasi. Berapa kali saya nak mention yang saya nak
kahwin dengan Dora!” keras suara Naim bersuara.
‘Huh!
Dora? Doraemon ke? Takpun dorayaki, makanan kegemaran Doraemon’komenku di dalam
hati.
“Sepatutnya
awak discuss dengan saya elok-elok, Naim. Dulu kita bertunang dengan cara elok
kan? Saya tak tahu apa-apa, suddenly ibu awak datang rumah dan bagitahu awak
nak mintak putus tunang,” tambahku tegas.
“Kau
ni, tak faham-faham bahasa ke apa? Kan aku dah cakap aku tak serasi dengan kau,
aku tak ada apa-apa lagi perasaan kat kau. Itu pun susah nak faham ke ?’’
jerkah Naim. Aku tersentak diherdik sedemikian rupa. Sedaya upaya, aku cuba
menahan air mata daripada mengalir jatuh.
‘’Tapi
dulu, awak janji macam-macam dengan saya. Awak janji yang awak takkan berubah
hati walaupun nama awak akan melonjak naik,” balasku. Sehingga sekarang aku
masih ingat janji Naim sebelum dia memulakan penglibatannya dalam bidang
modeling.
“Isy,
minah ni! Kau ni memang lembap eh? Itu dulu, ini sekarang. Kau jangan jadi
lurus bendul sangat boleh tak ? Eh, aku dah glamour sekarang, nama aku
sedang naik. Cuma Dora je yang faham dan serasi dengan aku. Cuma dia aja yang sesuai
bergandingan dengan aku,’’
Wajah bongkak Naim kupandang lama, cuba mengumpul
semangat yang hilang dari tadi. Kedua-dua belah mata, aku pejam-celikkan untuk
menahan air mata daripada gugur.
‘’Fine,
do as what you want. Pergilah dengan Doraemon awak tu. Cincin dan semua benda
saya akan pulangkan pada ibu awak. Tapi sebelum saya pergi,” aku berhenti
bercakap dan menarik nafas. Naim memandangku pelik dan kemudiannya jatuh
terduduk dengan tumbukan padu yang singgah di perutnya.
“Jangan
menghina orang sesuka hati awak. Kita ni manusia biasa, bila-bila masa Allah
boleh tarik segala kemewahan dan kelebihan yang kita miliki hari ini.
Assalamualaikum,” aku terus berlalu dengan air mata yang berlumba-lumba turun
membasahi pipi. Akhirnya, cinta anak-anak sekolah tidak bertahan jugak.
“Iman,” suara lembut Mama mengembalikan aku ke
alam realiti.
Wajah basah Mama
kupandang dengan perasaan yang berbaur. Aku sudah penat menangis, mengadu nasib
kepada Allah Yang Maha Kuasa. DIA yang lebih mengetahui.
“Mama anggap Iman tiada jodoh dengan
Naim. Pasti ada lelaki yang lebih baik untuk Iman, insya-Allah,” tutur Mama
sambil memelukku erat.
“Tapi, tarikh wedding Iman dah dekat
ni. Kad-kad semua kita dah edarkan, catering dah bayar deposit, banyak benda
dah settle. Macam mana ni?” soalku.
Aku boleh membayangkan betapa Mama dan Papa
menanggung malu jika perkahwinanku ini dibatalkan. Pasti akan keluar pelbagai
cerita yang pastinya mengandungi pelbagai perasaan.
Suasana sunyi
seketika. Papa kelihatan termenung jauh, begitu juga kedua-dua abangku. Aku
melepaskan satu keluhan yang berat.
**************************************
Fail-fail berwarna
hitam yang tersusun kemas itu kupandang tanpa minat. Niatku untuk meneliti
aliran wang tunai bulan lepas kubiarkan. Aku mengeluh lagi. Sesekali aku
membuang pandang ke arah Maya and the Gang yang sedang ceria menyusun stok
bunga telur di satu sudut.
“Iman!”
Sergahan yang kuat itu
membuatkan aku tersentak. Tuan punya suara itu sudah tersengih mengalahkan
kerang busuk!
“Kau tak reti-reti nak bagi salam? Kerjanya
menyergah orang aje,’’ bebelku geram tetapi Firas hanya ketawa dan menarik
kerusi untuk duduk di hadapanku.
‘’Sorrylah. Kau tau, dari luar butik
pengantin kau ni aku dah boleh feel sense of darkness. Seram ! ‘’
‘’Banyaklah kau punya sense of
darkness !’’
“Ala, aku gurau je lah. Itu pun nak tersentap,’’
usik Firas.
Teman seuniversiti
merangkap kawan baik ketika aku menuntut di Cardiff University dahulu masih
tidak berubah. Tiba-tiba ingatanku melayang kepada dua lagi sahabat baik kami
di Cardiff dulu, Auni dan Hafiy. Sudah lama juga kami berempat tidak berjumpa. Aku
masih ingat lagi gelaran “The Quartet” yang diberi oleh Prof. Smith dahulu
kerana kami berempat selalu sahaja ke mana-mana bersama.
“Iman, kau okey tak ni?” soal Firas,
kali ini riak wajahnya bertukar serius.
“Aku okeylah. Takkan aku nak meraung
pulak kan?” jawabku tenang.
“Naim tu memang bimbo lah! Kalau aku ada kat situ time kau jumpa mamat tu, dah
lebam bijik mata model yang kononnya terhangat di pasaran tu !’’
‘’Kau ni, tak ubah-ubah dari dulu.
Ikut suka engkau je nak panggil orang bimbo, ‘’
komenku berserta tawa kecil.
‘’Bimbo lah, sebab dia buat kau macam ni. Kawan aku ni bukan main
comel lagi, dia nak jugak dekat Dorayaki tu,’’
‘’Eh, kau ni ! Sekarang ni siapa
yang putus tunang ? Aku ke
kau ? Kau pulak yang over terlebih eh ?’’ usikku.
“Kau jangan cakap macam tu. Aku sayang Nadia tu
tau. Patutnya, lepas wedding kau,
wedding kitorang pulak. Kau dah promise nak sponsor bunga telur kan?” balas
Firas.
“Bila masa pulak aku janji nak
sponsor bunga telur wedding kau?” usikku.
“Kau ni kan! Suka menabur janji palsu. Jangan nak
buat-buat nyanyuk pulak, hari tu kau dah janji nak sponsor bunga telur,’’ bebel
Faris.
‘’ Kalau bab benda free, memang memori kau kuat memanjang. Kau kahwin
aku kena sponsor bunga telur. Nanti bila Auni or Hafiy punya turn pulak, mesti
diorang tuntut kat aku jugak,”
“Kitorang kan kawan kau,”
“Yalah, kawan yang bikin business
kawan bankrup!” Firas hanya ketawa senang.
“Weyh, kau nak aku sponsor 50%
wedding kau tak?” soalku tiba-tiba membuatkan kedua-dua belah kening Firas
bertaut.
“Kau jangan main-mainlah, Iman
Amani. Hari ni bukan April fool,” jawab Firas.
“Aku kalau nak prank kau tak payah
tunggu April fool, lambat sangat,”
Firas masih
memandangku dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. Aku hanya tersenyum
apabila membayangkan reaksi Firas apabila idea di dalam kepalaku ini akan
kusuarakan pada lelaki berwajah Chinese
look ini.
“Kau jangan buat evil smile kau tu. Aku rasa seram
sejuk tau tak,’’ tutur Firas. aku hanya ketawa kecil memandang telatah Firas
yang sudah tidak senang duduk.
Bab 2
“Apek, tangkap
ini budak! Otak dia manyak gilaaa!” Firas sudah menjerit-jerit sambil memanggil
Uncle Chong yang kebetulan lalu di luar butik.
Salon rambut Uncle Chong sememangnya terletak
bersebelahan dengan butik pengantin milik mama yang kini terletak di bawah
jagaanku. Aku sudah tergelak-gelak melihat telatah Firas yang riuh itu. Kan aku dah kata! Mesti mamat ni melatah punya!
“Kau
gelak kenapa? Otak kau memang tercabut fius la!” balas Firas. Dia sudah berdiri
sambil bercekak pinggang.
‘’Kau
la yang kelakar ! Kau menjerit terlolong panggil Uncle Chong tu buat apa ?
Bukannya dia boleh tolong apa-apa. Ke kau nak dia jadi pengapit kau
nanti ?’’ balasku dalam tawa yang masih bersisa.
Wajah Firas yang sudah
merah padam itu kupandang sekilas.
‘’Aku serius ni. Since aku tak jadi kahwin, kau la take over. 50%
preparations dah siap. Kau just cover another 50% je,” tambahku, serius.
“Kau ingat ni presentation macam kat uni dulu ke, cik
kak ? Kau blank, aku take over ? Ni kahwinlah!”
balas Firas, serius.
“Yalah,
yalah aku tarik balik perkataan ‘take over’ tu. Sensitip la kau ni!” usikku lagi.
Haih, aku yang putus tunang, tapi aku
yang tengah sedap ketawa dan si Firas ni yang tengah tarik muka.
‘’Tapi, aku betul-betul serius, Firas. Membazir kot wedding preparations
yang dah siap. Kau memang akan kahwin dengan Nadia kan? Just in this case,
tarikhnya diawalkan je,” aku masih tidak berputus asa memujuk Firas.
“Diawalkan je?”
Erk, mamat ni! Sensitip betul ! Aku ke
dia yang tengah frust menonggeng sebab baru lepas putus tunang ?
“Yalah,
awal dua bulan kan? Tolonglah. Kau tak kesian kat aku ke?
Dahla kat rumah, Along aku dah blacklist aku. Ni kau pun tak nak tolong aku
ke?”
“Jangan buat muka kesian kau tu,”
“Eh,
aku tak buat muka apa-apa la! Sebenarnya kau yang kesiankan aku kan ? Kau
nak tolonglah ni kan ? Kan ?’’
Firas terdiam dan kemudiannya dia mengeluh
panjang.
‘’Bukan aku tak nak tolong, tapi memang tak boleh. Aku pun kalau boleh
nak awalkan wedding kitorang. Banyak dugaan bila
bertunang lama-lama ni,” balas Firas sambil tersengih.
‘’Gatal !’’
‘’But
seriously memang tak boleh nak ganti tempat kau. Kitorang ada family matters
yang nak kena settlekan, which will take quite some time. Nak awalkan wedding
kitorang as early as two months memang susah,”
Giliran aku pula yang terdiam. Otakku
sudah membayangkan drama-drama yang bakal tercipta apabila semua orang
mengetahui perkahwinanku dibatalkan.
“Aku ada cadangan lain,” tutur Firas. Aku memandangnya,
meminta penjelasan selanjutnya.
‘’Apa
susah ? Kau carilah pengganti si bimbo tu. Dah ada
pengganti, wedding kau berjalan as what you plan,’’
‘’Memang bergeliga otak kau ! Kau ingat nak cari
pengganti tu macam nak beli stok bunga telur ? Tengok, pilih dan terus
beli ?’’ sindirku.
‘’Tak
boleh ke buat macam tu ?’’ soal Firas sambil tersengih.
“Eh,
siapa kata tak boleh? Boleh, boleh sangat!”
Firas ketawa pula.
“Nanti,
aku try tanyakan kawan-kawan kat office aku. If ada yang nak menyahut seruan
kahwin, aku kenalkan dekat kau,” tambah Firas lagi.
“Kau
jangan nak buat kerja gila. Aku tak nak sponsor bunga telur kau nanti,” ugutku
tetapi Firas hanya ketawa dan terus ketawa.
Tiba-tiba aku terfikir, logik tak kalau
aku nak iklankan dalam surat khabar yang aku nak cari suami? Erk, memang jatuh
merundun saham aku yang memang dah sedia jatuh ni. Siaplah, kalau lepas ni aku jumpa si Naim tu lagi, memang aku nak tendang dia
masuk gol !
****************
Setiap butir bicara mama jelas di
pendengaranku tetapi semuanya masuk dan keluar dari kepalaku begitu sahaja.
‘’Iman
dengar tak apa yang mama cakap ni ?’’ soal mama,lembut.
‘’Dengar,mama,’’
‘’Apa
yang Iman dengar ?’’ soal mama lagi. Aku sudah terdiam.
Mama cakap apa
tadi ? Satu pun aku tak ingat ! Asyik sibuk termenung memikirkan
perlu atau tidak aku pujuk Auni atau Hafiy untuk menjadi pengganti majlis
perkahwinan ini.
‘’Iman janganlah peningkan kepala sorang-sorang. Mama kan ada. Papa,
Along dan Angah pun ada,” balas mama lembut. Rambutku diusap mesra.
‘Along
memang ada. Ada untuk menghamburkan rasa marah dan tidak puas hati. Macam dia
yang putus tunang!’ detikku di dalam hati. Cepat-cepat aku beristighfar,
membuang rasa kurang enak di dalam hati.
“Mama
dah bincang dengan Auntie Julia. Next week anak dia balik sini, boleh kita
bincang lagi,” beritahu mama.
Hah! Auntie Julia? Anak dia nak balik
sini? Cerita apa pulak ni? Kepalaku terasa berputar
kembali. Belajar taxation kat universiti dulu pun tak rasa berputar macam naik
roller coaster.
‘’Muka dia blur, mama. Sah, dia tak dengar apa yang mama cakap panjang
lebar dalam satu nafas tadi,’’ sampuk Angah. Mentang-mentanglah dia lawyer,
semua benda nak kena pastikan sah atau tidak.
“Bukan
tak dengarlah, tapi tak melekat dalam kepala,” jawabku dan pinggangnya kusiku.
“Angah, pergi main jauh-jauh. Kata esok ada hearing kat court. Yang sibuk bertenggek kat sini kenapa?”
balas mama membuatkan kami berdua ketawa besar.
“Yalah,mama.
Angah nak pergi main jauh-jauh la ni,” usik Angah sambil sempat mencium pipi
mama sebelum berlalu ke dalam biliknya di tingkat atas.
“Sorry,mama.
Iman tak pay attention sangat dengan apa yang mama cakap tadi,” tuturku lembut.
Takut mama berkecil hati pula tetapi mama hanya tersenyum manis seperti biasa.
“Auntie
Julia dengan mama nak jodohkan Iman dengan anak dia yang second last tu,” ucap
mama.
Aku sangat terkejut!
“Mama,
nanti apa pulak keluarga Auntie Julia cakap? Iman ni dahla bekas tunang orang. Lepas
tu, anak dia pulak yang jadi pengganti Naim,’’ ujarku.
‘’Auntie Julia tahu cerita yang sebenar, family dia pun tahu. Iman
janganlah fikir banyak sangat,”
“Nanti
tak pasal-pasal family Auntie Julia yang dapat malu disebabkan Iman,”
“Iman, janganlah fikir macam tu! Dah jodoh Iman dengan Naim tak panjang. Kita sebagai manusia hanya mampu
merancang, tetapi Allah yang menentukan semuanya,”
“Anak
Auntie Julia mesti tak setuju,”
“Anak dia setuju. Auntie Julia baru je bagitahu mama pagi
tadi. Lagipun Auntie Julia memang nak kahwinkan anak dia yang tu. Dah dekat 20
tahun tak balik Malaysia. Kalau dibiarkan, takut
kahwin dengan orang sana pulak,’’
Aku senyap. Otakku yang sedari tadi asyik
berfikir sudah tidak mahu menjalankan tugasnya sekarang. Berserabut rasanya.
“Iman
ikut aja cakap mama. Mama yang tahu apa yang terbaik untuk Iman. Selebihnya,
Iman hanya mampu berdoa,” tuturku lemah.
Aku sudah penat berfikir terlalu banyak.
Biarlah mama dan papa yang membuat keputusan yang terbaik dan aku hanya perlu
mengikut. Mereka juga, tentunya terlalu banyak berfikir dan risaukan tentang
diriku.
“Mama
akan cuba pastikan yang terbaik untuk anak mama ni. Iman kena kuat okey? Jangan
putus asa dengan Allah ” balas mama dan tubuhku dipeluk erat. Kami saling
berpelukan dan sama-sama menangis di atas permaidani tebal di ruang tamu.
Bab 3
“Kak
Iman, tadi Datin Aida call. Dia kata dia dengan anak dia nak datang sini dalam
pukul 11 pagi. Nak datang untuk ukuran baju,”beritahu Maya sebaik sahaja aku
sampai di butik awal pagi itu.
“Oh,
anak datin vogue tu nak kahwin tak lama lagi ya?” soalku membuatkan Maya
tersenyum lebar.
“Yalah
tu,kak. Takkan datin tu pulak yang nak kahwin kan,”balas Maya bersahaja.
Semua orang di dalam butik ini sangat
faham dengan Datin Aida yang sangat banyak karenah. Walaupun dia begitu, setiap
kali jika anak kawan-kawannya mahu melangsungkan perkahwinan, pasti dia akan
membawa mereka ke butik milikku.
Selesai sahaja berurusan dengan Datin Aida
dan anak perempuan tunggalnya sekitar jam 11 pagi, aku dikejutkan dengan
kedatangan Auni. Keadaan di dalam butik
riuh seketika.
“Kau
ni, pantang aku seru je dah muncul depan mata. Kau guna ilmu
apa ek ?’’ usikku selepas kami saling berpelukan.
“Aku tak boleh tidur malam tau tak. Setiap malam dengar
kau seru nama aku,’’ balas Auni dan kami sama-sama ketawa.
Selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda
di Cardiff dua tahun lepas, Auni menerima tawaran bekerja di Singapura sebagai
akauntan di salah sebuah syarikat swasta. Geng ‘bas sekolah Cardiff’ kami sudah
tidak lengkap lagi kerana kekurangan seorang ahli. Tinggallah aku, Firas dan
Hafiy di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor ini.
“Last week Firas ada datang sini. Lepas ni aku nak seru
nama Hafiy pulakla. Mana tau esok dia pulak muncul depan mata
aku,’’ gurauku dan Auni hanya ketawa.
“By
the way, bila kau sampai sini? Malam tadi time
phone call tu kau tak ada cakap apa-apa pun?” soalku lagi.
“Sampai
KL awal pagi tadi. Mana boleh bagitahu dalam phone, tak bestla babe!” jawab
Auni berserta sengihan.
“Kau
tengah cutilah ni?”
“Taklah, aku ponteng! Dah kau non-stop seru nama aku,”
Kami masing-masing ketawa. Maya dan Nina
yang sedang menyusun contoh hantaran di atas rak turut tersenyum memandang kami
berdua.
“Actually
aku dah resign dari Singaporean company tu. Tak tahan, weyh! Asyik kena perah
macam span. Aku rasa Spongebob pun boleh cabut lari,”
terang Auni.
“Lah,
ya ke? Kata gaji masyuk!” usikku.
“Memanglah tapi tak tahan part pressure kerja tu. Almost every day balik
lambat,”
“Then lepas ni kau nak cari kerja kat sini la?”
‘’Begitulah nampaknya. Monday ni aku ada interview dengan Telekom. Kalau
ada rezeki, dapatlah,”
“Insya-Allah,
dapat punya tu,”
Suasana senyap seketika sementara Auni
asyik membelek katalog baju-baju pengantin.
‘’Now,
back to your story. Dengar cerita through phone tak puaslah. Cuba kau story
mory lagi sekali? Nak yang detail punya,”tutur Auni.
“Kau
nak short-version or nak hikayat 1001 malam punya version?”soalku dalam
gurauan.
“Aku
nak hikayat 2001 malam punya version. Cepatlah cerita,’’ jawab Auni.
Aku mula membuka cerita, bermula dari
drama Naim memutuskan talian pertunangan sehinggalah cerita berkenaan mama dan
Auntie Julia mahu mengahwinkan aku dengan anak Auntie Julia.
‘’Kau
kenal ke anak Auntie Julia tu ?’’ soal Auni.
“Tak
kenal. Auntie Julia tu pun aku tengah confuse kawan mama aku yang mana satu.
Yalah, time kecik-kecik dulu adalah mama aku bawak jumpa kawan-kawan dia. Bila
dah masuk sekolah menengah, aku dah tak ikut dah,”jawabku jujur.
“Lah,
aku ingat kau kenal anak Auntie Julia tu,”
“Auntie
Julia pun aku ingat-ingat lupa, inikan pulak anak dia,”
Auni terus ketawa senang sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Dah
tu, kau setujulah dengan idea mama kau yang nak kahwinkan kau dengan anak
Auntie Julia tu?”
Aku angguk.
“Eh,
kau ni! Biar betul sikit! Kau tak kenal mamat tu. Tak tahu perangai dia macam mana. And you said he’s been living in UK
for 20 years. Kita pun memang sedia arif keadaan dekat UK tu macam mana kan?”
Aku angguk lagi.
“Weyh,
kau ni dah jadi geng Woody the Woodpecker ke? Terangguk-angguk dari tadi,”
Aku tersengih pula.
“Dah
benda yang betul, aku angguk jelah. Auni Humaira, mama
aku kenal betul dengan Auntie Julia tu, dari zaman uni lagi. Kata mama aku,
anak-anak Auntie Julia tu semua baik-baik. Insya-Allah yang dekat UK tu pun
baik jugak. Lagipun, sekarang ni aku memang dah redha. Aku ikut je apa yang
parents aku rasa itu yang terbaik untuk aku. Lagipun wedding yang dirancang tu
tiga minggu dari sekarang,’’ terangku panjang lebar.
‘’Kau
jangan risaulah. Insya-Allah aku okey, masih boleh terus bernafas di atas bumi
Allah ni,’’ tambahku sambil tersenyum.
‘’Mananya
aku tak risau ? Kau putus tunang sebab mangkuk maggi tu punya pasal.
Tarikh kahwin dah dekat pulak tu. And now, kau nak kahwin dengan orang yang kau
tak kenal pulak,’’ balas Auni lembut.
‘’Hah,
tak pun kau yang ganti tempat aku nak ? Bolehla kau cepat-cepat naik
pelamin dengan Hazim. Hari tu aku offer dekat Firas, tapi dia tak nak,’’
balasku.
‘’Gila
kau ! Kau ingat benda kahwin ni benda senang macam main masak-masak
ke ? Aku lambat lagilah,’’ jawab Auni.
‘’Tak nak sudah. Aku nak offer dekat Hafiy pulak. Korang jangan menyesal
pulak nanti,” jawabku.
“Kau
ni, ingat kau punya offer tu macam offer makanan ek? Tak nak makan boleh pass
dekat orang lain?” usik Auni dan bahuku ditepuk.
“Yalah,yalah.
Tak nak sudah. Aku nak belanja kau lunch
ni. Kau nak tak ?’’
‘’Lunch mestilah nak ! Seoul Garden jom. Aku mengidam nak makan buffet tu dari kat Singapore lagi,”
‘’Alright. Tunggu jap, aku nak pesan something dekat Maya. Then kita
gerak,”
Auni mengangguk sambil menyambung menyelak
katalog yang tersedia di atas meja kaca itu.
********************
Selesai sahaja perjumpaan dengan pembekal
stok barang-barang hantaran tengah hari tadi, aku memandu pulang ke butik.
Cuaca panas terik yang membahang membuatkan penghawa dingin di dalam butik
tidak terasa begitu sejuk. Aku sempat melemparkan senyuman kepada sepasang
pasangan yang datang bersama-sama dengan ibu mereka. Pasangan tersebut sedang
melihat pakej perkahwinan yang ditawarkan sambil dibantu oleh Joey yang
sememangnya peramah.
“Kak
Iman, tadi ada sorang lelaki cari akak,” beritahu Maya.
“Lelaki?
Naim ke?” soalku, agak terkejut. Kalau Naim yang datang, memang dia sengaja nak
cari gaduh dengan aku. Lepas ni aku patut sediakan tiang gol untuk mamat tu.
“Bukan.
Mat salih,kak,” jawab Maya sambil tersengih.
“Mat salih? Mat salih mana pulak ni? Memang mat salih
atau nama dia Salih ?’’ usikku.
‘’Apalah
akak ni. Mat salihla,’’ jawab Maya sambil tergelak-gelak.
‘’Nama
dia apa ?’’ soalku, terfikir mungkin ada rakan sekelas dari Cardiff yang
datang melancong ke Malaysia dan datang ke butik ini untuk mencariku.
‘’Dia tak tinggalkan nama walaupun saya ada mintak tadi. Dia kata nanti
dia datang balik,”
“Bukan
customer kan?”
“Bukan,”
“Takpelah,
Maya. Thanks sebab bagitahu. Mungkin sekejap
lagi dia datang sini balik,”
Maya tersenyum dan mahu berlalu untuk
menyambung kerjanya yang tertangguh.
“Kak
Iman, lupa pulak nak bagitahu,” tiba-tiba Maya berhenti melangkah.
“Beritahu
apa?”
“Mat
salih tu hot kot!” Maya sudah tersengih lebar.
‘’Isy
awak ni ! Pergi sambung kerja,’’
Maya berlalu berserta tawa yang masih bersisa.
Jam dinding sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Suasana di dalam butik
agak lengang. Aku menyusun fail-fail yang mengandungi dokumen penting butik di
dalam kabinet dan dikunci rapi.
“Kak
Iman, ada orang cari akak,” beritahu Joey.
“Kejap.
Joey suruh dia duduk dulu,”balasku sebelum keluar dari ruang pejabat yang
bersaiz sederhana besar itu.
Aku ke ruang hadapan kedai yang
menempatkan meja kaca dan beberapa buah sofa empuk yang berwarna-warni.
Kelihatan seorang lelaki duduk di salah sebuah sofa sambil menyelak majalah.
Rambutnya yang agak keperangan meyakinkan aku bahawa mungkin ini mat salih yang
mencariku tengah hari tadi. Siapa agaknya? Dia duduk membelakangi tempatku sedang
berdiri membuatkan aku tidak dapat melihat wajahnya.
“Iman Amani?” soal mat salih yang kini duduk
berhadapanku.
‘’Yes. And you are ?’’ soalku pula. Ni mat salih dari mana pulak ni? Rasanya aku tak kenal.
“Ian Hadif,” jawabnya. Anak mata yang berwarna kelabu cair itu
merenungku tajam. Kenapa nama mat salih ni
ada campur nama Melayu pulak? Ke telinga aku ni yang salah dengar ?
“May I help you Mr Ian?” soalku apabila suasana agak kaku dan senyap.
“Yes,
a lot! You must be wondering who am I, right?” soal Ian. Aku hanya mengangguk.
Slang British lelaki ini agak pekat jugak.
“I’m
Mrs Julia’s son. The one who’ll be or who’ll not be your replacement husband,”
Jantungku terasa seperti berhenti berdegup. Erk,
bila masa pulak Auntie Julia ada anak mat salih ni ? Aku terkebil-kebil
seperti cicak tertelan skru di situ. Apa yang berlaku ni ?
p/s: Sebenarnya dah lama nak upload bab 1- bab 3 dekat blog ni walaupun available dekat p2u :)
No comments:
Post a Comment