Bab 18
Aku
mengeluarkan satu lagi helaian kertas putih dari fail jernih dan menayangkan
kertas tersebut di hadapan Ian. Riak wajah Ian yang tadinya tersenyum menang,
kini sudah bertukar riak. Berkerut-kerut dia memandang helaian kertas yang sedang
kupegang.
“Macam yang awak cakap, saya boleh
baca fikiran awak. Sebab tu, saya buat 10
copies agreement kita ni. Yang
awak koyakkan tadi tu, the first copy.
Ada 9 copies lagi dengan saya.”
Ujarku sambil tersenyum menang.
“Where’s
the original copy?” Soal Ian. Tidak berminat dengan helaian kertas yang
sedang kutayang di hadapan wajahnya.
Aku
menjongkitkan bahu sambil mengangkat kening. Padahal, perjanjian asal disimpan
oleh Angah di rumah.
“You
hide that agreement, right?” Soal Ian sambil mengerutkan dahi.
“I
won’t deny that.” Jawabku bersahaja.
Ian
sudah mendengus dan aku pula ketawa. Kelakarnya! Itulah, nak mengenakan aku
sangat, kan diri sendiri dah terkena. Ini Iman Amani lah!
“Sorrylah.
Marah ke? Nak main koyak-koyak kertas lagi? Awak boleh main 9 kali lagi.” Usikku
apabila melihat Ian sudah merebahkan tubuh di atas katil.
“Stop
talking and go to sleep.” Jawab Ian tanpa nada dan menarik selimut.
Aku
sudah terkekek-kekek ketawa. Marahlah tu!
“And,
you, sleep on that sofa.” Tambah Ian lagi sambil menunding ke arah sofa
yang menjadi tempatku berdiri tadi.
“Kenapa pulak? Awak bukannya boleh
tidur pun malam-malam kan?” Soalku tidak puas hati.
Sudahlah dua malam di hotel
aku yang tidur di atas sofa.
“My
room, my rules.” Jawab Ian.
Eh, kejap! Aku macam pernah dengar je ayat tu! Ayat aku dulu tu !
******************************
Aku sempat melihat skrin telefon bimbit sebelum menjawab panggilan.
“Assalamualaikum,mama.
Kenapa, ma ?’’ Soalku risau memandangkan mama menelefonku ketika jam baru
sahaja menunjukkan pukul 3.30 pagi. Sempat aku berdoa di dalam hati supaya ahli
keluarga sentiasa dilindungi Allah.
“Iman, Iman ! Kak
Nisa !’’ Suara mama kelihatan cemas.
“Kenapa dengan kak
Nisa ?’’ Soalku turut cemas.
“Kak Nisa, mama rasa dia
dah nak beranak ni. Iman tolong
datang sini boleh ? Hantarkan kak Nisa ke hospital.’’ Jawab mama.
“Hah?”
“Along kamu dah pengsan tengok darah
tadi. Papa mana ada kat rumah. Petang
tadi dah gerak pergi China. Angah pun baru pergi Kedah.”
“Relax, mama. Relax. Iman
datang sekarang jugak. Tapi, mama call ambulans tau, in case Iman lambat sampai.’’
“Ya, ya. Cepat tau Iman.”
Aku
pantas menggerakkan Ian yang masih tidur lena.
“What’s
wrong? Cramp again?” Soal Ian yang masih kelihatan mamai. Dia mengenyehkan
kedua-dua belah matanya.
“Bukan,bukan. Cepatlah, jom pergi
rumah mama.” Jawabku kelam-kabut.
“What’s
wrong? Chill, and tell me slowly what’s happening.” Balas Ian yang sudah
duduk menghadapku.
“Kak Nisa nak beranak. Jom cepat.
Along dah pengsan pulak. Kita kena hantar kak Nisa pergi hospital.” Terangku
sambil pantas menukar seluar, menyarung cardigan dan juga tudung segera
berwarna hitam. Aku mengambil telefon bimbit dan beg duit sambil pantas menarik
tangan Ian.
“Eh, eh. Wait! Let me change my pants and wash my face.” Ian menarik
tanganku semula.
“Tak payah, tak payah. Okay dah tu.
Tak ada siapa nak tengok pun dekat hospital tu. Cepatlah. Kalau kak Nisa
terberanak dekat rumah, nanti awak yang sambut.” Balasku dan menarik tangan Ian
yang masih mencari dompetnya.
Kami
pantas turun ke tingkat bawah, membuka pintu utama dan menguncinya semula. Aku
menghulurkan kunci kereta kepada Ian. Dia memandangku dengan penuh tanda tanya.
“Gelap sangat ni, saya tak berani nak
drive. Tak berapa nak nampak. Awak drive.” Ujarku dan meletakkan kunci pada
tapak tangan Ian.
Ian
memandu laju ke rumah mama. Nasib baik juga rumah mama di Ampang sahaja, jadi
tidak terlalu jauh dari rumah keluarga Ian yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail.
Ketika kami masuk ke dalam rumah, kak Nisa sudah terbaring di atas karpet
dengan wajah yang berpeluh-peluh. Along masih tidak sedarkan diri. Mama
kelihatan sangat cemas.
“Ian, Ian. Tolong saya pimpin kak
Nisa masuk kereta.” Ujarku sambil menarik tangan Ian yang kelihatan
terpinga-pinga seketika. Mamat ni tak mabuk darah kan? Kalau tak, memang lagi
haru lah jawabnya! Kami berdua memapah kak Nisa ke tempat duduk belakang sambil
mama mengikuti langkah kami.
“Tu lagi sorang. Bini nak beranak, dia dulu yang
pengsan.” Balas mama sambil
menunjukkan ke arah Along yang masih tidak sedarkan diri.
“Along macam mana?” Soal Ian.
“Kena bawak pergi hospital jugaklah.
Jom, jom, tolong saya.” Jawabku dan kami berdua memapah Along ke tempat duduk
belakang.
“Mama, mama okay tak ni?” Soalku
sambil duduk di sebelah mama yang wajahnya kelihatan sedikit pucat.
“Mama okay. Risau betul mama tadi. Nasib baik Iman dengan Ian ada. Along korang tu pun
satu hal, bini sakit nak beranak, dia dulu dah pengsan. Mabuk tengok darah.
Sedar-sedar dah tumbang atas karpet. Mama dahlah tak reti nak bawak kereta.”
Jawab mama.
“Yalah, Along mana boleh tengok
darah, nanti dia terus pengsan. Tak pelah, mama. Sekarang ni kak Nisa pun dah
masuk dalam labour room, doktor pun
tengah check Along. Kita doakan
semoga kak Nisa selamat melahirkan bayi yang sihat. Sama-sama kita doa supaya
mak dan anak selamat.” Balasku sambil memaut erat bahu mama. Ian yang menjadi
pemerhati, hanya tersenyum melihat kami berdua.
“Ian, Ian tolong mama call parents kak Nisa boleh?” Soal mama
pada Ian.
“Saya dah call tadi. Iman yang bagi
nombor. Sekejap lagi parents kak Nisa
sampailah tu.” Tutur Ian satu-persatu. Aku
yang mendengar sudah tersenyum. Not
bad !
“Thanks,
ya Ian, Iman. Jom kita tunggu kak Nisa dekat ruang menunggu sana tu. Dekat
sikit dengan labour room.’’ Balas
mama dan mula bangun dari tempat duduknya.
“Mama gerak dengan Ian dulu. Iman
nak pergi tengok Along dah sedar ke belum.” Balasku sambil memandang ke arah
Ian, member isyarat tidak langsung.
“Yalah. Mama lupa pulak pasal Along
tu.” Balas mama sambil sempat tersengih.
“If
anything, call me.” Pesan Ian sebelum berlalu bersama-sama mama.
Aku
mengangguk dan mengatur langkat ke ER. Aku mendekati katil yang menempatkan
Along yang masih terbaring. Seorang doktor lelaki sedang memeriksa Along.
“Cik ni relative Encik Irfan ke?” Soal doktor muda itu apabila menyedari
kehadiranku. Aku sempat mencuri
pandang tag nama doktor di hadapanku ini. Dr.Aisy.
“Ya, saya adik dia. Macam mana
dengan Along saya, doktor ?’’ Soalku sambil memandang Along yang masih
tidak sedarkan diri.
“Tak lama lagi dia akan sedar. Cik
jangan risau. Encik Irfan cuma pitam sebab mabuk darah. Saya dah check, Encik Irfan tak ada apa-apa. Kami
dah masukkan air ke dalam badan Encik Irfan. Insya- Allah, tak lama lagi abang
cik akan sedar.” Jawab Dr. Aisy sambil tersenyum.
“Along saya ni memang buat lawak,
doktor. Wife dia sakit nak bersalin,
dia dulu dah tumbang.” Balasku sambil tersenyum.
“Abang cik ni mabuk darah, sebab tu
lah.” Balas Dr. Aisy.
“Kalau macam tu, saya pergi tunggu
kakak ipar saya dekat area labour room
dululah.’’ Balasku.
“Nanti bila Encik Irfan dah sedar,
saya akan maklumkan pada cik.’’
“Terima kasih, doktor.’’
“Dah memang tugas saya, cik.’’
Dr.
Aisy tersenyum lagi sebelum berlalu. Aku turut berlalu dari situ untuk ke ruang menunggu di labour room.
“Along macam mana, Iman?” Soal mama
sebaik sahaja aku menghampiri mama dan Ian yang sedang duduk di kerusi yang
disediakan oleh pihak hospital.
“Still
unconscious. Bila Along dah sedar nanti, doktor yang in charge akan inform
kita. Kak Nisa macam mana?” Jawabku dan melabuhkan duduk di sebelah Ian yang
sudah berkali-kali menguap. Matanya kelihatan berair.
“Macam tu lagilah agaknya. Mama
tanya nurse yang baru keluar dari labour room tu. Dia kata, belum lagi.
Kita kena tunggulah.” Jelas mama.
Sedang
kami berbual, ibu bapa kak Nisa baru sahaja sampai dan terus mendapatkan kami. Mama berbual dengan ibu kak Nisa yang kelihatan sangat
risau.
“Malam tadi awak tidur
pukul berapa ?’’ Soalku pada Ian yang sudah menguap entah untuk kali yang
ke berapa.
“Around 1.30 a.m.’’
Jawab Ian dengan mata yang berair. Sekali
pandang, dia kelihatan seperti mahu menangis.
“Mengantuk eh? Sorrylah,
kacau and susahkan awak pulak.”
Balasku. Kasihan pula melihat tingkah Ian yang sudah kelihatan seperti orang
mamai.
“No
worries. I’ll have my sleep once we go back home.” Balas Ian.
Aku
meneliti Ian yang memakai t-shirt lengan pendek tanpa kolar berwarna hitam
dengan seluar tidur kotak-kotak berwarna biru. Kelam-kabut sangat tadi
sehinggakan aku tidak benarkan Ian untuk menukar seluarnya. Muka pun tak sempat
basuh. Nasib baik tak ada air liur basi. Aku sendiri pun tak sempat nak
membasuh muka. Aku sudah tergelak seorang diri.
“What’s
so funny?” Soal Ian sambil memandang wajahku dengan dahi yang berkerut.
“Awak.” Jawabku sambil meneruskan
tawa. Ian makin mengerutkan dahinya.
“Terbaiklah fesyen awak datang
hospital. Nice pants!” Jelasku sambil
tersengih.
Ian
meneliti seluar yang sedang dipakainya. Merah padam wajahnya memandangku yang
masih seronok ketawa seorang diri. Nasib baik mama dan ibu kak Nisa berbual
agak jauh dari kami. Jika tidak, mesti mereka pelik kenapa aku gelak seorang
diri pada pukul hampir 4.30 pagi ini.
“I
wanted to change my pants just now, but you didn’t allow me. So, what can I do?”
Balas Ian tanpa nada. Alamak, mamat ni merajuk pulak ke?
“Yalah, yalah. Saya salah sebab tak
bagi awak tukar seluar. Sorry, okey? Sensitip lah awak ni.” Balasku pula.
Ian
tidak menjawab dan terus memejamkan matanya. Melihatkan Ian yang sudah
memejamkan matanya, aku turut senyap sambil memerhatikan mama dan ibu kak Nisa
yang masih berbual. Ayah kak Nisa pula sudah ke bilik kecemasan untuk melihat
Along. Tidak lama kemudian, Along datang ke arah kami bersama-sama ayah kak
Nisa.
“Along, Along. Iman ingatkan Along terrer, macam taiko. Rupa-rupanya Along
dulu yang tumbang.” Usikku sebaik sahaja Along menghampiri tempat dudukku.
“Isy, Along kan mabuk darah.
Janganlah cakap kuat-kuat, nanti orang lain dengar. Dahlah Along segan gila
dengan ibu dan ayah.” Balas Along sambil tersengih. Aku yang mendengar sudah
tersenyum-senyum.
“Eh, Iman tak nak balik rumah ke?
Kesian Ian, dah tertidur dia.” Balas Along lagi sambil memandang Ian yang
kepalanya sudah terlentok pada bahuku.
“Tak apa, kitorang tunggu sampai kak Nisa selamat deliver. Ian ni, dia kata dia mengantuk.
Biarlah dia tidur macam ni. Kalau nak drive
balik sekarang pun, mesti dia tak larat.’’ Balasku sambil melirik ke arah Ian
yang sedang lena tidur. Sedap betul
kepala dia landing atas bahu aku. Nak
tolak, rasa tak sampai hati pulak. Biar macam ni pulak, aku yang rasa tak sedap
hati sebab dari tadi jantung aku asyik berdegup-degup pantas macam nak
terkeluar dari tempat asal.
“Sorrylah,
susahkan Iman dengan Ian pulak. Kacau
pengantin baru pulak tengah-tengah malam macam ni.” Tambah Along dengan wajah yang kelihatan serba-salah.
“Mana ada pengantin baru lagi,
Along. Dah lama lah. Ala, mana ada susahkan pun. Along cakap macam tu, macamlah
kita ni orang luar. Sengaja je kan Along nak buat Cerekarama time-time macam ni.” Balasku pula. Along
sudah ketawa kecil.
Alhamdulillah,
kak Nisa selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat pada pukul 6.15 pagi,
iaitu sebaik sahaja azan Subuh berkumandang. Kami semua yang sedang menunggu,
berasa sangat lega, bersyukur dan gembira. Berseri-seri wajah Along menimang
cahaya mata sulung walaupun tengah malam tadi dia sudah pitam. Bertambah lagi
seorang ahli keluarga kami, bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad yang
insya-Allah satu hari nanti akan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan
negara.
“Ian.” Aku mengejutkan Ian yang
masih lena.
“Ian, bangun. Dah Subuh ni.”
Panggilku sekali lagi sambil menepuk-nepuk lembut belakang tapak tangannya.
“Jom, kita solat Subuh dekat surau
dulu before balik. Subuh dah masuk
ni.’’ Jelasku apabila melihat wajah Ian yang masih bingung.
“Kak Nisa ?’’ Soal Ian sambil
membuang pandang ke arah Along yang sedang bercakap sesuatu dengan mama.
“Alhamdulillah, dah selamat beranak.
Baby girl.” Jawabku.
“Oh, Alhamdulillah. So, we are going home after performing Subuh
prayer here?” Soal Ian lagi. Dia masih menguap lagi.
“Yup. Kita terus balik rumah. Petang
nanti bolehlah kita datang sini nak lawat kak Nisa dengan baby. Boleh ajak umi dengan walid sekali.” Jawabku dan berdiri
sambil menggerak-gerakkan bahu yang terasa lenguh dan sengal. Berat betul
kepala encik suami mat salih celup ni. Berapa kilo agaknya kepala dia?
**********************************
Aku
terjaga daripada tidur dan terus duduk sambil memandang keadaan sekeliling. Eh,
aku ada dekat dalam bilik Ian? Elok terbaring atas katil pulak tu. Aku
menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Seingat aku, aku tertidur di dalam
kereta semasa perjalanan pulang ke rumah dari hospital Subuh tadi. Lepas tu?
Aku tak ingat pulak macam mana aku boleh ada dekat dalam bilik ni. Aku
memandang keadaan sekeliling bilik yang sunyi sepi. Bayang Ian tidak kelihatan.
“Takkan aku sleep walking pulak? Sambil tidur, boleh pandai keluar sendiri dari
kereta dan terus naik ke bilik? Panjat tangga dengan mata terpejam?” Aku
bersoal siasat dengan diri sendiri.
“Ataupun, takkanlah Ian pulak yang
baik hati tolong angkat aku sampai ke bilik ni?” Soalku sendiri.
Terus
aku menampar-nampar pipi sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepala. Isy,
mustahil! Ngeri rasanya kalau dibayangkan. Mesti aku yang jalan sendiri naik ke
bilik ni. Aku terus bangun, mengemaskan katil dan mandi. Usia bersiap-siap, aku
turun ke tingkat bawah.
“Umi.” Aku menyapa umi sebaik sahaja
melangkah masuk ke ruang dapur.
“Iman, breakfast dulu.” Balas umi yang sedang mengemas kawasan dapur.
“Yalah. Umi dengan yang lain-lain
dah breakfast ke?” Soalku sambil
mencapai pinggan kecil dan sudu.
“Dah tadi. Ian bagitahu umi yang kak Nisa dah selamat
bersalin ya?’’ Jawab umi yang kini sudah mengambil tempat di hadapanku.
“Ha’ah, umi. Pukul 6.15
pagi tadi. Tu yang pukul 3.30 pagi Iman dengan Ian kelam-kabut pergi rumah mama.
Tolong hantar kak Nisa pergi hospital.’’ Jelasku.
“Sebab tu lah Subuh tadi umi dengar bunyi
kereta masuk porch. Tu yang umi
pelik, siapa pulak yang balik awal pagi tadi. Rupa-rupanya korang. Bila umi
tanya Ian, Ian cerita yang kak Nisa dah selamat bersalin. Baby girl ya ?’’ Balas umi.
“Ha’ah, umi. Kalau umi dengan walid free petang ni, bolehlah kita lawat kak
Nisa dekat hospital.’’ Balasku.
“Boleh jugak tu. Nanti umi bagitahu walid.” Balas umi
sambil tersenyum.
“Ian mana, umi ?’’
Soalku apabila sedari tadi bayang Ian tidak kelihatan.
“Keluar jap, tolong hantar mak cu pergi LCCT. Mak cu
nak balik Kelantan dah. Mak cu kirim salam dekat Iman.’’ Jawab umi.
“Ala, tak sempat Iman nak jumpa mak
cu. Ian pun tak kejutkan Iman langsung.” Tambahku.
“Nanti Iman ajaklah Ian pergi Kota
Bharu, pergi rumah mak cu. Ala, lagipun mak cu tahu yang Iman penat, tak cukup
tidur sebab kena berjaga dekat hospital. Pagi tadi pun umi nampak Ian yang
bawak Iman naik atas. Ian kata Iman dah mengantuk sangat sampai tak boleh nak
bukak mata masa dia kejutkan Iman dalam kereta tadi.” Balas umi membuatkan aku
hampir tersedak.
“Hah?” Aku sudah terkebil-kebil,terkejut.
“Tak pe, malam ni kita ramai-ramai hantar Uncle Ben dengan Aunt Sarah pergi KLIA ya. Dorang nak balik dah.’’ Cerita umi lagi.
Oh, rupa-rupanya, itulah ceritanya. Patutlah
sedar-sedar aku sudah ada di atas katil. Aku sudah mula mengelamun, tidak begitu
mendengar butir bicara umi yang seterusnya.
Wah encik suami ni betul2 sweet la
ReplyDeletesuka suka. Tak sabar nak tunggu next entry. :)
ReplyDeleteNext entry, please. Hehehe....mcm order makanan kat kedai pulak. Thanx, writer. :)
ReplyDeleteBest..... #^_^
ReplyDeletebesttttt ! le cete nie.... x boring pun..... nak aggg... ada ura ura nak publish ke
ReplyDeletethank you :) iA, kalau ada rezeki tapi nk kena siapkan manuskrip dulu.
DeleteTerbaikkk!!
ReplyDeleteMMG BEST GILER!!!... tak sabar nak baca episod seterusnya :)
ReplyDeletelambat lagi ker cik Yumi Hyra....tiap2 hari sy buka blog sbb nak tahu episod seterusnya...hehehhehee
ReplyDeletemane entry baru??:(
ReplyDelete-boni-
haha..bestnyer!!dah ade ke novel nieh?
ReplyDelete