Bahagian 1
“Isy, seronoknya kalau kahwin dengan artis. Dapat
merasa wedding gilang-gemilang. Boleh
jugak dapat title wedding of the year.”
Komen Laila yang sedang membaca surat khabar bertarikh hari ini. Aku yang
sedang sedap menikmati spaghetti carbonara,
sempat memandang wajah teruja Laila sebelum kembali menunduk memandang pinggan
berisi spaghetti.
“Ha’ah,
kan. Dapat banyak sponsor, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Majlis pun
dah tak payah nak risau sangat. Meletop
gitu!” Sokong Rina pula.
“Amboi,amboi.
Korang ni kalau bergossip pasal kahwin, nombor satu. Nak kahwin dengan artis
apanya kalau encik abang korang tu bukan artis.” Kedengaran suara kak Aina
pula.
“Ala,kak. Kitorang cakap-cakap je.”
Balas Laila, tersengih.
“Orang
yang belum kahwin ni pun tak ada nak berangan apa-apa.” Kak Aina sudah
mengusikku pula. Anak matanya sudah difokuskan kepadaku .
“Hah?
Apa dia, kak?” Soalku, pura-pura tidak mengerti. Pura-pura tidak faham merupakan
penyelesaian terbaik untuk topik-topik sebegini. Tangan kanan masih ligat
menyumbat garfu berisi spaghetti ke dalam mulut.
“Nuha
dah berapa hari tak makan?” Soal Rina tiba-tiba.
“Separuh
hari. Time hearing kat court tadi rasa lapar gila. Nasib baik
orang tak heard bunyi perut.” Jawabku
bersahaja, mengundang tawa kecil Rina.
“Soalan
akak tadi tu, Nuha tak jawab lagi.” Soal kak Aina kembali.
Alamak, tak habis lagi ke topik tadi? Kak Aina ni
memang kuat ingatan sungguhlah.
“Soalan
yang mana ya, kak?” Aku pura-pura bertanya lagi.
“Angan-angan
pasal wedding sendiri tu."
Aku senyap seketika. Angan-angan? Yang aku tahu,
lagu bertajuk pelamin anganku musnah je lah. Nak jawab macam tu je boleh tak?
“Tak
kisah, janji bukan kahwin dengan artis.”
Jawapanku membuatkan Laila dan Rina berpandangan
sesama sendiri sebelum masing-masing ketawa memandangku yang masih khusyuk
menghabiskan sepinggan spaghetti
sebelum perlu ke Subang Jaya pula.
************************************
Jam dinding sudah menunjukkan hampir pukul 2 petang.
Aku mengemaskan meja yang sedikit berselerak dengan timbunan fail. Aku mencari
fail jernih yang sudah disediakan dari semalam dan dimasukkan ke dalam beg.
Samsung Tablet juga dimasukkan ke dalam beg sebelum aku menutup suis komputer
dan beredar dari meja kerjaku.
“Nuha, jadi ke nak jumpa client tu?” Soal Afiqah sebaik sahaja aku bertembung
dengannya di dalam lif.
“Jadi. Ni nak pergi jumpa dia dekat Subang Jaya. Dari
minggu lepas buat appointment, hari
ni baru dapat jumpa. Kau nak pergi mana pulak ni ?’’ Jawabku sambil
melihat penampilan Afiqah yang kelihatan kemas.
“Jumpa client jugak. Nak bentang wasiat.’’ Jawab
Afiqah pula.
“Kalau
macam tu, jumpa kau kat rumah nanti lah. Lepas jumpa client yang ni, aku kena pergi pejabat hartanah dekat Putrajaya
pulak.” Balasku.
“Yalah.”
Balas Afiqah sebelum kami berpisah ke kereta masing-masing.
Dari firma guaman yang terletak di Shah Alam, aku
memandu ke Subang Jaya. Usai memakirkan kereta di tempat parkir yang
disediakan, aku mengatur langkah masuk ke dalam bangunan yang bentuknya sangat
unik dan ekslusif. Nama A To Z terpampang besar di luar. Aku terpinga-pinga
seketika sebelum mengatur langkah masuk.
“Yes, miss. May I help you?” Sapa
penyambut tetamu yang sedang tersenyum manis.
“Saya
ada appointment dengan Mr. Benyamin
Ziqri sekarang.” Ujarku sambil sempat menelek jam tangan sendiri. Ada 10 minit
lagi sebenarnya.
“Sebentar
ya, cik.”
Aku mengangguk sambil tersenyum. Sambil menunggu cik
penyambut tetamu membuat panggilan, mataku meliar ke kawasan sekeliling.
Kelihatan pelbagai bentuk rekaan beg tangan, purse, dompet lelaki, kasut dan
juga scarf yang ditayangkan dengan kreatif. Kesemua barang-barang yang
dipertontonkan kelihatan sangat ekslusif. Aku agak bangunan ini merupakan
headquarter jenama A To Z kerana aku perasan kesemua barangan di sini mempunyai
jenama A To Z yang ditampal megah.
“Cik
Nuha Dhamia ya?” Panggil cik penyambut tetamu. Senyuman manis masih tidak
lekang dari bibir.
“Ya,
saya.” Jawabku.
“Encik
Benyamin tunggu cik di pejabatnya. Tingkat 3 ya.” Beritahu cik penyambut
tetamu.
“Oh,
okey. Terima kasih, ya.” Balasku sambil melemparkan senyuman sebelum bergerak
ke lif. Aku masuk ke dalam lif dan menekan butang lif untuk ke tingkat 3.
Sebaik sahaja aku sampai di tingkat 3, aku
seolah-olah baru melihat satu lagi pemandangan baru. Kawasan pejabat yang tidak
mempunyai banyak bilik dan mempunyai ruang bersaiz besar dengan hiasan dalaman
yang berwarna-warni dan ceria. Pelbagai reka bentuk beg tangan dan juga kasut
kelihatan di mana-mana sahaja.
“Cik
Nuha kan?” Tegur seorang pekerja lelaki. Aku berpaling ke arahnya dan
menangguk. Lelaki ini tersenyum manis.
“Saya
setiausaha Encik Benyamin. Encik Benyamin sedang menunggu cik. Sila ikut saya.”
Ujarnya sopan.
Aku tersenyum dan mengikut langkah lelaki yang
berkaca mata ini. Kagum juga aku dengan setiausaha lelaki. Kami berhenti di
hadapan sebuah pintu kaca.
“Sila
masuk, cik Nuha. Encik Benyamin ada di dalam.” Tutur encik setiausaha ini
sambil tersenyum lagi.
“Terima
kasih.” Balasku sambil tersenyum juga sebelum melangkah masuk.
Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik pejabat
sederhana besar ini, mataku terus menangkap almari kaca yang mempamerkan
deretan beg tangan dan juga kasut. Aku melemparkan pandangan ke arah kerusi
kerja kulit yang kosong. Eh, mana orangnya? Aku bergerak ke arah sofa kulit
berangkai tiga.
“Oh,
mak!” Aku sudah terjerit kecil melihat ada sekujur tubuh yang sedang berbaring
di atas sofa tersebut.
Dek kerana jeritan kecilku, lelaki yang sedang tidur
ini sudah terbangun. Sepasang matanya terbuka sambil merenung wajahku dengan
tajam. Tiba-tiba aku terasa kecut perut. Betul ke ini bilik pejabat Encik
Benyamin Ziqri? Lelaki yang kemas dengan kemeja lengan panjang ungu gelap dan
digayakan dengan vest hitam, sudah
duduk menghadapku.
“Who are you?” Soal lelaki ini. Anak
matanya memang betul-betul tajam, macam hari-hari kerjanya menelan bilah
pedang.
“Nuha Dhamia from Luthfi Akmal &
Associates. I am here to discuss on the trust agreement with Mr Benyamin Ziqri.”
Jawabku tenang. Aku sempat tersenyum. Senyum Nuha, senyum.
“I am Benyamin Ziqri. Please have a seat.”
Ujar Benyamin dan berlalu ke kerusi kerja kulit yang dibiarkan kosong sebentar
tadi.
“Thank you.” Aku melabuhkan duduk di
hadapan Benyamin. Mudanya mamat
yang kat depan aku ni. Memanglah, baru nak masuk umur 25 tahun
tapi aku agak dia bukan calang-calang orang dalam bangunan besar ini.
“Cik Nuha, right?” Soal Benyamin. Aku
angguk. Senyum lagi.
“You graduate dari law school mana?” Soal
Benyamin lagi.
“Pardon me, sir?” Soalku agak terkejut.
Apasal sekarang ni aku rasa aku macam tengah hadiri sesi temu duga kerja dengan
encik dekat depan aku ni. Yang sedari tadi macam tak reti nak senyum.
“You grad dari law school mana?” Soal
Benyamin sekali lagi.
“UIAM.”
Jawabku.
“UIAM?”
“Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia.”
“Umur?”
“Turning 26 years old this year.”
“Dah
berapa lama kerja dengan law firm
yang current ni?”
“Straight after grad, nak masuk 3 tahun this year.”
“I wonder macam mana my late parents boleh pilih you untuk handle their trust agreement.”
Aku masih menghulurkan senyuman sambil berpesan
kepada diri sendiri supaya banyak bersabar.
“Mr Benyamin, sorry to interrupt your
interview session. Saya rasa encik tahu yang saya datang sini untuk review balik trust agreement arwah ibu bapa encik dan bukannya datang untuk sesi
temu duga kerja. Saya harap kita boleh terus ke topik utama perjumpaan kita
hari ini.” Ujarku lembut tetapi tegas. Aku masih tersenyum lagi.
Benyamin senyap. Wajahnya kelihatan merah. Aku tidak
pasti sama ada dia menahan marah atau menahan malu. Malas aku nak fikir. Yang
penting, aku kena jalaskan tugas aku sebagai trustee atau pemegang amanah asset
arwah Tan Sri Zakaria dan arwah Puan Seri Adelia.
“Seperti
yang diamanahkan oleh arwah Tan Sri Zakaria sejak tiga tahun yang lepas, segala
aset yang diamanahkan oleh settlor iaitu arwah Tan Sri Zakaria kepada saya
selaku trustee akan diserahkan kepada Encik Benyamin Ziqri Zakaria selaku beneficiary. Jumlah aset yang telah diamanahkan kepada saya akan diserahkan sepenuhnya kepada Encik Benyamin
sebaik sahaja encik mencapai umur 25 tahun.” Terangku sambil memerhatikan
reaksi Benyamin yang ralit meneliti kertas perjanjian yang dipanggil ‘trust
deed’ yang kuserahkan kepadanya sebentar tadi.
Peneranganku terhenti sebentar apabila encik
setiausaha tadi masuk dengan menatang dua cawan air kopi. Aku sempat
mengucapkan terima kasih sebelum dia berlalu.
“Namun
begitu, sekiranya Encik Benyamin Ziqri meninggal dunia sebelum atau selepas
mencapai umur 25 tahun, segala aset akan dipindahkan hak milik kepada isteri
dan anak-anak Encik Benyamin sekiranya Encik Benyamin telah berkahwin.
Sekiranya belum berkahwin, aset akan dipindahkan kepada Encik Zamir, adik
lelaki arwah Tan Sri Zakaria secara sepenuhnya. Sekiranya Encik Zamir juga
meninggal dunia, asset akan dipindahkan hak milik kepada keluarga Encik Zamir.”
Terangku lagi.
“Kenapa
baru sekarang you datang jumpa I and inform pasal trust ni?” Soal Benyamin
dengan dahi yang berkerut. Wajahku dipandang tepat.
“Saya
diminta untuk memaklumkan tentang ini kepada encik selewat-lewatnya tiga bulan
sebelum tarikh hari jadi encik. Encik boleh rujuk dalam trust deed tu. Selain
itu, segala transaksi urusan berkaitan dengan aset yang diamanahkan kepada saya
contohnya pembayaran zakat, saya lampirkan juga bersama-sama dengan trust deed
itu.’’ Jawabku sambil tersenyum.
Benyamin kelihatan meneliti helaian kertas putih
yang bercetak itu. Dia masih mendiamkan diri.
“You
akan maklumkan benda yang sama pada my uncle ke?” Soal Benyamin.
“Maksud
encik, Encik Zamir ke?” Soalku.
Benyamin angguk. Masih tiada senyuman.
“Ya,
saya perlu berbuat demikian kerana Encik Zamir dan ahli keluarganya juga
merupakan potential beneficiaries amanah ini.” Jawabku sambil tersenyum.
Biarlah, kalau mamat kat depan aku ni susah sangat nak tersenyum, biar aku je
lah yang tersenyum sepenuh masa.
“Bila
you nak jumpa diorang?” Soal Benyamin lagi.
“Hari
ini juga. Saya ada appointment dengan Encik Zamir at 3.30 p.m.” Jawabku.
Benyamin kelihatan menganggukkan kepalanya tetapi
dahinya masih berkerut.
“Encik
ada apa-apa lagi soalan? Ataupun perlukan lebih penerangan mengenai trust arwah
ayah encik ini ?’’ Soalku pula.
“So
far so good, thank you.”
“Kalau
macam tu, saya akan datang jumpa encik semula on 25th June ini,
which will be your birthday untuk tandatangan a few documents sebelum saya
serahkan sepenuhnya amanah ini.” Wajah Benyamin yang masih tidak beriak itu
kupandang sekilas.
“Yalah,
but you inform my secretary a week earlier.”
“Alright,
will do. Kalau macam tu saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”
“Sekejap !’’
Aku yang mahu keluar dari bilik pejabat itu tidak
jadi untuk membuka pintu. Aku
berpaling memandang Benyamin yang masih duduk di kerusinya.
“Thank you, ‘kakak’.’’
Ucap Benyamin dengan suaranya ditekankan pada perkataan ‘kakak’ itu.
Aku sudah terkebil-kebil. Budak ni kan!
************************
“Fiqah, kau pernah
dengar brand A To Z tak?” Soalku sebaik sahaja Afiqah melabuhkan duduk di
sebelahku.
“Brand
A To Z? Brand apa tu?” Soal Afiqah sambil tangannya mencapai remote tv di atas
meja dan menukar siaran berita ke siaran TV3 yang menyiarkan Buletin Utama.
“Isy, kau ni. Aku tanya kau, kau tanya aku balik.” Usikku
dan Afiqah ketawa.
“Mak cik, tanyalah pak
cik Google. Pak cik tu kan serba tahu.” Ujar Afiqah sambil tersengih.
Samsung tablet yang terletak di atas meja, kuambil
dan mula mencari mengenai A To Z melalui carian Google. Aku mula membaca.
Mataku membulat sebaik sahaja artikel yang sedang kubaca berkisar mengenai
Benyamin Ziqri Tan Sri Zakaria.
“Wow!”
Tuturku spontan.
Afiqah yang sedang menonton televisyen berpaling ke
arahku. Dia mengerutkan dahinya, tetapi tidak bertanya.
Aku meneruskan bacaan. Rupa-rupanya jenama A To Z
merupakan jenama tempatan yang berjaya menempa nama di merata negara
terutamanya England, Perancis dan Itali. Jenama yang dicipta sendiri oleh arwah
Tan Sri Zakaria sejak 20 tahun yang lepas. Perniagaan yang tertumpu pada
pembuatan beg tangan dan kasut. Selain itu, jenama ini turut menghasilkan
dompet lelaki, purse wanita, scarf dan lain-lain. Di Malaysia, jenama ini boleh
dijumpai di tiga tempat iaitu KLCC, Pavillion dan Sunway Piramid. Selepas Tan
Sri Zakaria dan Puan Sri Adelia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,
perniagaan mereka diambil alih oleh Benyamin Ziqri yang berkelulusan dalam
rekaan fesyen.
“Kau
baca apa sampai ber’wow’-‘wow’ sakan?” Soal Afiqah akhirnya. Tangannya spontan
mengambil tablet yang sedang kupegang.
“A
To Z ni posh brands la. Sebab tu non-fashion maniac macam kita ni tak tahu
menahu. Padahal brand ni
dah lama rupanya.’’ Komen Afiqah. Matanya masih terpaku pada skrin tablet.
“Benyamin Ziqri ni siapa
pulak ? Apsal kau search pasal dia jugak ?’’ Soal
Afiqah lagi.
“Bacalah
dulu.” Jawabku.
“Mak
aih! One of the hottest young bachelors in Malaysia. A famous Malay designer
for handbags and shoes. The current owner of A To Z.” Afiqah menyambung
bacaanya. Berkerut dahinya memandangku.
“So,
kenapa kau tetiba interested nak tahu pasal Mr Benyamin Ziqri ni? Bukan tadi
kau tengah search pasal A To Z ke?” Soal Afiqah lagi. Tablet yang dipegangnya
tadi, dipulangkan semula kepadaku.
“Aku
pergi Subang Jaya tengah hari tadi sebab nak jumpa dengan budak ni lah.”
Jawabku. Di dalam kepala masih terbayang-bayang raut wajah Benyamin yang tidak
pandai untuk tersenyum. Panggil aku ‘kakak’ pulak tu. Sayang betul, muka dah
tersangat okey tapi kurang mesra alam.
“Budak?
Budak mana?” Soal Afiqah.
“Ni, Mr Benyamin Ziqri ni lah. Budaklah, sebab dia muda
lagi dari kita.’’ Jawabku.
“Patutlah muka nampak
macam budak-budak je. Comel!” Balas Afiqah sambil tersengih.
“Kalau
kau jumpa dia in person, barulah kau tahu budak ni comel ke tak. Harapkan muka
je. Anyway, aku search pasal A To Z sebab budak ni sekarang jadi client aku.”
Tambahku.
“Oh,
yang kau kata ada appointment dengan dia pasal trust tu eh?” Balas Afiqah. Aku
angguk.
“So,
how is this cute kid in person?” Soal Afiqah sambil tersengih. Aku sudah
menggeleng melihat telatah Afiqah. Telefon bimbit yang tiba-tiba menjerit
mematikan perbualan kami.
“Kenapa,
Nuha?” Soal Afiqah agak cemas apabila melihat reaksiku selepas menerima
panggilan telefon lewat malam sebegini.
“Teman
aku pergi hospital sekarang.” Jawabku dengan perasaaan terkejut yang amat
sedari tadi.
“Hospital?
Siapa yang sakit?” Soal Afiqah, semakin pelik dengan tingkahku.
“Budak yang kau sibuk cakap comel tu lah.”
“Hah ! This
Benyamin Ziqri ? Kenapa ?’’
“Yes,
that Benyamin Ziqri. Dia baru accident kereta. Jom, jom.”
p/s: Salam semua. I'm back!! Hehe, finally after habis final exam, alhamdulillah :D Jadi, sebagai hadiah kasih sayang untuk awak2 semua yang setia menunggu saya ketika tempoh 'berperang' saya, terimalah mini novel baru saya. Have fun reading this sementara saya menyiapkan manuskrip ESMSC (Encik Suami Mat Salih Celup).
bestnyaaaaaa.... nak lagi...
ReplyDeleteBest dan menarik.... #^_^
ReplyDeleteHope u dapat sambung cepat...
Mesti eksiden tu ada kene mengena dengan wasiat tu kan???
Thank you :)
DeleteHehe, kalau nak tahu, kenalah stay tune :D
menarikk...
ReplyDeletecepat sambung ya.. ^_^
best nak lagi.
ReplyDeleteEncik suami matsaleh celup x hbs d blog ke?
ReplyDeleteTak, sebab saya nak hantar full manuskrip to publisher, iA.
DeleteTapi, saya akan open 2 or 3 bab lagi :)
maybe pak sedara dia kan.. yang upah untuk bunuh budak comel nie kan..
ReplyDeletebetol tak cakap mak nie...by the way.. bestlah jalan cerita dia.. menjadi gitu nyaahhhh
hahahhahahahahahahahahahhaa
ape-ape pon mak suka nyaahhh
keep it up gitu.....
thank you cik writer... so ohssemmm....like it very much... but still miss "ian & iman"...huhu
ReplyDeleteAla...x puas bca...nl lagi...
ReplyDeletedari last week asik bukak blog kamu sbb tahu ramai yg da hbis paper..finally but tak finally sgt sbb tggu encik suami mat salih celup..hikhik.. tp yg bru nipon besh...hehe
ReplyDeleteUpdate la en3 bru cpat2... Nk lagi... Hehehe
ReplyDeleteBest nk ntry lg hehehehe
ReplyDeleteni kisah mcm mne si nuha member si iman tu kawin ngan ben ek? btol ke?
ReplyDeletebingo! Pandai awak. hehe :D
Deleteits a simple guess coz bley nampak pun relation nye dalam cerita ni, watak pun senang nak cam.. anyway encik suami mat salleh celup tu lame lagi ke? kalau ade rezeki jgn lupe buat yang bercetak or mcm novel2 lain in other words buku so senang sikit bace..
Deletemy dear yumi, so citer mat salih celup tu dah abis di blog? but am starting to like kutub oredi...tq dear...dan hari2 membacaku akan semakin ceria dan dingin dgn citer baru kutub ni...kak tims
ReplyDeletehehe comel je cerite ni..am waiting for next entry :)
ReplyDeletebestnya......nak smbungan nya lagi....
ReplyDeleteyeay!! thanks writer...citer nie pn best...
ReplyDeleteala...bla nk sambung nie....
ReplyDeletecepatla sambung cita nie...xsabar dah tgu sambungnya..apa jadi pada ben dan nuha....
ReplyDelete