Bab 19
Usai
solat Zohor berjemaah di surau rumah, aku membantu umi dan Mak Nab untuk
menghidangkan menu makanan tengah hari sambil ditemani Jazmin. Rumah banglo besar ini kembali sunyi apabila saudara-mara
yang lain sudah pulang. Along Seth juga
sudah pulang ke rumahnya di Subang Jaya. Angah Noah sudah kembali ke Universiti Malaya.
“Amani.’’ Bisik Ian yang
duduk di sebelahku. Ketika itu kami
sekeluarga sedang menikmati hidangan tengah hari bersama-sama.
“Kenapa?” Soalku, juga berbisik.
Ian
membuat isyarat mata ke arah ikan kari ikan bawal yang terletak di hadapannya. Aku sudah mengerutkan dahi. Dia ni dah kenapa?
“Kenapa?” Soalku lagi.
Ian menggelengkan kepalanya tetapi matanya masih dihalakan pada ikan bawal
di hadapannya. Aku turut memandang kari ikan bawal di hadapan Ian. Manalah tahu kot-kot ikan dekat depan ni hidup balik.
“Ni kari ikan bawal lah.” Jawabku cuba mengagak yang Ian bertanya hidangan apa yang terhidang di
depan matanya.
“Pedas?” Soal Ian. Raut wajahnya
ketika ini tersangatlah kelakar. Kelihatan takut-takut menyebabkan aku terasa
ingin ketawa. Mesti dia trauma dengan sambal ikan bilis nasi lemak tempoh hari.
“Tak, tak pedas pun.” Jawabku dan
mencedok ikan bawal itu ke dalam pinggan Ian yang sudah berisi nasi putih.
“Nak guna fork and spoon.” Ujar Ian.
“Tak boleh.” Balasku pula. Ian sudah
mengerutkan dahi. Nak proteslah tu.
“Kita ni orang Melayu, makan nasi
kena guna tangan. Ikut sunnah Rasulullah, pakai tiga jari tau. Lagipun,
berdasarkan kajian, dekat jari-jari kita ni ada enzyme yang elok untuk perut
kalau kita makan guna tangan.” Balasku lagi.
Ian
sudah terkebil-kebil sambil mengangkat tiga jarinya. Comel betul telatahnya!
“Tapi, sebab kita ni makan nasi, lagi selesa guna lima
jari.” Sambungku lagi. Aku lihat Ian sudah merenung
kelima-lima jarinya. Lama pulak tu.
Macam lah baru tumbuh satu lagi jari baru.
“Macam ni, awak cubit isi
ikan tu sikit, gaulkan dengan nasi sikit. Lepas tu, guna hujung lima-lima jari
untuk kumpulkan nasi dan ikan sekali dan terus masuk mulut.’’ Aku menunjukkan cara-cara makan dengan menggunakan
tangan kepada Ian.
“Tangan kanan eh?” Soal Ian. Aku angguk
sambil tersenyum.
Aku
tersenyum lagi melihat Ian yang sedang terkial-kial menggunakan tangan kanannya
untuk makan. Tambahan pula dia seorang yang kidal, makan menggunakan tangan
kanan membuatkan dia berasa janggal. Apa yang aku perasan, jika makan
menggunakan sudu dan garfu, dia akan menggunakan tangan kiri untuk memegang
sudu. Telatah walid yang kelihatan sangat biasa menggunakan tangan semasa
makan, membuatkan aku kagum. Walid memang dah betul-betul macam orang Melayu
sejati. Elok sahaja dia makan ulam timun dengan sambal belacan.
“Eh, Achik makan nasi guna
tanganlah!” Tutur Jazmin
teruja.
“Isy, Min! Apa jerit-jerit
macam tu. Kan tengah makan ni, nanti tersedak pulak Achik tu.” Tegur umi
lembut.
Jazmin sudah tersengih-sengih memandang Ian dan umi. Anak mataku menyedari
reaksi umi yang sedang tersenyum melihat Ian yang sedang berusaha makan dengan
menggunakan tangannya.
Usai membantu umi dan Mak Nab mengemas ruang makan, aku naik ke tingkat
atas untuk mencari Ian yang aku yakin sedang berada di dalam bilik. Ketika aku masuk ke dalam bilik, Ian sedang menghadap
komputer ribanya.
“Anak murid, mari kita belajar.”
Tuturku sambil mengeluarkan beberapa buah buku yang kubeli di Popular
bersama-sama dengan Auni dahulu.
“Belajar?” Soal Ian. Aku tidak pasti
dia tidak faham atau buat-buat tidak faham.
“Belajar bahasa Melayu. Jangan
buat-buat lupa pulak. Nanti tak pasal-pasal jadi lupa betul-betul. Walaupun hari ini awak sangat baik sebab tolong angkat
saya pagi tadi.” Jawabku
bersahaja.
“Angkat? Angkat apa? Mana ada.”
Jawab Ian.
“Tak nak mengaku sudah. Tapi, kita
masih kena belajar.” Balasku pula.
“Do
you need to do until this extent?” Soal Ian yang kelihatan sangat geram. Geram
sangat agaknya sehinggakan dia menggigit bibir bawahnya. Aku sudah mahu ketawa.
“Hah, dalam agreement dah bagitahu awak kena berkomunikasi menggunakan bahasa
Melayu. Lupa?” Balasku sambil mengangkat kening.
Ian
mendengus. Lambat-lambat dia bangun dari meja belajar miliknya dan
menghampiriku yang sedang bersila di hadapan meja Jepun yang diletakkan di atas
karpet tebal.
“Hari ni, kita akan mula dengan
huruf-huruf vokal dulu.” Ujarku sambil mengeluarkan cue cards yang kupinjam dari Amanda, anak Along Seth.
Ian
membelek-belek cue cards yang masih
terletak elok di dalam kotak dengan dahi yang berkerut seribu.
“Ni untuk budak-budak tadika lah!”
Protes Ian dengan wajah yang dimasamkan.
“Menjawab, menjawab! Nanti tak
berkat ilmu tau tak.” Usikku.
“Saya tahu huruf vokal lah. Sama je
dengan English punya.” Balas Ian. Kali ini suaranya dikendurkan sedikit.
“Oh, ha’ah kan! Lupa pulak.
Ala, saya usik je lah. Hari ni kita
belajar macam mana nak bina ayat. Kita mula dengan ayat tunggal dulu.” Balasku
sambil tersengih. Aku mengeluarkan sebuah buku tulis kosong dan sebatang pen.
“Ayat tunggal ni, ayat yang ringkas. Kena ada subjek dan predikat. Contohnya, ibu mahu ke
pasar. Faham tak?” Sambungku sambil memandang ke arah Ian yang mendiamkan diri
sejak tadi.
“Fahamlah. Tu kan simple
sentence.” Balas Ian.
“Ehem !’’
“Eh, itu ayat ringkas.’’
Aku
mengangguk-angguk sedangkan di dalam hati sudah mahu ketawa melihat telatah
Ian.
“Kalau awak dah faham pasal ayat
tunggal, senang untuk bina apa-apa jenis ayat. Tapi, kosa kata awak kurang,
jadi kita kena belajar tatabahasa dulu.” Aku menyambung ‘kelas bahasa Melayuku’ pada petang itu.
“Tatabahasa tu apa?” Soal
Ian.
Aku
mengeluh sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Tatabahasa tu, grammar
la. Faham?” Ulasku dan Ian mengangguk.
“Untuk hari ini, kita akan
belajar mengenai penjodoh bilangan atau dalam bahasa Inggeris kita panggil collective nouns. Contoh penjodoh
bilangan ialah sebuah, sebiji, seekor, dan lain-lain. Dalam buku ni ada
terangkan.’’ Aku menyambung peneranganku berdasarkan buku yang kubeli. Untuk
setiap penjodoh bilangan, aku menerangkan maksud, fungsi dan contoh ayat.
“Sebelum kita tamatkan
kelas untuk lawat kak Nisa dekat hospital, tolong bina satu ayat menggunakan
mana-mana penjodoh bilangan yang awak dah belajar tadi.’’ Pesanku dan berdiri.
“Ya, cikgu.’’ Jawab Ian
dan tangan kirinya mengambil pen dan buku yang kuletakkan di hadapannya.
“Jangan curi tulang. Saya
nak pergi toilet sekejap.’’ Ian
kelihatan menganggukkan kepalanya dan aku berlalu ke tandas. Sewaktu aku keluar
dari tandas, Ian sudah berdiri.
“Dah siap ?’’ Soalku.
“Dah. Saya nak pergi tandas pulak.’’
Jawab Ian dan terus berlalu. Aku kembali ke meja Jepun dan meneliti buku tulis
bersaiz kecil itu. Terus mataku membulat melihat ayat yang dikarang oleh Ian.
‘Iman
Amani ialah seorang guru yang garang seperti singa.’
“Ian !!!’’ Aku sudah menjerit
sementara Ian yang di dalam bilik air sedang seronok ketawa.
**********************************
Pagi-pagi
lagi aku sudah menerima panggilan daripada Maya berkenaan tempahan
barang-barang hantaran yang sudah sampai. Selepas berbincang dengan Maya, aku
menjenguk umi yang sedang berkebun di luar rumah.
“Umi ni macam mama Iman lah. Suka sangat dengan bunga-bunga.’’ Tegurku sambil
tersenyum.
“Memanglah, dari sekolah lagi, memang umi dengan mama
Iman memang minat bunga. Bila balik dari sekolah, mesti gatal tangan
masing-masing nak petik bunga yang pak cik tukang kebun tu tanam. Memang kena
marahlah jawabnya.’’ Balas umi sambil mengesat peluh yang merintik di dahi.
“Oh, nakal jugak umi
dengan mama masa kecik-kecik dulu ya.’’ Usikku
membuatkan umi tertawa kecil.
“Biasalah, Iman. Zaman budak-budak
dulu.” Balas umi sambil menggantung semula pokok bunga orkid di tempat yang
disediakan.
“Amani, jom!” Tiba-tiba Ian muncul
entah dari mana. Aku dan umi saling berpandangan.
“Nak pergi mana?” Soalku pelik. Penampilan
Ian yang ringkas dengan jeans hitam dan t-shirt lengan pendek berwarna kelabu
itu kupandang sekilas. Pagi-pagi dah melawa ni, nak pergi mana pulak?
“Shopping.”
Jawab Ian sambil tersengih lawa.
“Shopping?”
Soalku kembali.
“Temankan shopping lah. Nak beli office
outfits. This Friday kan dah nak
mula kerja.” Jawab Ian.
“Oh, kejap. Nak tukar baju. Umi, jom
lah sekali. Shopping ramai-ramailah
baru seronok.” Balasku sambil memaut lengan umi.
“Korang pergilah. Umi nak bermanja
dengan pokok-poko bunga ni. Dah
lama tak belek diorang ni semua.” Balas umi sambil kepalaku diusap lembut.
“Betul ni umi tak nak
ikut?” Soalku lagi.
“Betul, betul. Korang berdua pergilah.” Jawab umi
sambil tersenyum.
Aku
terus berlalu ke tingkat atas untuk menukar baju. Aku mencapai kemeja checkered lengan panjang berwarna merah
putih dan dipadankan dengan jeans hitam. Aku menggosok shawl kosong berwarna
hitam selepas mengenakan sedikit bedak kompak dan pelembap bibir.
“Jom!” Aku berdiri di sebelah Ian
sambil tersengih. Ian sudah terkebil-kebil memandangku.
“Kitorang gerak dulu ya, umi.” Aku
bersalam dengan umi sebelum mengikut langkah Ian yang sudah ke tempat letak
kereta.
Aku
menghampiri kereta Mini Cooper milikku yang berwarna merah. Eh, tak ada pulak
mamat ni!
“Guna kereta walid yang itu.”
Beritahu Ian yang muncul tiba-tiba. Jari telunjuk kanannya menunding ke arah kereta
Honda Civic berwarna kelabu metallik.
“Eh, kenapa?” Soalku pula.
“Kereta awak ni, kecil sangat.” Jawab Ian sambil berpeluk tubuh merenung keretaku. Siap
menggeleng-gelengkan kepala lagi.
“Sama kecil macam owner dia.” Tambah Ian bersahaja sebelum
berlalu.
Amboi!
Sedapnya mengata aku. Depan-depan pulak tu. Aku memandang keretaku yang bersaiz
comel ini.
“Sampai hati mat salih celup tu mengata awak ni kecik. Tak apa, cik Mini. Kita jangan kawan sama dia.’’
Tuturku perlahan sambil menepuk-nepuk bumbung kereta.
“Are
you talking to your car?” Soal Ian dari jauh.
“Ian, bahasa awak!” Aku sudah
terjerit dan Ian hanya ketawa selamba.
Ian
memandu kereta dengan berhati-hati menuju ke Suria KLCC. Kali ini, dia sudah mula membiasakan diri dengan
selok-belok jalan di Kuala Lumpur ini.
“Macam mana boleh familiar dengan jalan kat sini?” Soalku
ingin tahu kerana sebelum-sebelum ini, jika Ian yang memandu, kami pasti akan
sesat larat.
“Belajar dengan Google
Map.” Jawab Ian yang wajahnya memandang ke hadapan. Sepasang anak matanya
sudah dilindungi dengan kaca mata
Rayban.
“Belajar macam tu je?” Soalku lagi.
“Yalah. Baca je lah apa
yang map tu tunjuk.” Jawab Ian pula.
“Tak susah nak faham ke?” Soalku lagi.
“Tak adalah.” Jawab Ian. Sebenarnya,
jika berdasarkan fakta kajian, lelaki sememangnya lebih mahir membaca peta
berbanding kaum wanita. Jadi, mungkin perkara sebegini tidak mendatangkan
sebarang masalah kepada Ian.
Sebaik
sahaja memakirkan kereta, aku dan Ian mengatur langkah masuk ke dalam Suria
KLCC. Mungkin kerana masih dalam musim cuti sekolah, orang ramai memenuhi pusat
beli-belah ini. Ian yang langkahnya lebih panjang dan lebih laju, sudah jauh ke
hadapan meninggalkan aku. Bertuah punya laki! Sempat aku mengutuk-ngutuk di
dalam hati sambil mempercepatkan langkah untuk mengejar Ian sebelum aku yang
hilang.
“Bum!”
Kepalaku
sudah berlanggar dengan belakang tubuh Ian yang tiba-tiba berhenti di satu
tempat.
“Sakitlah!” Aku sudah
menggosok-gosok dahi yang terasa pedih.
“Yang awak brake tengah-tengah jalan ni kenapa?” Bebelku lagi. Aku tengah
geram, dia boleh tersengih-sengih macam tengah buat iklan ubat gigi Colgate
pulak tengah-tengah ramai ni.
“This
won’t do.” Tutur Ian tiba-tiba sambil memandangku yang masih ingin terus
membebel.
“Ian, bahasa awak! Kan saya dah
pesan…”
Aku
tidak meneruskan ayatku apabila tangan kiri Ian sudah mengenggam tangan kananku
dengan erat.
“Kena buat macam ni supaya awak yang
saiz mini ni tak hilang.” Ujar Ian
sambil tersenyum. Aku yang terkejut, sudah terkebil-kebil memandang Ian.
“Tak ada hilangnya! Awak yang takut
hilang sebenarnya kan?” Jawabku yang mulai sedar dengan apa yang sedang
berlaku. Aku cuba menarik semula tanganku dari pegangan tangan Ian.
“Menjawab, menjawab! Nanti kena kidnap baru tahu. Jom, jom. Gerak sekarang.”
Jawab Ian pula sambil menarik tanganku.
Aku
sudah tidak tahu ingin membalas apa. Sudahnya, redha sahajalah kena heret
dengan Ian sambil berdoa di dalam hati supaya jari-jemari aku yang comel ni tak
tercabut daripada tapak tangan.
Hahaha seyes entry kali ni sgt2 klaka dan sweet gila.. Mmg tersenyum jer sepanjang baca. ?? :-) thanx
ReplyDeleteIan and Amani tersangat-sangatlah cumel.... #^_^
ReplyDeletesuka sangat sangat...nanti jangan lama sgt yer upload..hehehehe buat kami termimpi mimpi...hihi
ReplyDeleteSooooo suwittt!upload nxt n3 ccpt tau :p
ReplyDeleteyumi hyra, suka sangat part lovey dovey ni..sebelum masuk part ada konflik...ada ke? bila nak update encik driver tu? windu lak entri baru.
ReplyDeletebest sgt bab ni.. Tp Ble bab amani ajar Ian yg msuk tatabhse tu Ian cm nmpk bodohnya plk wlwpn da duduk lame kt oversea.. Nmpk cm watak Ian terbodoh skjp lak.. Huhu.. Sori Klu komen ni xmembntu.. Huhu..
ReplyDeletehari2 tgk blog ne tertunggu tunggu , hee cant wait next n3 , keep it up ;)
ReplyDeleteLawak and comel je diorang due nie :D
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteluv it. tak sabar nak ajak kawan-kawan lain baca sama.
ReplyDeleteaduh!!! lawak kali nie.... tapi x puas ati gak baca.....bila nak keluar btuk novel niee. cpat cpat le yumi....
ReplyDeletealololo..sooo sweet..suka nyer dengar ian bbahasa melayu..comey gitu..
ReplyDeleteSooo sweet suka lah cerita ni...sambung please....
ReplyDelete