Bahagian 2
Ketika aku dan Afiqah
tiba di ruang menunggu Hospital Besar Kuala Lumpur, kelihatan Datuk Zamir dan
Datin Farha sedang menunggu di luar wad ICU.
“Assalamualaikum, datuk, datin.” Tegurku sopan dan
bersalaman dengan Datin Farha. Aku melemparkan senyuman ke arah Datuk Zamir
yang wajahnya beriak risau.
“Cik Nuha kan? Lawyer
arwah abang Zakaria kan?” Balas Datuk Zamir.
“Ya, saya. Petang tadi kan kita baru berjumpa, datuk.”
Balasku hormat. Datuk Zamir kelihatan menganggukkan kepalanya.
“Macam mana dengan Encik Benyamin?” Soalku ingin tahu
memandangkan Benyamin merupakan anak guaman aku sekarang.
“Saya pun tak pasti. Sejak tadi lagi doktor belum keluar.
Apa yang dimaklumkan kepada saya, keadaan Ben agak kritikal. Dia tidak sedarkan
diri dan mengalami hentakan yang kuat di kepalanya.” Jawan Datuk Zamir yang
sedari tadi mundar-mandir di hadapan pintu wad. Datin Farha yang sedang duduk
hanya memerhatikan tingkah laku suaminya tanpa bersuara apa-apa.
Aku dan Afiqah turut
mengambil tempat bersebelahan dengan Datin Farha. Tidak lama kemudian, datang
dua orang gadis yang berusia dalam lingkungan awal 20-an dan seorang lelaki
yang mungkin berusia lewat 20-an.
“Mummy, daddy!
How’s abang Ben?” Soal si gadis yang memakai t-shirt berlengan pendek
berwarna merah jambu.
“Tak tahu lagi, Fifi. Doktor belum keluar lagi.” Jawab
Datin Farha sambil membelai rambut panjang mengurai anaknya.
“Ni siapa?” Soal anak perempuan Datuk Zamir yang seorang
lagi ke arahku dan Afiqah. Lelaki yang kuagak mungkin merupakan abang mereka
berdua, turut memandang ke arah kami berdua.
“Saya Nuha Damia, Benyamin’s
lawyer. Yang ni kawan saya, Afiqah.” Jawabku dan berdiri untuk bersalaman
dengan Fifi dan yang seorang lagi.
“Saya Fatin, ni kembar saya Fifi. Yang ni our brother, Fiqrash.” Balas Fatin.
Huluran tanganku disambut di hujung jari sahaja.
“Tak tahu pun abang Ben ada private lawyer?” Soal Fatin pada Datuk Zamir. Dia kelihatan agak
ragu-ragu dengan kehadiran aku dan Afiqah di situ.
“Daddy pun baru
tahu this evening. Cik Nuha ni yang
uruskan amanah arwah Pak Long dengan Mak Long kamu. Sepatutnya petang esok cik
Nuha nak jumpa kita satu family untuk
terangkan mengenai hal amanah tu.” Jawab Datuk Zamir sambil sempat menoleh ke
arahku dan aku mengangguk.
Fatin hanya senyap.
Begitu juga dengan Fifi dan Fiqrash yang sedari tadi hanya membisu. Seorang
doktor lelaki keluar dari dalam bilik ICU. Datuk Zamir terus menerpa ke arah
doktor yang sudah berusia hampir separuh abad itu.
“Macam mana dengan anak saudara saya, doktor?” Soal Datuk
Zamir kurang sabar.
“Alhamdulillah, encik Benyamin sudah berjaya melepasi
paras kritikal. Walaupun terdapat hentakan kuat pada kepala encik Benyamin,
encik tak perlu risau. Kami sudah lakukan CT
scan dan keputusan menunjukkan segalanya dalam keadaan normal. Bekalan bank
darah kami juga cukup untuk encik Benyamin memandangkan encik Benyamin
kehilangan banyak darah. Encik Benyamin masih belum sedarkan diri tetapi
keadaan dia normal sekarang. Insya- Allah, mungkin esok encik Benyamin akan
sedar.” Jawab doktor lelaki itu.
“Alhamdulillah.” Datuk Zamir mengucapkan syukur sambil
sempat meraup wajah.
“Saya rasa lebih baik keluarga encik pulang berehat dan
datang semula pada esok hari. Jika ada apa-apa perkembangan mengenai encik
Benyamin, saya akan hubungi encik dengan segera.” Tambah doktor itu lagi.
“Terima kasih, doktor.” Balas Datuk Zamir sebelum doktor
itu berlalu.
Kami yang sedari tadi
memasangkan telinga hanya mampu mendiamkan diri. Aku lihat Datuk Zamir
melangkah longlai ke arah Datin Farha.
“Kita balik dulu, berehat. Lagipun, Ben masih belum
sedarkan diri. Doktor akan call daddy bila Ben dah sedar. Cik Nuha, saya
akan maklumkan pada awak if ada apa-apa perkembangan dari Ben. Terima kasih
sebab sudi datang malam-malam begini. Minta maaf sebab kami sekeluarga mengganggu.”
Ujar Datuk Zamir.
“Eh, tak mengganggu pun, datuk. Insya-Allah kalau esok
saya free, saya akan datang ke sini
lagi. Appointment saya dengan family datuk masih berjalan seperti
biasa ya. Petang esok di pejabat datuk.” Balasku dan disambut dengan anggukan
Datuk Zamir.
Aku dan Afiqah
bersalaman dengan mereka sebelum kami berjalan beriringan ke kereta yang
diletakkan di tempat parkir kereta.
“Something smells
fishy.” Komen Afiqah sebaik sahaja kami sudah berada di dalam kereta.
“Smells fishy?
Apa bendanya yang berbau hanyir tu?” Soalku sambil menukar gear kereta dari ‘P’ ke ‘D4’ dan kereta mula bergerak
perlahan-lahan meninggalkan kawasan perkarangan hospital.
“Yalah, Benyamin tu kena accident kereta hari ni. Hari yang kau bacakan amanah pada Datuk
Zamir. Okeylah, Ada possibility yang accident kereta tu memang accident disebabkan kecuaian Ben ataupun
pemandu kereta lain. Tapi,” Afiqah berjeda seketika.
“Tapi?” Soalku.
“Tapi, ada jugak another
possibility yang accident kereta
tu memang dah planned. Maybe Datuk Zamir’s plan.” Jawab Afiqah.
“Isy, kau ni! Tak baik menuduh Datuk Zamir tu. Kau pun
tengok sendiri tadi kan macam mana Datuk Zamir tu. Dia betul-betul risaukan
Ben.” Komenku kurang setuju.
“People can always
act, Nuha. Show a good act to cover their true colours. This is the real world.”
Balas Afiqah. Aku sudah menggelengkan kepala. Pesimis sungguh kawan baik aku
yang seorang ni.
“Tambah pulak Ben is
the only beneficiary sekarang ni kan? And Datuk Zamir memang tahu kalau Ben
mati, dia akan dapat semua aset arwah parents
Ben. Kau tak rasa benda ni berkaitan ke?” Tambah Afiqah lagi.
“Kau ni, tak baik tau cakap macam tu. Buat apalah Datuk
Zamir yang dah memang sedia kaya tu nak buat macam tu? Dia pun dah ada harta
dia sendiri.” Protesku sambil memberhentikan kereta apabil lampu isyarat sudah
bertukar merah.
“Manusia, Nuha. Kalau dah kaya, ada je possibility nak kaya lagi. Kita bukannya
tahu.” Sangkal Afiqah.
“Aku tak rasalah accident
Ben tu was a planned one. Aku rasa accident kereta tu mungkin disebabkan
kecuaian Ben sendiri. Yalah, kan bahaya drive
malam-malam. Mamat tu bawak kereta laju ke. Kau sendiri tengok gambar kereta
BMW dia yang remuk gila tu kan? Kan polis cakap dia langgar lori depan dia and
terus hilang kawalan. Sah-sah tu kemalangan kereta disebabkan dia cuai.” Ujarku
panjang lebar.
“Okeylah, mungkin jugak since police report dah state
macam tu. Tapi, who knows kan.” Balas
Afiqah lagi.
Aku sudah tertawa kecil
sambil menggelengkan kepala.
“Babe, I think you
have watched too many CSI or NCIS series la. Tu yang sampai terbawak-bawak
dalam real life.” Usikku dan Afiqah
hanya mengangkat bahu. Sudah malas berbalah denganku.
***********************************
Selesai berjumpa dengan
keluarga Datuk Zamir di pejabatnya, aku memandu kereta ke Prince Court Medical
Centre memandangkan Benyamin sudah dipindahkan ke sana sebaik sahaja dia
sedarkan diri pagi tadi.
Aku sedang berdiri di
hadapan pintu bilik yang menempatkan Benyamin. Tangan kanan memegang bakul
rotan berisi buah-buahan dan sebelah lagi tangan masih teragak-agak untuk
memulas tombol pintu. Aku mula terasa agak takut berserta kecut perut untuk
melangkah masuk berjumpa Benyamin yang mungkin lebih kurang mesra alam
berbanding semalam. Yalah, emosi orang sakit kan lebih senang terganggu berbanding
orang sihat.
Akhirnya, kugagahkan
juga tangan kiri untuk memulas tombol pintu. Sewaktu aku melangkah masuk,
kelihatan encik setiausaha Benyamin sedang menunjukkan sesuatu pada Benyamin.
“Assalamualaikum. Err,
sorry kalau menganggu. Maybe, I
should come in later?” Tuturku satu persatu sambil anak mata difokuskan
kepada Muiz, setiausaha Benyamin yang sentiasa tersenyum manis. Takut pulak nak
pandang bos dia yang tak pandai nak senyum tu.
“No worries, Miss
Nuha. Have a seat. Kitorang pun dah nak habis discussion ni.” Kedengaran suara Benyamin membalas. Aku sudah
terkebil-kebil. Sejak bila dia dah pandai ada adab dan sopan sedikit ni?
“So, Muiz, just
proceed dengan this month punya batch production as what we have planned earlier.
Inform pada sales department pasal amendment
tu. And satu lagi, please inform Karlil yang saya nak jumpa
dia as soon as possible.” Ujar
Benyamin pada Muiz yang ralit mencatat pada tablet miliknya.
“Noted, sir.
Anything else?” Soal Muiz. Aku sangat kagum melihat mana-mana setiausaha
lelaki menjalankan tugas mereka.
“That’s all, for
now. Thanks a lot.” Jawab Benyamin.
“Saya harap encik cepat sembuh dan kembali ke A To Z
bersama kami. Kami di sana sentiasa doakan agar encik dikurniakan kesihatan
yang terbaik oleh Allah.” Tambah Muiz lagi.
“Amin. Insya-Allah, tak lama lagi saya akan boleh bekerja
seperti biasa. Sampaikan salam saya pada yang lain-lain juga.” Pesan Benyamin
pada Muiz sebelum setiausahanya itu meminta diri, meninggalkan aku dan Benyamin
di dalam bilik berdinding putih yang bersaiz besar itu.
“So, Miss Nuha, you
came here as my lawyer or as a friend?” Soal Benyamin tiba-tiba.
Eh, aku ni boleh dikira
sebagai kawan dia jugak ke? Rasanya tempoh perkenalan kami belum mencapai
tempoh 24 jam.
“As your lawyer.”
Jawabku tenang. Wajah Benyamin yang kelihatan lebam di sana-sini itu sempat
kupandang sekilas sebelum mengalihkan pandangan pada bakul rotan yang kubawa
tadi.
“Macam mana dengan keadaan encik?” Soalku. Rasanya, perlu
juga aku mengetahui perkembangan kesihatan anak guaman aku ini sekarang.
“Better than
yesterday, alhamdulillah. Cuma I
can’t walk like I used to. The doc
said yang ni temporary injury je.
Sooner or later I boleh jalan macam biasa.” Jawab Benyamin dan aku pandang kaki
kanannya yang berbalut.
“Oh,ya! Kereta encik ada di bengkel. The condition was quite worst.” Beritahuku memandangkan aku
menerima panggilan telefon di pejabatku pagi tadi. Pelik juga mengapa aku yang
perlu menguruskan hal kereta mamat ni.
“I knew. Polis
yang datang pagi tadi tunjukkan gambar kereta tu. Tak payah repair lah. I can use my other car.” Balas Benyamin.
“Yalah, lupa pulak tengah bercakap dengan orang kaya.
Kereta banyak, tak perlu susah nak repair
kereta yang rosak.” Gumamku seorang diri.
“I beg your pardon?”
Soal Benyamin.
Eh, dia dengar ke tadi?
Aku membebel untuk kepuasan diri sendiri je sebenarnya.
“Nothing, sir.”
Jawabku bersahaja, sempat tersenyum. Hari ini pun, encik kutub utara di
hadapanku ini masih dingin membeku. Sakit sangat agaknya sampaikan nak
tersenyum pun susah.
“Selain dari gambar tu, polis inform me some other shocking information.” Tambah Benyamin. Wajahku
dipandang tepat dan aku mula berasa tidak sedap hati dengan apa yang bakal diberitahu
oleh Benyamin.
“Apa lagi yang pihak polis bagitahu?” Soalku.
“My accident was
not a normal accident.” Jawab Benyamin.
“Not a normal
accident? Maksudnya?” Soalku lagi dan dalam masa yang sama ingatanku
terbang semula kepada perbualan aku dan Afiqah malam tadi.
“It was a planned
one.” Jawab Benyamin dengan suara yang berbisik.
“The culprit
potong tali brake saya, malfunction my handbrake. Plan dia
berjalan lancar bila saya tak dapat nak brake
or guna handbrake kereta supaya
tak rempuh lori besar dekat depan. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan nyawa
saya.” Tambah Benyamin lagi.
Aku sudah terdiam,
tidak menyangka apa yang diduga oleh Afiqah malam semalam betul-betul terjadi.
Sejujurnya, aku sangat tidak menyukai siri CSI atau Crime Scene Investigation
dalam dunia realiti.
“Kenapa awak bagitahu saya semua ni?” Soalku sambil
berpeluk tubuh. Tolonglah jangan minta aku mencari siapa si jahat itu. Tugas
aku hanyalah menjaga amanah arwah Tan Sri Zakaria sahaja.
“Sebab saya rasa all
these things related dengan amanah yang saya bakal dapat tu.” Jawab
Benyamin.
Aku mengerutkan dahi,
tidak faham.
“Kalau ditakdirkan saya meninggal dunia dalam kemalangan
semalam, awak rasa siapa yang akan dapat the
benefit?”
Aku terdiam.
“I know, I don’t
have the right to point fingers but saya cuma rasa.” Balas Benyamin tenang.
“Tak semestinya berkaitan dengan amanah tu, Mr. Benyamin. Boleh jadi awak ada musuh
lain yang mungkin dengki dengan awak.” Sangkalku, cuba menyuarakan
kebarangkalian yang lain. Benyamin pantas menggeleng.
“Selama saya take
over my late parents’ business, saya tak ada negative or bad relationship dengan orang lain. Tak ada orang nak blackmail saya or buat something similar as
that. Cuma bila semalam lepas awak infrom
pasal amanah tu, accident ni jadi.”
Protes Benyamin.
Aku terdiam, tidak
berani memberi sebarang komen.
“Besides, I am no
reallyt in a good relationship with Pak Su’s family. Walaupun saya anak
yatim, saya dijaga oleh pengasuh saya. Saya membesar dengan belajar berdikari
sendiri.” Tambah Benyamin lagi.
“Macam ni lah, Encik Benyamin. Saya boleh minta tolong
kawan saya yang lebih pakar berkaitan civil
cases untuk bantu encik. Civil cases
bukan kepakaran saya, jadi dia lebih tahu. Buat masa sekarang, encik berehat
dulu. Jangan fikirkan sangat accident
semalam. Yang penting, encik dah selamat. Saya boleh minta bodyguard untuk make sure
keselamatan encik selama encik berada di hospital ini jika encik mahu.”
Balasku.
“No, I don’t prefer
that. Insya-Allah saya selamat dekat sini.” Balas Benyamin.
“So, saya akan update encik for further information.” Aku sudah bangun dari dudukku dan ingin
meminta diri.
“Thanks .”
Balas Benyamin membuatkan aku kagum sebentar. Reti rupanya nak mengucapkan
terima kasih. Aku ingatkan tak pandai nak sebut perkataan terima kasih tu.
“You’re welcome.
Take care.” Pesanku.
p/s : Here you go, the second part. Sorry terlambat sikit. Have fun reading. Selamat menyambut bulan Ramdhan al-Mubarak. Marilah sama-sama melipat gandakan ibadah kita di bulan yang mulia ini :)
best..... #^_^
ReplyDeleteOk..menarik ni.."_"
ReplyDeletesalam ramadhan... xpuas rasanya .mcm sekejap je bce heeee
ReplyDeleteBest �� Update lah lagi, tak sabar ☺
ReplyDeleteX puas bca...x sbr nk tnggu next entry...
ReplyDelete